20 January 2012

Puan Mama, Saya Nak Jadi Jurutera Boleh..??

[Kredit]

Puan Mama, saya nak jadi jurutera. Tapi bukan jurutera yang bina bangunan atau jambatan itu. Bukan juga jurutera yang duduk di opis menguruskan projek-projek mega, meneliti pelan projek dan memakai topi kuning yang bergaya itu. Bukan. Tapi jurutera yang melakar pelan dakwah dan tarbiyah. Jurutera yang membina hati-hati manusia yang dahagakan sentuhan ajaibnya. Jurutera macho yang sanggup berpanas berpeluh kerana bekerja keras untuk memastikan terbinanya qaedah sulbah dan individu-individu Muslim untuk ummah ini.

Puan Mama, saya nak jadi doktor. Tapi bukan doktor di hospital atau klinik-klinik swasta itu. Bukan juga doktor peribadi kepada mana-mana raja atau menteri yang tugasnya cukup mudah tapi gajinya sudah boleh membeliakkan mata. Ya, taraf doktor di mata masyarakat cukup tinggi, tapi bukan doktor itu yang saya maksudkan. Saya mahu menjadi doktor kepada hati-hati manusia, yang berkorban masa, jiwa dan tenaga untuk merawat umat dan masyarakat yang sedang sakit tenat. Doktor yang walaupon terpaska menahan mual merawat nanah dan luka yang cukup dahsyat di kalangan masyarakat, tapi masih cekal semangat dan utuh azamnya untuk terus merawat dan merawat dan merawat.

Puan Mama, saya nak jadi cikgu. Tapi bukan cikgu di sekolah tadika penuh dengan kanak-kanak comel-comel tembam eeyyy geramnyaaaa itu! Walaupon saya amat suka pada kanak-kanak. Apatah lagi menjadi cikgu di sekolah rendah atau menengah, yang pastinya akan tertekan melayan karenah anak-anak yang bermacam ragam dan garam. Belum lagi dihitung tugas-tugas sampingan yang bertimbun-timbun itu. Ish tak ingin lah saya. Tapi cikgu kepada manusia, yang menjadi pusat rujukan mereka tatkala mereka merasakan hati-hati mereka kering dan keras. Cikgu yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah dalam memberikan tunjuk ajar dan kasih-sayang dalam mencari redhaNya.

Puan Mama, saya nak jadi arkitek. Tapi bukan arkitek yang terkenal seperti Hijaz Kasturi itu. Bukan arkitek yang cukup pandai dan genius melukis pelan-pelan bangunan dan monumen yang cukup mengagumkan itu. Tapi arkitek kepada dakwah dan tarbiyah; yang merangka gerak kerja dan strategi dakwah demi memastikan kesinambungan dan kelestarian dakwah dan tarbiyah. Juga arkitek kepada manusia, yang melukis dan merancang hala tuju mereka yang memerlukan bimbingan dan panduan yang berterusan. Saya mahu lukis dan reka monumen kemanusiaan yang bakal menjadi saksi kepada perjuangan ini!

Puan Mama, saya nak jadi askar. Tapi bukan askar yang gagah perkasa macho bergaya memakai baju celoreng itu. Bukan askar yang setia mempertahankan keselamatan negara setiap masa dan ketika, walaupon kadang-kadang jasa mereka tidak pernah dihargai. Bukan. Saya nak jadi askar yang mempertahankan kedaulatan Islam dan ummat. Yang lantas menyahut semboyan jihad bila-bila masa sahaja ia dibunyikan. Yang tidak gentar pada musuh, baik yang nampak atau tidak. Yang akan melakukan apa sahaja demi memastikan Islam terus terjaga dan terpelihara.

Puan Mama, saya nak jadi polis. Tapi bukan polis yang memakai uniform biru tua itu. Bukan polis yang tugasnya menangkap penjenayah dan menjaga keselamatan dan keharmonian awam, apatah lagi yang mengejar dan menangkap para perusuh BERSIH 2.0 sewaktu ketika dahulu. Eh. Tapi polis yang mengajak ke arah kebaikan dan mencegah maksiat di mana-mana sahaja ia berlaku, tanpa ragu-ragu atau menjaga kepentingan pihak tertentu. Bukan polis agama seperti JAIS itu, bukan! Tapi polis kepada dakwah dan tarbiyah, yang sanggup mengorbankan jiwa dan nyawa demi kemaslahatan dan penerusan perjuangan ini. Polis yang berkasar dan tegas pada musuh dan jahiliyyah, tapi lembut dan mulia pada mereka yang cintakan Islam..!

Puan Mama, saya nak jadi peguam. Tapi bukan peguam yang lantang berkata-kata seperti Karpal Singh atau Datuk Shafiee Abdullah itu. Walaupon saya suka berdebat dan berbahas, tapi bukan impian saya untuk masuk mahkamah dan berbicara sama ada untuk membela atau menjadi peguam cara. Bukan. Tapi saya mahu menjadi peguam yang lantang berkata-kata demi menegakkan agama yang terchenta. Peguam yang akan mewakili sesiapa sahaja yang memerlukan khidmatnya untuk melawan arus deras jahiliyyah dan caci-maki musuh-musuh Islam. Peguam yang manis berkata-kata menyampaikan fikrah, pada masa yang sama istiqamah dengan amalannya. Senang kata, peguam dakwah yang tidak hipokrit!

Puan Mama, err, saya juga mahu jadi bomoh. Eh sabar sabar. Bukan bomoh atau pawang yang khurafat, meminta pengeras, memakai celak dan menyarung tangkal itu! Bukan juga bomoh ilmu hitam seperti Mona Fendi atau sesiapa sahajalah yang menggunakan ilmu bukan-bukan untuk kepentingan diri. Bukan juga ahli sihir kool ala-ala Harry Potter atau Albus Dumbledore! Ish tak mahulah saya mati sebagai seorang yang kafir lagi sesat! Tapi bomoh dalam dakwah dan tarbiyah, yang punya kuasa ajaib untuk memulihkan hati yang telah mati. Yang punya sentuhan magik untuk mengembalikan semangat yang telah hilang. Yang punya mantera sakti untuk memberi kefahaman asli dalam fikrah dakwah!

Gulp. Tak teringinlah jadi tok dukun yang hodoh sebegini..! [Kredit]

 Puan Mama, sila jangan pengsan, tapi saya nak jadi pelakon. Mulut ternganga. Jangan risau, bukan pelakon seperti para pelakon terkenal yang sedang hangat di pasaran seperti Aaron Aziz, Remy Ishak atau Shaheizy Sam itu. Lagi la tak hingin nak jadi para pelakon yang tak tahu malu, bergaul tanpa batasan antara lelaki perempuan sesama mereka dan memlih gaya hidup yang rosak lagi menjijikkan. Eerrgghhh. Tapi pelakon yang taat kepadaNya, yang berlakon di pentas dunia ini mengikuti dengan patuh skrip yang disediakanNya. Pelakon kacak bergaya yang beraksi di hadapan kamera Allah dengan seikhlas hati dan sejujur rasa!

Dan Puan Mama, saya teringin untuk menjadi seorang penulis. Ya, mungkin seperti penulis-penulis osem buku-buku dan belog-belog yang popular seperti Kang Habib, Salim A. Fillah, A. Samad Said dan err, Inche g itu. Wahahaha. Eh. Pandang kiri, pandang kanan. Sila jangan perasan. Yang mana saya dapat menyentuh hati-hati manusia dengan penulisan saya. Tapi Puan Mama, yang lebih utama daripada itu, saya mahu menjadi penulis jiwa dan hati manusia. Mencoretkan kata-kata suci pada pemikiran dan jiwa mereka yang dahagakan bimbingan Ilahi. Mewarkahkan bait-bait agung yang bakal merubah minda dan membina manusia, lantas mencentus revolusi kebangkitan Islam yang sudah lama dinanti-nantikan...!

Bagaimana..? Bolehkah Puan Mama..?

-gabbana-

Agak-agaknya kalau anda bertanya sebegini kepada Puan Mama atau Inche Papa anda, diorang akan pengsan sambil berbuih mulut tak..? Wahahaha...

Selamat berhujung minggu yang panjang! Ada kemungkinan saya tidak dapat hendak menghapdet belog sepanjang cuti ini atas pelbagai urusan dan aktiviti. Maka selamat bergembira membaca post-post lama! Adios amigos wassalamu a'laikum warah matullah!

19 January 2012

Anda Sudah Tua Sekian Terima Kasih

Doblas tahun yang lalu, seorang kanak-kanak comel lagi tembam, mendaftarkan dirinya ke Sekolah Bintang buat pertama kalinya. 

Ketika itu dia memakai seluar jeans, baju kemeja dan kasut loffer. Pertama kali melihat persekitaran sekolah, dia terasa seperti hendak menangis dan mahu pulang ke rumah ketika itu juga. Buruk. Usang.

Akhirnya dia memutuskan untuk cuba dahulu seminggu dua. Keputusan yang tidak akan disesalinya sampai bila-bila.

Dia ditempatkan di Dorm 5, di mana di situ dia mengenal erti persahabatan yang lain daripada apa yang dia tahu dan faham di sekolah rendah dahulu. Didenda pasola bersama-sama, lambat dan terkejar-kejar untuk solat Subuh berjemaah di masjid, berebut bilik air, bergaduh siapa yang patut sapu sampah, berkongsi makanan ringan... Aduhai, memori oh memori.

Ninja Turtle: Coaster keramat. [Kredit]

Beberapa bulan pertama (Err.. Tiga tahun pertama sebenarnya..), banyak juga air mata yang dialirkan dan banyak juga duit syiling yang dihabiskan. Menelefon ke rumah, merayu-rayu minta untuk dibawa pulang. Rindu. Sakit rumah (Baca: Homesick).

Melihat pula abang-abang senior yang mangkor dan besar-besar belaka, kecut perut dan meremang bulut roma. Tapi lama kelamaan dia dapat menyesuaikan dirinya. Kechentaannya pada bahas dan persahabatan yang terjalin dengan rakan-rakan satu batch menguatkan diri dan azamnya untuk terus kekal sebagai pelajar Sekolah Bintang.

Dan kini dia berbangga, amat berbangga menjadi sebahagian daripada keluarga besar Sekolah Bintang. Dan bersyukur kerana tidak meninggalkan perjuangan di Sekolah Bintang di tengah jalan.

Sudah lebih tujuh tahun sejak saya meninggalkan Sekolah Bintang. Terlalu banyak memori dan pengalaman yang ditimba dan digamit di tanah keramat itu. Tidak keterlaluan untuk saya katakan, identiti dan peribadi saya pada hari ini sebahagian besarnya dibentuk dan dicakna di Sekolah Bintang dahulu.

Dan pastinya persahabatan dan persaudaraan yang terjalin dengan lebih seratus orang kanak-kanak lelaki daripada pelbagai tempat dan latar belakang merupakan antara memori yang paling manis pernah dicatatkan. Bukan kebetulan saya dimasukkan ke Sekolah Bintang. Dan bukan kebetulan saya mengenali kesemua seratus orang ini. 

Kali terakhir dapat bersama-sama kesemua mereka adalah ketika di tingkatan lima dahulu. Itulah yang paling ramai sekali. Sekarang nak kumpulkan sepuluh-duapuluh orang dalam satu-satu masa pon belum tentu lagi. Belum lagi dikira beberapa orang yang masih tidak dapat dikesan sehingga sekarang. Sungguh Misteri Nusantara. Wahai.

Kepada rakan-rakan yang mungkin membaca ini, ketahuilah aku amat merindui kalian. Rindu di masa-masa dahulu, bergelak-tawa bersama-sama, solat berjemaah di surah, makan di dewan makan keramat itu, berjalan ke makmal di tengah panas, tidur beramai-ramai di dalam kelas selepas pendidikan jasmani, berjalan ke Masjid Dairy untuk solat Jumaat dan menikmati cendol sesudahnya... Senarai memorinya tidak mungkin akan habis. 

Ya mungkin kita tidaklah rapat atau sebaik mana di sekolah dahulu. Tetapi semangat dan ruh kita sebagai satu batch itulah yang menjadikan kita bangga untuk mengatakan kita adalah Batch Empat Puluh Empat. Angka magik yang akan terus menghidupkan kenangan dan menggamit ingatan yang lalu.

Kita mungkin berlainan haluan sekarang ini. Ada yang sudah berkahwin, malah ada yang sudah beranak-pinak! Ada yang sudah berjaya, ada yang masih belajar dan ada yang masih merancang perjalanan kehidupan. 

Walau siapa dan apa pon anda, walau di mana anda berada.. Ketahuilah, saya mendoakan agar anda semua berjaya dan mendapat barakahNya dalam setiap apa yang anda lakukan. Semoga kehidupan anda di dunia ini bakal menjadi saksi pembela anda di akhirat nanti, Insha-Allah..

Doblas tahu lalu saya dilahirkan di Sekolah Bintang. Dan kini, saya sudah dewasa dan semakin tua; namun tidak mungkin akan saya lupakan saat-saat kelahiran dan tumbesaran saya di sana.

Kepada Batch of 44: Selamat Hari Lahir untuk kita semua! 

Batch of 44: 2000-sampai bila-bila..

-gabbana-

Ingin menyebut beberapa nama yang dirasakan cukup istimewa, tapi biarlah saya simpan sahaja. Lagi pon, macam terlalu banyak nama yang ingin disebut dan khuatir jika tertinggal sesiapa pula! 

Juga, doa saya buat Allahyarham Fazaldin bin Asli dan Allahyarham Tuan Shahriman; moga ruh anda bersemadi dengan bahagianya di alam sana. Anda berdua akan tetap segar dalam ingatan kami...

17 January 2012

Kuot-Kuot Osem #3

Sebagai seorang dai'e, kadang-kadang kita memerlukan kata-kata semangat untuk memulihkan kelelahan dan membangkitkan semangat yang mula lemau dan lesu.

Iya, seorang dai'e itu sewajarnya mempunyai himmah (semangat) dan jiddiyyah (Kesungguhan) setahap Super Saiya. Tapi iman itu ada naik turunnya. Sehebat mana pon seorang dai'e itu, pastilah ada masa-masanya yang dia merasakan bahawa seluruh dunia dan seiisinya sedang menghimpitnya dengan penuh rasa riang gembira. Bukan begitu?

Maka di sini saya sertakan beberapa kuot yang saya rasakan kalau tidak banyak, sedikit pon jadilah, dalam memberikan kita tenaga tambahan ala-ala selepas meminum air Livita lagaknya, dalam jalan dakwah ini. Atau sekurang-kurangnya dapatlah menggeletek hati kita yang sedang gundah dilanda resah. Senyum besar.

Untuk hati, selamat menikmati hidangan ekstrabonanza ini!

[Kredit]
Kuot-Kuot Yang Sumpah Osem! v2.0

1) "Apa sangat la kepenatan kau ni..?? Apa sangat..?? Takde apa kalau nak dibandingkan dengan kepenatan dan keletihan yang dilalui oleh ar-Rasul dan para sahabat dahulu! Ya Allah! Kau saksikanlah! Semoga kepenatan dan rasa mengantuk yang tak seberapa ini, akan menjadi saksi pembela aku di akhirat nanti!" - Inche E ketika sedang memarahi dirinya sendiri yang mengantuk tahap gaban ketika memandu kereta menuju ke bulatan gembira.

2) "Caci-maki dan kritikan itu akan membina dan melahirkan seorang akh yang mantap jiwanya. Walhal puji-muji yang melambung-lambung itu akan membunuhnya diam-diam dari dalam." - Saudara Enonimus

3) "Orang yang tidak pernah melakukan kesilapan adalah orang yang tidak pernah melakuakan apa-apa!" - Theodore Roosevelt

4) "Sekiranya seseorang itu berdusta kepada anda, mungkin itu adalah silapnya. Tetapi seandainya anda ditipu oleh orang yang sama untuk kedua kalinya, itu silap anda!" - Clifford Aga

5) "Jika anda mahu kegembiraan untuk sejam, pergi tidur. Jika anda mahukan kegembiraan untuk sehari, pergi memancing. Jika anda mahukan kegembiraan untuk sebulan, berkahwinlah. Jika anda mahukan kegembiraan untuk setahun, warisi kekayaan. Dan jika anda mahukan kegembiraan untuk sepanjang hayat, bantulah orang lain." - Peribahasa Cina

6) "Kehidupan ini seperti Air Batu Campur. Berwarna-warni, pelbagai aneka dan rasa. Namun apabila digaul dan dicampurkan, dimasukkan ke dalam mulut aaaahhh sungguh enak rasanya, semuanya bersatu menjadi satu. - Pak Cik Salehuddin Dolah, penjual cendol di Taman Setia Murni semenjak tujuh belas tahun yang lalu

7) "Sekiranya penisilin boleh dihasilkan daripada roti yang sudah berkulat, pastinya anda boleh jadi lebih hebat lagi!" - Muhammad Ali

8) Generasi awal menanam pokok agar generasi kemudiannya dapat berteduh. - Peribahasa Cina

9) "Wahai Tuhanku, kepada Engkaulah aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Rahim, Engkaulah Tuhannya orang-orang yang lemah dan Engkaulah tuhanku. Kepada siapa Engkau menyerahkan diriku? Kepada musuh yang akan menerkam aku atau kepada keluarga yang Engkau berikan kepadanya urusanku, tidak ada keberatan bagiku asalkan Engkau tidak marah kepadaku. Sedangkan afiat-Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya muka-Mu yang mulia yang menyinari langit dan menerangi segala yang gelap dan atas-Nyalah teratur segala urusan dunia dan akhirat. Dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahan-Mu atau dari Engkau turun atasku azab-Mu. Kepada Engkaulah aku adukan halku sehingga Engkau ridha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau." - Doa ar-Rasul SAW di Thaif setelah dihalau dan dibaling dengan batu sehingga luka-luka tubuh badannya

10) "Maka sesungguhnya bersama kesukaran ada kesenangan, sesungguhnya bersama kesukaran ada kesenangan!" - Ayat-ayat chenta Allah, surah al-Insyirah, 94:5-6

Bagaimana? Saya tidak tipu bukan..? Sudah saya katakan kuot-kuot ini sumpah osem.

Anda berasa lebih bersemangat sekarang? Hiudng anda sudah terlebih kembang dek semangat baru yang dicucuk ke dalam diri anda?

Bagus. Sekarang tunggu apa lagi? Sila sambung kerja-kerja dakwah dan tarbiyah anda sekian terima kasih. Aman.

-gabbana-

Maaf, hanya ini yang mampu terhapdet setakat ini. Sejak wiken yang lepas sehinggalah ke hari ini, agak sibuk dengan pelbagai kerja dan aktiviti.

Doa-doakan agar saya terus kuat dan bertenaga di atas jalan ini...

>> Kuot-Kuot Osem #1
>> Kuot-Kuot Osem #2

13 January 2012

Osemnya Jumaat!


Salaam a'laikum warah matullah dan selamat hari Jumaat yang bergaya. Sudah baca surah al-Kahfi?

Kalau anda masih ingat, di dalam post 'Masih Ada Sinar Di Hujung Terowong', saya ada menyebut tentang mahu melancarkan suatu kempen bukan..? Ya, kempen yang diinspirasikan daripada kicauan saya pada Jumaat yang lepas.

Alhamdulillah, secara peribadinya saya merasakan kicauan tersebut entah bagaimana memberikan saya semangat dan kekuatan untuk melakukan dakwah dengan lebih kamehameha. Ya kicauannya simpel sahaja, tetapi oleh kerana ia dalam bentuk cabaran, maka saya kira maruah kejantanan saya ketika itu tercalarlah juga. Err.. Peluh.

Baiklah, oleh sebab saya tamak dan mahu menambahkan saham-saham sorga saya dengan sebanyak-banyaknya tapi pada masa yang sama masih baik hati dan pemurah kerana mahu anda berkongsi sama manfaatnya, dengan ini saya mahu melancarkan kempen yang saya namakan..

OSEMNYA JUMAAT!

Sekiranya anda berminat (dan saya tahu anda WAJIB berminat! Wahaha..), ini yang perlu anda lakukan:

1) Ajak seseorang ke arah kebaikan. Et lis seorang. Seekor sama sekali tidak diterima. Ajakan-ajakan yang mudah sahaja tetapi masih osem sudah cukup bergaya. Contohnya, ajak rakan anda solat berjemaah. Atau pujuk adik lelaki ipar belah sepupu mak tiri anda untuk berhenti merokok. Atau galakkan rakan sekerja anda untuk bersedekah. Apa-apa pon tak kisahlah asalkan ia satu ajakan/pujukan ke arah kebaikan.

2) Kemudian kicaukan pencapaian anda itu dengan meletakkan trend #OsemnyaJumaat!. Contoh: "#OsemnyaJumaat! Aku berjaya ajak rakan baik aku kat sekolah tadika dulu untuk berhenti mengumpat! Yeheeyyy!" atau "Alhamdulillah, akhirnya gua berjaya ajak member-member gua untuk pergi dengan ceramah Ustaz Azhar Idrus #OsemnyaJumaat!" atau "Subhanallah, selepas lapan tahun mencuba, hari ini akhirnya aku berjaya memujuk adik perempuan aku untuk berbulatan gembira! =') #OsemnyaJumaat!"

Mudah sahaja bukan..? Bagus juga kalau anda letak @angelpakaigucci sekali. Saya memang amat berminat untuk busy body dan mengetahui apa yang telah anda capai dan lakukan. Mungkin banyak yang boleh saya belajar daripada anda!

Tapi Inche gabbana... Macam riya' dan sum'ah je kalau kicau pencapaian-pencapaian tu..? Buat penat je beramal, tapi tak dapat apa-apa..! Hampagas betul la Inche gabbana ni.

Err.. Sapa suruh riya' dan sum'ah..? Buatlah dengan ikhlas dan bergaya, barulah osemmness...! Wahahaha.. Dan kalau betul anda rasa kicauan anda itu akan menimbulkan perasaan riya', maka tidak perlulah berkicau! Cukuplah sekadar anda mengetahui yang anda sudah mengajak orang ke arah kebaikan!

Dah tu, buat apa suruh kicaukan kalau macam tu..? Tanya anda lagi sambil mengetap gigi tanda tidak puas hati. 

Haha.. Anda ni, memang keturunan dan baka yang emo eh..? Jelir lidah. Tujuan saya mahu anda mengicaukan pencapaian anda mengajak orang ke arah kebaikan adalah kerana harapannya, dengan berbuat sedemikian, akan ramai yang terinspirasi untuk sama-sama menyertai keoseman ini. Bayangkan, kalau seorang sahaja yang terinspirasi dengan kicauan anda lantas mengajak orang lain ke arah kebaikan, anda pon dapat pahala penuh, tanpa mengurangkan pahala member kita tadi tu.

Tu baru seorang. Kalau lapan belas orang..? Kalau tiga ratus dua puluh tujuh orang..?? Kalau empat ribu dua ratus enam puluh enam orang..?? Walaweh! Tak ke mengalir air liur camtu..? Hihi..

Dan harapannya, dapatlah kita semua kekalkan momentum dalam mengajak orang ke arah kebaikan setiap masa dan ketika. Jangalah warm-warm chicken shit sahaja! Wahaha.. Maka saya akan menantikan dengan penuh sabar tapi teruja pada masa yang sama, kicauan-kicauan pembakar semangat daripada anda semua! Ayuh kita istiqamah!

Oh ya, kempen ini akan hanya berjalan setiap hari Jumaat. Kiranya kalau anda buat di hari lain, tak perlulah kicaukan #OsemnyaJumaat! kerana macam pelik lah pulak. Jangan khuatir, Allah tahu je anda telah melakukan kebaikan. Senyum kenyit mata.

Mengapa hari Jumaat? Sebab Jumaat hari yang osem lagi penuh barakah lagi penghulu segala hari lagi ada solat Jumaat lagi ada jual cendol sedap! Eh. Banyaklah fadhilat hari Jumaat ni. Sayugia saya merasakan hari Jumaat adalah hari yang terbaik untuk melakukan amal kebaikan sebegini. Walaupon ia tidaklah bermakna di hari-hari yang lain anda tidak perlu melakukan kebaikan atau mengajak orang lain ke arah kebaikan. Kalau anda berkefahaman sebegitu, anda layak mendapat cubitan pusing di perut. Wahahaha.. 

Baiklah. Anda semua sudah bersedia..??

Ayuh kita bersegera melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya dan mengajak orang lain ke arahnya..! Serbuuuuuu....!!!

-gabbana-

Ok anda yang tidak ada akaun Pengicau, sila buka satu sekarang. Heh.

Moga Allah menerima amalan kita yang kecil tetapi osem ini, Insha-Allah...

12 January 2012

Kan Saya Dah Kata Masih Ada Sinar Di Hujung Terowong..?

Walaupon anda merasakan anda sedang bertarung di dalam hutan kekeliruan, jangan khuatir, anda tidak keseorangan. ;) [Kredit]

"Akh. Selepas baca post ni saya rasa macam beratt nye dakwah tu. sangat. tapi kita still kena ikut cara usrah, DF, ajak daurah, isk, ipk bla2.. kan2? dan apa nk buat kat orang2 sekeliling kita? chinese nye, india nye, melayu nye yg sesat dri Islam. kalau sy kata kita kena still buat usrah dan sume2 tu. dan untuk dorg2 yg spt diatas kita tunjuk akhlak islam? atau terus je ckp awk thu pasal islam? (maaf byk bertanya saya budak baru setahun setengah jagung dalam dnt ni)"

Ini salah satu komen yang saya terima daripada post 'Masih Ada Sinar Di Hujung Terowong.' Mulanya saya bercadang untuk membalas pertanyannya itu di ruangan komen terus. Tapi setelah memikirkan yang Insha-Allah, jawapan yang akan berikan dapat memberi manfaat kepada orang lain juga, arakian saya memutuskan untuk menjadikannya satu post yang lain pula. 

Ketika menulis artikel tersebut, espeseli pada bahagian rakan sekerja berbangsa Cina yang duduk di sebelah saya, sudah terfikir bahawa persoalan sebegitu akan timbul di kalangan anda yang membacanya. Sengaja tidak saya huraikan dengan lebih lanjut supaya dapatlah saya merangsang minda anda untuk berfikir dengan lebih kritis, kreatif dan rasional.

...

...

...

Ok tipu dan poyo sedikit di situ. Walhal sebenarnya malas nak tulis! Wahahaha.. Hilang qudwah sekejap.

Kepada saudari yang bertanya (saya assume saudari sebab nama macam nama perempuan), ini jawapan saya. Harap dapatlah menjawab kekusutan minda anda dan tidaklah pula anda menggaru rambut sehingga botak pula nanti. Hihihi.. 

Begini.

Perasaan terasa berat, cemas dan sesak nafas kerana dirasakan seperti terlalu berat amanah dan banyaknya kerja-kerja yang perlu dilakukan.. Itu adalah perasaan yang sangat bagus. Osem. Sekurang-kurangnya perasaan sebegitu menunjukkan yang anda sedar dan faham akan tanggungjawab Syahadatul Haq anda; yang manusia di luar sana sedang sakit tenat dan kita perlu lakukan sesuatu untuk mengubatinya.

Di saat kita dihempap oleh kesedaran berupa seorang lelaki obes seberat seratus empat puluh lapan kilo, espeseli selepas mendengar pengisian Saya Hosem (SH), kita diburu oleh perasaan cemas dan takut; "Ah bagaimana aku mahu melaksanakan tugas yang sebegitu besar ini??" Betul bukan..? Pada masa yang sama, kembang kempis hidung kita kerana dikuasai oleh perasaan bersemangat yang amat sangat untuk membawa nafas perubahan baru kepada umat seluruhnya.

Kalau boleh, semua orang kita mahu dakwahkan. Jiran sebelah rumah yang tidak pernah kita tegur selama ini, rakan baik kepada abang ipar dua pupu belah mak anda, ane mamak roti canai peberet anda serta tukang kebun di sekolah adik anda. Hatta kucing liar yang selalu meminta makan biskut ikan Whiskas itu kalau boleh anda mahu ajak kepada Islam yang syumul dan benar. Sumpah bersemangat anda ketika itu.

Tetapi setelah beberapa lama, setelah berpijak di bumi yang nyata dan setelah dihempap pula dengan kesedaran hakikat sebenar berupa seekor badak air Afrika Utara, anda kini diburu pula dengan perasaan yang berbeza. Rupa-rupanya tidak mudah nak buat dakwah ini. Ya dakwah itu kool dan bergaya, tetapi tidak bermakna ia semudah menyapu roti dengan planta. Dan baharulah anda tahu, tanpa tenaga kerja yang mencukupi, memang tercungap-cungap juga anda berkejar-kejaran ke sana ke mari.

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Aduhai mak minah sayang.

Ya, semangat yang dahulu itu masih ada; jika boleh, anda mahu semua orang menyahut seruan dakwah anda. Jika keadaan mengizinkan, anda mahu pergi kepada semua orang dan berkata kepada mereka, "Anda! Marilah! Saya mahu mengajak anda kepada Islam yang sungguh osemmness ini! Katakanlah yang Allah itu wujud, benar dan satu dan Muhammad SAW itu adalah pesuruhNya!"

Err.. Jika keadaan mengizinkan.

Realitinya tidak seindah dan berbunga sebegitu. Seolah-olahnya anda sedang berlari-lari riang di tengah taman yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga berlainan warna bersama dengan angin yang bertiup nyaman sepoi-sepoi bahasa... Tiba-tiba datang seekor raksasa gorgon hodoh hidungnya kembang dan mukanya penuh jerawat dan menggerutu, memijak kesemua bunga-bunga yang anda dan berlari pula mengejar anda. Sungguh menakutkan bukan..?

Benar, Islam itu tidak eksklusif dan wajib disampaikan kepada semua. Islam bukan hak milik sesiapa. Islam milik semua. Tetapi dakwah itu ada strateginya. Dakwah itu tidak boleh disampaikan secara cincai-boncai atau semborono sahaja. Mesti ada gerak kerjanya, perlu disusun strateginya dan perlu ada para pekerja (pendakwah) yang faham bahawa kerja-kerja dakwah ini wajib dilaksanakan dengan tertib, tersusun dan bermatlamat.

Lebih-lebih lagi kita sedang menghadapi musuh-musuh yang cukup licik dan bijak. Tentera-tentera jahiliyyah yang dipimpin oleh Jeneral syaitonirojim punya pengalaman yang cukup luas dalam menyesatkan umat manusia. Dan pengalaman-pengalaman ini mereka gunakan sebaiknya untuk sentiasa menghapdet dan menyusun strategi mereka agar dapatlah mereka memaksimakan hasil kerja mereka.

Maka seandainya si musuh punya strategi dalam menyebarkan dakyah-dakyah mereka, bukankah sewajarnya para pendokong kebenaran ini juga mempunyai strategi yang tersusun dalam gerak langkah mereka? Malah strategi yang disusun atur sepatutnya jauh lebih dinamik dan maju ke hadapan. Iyalah, bagaimana kita mahu memenangi peperangan ini sekiranya strategi yang kita rangka, susun dan laksanakan sama sahaja magnitud kehebatannya dengan strategi musuh-musuh Allah? Malah lebih mengerikan dan menaikkan bulu tengkuk adalah apabila strategi para pendokong Islam ini cukup kucar-kacir dan kelam-kelibut! Adeh.

Arakian salah satu strategi dalam dakwah yang sering terlepas pandang (atau sengaja dilepas pandang) adalah strategi dakwah berfokus. Yakni menyasarkan kumpulan sasaran dakwah kepada golongan-golongan tertentu, yang dirasakan mudah dan dapat dipengaruhi oleh para pendakwah. Kalau ikut terma omputih, dia sebut 'Circle of Influence.' Dengan kata lain, kita berdakwah pada orang yang dekat dengan kita; dekat di sini bermaksud mudah untuk kita dekati dan kita berasa selesa dengannya. (Ok kalau pening, sila cari kerusi yang empuk dan duduk sebentar. Baca lagi sekali dan sila pening lagi sekali! Wahahaha..)

Saya beri contoh begini supaya mudah untuk anda fahami. Anda adalah seorang lelaki berbangsa Uganda yang berada di Malaysia. Anda mendapat sentuhan tarbiyah dan kini anda amat bersemangat untuk menyebarkannya. Adakah anda akan melilau mencari sesiapa sahaja - mak cik jual pisang goreng, adik kecil tembam-tembamg sedang mandi parit, abang jual burger tepi jalan - untuk menerangkan apa itu Islam...? Atau anda akan berusaha untuk mencari rakan senegara anda untuk disampaikan mesej dakwah yang terbuku di dada..? Pastilah anda akan pergi mencari rakan-rakan taulan anda yang berbangsa Uganda juga bukan..?

Mengapa..?

Kerana bahasa yang dituturkan sama. Budaya dan tatatertib serta tingkahlaku juga serupa. Makanan peberet kemungkinan besar sama. Mudah kata, anda punya banyak persamaan dengan rakan anda itu. Makanya lebih mudahlah untuk anda 'masuk' dengannya, dengan harapan lebih mudah jugalah untuk anda menyentuh hatinya dengan mesej-mesej dakwah yang cuba anda bawakan.

Anda kurang yakin? Mari kita berpegangan tangan berlari riang menelusuri sirah Nubuwwah heyy! Err.

Ketika tiga belas tahun Nabi SAW dan para sahabat berdakwah dan berjuang di Mekah, tidak pernah sekali pon Nabi SAW menghantar para sahabat ke Rom, Parsi dan seumpamanya untuk menyebarkan risalah Allah. Yang ada pon para sahabat diarahkan untuk berhijrah ke Habsyah dan itu pon bertujuan untuk mendapat perlindungan dan bukannya untuk menyebarkan Islam per se. 

Begitu juga apabila Nabi SAW sudah berhijrah ke Madinah. Tidak sehingga tahun keenam atau kelapan hijrah, baharulah baginda SAW menghantar delegasi-delegasi dakwah ke luar jazirah Arab untuk menyampaikan seruan Islam. Maknanya, kalau dihitung dengan jari-jemari anda (tidak perlulah gunakan sempoa atau kalkulator!), hanya selepas kurang lebih DUA PULUH tahun Nabi SAW mendapat wahyu kerasulan, baharulah dakwah itu disebarkan ke luar jazirah Arab! Walaweh.

Anda berpeluh kecil sebentar. Cuba menggaru hidung tetapi tidak bermaya kerana terkejut dengan fakta.

Persoalannya.. Adakah sepanjang tempoh dua puluh tahun yang pertama itu, Phillippe Agustus yang mati di Rom dalam keadaan kafir, Rustam Zindabat yang mati di Parsi dalam keadaan kafir dan Xilambe Jujuguwa yang juga mati dalam keadaan kafir di Afrika... Adakah matinya mereka dalam keadaan kafir itu, maka Rasulullah SAW dan para sahabat boleh disalahkan kerana gagal menyebarkan dakwah dalam tempoh masa tersebut..?

Kini anda berpeluh besar pula. Tiikk tiikkk. Benarkah ini Inche gabbana..? Jadi bolehkah mereka dipersalahkan..?

Tidak wajar anda, tidak wajar sama sekali mereka dipersalahkan. Kerana mereka telah pon menjalankan tugas-tugas dakwah mereka dengan sesungguh-sungguhnya dan sebaik-baiknya, pada waqi' (keadaan), kemampuan dan kapasiti yang mereka ada ketika itu. Saya percaya, jika diberikan peluang dan ruang, mereka juga sama seperti anda, mahu menyebarkan Islam di seluruh pelosok dunia dalam sekelip mata. Tetapi hakikatnya tidak semudah dan sekacang goreng cap Nganyin itu.

Dan itulah point yang mahu saya tekankan; yang saya mahu anda tumbuk lumat-lumat, kunyah sampai penat dan hadam biar sampai ingat!

Dakwah semestinya perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan  sepenuh hati. Tambah perencah strategi dan perasa amal jama'ie ke dalam menu dakwah anda itu. Pastilah hidangan yang siap nanti bakal mencairkan air liur sesiapa sahaja yang disentuh dengan aromanya!

Jangan jadikan perasaan berat, tak mampu nak buat dan cemas itu sebagai alasan untuk anda lantas terus meninggalkan dakwah ini. Perasaan sebegitu wajarnya dijadikan pelonjak dan minyak untuk anda bergerak dengan lebih laju. Kerana anda faham bahawasanya tugas anda terlalu banyak. Setiap detik dan ketika yang dibazirkan bermakna anda telah kehilangan seorang lagi yang sepatutnya boleh anda sentuh dengan mesej-mesej dakwah anda. Kerja-kerja yang perlu kita bahu ini lebih banyak daripada masa yang kita ada.

Dan yakin dan percayalah, apabila ramainya golongan seperti anda yang mempunyai fokus yang jelas dan terang dalam gerak kerja dakwah, dan ramai pula yang mengikuti anda dek kerja-kerja anda yang kemas lagi tersusun, pastilah akhirnya Islam itu akan berkembang luas. Siapa sangka, anak-anak bulatan gembira anda yang telah anda sentuh dengan Ini Sungguh Kool, Saya Hosem, Itu Paling Kebabomm! dan entah apa-apa lagi, menyambung pula tugas-tugas anda kemudian menyebarkan pula mesej-mesej Islah dengan bersungguh-sungguh. Kemudian disebarkan lagi dan disebarkan lagi dan disebarkan lagi. Sehinggalah, begitu ramainya orang yang disentuh, kini tidak lagi mustahil untuk melihat Letchumi Arumugam menerima Islam. Bukan lagi satu kepelikan apabila Chong Ah Wat pergi ke bulatan gembira. Dan bukan lagi sesuatu yang menjegilkan mata apabila Alex Costarica bersama-sama anda ke konferens riang.

Akhirnya semua orang akan gembira dan menghargai indahnya Islam; tetapi dengan syarat kitalah yang perlu bekerja keras! [Kredit]

Kerana apabila anda membantu dan bersungguh-sungguh pula mahu menegakkan agamaNya, pastilah Dia akan membantu anda pula. Yakinlah, kerana itu janjiNya...!

Kata kuncinya? Laksanakan tugas Syahadatul Haq anda dengan bersungguh-sungguh. All Out. Berabess baik. Biar sampai muntah darah sekalipon, asalkan anda tahu yang anda telah berikan yang terbaik. Dan laksanakan ia dengan berstrategi dan berfokus kerana dengan cara itu sahajalah dakwah ini dapat berkembang maju dan pesat.

Saya tahu dan yakin, kerana Rasulullah SAW dan para sahabat telah pon menunjukkan jalannya. Betul bukan, masih ada sinar di hujung terowong..? Senyum besar-besar sampai nampak lesung pipit walhal tak pernah ada pon selama ini.

-gabbana-

Sebenarnya isu ini masih boleh dipanjangkan lagi. Terasa tidak puas kerana masih banyak analogi dan contoh yang tak dapat saya keutarakan di sini, tetapi memikirkan yang anda mungkin berbuih mulut nanti akibat membaca penulisan yang terlalu panjang, cukuplah setakat ini. Wahaha...

Untuk bacaan tambahan, boleh baca artikel "Maaf, Kaki Sofa Seperti Anda Tidak Layak Bermain Bola.' 

Sila tanya soalan sekiranya ada apa-apa persoalan yang menggaru minda anda. Insha-Allah saya akan cuba sebaiknya untuk menjawab.

Moga bermanfaat untuk kita semua, biidznillah..

10 January 2012

*Knok Knok* Boleh Saya Masuk? Tanya Rezeki Dengan Penuh Bertatasusila

[Kredit]

Suatu perkara yang tidak mungkin manusia ketahui di dunia ini adalah keajaiban, keoseman dan rahsia perancangan Allah yang Maha Kaya itu. Sesungguh mana pon kita cuba untuk mengorek, mencungkil dan mencari rahsia di sebalik perancanganNya itu, tidak mungkin kita akan dapat menemukannya.

Saya kira, itulah hikmah besar yang perlu kita terima dan fahami. Kita hanya manusia yang lemah, hamba yang marhaen dan makhluk yang punya banyak kelemahan. Hatta kalau kita Superman sekalipon, kita tetap akan goyah dan lemah apabila didedahkan dengan batu krypton. Eh. Kita kena yakin dan redha dengan perancananNya yang Maha Hebat lagi osemness itu.

Beberapa bulan yang lepas, saya ada menulis sebuah artikel yang menyatakan pendirian saya untuk membuang iklan-iklan Nuffnang daripada belog saya atas sebab unsur-unsur syubhah yang terkandung di dalam iklan mereka. Jujur saya mengaku di sini, pada mulanya agak ragu-ragu juga. Yalah, siapa tak nak en kalau orang mahu bagi wang secara percuma? Anda hanya perlu letakkan iklan-iklan tersebut, tunggu dengan penuh kesabaran dan vavavum! Cek akan dihantar kepada anda. Tambahan pula dengan jumlah trafik yang semakin meningkat, peluang untuk menjana pendapatan adalah lebih besar dan cerah.

Namun, kerana tidak mahu berkompromi dalam hal-ehwal rezeki yang halal ini, saya gagahkan semangat dan alhamdulillah, berjaya membuang semua iklan-iklan Nuffnang dalam belog saya. Semenjak itu, pernah juga mencari-cari kalau-kalau ada alternatif yang lebih baik, yang boleh saya manfaatkan. Terfikir juga untuk buat seperti belog-belog lain yang pernah saya jumpa; membuat tawaran kepada mana-mana individu atau syarikat untuk mengiklankan produk mereka di dalam belog yang marhaen ini.

Tetapi entah mengapa, impian dan angan-angan itu tidak ke mana. Terkubur di dalam laut yang dalam, menanti perwira berani membuka peti yang karam.. Ewaaahhh kau..! Namun begitu, jauh di dalam hati, satu perkara yang saya yakin adalah Allah pasti akan menggantikan apa yang telah saya tinggalkan itu dengan sesuatu yang jaaaauuuhh lebih kool. Lebih-lebih lagi sekiranya perkara atau benda yang kita tinggalkan itu adalah demi mencari keredhaanNya.

Baru-baru ini, espeseli seusai penganjuran Pertandingan Video Osem APG '11, selain ujian-ujian berat seberat ikan paus goreng tepung yang datang menimpa-nimpa dan mengetuk pintu hati tanpa segan-silu lagi memberi salam, ada juga hikmah dan nikmat yang sudi bertandang. Antaranya adalah jaringan ukhuwwah yang terbina di merata tempat, merentas segenap benua. Juga kesyukuran melihat ramainya yang tersentuh hanya dengan menonton video-video osem yang dihasilkan. Allahu Akbar. Semuanya itu daripada Kau, ya Allah!

Tetapi selain itu, saya juga menerima tawaran-tawaran yang tidak pernah saya sangka-sangkakan sepanjang karier penulisan saya sebagai Inche gabbana. Tidak perlulah saya ceritakan semuanya tetapi yang mahu saya kongsikan di sini adalah tawaran daripada sebuah syarikat menjual tudung yang ingin mengiklankan produknya di belog saya. Anda, kaum perempuan mungkin tahu dan kenal dengan hijabontheline..? Ya, syarikat itulah.

Sungguh, terkedu dan terkesima sebentar ketika pertama kali membaca email yang dihantar mereka. Ketika mula-mula membaca nama penghantar email, langsung tidak terlintas apakah kandungan email yang dihantar. Maka ketika cuba menghadam niat dan tujuan email tersebut dihantar, tiada yang lain terucap di bibir melainkan alhamdulillah, tengsomac Allah. Tidak, tiada air mata yang tumpah. Sila jangan berspekulasi.

Bukankah sudah saya katakan yang Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang jauhhh lebih kool..?

"...Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsipa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap sesuatu."
[at-Talaq, 65:2-3]

Yang penting kena bertaqwa (takut dan kasih padaNya pada masa yang sama) dan bertawakal, yakin pada ketentuanNya dengan sesungguhnya dan penuh beriman. Senyum kenyit mata.

Terinspirasi oleh hal yang sama, dan dengan niat untuk mencari rezeki yang halal di samping membantu anda yang berminat untuk menyebarluaskan lagi hebahan tentang produk anda, dengan ini saya mengumumkan yang belog Angel Pakai Gucci kini dibuka untuk tujuan pengiklanan. Anda yang berminat bolehlah hubungi saya di dolcegabbana08@gmail.com.

Tetapi saya beritahu awal-awal di sini yang kelulusan hanya akan diberikan kepada produk dan perkhidmatan yang mematuhi syarak. Makanya, iklan-iklan pelik lagi mengangakan mulut seperti iklan untuk lelaki, iklan untuk anda yang forever lonely, iklan jualan langsung dan yang seangkatan dengannya sama sekali tidak akan dilayan.

Sebagai panduan, kadar harga akan ditetapkan mengikut saiz iklan dan kedudukan iklan yang mahu ditempatkan. Di hujung hari, kadar harga boleh dibincangkan dan kautim seadanya. Kacang pis.

Saya harap tiadalah yang akan berfikiran yang saya tamak harta atau "Oh Inche gabbana ni, bajet dah glamor dan ambil kesempatan pula! Ish menyampah tauuu!" sambil membuat gaya seolah-olah sedang mengunyah daun sireh. Peluh besar. Saya hanya menggunakan peluang yang ada untuk berusaha mencari rezeki tambahan dengan izinNya. 

Benar, rezeki bagi setiap manusia itu sudah ditetapkan sejak azali (hadith empat dalam hadith arbain Nawawi). Tapi kita juga dituntut untuk berusaha mencarinya bukan..? Dan sekiranya kita tidak berusaha, bagaimana kita mahu mengetahui di manakah batasan dan had akhirnya..? Harapnya usaha murni saya untuk merancakkan lagi perkembangan ekonomi negara ini disambut baiklah oleh anda semua. Wahahaha..

Insha-Allah saya akan dedikasikan satu tab khas untuk tujuan ini kepada anda yang berminat untuk mempertimbangkannya. Nantikan.

Oh di kesempatan ini juga, tidak terlalu lewat rasanya untuk saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Tasneem Cokolat dan Puan Mama (Ya! Puan Mama sayalah! Siapa lagi..?? Sedikit bangga) yang sudi memberi tajaan tambahan kepada para pemenang Pertandingan Video Osem APG '11. Sumpah terharu.

Niat Tasneem Cokolat itu disampaikan melalui laman MukaBuku Puan Wardina kalau tak silap saya. Manakala Puan Mama pula, menyampaikan hasratnya apabila saya memintanya untuk memasukkan duit ke dalam akaun para pemenang. Ketika itu saya tidaklah pula menyebut duit itu adalah untuk para pemenang pertandingan yang saya anjurkan. Tetapi entah bagaimana Puan Mama dapat meneka. Katanya, "Ini untuk para pemenang pertandingan video tu ke? [Puan Mama] nak tambah RMXY kepada setiap pemenang."

Wau weee...! Sungguh suwwwiitttt bukan...?? Muka teruja walaupon ini berita lama.

Benarlah, Allah akan berikan rezeki dan penghargaanNya kepada sesiapa sahaja yang Dia mahu dan suka. Dan selalunya dalam cara-cara yang paling tidak kita sangka-sangka!

Syaratnya..? Taqwa dan tawakkal. Ingat dua 'T' itu dan pasti anda akan T juga; TERUJA..! Wahahaha...

*Knok knok* Boleh saya masuk..? Senyum.

-gabbana- 

9 January 2012

Masih Ada Sinar Di Hujung Terowong

[Kredit]

Khamis malam Jumaat yang lalu, bersempena dengan malam Jumaat yang penuh barakah lagi meriah dengan bacaan Yassiin (err....), saya telah mencabar anda semua dengan kicauan saya. Cabaran saya berbunyi begini: 

"Berubah sebelum merubah. Esok berazam untuk ajak at least seorang rakan ke arah kebaikan. Amacam..? Ada bran..? B-)"

Datang Jumaat, membaca kembali kicauan saya tersebut, saya sendiri berasa tercabar dengan cabaran itu. Dan takut juga kalau nanti di akhirat akan dicop di dahi sebagai orang yang berkicau tak serupa bikin. Parah tu nanti! 

Maka saya segera mencari 'mangsa', ibarat seekor nyamuk yang dahagakan darah jenis AB atau seekor kucing yang laparkan biskut ikan cap Friskies. Err. 

Mangsa pertama saya adalah seorang rakan sekerja yang selalu melepak dan makan tengah hari bersama saya. Dan saya kenal dia sebagai seorang Muslim yang baik, yang suka kepada kebaikan dan mahu belajar lebih mendalam tentang Islam.

Saya capai gagang telefon dan terus menelefonnya (dia bekerja di syarikat yang berlainan tetapi dalam satu bangunan).

"Bro, kau buat apa tu..? Sibuk ke..?"

"Bro bro! Adalah sikit.. Apehal..?"

"Takde apa bro. Kalau kau tak busy sangat, jomlah kita luangkan masa sepuluh minit camtu, solat dhuha kat bawah."

"Tengoh ah nanti camne bro. Aku free aku turun bro."

"Ok bro!"

Hati sedikit mengharap yang dia akan turun nanti. Tapi akhirnya saya seorang sahaja di surau pejabat. Sedikit berpeluh. Tidak mengapa. Dia pasti sibuk tu. Masih ada masa-masa lain bukan? Senyum penyedap hati.

Saya masih berasa tidak puas hati. Setakat ajak seorang ke arah kebaikan, itu belum apa-apa lagi. Lantas entah mengapa, saya terus teringat kepada seorang rakan baik yang satu ketika dahulu sama-sama menimba ilmu kerana ilmu itu panduan hidup! Eh. Sama-sama menuntut di Sekolah Bintang dahulu.

Jujurnya, sudah lama saya menyimpan dendam rasa bersalah dengan sahabat yang seorang ini. Saya pernah menulis tentangnya sekali di dalam post 'Ada Bezakah Kalau Aku Diciptakan Atau Tidak?'. Selalu sahaja saya menasihati dia; dengan cara yang baik lagi bersopan-santun beradab ketimuran pernah, dengan cara sindiran ala-ala mengoyak dan menghiris jiwa-raga pon pernah. Dan bukan sekali juga syaa cuba mengajaknya berbulatan gembira. Kiranya, tidaklah tidak pernah langsung saya menegur atau menasihati dia. Cuma mungkin masih belum benar-benar bersungguh dan berkesan.

Kesalahan atau dosa apa yang telah dia lakukan..? Biarlah ia kekal menjadi rahsia antara kami berdua. Dan tiada guna pon saya membuka aibnya di sini. Saya juga yang mendapat bencana nanti! Cukuplah saya katakan di sini, yang ketika dia meluahkannya kepada saya, saya benar-benar terkejut gorilla. Terkedu. Terkesima. Tetapi sedikit terharu kerana dia percaya kepada saya untuk bercerita tentang sesuatu yang saya kita, cukup besar dan seriyes.

Hakikatnya, saya menyayanginya sebagai seorang sahabat walaupon kami berlainan haluan. Pengalaman pahit manis di Sekolah Bintang dahulu amat sukar dilupakan. Makanya, saya terus diburu rasa bersalah kerana saya yang kononnya pom pam pom pam berdakwah ini, masih belum mampu untuk menyampaikan dan meyakinkan mesej dakwah kepada rakan baik sendiri. 

Sayugia saya kuatkan semangat dan menekan butang-butang di henpon (maaf, saya tidak mampu untuk menggunakan henpon sesentuh) dan menghantar mesej ringkas kepadanya.

"Salaam. Babe*, u noe i love u rite? Like i really do. I think its time for me 2 tel u diz. A real n true fren wud want his buddy to enter jannah 2getha. N i want 2 do jz tht wit u. So i beg u babe, pls n pls stop doing wteva things tht mite halt u fr entering His paradise. I beg u. (Emotikon menangis)"

*Panggilan mesra antara kami. Jangan khuatir, rakan saya seorang lelaki. (Ke anda patut berasa lebih khuatir dan risau..? Wahahaha..)

Berdebar juga menantikan mesej balas daripadanya. Tidak tahu apa yang bakal dihantarnya. Mungkin dia akan berasa marah dan terasa hati? Mungkin juga dia memilih untuk senyap dan tidak membalas mesej saya tersebut..? Dup dap dup dap. Kemudian henpon saya berbunyi, menandakan ada mesej yang masuk. Hati saya sedikit melompat melihatkan nama rakan saya itu tertera pada skrin henpon. 

"Okay babe. I think Im going umrah this year but xnak heboh2 takut Dia xnak jemput I dtg nnt, dok cerita kat org. I only tell u. Nway, y the sudden babe?"

Terasa lega membaca mesejnya. Seolah-olah terasa dilepaskan daripada pelukan erat seorang lelaki besar dan gemuk berbulu tebal, berkumis panjang dan mempunyai tangan sebesar peha kerbau jantan. Ok cukup hiperbola di situ.

Tanpa ragu-ragu, saya terus membalas:

"Coz aku rs mcm bersalah sgt. Im doing al diz dakwah n wt nt, n yet im not doing nething wit my own gud fren, whom i love so much."

Dan mesej balas yang saya dapat daripadanya cukup menggegarkan jiwa dan mampu untuk menewaskan kejantanan saya yang membacanya. Hohoho..

"Haha, xdelah! Uve done ur best. And mayb someday whem im truly ready I will come to you for guidance, inshaallah. And for the record, u dont know hw much I love you. Yeay!"

Entah mengapa saya tidak membalas mesej tersebut. Mungkin ketika pertama kali membacanya, sedikit terkedu. Mungkin juga perlu masa untuk memikirkan mesej balas yang paling sesuai sehingga langsung terlupa untuk membalasnya.

Tetapi berasa terharu dan syukur kerana rupa-rupanya, usaha-usaha kecil saya selama ini untuk mengajaknya ke arah kebaikan tidak masuk ke dalam longkang. Rupa-rupanya ada juga meninggalkan kesan pada hati rakan saya itu. Allah..

Saya tahu itu belum cukup. Masih belum membolehkan saya untuk berlepas tangan, melarikan diri sambil mengucapkan haihaibaibai dengan penuh bergaya. Belum. masih banyak ruang dan peluang yang perlu saya gunakan untuk melaksanakan tugas Syahadatul Haq saya itu. Malah sebenarnya, masih besar ruangnya untuk rakan saya itu mendakwa saya di mahkamah Allah nanti, kerana saya belum benar-benar bersungguh dalam mengajaknya ke arah kebaikan. Air mata mengalir perlahan.

Untuk anda, wahai rakan saya tahu kadangkala anda membaca juga belog marhaen ini. Dan sekiranya anda ditakdirkan membaca post ini, ini mesej balas saya untuk anda:

"Babe, I'm flattered the fact that u'll come to me for guidance. And I pray and really wish the time is near. Yes, babe, I love you too. But love won't be enough to save us from the hellfire. But if we love each other for the sake of Him and strive for His pleasure, then iAllah, that sort of love surely will be our saviour, in this world and hereafter. Allah says in the Quran:

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa."
[az-Zukhruf, 43:67]

Yes babe, I don't want that to ever happen to us. I want to be your best friend. And best friend till jannah let it be."

Err... Boleh hulurkan sekotak tisu itu..?

Aku mahu menchentaimu tulus keranaNya wahai sahabat, bukan kerana yang lain! [Kredit]

Ehem ehem.

Banyak juga pengajaran yang saya dapat daripada peristiwa ini. Entah mengapa, selepas menelefon rakan yang pertama itu (rakan sekerja), terus peroleh semangat untuk berdakwah lagi, maka terjadilah peristiwa seperti yang disebut di atas. Malah seusai bermesej-mesejan dengan kawan kedua (kawan Sekolah Bintang), semangat itu semakin membuak-buak pula. Sehinggakan seorang lagi rakan sekerja berbangsa Cina yang duduk di sebelah saya hampir-hampir menjadi mangsa! Hohoho.. Terbayang dalam fikiran ketika itu, apalah agaknya dia ni (si rakan Cina) akan dakwa saya di padang Mahsyar nanti. Tunduk, air mata bercucuran.

Apa-apa jalan, point yang cuba saya sampaikan adalah mudah. Lurus ke hadapan. Selama ini apa yang menghalang kita daripada berdakwah kepada rakan-rakan baik atau ahli keluarga kita sendiri..? Sangkaan. Assumption. Kita assume yang rakan kita tak boleh terima apa yang kita akan sampaikan. Kita assume adik perempuan kita akan mencebik apabila kita menasihati dia. Dan kita assume Puan Mama kita akan melenting sekiranya kita menegurnya.

Semuanya berasaskan kepada assumption. Semuanya berpasakkan kepada sangkaan-sangkaan kita. Tapi kita pernah cuba atau tidak..? Tidak. Maka sangkaan kita membunuh. Membunuh rakan dan ahli-ahli keluarga kita itu kerana akhirnya mereka mati tanpa melihat dan merasa kebenaran. Dan membunuh diri kita sendiri kerana sangkaan-sangkaan itulah yang akan menjadi hujah untuk kita dihumban masuk ke dalam nerakaNya nanti! *gulp* Nau'dzubillah..

Anda tahu apa yang walaweh dengan semua ini..? Apabila anda berjaya mengatasi atau menolak tepi sangkaan-sangkaan yang membunuh tersebut, anda akan dapati tidak susah sebenarnya mahu menasihati atau menyampaikan dakwah itu. Espeseli apabila sasaran dakwah kita menerima seruan kita dengan baik dan positif. Ketika itu, momentum kita akan terbina dan kita akan menjadi semakin yakin untuk menjalankan tanggungjawab Syahadatul Haq kita.

Percayalah..!

Pastilah, pasti akan ada duri dan ranjau di sepanjang perjalanan ini. Akan ada orang-orang yang menolak dakwah kita, mencemuh apa yang kita lakukan malah mungkin ada yang bertindak agresif dengan apa yang cuba kita sampaikan. Itu sunnah. Sunnah buat orang yang berjuang di atas jalan ini. Namun bagaimana kita mahu mengenal antara kawan dan lawan seandainya awal-awal lagi kita telah menyerah kalah? Bagaimana kita mahu mengenal jauhari dan manikam, sekiranya awal-awal lagi kita telah mengangkat bendera putih..??

Kerana itulah kita disuruh untuk menolong agama Allah sebelum Allah menolong kita dan mengukuhkan kedudukan kita. Tolong dahulu baharu Allah bantu! Bekerja dahulu baharu boleh tahu!

Teringat kata-kata Ustaz Fitri Abdullah yang dimuatkan di dalam video Madmie bertajuk 'Syahadatul Haq: Penyaksian Terhadap Kebenaran.' Bahawasanya dia akan mendakwa seluruh umat Islam sekiranya dia mati sebagai seorang kafir, bagaimana umat yang kononnya dipilih Allah ini gagal melunaskan amanah dan menyampaikan risalah-risalahNya..?? Allah... Buat-buat menangis kerana air mata sudah kekeringan.

Maka saya ingin menyeru diri sendiri dan anda semua, marilah kita bekerja. Dan bekerja sahaja tidak mencukupi. Marilah kita bekerja sesungguh-sungguhnya, sehingga kita apabila kita menghembuskan nafas kita yang terakhir nanti, seluruh dunia dan seisinya akan menjadi saksi bahawa kita telah pon melangsaikan hutang-hutang kita sebagai makhluk bergelar manusia. Apabila kita mati nanti, tiada siapa pon yang punya hujah dan alasan untuk mendakwa kita. Agar kita mati dalam keadaan redha dan diredhaiNya dan pintu sorga terbuka luas menyambut kedatangan kita.

Insha-Allah.

Jangan sesekali berputus-asa wahai manusia, kerana masih ada sinar di hujung terowong sana..!

-gabbana-

Insha-Allah, nanti saya nak lancarkan suatu kempen yang terinspirasi daripada kicauan saya pada hari Jumaat yang lepas itu. Harapnya akan mendapat sambutan yang positif lagi bergaya daripada anda semua, biidznillah. Nanti-nantikan dan doa-doakan..! Senyumlah.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP