12 January 2012

Kan Saya Dah Kata Masih Ada Sinar Di Hujung Terowong..?

Walaupon anda merasakan anda sedang bertarung di dalam hutan kekeliruan, jangan khuatir, anda tidak keseorangan. ;) [Kredit]

"Akh. Selepas baca post ni saya rasa macam beratt nye dakwah tu. sangat. tapi kita still kena ikut cara usrah, DF, ajak daurah, isk, ipk bla2.. kan2? dan apa nk buat kat orang2 sekeliling kita? chinese nye, india nye, melayu nye yg sesat dri Islam. kalau sy kata kita kena still buat usrah dan sume2 tu. dan untuk dorg2 yg spt diatas kita tunjuk akhlak islam? atau terus je ckp awk thu pasal islam? (maaf byk bertanya saya budak baru setahun setengah jagung dalam dnt ni)"

Ini salah satu komen yang saya terima daripada post 'Masih Ada Sinar Di Hujung Terowong.' Mulanya saya bercadang untuk membalas pertanyannya itu di ruangan komen terus. Tapi setelah memikirkan yang Insha-Allah, jawapan yang akan berikan dapat memberi manfaat kepada orang lain juga, arakian saya memutuskan untuk menjadikannya satu post yang lain pula. 

Ketika menulis artikel tersebut, espeseli pada bahagian rakan sekerja berbangsa Cina yang duduk di sebelah saya, sudah terfikir bahawa persoalan sebegitu akan timbul di kalangan anda yang membacanya. Sengaja tidak saya huraikan dengan lebih lanjut supaya dapatlah saya merangsang minda anda untuk berfikir dengan lebih kritis, kreatif dan rasional.

...

...

...

Ok tipu dan poyo sedikit di situ. Walhal sebenarnya malas nak tulis! Wahahaha.. Hilang qudwah sekejap.

Kepada saudari yang bertanya (saya assume saudari sebab nama macam nama perempuan), ini jawapan saya. Harap dapatlah menjawab kekusutan minda anda dan tidaklah pula anda menggaru rambut sehingga botak pula nanti. Hihihi.. 

Begini.

Perasaan terasa berat, cemas dan sesak nafas kerana dirasakan seperti terlalu berat amanah dan banyaknya kerja-kerja yang perlu dilakukan.. Itu adalah perasaan yang sangat bagus. Osem. Sekurang-kurangnya perasaan sebegitu menunjukkan yang anda sedar dan faham akan tanggungjawab Syahadatul Haq anda; yang manusia di luar sana sedang sakit tenat dan kita perlu lakukan sesuatu untuk mengubatinya.

Di saat kita dihempap oleh kesedaran berupa seorang lelaki obes seberat seratus empat puluh lapan kilo, espeseli selepas mendengar pengisian Saya Hosem (SH), kita diburu oleh perasaan cemas dan takut; "Ah bagaimana aku mahu melaksanakan tugas yang sebegitu besar ini??" Betul bukan..? Pada masa yang sama, kembang kempis hidung kita kerana dikuasai oleh perasaan bersemangat yang amat sangat untuk membawa nafas perubahan baru kepada umat seluruhnya.

Kalau boleh, semua orang kita mahu dakwahkan. Jiran sebelah rumah yang tidak pernah kita tegur selama ini, rakan baik kepada abang ipar dua pupu belah mak anda, ane mamak roti canai peberet anda serta tukang kebun di sekolah adik anda. Hatta kucing liar yang selalu meminta makan biskut ikan Whiskas itu kalau boleh anda mahu ajak kepada Islam yang syumul dan benar. Sumpah bersemangat anda ketika itu.

Tetapi setelah beberapa lama, setelah berpijak di bumi yang nyata dan setelah dihempap pula dengan kesedaran hakikat sebenar berupa seekor badak air Afrika Utara, anda kini diburu pula dengan perasaan yang berbeza. Rupa-rupanya tidak mudah nak buat dakwah ini. Ya dakwah itu kool dan bergaya, tetapi tidak bermakna ia semudah menyapu roti dengan planta. Dan baharulah anda tahu, tanpa tenaga kerja yang mencukupi, memang tercungap-cungap juga anda berkejar-kejaran ke sana ke mari.

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Aduhai mak minah sayang.

Ya, semangat yang dahulu itu masih ada; jika boleh, anda mahu semua orang menyahut seruan dakwah anda. Jika keadaan mengizinkan, anda mahu pergi kepada semua orang dan berkata kepada mereka, "Anda! Marilah! Saya mahu mengajak anda kepada Islam yang sungguh osemmness ini! Katakanlah yang Allah itu wujud, benar dan satu dan Muhammad SAW itu adalah pesuruhNya!"

Err.. Jika keadaan mengizinkan.

Realitinya tidak seindah dan berbunga sebegitu. Seolah-olahnya anda sedang berlari-lari riang di tengah taman yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga berlainan warna bersama dengan angin yang bertiup nyaman sepoi-sepoi bahasa... Tiba-tiba datang seekor raksasa gorgon hodoh hidungnya kembang dan mukanya penuh jerawat dan menggerutu, memijak kesemua bunga-bunga yang anda dan berlari pula mengejar anda. Sungguh menakutkan bukan..?

Benar, Islam itu tidak eksklusif dan wajib disampaikan kepada semua. Islam bukan hak milik sesiapa. Islam milik semua. Tetapi dakwah itu ada strateginya. Dakwah itu tidak boleh disampaikan secara cincai-boncai atau semborono sahaja. Mesti ada gerak kerjanya, perlu disusun strateginya dan perlu ada para pekerja (pendakwah) yang faham bahawa kerja-kerja dakwah ini wajib dilaksanakan dengan tertib, tersusun dan bermatlamat.

Lebih-lebih lagi kita sedang menghadapi musuh-musuh yang cukup licik dan bijak. Tentera-tentera jahiliyyah yang dipimpin oleh Jeneral syaitonirojim punya pengalaman yang cukup luas dalam menyesatkan umat manusia. Dan pengalaman-pengalaman ini mereka gunakan sebaiknya untuk sentiasa menghapdet dan menyusun strategi mereka agar dapatlah mereka memaksimakan hasil kerja mereka.

Maka seandainya si musuh punya strategi dalam menyebarkan dakyah-dakyah mereka, bukankah sewajarnya para pendokong kebenaran ini juga mempunyai strategi yang tersusun dalam gerak langkah mereka? Malah strategi yang disusun atur sepatutnya jauh lebih dinamik dan maju ke hadapan. Iyalah, bagaimana kita mahu memenangi peperangan ini sekiranya strategi yang kita rangka, susun dan laksanakan sama sahaja magnitud kehebatannya dengan strategi musuh-musuh Allah? Malah lebih mengerikan dan menaikkan bulu tengkuk adalah apabila strategi para pendokong Islam ini cukup kucar-kacir dan kelam-kelibut! Adeh.

Arakian salah satu strategi dalam dakwah yang sering terlepas pandang (atau sengaja dilepas pandang) adalah strategi dakwah berfokus. Yakni menyasarkan kumpulan sasaran dakwah kepada golongan-golongan tertentu, yang dirasakan mudah dan dapat dipengaruhi oleh para pendakwah. Kalau ikut terma omputih, dia sebut 'Circle of Influence.' Dengan kata lain, kita berdakwah pada orang yang dekat dengan kita; dekat di sini bermaksud mudah untuk kita dekati dan kita berasa selesa dengannya. (Ok kalau pening, sila cari kerusi yang empuk dan duduk sebentar. Baca lagi sekali dan sila pening lagi sekali! Wahahaha..)

Saya beri contoh begini supaya mudah untuk anda fahami. Anda adalah seorang lelaki berbangsa Uganda yang berada di Malaysia. Anda mendapat sentuhan tarbiyah dan kini anda amat bersemangat untuk menyebarkannya. Adakah anda akan melilau mencari sesiapa sahaja - mak cik jual pisang goreng, adik kecil tembam-tembamg sedang mandi parit, abang jual burger tepi jalan - untuk menerangkan apa itu Islam...? Atau anda akan berusaha untuk mencari rakan senegara anda untuk disampaikan mesej dakwah yang terbuku di dada..? Pastilah anda akan pergi mencari rakan-rakan taulan anda yang berbangsa Uganda juga bukan..?

Mengapa..?

Kerana bahasa yang dituturkan sama. Budaya dan tatatertib serta tingkahlaku juga serupa. Makanan peberet kemungkinan besar sama. Mudah kata, anda punya banyak persamaan dengan rakan anda itu. Makanya lebih mudahlah untuk anda 'masuk' dengannya, dengan harapan lebih mudah jugalah untuk anda menyentuh hatinya dengan mesej-mesej dakwah yang cuba anda bawakan.

Anda kurang yakin? Mari kita berpegangan tangan berlari riang menelusuri sirah Nubuwwah heyy! Err.

Ketika tiga belas tahun Nabi SAW dan para sahabat berdakwah dan berjuang di Mekah, tidak pernah sekali pon Nabi SAW menghantar para sahabat ke Rom, Parsi dan seumpamanya untuk menyebarkan risalah Allah. Yang ada pon para sahabat diarahkan untuk berhijrah ke Habsyah dan itu pon bertujuan untuk mendapat perlindungan dan bukannya untuk menyebarkan Islam per se

Begitu juga apabila Nabi SAW sudah berhijrah ke Madinah. Tidak sehingga tahun keenam atau kelapan hijrah, baharulah baginda SAW menghantar delegasi-delegasi dakwah ke luar jazirah Arab untuk menyampaikan seruan Islam. Maknanya, kalau dihitung dengan jari-jemari anda (tidak perlulah gunakan sempoa atau kalkulator!), hanya selepas kurang lebih DUA PULUH tahun Nabi SAW mendapat wahyu kerasulan, baharulah dakwah itu disebarkan ke luar jazirah Arab! Walaweh.

Anda berpeluh kecil sebentar. Cuba menggaru hidung tetapi tidak bermaya kerana terkejut dengan fakta.

Persoalannya.. Adakah sepanjang tempoh dua puluh tahun yang pertama itu, Phillippe Agustus yang mati di Rom dalam keadaan kafir, Rustam Zindabat yang mati di Parsi dalam keadaan kafir dan Xilambe Jujuguwa yang juga mati dalam keadaan kafir di Afrika... Adakah matinya mereka dalam keadaan kafir itu, maka Rasulullah SAW dan para sahabat boleh disalahkan kerana gagal menyebarkan dakwah dalam tempoh masa tersebut..?

Kini anda berpeluh besar pula. Tiikk tiikkk. Benarkah ini Inche gabbana..? Jadi bolehkah mereka dipersalahkan..?

Tidak wajar anda, tidak wajar sama sekali mereka dipersalahkan. Kerana mereka telah pon menjalankan tugas-tugas dakwah mereka dengan sesungguh-sungguhnya dan sebaik-baiknya, pada waqi' (keadaan), kemampuan dan kapasiti yang mereka ada ketika itu. Saya percaya, jika diberikan peluang dan ruang, mereka juga sama seperti anda, mahu menyebarkan Islam di seluruh pelosok dunia dalam sekelip mata. Tetapi hakikatnya tidak semudah dan sekacang goreng cap Nganyin itu.

Dan itulah point yang mahu saya tekankan; yang saya mahu anda tumbuk lumat-lumat, kunyah sampai penat dan hadam biar sampai ingat!

Dakwah semestinya perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan  sepenuh hati. Tambah perencah strategi dan perasa amal jama'ie ke dalam menu dakwah anda itu. Pastilah hidangan yang siap nanti bakal mencairkan air liur sesiapa sahaja yang disentuh dengan aromanya!

Jangan jadikan perasaan berat, tak mampu nak buat dan cemas itu sebagai alasan untuk anda lantas terus meninggalkan dakwah ini. Perasaan sebegitu wajarnya dijadikan pelonjak dan minyak untuk anda bergerak dengan lebih laju. Kerana anda faham bahawasanya tugas anda terlalu banyak. Setiap detik dan ketika yang dibazirkan bermakna anda telah kehilangan seorang lagi yang sepatutnya boleh anda sentuh dengan mesej-mesej dakwah anda. Kerja-kerja yang perlu kita bahu ini lebih banyak daripada masa yang kita ada.

Dan yakin dan percayalah, apabila ramainya golongan seperti anda yang mempunyai fokus yang jelas dan terang dalam gerak kerja dakwah, dan ramai pula yang mengikuti anda dek kerja-kerja anda yang kemas lagi tersusun, pastilah akhirnya Islam itu akan berkembang luas. Siapa sangka, anak-anak bulatan gembira anda yang telah anda sentuh dengan Ini Sungguh Kool, Saya Hosem, Itu Paling Kebabomm! dan entah apa-apa lagi, menyambung pula tugas-tugas anda kemudian menyebarkan pula mesej-mesej Islah dengan bersungguh-sungguh. Kemudian disebarkan lagi dan disebarkan lagi dan disebarkan lagi. Sehinggalah, begitu ramainya orang yang disentuh, kini tidak lagi mustahil untuk melihat Letchumi Arumugam menerima Islam. Bukan lagi satu kepelikan apabila Chong Ah Wat pergi ke bulatan gembira. Dan bukan lagi sesuatu yang menjegilkan mata apabila Alex Costarica bersama-sama anda ke konferens riang.

Akhirnya semua orang akan gembira dan menghargai indahnya Islam; tetapi dengan syarat kitalah yang perlu bekerja keras! [Kredit]

Kerana apabila anda membantu dan bersungguh-sungguh pula mahu menegakkan agamaNya, pastilah Dia akan membantu anda pula. Yakinlah, kerana itu janjiNya...!

Kata kuncinya? Laksanakan tugas Syahadatul Haq anda dengan bersungguh-sungguh. All Out. Berabess baik. Biar sampai muntah darah sekalipon, asalkan anda tahu yang anda telah berikan yang terbaik. Dan laksanakan ia dengan berstrategi dan berfokus kerana dengan cara itu sahajalah dakwah ini dapat berkembang maju dan pesat.

Saya tahu dan yakin, kerana Rasulullah SAW dan para sahabat telah pon menunjukkan jalannya. Betul bukan, masih ada sinar di hujung terowong..? Senyum besar-besar sampai nampak lesung pipit walhal tak pernah ada pon selama ini.

-gabbana-

Sebenarnya isu ini masih boleh dipanjangkan lagi. Terasa tidak puas kerana masih banyak analogi dan contoh yang tak dapat saya keutarakan di sini, tetapi memikirkan yang anda mungkin berbuih mulut nanti akibat membaca penulisan yang terlalu panjang, cukuplah setakat ini. Wahaha...

Untuk bacaan tambahan, boleh baca artikel "Maaf, Kaki Sofa Seperti Anda Tidak Layak Bermain Bola.' 

Sila tanya soalan sekiranya ada apa-apa persoalan yang menggaru minda anda. Insha-Allah saya akan cuba sebaiknya untuk menjawab.

Moga bermanfaat untuk kita semua, biidznillah..

13 Caci Maki Puji Muji:

Nuha 12/01/2012, 16:21  

Assalamulaikum wbrth...


"Akh. Selepas baca post ni saya rasa macam beratt nye dakwah tu. sangat. tapi kita still kena ikut cara usrah, DF, ajak daurah, isk, ipk bla2.. kan2? ..."

mungkin dia terkesan dengan ISK dan IPK...tapi bahkan bukan ada yang lebih priority dari itu..? bahan lain tarbiyah yang lebih utama..

wallahu a'lam..

dot dot 12/01/2012, 20:39  

sy ada problem-->time kat uni,, konferens riang, bulatan gembira mahupun jln2 suka suki tadabbur alam tak pernah sy miss. tpi kan,, time cuti sem nk ke bulatan gembira pun sush beno lh nk kuar umah, sbb nk tlg jdi baby sitter, jge rumh, parents koje,, pastu kalau pergi pon ak akn rsa bersalah kt abg yg dok hntr ak,, sedang ak ngah enjoy berbulatan gembira, hati tenang tapi abg ak yg sush payah hntr ak smpi ktm tak dpt sentuhn tarbiyah tu, tpii, hati ak meronta2 nk share osemnye usroh ni. tpii,, ak x tau cmne. howwwww???

Anonymous 13/01/2012, 03:34  

seriyuz... panjang giler -_-' apapun terima kaseh.

jenjalan belog; Glasgow

Hazwani 13/01/2012, 04:20  

salam, waahs waahh waahh..inche gabbana. setuju dgan penulisan inche.

hengat tym awal2 jatuh chenta dgan dnt dulu...rasa serba x kena, duduk x empuk, bdri x selesa, tgah nak dok laghaa pon tbyang2...sbb dapat rasakan beratnya fakta yg x pernah dsedari sblom ni (which is dakwah itu tnggungjwab d atas bahu stiap muslim)tpi nak wat2 tak tahu...hmm..kita acknowledge atau x, it's still a standing instruction, yg mana we are still going to be asked about, ryte?

bila pkiq mmnjang mmg rasa ya Rabbi dari mana nak stat? cane aku nak wat? so many we can do...

tapi sorang macik super saiya ni pnah tegoq sya, dia kata we cant do everything. bkannya kita dlarang, but as humans we are limited in strength, focus n work capacity.

makalah dakwah ni kena ada strategi spaya semngat kita yg meluap2 tu jalan seiring dgan usaha yg bergerak, dan dorang dua ni bpimpin tangan atau shoulder to shoulder dlam usaha mlaksanakan tnggungjwab kita as khairul ummah sekaligus sbgai adiah nak pikat redha Allah.

fuhh pnjang pla comment. anyways, kudos to saudari yg bertanya. insyaAllah, sumting yg baik..kita mahu, Allah will show the way. take the 1st step, Allah will help you with the 2nd.

Anonymous 13/01/2012, 12:37  

hmm.. IG adakah kita akan terlepas dari dosa tidak sampainya Islam tu pada abang jual burger tu sekiranya kita dah abis daya buat SH dengan strategi spt rasulullah tu?

bole IG explain lagi pasal strategi? jika dah berfokus maka yang lain, yang x masuk dalam fokus kita tu, x perlu buat langsung ke atau buat ala kadar ke atau camane?

model nokss 14/01/2012, 09:57  

wutever kerja yg kita nak buat make sure niat tu betul..

p/s:kini ku sedar diri belum kuat utk jln ketuhanan..aku hanya hamba yg lemah.

Anonymous 14/01/2012, 12:55  

Assalamualaikum wrh wbt..

Barangsiapa yang takut kepada Allah, tentu ia tidak akan maju-mundur. Barangsiapa yang tidak maju mundur tentu akan sampai ke tempat tujuan. Ketahuilah, bahawa barang dagangan Allah itu mahal. Ketahuilah, bahawa barang dagangan Allah itu ialah syurga”.

(HADITH RIWAYAT: TIRMIDZI DAN AL-HAKIM)

boleh tak saya ingin mencadangkan sesuatu:

IG adakan column untuk kisah para nabi/1001 kisah/kisah tauladan/ jadikan satu hari dlm seminggu untuk entry kisah2 seperti di atas...

semoga ada keberkatan. InsyaAllah.

Wasalam...

Tun Teja 14/01/2012, 14:38  

Salam..
ya untuk memulakan dakwah itu perlu dimulakan dgn diri sendiri...terfikir mcm mn nk pikat anak muda @ mudahnya pelajar melayu yg hilang budaya utk kembali? Sungguh berat peranan guru..bukan sj mengajar tp perlu berdakwah..

org kuantang 14/01/2012, 22:25  

salam.syukran atas perkongsian. memang tengah rase lemah ni, untuk memulakan sesuatu perkara yg kite rase nak saaangat share keoseman dgn org tp still rase takut dan kurang yakin. syukran. rase semangat sikit bile baca post ni . teringin nak tgk org2 sekeliling kite yg dkt dgn kite merasai sntuhan tarbiyah ;')

fafarauraulahlah 14/01/2012, 23:38  

Allahu akbar. Jazakallah. satu entry yang mengklearkan apa yang selama ni terbuku.

Dakwah berfokus. Ya. sangat betul. kenapa la ana terlupa. Lepas baca part akh dengan kawan cina tu rasanya. sebab rasa sangat terkena dengan diri yang mana jiran depan dan sebelah bilik di kolej ini adalah chinese.Dan ana tak pernah bercerita tentang Islam pada mereka. Sekadar senyum dan bersapa.

Alfadil Yue Que Wai juga pernah cerita pasal kisah orang asli mengajar ahli negerinya ABC. Rasanya ada yang arif dengan analogi ni. Dan sangat dekat dan praktikal tentang sistem usrah.(dakwah berfokus)

Dan pada masa itu ustaz menimbulkan persoalan tentang matinya orang2 kafir yang tak dengar Islam masa nabi sedang dakwah berfokus di Mekah dan Madinah. Adakah salah nabi? Ustaz suruh fikir sendiri jawapannya krn dah kesuntukan masa waktu itu. Dan ana pun tak la mendapat jawapan untuk persoalan itu sehingga ke post ini.

Satu perkara lagi ada sahabat ana yang tak sealiran nampak dan pernah berkata "awak ni usrah-usrah,daurah-daurah, tapi tak nampak pun kesannya. macam untuk diri sendiri aja. (kerana dia mengikuti aliran yang terus berdakwah kelapangan masyarakat.)Dan agak tergugah ketika ditanya begitu.

Dan boleh akh jelaskan secara praktikal apa yang nak dibuat dengan orang-orang sekeliling(nonmuslim dan muslim yang tak muslim)yang tak sempat dicater dengan usrah.

wassalam wbt.

keeplooking 09/12/2012, 18:30  

I just really wanna ask 1question that u might already answer it thousand or millionsssssss time,but still,i wanna u this question cause its really important to me,,i know da fact dat berdakwah toward our bestfriends is compulsory,n as u said before we need to have a really times 100 good plan in terms of dakwah,,so basically,,if u get a roomate that understand that 'how should i say it' kapel(i hate dat words) is something bad because it is under zina(zina hati there),,how u approach her? N she will ans it simply like,,we'are going to marry anyway..its so frustating when u have to face it..n i know da fact i can pray for her,,but how bout my effort?how to make her understand it more? Or i just need to say to her that u HAVE TO READ angelweargucci(hahaha)

Inche gabbana 09/12/2012, 22:02  

keeplooking: start with a small step; mula dgn hati dia.

tautkan hubungan hati dulu. Rapatkan hubungan sampai anda tawan hati dia. Once you are able to do just that, iAllah lebih mudah ntok anda ajak dia kepada kebaikan.

Sabar dan jagn gopoh. Moga Allah permudahkan! ;)

keeplooking 09/12/2012, 23:41  

Boleh saya tanya,how to approach dalam cara 'tautan hati'? Xberapa pandai dalam bab2 ni..can u please give me some example,,about sabar n tergopoh2 tu(noted)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP