17 January 2011

Ada Bezakah Kalau Aku Diciptakan Atau Tidak...?

AMARAN SEPARA KERAS: Post ini panjang. Jangan baca apabila mata anda separuh terbuka atau anda menginginkan bacaan ringan penghibur minda yang penat.

Tetapi bacalah apabila anda punya masa dan ruang untuk berfikir. Insha-Allah post ini akan memberikan anda cokelat manis yang tidak ternilai harganya. Senyuman.

***

Ada seorang sahabat yang amat saya sayangi bertanya,

"Apa guna aku ni diciptakan..? What difference does it make to the world?"

Saya terkedu. Terkesima sebentar dengan soalan berani matinya itu. Dia bertanya lagi:

"I don't understand. What will I get...?"

Raut wajahnya benar-benar memberitahu yang dia berada di persimpangan. Bukan soalan provokasi, tetapi soalan yang menghantui hati.

Kemudian dia bertanya lagi...

"I don't understand. Kan kalau orang yang single kat dunia ni, masuk syurga, he will get bidadari kan..? It's not even human. I mean, loser gila..! Macam kat dunia tak dapat pape, then kat syurga baru nak dapat pasangan yang bukan manusia pon.."

Lebih kurang begitulah kenyataan panas yang dikeluarkannya. Saya hanya tersenyum. Juga cuba menjawab beberapa persoalan yang dikemukakannya. Namun dek kekangan masa, saya tidak berkesempatan untuk memberikan jawapan yang saya kira boleh memuaskan hatinya.

Saya berjanji kepadanya, yang saya akan memberikan jawapan yang lebih tersusun, dengan izinNya. Dan dia mencadangkan yang mungkin saya boleh menukilkan jawapan saya di dalam bentuk penulisan. Mala lahirlah post ini.  

Sebelum anda menuduh rakan saya itu dengan tuduhan yang bukan-bukan (Ingat tak ini? Senyum), perlu saya beritahu anda semua yang saya amat faham mengapa dia boleh bertanya dengan persoalan yang sedemikian rupa. Tidak perlulah saya pergi dengan lebih lanjut, cukup saya nyatakan di sini yang saya tidak hairan yang sahabat saya ini boleh bertanya soalan-soalan seperti itu.

Semuanya bermula apabila saya bertanyakan kepadanya apakah tujuan dia hidup di dunia ini..? Tak rasa bosankah yang kehidupan kita sehari-hari tidak ubah seperti robot, setiap masa kita punya rutin yang sama! Kalau hari-hari bekerja, bangun, bersiap-siap untuk ke kerja, kemudian bekerja sehingga petang atau malam, pulang ke rumah dan kemudian tidur. Sekali-sekala mungkin keluar makan dan berseronok bersama rakan-rakan. Tetapi asasnya begitu; setiap hari jadualnya lebih kurang sama sahaja.

Kemudian di hujung minggu berseronok bersama orang-orang tersayang. Merehatkan minda selepas lelah seminggu bekerja. Mungkin pergi menghadiri kenduri kahwin yang tidak pernah putus tiba, atau menonton wayang bersama kekasih, atau pergi bersukan memanjat gunung atau membeli-belah sehingga tersungkur dan sebagainya. Kemudian rutin yang sama akan diulang lagi pada minggu berikutnya. Ditukar-tukar sahaja bentuk hiburan yang ada; pokoknya tetap hiburan.

Jangan patah hati di akhirat nanti sudahlah... [Kredit Gambar]
Takkanlah kita hidup di dunia ini, itu sahaja tujuan hidup kita..? Takkanlah Allah menciptakan kita dengan sia-sia? Diciptakan hanya untuk bekerja, makan, kahwin dan berseronok! Allah tidak mungkin begitu naif. Pasti kita punya tujuan hidup yang lebih bermakna..!

Sahabat saya kelihatannya setuju dengan point-point saya. Di luarnyalah. Di dalam hati, hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. Walaupon terhambur kata-kata yang dia tidak kisah kerana "Im enjoying it." Haha.

Untuk anda, sahabat, ini jawapan saya untuk persoalan-persoalan anda. Saya berdoa kepada Allah agar jawapan-jawapan ini adalah hasil daripada hidayah dan inayahNya, dan bukanlah lahir daripada nafsu saya. Dan semoga ia berjaya mengetuk pintu hati anda, Insha-Allah.

[Kredit Gambar]
Persoalan 1: Apa gunanya kita diciptakan? Ada bezakah sama ada kita diciptakan atau tidak?

Jawapan pertama yang melintas di kepala saya; allahu alam. Allah lebih mengetahui mengapa kita semua diciptakan.

Tapi saya yakin jawapan sebegitu tidak akan menyelesaikan masalah, jauh untuk memuaskan hati yang bertanya. 

Maka saya tampil dengan jawapan ini: Tujuan utama kita diciptakan, mengapa Allah menciptakan manusia, kita semua, tetap menjadi suatu rahsia agung Sang Pencipta. Malah suatu ketika, pernah telintas di kepala saya sendiri yang merasakan manusia ini semuanya seolah-olah buah catur Allah; Allahlah yang berkuasa untuk menentukan keputusan dan segala gerak geri kita. 

Namun bukan tanggungjawab kita sebagai manusia untuk mengorek, membongkarkan rahsia agung tersebut. Kerana kita punya tanggungjawab yang lebih besar dan utama; memenuhi peranan kita sebagai manusia di muka bumi Allah ini. Tujuan hidup kita diciptakan sebagai manusia dan 'dicampak' ke planet bumi, salah sebuah planet dalam galaksi Bimasakti yang Maha luas ini. 

Perhatikan. Ada beza antara tujuan kita diciptakan dan apakah tujuan hidup kita di bumi ini. Yang pertama itu, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya (ini pendapat peribadi saya). Yang kedua itu, haha, jawapannya ada dan boleh dicari di dalam kitab panduan sepanjang zaman, al-Furqan, juga hadith-hadith Nabi SAW yang sahih lagi tsiqah. Jadi apa tujuan hidup kita..? Saya tinggalkan kepada anda semua untuk mencarinya sendiri. Tak acilah kalau saya membocorkan semua jawapan..! Senyum sinis.

Oh saya masih belum menjawab habis persoalan tadi. Ini jawapan penuh saya. Begini. Now that you have been created, are you not thankful to Him for letting you to enjoy, cherish and treasure all the good things in this world? Anda tidak bersyukurkah kerana Dia mengizinkan anda untuk menikmati pelbagai nikmat yang tidak terhingga - nikmat berkeluarga, nikmat rakan-rakan, nikmat makan, nikmat pergi bercuti, nikmat menyayangi haiwan peliharaan, nikmat ketawa to name a few - secara percuma..?? Anda tak rasa rugikah kalau anda tak berpeluang merasai betapa nikmatnya semua itu..??

But then, anda bertanya lagi, if I were not to be existed in the first place, why would I care..?? Ini jawapan saya. NOW that you do exist, you SHOULD care. Hahaha, bagaimana, bergaya bukan..?

Begitulah. Anda tidak boleh hendak berkalau-kalau lagi kerana tiada gunanya. Anda wujud dan anda ada. Tiada faedahnya anda hendak membayangkan yang sekiranya aku ni tak diciptakan bla bla bla... Jadi ada persoalan yang lebih utama; now that I do exist, what are my purposes in this life..? Yezzzaaa. 

And of course, it makes all the differences in the world that you exist. Hatta seekor nyamuk diciptakan pon, ada tujuan hidupnya. Allah berfirman:

Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu.
[al-Baqarah, 2:26] 

Allah berfirman lagi:

"Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main. Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan haq, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui."
[ad-Dukhaan, 44:38-39]
Dan,

"Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan.kepada Kami?"
 [al-Mu'minun, 23:115]

Kalau nyamuk yang hina-dina di pandangan kita pun ada tujuan hidupnya sehinggakan Allah boleh jadikan perbandingan, apatah lagi kita manusia, yang kononnya adalah ciptaan Allah yang terhebat dan termulia..!

Maka menjadi tanggungjawab kitalah untuk memenui haq firman Allah ini. Jika tidak, kitalah yang zalim! Allah sudah pun memberitahu kita yang kita diciptakan bukan dengan sia-sia. Maka kitalah yang perlu mencari jawapannya; mengapa kita diciptakan! Eh boleh ke..?

Sub-Persoalan 1: What will I get..? 

Terpulang kepada anda. Tetapi menurut pengalaman saya, once dah dapat decipher teka-teki apakah tujuan hidup kita di dunia ini, subhanallah, kepuasan yang tidak tergambar oleh kata-kata bakal menyelimuti diri. Heh. Sumpah tak bohong. Dan of koz la, jangan berhenti di situ, tetapi penuhi juga haq tujuan hidup tersebut.

Dan Insha-Allah, saya amat yakin, barang siapa yang bersungguh memenuhi tujuan hidupnya di dunia ini, dia pasti akan memperoleh keredhaanNya yang hakiki dan sejati di dunia sana. =)

Jadi? Terpulang kepada andalah sama ada anda mahu mencari tujuan hidup anda atau pon tidak! Tapi nanti jangan dakwa yang saya tak beritahu tentang hal ini!

Persoalan 2: (Yang saya faham) Sia-sia masuk syurga sebab balasannya tidaklah sebest mana.

Inilah silapnya kita. Apabila kita mula membandingkan syurga dengan 'nikmat-nikmat' yang ada di dunia, maka di ketika itulah kita akan merasakan syurga itu tidak best, tidak masyuk dan sebagainya. 

Hakikatnya, syurga Allah itu TIADA tandingan. Apa-apa yang terbayang di kepala kita yang mengatakan itu syurga, itu BUKAN syurga. Itulah istimewanya jannah. Allah memberikan balasan yang super hebat kepada hamba-hamba pilihanNya sesuatu yang tidak pernah ada di dunia ini. Itu barulah syurga; barulah spesel. 

Dari Abi Hurairah r.a : Rasulullah s.a.w bersabda: 

Berfirman Allah a.w.j : "Aku sediakan kepada hamba-hambaku yang soleh; apa yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam fikiran serta hati manusia.”
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Tidak perlu saya keluarkan dalil-dalil di dalam al-Quran tentang kehebatan dan keagungan syurga Allah, kerana sudah terang lagi berlampu kalimantan (sebab lampu suluh kadang-kadang habis bateri... eh?) yang syurga itu terlalu hebat dan dahsyat nikmatnya. Ya, dahsyat. 

Syurga..? Nah.. Syurga Allah JAAAAUUUUHHH lebih hebat lagi..! ;) [Kredit Gambar]
Ramai orientalis keji dan penyerang-penyerang Islam yang lainnya menjadikan balasan bidadari dan wildan (anak-anak muda pelayan di syurga. Boleh rujuk surah al-Insaan) sebagai bukti yang Islam ini agama yang gila seks, penganutnya adalah mereka yang dahagakan seks dan sebagainya. 

Jawapan saya yang sedikit keji; ikut suka hatilah kami nak buat apa pon sebab dah masuk syurga. Dalam syurga boleh mintak apa-apa pon sebab kat dunia dulu dah susah-payah menahan nafsu dari dosa dan noda, maka di syurga nanti Allah beri peluang untuk lakukan apa-apa sahaja yang dahulunya di dunia tidak dapat dilakukan oleh hamba-hambaNya yang taat. 

Firman Allah di dalam surah an-Nazi'at:

Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
[an-Naazi'at, 79:40-41] 

At least di dunia ini kami tidak bersenggama dengan sesiapa sahaja yang kami suka seperti binatang...! 

Jawapan saya yang sedikit sopan dan berbudi bahasa pula: Anda ingat di syurga nanti, hanya bidadarikah yang menjadi balasan kepada penghuni syurga..? Ada baaaannnnnyyyaaakkkk lagi nikmat-nikmat lain, yang sudah tentunya akan menyebabkan mereka semua 'terleka' dan 'terlalai' dengan nikmat-nikmat tersebut. Malah ada satu nikmat yang paling agung, yang mengatasi segala nikmat-nikmat yang lain, yang menjadi dambaan mereka yang ingin melangkahkan kakinya ke dalam syurga...

Bertemu dengan Rabb Sang Pencipta. Ya. Kepada mereka yang benar-benar memahami hakikat aqidah dan berjaya menguasai ilmu tauhid dan makrifatullah (mengenal Allah), mereka amat mendambakan, kepingin untuk masuk syurga kerana dengan cara itu sahajalah mereka boleh bertemu dengan Allah Yang Esa, yang selama ini mereka sembah dan sujud, yang selama ini tidak lokek dan henti-henti mencurahkan nikmat dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya..!

'Nuff said. ;D [Kredit Gambar]
Ingat! Once anda mula membandingkan syurga dengan kenikmatan yang ada di dunia, anda mula melangkah masuk ke dalam perangkap. Kerana itu akan menjadikan anda bosan dan tidak look forward dengan penuh keterujaan untuk masuk ke dalam syurgaNya!

Namun ada persoalan yang lebih penting untuk kita semua tanya pada diri sendiri; layakkah aku memasuki syurgaMu, Ya Allah..? TT__TT

Sub-Persoalan 2: (Juga yang saya faham) Di dunia ini saya tidak dikurniakan dengan pasangan hidup. Adilkah Allah?

Mengapa Allah mentakdirkan begitu, sekali lagi allahu a'lam. Tetapi anda perlu yakin bahawasanya Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang. Dan dia bukanlah Tuhan yang kejam, tidak berhati perut dan memilih bulu. Tidak. Itu sifat-sifat Allah yang mustahil. 

Pastinya ia merupakan suatu ujian buat anda. Dan Allah hanya manguji hamba-hambaNya yang Dia sayang dan ambil berat. Lebih berat sesuatu ujian, maka lebih sayanglah Allah padanya. Dan Allah tidak membebani seseorang itu dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggungnya. Maka secara otomatiknya ia bermaksud; anda mampu melakukannya..!

Arakian terpulang kepada kita sama ada kita mahu lulus dalam ujian tersebut, atau menggagalkan diri kita. Pilihan di tangan kita. Tetapi pastinya hanya mereka yang lulus sahaja yang akan hadir pada majlis penyampaian hadiah nanti, untk diberikan penghargaan dan hadiah yang setimpal dengan usahanya.

Nasihat saya amat mudah. Bersabarlah. Tahanlah diri anda daripada melakukan perkara-perkara yang dilarangNya. Percayalah, anda punya kekuatan untuk menghadapinya. Cuma kekuatan itu dihempap, dikambus dengan kerakusan nafsu yang maha dahsyat dan menakutkan. Keluarkan kekuatan itu! Dan tahanlah nafsu anda itu sehinggalah kekuatan itu mampu keluar daripada tempat persembunyiannya. La tahzan, innallah ma'ana. Jangan bersedih wahai sahabatku, kerana Allah bersama-samamu. Dan Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. 

Saya harap jawapan-jawapan saya ini, sekiranya tidak banyak, sedikit pun jadilah, dapat merungkaikan persoalan-persoalan yang bermain di benak anda, wahai sahabatku. Saya tahu anda membaca belog ini; maaf seandainya saya tidak berjaya untuk mengetuk pintu hati anda. Harapan saya, jika bukan hari ini, jika bukan esok, saya mendoakan agar anda akan bertemu dengan jawapannya, Insha-Allah.

Kerana saya amat sayangkan anda. ;)

-gabbana-

Bagaimana..? Anda rasa saya menjawab tak persoalan-persoalan yang dikemukakan..? Atau mungkin anda ada jawapan yang lebih bergaya..? ;)

Teringat lagu 'Tanya Ayah Ibu' nyanyian Raihan...

22 Caci Maki Puji Muji:

Clarky Afif 17/01/2011, 13:42  

amaran: komen ini mungkin panjang.
hmm..heh i dah tau dah mmg i berguna wujud dalam dunia ni. i menyumbangkan sesuatu..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
MASALAH.
ha, pjg tak komen i? hihi.

Mohammad Aiman 17/01/2011, 13:55  

try la baca buku,
novel Syahadah Gadis ateis..

best woo.. banyak menjawab persoalan orang yang x caye islam nih :)

Inche gabbana 17/01/2011, 16:29  

clarky afif: -___-" kemungkinan anda ada masalah dgn saya....?

pape pon menghargai komen anda itu... ;)

Inche gabbana 17/01/2011, 16:30  

aiman: masalahnya, kita berhadapan dgn org Islam sendiri. Bukan dgn org yg tak percaya Islam lgsg. lain tu.. kiat2 dan fiqh dia pon lain..

pape pon, terima kasih atas recommendation. Kalau terjumpa iAllah saya akan beli.. ;)

itachi 17/01/2011, 20:15  

em..saya t'ingat pengisian weekend lepas.lebih kpd persoalaan utk kita fikirkan..

-nanti kat akhirat kita nak syurga or neraka? mestila nak syurga..tp, kita nak syurga tu kita kenal x syurga tu mcm mana?kenapa kita x cuba nak mengenali sesuatu yg kita nak?sbb kalau kita x kenal syurga..nikmat2 dia..mcm mana nak ada desire utk dapatkan syurga tu?

lbh krg begitula..dan kami dlm masa yg ditetapkan perlu m'cari ayat2 Qur'an yg menerangkan nikmat syurga..

'begin with the end in mind'.kalau robot lps rosak,x ditanya setiap perkara yg dia buat semasa hayat.tp sbb kita manusia,dan setiap yg kita buat akan ditanya nanti..so, kena selalu ingat2 kan diri..masih nak hidup di dunia mcm robotkah?

pjgla pulak komen..huhu

Kenangan Lalu 17/01/2011, 21:33  

Nikmat hidup itu dengan memberi~ =)

Thanx babe, ya dont know how much I love ya~

Anonymous 18/01/2011, 00:13  

dapat mengenali Allah, dipertemukan dgn cinta-Nya dan merasa hidup dalam panduan kasih-Nya adalah adalah satu anugerah terindah...sudah cukup besar "balasan" dr Ilahi

tapi bukan bermaksud kita tak mengidamkan syurga.....

teringat lirik lagu sbuah kump;


If I worship U in fear of hell, burn me in it
And if I worship U in hope of paradise, exclude me from it
But if I worship U for Your own being
Don't withhold from me Your everlasting beauty

wallahu 'alam.

Inche gabbana 18/01/2011, 08:04  

itachi: saya tak tahu macam mana nak komen komen anda.. hehe..

well said..! ;) jzkk..!

Inche gabbana 18/01/2011, 08:04  

nyamouq: Senyuman mesra.

Inche gabbana 18/01/2011, 08:05  

enonimus: btol2. tak normal la seseorang mukmin tu kalau dia tak pernah dambakan syurga. sbb tu allah cerita mcm2 pasal syurga ni supaya manusia tertarik ntok masuk ke dalamnya..!

jzkk untuk input anda itu..! ^^

arissa myana 18/01/2011, 23:25  

salam,

suka jawapan keji ini... "ikut suka hatilah kami nak buat apa pon sebab dah masuk syurga"

hehh, memang terbaik...

memang hakikatnya kita hidup untuk 'dunia sana'.

attempt yang sangat baik saya kira :)

semoga Allah menganugerahi kita ilham untuk memperbaiki amalan kita dan kecintaan kita kepada amal yang akan mendekatkan kita dengan Dia… amin…

Anonymous 19/01/2011, 01:14  

memperbaiki amalan kita?? hmm...menarik! saya teringat 33:70-71

mungkin ada kaitannya dengan tujuan kita hidup...mungkin... hehe

inche gabbana teruskan menulis.. somehow ur writings really "push" me ahead...

Inche gabbana 19/01/2011, 09:35  

arissa myana: 'ad-dunia mazraatul akhirah' - dunia adalah kebun kepada akhirat.

baik biji benih yg disemai kat dunia ni, maka baiklah hasil yg akan dituai di akhirat nnt.

begitu juga sebaliknya.

maka marilah menjadi petani moden yg berjaya di dunia ini..! ;)

allahu a'lam.

Inche gabbana 19/01/2011, 09:37  

enonimus: saya tertarik ngan ayat 70 surah al-ahzab tu. "berkata tepat/benarlah kamu.."

memang kat dunia ni segala perbuatan, amalan dan perkataan kita akan diperhatikan. maka kita kena sgt2 berhati-hati dgn apa yg kita rancangkan dan laksanakan. ^^

barakallahu fik. terima kasih kepada pembaca2 seperti anda juga yg terus memberi semangat kepada saya untuk menulis.. ;)

Anonymous 19/01/2011, 12:12  

betul2...satu lagi kalau tgk ayat 70-71 adalah satu motivasi dr Allah kalau kita lakukan tugas khalifah.

dgn kita melakukan tgs itu maka Allah akn memperbaiki amalan kita...

wallahu 'alam

Inche gabbana 20/01/2011, 22:24  

enonimus: maaf ye saya lambat respons.

suka dgn pandangan anda. pengajarannya hampir sama dengan ayat;

'Intansurullaha yang surukum.'

Kamu tolong agama Allah, Allah akan tolong kamu. But first and foremost, kita dulu kena tolong agama allah tu..! ;)

.::annemishi::. 03/06/2011, 17:58  

yg pasal tujuan kita diciptakan tuh, pernah juga bincang dlu.

perumpamaannya lebih kurang macam nih lah. antara raja dan rakyat.
tiada rakyat, macam mana raja nak tunjuk kuasa?
so, kiranya macam Allah nak tunjuk dia nih berkuasa. the most powerful lah.

apa2 pun.wallahualam... sekadar share, ilmu yg melukut tepi gantang. eh?

gagah berlari 06/07/2011, 00:04  

assalamualaikum

ummm, betul ke bidadari syurga bukan human?

bukan ke derang ni dikatakan 'gadis2 montok or virgin' dlm alQuran?

minta penerangan please.

jazakillah khair

Inche gabbana 06/07/2011, 11:31  

annemishi: baru perasan komen ni. hohoho..

pernah jugak terfikir camtu. tapi seolah-olah menyamakan Allah ngan sifat makhluk pulak, i.e. raja yg memerlukan org2 bawahan ntok tunjuk kuasa. sedangkan allah tu Maha Berkuasa lagi Maha Perkasa.

Allahu a'lam. hanya Dia sahaja yg tahu rahsia2 alam nih...

Inche gabbana 06/07/2011, 11:33  

gagah berlari: uhm rasanya ni kembali kepada persoalan bahasa sendiri. rasanya bidadari dalam bahasa arab tidak merujuk kepada jantina. kalau kita org melayu nih, bila sebut bidadari terus terfikirkan perempuan kan..?

dan gadis2 montok tu, err, rasanya tu tafsiran dalam bahasa melayu. mungkin, just mungkin, makdusnya yg sebenar dalam bahasa arab adalah sedikit berbeza.

dan mungkin juga, description sebegitu diberikan untuk menaikkan semangat para sahabat yg kebykannya adalah lelaki ketika itu.

banyaknya mungkin.. huhuh.. ^^"

allahu a'alam. Dia lebih mengetahui..

Anonymous 06/12/2011, 14:03  

siyes panjang!!
tp kna brusaha abiskn jgak..
n jeng3..
abis jgak akhirnya ^^

Anonymous 10/01/2012, 17:40  

dari kite lahir smpi lh saat akhir, time kite sedih kita rintih dgn Allah saat org lain x mampu nk fhm, ujian dan sakit yg kita deritai, time tu mmg Allah jer lah tmpt kite mengadu, dan part nk jumpa dgn Allah..Subhanllahh..

Mesti sangat OSEM perasaan keterujaan nk jumpa dgn Allah kerana DIA yg bersama kita saat sush dan senang di dunia, mesti sgt osem nk jumpa dgn Allah Tuhan yg selama ni kite mintak kt Dia, kita rintih kt Dia, air mate mencurh2 dlm hti kita Allah je yg tahu.. marilah kite same2 meraih keterujaan syurga!! sbb kita nk sngat2 jumpa dgn ALLAH yg selme ni bersame dgn kite.. yg tahu masalah, dan segala isi hati kita..!!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP