21 January 2010

Akhi - Bahagian Kelima dan Terakhir

Akhirnya 'Akhi' telah sampai ke penghujungnya. Sememangnya penulis bercadang untuk menyudahkan siri cerpen ini pada bahagian yang kelima. Kepada anda yang telah lama menunggu, penulis dengan seikhlas hati ingin memohon maaf. Pelbagai urusan yang terpaksa diutamakan menjadikan penulis sangatlah sibuk, ditambah pula dengan kesibukan berada di tahun akhir pengajian. Alhamdulillah, kini penulis berkesempatan untuk menyiapkan 'Akhi.'

Semoga para pembaca menyukai dan dapat menjiwai pengakhiran siri ini. Penulis berdoa agar usaha yang tidak seberapa ini akan diberkahi dan dirahmatiNya, Insha-Allah. Kepada anda yang ingin membaca siri-siri sebelum ini, sila klik pada link 'Cerita Pendek' di sebelah kiri blog ini. Akhir kata, selamat membaca..! =)

***

Aku memicit-micit kepalaku. Sejak akhir-akhir ini, kepalaku sering berdenyut-denyut. Nyut-nyut. Sakitnya bukan kepalang. Aku membayangkan seolah-olah ada seorang tukang batu di dalam kepalaku, yang sedang sibuk memahat dan memecahkan segala isi kepalaku. Nyut-nyut. Aduusss.. Pedihnya...!!

Aku malas mahu ke klinik atau hospital kerajaan. Manakan tidak. Kalau aku pergi, alamatnya bertambah sakitlah aku; manusia yang begitu ramai, yang bermacam ragam dan bau pasti akan menjadikan kepala otak aku ini bertambah perit dan sakit. Aku mengambil keputusan untuk ke rumah sakit sekolah sahaja. Aku adukan masalah aku kepada Mak Cik Saonah, matron rumah sakit sekolah sejak 20 tahun yang lalu. Reputasi Mak Cik Saonah sebagai veteran di sekolah itu sangat gah dan hebat sehinggakan aku dengar Tuan Haji Pengetua pun kadangkala berjumpa dengannya untuk meminta pandangan dan sokongan. Fuuhh.. Memang mantap.

Aku adukan kepadanya tentang masalah aku. Mak Cik Saonah memandang aku dengan pandangan pelik dengan bibirnya yang terjuih. Aih, pelik sangatkah penyakitku ini? Mak Cik Saonah bertanya aku beberapa soalan sebelum mengambil keputusan yang penyakit aku ini hanya pening-pening biasa akibat stress belajar. Nak SPM la katakan. Bahang panas dek cuaca kering di bulan Julai ini juga mungkin penyebab dan penyumbang kepada sakit kepalaku ini. Lantas dia memberikan sepaket ubat putih tertulis 'KK' di setiap butiran ubat tersebut. Kementerian Kesihatan. Panadol. Paracetamol. Adik-beradik la tu..

Dalam perjalanan pulang dari rumah sakit, aku bertembung dengan Masykur. Aku tersenyum. Penawar apakah yang lebih mujarab kalau bukan melihat orang yang benar-benar kita sayangi dan hargai...? Aaaahhh.... Terasa pening di kepala pantas sahaja lari meninggalkan aku. Ajaib!

"Eh Mik. Kau ok ke ni...??"

"Aku ok aku ok. Kenapa Kur..? Kau tanya macamlah kau nampak jembalang kat belakang aku ni.. Hihihi.."

"Betul ke ni Mik...? Muka kau pucat semacam je ni. Kau dah makan..? Kau tak sihat ke?"

"Betul aku sihat. Maybe aku..."

"Ha, tu apa kat tangan kau tu...??"

Masykur terus memegang tanganku dan mengangkatnya tinggi agar dia dapat melihat dengan lebih dekat paket berisi butir-butir putih yang diberikan Mak Cik Saonah.

"Kau tipu aku aku Mik. Kata ok. Ni apa ni....?"

"Mana ada aku tipu Kur. Aku pening-pening sikit je. Ok la tu namanya. Kalau kepala pecah ke, kaki tercabut ke, bibir terbakar ke, tu baru tak ok..."

"Kau main-main dengan aku ye Mik. Kita betul-betul risau pasal dia, dia boleh buat kelakar pulak!"

"Kur... Janganlah macam ni. Aku serious takde apa-apa. Tengok aku, ceria je kan..? Comel macam biasa kan..? Aku sihat, aku ok... Pening-pening sikit je. That's all, don't worry. Ok..?"

"Haaaiihhh.. Fine fine. Kau ni memang degil la Mik..."

"Dan kau memang cerewet."

Aku tersenyum. Dan Masykur tertawa kecil.


***

Sudah seminggu sakit kepalaku ini persis tidak hilang. Berdenyut-denyut. Kini denyutannya lebih hebat dan merisaukan. Dan setiap kali ia berdenyut, setiap kali itulah aku terpaksa menggenggam tanganku atau mengetap gigi gerahamku menahan sakit.

Ubat yang diberikan Mak Cik Saonah sudah habis semuanya aku telan. Setiap kali aku makan ubat berwarna putih dan pahit itu, pasti pening di kepala akan hilang. Sebentar. Dan kembali menyerang tidak lama selepas itu. Aku buntu. Kalau aku pergi ke rumah sakit sekali pun, aku pasti Mak Cik Saonah akan tetap memberikan diagnos dan preskripsi yang sama.

"Kur, jom teman aku balik jom. Aku nak baring la. Sakit kepala..."


"Eh, tunggu la kejap. Lagi setengah jam je prep nak habis."

"Tak pe la Kur. Kau siapkan kerja kau, aku nak balik. Tak tahan la..."

Masykur cepat-cepat mengemaskan barang-barangnya. Kaget. Aku tersenyum sinis, di dalam hati. Aku arif benar setiap inci dan sudut kelemahan sahabat karibku ini. Pantang diacah, pantang diajuk, pasti dia akan terus mengibarkan bendera putihnya! Namun, dia hanya mudah mengalah denganku, tidak pada yang lain. Aku fikir, hubungan kami pastinya cukup istimewa di matanya. Kadang-kadang aku berasa bersalah kerana sering menyalahgunakan kelemahannya yang satu ini untuk kepentingan peribadi.

"Eh Mik, tunggu aku!"

Ketika aku hendak turun tangga, tiba-tiba kepalaku bagai hendak meletup. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Aku memegang erat besi tangga yang sudah berkarat. Dapat aku rasakan butir-butir cat yang sudah tertanggal dalam genggamanku. Aku memejam mata. Ya Allah.... Aku mengetap gigiku. Ya Allah... Genggamanku pada besi tangga semakin kuat. Ya Allah... Aku tidak tertahan lagi. Lutut dan kakiku terasa begitu longgar. Kepalaku berpinar dan pandanganku menjadi gelap...

"Mik...?? Mik..!! Mik................"

Suara Masykur memanggil namaku adalah perkara terakhir yang didaftarkan di kepalaku...


***

"Kur, kau rasalah, antara kita, siapa yang mati dulu..?"

Aku membetukan buntutku, agar lebih selesa duduk di atas batu sungai yang leper dan licin itu.

"Ish... Apa yang kau merepek ni Mik...? Takde topik lain ke yang kau nak borak...?"

Diam sebentar. Bunyi gelak tawa rakan-rakan kami yang sedang bermandi-manda di bawah sana jelas kedengaran. Hari itu kelas 4 Samudera mengadakan aktiviti luar kelas, dan guru kelas kami, Cikgu Tarmizi Osman membawa kami ke sini, Ulu Chepor, untuk merehatkan badan dan minda. Kami berdua sudah puas mandi dan kini duduk di tebing tinggi sungai yang mengalir. Pemandangan dari tempat kami duduk ini cukup mempesonakan.

"Bukan apa Kur. Kan Ustaz A'sim ada cakap, kita kena selalu mengingati mati. Tak kiralah bila dan di mana kita berada. Mati tu bia-bila je boleh datang menjemput kita. Sekarang pun boleh!"

"Uissshhh kau ni Mik! Memang betullah apa yang Ustaz A'sim cakap tu. Tapi janganlah spoil mood sekarang ni...!"

Aku tersenyum.

"Jiwa orang-orang mukmin itu bukan ke merindui mati..? Mereka tidak takut dengan mati malah menanti-nantikannya. Ustaz A'sim lah yang cakap. Sebab mereka tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan Rabb mereka yang sangat mereka cintai!"

Masykur tersenyum simpul. 1-0! Bukan senang aku nak dapat peluang ni. Bila mana ada bicara agama, acapkali dia yang juara!

"Kur... Aku ingat aku tak nak kahwinlah."

"Pulak... Eh Mik, kau ni demam ke..? Ke ada orang ketuk kepala kau tadi...??"

"Hahaha.. Kenapa pulak..?"

"Ye la, kau punya tajuk perbincangan, punyalah ekstrem..! Daripada mati, boleh pulak tukar jadi kahwin!"

Kedengaran suara Farid menjerit, memarahi sesuatu. Kami menjenguk ke bawah. Pasti Taslim yang mengusiknya!

"Hahaha.. Mana ada ekstrem Kur. Aku tak nak kahwin kat dunia ni, sebab aku nak kahwin di syurga..! Dengan bidadari!"

Aku tersenyum lebar. Masykur ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Bunyi deruan air yang deras menyejukkan telinga. Subhanallah! Betapa indahnya ciptaan Tuhan. Keadaan sekeliling yang nyaman, ditambah pula dengan kicauan unggas yang bersahut-sahutan dan dedaunan hijau yang menyerikan mata, membuatkan aku berasa cukup tenang dan senang. Duduk pula bersama sahabat yang amat aku kasihi... Subhanallah...

"Kau ingat tak Kur, Ustaz A'sim ada bercakap tentang 7 golongan yang di akhirat nanti, akan dinaungi dengan Arasy Allah..?"

"Yup! Kenapa..?"

"Aku cukup terkesan dengan golongan yang keempat.."

"2 orang pemuda yang berkasih kerana Allah, dan bertemu dan berpisah kerana cinta akan Allah..?"

"Haah. Kau rasa kita layak tak...?"

Masykur menembak aku dengan pandangannya yang pelik. Hening sebentar. Kemudian dia mengukir senyuman di bibirnya... Senyuman yang cukup menawan dan meyakinkan.

"Insha-Allah Mik, Insha-Allah."

Kami tidak berkata apa-apa selepas itu. Hanya menikmati keadaan sekeliling. Kemudian Masykur tidak semena-mena memulakan bicara.

"Kau tau Mik...? Aku ingatlah kan... Aku ingat..."

"Ha..? Apa dia..?"

"Aku ingat aku pun nak kahwin dengan bidadari jugalah!"

Deraian tawa kami memecahkan keheningan flora Ulu Chepor...


***


Aku membuka kelopak mataku. Bau kuat seperti klorin menusuk hidungku. Siling putih dihiasi dengan ukiran-ukiran bunga melangiti tempat aku berada. Agak lama sebelum aku dapat mengagak di mana aku berada. Hospital. Itu pun setelah lengan kananku memberi isyarat sakit dan pedih. Aku lihat lengan kananku itu, dan aku nampak jarum 10 kali ganda besarnya daripada jarum menjahit milik Ummi tertusuk dalam. Mataku terus menyelusuri tiub lutcahaya yang bersambung dengan jarum itu. Aku lihat dua kantung - satunya berisi cecair berwarna kekuning-kuningan dan yang satu lagi berisi cecair seperti air biasa - bersambung dengan tiub itu. Wah, teruk benarkah penyakitku ini..?


Agak lama sebelum aku perasan aku bukan seorang di bilik itu. Di sudut bilik itu ada seorang wanita yang sedang berbaring di atas katil. Dia tidak kelihatan seperti dia memerlukan rawatan. Aku mengamatinya dengan lebih rinci. Ummi! Hatiku melompat girang. Aku cuba untuk memanggil Ummiku, tetapi entah mengapa, tiada bunyi yang keluar daripada peti suaraku. Sakitnya kepalaku bukan kepalang, seperti ditusuk-tusuk dengan pemutar skru. Aduh...

Aku melihat ke dinding. Jam menunjukkan pukul 3. Tidak aku pasti 3 pagi atau 3 petang....


Tiba-tiba perasaan mengantuk dan penat yang amat sangat menyelubungi seluruh tubuhku. Aku pejamkan mata. Gelap gelita.


***


Aku terjaga. Aku dikejutkan dek suara yang sangat aku kenali. Suara yang sangat aku rindui. Masykur. Perlahan-lahan, aku buka mataku. Aku masih di tempat yang sama. Cuma bilik itu lebih cerah daripada sebelumnya. Aku lihat Masykur, Abbi, Ummi dan Abang Wan sedang berbual-bual perlahan, mungkin tidak mahu menggangguku. Cikgu Sharifah Arfah, Penolong Kanan HEM dan Cikgu Zaitun Embun, guru fizik merangkap guru kelasku turut berada di situ.


"Ummi..."


Perbualan terhenti dan semua mata tertumpu kepadaku. Masykur mendahului yang lain terus pergi mendekatiku. Ummi kedua dan diikuti Abbi. Abang Wan hanya berdiri di tempat tadi.


"Mik! Alhamdulillah... Lama kau tidur Mik."


"Mikail sayang. How do you feel nak..? Semua ok?"


Aku tersenyum lemah. Aku tidak pasti sama ada senyum yang mereka lihat di bibirku, atau bibir pucat yang tidak bernyawa.


"I'm ok. Rasa biasa je... Dah berapa lama Mik kat sini..?"


"Baru sehari. Bila Masykur called Ummi cakap yang Mik masuk hospital, Ummi dan Abbi terus datang sini."


Aku tersenyum lagi.


"Mik, kau ingat apa-apa tak..? Kau tahu apa yang jadi malam semalam?"


Aku diam. Tidak pasti apa yang patut aku jawab.


"Kau jatuh tangga. Alhamdulillah, tak ada apa-apa sangat. Cedera ringan je. Tapi riuh la satu sekolah. Ye la, Ketua Pelajar jatuh tangga, siapa yang tak kecoh!"


Masykur mengusik. Aku hanya mampu tersenyum.


"Kur, apa kena dengan aku ni..? Takkan sakit kepala biasa pun diorang nak cucuk aku sampai macam ni..?"


Abbi mencelah.


"Mik, Mik berehat je ok..? Kami pun tak pasti lagi apa yang tak kena. We are still waiting for the diagnosis result."


Masykur hanya tersenyum. Seolah-olah memberikan kepastian kepadaku bahawa tiada apa-apa yang perlu dikhuatirkan.


Cikgu Sharifah Arfah dan Cikgu Zaitun Embun kemudian datang dekat kepadaku. Kami berbual-bual dan Cikgu Sharifah Arfah memberi jaminan yang kelonggaran akan diberikan kepada rakan-rakan yang mahu datang melawat. Aku sempat mengusik Cikgu Zaitun Embun supaya mengadakan sesi khas untukku di hospital ini kerana aku tidak mahu ketinggalan. Masykur hanya mencebik mengusik seusai aku meyatakan hasratku itu. Aku tersenyum sinis.


Tidak lama selepas itu, Cikgu Sharifah Arfah, Cikgu Zaitun Embun dan Masykur meminta diri. Walaupun aku berasa sedikit berat untuk melepaskan Masykur, tetapi aku pasti dia ada banyak kerja dan tugasan yang perlu diselesaikan.


Malam itu, hanya Ummi dan Abbi yang menemaniku. Abang Wan sudah pulang ke kolejnya.


***


Aku memakai jubah putih yang cukup bersih dan suci. Orang-orang yang berada di sekelilingku juga memakai pakaian yang sama. Semuanya kelihatan gembira dan ceria. Entah mengapa, aku juga berasa cukup gembira dan ceria. Aneh. Aku mencari-cari wajah-wajah yang aku kenali. Tidak berjaya dijumpai.


Aku memandang sekeliling. Tempat apakah ini..? Kelihatan seperti padang pasir yang cukup luas. Pasirnya putih dan halus. Tidak dapat ku kesan sempadannya. Hanya dapat ku lihat garisan horizon nun di hujung sana. Tetapi ganjil, suasananya cukup dingin dan selesa. Kami semua berjalan ke arah yang sama; suatu sumber cahaya kebiru-biruan yang tidak ku pasti di mana puncanya. Semua yang ada berbual-bual mesra sesama mereka. Kelihatan begitu selesa dan menikmati perjalanan ini.


Tiba-tiba kedengaran suara memanggil-manggil namaku. Suara yang aku tunggu-tunggu. Suara yang aku cari-cari. Masykur.


"Mik...! Mik...!"


"Kur..!"


Aku tersenyum girang.


"Mik...! Tunggu aku Mik!"


"Masykur..! Ke mari kau! Ke sini bersama aku! Di mana kau..?"


"Mik, belum tiba masa aku Mik! Belum lagi!"


Aku cuba mencari-cari sumber suara itu. Ahhh... Masykur, di mana kau..??


"Kur..! Apa maksud kau...?"


"Bersabar wahai saudaraku. Nantikan aku di sana! Kita pasti berjumpa. Pasti!"


Sayup-sayup sekali suara sahabat kecintaanku itu. Tidak lagi kedengaran suaranya selepas itu. Aku hairan. Di sana? Di mana? Namun kakiku terus melangkah ke hadapan, menuju cahaya biru itu bersama-sama yang lain...


***


Aku menutup lejar kulit coklat itu. Air mataku tidak tertahan-tahan lagi. Entah kali berapa sudah aku baca lejar milik Mikail ini. Catatan hidupnya sepanjang dia mengenali aku; dari hari pertama sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tidak ada yang tertinggal. Tidak pernah aku bosan membacanya! Walau sekali!


Sudah 5 tahun Mikail pergi menghadap Ilahi. Aku masih ingat tarikh keramat itu, 31 Julai 2004. Hari itulah buat kali terakhir aku menatap wajah sahabat dunia akhiratku itu. Buat kali terakhir aku bisa memegang tangannya. Buat kali terakhir aku dapat membelai rambut hitam pekatnya. Dan buat kali terakhir aku dapat mengucup dahinya. Aduhai Mikail. Tidak tertahan rinduku padamu, wahai sahabatku!


Rupa-rupanya, sakit kepala yang dialaminya bukanlah sakit biasa. Dia menghidap barah otak yang sudah sampai ke peringkat terminal. Tiada apa lagi yang mampu dilakukan. Ketika Ummi dan Abbi mendengar berita itu daripada Doktor Suhaimi, doktor yang bertanggungjawab ke atas Mikail, mereka seolah-olah tidak dapat menerimanya. Ummi terutamanya, terduduk dan diam seribu bahasa apabila mendengar perkhabaran itu. Aku sebak.


Tetapi aku kagum dengan Mikail. Apabila diberitahu kepadanya tentang penyakitnya itu, walau pun pada mulanya dia sedikit terkejut, tetapi seolah-olah dia sudah dapat mengagaknya. Dan tidak lama sebelum dia mengukir senyuman, redha dengan ketentuan Ilahi.


Keadaan Mikail bertambah kritikal dari hari ke hari. Badannya cukup lemah dan tidak bermaya. Pihak hospital akhirnya membenarkan Ummi dan Abbi membawa Mikail pulang. Aku berkeras untuk ikut serta, walau pun pada mulanya dinasihati oleh Abbi untuk pulang ke sekolah meneruskan pelajaranku. Setelah menghubungi Cikgu Sharifah Arfah dan berkemas, aku mengikuti Ummi dan Abbi pulang ke Kuala Lumpur. Suatu keputusan yang tidak akan aku sesali sepanjang hayatku.


Akhirnya Malaikatul Maut datang menjemputnya seminggu selepas Mikail dibenarkan pulang. Ketika itu, aku baru selesai solat Subuh berjemaah bersama Mikail. Yang terakhir untuknya. Katanya, dia teringin benar menjadi makmumku sebelum dia pergi meninggalkan aku. Aku sebak, malah tersedu apabila Mikail menyatakan hasratnya itu. Aku setuju. Sepanjang solat, tangisan sebakku yang lebih kerap kedengaran.


Seusai memberi salam, aku menoleh ke belakang. Mikail tersenyum lemah. Wajahnya benar-benar pucat.


"Kur... "


Aku segera memegang tangannya. Sejuk.


"Kur, terima kasih ya...? Untuk segalanya..."


Jiwaku diruntun hebat. Aku genggam erat tangannya. Setiap butir kata yang diucapkannya benar-benar mengusik hati dan perasaan. Dadanya turun naik; begitu sukar dan payah untuk dia menghabiskan kata-katanya.


"Sampaikan salamku pada Ummi dan Abbi. Juga pada yang lain..."


Aku menangis. Dapat ku rasakan wajahku basah, hidungku comot dan dadaku sempit.


"Kur, jangan lupa janji kau. Kita akan berjumpa di sana ya...? Jangan lupa ya akhi..."


La ila ha illallah...


Genggamannya terlerai. Matanya tertutup. Dadanya tidak lagi berombak.


Ya, tidak akan aku lupa tarikh itu - 31 Julai 2004 - selama-lamanya.

Aku lap mataku. Aku hela nafas panjang dan hanya setelah aku dapat menenangkan diriku, aku buka kembali lejar kulit coklat itu. Terus ku buka muka surat yang terakhir yang tertulis dengan kata-kata indah Mikail....


.....................................................................................


Salam sayang dan sejahtera ke atas dirimu.


Ke hadapan sahabatku, saudaraku dan temanku Masykur...


Akhi,


Aku pasti, ketika kau membaca warkah ini, aku sudah pun tiada di alam yang fana ini. Aku pasti, tatkala kau sedang membaca coretan liku-liku hidupku ini sepanjang kau mengenali aku, segala ingatan kita bersama akan menerjah jiwamu.


Bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Pemergianku ini tidak lama. Malah bukan buat selama-lamanya. Ya mungkin selama-lamanya di dunia yang hina ini. Tetapi aku terus hidup, menantikan kehadiranmu di dunia sana.


Akhi,


Tiada apa yang lebih aku syukuri melainkan dapat mengenali seorang sahabat sepertimu. Tiada yang lebih aku berterima kasih melainkan diberi peluang oleh Allah untuk menyayangi seorang insan sepertimu. Dan tiada apa yang buatkan aku lebih gembira melainkan mengetahui bahawa hubungan persaudaraan kita lebih pekat dan kuat daripada hubungan darah.


Pada masa yang sama, tiada apa yang lebih aku tangisi melainkan terpaksa berpisah denganmu, wahai saudaraku. Tiada apa yang lebih memilukan melainkan mengetahui bahawa aku tidak dapat bersamamu dalam perjuangan menegakkan agama ini. Dan tiada apa yang lebih menyayatkan hati melainkan mengetahui bahawasanya kau akan meneruskan perjuangan ini sedangkan aku terpaksa berhenti di sini untuk beristirehat.


Akhi,


Jangan tangisi pemergianku ini ya..? Malah jadikan ia sebagai motivasi untukmu, agar kau berjanji pada dirimu untuk datang berjumpaku di alam sana. Jadikan ia sebagai tangkal semangat untuk kau bersama-samaku menemui Tuhan kita dalam keadaan berseri-seri. Jadikan ia sebagai azimat untuk dirimu berjihad di jalan ini, kerana Allah membeli jiwa dan harta seorang mukmin itu dengan syurga yang hakiki.


Oh ya, terima kasih kerana menemukan aku dengan usrah. Terima kasih kerana memperkenalkan aku dengan ukhuwwah. Dan terima kasih kerana mengajarkan aku apa erti mahabbah.


Sampaikan salam sayangku pada Abbi, Ummi, kakak-kakak dan abangku, Ustaz A'sim, cikgu-cikgu semuanya dan rakan-rakan kita yang lain ya..? Katakan pada mereka, jangan bersedih, bukankah setiap yang bernyawa itu pasti akan mati? Katakan juga pada mereka, jika mereka merinduiku, lihatlah pada diri sahabatku Masykur, kerana pada dirinya ada Mikail...


Doakan kesejahteraan aku di sana. Aku pasti akan sunyi tanpamu...


Yang merinduimu,
Muhammad Aedil Mikail


.....................................................................................


Aku tutup lejar kulit coklat itu. Aku pejamkan mataku dan aku ketap gigiku. Butir-butir kaca mengalir di pipi. Aku tarik nafas sedalam-dalamnya. Oh Tuhan... Begitu pedih rasa rindu ini...!


Ya Allah, semoga kau masukkan sahabatku ini di dalam golongan orang-orang yang dicintai dan diredhaiMu. 

Aku pegang erat lejar kulit coklat tertulis 'Akhi' di kulit depannya.


Ya Allah, semoga kau rahmati ruh sahabatku ini dan permudahkan urusannya di alam sana.

Aku melangkah keluar dari tanah perkuburan yang menempatkan jasad Mikail.


Ya Allah, ketemukanlah kami di telaga syurga kelak, di taman-taman indah yang kau janjikan buat mereka yang bertemu dan berpisah keranaMu...

Aku menoleh ke belakang, sekilas pandang sebelum pergi meninggalkan tempat itu.


Amin.

***

"Sesungguhnya setiap Mukmin itu bersaudara..."
- al-Hujuraat, 49:10


"Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri."
- Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim


"Tujuh golongan yang akan diberi naungan oleh Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya...dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, dan mereka bertemu dan berpisah kerana cinta kepada Allah dan mengharap keredhaanNya...
-Hadith Riwayat Bukhari, Muslim, Ibn Majah dan lain-lain.



-gabbana-

Watak-watak dalam 'Akhi' adalah rekaan semata-mata. Sekiranya ada kena-mengena dengan yang hidup atau pun mati, hal itu hanyalah kebetulan. Penulis memohon maaf seandainya ada tulisan dalam siri 'Akhi' ini menyinggung perasaan mana-mana pihak. Semoga ukhuwwah yang tertaut antara kita berkekalan hingga ke syurga...! Allahu 'alam.

Hak cipta terpelihara (C) 2010.

31 Caci Maki Puji Muji:

Yazid Fauzi 26/01/2010, 07:06  

salam.
garapan cerita yang mantap beserta isi yang sangat bernas,air tangan inche gabbana yang disayangi...muahmuah
namun,from akhi 1 to 4, the story is narrated from mikhail's point of view n out of sudden,akhi 5 i told from masykur's point of view. a little bit confusing,but the message is much clearer!
yang penting,mesejnya smpi.tp scr teknikal,mungkin bole dibaiki ye inche gabbana yang disayangi.=)
suka sy membacanya.
teruskan usaha anda inche gabbana!=D

ghuraba' 26/01/2010, 11:48  

salam...
gaya penulisan yg sgt mantap dan menarik...
jazakillah for such a wonderful story n ukhuwah dan sgt mengundang sebak di hati dan air mata sy..
teruskan menulis ya akhi dan teruskan menyentuh hati2 para pembaca agar dpt menimbulkan keinsafan dan kesedaran...
alhamdulillah wlpun hnya sebuah cerita, namun kemanisan ukhuwah itu dapat dirasakan...
hopefully aft this ada cerita baru lagi..:)

Inche gabbana 26/01/2010, 16:24  

salaam a'laikum warah matullah..

akhirnya, ada juga org yg comment.. =)

yazid: akhi yg kelima pun narrated by Mikhail, cuma hujung2 tu br Masykur ambil alih. sama la dgn akhi 1, mula2 tu Masykur yg narrate.

pape pon, alhamdulillah, msg tu smpai, dan terima kasih atas puji2an yg melambung-lambung. haha.. ketahuilah, puji2an itu hanya untuk Allah. ;) thanx yazid for your honest comment, really appreciate it..!

ghuraba': alhamdulillah, mmg itu point cerita ini ditulis; untuk cuba bekongsi dgn para pembaca bahawa betapa indahnya dan tingginya nilai ukhuwwah itu. IAllah, jika diberi kesempatan dan peluang, sememangnya saya akan terus menulis..! ;) Terima kasih ya atas comment yg membina..!

Anonymous 31/01/2010, 04:15  

Salam 'alaikum warahmatullah...

SubhanAllah... cerpen yg sgt2 bagus.Persahabatan kerana Allah lbh utama drp hbgn pertalian darah tnp didasari niat kerana Allah...

Semoga stiap ikatan yg terbina sesama kita hny kerana Allah SWT..amiin...

Semoga Allah mengalirkan ilham2 sebegini lg kpd penulis.Truskan penulisan cerpen ya!

Inche gabbana 01/02/2010, 04:19  

Amin. ;)

Anonymous 06/02/2010, 18:15  

habiburrahman el-shirazy in the making. ngeh ngeh. mntap2!

Inche gabbana 08/02/2010, 08:52  

hahaha.. menulis hanya untuk berkongsi.. ;)

Anonymous 17/02/2010, 03:55  

salam en. gabbana..

Walaupun agak terlambat membaca siri terakhir akhi ni kan..just nak cakap..pengakhiran yang mantap!!! Terharu la..esp part yang 7 golongan yang diber naungan oleh Allah.. Bestnyer kalau dapat masuk dalam golongan tu kan!!

Jazakallah..share cite ni..mmg ada ruh!! Subhanallah..

Inche gabbana 19/02/2010, 03:49  

wa'alaikumussalam inche anonymous.

Alhamdulillah. Jom kita sama2 doa kita digolongkan oleh Allah dalam golongan yg akan mendapat lindungan ArasyNya kelak..! ;) Biiznillah...

Unknown 02/07/2010, 19:10  

salam akh..best ceritanya.. mohon utk dikongsi..

Inche gabbana 17/07/2010, 05:00  

sila sila. moga bermanfaat biidznillah.. ^^

Anonymous 06/05/2011, 03:42  

real life ada ke kisah sebegini?

abigail lachowski 23/07/2011, 09:19  

fuyoo!!

another well-twisted version of "the notebook".

Anonymous 02/10/2011, 14:18  

Assalamualaikum inche gabbana,
ana minx izin nk print out crite ni yea..
no werry..not for profit making =)

BellaHana 21/10/2011, 16:48  

subhanallah...
walaupon cite ni dah lama namun baru diberi kesempatan membacanya, syahdu~

berdoa sgt2 agar Allah kurniakan sahabat sejati sebegitu utk diri yg marhaen ni..

jzkk atas perkongsian ini :')

M..Cik Raihan 28/11/2011, 01:37  

salam anakanda
Tahniah cerita ini berjaya menggugah perasaan m.cik yg berusia di ambang 50an.Amat menyentuh.Teruskan berkarya keranaNya.

Anonymous 08/12/2011, 19:42  

subhanallah..bahagianye mereka..jealous~

hamba Allah 02/04/2012, 02:50  

sobs~
sangat best!!!!! :D

dhia 19/06/2012, 21:01  

kisah yg dinukilkan inche gabbana membuatkan hati ini tersentuh dan mengalirkan air mata..bagai terasa keindahan ukhuwwah antara Mikhail dan Masykur..Moga2 saya juga dpt m'jadi sahabat yg berukhuwwah kerana Allah..

Anonymous 28/10/2012, 15:34  

jzkk sebab buat aku merembeskan air mata, setelah sekian lama.

Rasyiq 25/03/2013, 00:05  

Assalamualaikum .
Walaupun cerita ni sudah lama bersarang di belog inche gabbana , namun ia masih mampu menggegarkan jiwa raga dan menitiskan airmata ana! Syukran jiddan akh!

Anonymous 28/06/2013, 12:04  

MasyaAllah.... sgt2 menyentuh hati..
syukran inche gabbana

qaseh 27/09/2013, 13:52  

Alhamdulillah dan terima kasih.

indahnya ukhuwwah yang terjalin jika ia kerana Allah sgt2 mengundang sebak dan air mata. Semoga Allah memberi ilham kepada inche gabbana untuk menulis. secara tidak langsung ini juga dakwah dan tarbiyah yang dilakukan oleh inche dan telah diizinkan oleh Allah.

Anonymous 16/12/2013, 19:27  

Subhanallah . cerita yang sangat menarik , akhi ! sungguh menyentuh jiwa ! mengalir air mata ana dibuatnya ! Mbruk alaik atas cerita yang hebat ni !

Akhi. 24/03/2014, 16:38  

Nikmat ukhuwwah,,, terima kasih ya allah,,

P.s. Cerita ni mengingatkan ana tentang cerita Budak Tomato. Chad dan Qiden. Kisah dieorg pon sering buat air mata ana jatuh.

Without name 04/04/2014, 22:48  

Always make my tears fall down. Like the story of Haseeb and young man. (:

pembacapeta 03/05/2014, 10:52  

Ending yg sgt menyentuh hati..Lately sy ulang2 baca dan air mata x tertahan..teringat pd kwn baik yg genap sebulan meninggal hr ni. Beberapa part n dialog sama dgn apa yg kami pernah buat. Janji kami ingin bertemu di Firdaus... Arwah selalu ckp sy tak nak kawen kerana ingin bertemu jodoh di syurga...kali terakhir sy cium arwah, sy bisikkan pd arwah, ' Tunggu sy di sana, ingat janji kita..' Sbg teman baik, sy gembira melihat kesudahan yg baik..segala urusan arwah sgt mudah dr awl accident hingga ke kebumi. Arwah tersenyum, kelihatan sgt bahagia..Allahuakbar.. Sungguh, cerita ini sgt dekat di hati sy. Damai lah di sana sahabat..Al-Fatihah...buat Ratnawati Ibrahim.

Nisha Latiff 13/07/2014, 19:14  

Cerpen beserta lontaran bawang hua3 alhamdulillah, tq penulis!!!!

Anonymous 29/10/2014, 03:01  

Subhanallah :') sungguh manis ukhuwah kerana Allah. Menangis baca. Syukran ya akhi

Unknown 22/12/2015, 08:16  

SubhanaAllah . Ukhuwah yang sangat bererti

Unknown 22/12/2015, 08:16  

SubhanaAllah . Ukhuwah yang sangat bererti

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP