Indahnya Dosa (sambungan - Edisi Akhir)
"Tapi.. Din masih tak dapat nak kaitkan dengan soalan Din tadi... Apa kena-mengena hadith ni, dengan hakikat yang manusia tu diberi pilihan untuk menjadi hamba yang soleh atau hamba yang ingkar..?"
Si ibu tersenyum lagi.
"Din agak-agaklah, apa kaitannya..?"
"Uhhhmmmm... Din tak taulah bu. Betul Din tak tau... Tolong jelaskan... Boleh..?"
Kali ini si anak yang tersenyum manja. Dia amat arif yang ibunya amat lemah, mudah tewas dengan senyuman nipisnya itu. Senjata merbahaya.
"Haha, Din Din.. Cepat sangat mengalah! Tapi tak apa, sebab Din betul-betul nak tahu, biar ibu cuba jelaskan. Ya..?"
Si anak hanya tersenyum gembira sebagai jawapan.
"Macam ni Din... Dalam hadith tadi, Din setuju yang mesej utama yang cuba hendak disampaikan adalah keagungan kasih dan cinta Allah pada hamba-hambaNya. Betul..?"
Si anak mengangguk laju, tidak sabar mendengar penjelasan penuh kepada persoalannya di awal perbualan tadi.
"Jadi di sini jelas yang Allah amat gembira, sentiasa ternanti-nantikan hamba-hambaNya yang telah membuat noda dan dosa, untuk kembali kepadaNya. Yalah, bayangkan betapa gembiranya Allah, sehinggakan kalau kita berjalan kepadaNya, Dia membalasnya dengan berlari kepada kita!
Kiranya, Allah lebih suka kepada orang yang berbuat dosa dan kembali kepadaNya untuk bertaubat, berbanding dengan orang yang langsung tidak berbuat dosa! Lebih teruk lagi, mereka yang terus menerus bergelumang dengan kemungkaran tanpa ada niat langsung untuk bertaubat!"
Si anak kelihatan sedikit kehairanan. Sedikit kaget melihatkan ibunya yang amat bersemangat memberi penjelasan.
"Kalau macam tu bu, maksudnya kita kena buat banyak-banyak dosa lah bu...?"
Si anak menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Haha.. Bukan macam tu Din. Allah sentiasa suka pada hambaNya yang taat dan selalu patuh pada perintahNya. Tapi pada masa yang sama, tiada manusia yang sempurna dan bebas sepenuhnya daripada melakukan dosa. Maka kasih sayang Allah bertambah pada hambaNya yang cuba sedaya upaya untuk taat, tetapi kadangkala tergelincir juga. Mereka ini bangkit semula, tidak membiarkan tubuh badan mereka dilumuri dengan lumpur dan becak. Mereka kembali pada Rabb Pencipta mereka, menadah tangan memohon keampunan, membiarkan air mata membasahi pipi tanda penuh penyesalan.
Sebab tu Din, Nabi Muhammad SAW pun bangun untuk solat memohon keampunan pada setiap malam, walaupun pada hakikatnya, dirinya itu maksum, bebas daripada sebarang dosa. Dan baginda tidak hanya memohon keampunan secara acuh tak acuh, malah tangisannya begitu menghibakan sehingga basah janggutnya!"
"Wow.. Subhanallah... Hebatnya!"
"Din tahu tak yang Allah selalu berbangga dengan hamba-hambaNya yang bangun solat malam, semata-mata untuk mencari keredhaanNya? Allah menunjuk-nunjuk pada pada malaikatnya, kerana begitu gembira dan berbangga melihatkan hamba-hambaNya yang sanggup mengorbankan waktu tidur mereka demi kasih dan cinta Allah.
Hakikatnya anakku, Allah sentiasa menanti-nantikan hamba-hambaNya yang telah terjelepok, jatuh ke dalam lembah dosa yang hina, untuk kembali kepadaNya. Pintu taubat itu sentiasa terbuka, 24 jam sehari, setiap saat dan ketika. Tidak pernah dittutup, melainkan ketika ruh sudah sampai ke kerongkong. Dia sentiasa menunggu-nunggu panggilan kasih dan permohonan keampunan daripada hamba-hambaNya yang penuh mengharap. Dan Dia akan menyahut panggilan itu. Dia tidak akan menghampakan harapan menggunung hamba-hambaNya...
"Subhanallah..."
"Anakku, hanya mereka yang pernah berdosa dapat merasakan betapa nikmatnya taubat itu. Hanya mereka yang pernah melakukan noda, akan menghargai betapa kasihnya Allah padaNya usai dia memohon keampunan daripadaNya. Ketika itulah, ketika itu sahajalah, dosa menjadi sesuatu yang indah..."
Si anak mengangguk perlahan. Matanya sedikit berkaca, dan pandangannya tidak dipusatkan di mana-mana. Dia termenung jauh...
"Din..? Din.."
Si ibu mengusap lembut rambut anaknya itu. Tersenyum.
"Din ok tak ni..?"
"Ye bu..? Ok ok, Din ok.. Cuma Din tengah memikirkan penjelasan ibu tadi."
Si ibu hanya mendiamkan diri, menantikan anaknya untuk menyambung bicara.
"Maksudnya bu, kita diberi pilihan untuk berbuat dosa semata-mata supaya kita boleh menyesali keingkaran kita itu dan kemudiannya kembali kepadaNya? Dan sebenarnya, Allah lebih sayang pada mereka yang sedaya upaya untuk taat dan patuh padaNya? Macam tu ke bu..?"
Si ibu tersenyum tanda setuju.
"Tapi di sepanjang perjalanan kehidupan ni, liku-liku yang licin dan ranjau-ranjau yang tajam sering membuatkan manusia terjatuh,terseliuh, tergelincir... Dan yang membezakan golongan yang mendapat keampunan dan dicintaiNya dengan mereka yang tidak, adalah orang-orang yang selepas jatuh, bangkit semula untuk meneruskan perjalanan mereka, sambil membersihkan kotoran yang melekat pada tubuh badan mereka. Kan bu..?"
Kali ini si ibu mengangguk pula. Sedikit laju anggukannya, kerana begitu khusyuk dan gembira mendengar jawapan anaknya itu.
"Begitulah kurang lebih Din.. "
"Alhamdulillah... Sekarang Din dah faham! Dah jelas! Tak perlu pening-pening lagi.. Din tahu yang memang Din boleh harapkan pada ibu! Terima kasih bu!"
Si anak lantas mendakap erat ibunya, dan dihadiahkan kucupan manja pada pipi kanan ibunya.
Si ibu sedikit terkejut tetapi hatinya penuh dengan rasa syukur dan gembira. Dibalasnya kucupan anaknya itu dengan kucupan di dahi si anak pula.
"Oh Din, sebelum ibu terlupa. Ingatlah kata-kata yang penuh berhikmah dan bijaksana ini...
'Orang yang merasakan dirinya tidak berdosa,lantas tidak pernah meminta ampunan daripada Allah yang Esa, dialah orang yang paling berdosa dan Allah tidak akan mengampunkanNya. Maka nerakalah tempat baginya untuk selama-lamanya.
Sedangkan orang yang merasakan dirinya penuh dengan dosa, lantas dengan penuh kesungguhan bertaubat meminta keampunan daripadaNya, dialah orang yang bebas daripada dosa kerana Allah telah mengampunkanNya. Maka syurgalah baginya, untuk selamanya...' "
-gabbana-
12 Caci Maki Puji Muji:
alhmdulillah.. thanks. =)
Terima kasih atas post yang memberi kesan pada diri yang hina ini
barakallahu fikum.. moga bermanfaat untuk semua biidznillah.. ;)
salam.
abg,xlupa untuk sy tunaikan janji yg abg minta tepati utk terus membaca blog abg.teruskn tarbiyah online mcm ni bang.biar 'kering' di blog,tapi basah di hati sy.
sentiasa menanti masterpiece abg.
hope u r doing well there.=')
yazid...!!!
eh, pernah minta ke..?? hehehe...
IAllah, doakan agar diri ini terus tsabat, biidznillah. yazid juga di sana, teruskan perjuangan! jgn biarkan diri dihambat dengan perasaan putus asa, lelah mahu pun culas! Ya..? )
Salam rindu dari Kuala Lumpur...
salam Adam E...nak pinjam phrase nie k?nak post dlm FB.. ;)
"Orang yang merasakan dirinya tidak berdosa,lantas tidak pernah meminta ampunan daripada Allah yang Esa, dialah orang yang paling berdosa dan Allah tidak akan mengampunkanNya. Maka nerakalah tempat baginya untuk selama-lamanya.Sedangkan orang yang merasakan dirinya penuh dengan dosa, lantas dengan penuh kesungguhan bertaubat meminta keampunan daripadaNya, dialah orang yang bebas daripada dosa kerana Allah telah mengampunkanNya. Maka syurgalah baginya, untuk selamanya...' "
wah org liverpool pon bc blog ni ke..? hehe.. ;)
sila akhi, sila.. moga bermanfaat, biidznillah.. =)
jazakillah
kupasan yg basah *mencurah-curah
kenapa tak remind tisu premier awal2 ㅠㅜ
Alhamdulillah, pernah juga terlintas pertanyaan seperti yg din tanyakan pd ibunya, terasa terjawab juga persoalan, jazakillah.
Waaahhh . Mata bersinar
Sungguh ... sungguh ...
Tersentuh
Assalammualaikum... best dan menarik entri en.gabbana... n byk followers .. tntg dakwah sya rsa terpanggil wlaupown ilmu cetek... yelakan sape xnk syurga n bdkwah kena ada hemah...team dakwah... en.gabbana dh tbuhkan ke???mne tau bole join dpt la menambah ilmu didada n sma bjuang..che.... hahaha pape smga bjya n btmbh rmai lak kaum mukmin n mukminat,yg soleh... smga dbrkati pjuangan saudara...
Kalo anak sy tnye soklan ceni..konpem terkedu otak nk pikir jwpn..
Post a Comment