Masih Ada Sinar Di Hujung Terowong
[Kredit] |
Khamis malam Jumaat yang lalu, bersempena dengan malam Jumaat yang penuh barakah lagi meriah dengan bacaan Yassiin (err....), saya telah mencabar anda semua dengan kicauan saya. Cabaran saya berbunyi begini:
"Berubah sebelum merubah. Esok berazam untuk ajak at least seorang rakan ke arah kebaikan. Amacam..? Ada bran..? B-)"
Datang Jumaat, membaca kembali kicauan saya tersebut, saya sendiri berasa tercabar dengan cabaran itu. Dan takut juga kalau nanti di akhirat akan dicop di dahi sebagai orang yang berkicau tak serupa bikin. Parah tu nanti!
Maka saya segera mencari 'mangsa', ibarat seekor nyamuk yang dahagakan darah jenis AB atau seekor kucing yang laparkan biskut ikan cap Friskies. Err.
Mangsa pertama saya adalah seorang rakan sekerja yang selalu melepak dan makan tengah hari bersama saya. Dan saya kenal dia sebagai seorang Muslim yang baik, yang suka kepada kebaikan dan mahu belajar lebih mendalam tentang Islam.
Saya capai gagang telefon dan terus menelefonnya (dia bekerja di syarikat yang berlainan tetapi dalam satu bangunan).
"Bro, kau buat apa tu..? Sibuk ke..?"
"Bro bro! Adalah sikit.. Apehal..?"
"Takde apa bro. Kalau kau tak busy sangat, jomlah kita luangkan masa sepuluh minit camtu, solat dhuha kat bawah."
"Tengoh ah nanti camne bro. Aku free aku turun bro."
"Ok bro!"
Hati sedikit mengharap yang dia akan turun nanti. Tapi akhirnya saya seorang sahaja di surau pejabat. Sedikit berpeluh. Tidak mengapa. Dia pasti sibuk tu. Masih ada masa-masa lain bukan? Senyum penyedap hati.
Saya masih berasa tidak puas hati. Setakat ajak seorang ke arah kebaikan, itu belum apa-apa lagi. Lantas entah mengapa, saya terus teringat kepada seorang rakan baik yang satu ketika dahulu sama-sama menimba ilmu kerana ilmu itu panduan hidup! Eh. Sama-sama menuntut di Sekolah Bintang dahulu.
Jujurnya, sudah lama saya menyimpan dendam rasa bersalah dengan sahabat yang seorang ini. Saya pernah menulis tentangnya sekali di dalam post 'Ada Bezakah Kalau Aku Diciptakan Atau Tidak?'. Selalu sahaja saya menasihati dia; dengan cara yang baik lagi bersopan-santun beradab ketimuran pernah, dengan cara sindiran ala-ala mengoyak dan menghiris jiwa-raga pon pernah. Dan bukan sekali juga syaa cuba mengajaknya berbulatan gembira. Kiranya, tidaklah tidak pernah langsung saya menegur atau menasihati dia. Cuma mungkin masih belum benar-benar bersungguh dan berkesan.
Kesalahan atau dosa apa yang telah dia lakukan..? Biarlah ia kekal menjadi rahsia antara kami berdua. Dan tiada guna pon saya membuka aibnya di sini. Saya juga yang mendapat bencana nanti! Cukuplah saya katakan di sini, yang ketika dia meluahkannya kepada saya, saya benar-benar terkejut gorilla. Terkedu. Terkesima. Tetapi sedikit terharu kerana dia percaya kepada saya untuk bercerita tentang sesuatu yang saya kita, cukup besar dan seriyes.
Hakikatnya, saya menyayanginya sebagai seorang sahabat walaupon kami berlainan haluan. Pengalaman pahit manis di Sekolah Bintang dahulu amat sukar dilupakan. Makanya, saya terus diburu rasa bersalah kerana saya yang kononnya pom pam pom pam berdakwah ini, masih belum mampu untuk menyampaikan dan meyakinkan mesej dakwah kepada rakan baik sendiri.
Sayugia saya kuatkan semangat dan menekan butang-butang di henpon (maaf, saya tidak mampu untuk menggunakan henpon sesentuh) dan menghantar mesej ringkas kepadanya.
"Salaam. Babe*, u noe i love u rite? Like i really do. I think its time for me 2 tel u diz. A real n true fren wud want his buddy to enter jannah 2getha. N i want 2 do jz tht wit u. So i beg u babe, pls n pls stop doing wteva things tht mite halt u fr entering His paradise. I beg u. (Emotikon menangis)"
*Panggilan mesra antara kami. Jangan khuatir, rakan saya seorang lelaki. (Ke anda patut berasa lebih khuatir dan risau..? Wahahaha..)
Berdebar juga menantikan mesej balas daripadanya. Tidak tahu apa yang bakal dihantarnya. Mungkin dia akan berasa marah dan terasa hati? Mungkin juga dia memilih untuk senyap dan tidak membalas mesej saya tersebut..? Dup dap dup dap. Kemudian henpon saya berbunyi, menandakan ada mesej yang masuk. Hati saya sedikit melompat melihatkan nama rakan saya itu tertera pada skrin henpon.
"Okay babe. I think Im going umrah this year but xnak heboh2 takut Dia xnak jemput I dtg nnt, dok cerita kat org. I only tell u. Nway, y the sudden babe?"
Terasa lega membaca mesejnya. Seolah-olah terasa dilepaskan daripada pelukan erat seorang lelaki besar dan gemuk berbulu tebal, berkumis panjang dan mempunyai tangan sebesar peha kerbau jantan. Ok cukup hiperbola di situ.
Tanpa ragu-ragu, saya terus membalas:
"Coz aku rs mcm bersalah sgt. Im doing al diz dakwah n wt nt, n yet im not doing nething wit my own gud fren, whom i love so much."
Dan mesej balas yang saya dapat daripadanya cukup menggegarkan jiwa dan mampu untuk menewaskan kejantanan saya yang membacanya. Hohoho..
"Haha, xdelah! Uve done ur best. And mayb someday whem im truly ready I will come to you for guidance, inshaallah. And for the record, u dont know hw much I love you. Yeay!"
Entah mengapa saya tidak membalas mesej tersebut. Mungkin ketika pertama kali membacanya, sedikit terkedu. Mungkin juga perlu masa untuk memikirkan mesej balas yang paling sesuai sehingga langsung terlupa untuk membalasnya.
Tetapi berasa terharu dan syukur kerana rupa-rupanya, usaha-usaha kecil saya selama ini untuk mengajaknya ke arah kebaikan tidak masuk ke dalam longkang. Rupa-rupanya ada juga meninggalkan kesan pada hati rakan saya itu. Allah..
Saya tahu itu belum cukup. Masih belum membolehkan saya untuk berlepas tangan, melarikan diri sambil mengucapkan haihaibaibai dengan penuh bergaya. Belum. masih banyak ruang dan peluang yang perlu saya gunakan untuk melaksanakan tugas Syahadatul Haq saya itu. Malah sebenarnya, masih besar ruangnya untuk rakan saya itu mendakwa saya di mahkamah Allah nanti, kerana saya belum benar-benar bersungguh dalam mengajaknya ke arah kebaikan. Air mata mengalir perlahan.
Untuk anda, wahai rakan saya tahu kadangkala anda membaca juga belog marhaen ini. Dan sekiranya anda ditakdirkan membaca post ini, ini mesej balas saya untuk anda:
"Babe, I'm flattered the fact that u'll come to me for guidance. And I pray and really wish the time is near. Yes, babe, I love you too. But love won't be enough to save us from the hellfire. But if we love each other for the sake of Him and strive for His pleasure, then iAllah, that sort of love surely will be our saviour, in this world and hereafter. Allah says in the Quran:
Yes babe, I don't want that to ever happen to us. I want to be your best friend. And best friend till jannah let it be."
Err... Boleh hulurkan sekotak tisu itu..?
Ehem ehem.
Banyak juga pengajaran yang saya dapat daripada peristiwa ini. Entah mengapa, selepas menelefon rakan yang pertama itu (rakan sekerja), terus peroleh semangat untuk berdakwah lagi, maka terjadilah peristiwa seperti yang disebut di atas. Malah seusai bermesej-mesejan dengan kawan kedua (kawan Sekolah Bintang), semangat itu semakin membuak-buak pula. Sehinggakan seorang lagi rakan sekerja berbangsa Cina yang duduk di sebelah saya hampir-hampir menjadi mangsa! Hohoho.. Terbayang dalam fikiran ketika itu, apalah agaknya dia ni (si rakan Cina) akan dakwa saya di padang Mahsyar nanti. Tunduk, air mata bercucuran.
Apa-apa jalan, point yang cuba saya sampaikan adalah mudah. Lurus ke hadapan. Selama ini apa yang menghalang kita daripada berdakwah kepada rakan-rakan baik atau ahli keluarga kita sendiri..? Sangkaan. Assumption. Kita assume yang rakan kita tak boleh terima apa yang kita akan sampaikan. Kita assume adik perempuan kita akan mencebik apabila kita menasihati dia. Dan kita assume Puan Mama kita akan melenting sekiranya kita menegurnya.
Semuanya berasaskan kepada assumption. Semuanya berpasakkan kepada sangkaan-sangkaan kita. Tapi kita pernah cuba atau tidak..? Tidak. Maka sangkaan kita membunuh. Membunuh rakan dan ahli-ahli keluarga kita itu kerana akhirnya mereka mati tanpa melihat dan merasa kebenaran. Dan membunuh diri kita sendiri kerana sangkaan-sangkaan itulah yang akan menjadi hujah untuk kita dihumban masuk ke dalam nerakaNya nanti! *gulp* Nau'dzubillah..
Anda tahu apa yang walaweh dengan semua ini..? Apabila anda berjaya mengatasi atau menolak tepi sangkaan-sangkaan yang membunuh tersebut, anda akan dapati tidak susah sebenarnya mahu menasihati atau menyampaikan dakwah itu. Espeseli apabila sasaran dakwah kita menerima seruan kita dengan baik dan positif. Ketika itu, momentum kita akan terbina dan kita akan menjadi semakin yakin untuk menjalankan tanggungjawab Syahadatul Haq kita.
Percayalah..!
Pastilah, pasti akan ada duri dan ranjau di sepanjang perjalanan ini. Akan ada orang-orang yang menolak dakwah kita, mencemuh apa yang kita lakukan malah mungkin ada yang bertindak agresif dengan apa yang cuba kita sampaikan. Itu sunnah. Sunnah buat orang yang berjuang di atas jalan ini. Namun bagaimana kita mahu mengenal antara kawan dan lawan seandainya awal-awal lagi kita telah menyerah kalah? Bagaimana kita mahu mengenal jauhari dan manikam, sekiranya awal-awal lagi kita telah mengangkat bendera putih..??
Kerana itulah kita disuruh untuk menolong agama Allah sebelum Allah menolong kita dan mengukuhkan kedudukan kita. Tolong dahulu baharu Allah bantu! Bekerja dahulu baharu boleh tahu!
Teringat kata-kata Ustaz Fitri Abdullah yang dimuatkan di dalam video Madmie bertajuk 'Syahadatul Haq: Penyaksian Terhadap Kebenaran.' Bahawasanya dia akan mendakwa seluruh umat Islam sekiranya dia mati sebagai seorang kafir, bagaimana umat yang kononnya dipilih Allah ini gagal melunaskan amanah dan menyampaikan risalah-risalahNya..?? Allah... Buat-buat menangis kerana air mata sudah kekeringan.
Maka saya ingin menyeru diri sendiri dan anda semua, marilah kita bekerja. Dan bekerja sahaja tidak mencukupi. Marilah kita bekerja sesungguh-sungguhnya, sehingga kita apabila kita menghembuskan nafas kita yang terakhir nanti, seluruh dunia dan seisinya akan menjadi saksi bahawa kita telah pon melangsaikan hutang-hutang kita sebagai makhluk bergelar manusia. Apabila kita mati nanti, tiada siapa pon yang punya hujah dan alasan untuk mendakwa kita. Agar kita mati dalam keadaan redha dan diredhaiNya dan pintu sorga terbuka luas menyambut kedatangan kita.
Insha-Allah.
Jangan sesekali berputus-asa wahai manusia, kerana masih ada sinar di hujung terowong sana..!
Insha-Allah, nanti saya nak lancarkan suatu kempen yang terinspirasi daripada kicauan saya pada hari Jumaat yang lepas itu. Harapnya akan mendapat sambutan yang positif lagi bergaya daripada anda semua, biidznillah. Nanti-nantikan dan doa-doakan..! Senyumlah.

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa."
[az-Zukhruf, 43:67]
Yes babe, I don't want that to ever happen to us. I want to be your best friend. And best friend till jannah let it be."
Err... Boleh hulurkan sekotak tisu itu..?
Aku mahu menchentaimu tulus keranaNya wahai sahabat, bukan kerana yang lain! [Kredit] |
Ehem ehem.
Banyak juga pengajaran yang saya dapat daripada peristiwa ini. Entah mengapa, selepas menelefon rakan yang pertama itu (rakan sekerja), terus peroleh semangat untuk berdakwah lagi, maka terjadilah peristiwa seperti yang disebut di atas. Malah seusai bermesej-mesejan dengan kawan kedua (kawan Sekolah Bintang), semangat itu semakin membuak-buak pula. Sehinggakan seorang lagi rakan sekerja berbangsa Cina yang duduk di sebelah saya hampir-hampir menjadi mangsa! Hohoho.. Terbayang dalam fikiran ketika itu, apalah agaknya dia ni (si rakan Cina) akan dakwa saya di padang Mahsyar nanti. Tunduk, air mata bercucuran.
Apa-apa jalan, point yang cuba saya sampaikan adalah mudah. Lurus ke hadapan. Selama ini apa yang menghalang kita daripada berdakwah kepada rakan-rakan baik atau ahli keluarga kita sendiri..? Sangkaan. Assumption. Kita assume yang rakan kita tak boleh terima apa yang kita akan sampaikan. Kita assume adik perempuan kita akan mencebik apabila kita menasihati dia. Dan kita assume Puan Mama kita akan melenting sekiranya kita menegurnya.
Semuanya berasaskan kepada assumption. Semuanya berpasakkan kepada sangkaan-sangkaan kita. Tapi kita pernah cuba atau tidak..? Tidak. Maka sangkaan kita membunuh. Membunuh rakan dan ahli-ahli keluarga kita itu kerana akhirnya mereka mati tanpa melihat dan merasa kebenaran. Dan membunuh diri kita sendiri kerana sangkaan-sangkaan itulah yang akan menjadi hujah untuk kita dihumban masuk ke dalam nerakaNya nanti! *gulp* Nau'dzubillah..
Anda tahu apa yang walaweh dengan semua ini..? Apabila anda berjaya mengatasi atau menolak tepi sangkaan-sangkaan yang membunuh tersebut, anda akan dapati tidak susah sebenarnya mahu menasihati atau menyampaikan dakwah itu. Espeseli apabila sasaran dakwah kita menerima seruan kita dengan baik dan positif. Ketika itu, momentum kita akan terbina dan kita akan menjadi semakin yakin untuk menjalankan tanggungjawab Syahadatul Haq kita.
Percayalah..!
Pastilah, pasti akan ada duri dan ranjau di sepanjang perjalanan ini. Akan ada orang-orang yang menolak dakwah kita, mencemuh apa yang kita lakukan malah mungkin ada yang bertindak agresif dengan apa yang cuba kita sampaikan. Itu sunnah. Sunnah buat orang yang berjuang di atas jalan ini. Namun bagaimana kita mahu mengenal antara kawan dan lawan seandainya awal-awal lagi kita telah menyerah kalah? Bagaimana kita mahu mengenal jauhari dan manikam, sekiranya awal-awal lagi kita telah mengangkat bendera putih..??
Kerana itulah kita disuruh untuk menolong agama Allah sebelum Allah menolong kita dan mengukuhkan kedudukan kita. Tolong dahulu baharu Allah bantu! Bekerja dahulu baharu boleh tahu!
Teringat kata-kata Ustaz Fitri Abdullah yang dimuatkan di dalam video Madmie bertajuk 'Syahadatul Haq: Penyaksian Terhadap Kebenaran.' Bahawasanya dia akan mendakwa seluruh umat Islam sekiranya dia mati sebagai seorang kafir, bagaimana umat yang kononnya dipilih Allah ini gagal melunaskan amanah dan menyampaikan risalah-risalahNya..?? Allah... Buat-buat menangis kerana air mata sudah kekeringan.
Maka saya ingin menyeru diri sendiri dan anda semua, marilah kita bekerja. Dan bekerja sahaja tidak mencukupi. Marilah kita bekerja sesungguh-sungguhnya, sehingga kita apabila kita menghembuskan nafas kita yang terakhir nanti, seluruh dunia dan seisinya akan menjadi saksi bahawa kita telah pon melangsaikan hutang-hutang kita sebagai makhluk bergelar manusia. Apabila kita mati nanti, tiada siapa pon yang punya hujah dan alasan untuk mendakwa kita. Agar kita mati dalam keadaan redha dan diredhaiNya dan pintu sorga terbuka luas menyambut kedatangan kita.
Insha-Allah.
Jangan sesekali berputus-asa wahai manusia, kerana masih ada sinar di hujung terowong sana..!
-gabbana-
Insha-Allah, nanti saya nak lancarkan suatu kempen yang terinspirasi daripada kicauan saya pada hari Jumaat yang lepas itu. Harapnya akan mendapat sambutan yang positif lagi bergaya daripada anda semua, biidznillah. Nanti-nantikan dan doa-doakan..! Senyumlah.
14 Caci Maki Puji Muji:
salam alayk.. wohoho.. sentap tiba2. terasa bukan kawan yang baik.. btw..syukran tok perkongsian yang mantop & bermanfaat.. may ALLAH bless..insyaALLAH
heh, jgn underestimate sangka baik! Allah kata : Aku adalah sangkaan hambaKu. ZigZiglar : People reacts based on ur assumption bout him/her in ur mind. keh3~ ;p
p.s : jiwa2 juga ikhwah2 ni yee.. keh3 :p
sesak nafas tiba2 bca entri ini Y_Y
tajuk yg mngingatkn sy pd 1 game:
' The heart may be weak and sometimes it may give in (to the darkness). But I've learned that deep down, there's a light that never goes out. ' - Kingdom Hearts
jazakallah khair, thanks for sharing ^_~
salam alayk..bila berbicara tntg assumption ni.., teringat kisah abu darda' yg sgt2 memberi inspirasi pada jiwa2 yg bergelar daie. rsnya semua org tahu abu darda ni dtg dari kaum PEROMPAK. tapi, bila dy dh dapat ISLAM tu, dy decide utk mengkepohkn kpd kaumnya pasal keislaman dy tu. tnpa memikirkan.."isshh..dyorang ni bleh ke nk dgr pasal islam2 ni?..nnti dh x bleh nk merompak dh., hmm,,agak2 nnti ak kena buang kampung x sbb tibe2 je bawak ajaran pelik kat dyorang ni?"..nnn bnyak lagi assumption that we might think. bayangkn la PEROMPAK KOWT..kita ni cuma perlu menyampaikan pada org yg dekat, yg punya fikiran yg lebih kurang waras mcm kita nnn basically org2 yg life dy lebih kurang normal mcm kita. so..marilah kita keluar dari comfort zone n start sampaikan!!!!
al-muddatsir: 1-7
Salam
semoga IG menjadi lebih mesra alamaya dalam ruang komen fb dan blog.
peace. (^^)V
maksud anda..? saya kurang memberi respon pada komen2 yg ditinggalkan? Begitu..?
maaf, saya kena jaga ikhtilat. yg ramai baca dan kunjung belog ni kebanyakannya perempuan (ini fakta).
so sy hanya akan komen bila dirasakan perlu dan mendesak. huhu..
harap menjelaskan.
setuju dgn IG..ikhtilat patut dilaksanakan pada semua tempat dan orang..bukan sesetengah tempat dan sesetengah orang..
owh...ikhtilat itu ape..?
senang cite apa kata IG assume sume tu laki atau adik2 hingusan yang baru nak belajar.hehe~
bukan tahu pun lelaki ke perempuan. teka-teki "saya lelaki ke perempuan"..?? tak tahukan..??
mana2 soalan, IG jawab dgn baik. mana2 cadangan dan komen yg baik jawablah terima kasih tanda penghargaan. sila datang lagi.
kan senang.hehe...
cadangan je. terpulanglah...
ok..nak blog walking di tempat lain pula. InsyaAllah next time datang lagi. =)
salam singgah. moga bermanfaat.
Akh.
Selepas baca post ni saya rasa macam beratt nye dakwah tu. sangat.
tapi kita still kena ikut cara usrah, DF, ajak daurah, isk, ipk bla2.. kan2?
dan apa nk buat kat orang2 sekeliling kita? chinese nye, india nye, melayu nye yg sesat dri Islam.
kalau sy kata kita kena still buat usrah dan sume2 tu. dan untuk dorg2 yg spt diatas kita tunjuk akhlak islam? atau terus je ckp awk thu pasal islam?
(maaf byk bertanya saya budak baru setahun setengah jagung dalam dnt ni)
biarlah.. tuan tanah nak jaga hati. takut-takut dalam diam terlepas pulak. kan beliau kata di kicau-kicauannya yg jahiliyah itu mcm kanser.
yang penting, bila membaca lipuran lara inche gabbana kat sini, korang rasa mcm beliau tgh cakap dgn korang kan2? eleh, ngaku jele.. kira dah mesra lah tuu.. :p
okebai.
pasal assumption tu kn..kalau memang org tu akan terasa dengan kita bila kita cuba berdakwah..macam mana ek??? kalau xcakap, kita yg rasa tak sedap, tp bila cakap, dia pulak yang terasa dengan kita...
terbaik cara IG. jangan pernah letak org di sekeliling kita tiada harapan. tunggu turn je bila. kalau boleh mmg nak bawak sumenya masuk usrah tp maybe not possible. pape pun, hak mereka perlu ditunaikan. berakhlak baik dgn mereka, sentiasa memberi kata2 membakar spt IG cerita tu dalam perbualan kita bersama dengan mereka- cerita kasih sayang Allah, islam tu indah dll, katakan yang kita sayang mereka dan berharap satu hari nanti mereka akan turut merasai ke'best'an islam spt kita rasa. dan terus melakukan dalam ruang lingkup yang ada. pada awal mungkin akan ada sedikit penolakan tp kalau kita menjadi org yang mengamalkan islam dalam kehidupan, mereka sendiri akan menilai kita daripada kata2 kita dan kesan perubahan yang telah dibawa islam pada kita. dengan syahadah fi'liah tu sendiri akan menjadi hujah yang kuat pada mereka utk turut rasa nak berubah tu. time will tell when. inshaAllah there's always a way jika kita tidak pernah give up. wallahu a'lam.
Post a Comment