14 July 2008

Kembara Bumi Australia- Siri 1

Segala puji bagi Allahu 'Azza Wajalla, pemilik seluruh dunia ketara atau maya, kerana di saat ini, aku masih diberi peluang oleh-Nya untuk menikmati kemanisan Islam dan Iman, yang bukan semua manusia dapat merasainya. Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allahu Taala, Tuhan sekalian alam, Tuhan Esa yang wajib dan satu-satunya Tuhan yang layak disembah, kerana sehingga waktu ini, sehingga artikel ini ditulis, aku masih bernafas, menghirup udara segar ciptaan-Nya, memakan makanan enak kurnia-Nya dan meminjam segala nikmat-Nya yang lain tanpa rasa malu dan hiba... Astaghfirullah.

Dan segala puji bagi Allahu Robbul A'lamin, Tuhan yang Maha Pemurah Maha Penyayang, kerana dengan limpah kurnia-Nya, izin dan inayah-Nya, aku telah pun diberi peluang dan ruang oleh-Nya untuk menjejakkan kakiku nan hina di bumi Australia yang padaku, cukup mengagumkan. Subhanallah.

Berikut merupakan rentetan peristiwa sepanjang aku berada di bumi Australia, yang aku ingin benar berkongsi dengan kalian semua, Insha-Allah...

23 Jun 2008
Aku bertolak ke KLIA menaiki KLIA Express (ERL). Merupakan pengalaman kali pertama buatku menaiki ERL. Tiada apa yang istimewa, jujurnya. Namun tidak salah sekiranya aku ingin memuji kelangsungan dan kepantasan, ditambah dengan ketepatan sistem itu. Kenalah dengan harga tiketnya! Setibanya aku di KLIA, aku bertemu dengan dua lagi sahabatku, Akh Idris dan Akh Hazwan yang sudah menjadi teman semusafirku sejak dari London lagi. Kebetulan mereka berdua belum menjamah apa-apa untuk sajian makan malam. Lantas kami bertiga ke food court di tingkat dua untuk mengalas perut sebelum menikmati hidangan percuma yang disediakan MAS di dalam kapal terbang nanti. Akibat dikuasai perasaan ingin mencuba yang sangat kuat, Idris dan Hazwan telah membeli hidangan Thai (aku lupa namanya! tetapi cukup unik!), yang rupa-rupanya hanyalah sepinggan nasi bersama ayam rebus 'dikicapkan'! Minuman pula, dicuba mereka jus buah naga. Berani mati! Aku hanya mampu tergelak kecil melihat gelagat mereka, kerana perutku masih kenyang dek hidangan lewat petang yang aku nikmati di KL Sentral.

Setelah itu, kami mengambil keputusan untuk terus masuk ke pintu pagar penerbangan kami kerana sudah kehabisan akal bagaimana untuk menghabiskan masa yang terluang. Mujurlah kami rakyat Malaysia yang ingin terbang ke luar negara. Mujur juga KLIA mempunyai sistem keselamatan yang vukup canggih dan efisien. Maka urusan pemeriksaan masuk cukup lancar dan mudah. Tidak seperti pengalaman lalu di Heathrow mahupun Luton dan Stansted. Cukup menjelikkan! Penerbangan kami pada malam itu ke Lapangan Terbang Tumarin, Melbourne dijangka berlepas pada pukul 9.30 malam dan dijangka tiba di bumi Australia 7.oo pagi waktu tempatan. Penerbangan MH149 pada hari itu agak lengang. Faktor tarikh dan waktu mungkin menjadi punca. Hanya mungkin. Banyak juga tempat duduk yang kososng, sehinggakan ramai di kalangan penumpang yang mengambil 2 malah 3 tempat duduk untuk seorang diri, agar mereka dapat melunjurkan kaki atau membaringkan diri. Cukup selesa, sekiranya hendak dibandingkan dengan penerbangan pulang dari Heathrow sebelum itu. Cukup sesak! Berpeluh ketiak!

Hari itu aku bertekad mahu tidur sahaja selepas hidangan disediakan. Tidak seperti sewaktu penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur dahulu, aku hanya mampu melelapkan mata untuk tempoh kurang lebih 2 jam sahaja, daripada keseluruhan 12 jam perjalanan! Itu pun hanya tidur-tidur ayam sahaja... Aku memberanikan diri untuk memesan pasta. Yalah, hidangan dalam kapal terbang bukan seperti di restoran atau kedai tomyam jalanan. Hidangan mereka hanya ala kadar sahaja. Namun mujurlah pasta mereka boleh tahan rasanya. Idris dan Hazwan memilih untuk memakan nasi bersama ayam. Tipikal. dan mujur juga kali ini Idris tidak memesan untuk kali kedua, sebagaimana yang dilakukannya sewaktu pulang dari London dahulu! Selepas makan, aku cuba untuk menghiburkan diri dengan sistem hiburan interaktif yang disediakan. Namun mata aku lebih berat untuk mengembara ke alam mimpi...

Bersambung...

(Sebelum menerima kritikan yang lebih pedas, penulis meminta maaf terlebih dahulu atas kelewatan karya kali ini. Malah, penulis sendiri tidak dapat memberi jaminan bilakah Siri Kembara Bumi Australia ini akan siap sepenuhnya. Harap maklum.)

-gabbana-

6 Caci Maki Puji Muji:

Ahmad Zharif Ahmad Zahir 16/07/2008, 11:40  

waahhh.......sape laaa nak bg kritikan pedasss segala!! ahaks!!!
bumi australi indah eh?? heeee........

Anonymous 26/04/2013, 18:06  

Dah 3 tahun karya nie. Mana sambungannya ya inche gabbana? :)

Anonymous 23/12/2013, 22:29  

punyalah semangat nak baca...tengok2, hampeh!!!!
hehe, gurau

Anonymous 01/10/2015, 15:21  

Bilaaaaaaa sambungannnnyaaaa haahaha

Anonymous 28/11/2015, 21:51  

haha inche gabbana banana gebugebuna taknak smbung ke? -w-

Anonymous 17/01/2019, 00:21  

nak sambungan plsssssss��

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP