Tentang

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Belog ini ditubuhkan atas dasar kasih sayang dan peka Inche penulis terhadap alam sekitar dan flora fauna. Eh.

Ulang semula.

Belog ini ditubuhkan atau dimulakan atas minat Inche penulis yang mendalam terhadap bidang penulisan. Ha, baru betul. Sedap sikit bunyinya.

Inche penulis atau lebih mesra dan bergaya dipanggil dengan nama penanya, Inche gabbana, merasakan yang dia dapat berkongsi buah fikirannya dengan lebih baik dan efisien melalui penulisan. Sudah tentunya dia amat gemar bercakap dan menyampaikan pendapatnya, tetapi mengambil kira identitinya yang cukup misteri ala-ala sensasi, penulisan adalah cara terbaik untuknya berkomunikasi dengan makhluk lain di luar sana.

Kadang-kadang Inche gabbana menulis dalam bahasa omputeh, bagi mengelakkan kemahirannya dalam bahasa itu berkarat dan tidak dapat diselamatkan lagi. Tetapi selalunya, Inche gabbana lebih gemar menulis dalam bahasa ibundanya, bahasa Melayu terchenta. Penulisan Inche gabbana berkisarkan perlbagai topik dan buah biacara; daripada resipi masakan kepada masalah politik negara, cara menjaga kesihatan kepada lawak jenaka.

Inche gabbana juga sedaya-upaya untuk memasukkan unsur-unsur dakwah dan tarbiyyah di dalam setiap penulisannya. Namun kadangkala usaha murninya itu gagal dengan berjayanya. Inche gabbana tidak berputus-asa dan akan terus berusaha kerana dia tahu hidupnya di dunia yang fana ini hanya sekejap cuma!

Inche gabbana gemarkan budak-budak kecil yang comel gebu-gebu, kucing-kucing yang gemok dan mengada-ngada, fakta sejarah, pemandangan yang cantek menenangkan jiwa, kereta yang tidak mampu dimiliki dan minum air teh-o limau panas ketika tekak sedang sakit.

Untuk mengetahui tentang belog ini dengan lebih lanjut, sila ke sini

Sekian terima kasih. Dibawakan kepada anda daripada kepala hotak Inche gabbana yang gila-gila.

Senyum riang. 

angelwearsgucci [dot] blogspot [dot] com

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP