20 March 2009

Dorm 5

Salaam a'laikum sume. Apa khabar? Kabare wak. Alhamdulillah. Dah makan blom? Sila sila jemput tambah nasik. Ha, tue air sirap limau selasih tue sila la tambah, jangan segan-segan..!

Lama sangat rasanya aku tak tulis pasal alma mater aku, STAR. Rindu pulak kat kawan-kawan Batch 44 aku. Baru je semalam Iman a.k.a. Lone berlepas ke India, setelah 3 malam bersemayam di teratak Playford Road aku nih. Melepas la rindu sket kat teman-teman seperjuangan dahulu kala. Dia siap bagi aku baju T pasukan kriket cap Nike ada tulis INDIA besar-besar kat belakang. Aku pakai la hari ni, nasib baik tak kena bunuh@ganyang dengan kawan-kawan Pakistan aku... Hehehe...

Ok, hari ni aku terasa macam nak bercerita pasal Dorm 5, kamar aku ditempatkan time form 1 dulu. Banyak sangat kenangan aku kat sana! Kenangan kena denda sama-sama, kenangan rasa best sebab dapat anugerah dorm terbersih inspection hari Ahad, kenangan kena balun dengan Abang Penyu Prefect Blok sebab tak duty surau, kenangan kena jemur tilam dan papan katil sebab ada pepijat... Banyak betul la kenangan aku kat dorm tu!

Antara kenangan yang paling best sudah semestinya rakan-rakan sedorm yang pelbagai macam, ragam dan berbau masam! Hehe... Ada yang sampai sekarang still keep in touch dengan aku. Ada yang dah tak tau apa cerita... Ha, kat sini aku nak list downkan rakan-rakan sedorm aku. Nak tengok aku ingat lagi ke tak diorang nih... (Urutan tidak penting. Tidak bermakna anda ekstra spesel semata-mata nama anda disebut dulu. Bergantung kepada daya ingatan aku yang tak berapa nak ingat nie...)

Akhma Azizi a.k.a. Dumex - Ketua Dorm. Rumah hitam. Pernah juga digelar Shao Lin untuk seketika waktu dek kening tebalnya yang melentik ala-ala Penelope Cruz. Digelar Dumex kerana merupakan juara tahunan anugerah Dumex untuk Negeri Sembilan Darul Khusus. Tak tau la dia jampi apa sampai boleh menang. Mungkin dia hari-hari beli setin susu Dumex kat pasaraya Giant Seremban kot! Antara rakan seperjuangan aku time jadi prefect form 2. Sangat hebat bermain bola keranjang. Sekarang nie sedang menuntut di Jepang dalam bidang kejuruteraan memerah susu.. Hehe..

Johan Kamal Hamidon a.k.a. Jo - Kelas 1R dengan aku dulu. Rumah Biru. Smart gile budak nie. Walaupun time form 1 dia tak pernah dapat nombor satu, hehe, tapi form 2 sampai form 4 asyik-asyik nama dia je naik sebab pandai sangat. Tensen gak ah aku. Sport pun gempak gak. Cakap je apa yang dia tak boleh main. Ragbi? Hoki? Bola? Berenang kuak kupu-kupu? Kudaku lari gagah berani? Batu seremban dengan konda-kondi je aku ingat dia tak berapa nak pro. Lain-lain sume dia sapu! Ha, dia pun antara rakan seperjuangan awal prefect form 2. Merupakan jambu kegilaan ramai, hatta di kalangan batch sendiri! Astaga... Nak dijadikan cerita, mak aku kenal dengan makcik dia. So kira family friend la jugak. Time form 2 pernah diserang bisul besar di... Er, tak payah la nak cakap. Malu pulak dia nanti. Admire gile ah mamat nie. Sekarang nie dia belajar kat University of Queensland, Australia dalam bidang Biotek.

Luqman Ali a.ka. Neng a.k.a. Kanibal - Rumah hijau. Raksasa ganas batch kami. Pernah ditangkap kerana memakan seekor kucing cute yang tidak bersalah. Mendapat gelaran Neng dek bibir seksinya yang tebalnya hampir mencapai 5.7 inci. Kaki bodek Mr. King lantas menjadi pujaan ramai dalam sukan bola keranjang, sesuailah dengan sifatnya yang bermata keranjang. Hehe.. Matilah aku kena bunuh dengan Neng nanti! Berasal dari Melaka, walaupun bukan keturunan Hang Tuah mahupun Puteri Hang Li Po. Kini sedang mengaji al-Quran di negara matahari terbit.

Akmal Hashim a.k.a. Kema - Rumah merah. Berasal dari Bagan Serai. Ha ni sorang lagi yang sangat hebat dan terpuji perwatakan dan kalibernya. Walaupun dia masuk agak lambat (3rd intake kalau tak silap aku), masuk-masuk je dia terus mencuri perhatian ramai dek kehebatan bernasyid dan berpengakapannya. Heh.. Antara teman rapat aku kat STAR dulu. Sangat hebat bermain kriket. Otak pun pandai. Waktu kat Matrik dulu siap dapat best student Matrik seluruh Malaysia tue! Ha, jangan main-main! Wakil sekolah hafazan since form 2 lagi. Time form 5, dialah yang banyak tolong aku sebab dia Deputy Head Boy. Siap jadi Presiden BPI lagi. Mantap gile mamat nie.. Sekarang nie dia di USM Kubang Kerian, bukan untuk berkubang tapi untuk belajar medik.

Akmal Saarani ak.a. Tabu - Rumah putih. Berasal dari Kedah, Kuala Nerang kalau tak silap aku. Kecik orangnya, tapi haish, jangan disangka air yang tenang takde hipopotamus! Macam mana dapat nama Tabu, tu aku kurang pasti. Selalu jugak lepak-lepak dengan aku dulu. Dan sampai sekarang ni, dialah yang ingat nak wish birthday aku. Memang terharu... Kini di UiTM Shah Alam, belajar apa aku kurang nak ingat.

Hadhrami a.k.a. Mat Pres - Haha, ni sorang lagi yang agak rapat dengan aku time form 1. Siap nak pergi ber*k pun ajak aku teman! Kikiki.. (jap, ke aku yang ajak dia teman ha...? ;p) Rumah hijau. Berasal dari Pahang. Dapat nama Mat Pres sebab suka melaporkan isu-isu semasa tak kira tempat dan masa ke...? Heh.. Aku pun tak ingat sangat. Sekarang nie menuntut di UIA Gombak.

Aizuddin a.k.a. Payunk - Rumah biru. Asal Selangor@KL lebih kurang ah. Dia ni kelakar gile. Tapi kadang-kadang emo.. Hehe.. Terkenal dengan kulitnya yang hitam manis manis masin. Mungkin sebab terlalu banyak berjemur dek selalu kena denda dengan Pak Pin dulu! Kikiki.. Juga merupakan antara pemain bola keranjang utama sekolah. Walaupun ketinggiannya tidak mencapai limit yang telah ditetapkan, dek kepakarannya mengipas udang ditambah dengan ketekunannya mempelajari teknik-teknik terbaru dan bergaya, dia akhirnya berjaya menjadi seorang pemain agak dikagumi, sehingga diberitakan Kobe Bryan pun pernah meminta tanda tangannya. Kini di Pahang menyambung pelajaran.

Azraei a.k.a. Jaie - Woah, nie orang kuat dorm dulu nie! Rumah hijau, berasal dari Johor. Walaupun kadang-kadang dia mat blank, tapi tidak bermakna dia tidak mengikuti perkembangan semasa. Besar dan tinggi orangnya. Lantas tanpa banyak songel dan usul periksa, terus direkrut untuk bermain ragbi. Sayangnya, pengalaman aku dengan Jaie tak banyak, sebab dia tak lama di STAR. 3 tahun kalau tak silap aku. Kini di UIA menyambung pelajaran.

Khairul Ikhwan a.k.a. Mat Rock - Haha, agak unik mamat ni. Aku hampir aje terlupa tentang kewujudannya. Heh.. Rumah merah dan aku tak ingat dia berasal dari mana. Melaka kot. Rasanya dia dapat gelaran yang boleh tahan macho tue sebab dia dulu minat sangat dengan The Rock WWE. Kalau tak silap aku ah. And dia memang suruh orang panggil dia Mat Rock pun. Kira self proclaimed gak ah nie.. Hehe.. Takde la rapat sangat dengan dia dulu. Salah seorang prefect sekolah dan dilantik time form 4. Memang macho ah ko Mat Rock! Sekarang ni tak tau dia kat mana buat apa. Sila jangan malu-malu update diri anda.

Amir Long - Sesuai dengan namaya, Amir Long memang seorang yang long. Rumah kuning dan berasal dari Terengganu. Dek kerana ketinggiannya, prefect blok tanpa segan silu telah melantiknya menjadi ketua blok, keputusan yang pada akhirnya akan mengundang kontroversi. Mempunyai perwatakan yang agak menarik. Agak. Hanya berada di STAR selama 2 tahun, jadi tak banyak yang aku boleh cerita pasal dia. Kini tak tahu dia di mana buat apa. Moga-moga menjadi manusia yang berguna untuk agama, bangsa dan masyarakat setempat.

Amas Rizal - Aku tak ingat la orang panggil dia apa dulu. Ada nickname dia, tapi aku dah lupa. Rumah merah dan juga berasal dari Terengganu. Kecik je orangnya. Besar sikit je daripada Tabu. Agak gedebeh orangnya. Hehe.. Juga tak lama di STAR dan kini aku kurang pasti sama ada dia sudah berkahwin atau belum.

Afif Iftikhar - Rumah biru dan berasal dari KL. Agak misteri orangnya. Sehingga dia keluar daripada STAR, aku masih gagal mengenalinya secara lebih lanjut dan terperinci. Mungkin sangat sesuai untuk mengendalikan rancangan Edisi Siasat. Lokasinya kini juga merupakan suatu misteri.

Hafeez a.k.a. Chimoot - Ha, yang sorang ni rakan sekatilku. (Jangan salah faham. Katil kitorang double-decker. Dia di atas, aku di bawah). Rumah merah dan berasal dari Selangor. Agak nakal orangnya. Dan aku selalu depresi dengan keadaan dirinya yang kurang terurus... Tapi hatinya baik, aku tahu. Sebab selalu je offer aku ration dia...! Hehe.. Juga tak lama di STAR dan aku tidak tahu menahu di manakah dan apakah statusnya sekarang.

Ok, tu je yang aku ingat. Walau pun aku dapat rasakan aku ada tertinggal seorang dua. Hehe.. Mintak maaf banyak-banyak, harap tak terasa hati.

Ha, banyak je lagi aku nak cerita pasal Dorm 5 ni. Mungkin lain kali kot. For the time being, cukuplah aku perkenalkan warga Dorm 5 dulu. Memang sangat terkenal dengan kenakalan dan kejahatannya dulu. Sampaikan Prefect Dorm kitorang, Izwan Ismail tak tahan dan bertukar shift dengan Azlizan. Hehe.. Hebatkan kitorang?

Oh, sebelum aku tamatkan sesi taaruf bersama warga Dorm 5 ni, ada satu cerita menarik nak kongsi dengan korang. Korang pun tahu kan, how crazy the life is kat sekolah asrama? Denda sume pelik-pelik ah. So ada satu hari ni, kitorang terlupa la nak kosongkan bakul sampah secoet ni. Ha, apa lagi, kitorang pun kena denda usung bakul sampah tu ramai-ramai satu dorm pergi buang dekat belakang dining hall! Hahahaha... Sampai sekarang aku tak boleh nak lupa! Tapi best ah dok asrama ni. Takkan dapat rasa punyala pengalaman yang pelik tetapi benar macam tu kalau tak study kat asrama! Hehe..

Ok, aku nak sambung study! ;p Harap korang terhibur! Dan kepada rakan-rakan sebacthku, anda memang best! Till next time! Ciao!

Salaam.

-gabbana-

5 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 21/03/2009, 01:11  

laa hai adam...susah gak nak caye cite2 nih.huhu..ada fakta2 yang tibe2 rasa cam boleh diragui..
Or maybe i'm too innocent kerana mempercayai kamu..cewah..
btw..terhibur gak la baca kenangan2 kamu tu..

Inche gabbana 21/03/2009, 05:24  

hahaha.. memang la bukan sume yg btol. ada yg sengaja direka, ditambah perisa, untuk bagi garing dan rangup! hehe...

nantikan sambungan kisah dorm 5! ;)

Anonymous 01/04/2009, 11:13  

adam,mat press umah hijau la.. bkn biru! hoho.. tp inisiative ko nk tulis ni mmg menarik...sgt menyentuh kalbu dan hati... mengenang memori silam mmg indah...

Inche gabbana 08/10/2010, 10:54  

eh dumek! aku baru tukar mat pres jadi umah hijau ari ni! hehe..

thanx btw!

En. Pai 25/10/2011, 22:43  

hahaa..arini tetibe ak meng'google' kan diri ku...

lalu terjumpa nukilan2 ko yg best ni!!

ekekeeeeee..lawak2...teringat zaman muda-mudi

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP