Kuot-kuot Osem #1
[Kredit] |
Hari ni terasa macam nak menulis sesuatu yang seriyes dan osem, tetapi entah mengapa, tiada kudrat dan semangat untuk menulis sesuatu yang seriyes dan osem. Dan idea tidak datang mencurah-curah seperti biasa untuk saya menulis sesuatu yang seriyes dan osem. Maka secara otomatiknya jari-jemari saya tidak dapat menaip dengan pantas dan laju hoyeeeaaahhhh untuk menulis sesuatu yang seriyes dan osem.
Arakian izinkan saya untuk menulis sesuatu yang ringan-ringan tetapi masih osem. Ingin saya berkongsi dengan anda kuot-kuot (Baca: Quotes) daripada pelbagai orang, sama ada terkenal atau tidak yang saya rasakan cukup bermanfaat dan boleh menaikkan semangat. Dan ya, kuot-kuot ini sungguh osem..!
Terimalah..
Kuot-Kuot Yang Sumpah Osem!
1) "Ilmu itu seperti seluar dalam. Semua orang wajar memakainya, tetapi tiada siapa yang sepatutnya menunjuk-nunjuk dengannya." - Enonimus
2) "Lebih baik berusaha untuk membakar lilin, daripada memarahi kegelapan." - Adik Uthman Ghani, pembahas kedua Sekolah Bintang
3) "Perbezaan antara biasa dan luar biasa adalah perkataan luar itu." - Enonimus II
4) "Untuk mengelak diri daripada diri dikritik, jangan buat apa-apa, jangan cakap apa-apa dan jangan jadi sesiapa!" - Elbert Hubbard
5) "Apa yang penting..?? KERJASAMA...!" - Wonderpets
6) "Sebelum berlari, perlu berjalan dahulu. Dan sebelum berjalan, perlu mulakan langkah yang pertama terlebih dahulu!" - Enonimus III
7) "Hidup ini ibarat menggoreng pisang. Selalunya sakit tangan dan tubuh badan terkena minyak panas. Tetapi hasilnya..? Pisang goreng yang rangup lagi lazat!" - Mak Cik Sabariah, penjual pisang goreng panas Seksyen 7 Subang Jaya
8) "Jadilah perubahan yang anda ingin saksikan pada dunia!" - Mohandas Karamchand Gandhi
9) "Orang yang paling kuat bukanlah orang yang boleh menjatuhkan lawannya, tetapi orang yang boleh mengawal amarahnya." - ar-Rasul SAW, seperti yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari
10) "Jikalau mereka sungguh-sungguh redha dengan apa yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka, dan berkata: 'Cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebagian karunia-Nya dan demikian (pula) Rasul-Nya, Sesungguhnya kami orang-orang yang berharap kepada Allah.'" - Ayat-ayat chenta Allah, at-Taubah, 9:59
Bagaimana..? Sungguh osem bukan..? Kalau anda rasa osem sila angkat kedua-dua belah tangan sambil berlari-lari anak keliling rumah dan menjerit, "Ossssemmmmm...!"
-gabbana-
21 Caci Maki Puji Muji:
no 5 tu tebaik..hehe :)
memanggg osemmmmmmm!
terutamanya kuot number satu.
Ilmu itu seperti seluar dalam. Semua orang wajar memakainya, tetapi tiada siapa yang sepatutnya menunjuk-nunjuk dengannya. - Enonimus
ini memang OSEMMM! hahaha :D
yg no 1 tuh mcm.. ish xseswai untuk bawah umur baca..
Ingatkan mende la kuot-kuot. Rupa-rupanya quote ke.Haha. Suka kuot no 1, 4, 7, 9, and 10. Btw, adakah enonimus tu enche gabbana? haha
yg no 2 tu saya punya ok!!dipinjam
menurut hukum bahasa melayu dalam menerangkan perkataan 'di-terangkan me-nerangkan', goreng pisang adalah perbuatan, manakala pisang goreng adalah sejenis makanan yang amat lazat dan bertambah rangup andai dinikmati dalam bulatan gembira..
^^
sebab tu era ini penggunaan 'penghawa dingin' tidak lagi digunakan sbb maksud nya alat itu memanaskan udara, bukan menyejukkan udara...
haha
saya suka yg ini:
Life is an endless process of mujahadah - enonimus III
psst : siapakah gerangannya ye? ^^
quote no.11
"life is 100% you and 50% the others"-me
-gudday all-
peep: sy tak penah tgk pon cite tu.. org dok sebut2.. hehe..
-masyitah-: kann..??
anda dah berlari keliling rumah sambil mengangkat tangan dan menjerit "ossssemmmmm" ke blom...?? ;p
coklat Mm: hahaha. apa yg tak seswainya..?? mereka pon pakai je seluar dalam kan..? ;p
hadi: hahaha.. yg kuot no. 1 mmg btol2 enonimus. yg len2 tu.. err.. hehehe.. ;)
cikgu: haish.. nak jugakkk...!
abe am: -_____-" (peluh super besar)
motiifff....??
cahayalembut: enonimus IV lah!
entah. anda kot..? hehehe..
awesome quote tho! thanx! ;)
enonimus: errr.. tapi kalau dah 100%, mcm mana ada baki 50% pulak..? *garu kepala*
ermmm..
kite kan x alone kat dunia ni so yg 50% tu maklhluk2 lain kat sekitar yg leh masuk dlm diri dan jadi outcome yg mcm2..
so juz be 100% u dan jgn biar 50% tu jadi 100% coz u leh sesat dan x tau sape diri u..mcm org schizo
that 100% could be yo only weapon in desperate/darkest moment to always be on yo faith/GOD forever..bye
oooooo.. terima kasih untuk penjelasan. =)
xseswai tuk adik2 akhawat pakai.. ikhwah ok kot..(angkat bahu)
"Ilmu itu seperti seluar dalam. Semua orang wajar memakainya, tetapi tiada siapa yang sepatutnya menunjuk-nunjuk dengannya." - Enonimus
tapi ilmu tu patut dikongsi bersama. seluar dalam? erk.
em..inche gabbana,yang surah at taubah tu sebagian kurnia-Nya ke 'limpah kurniaNya'? sebab makna dua perkataan tu berbeza dan bila tengok translation lain beza plak/saya keliru :0
Post a Comment