23 September 2010

Indahnya Dosa

Seorang anak kelihatan kebingungan. Dia menggaru-garu kepalanya. Lantas dia mengambil keputusan untuk pergi dan bertanya kepada ibu kesayangannya.

"Ibu... Din nak tanya sesuatu la bu. Boleh tak..?"

Si ibu yang sedang sibuk memotong sayur meletakkan pisau panjangnya. Dia merenung wajah anak tunggalnya itu dengan penuh kasih sayang. Dia tersenyum.

"Sudah tentu. Ada apa nak..?"

"Ibu pastikah..? Din boleh tunggu.."

Haha.. Tawa kecil si ibu di dalam hati. Si ibu kenal benar anaknya itu. Tidak sabar. Inkuirinya sangat tinggi. Sekiranya dia benar-benar mahukan sesuatu, dia pasti mendapatkannya dengan apa cara sekali pun.

"Pasti. Jom kita duduk di depan..."

Si ibu lantas membasuh tangannya dengan cermat dan teliti. Dilapnya pada tuala kecil yang digantung pada peti sejuk.

Setibanya ibu di ruang tamu, dilihat anaknya begitu resah. Panas punggung. Seperti ada sesuatu yang benar-benar mengacau jiwa anak terunanya itu.

Si ibu mengambil tempat di sebelah anaknya. Si ibu merenung mata anaknya itu. Dipegang paha gebu anaknya itu dengan lembut dan penuh kasih. Senyuman manis penyejuk hati mengukir bibir si ibu.

"Kenapa ni Din..? Macam ada masalah besar je ibu tengok.. Din ok ke ni..?"

Anak muda yang baru sahaja melangkah ke alam yang baru itu memandang ibunya. Diam seribu bahasa. Dia tidak tahu bagaimana hendak memulakan bicara.

"Uhmm...? Kenapa ni nak..? Cakaplah.. Ibu ada di sini. Din boleh cakap apa sahaja dengan ibu.."

Si ibu tersenyum lagi. Memujuk. Dan pujukan halusnya itu berjaya. Si anak berasa cukup selesa dan tenang. Dia berdehem kecil, tanda mahu memulakan bicara.

"Macam ni bu... Uhmm.. Din pelik la bu..."

Si anak tampak resah kembali. Si ibu mula berasa risau; berat benarkah masalah anakku ini?

"Apa yang peliknya Din..? Ceritalah.."

"Haaah.. Uhhmmm... Din pelik dan bingung... Kan semua orang nak masuk syurga kan..? Dan nak masuk syurga kena buat banyak-banyak amal kebaikan dan elakkan daripada melakukan kemungkaran. Kan bu..?"

"Haah, betullah tu. Semua orang nak masuk syurga. Orang yang bukan Islam pun ramai yang nak masuk syurga."

Si ibu tersenyum. Dia masih belum dapat mengesan ke manakah perbualan ini akan dihalakan.

"Tapi kan bu... Pastinya Allah tak suka pada hambaNya yang melakukan banyak dosa kan..? Pastinya Allah nak semua hamba-hambaNya masuk syurga kan bu..?"

Si ibu mengangguk tanda setuju.

"Dah tu, kenapa Allah beri peluang pada hamba-hambaNya melakukan dosa? Kenapa Allah bagi pilihan pada manusia untuk buat maksiat dan kemungkaran..? Macam pelik.. Allah tak suka, tapi Dia izinkan manusia bergelumang dengan noda dan dosa. Bukan setakat tu, Dia izinkan pula iblis dan tentera-tenteranya menghasut dan menggoda manusia. Bertambah mudahlah manusia untuk jatuh ke dalam lembah kemungkaran... Dia tak faham la bu..."

Wah, terdetik di hati si ibu. Si ibu tidak dapat menahan dirinya daripada mengukir senyuman yang lebar. Seronok dan sejuk hatinya apabila anak kesayangannya itu bertanyakan soalan sebegitu rupa. Tidak disangkanya anak bujangnya itu sudah mula menampakkan kematangan dalam berfikir.

"Hhhmm... Macam mana ibu nak jawab soalan Din ni eh. Uhhmm.. Macam ni lah. Ibu bagi satu contoh eh...?

Ok, bayangkan Din baru balik daripada sekolah. Tengah penat-penat tu, berpeluh-peluh semua, haus, lapar, belum sempat nak berehat-rehat, tiba-tiba ibu datang marah-marah pada Din. Tak semena-mena ibu meradang pada Din. Apa perasaan Din..?

Ok, jangan jawab dulu. Sekarang bayangkan, belum sempat Din cakap apa-apa, belum pun Din nak respon, tiba-tiba ibu dah maafkan Din. Tiba-tiba je ibu tersenyum gembira seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelum tu. Haaa... Sekarang, apa perasaan Din..?"

Si ibu tersenyum kepuasan. Dia menantikan jawapan daripada anaknya.

Si anak memberikan pandangan seribu tanda tanya pada ibunya. Biar betul mak aku ni...

"Err... Pelik..? Mesti Din rasa ibu dah tak betul. Demam ke..."

"Haha. Pelik kan..? Ok, sekarang ni ibu nak Din bayangkan suatu situasi yang sedikit berbeza.

Din baru balik dari sekolah, situasi yang sama, Din penat semua. Tiba-tiba ibu datang dan buat muka masam dengan Din. Ibu marah, tapi kali ni bersebab. Ibu dapat tahu daripada cikgu Din di sekolah yang Din ponteng kelas.."

"Eh mana ada bu! Din takkan buat macam tu! Janji...!"

"Hahaha.. Ibu tahu, ibu tahu... Ibu nak Din cuba bayangkan je..."

Si ibu mengusap-usap rambut anaknya. Anakku...

"Ok, bayangkan eh. Dalam ibu marah-marah tu, Din pun sedar akan kesilapan Din, dan Din rasa betul-betul menyesal. Din pun minta maaf pada ibu, dan berjanji tak akan ulangi kesilapan yang sama. Din juga berjanji yang Dia akan minta maaf pada cikgu Din.

Ibu tersenyum dan ibu peluk Din erat-erat. Ibu cium dan usap Din dan ibu cakap, ibu maafkan Din dan ibu sayang Din dan ibu dah tak marah pada Din."

Si anak tersenyum. Dia seolah-olah sedang menghayati imaginasi kreatif yagn sedang bermain di fikirannya.

"Ok sekarang, apa perasaan Din..?"

Si anak terdiam. Berfikir. Kening kirinya sedikit terangkat, tanda dia sedang serius berfikir.

"Hhhmmm... Gembira? Suka? Teruja? Lega..? Semua ada..! Tapi rasa syok dan sangat-sangat best ah..!"

Si anak kelihatan ceria dan riang. Si ibu menarik nafas dan tersenyum penuh kejayaan.

"Alhamdulillah.. Kalau macam tu, Din dah dapatlah jawapan untuk soalan Din tu!"

"Hah..? Jawapan..? Mana ada bu! Din masih tak faham.. Terangkanlah bu!"

"Haha.. Din Din.. Macam ni.. Din pernah dengar sebuah hadith Qudsi ni tak..?"

"Yang mana satu bu..?"

bersambung...

-gabbana-

2 Caci Maki Puji Muji:

Mohammad Aiman 23/09/2010, 18:10  

urgghh..
bersambung plak.. cis

Anonymous 23/09/2010, 18:30  

sambung cepat2 plisss..


-Angel Pakai Gucci-
haha
Whatever...

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP