4 August 2011

Kuot-Kuot Osem #2

[Kredit]

Hidup mulia atau mati syahid. Fulsetop.
 
"Setahun yang lalu kami dalam sebuah surat kepada Tuan tentang mengadakan perdamaian mengajukan dengan tegas syarat kami, 'Demi Tuan Besar masuk dalam agama Islam dengan mengucapkan Syahadat, maka kami sudi mengadakan perjanjian dengan Tuan.' Tetapi hingga sekarang kami tidak mendapat balasan dari Tuan atas surat kami. Sesungguhnya apabila Tuan-tuan memeluk Islam dan mengikuti sunnah Rasul, ini adalah sebaik-baiknya bagi tuan-tuan. Tuan akan selamat di dunia, tidak akan menderita bahaya dan ancaman dibunuh, tidak dihinakan, harus lari menyelamatkan diri di lewat sawah-sawah padi, pipa air, hutan dan jalan, sedangkan sekarang kehinaan yang sebesar-besarnya sedang menanti Tuan, yakni Kompeni harus meninggalkan Aceh yang miskin dan lemah ini! Malapetaka yang paling besar masih menanti Tuan, iaitu hukuman hari Kiamat, yakni di neraka, menurut hukum Tuhan Seru Sekelian Alam."

- Teungku Cik di Tiro kepada Residen Belanda, Van Langes. Seorang ulama', pendakwah, pejuang kemerdekaan dan mujahid. Syahid tahun 1891 diracun ejen Kompeni Hindia Timur Belanda. 

*Sumber: Dr. Hafidzi Mohd Noor, Jejak Risalah Di Nusantara V: Perang Aceh (1873-1913) Dan Peranan Snouck Hurgronje, hlm. 52

-gabbana-

Mood tengah semangat nak baca pasal Cut Nyak Dien pulak. Muka teruja.

6 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 04/08/2011, 11:29  

haaa ni kalo berminat, encik gabbana bolehla tgk filem ttg Cut Nyak Dien, http://www.youtube.com/watch?v=-6r25a67dqE =)

Abu Khalid 04/08/2011, 11:38  

Beli buku Chut Nyak Dien di GraMedia Mines

Anonymous 05/08/2011, 15:27  

layan buku dr hafidzi nampak..
saya xsempat beli..
jzkk sebab share..
moga Allah merahmatimu..

Inche gabbana 08/08/2011, 15:07  

enonimus I: terima kasih ntok link. blom lagi berkesempatan ntok tgk.

Inche gabbana 08/08/2011, 15:07  

hussaini: tolong belikan boleh? hihihi..

Inche gabbana 08/08/2011, 15:07  

enonimus II; rugi rugi.. mmg laku mcm pisang goreng panas..!

amin! jzkk!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP