29 May 2014

From Babi With Love

[Kredit]

Ke hadapan umat Melayu Muslim sekalian,

Hamba menulis warkah ini dengan penuh rasa keinsafan dan kesedaran bahawa hamba ini hanyalah makhluk yang marhaen lagi hina jika hendak dibandingkan dengan kalian yang diciptakan sebagai sebaik-baik ciptaan. Hamba juga menulis luahan rasa ini dengan niat yang baik, penuh dengan rasa mahabbah dan mawaddah pada kalian semua. Langsung tidak terlintas untuk menghina atau merendah-rendahkan martabat kalian sebagai manusia layaknya.

Begini.

Seperti yang tersebar dalam surat khabar dan media massa kalian, baru-baru ini telah heboh dengan berita bahawa DNA spesies kami ini ditemui dalam beberapa keluaran cokolat Cadbury. Rentetan daripada itu, telah berlaku kekacau-bilauan dan kehuru-haraan dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Ada makcik-makcik yang menanges-nanges sebab merasakan diri mereka tidak suci lagi. Ada yang telah mengisytiharkan jihad pada syarikat Cadbury. Ada yang mahu menyamak mulut dengan pasir. Ada juga yang mahu mencuci dan membuat pemindahan darah kerana merasakan darahnya sudah kotor dan jijik. 

Alahai. Berguling-guling jugalah hamba dan rakan-rakan gamba tergelak.

Benarlah hamba ini hina. Tetapi tindakan dan reaksi yang keterlaluan sebegitu rupa, menambahkan penghinaan ke atas golongan hamba ini. Apa perlu begitu bersungguh bertindak sedemikian rupa?

Hamba yang tak belajar ikut sistem formal ini pon tahu, apa-apa sahaja yang dilakukan secara tidak sengaja atau tidak tahu, hukumnya tidak berdosa. Cukuplah sekadar beristighfar atau melakukan solat sunat taubat sekiranya masih merasakan tidak sedap hati atau tidak senang duduk.

Daripada mahu mengisytiharkan jihad kepada Cadbury, lebih baik kan isytihar jihad pada Israel laknatullah atau Bashar al-Assad itu...? Daripada mahu saman Cadbury, kenapa tak saman sahaja kerajaan yang membiarkan kasino-kasino judi terus berleluasa, Da Mai Cai dan Magnum 4D terus beroperasi, kilang-kilang arak dan rokok terus maju dan berkembang...??

Hamba pon musykil juga, sebab setahu hamba, dalam kita agung nan suci bernama Quran itu, Allah hanya berfirman bahawa daging hamba ni haram dimakan. Itu sahaja. Itu pon dalam keadaan-keadaan tertentu, terpaksa atau kebuluran yang mendesak misalnya, daging hamba ini boleh sahaja dijamah dengan syarat pada kadar yang paling minimum dan bukan untuk mengenyangkan. 

Yang pasti, barangsiapa yang termakan daging hamba, malah sengaja makan sekalipon, tiadalah pula hukuman di dunia yang akan dikenakan. Sekadar berdosa sahajalah.

Tapi kalau berzina? Boleh kena sebat atau rejam sehingga mati.

Kalau mencuri? Boleh kena potong tangan.

Minum arak? Wajar disebat.

Mengambil riba'? Allah isytihar perang!

Dah kenapa hamba ini yang kalian benci sangat? Dan pada masa yang sama, masih ramai dalam kalangan kalian yang main judi, yang main perempuan, main nombor, main riba' dan bermain-main dengan agama ini? Mengapa kalian tak benci dan jijik pada mereka ini seperti benci dan jijiknya kalian pada golongan hamba? Apa kalian tak baca Quran kah?

Betullah mencari yang halal itu wajib bagi umat Islam. Dan betullah daging hamba ni haram. Tapi mengapa ada diskriminasi pada perkara-perkara haram yang lain? Apa sebab kalian melihat hamba ni lebih haram daripada perkara-perkara lain yang lebih jelas haramnya? Apa sebab kalian ni alerjik tahap dewa dengan hamba dan kaum-kerabat hamba?

Sebab rupa hambakah? Sebab hamba pengotorkah? Sebab hamba ni gemok dan gebukah?

Seharam-haram hamba ni, sekurang-kurangnya hamba cuba untuk taat dan patuh pada Allah. Kalian? Yang Allah beri akal dan hati untuk berfikir dan menghayati alam ciptaanNya ini, bagaimana...?

"Tidakkah engkau tahu bahawa apa-apa yang ada langit dan apa-apa yang ada di bumi bersujud kepada Allah, juga matahari, bulan, bintang, gunung-gunung, pohon-pohon, haiwan-haiwan yang melata dan banyak antara manusia? Tetapi banyak (manusia) yang pantas mendapatkan azab. Barangsiapa dihinakan Allah, tidak seorang pon yang akan memuliakannya. Sungguh, Allah berbuat apa sahaja yang Dia kehendaki."
[al-Hajj, 22:18]

Nah, itu kata Tuhan hamba. Tuhan kalian juga. Apa kalian berani mahu menyangkalnya?

"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pon melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sungguh, Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun."
[al-Isra', 17:44]

Sejijik-jijik hamba, hamba tidak pernah letih dan penat bertasbih padaNya. Dah, kalian bagaimana..? Masa-masa kalian yang terluang, kalian buat apa? Bermaksiat? Mengumpat? Merasa diri hebat?

Sungguh hamba benar-benar tidak dapat mengotakkan tindakan keterlaluan segelintir daripada kalian. Maaf, hamba tak boleh nak garu kepala kehairanan kerana tangan hamba tak sampai.

Kadang-kadang hamba terfikir juga, mengapalah Allah menciptakan makhluk seperti hamba ini, jika Dia mahu mengharamkannya pula. Kadang-kadang itu terasa bawah juga. Terasa benar-benar hina dan tidak berguna. 

Kemudian hamba terfikir. Boleh jadi, hamba ini diciptakan olehNya untuk menjadi ujian dan cubaan untuk kalian. Boleh jadi, hamba dilahirkan ke muka bumi ini agar dapat melihat siapa dalam kalangan hamba-hambaNya, yang benar-benar bersyukur dan bertaqwa!

"Maha Suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan. Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun."
[al-Mulk, 67:1-2]

Dengan kegilaan yang terbaru ini, hamba bertambah yakin dengan tujuan hidup hamba. Mungkin Allah nak uji kalian, adakah kalian benar-benar memaknai erti haramnya daging hamba untuk dimakan. Mungkin juga Allah nak uji kalian, apa sebab kalian benar-benar membenci golongan hamba. Dan mungkin juga Allah nak lihat kalian, sama ada kalian benar-benar faham tujuan hidup kalian sebagai khalifah di muka bumi ini.

Awas. Dalam kalian membenci sesungguh hati hamba dan sepupu-sepapat hamba, silap haribulan, kalian sebenarnya sedang menghina ciptaan Allah. Hamba yakin, bukan kebetulan Allah menciptakan makhluk seperti hamba ini.

Dan awas. Orang kata, jika benci, jangan benci terlalu benci. Sebab nanti, boleh jatuh hati! Ewah.

Baiklah. Itu sahaja yang hamba ingin luahkan.

Maaf andai ada yang terkasar bahasa. Maaf andai ada yang terguris rasa. 

Hamba hanyalah seekor babi yang hina. 

Oh ya. Mungkin ada yang tertanya-tanya. Mengapa hamba membahasakan diri hamba sebagai 'hamba,' bukan saya, gua, aku dan sebagainya?

Kerana hamba juga seekor hamba. Hamba padaNya.

Sekian.

-gabbana-

Berdebar-debar menanti-nanti komen dan reaksi untuk post ini.

Yang pasti, mesti ada yang sinis dan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata seperti:

"Oh Inche gabbana ni babi rupanya." atau

"Nak sangat jadi babi!" atau

"Gila Inche gabbana ni. Dalam banyak-banyak benda, babi yang mahu dipertahankannya!"

Tidak mengapalah. Kontroversi itu memang ada hubungan persaudaraan dengan saya. Jika ini caranya kebenaran dapat ditegakkan, saya rela!
 
Moga Allah redha! 

81 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 29/05/2014, 16:07  


Jika ini caranya kebenaran dapat ditegakkan, saya rela!

:')

Anonymous 29/05/2014, 16:08  

assalamualaikum..

terasa diri hamba ini pabila tuan hamba berkata
"Kerana hamba juga seekor hamba. Hamba padaNya."

dan
"bukan kebetulan Allah menciptakan makhluk seperti hamba ini."

kita ni sama sahaja, hambaNya.. beza nya:
ade akal dan tiada akal..
boleh bercakap atau krokhh krokhh..

setiap kejadian dan pembuatan dan hukum hakam Allah, Allah dah tentukan..
kita sebagai hambaNya wajib ikot..

dan tak layak untuk mencaci ciptaanNya yang merupakan hamba yang tidak pernah letih dan penat bertasbih padaNya..

hidup cekelet! *ehh*
ps: terima kasih atas kata2 kesedaran tuan hamba yg santai yaw

Anonymous 29/05/2014, 16:11  

:3 deep..

Qeela 29/05/2014, 16:13  

terbaekkkk!!! 👍👍👍👍

Anonymous 29/05/2014, 16:14  

Daebak seriously. Ni membuka hati hamba lebih luas. Moga hamba bersyukur dengan apa yg dberikannya pada hmba sebgai seorg manusia. Aminn barakallahufih

Asid Sulfurik 29/05/2014, 16:27  

mantap IG!

~PENCHENTA~ 29/05/2014, 16:44  

Betul! Dari dulu lagi, anjing dan babi tak pernah jauh dari hati saya.

Kalau ada siksaan ke atas binatang, dan binatang itu babi sekalipun, kita akan kasihan juga. Bukan pada kucing shomel gebu gebas manja manji semata.

Semoga dengan kasih sayang ini Allah redhakan syurgaNya buat kita. Haram makan je. Bukan sentuh pun. Tapi kita ni jangan kata sentuh, pandang pun taknak. Huu.

Shakinah 29/05/2014, 16:48  

Yang ini kelakar. ---> Maaf, hamba tak boleh nak garu kepala kehairanan kerana tangan hamba tak sampai

Nice entry.

nor isneini mohd ayob 29/05/2014, 17:04  

Bagus entry ni.bg kesedaran sikit kat org luar sana..bukan pe, kilang cadbury beria suruh tutup, kilang arak sebesar itu wat dono pula..huhu

Anonymous 29/05/2014, 17:08  

Maaf, hamba tak boleh nak garu kepala kehairanan kerana tangan hamba tak sampai. haha.

Anonymous 29/05/2014, 17:22  

Nice.. Smoga ad yg terkesan dengan tulisan saudara

Anonymous 29/05/2014, 17:34  

Aku harap ramai lagi orang dapat berfikiran seperti kau. All the best brah!

Anonymous 29/05/2014, 17:56  

Allah itu Maha Berkehendak…

Boleh je Allah membiarkan kita umat Islam ni terus-terusan makan cadburry yg ada dna babi. Kita takkan berdosa kalau makan sbb tak tahu. Walau kita tahu sekalipun tp darurat, tu pun kita takkan berdosa. Tp, kenapa Allah menyingkapkan perkara ni? Hanya Allah yg Maha Tahu…

Persoalan: Mcm mana dgn org yg ambil kesempatan, campurkan dna babi dlm produk makanan mereka utk melariskan jualan…(ad org kata daging babi ni sedap…Uwekk, saya rs loya). Dan mereka dah berkali-kali diingatkan…

Kalaulah rasuah, judi, arak..sedari kecil lg dh ‘dimomokkan’ ianya najis, geli, nk termuntah mendengarnya, haram.. mgkin bila besar akan melekat dalam kepala otak… so, berkemungkinan besar deorang takkan sentuh benda-benda tu semua…

Babi tu tak bersalah … orang yang mengeksploitasi babi tu untuk kepentingan mereka lalu menzalimi orang lain (mgkn) yg bersalah…

Wallahu alam.

Anonymous 29/05/2014, 18:27  

IG IS A GENIUS I LOVE YOU!! KEEP ON SPREADING YOUR DAKWAH!! IM YOUR NUMBER ONE FAN RIGHT NOW ^-^

Da'i 29/05/2014, 18:27  

ambik dia.... ambik islam jgn separuh2.. bab mnguntungkan ambik.. bab yg bg rugi kat diri... xnak ambik.. apa smua tu..

Anonymous 29/05/2014, 18:35  

Sudah-sudahlah memomokkan sesuatu isu. Semua orang tahu babi itu haram(accordingly).Dogma ini telah ditanam semenjak sekian lama, semenjak zaman berzaman. Itu lah bahagian mereka, terlalu berkesannya dakwah dan tarbiyah yang diwariskan semenjak sekian lama. Dan isu tersebut bertepatan dengan keadaan dan suasana semasa dizaman tsb. Dimana dizaman tsb, babi adalah sebesar-besar perkara yg perlu ditakuti dan perangi.(May be that time, that was the first time, they saw that animal on this land, brought in by sometravellers from afar. So, imagine the panic) Betul lah dah tu apa yg cuba di'ingrain'kan dlm minda kita. Mmg betul babi itu haram(accordingly). Masa dulu mana ada rasuah bagai. Ini fenomena baru. Tapi kurang pulak golongan yg memeperjuangkan perkara ini, atau kurang berkesan; Jangan lah pula menidakkan apa yg telah diusahakan orang terdahulu, betapa kuatnya penangan ilmu yang ditanam.
Tapi sekarang, ramai yang lebih bising dari bertindak. Disamping itu apa sahaja yg telah ada, akan dipertikai. Mmg betul babi haram, tak perlu pertikaikan. Cuma yang haram yang lain-lain tu perlu penekanan. Zaman dulu tak perlu kerajaan nak buat sesuatu, semua bermula dari masyarakat. Walau pon dikatakan kolot, apa yg diutarakan ikhlas dan berkesan sehingga berzaman.
Ayuh, kalau tak puas hati ttg sesuatu, suarakan dgn baik. Tak perlu memperli dan memperlekeh apa yang sedia ada. At least, masyarakat dah aware ttg babi dan keharamannya. One job accomplished. Jangan pula memutar masa, going backwards.
Takkan kemana kalau kita asyik menuding jari ke sana sini, tapi usaha kita setakat berhenti di situ sahaja. The worst is our effort just ends on the keyboard. Just ask yourselves, what have you done other than manipulating existing issues. Have you ever really thought of giving the real solution to an issue and pursue it earnestly. Otherwise, we/you are just like so many others, barking incessantly.

Anonymous 29/05/2014, 18:55  

Adapun isu khinzir ini mungkin overreaction sikit. Tp tak perlu lari isu ke rasuah dsb. Rasuah judi mmg lah salah. Tp tengah isu khinzir maka bincanglah mengenai aspek tu. Saya lihat trend nak lari isu point kt benda lain ni byk yg anti-gomen je yg slalunya.. Last2 isu khinzir senang2 je swept under the rug sbb sibuk nak tackle semua isu sekaligus.

Anonymous 29/05/2014, 18:57  

Bagus makcik tu sensitif. Cara dia je salah. Kalau kita selalu sibuk kata nak dakwah non muslim, rsenye lg elok kita dakwah org kita yg xfaham lg nih before kita momok2kan kot..

Yusri 29/05/2014, 19:01  

Harini kilang cadbury. Esok arak pulak. Yg penting sepakat kita tegas tunjukkan yg muslim consumers have the power and corporations need to pay attention to the sensitivity and welfare of muslims especially in a country where islam is the religion of the federation.

Ameerah Abdul Azmil 29/05/2014, 19:07  

"Orang kata, jika benci, jangan benci terlalu benci. Sebab nanti, boleh jatuh hati!" Ewah.

Anonymous 29/05/2014, 19:37  

"Orang kata, jika benci, jangan benci terlalu benci. Sebab nanti, boleh jatuh hati! "

ni kes dulu dah jatuh hati(dengan cadbury) la ni, bila chenta dikhianati, tu pasal sanggup bakar membakar, saman menyaman. fufufu

Anonymous 29/05/2014, 19:56  

dari pegang yang bukan mahram baik pegang babi,, atleast nak kna samak je

Anonymous 29/05/2014, 19:58  

19.56! Haha, pergi la cari babi dan pegang, nak sgt!

Anonymous 29/05/2014, 20:21  

Kalau satu group lain dah handle isu babi, kita patut support. Itu isu yang dia pilih/minat..heh! Kalau kita minat nak 'champion'kan isu judi/rasuah, kita fight lah fasal judi/rasuah...simple.
Dah orang lain handle isu babi, jangan pula kita discourage dia. Kalau nak tegur, pergi cari orang tu, talk nicely to him/her.. hehe!
Tak rasa macam mengumpat ke, sbb kita berkata sesuatu yang tak baik mengenai orang lain. Niat nya nak berdakwah, end up dosa kering, menfitnah, menjaja aib orang lain. Lbh baik membunuh(asif yg kata nak pegang babi kat atas)

Anonymous 29/05/2014, 20:35  

kelakar baca komen orang. ada dua golongan. sama ada support atau bangkang. Heh. Padahal motip entry dia ni nak cakap kalau babi haram kita bising2 nak jauhi la bende la kan..hbis benda lain yang haram kita tutup mata je? hahadoi. Mohon baca entry dia ni dengan hati terbuka. Please. :)
*dari dulu aku perati komen blog dy ni. ada saja x puas hati ngan entry2 dy. Awak sangat tabah IG!"

Anonymous 29/05/2014, 20:48  

Deep!!!

Anonymous 29/05/2014, 21:01  

Saya sarankaan, kaji sejarah disebalik 'ketakutan' thdp babi. Bila ketaksuban ini bermula dan kenapa. Lepas buat kajian, baru boleh buat andaian fasal babi ni, kenapa insan2 disini takut sngt dgn babi.
Tanpa kajian terperinci fasal babi ni, not fair lahh kita belittle ketakutan awam fasal babi ni. Mungkin ada sejarah tersembunyi, cthnya; ada usaha yang berterusan dan jitu untuk menipu umat islam makan babi secara tersembunyi. Tu yg ramai org histeria fsl babi ni. Cuba la fahami disebalik ketakutan mrk ni. Lagi kan ke daging vavi ini ada virus/bact?, tu takut sgt tu. Bayangkan cacing berlingkaran dlm perut apg, tak geli ke?

Anonymous 29/05/2014, 21:18  

20:35, Jangan risau!
IG tahu isu ni kontroversi, tapi dia yang nak tulis jgk. Itu pon komen2 kat sini tak lah sampai tahap yg dia predict tu.
IG ni kira 'genius' jgk la. Dia nak tengok reaction pembaca dia, tu dia dpt wide spectrum of readers. Kiranya yg baca blog dia nih bukan lah yes-man/boys/girls sahaja, atau yang dianggap 'baik2' belaka. Actually, ramai yg suka baca entry dia, especially fasal, 'true teaching'.
Problemnya, bila dia terbawa dengan inclination yang lagi-satu-don't-know-what.Saya suka je baca entry dia yang tertentu, tapi ada bbrp entries tu berbaur provokatif. Tu yang frust tuu! Newton's law = you get what you give..?

Anonymous 29/05/2014, 21:39  

boleh jadi penulis mengutarakan kes2 yg lain untuk membuat perbandingan keberatan kes mengikut hukuman.

Unknown 29/05/2014, 21:53  

Entahlah..kecoh sume pasal ni..kilang arak berleluasa..kasino2..disco..bar..x de pulak nak dikecohkan..ni la Malaysia..

Anonymous 29/05/2014, 22:02  

Mana boleh islam separuh2, kena syumul. Tak kisahlah government ke anti government, kalau salah xkan kena biarkan sahaja?

pembacapeta 29/05/2014, 22:31  

Makan dwet haram secara sengaja tue lebih menghitam kan hati drpd TERmakan chokelat itu...kt mesia ni ade je undang2 tp enforcement out..bkn bab halal haram mknan je...sume bende lah...pasni ade lah kod makanan HALAM...

cikdukunmoden 29/05/2014, 23:33  

Ewah! Terkejut beruk gua nampak comment mung.

-Kakakmu nan cumil-

MisakiPureBlood 30/05/2014, 01:09  

IG tuh amende ye? Incik Gucci ke? sorry baru follow blog nih since senior saya post status Angelwearsgucci dekat fb beliau :D ahaha

anyway betul sgtlah apa yg ermm.. IG? cakap tu :D tak faham setengah pihak nih yg buat2 tak faham atau mmg tak faham atau smmngnya innocent TT^TT

kita duk salahkan babi sgt buat apelah, dia tuh makhluk ciptaan Tuhan maaa.. sesuke hati ngutuk babi TT^TT
(even babi mmg pengotor, errr..) tapi tadak sampai benci dya duk kutuk2 dia, dia pun ada maruah ahaha :)

btw nasib baik diaorg tak panggil IG dgn panggilan Cadbury XDD

Anonymous 30/05/2014, 01:45  

It just reflect ourselves yg kita ni x makn babi sbb itu perintah Allah atau merasakan babi itu merupakn haiwan yg jijik & sudah tentu sepatutnya kita sbg hamba melakukan semata mata mengikut perintah Allah bkn semata mata sbb rasa haiwan itu kotor &jijik

Anonymous 30/05/2014, 07:42  

Dah ada zina, riba, rasuah. Tambah babi skit apa ada hal.

qidin 30/05/2014, 07:59  

Apa2 pun... Babi yg naik nama... Hahahah

Qleopatra Sarah 30/05/2014, 08:07  

mula2 hamba rasa bersalah pulak nak share surat from babi with lahve ni.
sebab tajuknya agak kasar.

namun hamba tahu, entri2 tuan inche gabanna tidak ada yang mengecewakan hamba.

dan bila hamba mulai membacanya, hamba rasa ini adalah cara yang tepat utk menegakkan kebenarannya.

dan part yang paling hamba suka, bilamana tuan hamba menyelitkan tentang isu palestin dll.

semoga allah redha atas usaha inche..!


-Okhti Aqsa Syarif :P


Anonymous 30/05/2014, 08:46  

Babi memang haram dimakan, apa nak corner? straight kan?
Siape yang menyalahkan babi ni? Tak pon..Kalau salahkn dia ponn, bukannya dia tahu membaca. Kesalahn dituding kpd pengeluar, pengedar, pembeli(puas hati?) juga. Jangan suka sangat makan ikut redah je. Senang cakap boikot(opps, sensitip)/ jangan makan semua yang shubhah,disyaki. Rasanye mati kebuluran semua yang ikut blog ni, sbb kebanyakan yg kita makan masuk dlm kategori tsb..including yg makan gaji dan parents yg mkn gaji, anywhere..ye dop?talk about kesyumulan?
Semua orang patut main peranan untuk menegakkan kebenaran. Kita nak slahkan siapa disini? Semua tu ialah you, I, They...
Yang menyalak kat sini buat ape. You nak champion fsl judi, etc..go ahead. Just do it, go out there. Jangan suruh orang lain..you yang bising nak itu ini, tapi suruh orang lain yang buat. Setakat cakap kosong jer, you all tak kemana.
At least dia orang dah buat sesuautu yang dia orang nak championkan. You buat apa, setakat menyalak kat sini. Itu la keyboard warriors!

Anonymous 30/05/2014, 09:06  

anon 08:46,
mgkin kmu xkenal kot sape IG..
dalam setiap tulisan dy nk dikatakan yg umat manusia sekrg sgt teruk dgn jahiliyyah yg menjad-jadi..
dan solusinya adalah TARBIYAH, kembali pada Allah..
kerana, org yg ditarbiyah & mengamalkn ayat2 quran sedaya upaya akn menjauhi perkara yg dilarang oleh Allah spt arak, judi, riba dsb..

Anonymous 30/05/2014, 10:14  

Moga Allah redha.
Moga Allah redha Inche Gabbana.
Moga Allah redha kita.

Anonymous 30/05/2014, 11:01  

Dah agak dah.....sifat bani kemelayuan sudah muncul.....hehehe

Unknown 30/05/2014, 13:01  

menyalak ade kena cara jugak oi anonymous,mesti anonymous tu makcik yang nak tukar darah tu, ahaks, mohon betulkan tudung makcik, tudung makcik senget.fullstop! ngee

Anonymous 30/05/2014, 13:36  

Sesegar, makcik yg mana oii? I tak tengok laa, orang guling2 bagai...
Tu dah buat dosa kering, tuduh orang sembarangan. Dakwah apa camni? Pastu tuduh plk melayu apa la, ko tu cina singapork ke?

Anonymous 30/05/2014, 13:47  

9.06! dan anon2! orang yang you all cakap tu (riba, judi,etc) tak de dalam blog apg ni, kan? ke ada? tu yang I suruh you all pergi luar sana, bukan shout kat sini.
Tapi yang termakan cadbury mungkin ramai, tu yang I suggest supaya berhati2 bila makan cadbury, starbuck and sewaktu dgn nya. Kalau nak nasihat hal judi kena pergi genting atau magnum. Kat blog ni tak de kot pesalah laku tsb.

Anonymous 30/05/2014, 13:59  

13.01 You nak suruh/betulkan tudung makcik tu kena la cari dia kat sane. Kat sini takde dia. You dah malukan dia kat blog ni. Kena minta ampun dari dia. Walau pon dia buat salah, tapi dosa you mengaibkan dan mengumpat dia, lebih teruk dari membunuh. Bab babi2 ni dah kira belakang dahh. Pastu you tuduh pulak anon ni, kata dia makcik tu, you dah 'hutang' kat dua orang nih!

Unknown 30/05/2014, 14:56  

benar! haiwan ini tiada dosa,tapi kita yang banyak dosa ini selalu mempertikaikan kesalahannya .jazakumullah khair IG ! 👍

Anonymous 30/05/2014, 15:14  

sila buka minda luas luas bila membaca. kalau tak faham, baca lagi banyak kali. jangan terus menuduh membuta tuli. pada saya apa yang penulis cuba sampaikan sebenarnya isinya sangat ringan dan mudah difahami. husnuzon semua. husnuzon.

1. penulis da tekankan babi itu haram. bila termakan babi tanpa niat tanpa pengetahuan, allah tak cakap suruh samak mulut atau tukar darah. cukup sekadar kamu menghindari makanan itu. istigfar. mengucap kalau takut murtad. buat solat taubat. allah maha mengetahui lagi memahami. islam itu mudah dan indah. jangan dipersulit.

2. penulis menegur dengan cara dia sendiri. tak kiralah dia keyboard warrior ke tak. yang penting dia tak paparkan nama atau gambar sesiapa yang akan membuka aib mereka. perkataan makcik pakcik atau kata ganti nama lain bukanlah satu kesalahan jika digunakan untuk menegur dalam ruangan yang seluruh dunia baca sebab ia tak membuka aib sesiapa tak diklasifikasikan khas untuk siapa. sesiapapun boleh jadi makcik pakcik kau aku dia atau mereka.

3. yang penulis pertikaikan, kenapa bila timbul isu babi dalam makanan, semua orang beriya melawan menegakkan kebenaran. kenapa tidak bila pihak berkuasa menyerbu tempat perjudian pelacuran dan kelab malam, semua orang yang mahu menegakkan islam dan kebenaran bersuara membantu pihak berkuasa?

4. kita dari kecik diajar selain babi, arak zina judi rasuah riba' juga haram tapi kenapa hanya isu babi yang beriya diperjuangkan?

Anonymous 30/05/2014, 15:34  

Isu riba, rasuah, dan lain2 dah sebati sgt kot sampai takleh cakap.

Anonymous 30/05/2014, 16:51  

HAha...klka...tapi itulah..klu kita tak buat kerja sbagai hamba dan khalifah.maksudnya kita lagi teruk dari ****......takutnya....;(

Anonymous 30/05/2014, 17:07  

At least he is brave enough to change what most out there were thinking. Ini bukan manipulating existing issues saja2. Pemikiran orang kat luar sana yg salah tu lah yg sgt2 perlu ditukar. Bukankah itu juga satu usaha?? Its not what you do that mean you must go do something other than speaking. Speaking to influence others also an effort isnt it.? Jadi tak perlulah mempertikai usaha orang. Ignorant people doesn't do this. Just my opinion. No offence

Anonymous 30/05/2014, 17:51  

Allahuakhbar,,, thanks ats peringatannya.

Zida 30/05/2014, 18:25  

Admin blog Angel Pakai Gucci (APG) ni dikenali dengan nama Inche Gabbana (IG). Selamat membaca :)

Mohamed iliyas 30/05/2014, 22:54  

May Allah SWT reward you in this life and the hereafter.
thank you for well written article..

nabil mikael 30/05/2014, 23:37  

saya setuju pendapat saudara. tp kadang2 apa yg kita lihat dikaca tv sebenarnya ter'over' sedikit reaksinya. pada saya, syukur masih ada yang mengambil berat tentang halal haram makanan walaupun pada hakikatnya masih belum 100% mengamalkan halal haram dlm kehidupan seharian. sekurang2nya di hati masih ada iman :)
p/s: sebenarnya saya adalah penggemar mknn ringan terutama coklat.alhamdulillah kejadian ini telah membuka mata saya untuk sgt berhati2 dalam memilih mknn. sekarang, saya sudah tidak mengambil sebarang makanan yang mengandungi kod2 meragukan. insyaallah akan saya perjuangkan juga halal haram dlm kehidupan seharian.semoga kita sekalian sama2 dibukakan pintu hati oleh Allah untuk menerima hidayahNya sebalik kejadian ini dan sama2 jadikan iktibar. insyaallah.

Unknown 31/05/2014, 00:00  

Amin..

Anonymous 31/05/2014, 04:05  

Bribery, and many more excluding pig were also the historic sins ,... The reason why malay aren't so much allergic with this major sins are not because the daei in previous time didn't do their part.. It's because how much the society were too attached with it, that it makes the major sins become hard to avoid..

Anonymous 31/05/2014, 05:29  

subhanAllah...

Royz 31/05/2014, 11:41  

Nice article.
Worth reading.
Hope people will change their timid mind.

Anonymous 31/05/2014, 15:55  

bila Isa Alaihis Salaam turun, perkara pertama yang akan dibuat ialah hapuskan salib dan babi. Fikirkan fikirkan.

Anonymous 31/05/2014, 20:15  

Thumbs up ^^
Barakallahu fik, nice entry

Anonymous 31/05/2014, 21:20  

Anonymous31/05/2014 15:55
bila Isa Alaihis Salaam turun, perkara pertama yang akan dibuat ialah hapuskan salib dan babi. Fikirkan fikirkan.

---------------------------------

Errr so kena bunuh semua babi la niee...?? 😂

Unknown 01/06/2014, 03:36  

Haha lawakla

Anonymous 01/06/2014, 20:13  

org yg memilih untuk rasuah dan sbgnya yg haram, itu Allah tahu. Dan kalau kita pun kne dakwah lah sbb amalmakruf nahi mungkar.

Yg ini,kita sbg hak pengguna,beli mkanan guna duit yg halal, harapan ada cop halal from jakim, makanan tu halal. Jika ada babi, rasa tertipu la. Maybe reaction sesetengah pihak berlebihan, itu sama2 la tegur. Jgn la kutuk2 sgt.

Cth kat uk, ramai org allergi nut, pastu beli mkanan yg cakap xde nut. Skali cek2 ada nut trace. Semua org patut diam ke? Itu health belief dierunk, kte respect,abes kalau makcik tu mmg xnak ada trace dna babipun. Dia ada hak la!

Hamba Allah 02/06/2014, 05:11  

Duk Kecoh sgt kenapa pun tak tau..
Ada kebenarannya dgn apa yg IG cuba sampaikan tu..
Yg Baik jadikn teladan.. Yg buruk jadikan sempadan...
Husnuzon der Husnuzon.. toksah nak kaitkan politik apa bagai..
its All about Islam.. dan kalau hangpa rasa tak puas hati, p bukak Al-Quran and kitab2 cari dalil..
Jangan duk pikiaq nak cari salah org jaa.. Kira Syukur lah masih ada golongan yg sudi mengingatkan sesama Islam.. dari semua buat bodoh tak sedaq n still hidup dlm zaman jahiliyah..
tak dak isu keyboard warrior bagailah.. hangpa menaip pun guna keyboard/keypad jgk(except org kaya yg henpon depa ada pen tu.haha)..
anyway.. good job IG.. anda berjaya membuka minda.. Semoga Allah Redha.. InsyaAllah.. ^^V

Anonymous 02/06/2014, 06:31  

Maaf tangan hamba pendek utk menaip komen. Eh dh ter-taip pulokk. Haha. Nice IG. Simple yet it so deep. Harap semua ubah cara fikiran. Niat dakwah, in sha Allah akan diredhai :)

P/s : ada sesetengah yg membaca artikel mempunyai kuasa di dunia tapi hati masih gelap utk ikut agama Allah. Semoga Allah bagi hidayah utk menutup kilang arak, casino dan sebagainya.

Anonymous 03/06/2014, 14:39  

Saja nak bagitau.

Aku dah lama tak baca quran. Dulu aku baca tiap tiap hari. Tapi tahun ni aku dapati aku banyak tidak membaca quran. Hati rasa gersang. Aku rasa sangat tidak sedap hati.

Dulu aku mengerjakan amalan sunat. Dhuha, qiamullail, etc etc. Tapi tahun ni aku dah tak buat semua tu. Serius aku rasa macam hati aku dah mati. Aku rasa macam nak mati je. Tahun ni banyak buat mende tuhan larang. Tu la kot sebabnya.

Entah la kenapa aku citer kat sini. Hahahaha.

Tapi hmm..pagi tadi aku bukak quran. Tak ingat ayat mana. Lebih kurang berbunyik, "apakah kamu sangka kamu dihidupkan tanpa ada tujuan@main2". Terpegun aku jap.

Nampak sangat hmmmm aku dah lost dari jalan tuhan.

Sedih tu sedih. Tapi ada besar zarah dalam hati rasa gembira sebab tuhan campak ilham supaya belek kembali quran pagi ni.

Kbye. Dah habis karangan sharing.

Oh ye. Ramadhan is coming soon. I want to live until that time comes. I want to win in that race. Race over your ownself. *bbasha*

May Allah bless you IG.ameen.

Anonymous 04/06/2014, 00:07  

kalau isu babi yang kecil nih pun tak leh nak tangani apatah lagi bab rasuah,judi,arak bala tu suma.. dari yang kecil nih la kita patut mula

Anonymous 04/06/2014, 21:46  

Tuan hamba, memang saya, puan hamba, tak pernah terfikir nak berfikir macam tuan hamba. Kadang-kadang, benda yang besar isu ni, jika kita balek pada hukum hakam, sebenarnya mudah. Allah dah bagi tau kita - cuma kita yang sebenarnya yang tak pernah nak baca sampai habis ni, suka jump to conclusion. Terima kasih saja lah membuka bicara tentang kaum hamba ni.

Unknown 05/06/2014, 11:51  

Assalamualaikum..

sedih sebenarnya membaca pendapat pembaca yg masih tidak faham akan isu yg cuba dilontarkan oleh IG..

"kenapa nak lari isu lain, rasuah etc.. taulah anti-gomen"

saudara/i, perkara pokok yg dbincangkn sekarang adalah mengenai sikap umat Islam yg cepat melatah akan haram nya babi tu, sedangkan isu tersebut masih kabur.. yg umat Islam nampak, babi itu haram. sedangkan banyak lagi maksiat, dosa dan noda yang berleluasa depan mata kita diamkan aje.. lagi satu, IG xmention pon dosa rasuah itu dilakukan gov rasenye, knp terasa?

" ikut suka org lah nk championing dlm isu ape"

oh really? tp bukankah setiap yg haram itu harus diperangi? Maksud sy, bayangkn andai saudara sibuk memerangi virus homoseks dan sebagainya, tetapi saudara mendiamkan isu rasuah, melepaskan tangan isu aurat, sempurnakah Iman saudara?

"IG hanya keyboard finger warrior"

If u think he is, then I'll just say that I'm glad that he exist. This "keyboard finger warrior" lah yg sentiasa menghantar surat2 cinta penambah iman hamba.. InsyAllah. :)

Anonymous 06/06/2014, 02:12  

Like Dolce and Gabbana..

FIR 06/06/2014, 09:21  

Tersangat benar. Saya pernah mendengar satu ceramah antara isu yang dibincangkan ialah 25 sebab khinzir diciptakan. Antaranya untuk menjadi pengajaran kepada manusia dari segi sifatnya...

Dan isu Cadbury.

Kita yang Muslim ini sepatutnya lebih menyokong perniagaan Muslim. Kerana sesama Muslim barulah tahu apa yang halal atau haram bagi saudaranya. Cadbury setahu saya bukan milik orang Muslim dan apa yang dapat saya katakan di sini, orang bukan Islam bukannya ambil tahu apa yang orang Islam boleh makan tau tidak. Rasa macam tak patut letakkan kesalahan 100% pada mereka. Ditambah pula dengan doalak dalik fasal DNA khinzir yang dah ala-ala chpsmore kejap ada kejap tak da. The point is, kita yang tentukan pemakanan kita bukannya Cadbury atau apa. Sekian. Pilihan di tangan kita.

Unknown 07/06/2014, 00:33  

Thumbs up! (Y)

shue_fearless_gurl 08/06/2014, 02:26  

kahkahkah memang umat islam ni takboleh kalau nak provok sikit,nak dengar isu yg selamat2 aje..mcm mana pemikiran nak maju? *geleng kepala*

Anonymous 11/06/2014, 21:32  

bab...bab...babbbeee...
haram, harammm...haraammm...
Semua orang tahu apa yang halal dan haram...TAUUUUU....tu saje. Tak kan itu ponnn tak tau, sejak azali semuaaa orang tauuuu! Tak kan apg tulis baru nak tau benda2 tu? Kat sekolah ponn ada belajar. ke tido masa tu? Yang anehnya, kenapa tak buat apa2 ponnnnn@@@?????

Anonymous 11/06/2014, 21:58  

Nobody disputes those sins that are equally sinful. Only the manner the matter is forwarded. My opinion is, we should forward the matter to the relevant parties if we are to be more effective and sincere. Unless, you are only interested in educating those here which might not reach the intended party.
Anyway, I cannot fathom the situation here where there are many who seem detached from the surrounding. I do not see anyone or any ordinary folk agreeing to those sins.
Besides, there are on-going efforts to curb those issues. It is NOT anything new, as it might want to be seen here. Again, I would suggest we channel our frustration and intention to the relevant bodies.

haifa muslihah 12/06/2014, 09:18  

Tolong baca dgn hati terbuka...ambil mane yg baik...nobody was born to be perfect... Support laa usaha org len nk tegakkan kebenaran...klu nk sgt sentuh isu len tu, ape kata mak cik sendiri yg buat...huhu, oke..sorry2...why not we be professional...juz be positive, you will see its speciality...btw, thums up IG...^_^...

Anonymous 12/06/2014, 10:10  

Nais entry bruhh *thumbs up*

Wpon banyak komen yg glabah lalat.
Poin IG mudah diotakkan kot ^_^

Renung2kanla...

Anonymous 12/06/2014, 17:33  

Keyboard warrior atau x, penulis ni dah hasilkan buku. Mngubah pemikiran beberapa manusia y mmbaca blognya. Mmbantu dalam menyedarkan orang2 y lalai. Dan kita? Hanya mmpu menghukum. Heh. Dia ad usaha. Kita? Kita bila lagi nak berusaha menggerakkan dakwah islam. Mohon jgn judge penulis melalui satu entry ni saja. :)

Anonymous 12/06/2014, 17:42  

Mana tahu tak islam Cadbury kat MALAYSIA ni? :) saya dengar pemegangnya islam. Pekerja pun islam. And diorang sngat strict dgn rules and regulation. Tahu tak kat malaysia ni ad dua jenis cadbury? Satu imported dri luar negara satu lagi malaysia punya. Hee. :) chill2. Jgn tuduh2 tanpa melulu. :)

Anonymous 22/07/2014, 12:14  

mohon copy yah tuan tanah

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP