Himpunan Cerita Pendek

Ruangan in menghimpunkan segala mak nenek cerita pendek yang pernah saya hasilkan. Disertakan dengan sinopsis/komentari pendek, juga dilabel mengikut tema. Harap anda semua dapat memberi komen/kritikan yang membina supaya saya dapat menulis karya-karya yang lebih cemerlang dan bergaya di masa hadapan! Wahaha.. Selamat membaca ya..!


Siri Tarbawi Kadang-kadang Mengoyakkan Juga

Kudis 
[Kudis]

Kisah pendek Pak Hasim yang dijangkiti penyakit misteri yang menyebabkan tangannya dipenuhi kudis. Namun setelah menerima rawatan, kudis Pak Hasim masih tidak mahu sembuh. Di manakah silapnya rawatan yang diterima? 

"Bila membuat refleksi semula.. Allah itu yg sangat sweet telah menerangkn kpd kita sebijik2 ttg punca 'penyakit kudis itu'..." - Enonimus

"Suke analogi ni...sesuai ngan sy yg geliiii dgn penyakit kulit~~~" - SN

Yong Yuk Chang 
[Yong Yuk Chang] 

Yong Yuk Chang merupakan satu-satunya pemandu bas di pekan kecil Ekibastuz, Kazakhstan. Maka secara otomatiknya, dia menjadi tempat bergantung untuk penduduk setempat ke sana dan ke mari. Namun segala-galanya berubah apabila dia ditimpa kemalangan dan menyebabkan dia tidak lagi mampu untuk mejalankan tanggungjawabnya. Apakah nasib Yong Yuk Chang selepas itu? Bagaimana pula dengan nasib penduduk Pekan Ekibaztuz? Terbaik dari ladang..! 

"...saya rasa entry ini sgt menarik utk mengingatkan kembali tujuan asal kehidupan kita." - MM

"Terima kasih banyak-banyak untuk entri ni :)" - N

"Thnks for the story.sangat memberi kesedaran!" - diehardfans

Indahnya Dosa 
[Bhg 1][Bhg 2][Bhg 3]

Seorang anak dalam kebingungan, diasak dengan persoalan kehidupan yang mengacau jiwanya. Lantas siapa lagi yang lebih baik untuk bertanya melainkan dengan ibu kesayangan? Ikuti dialog ibu dan anak yang sungguh menyentuh hati, penuh dengan kasih sayang dan pengajaran yang menggegarkan jiwa!

"Terima kasih atas post yang memberi kesan pada diri yang hina ini" - Nazri Awang

"Teruskn tarbiyah online mcm ni bang.biar 'kering' di blog,tapi basah di hati sy." - Yazid Fauzi

Si Pipit Kecil Yang Berusaha 
[Si Pipit Kecil]

Siapa sangka, si pipit yang dari luarnya kecil dan tiada upaya, mempunya hati besar dan waja. Dia tidak mahu membiarkan ejekan, tohmahan dan kata-kata sinis daripada mematahkan semangatnya untuk menyelamatkan kekasih Allah, Nabi Ibrahim a.s.. Adakah si pipit kecil berjaya dalam misi mustahilnya itu? Nantikan kesudahannya!

Penyucian Jiwa 
[Penyucian Jiwa]

Kisah seorang datuk dan cucunya di sebuah perkampungan di pedalaman Filipina. Si datuk ingin mendidik cucunya dengan cara yang sungguh unik dan kreatif, dengan harapan si cucu dapat belajar dan menghayati makna kehidupan dalam erti kata yang sebenar. Si cucu akhirnya mendapat pulangan yang lumayan setelah berpenat-lelah mengikuti 'kelas' datuknya itu!

Kuli 
[Kuli]

Bagaimana rasanya agaknya ya, menjadi seorang kuli? Dan bukan sekadar kuli cacai yang biasa, tetapi kuli istimewa yang mempunyai tuan yang begitu baik, mulia dan bertimbang rasa? Dan apa pendapat anda, apabila si kuli yang mendapat tuan sebegitu masih tidak bersyukur dan berterima kasih?

"Sgt terkesan la wes. rs nk nangis sujud tunduk syukur pn ade. isk isk" - Akhma Azizi  


Siri Persahabatan Oh Sungguh Erat dan Syahdu


Berkisarkan persahabatan dua orang anak muda, Mikail dan Masykur di sebuah sekolah berasrama penuh di utara tanah air. Dalam lima siri cerita ini, anda akan dihidangkan dengan masam manis ukhuwwah sejati antara dua orang sahabat ini. Persahabatan yang disemarakkan lagi dengan kefahaman mereka dalam dakwah dan tarbiyyah. Adakah persahabatan mereka akan kekal hingga ke akhirnya? Terpulang kepada anda untuk mencari jawapannya!

"I hate malay novels. You managed to keep me reading it till th end, good job!" - AlexAlabasta

"Uh owh!! pandai kamu, u got a knack.... but this smhow shows tht there are so much drama in you... lalalalal :p" - Ahmad Zharif Ahmad Zahir

"Jazakallah for such a wonderful story n ukhuwah dan sgt mengundang sebak di hati dan air mata sy.." - ghuraba'

"Habiburrahman el-shirazy in the making. ngeh ngeh. mntap2!" - Akhma Azizi

"Jazakallah..share cite ni..mmg ada ruh!! Subhanallah.." - Enonimus 

Sepatu Hitam Itu
 [Episod Pertama][Episod Kedua][Episod Ketiga][Episod Keempat]


Kisah kehidupan dua watak protagonis, Haseeb, seorang kanak-kanak pengilat kasut dan Qureshi, seorang anak muda yang lahir daripada keluarga yang mewah dan berada. Atas perancanganNya, dua orang insan ini bertemu dalam situasi yang paling tidak dijangka dan siapa sangka, dua orang yang sungguh berbeza latar belakang ini bisa menjalinkan hubungan persahabatan yang sejati. 


"Kenapa tergantung! teruskan sampai penghabisan cerita. kenapa tergendala. saspens betul *pffffffffffffffttttt*" - Inche Hamdan Jean Paul-Glitter

"Wah....~~~ speechless kejap...." - SN 

"...cerita ni simple,tenang,agak berhabuk sedikit dan kalau boleh digambarkan dengan warna-ada warna hitam,putih dan kelabu dan mungkin sedikit coklat." - Enonimus 

"Best.dan saya mahu cerita ini b'sambung.hee" - Itachi


Siri Kehidupan Air Mata Mengalir Deras


fx-570MS Untuk Ana 
[fx-570MS Untuk Ana]

Ana, seorang kanak-kanak perempuan yang cemerlang di sekolahnya, amat kepingin untuk memiliki kalkulator Casio fx-570MS bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajarannya di sekolah. Namun, keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan menyebabkan ayahnya, Pedro Hamoz keberatan untuk menuruti kehendak anak kesayanagannya itu. Adakah Ana berjaya memujuk ayahnya lantas memiliki kalkulator yang diidam-idamkannya itu..?  

Cikgu Zara 
[Cikgu Zara]

Dibesarkan dalam keluarga yang berada dan berstatus, ditambah pula dengan latar belakang pendidikan yang cemerlang, siapa sangka Zaharah Datuk Zamri akan memilih kerjaya perguruan. Namun, dugaan besar melanda yang bakal menguji prinsip dirinya; dia ditugaskan untuk mengajar di Sabah. Cikgu Zara membawa anda menyelusuri dan menghayati komitmen dan pengorbanan kerjaya yang paling mulia di muka bumi ini! 

"...ceritanya pon bagus!!" - Mohd Waqiyuddin Abdullah 

"...simple story, but....WOW!!terharu gle.. - Hadzhamdan 

"Sungguh, mengalir lesu air mata membacanya" - ReSah 

"Hati ditusuk bertalu-talu tatkala membaca bait kata-kata.." - Enonimus 

Warkah Dari Palestin, Buat Muslimin 
[Warkah Dari Palestin]

Surat yang ditulis oleh seorang kanak-kanak, Ahmed Yassin, kepada seluruh Muslimin untuk berkongsi penderitaan dan pengorbanan rakyat Palestin. Setiap huruf dan perkataannya adalah daripada hati yang ikhlas dan kudus, semata-mata untuk memberitahu Muslimin seluruhnya bahawa Palestin perlu dibela!


Siri Jangan Baca Kalau Anda Ada Sakit Jantung 

Kali Ini Betul-betul Seram
[Seram]

Cubaan pertama Inche gabbana untuk berkecimpung di dalam genre horror ini. Mengisahkan Halim yang ditinggalkan keseorangan di rumah sewanya, apabila rakan-rakan serumahnya keluar untuk membeli makanan. Halim mula mengalami peristiwa-peristiwa aneh dan misteri yang mengecutkan perut selepas itu. Apakah nasib Halim? Adakah dia akan terkencing di dalam seluar? Baca sehingga habis untuk mengetahui kesudahannya! 

"Stylo ar" - xhilmi

 "Owh...x baca habis pon. takot.weeeee" - Enonimus


Kalau Tak Seram Saya Gigit Jari
[Kalau Tak Seram]

Cubaan kedua Inche gabbana untuk berkecimpung di dalam genre seram. Kali ini jalan penceritaan yang lebih serius dan mendebarkan! Watak utama cereka seram ini, Aku, menceritakan pengalamannya bertentang mata dengan makhlus halus di rumahnya sendiri. Bagaimana Aku yang selama ini ternanti-nanti, menunggu-nunggu peluang ini akhirnya dapat juga memenuhi impian emasnya. Ikuti kesudahannya!

"Woi serius ke ni? siot la! aku pun naik cuak doh. hahahaha. demmit!" - Shakinah

"Oi! sape nak teman mek tido ni ha? ha? ha?" - Clarky Afif


Siri Kisah Benar Kehidupan Diri Sendiri

Kembara Bumi Australia 
[Australia]

Inche gabbana berkongsi pengalamannya menjejakkan kaki di bumi Kanggaru dalam bentuk cerita. Namun tidak pernah berjaya menyudahkan siri ini. ^^" Kalau rajin bacalah! Wahaha..

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP