24 September 2010

Indahnya Dosa (sambungan)

"Alhamdulillah.. Kalau macam tu, Din dah dapatlah jawapan untuk soalan Din tu!"

"Hah..? Jawapan..? Mana ada bu! Din masih tak faham.. Terangkanlah bu!"

"Haha.. Din Din.. Macam ni.. Din pernah dengar sebuah hadith Qudsi ni tak..?"

"Yang mana satu bu..?"

"Hadith yang ini...

Dari Abi Hurairah r.a. bahwa Rasullullah SAW bersabda : 

Allah SWT berfirman :

Aku adalah sepertimana yang hambaKu fikirkan tentang diriKu. Aku bersama-samanya ketika dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu ketika dia bersendirian, Aku akan mengingatinya bersendirian. Sekiranya dia mengingatiKu di dalam sebuah perkumpulan, Aku akan mengingatinya dalam perkumpulan yang lebih baik daripada itu.

Barangsiapa yang mendekat kepadaKu satu hasta maka Aku akan mendekat kepadanya satu lengan, dan barang siapa mendekat kepadaKu satu lengan maka Aku akan mendekat kepadanya dua lengan, dan jika ia menghampiri kepadaKu dengan berjalan maka Aku menemuinya dengan berlari.' 

(Hadits diriwayatkan oleh Bukhari-Muslim)

Ha, Din pernah dengar..?"

"Uhhmm.. Macam pernah... Tapi tak pasti ah bu... Hadith ni pasal apa bu..? Boleh ke Allah berlari..?"
"Haha.. Din Din.. Bukan tu maksud yang hendak disampaikan oleh hadith ni. Tapi yang lebih utama, intipati hadith ni. Agak-agak Din lah, apa mesej yang hendak disampaikan oleh hadith ni?"

"Uuuhhmmmm, nanti jap eh, Din fikir.."

Si ibu tersenyum lagi. Sudah berapa kali dia tersenyum pada hari itu. Dia tidak kisah; demi tarbiyyah anaknya yang tercinta itu... Dia mengusap lagi rambut kerinting anaknya. Lembut.

"Din rasalah bu.. Hadith ni nak tunjukkan kasih sayang Allah tak..?"

Alhamdulillah syukur, getus hati si ibu.

"Betul tu Din. Hadith ni memang nak tunjukkan betapa agungnya kasih sayang Allah kepada kita. Din bayangkanlah, Allah sentiasa nak 'membeli' daripada kita dengan harga yang lebih baik. Sedangkan Dia adalah pemilik kita, tuan kita dan pencipta kita. Memang tak munasabah!"

"Maksud ibu...?
"Ye lah Din, kalau ikutkan, Dia tak perlu pun nak menawarkan kita dengan ganjaran yang begitu hebat dan tinggi nilainya. Dia yang menciptakan kita, dia yang memiliki kita! Tu pun, dah bermacam-macam nikmat dan kelebihan yang Dia kurniakan pada kita. Namun dia masih nak memberikan hadiah buat hamba-hambaNya yang mengingatiNya sepanjang masa, hamba-hambaNya yang mahu kembali kepadaNya..

Din bayangkanlah.. Kalau kita mendekatkan diri kita dengan Allah sejauh satu hasta, Allah akan dekat dengan kita sejauh satu lengan. Dan kalau kita berjalan kepada Allah, Dia akan berlari kepada kita! Subhanallah Din.. Hebatnya jual-beli Allah ni. Rugilah manusia yang sombong, yang tidak tahu bersyukur dan tidak mahu kembali kepadaNya..."

"Tapi bu..."

Si anak terdiam. Dahinya berkerut-kerut, berat memikirkan sesuatu.

"Tapi apa Din..?"

Si ibu bertanya dengan penuh manja.

"Tapi.. Din masih tak dapat nak kaitkan dengan soalan Din tadi... Apa kena-mengena hadith ni, dengan hakikat yang manusia tu diberi pilihan untuk menjadi hamba yang soleh atau hamba yang ingkar..?"

Si ibu tersenyum lagi.

"Din agak-agaklah, apa kaitannya..?"

bersambung lagi... ;)


-gabbana-

0 Caci Maki Puji Muji:

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP