Yong Yuk Chang
AMARAN: Post ini sangat panjang. Sila baca apabila anda mempunyai masa yang lapang dan ketika kepala otak anda tidak dibebani dengan masalah-masalah lain. Sila baca sehingga habis kerana saya jamin anda tidak akan menyesalinya. Cheers.
***
Inche Yong Yuk Chang merupakan satu-satunya pemandu bas di kawasan seluas 40 kilometer persegi di pedalaman perkampungan sebuah pekan bernama Ekibastuz di Kazakhstan dalam daerah Pavlodar. Justeru, Inche Yong Yuk Chang merupakan seorang yang boleh dikatakan berstatus selebriti di tempatnya itu, memandangkan penduduk kampung bergantung penuh kepadanya untuk ke daerah lain. Tambahan pula, ramai penduduk kampung yang tidak mampu untuk memiliki Proton Waja CPS, kereta terhangat di pasaran automobil Kazakhstan ketika itu, apatah lagi untuk memiliki hoverkraf atau helikopter Sikorsky. Hendak menaiki kereta lembu alamatnya sampai esok pun tak akan sampai ke destinasi.
Pekan Ekibastuz di Daerah Pavlodar, Kazakhstan. |
Inche Yong Yuk Chang juga merupakan seorang yang serba bidang dan serba boleh; macam-macam perkara yang boleh dilakukannya. Dia pandai bercakap, suaranya lunak berkaraoke, bijak pula bergaul dengan orang di sekelilingnya. Pandai pula memasak ikan goreng tepung bersalut madu, masakan tradisional kaum Kazakh di Kazakhstan. Juga amat boleh diharap dan dipercayai jika diberikan sesuatu tugas. Maka tidak hairanlah Inche Yong Yuk Chang amat disayangi dan disenangi oleh para penumpangnya. Malah ramai juga Tok Aji dan Mak Aji yang telah berkenen-kenen untuk mengambil Inche Yong Yuk Chang sebagai menantu mereka. Yang lebih mengagumkan adalah keikhlasan dan komitmen Inche Yong Yuk Chang dalam kerjayanya itu; dia benar-benar faham tujuan dia memandu bas bernombor 230 itu adalah untuk membawa para penumpangnya ke destinasi yang dituju dengan cara yang paling cepat dan selamat.
Inche Yong Yuk Chang yang amat ceria ketika memandu bas 230nya. |
Di stesen bas utama pekan Ekibastuz itu, terdapat sebuah kedai runcit ala-ala Walmart yang menjual pelbagai jenis barangan termasuklah sabun Dettol, keropok Super Ring, Minyak Angin Cap Kapak, Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak dan panadol ActiFast. Pemilik kedai runcit itu adalah pendatang yang baru berhijrah ke pekan Ekibastuz. Namanya Inche Lucifer Jahala. Dia adalah seorang usahawan yang sangat optimis, di samping mempunyai sifat Machiavelistik di mana sanggup membuat apa sahaja bagi mencapai objektif yang telah digariskan.
Inche Lucifer Jahala bekerja berseorangan sahaja. Tetapi melihatkan bisnesnya yang semakin berkembang pesat dan jumlah pelanggan yang bertambah ramai, dia bercadang untuk mengupah seorang pembantu untuk melicinkan lagi urusannya. Dia telah cuba untuk mencari orang yang paling sesuai untuk membantunya, namun setakat ini dia belum lagi berjumpa dengan orang yang dirasakan betul-betul boleh diharap. Sehinggalah dia bertemu dengan Inche Yong Yuk Chang. Ketika mengenali Inche Yong Yuk Chang buat pertama kalinya, dia seperti sudah tahu yang Inche Yong Yuk Chang adalah orang yang dicari-carinya selama ini. Apatah lagi setelah berbual dan mengenali Inche Yong Yuk Chang dengan lebih mendalam, Inche Lucifer bertambah yakin yang Inche Yong Yuk Chang mesti bekerja dengannya.
Maka Inche Lucifer pun membuat tawaran kepada Inche Yong Yuk Chang untuk bekerja dengannya. Walau bagaimanapun, Inche Yong Yuk Chang menolaknya dengan penuh sopan santun dan keberadaban Kazakhstan kerana dia sangat sayang akan pekerjaannya memandu bas 230 itu. Tambahan pula, untuk mencari pemandu baru bagi menggantikannya bukanlah kerja yang mudah. Tidak berpuas hati dengan penolakan itu, Inche Lucifer meningkatkan ganjaran tawaran bekerja dengannya termasuklah bonus tahunan 6 bulan gaji, EPF 25%, insurans kesihatan dan khairat kematian serta diskaun 25% apabila mengunjungi mana-mana Restoran Sushi King di Kazakhstan, dengan harapan kali ini Inche Yong Yuk Chang akan termakan dengan pujuk rayunya itu.
Namun begitu, Inche Yong Yuk Chang tetap menolaknya kerana dia begitu komited untuk memastikan tujuan kerjayanya sebagai pemandu bas 230 tercapai. Maka Inche Lucifer mengambil keputusan dramatik; walau apa pun caranya, Inche Yong Yuk Chang mesti bekerja dengan aku! Lantas Inche Lucifer pun merancang satu plan bersifat syaitan, untuk memastikan Inche Yong Yuk Chang akhirnya jatuh ke dalam genggamannya dan akan bekerja dengannya di kedai runcit miliknya itu.
Pada suatu tengah hari hari Rabu, 15 Jamadil Awal 1505 Hijriah, ketika itu dedaunan pokok-pokok merimbun di pekan Ekibastuz mula bertukar warna menjadi coklat bagi menandakan musim luruh yang akan tiba, Inche Yong Yuk Chang bekerja seperti biasa. Namun yang luar biasanya pada hari itu adalah apabila Inche Yong Yuk Chang tiba di stesen utama pekan Ekibastuz dan mengambil rehat selama 15 minit sebelum memulakan perjalanan yang seterusnya. Ketika Inche Yong Yuk Chang lalu di depan kedai runcit milik Inche Lucifer sambil melemparkan senyuman manisnya kepada Inche Lucifer yang sedang mejaga kedainya lantas dia pun melambai tangannya sebagai menghargai senyuman Inche Yong Yuk Chang itu, Inche Yong Yuk Chang tergelincir dek lantai yang licin lalu jatuh tersembam ke tanah di mana kepalanya terhentak dengan begitu kuat sekali. Bergegar kepala otak Inche Yong Yuk Chang. Inche Yong Yuk Chang pitam sebentar dek hentakan yang begitu kuat di kepalanya. Inche Lucifer yang melihat kejadian itu tersenyum jahat kerana rupa-rupanya dialah yang bertanggungjawab menjadikan lantai di depan kedainya itu licin daripada biasa dengan menuang minyak pelincir di atas lantai itu.
Apabila Inche Yong Yuk Chang tersedar daripada pitamnya, dia tidak lagi mampu untuk mengingati apa-apa. Rupa-rupanya Inche Yong Yuk Chang mengalami amnesia dek kepala otaknya yang terhentak kuat! Inche Yong Yuk Chang duduk di kerusi batu yang disediakan di stesen bas pekan Ekibastuz itu, bertentangan dengan kedai runcit milik Inche Lucifer. Dia cuba untuk mengingati apakah yang terjadi padanya. Lebih malang lagi, dia tidak mampu mengingati siapakah dirinya yang sebenar dan mengapa dia berada di situ. Inche Lucifer hanya memerhatikan daripada jauh sambil menggosok-gosok tangannya seperti tauke kedai makan yang sangat seronok melihat para pelanggan yang ramai lagaknya; menantikan apakah yang akan dilakukan oleh Inche Yong Yuk Chang selepas ini.
Agak lama Inche Yong Yuk Chang cuba memikirkan apakah yang terjadi pada dirinya. Akhirnya, akibat terlalu penat berfikir tentang dirinya, dia pergi ke kedai runcit Inche Lucifer untuk membeli kerepek ikan dan air teh lemon cap Lipton bagi mengurangkan kerunsingan yang sedang dialaminya. Inche Lucifer yang sememangnya sedang menunggu saat-saat itu buat-buat tak tahu dan bertanyakan kepada Inche Yong Yuk Chang mengapakah dia nampaknya seperti risau dan tidak mempunyai hala tuju.
Inche Yong Yuk Chang yang sememangnya sedang hilang punca dan tidak tahu untuk mengadu kepada sesiapa, lantas menceritakan masalahnya kepada Inche Lucifer. Inche Lucifer yang buat-buat mengambil berat telah menyebabkan Inche Yong Yuk Chang berasa begitu terharu dan dihargai. Ketika inilah Inche Lucifer mencucuk jarum-jarum halus ke dalam hati Inche Yong Yuk Chang sehingga menyebabkan Inche Yong Yuk Chang begitu terpesona dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh Inche Lucifer.
Inche Lucifer yang menyedari hakikat ini tanpa berlengah lagi menawarkan Inche Yong Yuk Chang untuk bekerja dengannya. Alasan yang diberikan adalah et lis Inche Yong Yuk Chang tidak akan terkontang-kanting, ada duit untuk membeli makanan dan Inche Lucifer berjanji untuk menyediakan tempat tinggal untuknya. Siap dengan televisyen berskrin leper 3 Dimensi yang dilengkapi dengan Astro lagi. Fuh memang tawaran hebat Courts Mammoth. Maka tanpa berfikir panjang, Inche Yong Yuk Chang terus sahaja menerima tawaran itu. Hahahahaha aku telah berjaya padan muka kau dulu kau sombong dengan aku, getus hati Inche Lucifer sambil tersenyum nipis bagi menyembunyikan perasaan gembiranya yang teramat sangat.
Sayugia bermulalah kehidupan baru Inche Yong Yuk Chang menjaga kedai runcit ala-ala Walmart di stesen bas utama pekan Ekibastuz milik Inche Lucifer itu. Dan terbukti, sememangnya Inche Yong Yuk Chang merupakan seorang pekerja yang sangat berdedikasi komited. Inche Lucifer berasa sangat gembira dan puas hati kerana rancangan jahatnya telah membuahkan hasil yang cukup lumayan. Inche Yong Yuk Chang bekerja di awal hari dan habis kerja lewat malam, kerana tempat tinggalnya adalah di kedai runcit itu sendiri. Inche Yong Yuk Chang tidak berkira sangat kerana dia amat terhutang budi dengan kebaikan Inche Lucifer. Malah, dia juga tidak kisah apabila dibayar dengan gaji yang tidak seberapa oleh Inche Lucifer, walaupun ia amat tidak berpatutan dengan tulang empat kerat yang telah dibantingnya di kedai runcit itu.
Pada masa yang sama, memandangkan Inche Yong Yuk Chang merupakan satu-satunya pemandu bas 230 di pekan Ekibastuz itu, kini tiada lagi orang untuk memandu bas itu. Natijahnya, ramai penumpang yang terkandas tidak dapat hendak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Ramai orang ternanti-nanti ketibaan bas 230 untuk mengambil mereka, namun penantian mereka hanya sia-sia. Penantian itu suatu penyeksaan. Mereka tertanya-tanya dan bersa hairan sekali apakah yang sudah terjadi dengan bas 230 dan Inche Yong Yuk Chang. Semakin lama, semakin ramai yang terkandas dan tidak dapat hendak ke mana-mana. Akhirnya mereka berputus asa kerana bas 230 yang ditunggu-tunggu tidak pernah kunjung tiba. Mereka pun pulang ke rumah masing-masing dan berputus harap kerana mereka yakin bas 230 bersama pemandu kesayangan mereka, Inche Yong Yuk Chang tidak akan datang untuk mengambil mereka.
Penduduk Ekibastuz tidak dapat lagi menaiki bas kerana Inche Yong Yuk Chang yang menghidapi amnesia |
Inche Yong Yuk Chang terus bekerja di kedai runcit Inche Lucifer dengan penuh taat dan setia, walaupun dia sebenarnya menjadi keldai percuma untuk Inche Lucifer. Ok mungkin tidak seratus peratus percuma tetapi dia sebenarnya adalah kuli bergaji rendah di bawah garis gaji minimum yang telah ditetapkan oleh kerajaan Kazakhstan. Dia akan terus bekerja seperti itu kerana dia sudah lupa akan tanggungjawabnya sebagai pemandu bas 230. Tidak sehingga ada seseorang yang menyedarkannya, dia akan terus berkhidmat di bawah telunjuk Inche Lucifer Jahala.
Tamat.
***
Oh ini bukanlah sebuah cerita yang punya pengakhiran yang gembira. Tetapi cerita ini ada 1001 pengajaran yang kita semua boleh manfaatkan, Insha-Allah.
Anda sudah bersedia untuk mendengar ibrahnya? Jom! ;)
Kita semua adalah Inche Yong Yuk Chang. Ya betul. Kita semua adalah manusia yang diciptakan Allah dengan cukup sempurna. Dan bukan itu sahaja, kita semua diberikan dengan bermacam kelebihan. Saya mungkin pandai berenang dan anda tidak, tetapi anda mungkin pandai menjahit baju sejuk dan saya juga pandai. Eh eh. Anda lebih pandai daripada saya. Setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Dengan kata lain, setiap manusia mempunyai ciri-ciri kelogaman yang unik dan berharga. Sesuai dengan hadis Rasulullah SAW;
Maksudnya:
"Manusia itu seperti logam. Baiknya mereka ketika jahiliyyah, baik juga ketika mereka Islam. Sekiranya mereka faham." [Hadith Riwayat Bukhari]
Justeru, tidak mungkinlah dengan pelbagai keistimewaan ini, manusia diciptakan dengan sia-sia, tanpa tujuan hidup yang spesifik dan praktikal. Sungguh bongok orang-orang yang mengatakan manusia ini terjadi dengan semulajadinya (atau berevolusi) dan hidup di dunia ini hanya untuk bersuka-ria dan kemudian mati katak begitu sahaja. Memang bongok. Seperti anda memasak fettucine alfredo, lengkap dengan kuahnya yang lazat, ditabur pula dengan keju parmesan dan disaluti pula dengan mentega cair, kemudian anda membiarkannya sahaja tidak dimakan. Aik? Tak ke sengal ke namanya tu? Bukankan tujuan fettucine alfredo atau apa sahaja masakan dimasak adalah untuk dimakan?
Begitu juga dengan kita. Manusia diciptakan Allah punya tujuan hidup, amanah dan tanggungjawab untuk dilunaskan sepanjang kita hidup di dunia ini. But as time goes on bak kata omputeh, ramai antara kita yang lupa atau 'terlupa' dengan tujuan hidup ini. Samalah seperti Inche Yong Yuk Chang yang terjatuh lantas melupakan tujuannya berada di stesen bas Ekibastuz itu; untuk membawa bas 230.
Kadang-kadanag kita lupa akan tujuan hidup kita adalah disebabkan cara kita dibesarkan, atau persekitaran di sekeliling kita. Tetapi faktor utama yang menyebabkan kita menjadi alpa, leka dan lalai adalah tidak lain dan tidak bukan, musuh utama kita sejak dahulu kala lagi, Jeneral Lucifer Jahala a.k.a. iblis laknatullah dan jahiliyah. Sejak berkurun lagi iblis dan konco-konconya telah berusaha dengan begitu gigih dan gagah sekali untuk menyesatkan anak-anak, cucu cicit piut Nabi Adam a.s.. Mereka tidak pernah berputus asa dan akan mencuba apa sahaja cara untuk memesongkan manusia daripada jalan yang benar.
Mereka berjaya. KPI mereka amat memberansangkan.
Lihatlah di sekeliling anda! Berapa ramai manusia yang hanyut dek keseronokan dunia..? Alah, tak payah tengok Mohinder atau Chong Cheng Chong la..! Tengok aja bangsa sendiri yang kononya beragama Islam! Ptuiihhh..! (Ok emo sekejap) Daripada sekecil-kecil budak-budak, sehinggalah sebesar-besar pemimpin negara, semuanya rosak! Kalau tak rosak masakan ada sekolah hamil Malaysia..? Boleh masuk Guiness World of Record sebagai sekolah seumpanya yang pertama di galaksi Bimasakti ini. Syabas!
Dan apa kesannya apabila manusia mula melupakan tujuan hidupnya? Maka terabailah manusia-manusia yang lain, terutamanya mereka yang lemah dan tidak berdaya upaya. Seperti para penumpang bas 230 yang bergantung sepenuhnya pada Inche Yong Yuk Chang, berapa ramai manusia di luar sana yang sebenarnya amat ternanti-nanti bantuan dan pertolongan daripada manusia-manusia yang boleh memimpin mereka ke arah jalan yang benar.
"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah..." - Ali-Imraan, 3:110
Akhirnya apabila tiada siapa yang mahu membimbing mereka, mereka lantas berputus asa, lantas hanyut bersama-sama dengan keseronokan dunia seperti yang lain. Sungguh malang nasib mereka kerana ramai daripada kita yang menjadi seperti Inche Yong Yuk Chang, yang terjerat dengan perangkap iblis dan konco-konconya, lantas menggunakan segala kemahiran dan tenaga kita untuk memajukan dan membangunkan lagi perjuangan mereka.
Ingat! Jahiliyyah yang tersusun pasti akan menewaskan kebaikan yang tunggang langgang. Dan pada zaman ini di masa ini, kejahatanlah yang sedang memenangi peperangan ini, sedangkan kebaikan sedang diinjak-injak dan diludah dengan kahak hijau yang maha jijiknya.
Persoalannya; apakah tujuan hidup kita? Apakah tanggungjawab kita sebagai manusia yang diciptakan Allah dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan ini..? Adakah untuk membantu iblis dan jahiliyyah mengusai dunia..? Saya serahkan kepada anda untuk memikirkannya. Saya tahu ia kliche bunyinya, tetapi, tepuk dada tanyalah iman anda! ;)
(Oh kalau anda tidak dapat tidur dan mimpi ngeri kerana memikirkannya, sila beritahu saya. Saya akan memberikan anda jawapannya! ^^)
-gabbana-
*Kredit untuk Inche Nik Hazwan untuk analogi Inche Yong Yuk Chang! Hihihi..
15 Caci Maki Puji Muji:
wah...menarik nyer!! suke entry ni~~
izin kn utk saya share~~
~SN~
sila sila. sebar2kan, supaya semua dapat manfaat daripadanya iAllah.. ;)
terima kasih SN!
jzkk. entry yg menarik w/pun pada mulanya saya agak confuse apa yg saudara cuba sampaikan.
pada mulanya, tak terfikir pula bas 230 adalah Surah al-Baqarah ayat ke 30.ingatkan hanya sekadar no je.
membaca entry ni terasa seolah merefresh kembali content ISK, GF dan kisah anak singa dan kijang.
bg yg sudah berada di dalam sistem, saya rasa entry ini sgt menarik utk mengingatkan kembali tujuan asal kehidupan kita. tapi bg yg pertama kali mendengar analogi ini, saya bimbang mksdnya mungkin kurang sampai kerana contentnya mungkin agak berat buat mereka.
sedangkan bila disampaikan dlm daurah pun ada yg tak faham atau mungkin salah faham, inikan pula hny dibaca melalui penulisan sahaja. jadi, perlu buat sesuatu utk make sure pembaca benar2 faham apa yg saudara mksdkan.
jzkk sekali lagi. moga terus tsabat.:)
woah, MM perasan! sy igtkan takde org yg perasan signifikan bas 230 tu! tahniah! ;)
oh..? MM rasa camtu ke..? Uhmm.. MM pernah dgr ke analogi ni seblom ni? sbb sy rasa takdela berat mana pon..
tp uhm, mungkin jugalah kan. especially yg tak penah dgr ISK.
takpe, tgk dulu response org ramai camne. kalau mcm ramai yg konpius, nnt kita explain lagi! ^^
jzkk MM ntok komen yg membina! saya suka..!
ramai orang yg tidak sedar menjadi hamba kepada jahiliyyah or taghut...ada yang sedar...ada juga yg "gembira" dgn penghambaan tersebut.. bg sesetengah individu muslim sujud mereka bukan lg sujud pembebasan.
"Sesungguhnya tidak ada kerosakkan yg lebih teruk merosakkan fitrah selain dr. kehinaan yg dibentuk taghut yg berpanjangan. Ia memusnahkan segala kemuliaan manusia...." [muntalaq]
plis keep up the gud work..! (^^)
woah org jauh, sgt mendlm kata2 tu..! jzkk untuk itu! ;)
anonymous, doakan ye!
seorang guru saya sering bertanya kpd murid-muridnya: "kita hidup di dunia ini untuk mengejar apa? mencari apa? fikir-fikirkanlah"
terima kasih banyak-banyak untuk entri ni :)
p/s: sekolah hamil adalah cadangan paling mengarut yg pernah saya. inilah akibatnya hasil pemerintahan golongan idealis. dengar cerita isteri kpd PM sanggup ke luar negara (terlupa negara mana, tapi salah satu negara barat) untuk mengkaji sistem sekolah hamil ni. tak perlu jauh2 nak selesaikan masalah hamil luar nikah. ada depan mata sebenarnya, kita je yg buta.
terima kasih N untuk komen ini. saya tak tahu nak cakap camne, tp ada sesuatu pada komen ada dan saya amat menghargainya. ;)
terima kasih N!
entry yg sungguh panjang.wonder bpe lama tuk menaipnya? =p
thnks for the story.sangat memberi kesedaran!
hahaha.. tak lama pon. saya menaipnya pada masa2 lapang sahaja. ;)
sama-sama. sgt gembira apabila penulisan saya boleh memberi manfaat kepada yg lain. sebar2kan ya..? ^^
p/s: anda kipas susah mati inche gabanna kah..? ;p
ohh.inshaAllah.sgt bermanfaat.
lately ni suka bace entry2 gabanna.heh
oh saya sngat terharu.. ;) syukur pada Allah, semua idea dan kekuatan untuk menulis datang daripadaNya!
cheerios!
entry yg sangat menarik..Kalau kita betul2 memahami cerita ni baru sedar selama ni kita diperhambakan or terjerat dengan tipu helah Encik Lucifer Jalaha..
Err inche gabbana, mungkin saya lah kot antara orang yg konpius dgn GF *GF tu apa* dgn analogi inche Yong Yuk Chang tu. Ehehe ^^'
Btw ni kali ketiga saya baca entri gabbana. Rasa nak baca dan baca lagi! :D
Post a Comment