13 January 2012

Osemnya Jumaat!


Salaam a'laikum warah matullah dan selamat hari Jumaat yang bergaya. Sudah baca surah al-Kahfi?

Kalau anda masih ingat, di dalam post 'Masih Ada Sinar Di Hujung Terowong', saya ada menyebut tentang mahu melancarkan suatu kempen bukan..? Ya, kempen yang diinspirasikan daripada kicauan saya pada Jumaat yang lepas.

Alhamdulillah, secara peribadinya saya merasakan kicauan tersebut entah bagaimana memberikan saya semangat dan kekuatan untuk melakukan dakwah dengan lebih kamehameha. Ya kicauannya simpel sahaja, tetapi oleh kerana ia dalam bentuk cabaran, maka saya kira maruah kejantanan saya ketika itu tercalarlah juga. Err.. Peluh.

Baiklah, oleh sebab saya tamak dan mahu menambahkan saham-saham sorga saya dengan sebanyak-banyaknya tapi pada masa yang sama masih baik hati dan pemurah kerana mahu anda berkongsi sama manfaatnya, dengan ini saya mahu melancarkan kempen yang saya namakan..

OSEMNYA JUMAAT!

Sekiranya anda berminat (dan saya tahu anda WAJIB berminat! Wahaha..), ini yang perlu anda lakukan:

1) Ajak seseorang ke arah kebaikan. Et lis seorang. Seekor sama sekali tidak diterima. Ajakan-ajakan yang mudah sahaja tetapi masih osem sudah cukup bergaya. Contohnya, ajak rakan anda solat berjemaah. Atau pujuk adik lelaki ipar belah sepupu mak tiri anda untuk berhenti merokok. Atau galakkan rakan sekerja anda untuk bersedekah. Apa-apa pon tak kisahlah asalkan ia satu ajakan/pujukan ke arah kebaikan.

2) Kemudian kicaukan pencapaian anda itu dengan meletakkan trend #OsemnyaJumaat!. Contoh: "#OsemnyaJumaat! Aku berjaya ajak rakan baik aku kat sekolah tadika dulu untuk berhenti mengumpat! Yeheeyyy!" atau "Alhamdulillah, akhirnya gua berjaya ajak member-member gua untuk pergi dengan ceramah Ustaz Azhar Idrus #OsemnyaJumaat!" atau "Subhanallah, selepas lapan tahun mencuba, hari ini akhirnya aku berjaya memujuk adik perempuan aku untuk berbulatan gembira! =') #OsemnyaJumaat!"

Mudah sahaja bukan..? Bagus juga kalau anda letak @angelpakaigucci sekali. Saya memang amat berminat untuk busy body dan mengetahui apa yang telah anda capai dan lakukan. Mungkin banyak yang boleh saya belajar daripada anda!

Tapi Inche gabbana... Macam riya' dan sum'ah je kalau kicau pencapaian-pencapaian tu..? Buat penat je beramal, tapi tak dapat apa-apa..! Hampagas betul la Inche gabbana ni.

Err.. Sapa suruh riya' dan sum'ah..? Buatlah dengan ikhlas dan bergaya, barulah osemmness...! Wahahaha.. Dan kalau betul anda rasa kicauan anda itu akan menimbulkan perasaan riya', maka tidak perlulah berkicau! Cukuplah sekadar anda mengetahui yang anda sudah mengajak orang ke arah kebaikan!

Dah tu, buat apa suruh kicaukan kalau macam tu..? Tanya anda lagi sambil mengetap gigi tanda tidak puas hati. 

Haha.. Anda ni, memang keturunan dan baka yang emo eh..? Jelir lidah. Tujuan saya mahu anda mengicaukan pencapaian anda mengajak orang ke arah kebaikan adalah kerana harapannya, dengan berbuat sedemikian, akan ramai yang terinspirasi untuk sama-sama menyertai keoseman ini. Bayangkan, kalau seorang sahaja yang terinspirasi dengan kicauan anda lantas mengajak orang lain ke arah kebaikan, anda pon dapat pahala penuh, tanpa mengurangkan pahala member kita tadi tu.

Tu baru seorang. Kalau lapan belas orang..? Kalau tiga ratus dua puluh tujuh orang..?? Kalau empat ribu dua ratus enam puluh enam orang..?? Walaweh! Tak ke mengalir air liur camtu..? Hihi..

Dan harapannya, dapatlah kita semua kekalkan momentum dalam mengajak orang ke arah kebaikan setiap masa dan ketika. Jangalah warm-warm chicken shit sahaja! Wahaha.. Maka saya akan menantikan dengan penuh sabar tapi teruja pada masa yang sama, kicauan-kicauan pembakar semangat daripada anda semua! Ayuh kita istiqamah!

Oh ya, kempen ini akan hanya berjalan setiap hari Jumaat. Kiranya kalau anda buat di hari lain, tak perlulah kicaukan #OsemnyaJumaat! kerana macam pelik lah pulak. Jangan khuatir, Allah tahu je anda telah melakukan kebaikan. Senyum kenyit mata.

Mengapa hari Jumaat? Sebab Jumaat hari yang osem lagi penuh barakah lagi penghulu segala hari lagi ada solat Jumaat lagi ada jual cendol sedap! Eh. Banyaklah fadhilat hari Jumaat ni. Sayugia saya merasakan hari Jumaat adalah hari yang terbaik untuk melakukan amal kebaikan sebegini. Walaupon ia tidaklah bermakna di hari-hari yang lain anda tidak perlu melakukan kebaikan atau mengajak orang lain ke arah kebaikan. Kalau anda berkefahaman sebegitu, anda layak mendapat cubitan pusing di perut. Wahahaha.. 

Baiklah. Anda semua sudah bersedia..??

Ayuh kita bersegera melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya dan mengajak orang lain ke arahnya..! Serbuuuuuu....!!!

-gabbana-

Ok anda yang tidak ada akaun Pengicau, sila buka satu sekarang. Heh.

Moga Allah menerima amalan kita yang kecil tetapi osem ini, Insha-Allah...

13 Caci Maki Puji Muji:

satria baju hitam 13/01/2012, 10:16  

akaun pengicau tu apa? (fb or twitter?)

Miss Mus 13/01/2012, 11:08  

sekarang sy sdg mendengar kicauan burung2 di luar bilik..

Inche gabbana 13/01/2012, 11:19  

satria baju hitam: tweet-er. Hehe.. ;)

Pengembara 13/01/2012, 12:50  

tetap xsetuju kicau2 tu ye...=p

cikLah 13/01/2012, 13:44  

osem sunggoh pemakai gucci nih...

insyaAlLah cabaran di sahut.. oyeahh!!

ikhwahmacho 13/01/2012, 23:37  

err boleh tak #osemnyaharihari ?
-_______-

Anonymous 13/01/2012, 23:46  

yang osem:
hari ni saya berjaya ajak adik saya solat jemaah dan kurangkan ketagih fb adik yg lagi satu.

yang x osem:
hari ni saya dh batalkan plan utk bentuk satu bulatan gembira walaupun saya mmg nak sangat..
sebulan lebih tinggalkan alam sekolah,dan 2 bulan lebih tinggalkan bulantan gembira di situ..

kesimpulan:
hari ni saya rasa yg saya sgt x osem apatah lagi utk berkachak bergaya sebagai hamba allah yg hina malah hanya warm-warm chicken shit..
ya Allah.. :'-(

nok 14/01/2012, 10:08  

salam IG
kita berdakwah jgn ganas sampai belasah tulang belikat org ye..selamat dakwah dan tulis :)

a 14/01/2012, 12:36  

wah! Jelesnye saham anda dah bnyk! Hoho inspired

satria baju hitam 14/01/2012, 20:44  

nak mengicauuu!

osemnya jumaat: mengajak adik lepasan spm untuk berkonferens riang.
kemudian, mabit bersama adik2 di kolej tut tut.
osemnya sabtu: berjauhhhhhhlah bersama sahabat2 bulatan gembiraaaa!
walaupun ditimpa dugaan kewangan hilang mencurah-curah, namun ukhuwah yang dirasa sangat osem, alhamdulillah!

nomicampbellsoup 15/01/2012, 09:40  

solat tiang agama maka selalu ingat diri agar tunai solat..

Anonymous 15/01/2012, 17:02  

hamba Allah: hehe rasa mcm lagi comel kalau kata warm-warm chicken poop je..

Anonymous 20/01/2012, 16:36  

ok.lambat betul nak papahm yang 'pengicau' tu twitter =.=
sabo je la.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP