30 December 2010

Maaf, Kaki Sofa Seperti Anda Tidak Layak Bermain Bola!

Harimau Malaya Juara!

Pasti sudah agak basi, tapi masih belum terlambat untuk mengucapkan teramat paling tahniah untuk pasukan Malaysia kerana berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF buat pertama kalinya dalam sejarah temasya bola sepak itu dianjurkan!

Saya turut berasa bangga, walaupun pada hakikatnya saya bukanlah seorang penonton aka penyokong bola sepak yang tegar lagi bergaya. Sebagai rakyat Malaysia, kejayaan mengalahkan Indonesia merupakan suatu kebanggan yang tidak dapat hendak disorokkan! Hihihi..

Syabas! Kini saya tidak malu untuk mengaku yang saya adalah rakyat Malingsia! [Kredit Gambar]

Tahniah Inche (tak lama lagi Datuk Sultan Pahang mungkin..?) Rajagobal dan pasukan!

Harapnya, Malaysia akan dapat mengekalkan kejayaan ini di masa-masa hadapan. Lebih kool lagi sekiranya dapat melangkah masuk ke Piala Dunia pula! Kompem kali ni Pak Najib bagi cuti sebulan! Wahahaha.. ;D

Tahniah pasukan Malaysia! Dan terima kasih kerana bagi cuti esok..! Yabedabedu...! ;p

Mengapa begitu gigih..?
Tapi kan, saya ada persoalan yang lebih menarik dan kool untuk anda semua. Agaknyalah kan, mengapa para pemain kedua-dua negara, juga para penyokongnya begitu berkobar-kobar dan sungguh bersemangat untuk memastikan pasukan masing-masing menjuarai kejohanan pada kali ini..?

Nak kata sapa menang akan mendapat hadiah lumayan berjumlah sembilan puluh lapan trillion dollar Amerika daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tak pulak. Menang Piala Dunia pon tak segrand itu.

Nak kata sapa menang nanti akan dijulang sebagai sebuah negara gah, jago dalam suka bola sepak antarabangsa dan layak dihormati sampai bila-bila.. Errr.... Piala Suzuki AFF je pon. 

Nak kata siapa yang menang akan memegang status yang amat berprestij dan akan ditakuti oleh segenap pasukan bolasepak antarabangsa. Ulang balik. Errr... Piala Suzuki AFF je pon. Lagi pon, tak lama pon rasa megah dan bangga dengan kejuaraan tu, siapa-siapa yang menang pon. Sekejap je la naik tocang.

So mengapa..? Mengapa agaknya para pemain skuad bola sepak masing-masing begitu gigih berusaha bagi memastikan kemenangan menjadi milik pasukan mereka? Mengapa para penyokong begitu berkobar-kobar, sehingga sanggup bergaduh meludah di muka sendiri semata-mata mahu membela pasukan masing-masing..?

Apa-apa pon jawapan anda, saya pasti temanya pasti berlegar-legar pada peri pentingnya perlawanan ini. Senang kata, kiranya perlawanan ni penting sangatlah buat rakyat Malaysia mahupun Indonesia! Tak kiralah apa pon alasannya!

Perlawanan Kalah Mati
Baiklah. Saya berikan anda satu gambaran berupa analogi. Katakanlah anda mempunyai sebuah pasukan bola sepak, yang akan menentang sebuah pasukan bolasepak negara komunis zalim tahap Raja Raksasa Syaitan Pikor. Ok sila bayangkan sekarang. Dan ini adalah perlawanan kalah mati. Kiranya, sekiranya anda kalah, anda dan seluruh pasukan anda termasuk Inche Jurulatih dan Inche Pengurus akan dibunuh dengan disula tombak Jawa Madura. Eh.

Jadi anda dan pasukan pon berlatihlah bagai nak mati, kerana sekiranya pasukan anda kalah, memang anda akan mati. Hohoho.. Tiba-tiba kan, sehari sebelum hari perlawanan, 3 orang tunggak utama pasukan anda menghilangkan diri. Seorang lari ke negara asal kerana tidak dapat menanggung tekanan yang teramat dahsyat. Seorang lagi telah terjun dari gaung tinggi juga kerana alasan yang sama. Dan pemain bintang anda, seorang penyerang yang amat berbakat, disyaki diculik oleh pasukan pihak lawan bagi menjejaskan prestasi pasukan anda. Dan anda pula tiada pemain simpana. Cukup-cukup je 11 orang!

Apa perasaan anda..? Apa yang anda dan seluruh pasukan akan lakukan..?

Biar saya teka. Anda akan berjalan-jalan di waktu petang sambil menghirup udara segar, menikmati pemandangan indah di tepi tasik, sambil memerhatikan orang yang ada di sekeliling dan terus menarik sesiapa yang anda jumpa untuk menyertai pasukan anda. Tak kiralah Mak Cik penjual pisang goreng ke, kanak-kanak riang yang sedang mengayuh basikal roda tiga ke, atau tok haji tua kerepot yang sedang khusyuk bermain dam. Siapa-siapa pon tak kisahlah, asalkan dapat menggantikan tiga kekosongan di dalam pasukan anda. Begitu..?

Apa anda nak mamp*s..? Wahahaha.. Pasti tidak bukan..? Anda sebenarnya sedang mengambil risiko yang amat besar sekiranya anda membuat pilihan secara rawak untuk menggantikan kekosongan dalam pasukan anda itu. Ingat! Sekiranya anda kalah, nyawa anda dan seluruh pasukan akan melayang..! 

Jadi pastinya anda akan lebih berhati-hati dalam membuat pilihan. Paling koman pon anda akan memilih si Jali yang dahulunya pernah mewakili sekolah rendah dalam pertandingan bola sepak peringkat daerah, tak pon si Pak Haji Santok, yang pernah suatu ketika dahulu menjadi jurulatih pasukan bola sepak Kampung Nasi Lemak Sebungkus. Pendek kata, anda akan memilih pemain yang mempunyai sekurang-kurangnya asas dalam menyepak bola. Tidaklah main pilih secara semborono sahaja!

Pilih betul-betul! Salah pilih nanti anda yang rugi! [Kredit Gambar]

Sekiranya anda tidak betul-betul memilih, anda bukan sahaja telah mengambil risiko besar, menyebabkan pasukan anda ada kemungkinan besar akan kalah dalam perlawanan tersebut. Tetapi secara tidak langsung anda juga telah memberi peluang keemasan untuk pasukan lawan menjuarai perlawanan!

Bola Sepak dan Dakwah
Sebenarnya banyak juga pengajaran daripada bola sepak yang boleh diserapkan dalam kita beramal dengan dakwah. Selain amal jamai'e, berdisiplin dan mendengar arahan ketua, analogi yang saya berikan di atas juga sebenarnya amat signifkan untuk diaplikasikan dalam kita menyampaikan risalah Allah.

Tanyalah bagaimana. Ya, sila bertanya, tidak perlu malu-malu. Ok terima kasih senyum.

Begini. Dalam keadaan Islam berada dalam keadaan yang begitu teruk dan tertindas, kita sebenarnya amat terdesak dalam memperkuatkan saf perjuangan kita. Benarlah dakwah itu wajib disampaikan kepada sesiapa sahaja, namun dalam kita memastikan kita dapat membina pasukan yang benar-benar kuat dan mampu memberikan saingan sengit kepada musuh Islam, mahu tidak mahu kita juga sebenarnya perlu membuat pilihan yang tepat lagi bernas.

Ok ini akan jadi kontroversi saya tahu. Wahaha..

Tapi itulah fiqh dakwah dalam keadaan semasa. Kita tidak boleh main semberono sahaja berdakwah, kerana itu akan merugikan kita. Samalah seperti situasi bola sepak yang saya berikan tadi. Malah lebih serius lagi kerana dakwah itu wajib dan sekiranya ia tidak disampaikan dengan baik, kita akan bertanggungjawab sepenuhnya di akhirat nanti. Arakian sekiranya kita gagal membuat pilihan yang tepat, maka secara tidak langsungnya kita telah memberikan peluang percuma kepada pasukan lawan untuk menjuarai perlawanan good versus evil ini.

Oh pilih apa ni..? Anda bertanya sambil menggaru kepala yang tidak berapa gatal.

Pilih orang untuk didakwahilah! Ha, kan dah kontroversi tu..? Haha..

Benar. Dalam situasi di mana kita mempunyai banyak pilihan dan pada masa yang sama, kita kekurangan tenaga dan amat terdesak untuk memperkuatkan saf perjuangan kita, kita sebenarnya terpaksa memilih dengan teliti siapakah orang-orang yang dapat membantu kita untuk melajukan lagi gerak derap dakwah kita.

Dakwah itu wajib disampaikan kepada semua orang, tapi bukan semua orang yang benar-benar dapat berkorban tenaga, masa, jiwa dan harta untuk kebaikan Islam. Dan orang-orang beginilah yang perlu kita pilih untuk bersama-sama dengan saf kita.

Tapi nak pilih siapa..? Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang itu untuk dipilih..? Peninglah macam ni..! Wahaha.. Sila maafkan saya. Lain kali Insha-Allah sekiranya ada peluang saya akan eksplen pula bab yang ini. Seronok juga dapat provok anda semua! Hihihi.. 

Eksklusifnya...!
Eksklusif..? Haha.. Memanglah kelab ini eksklusif, hanya untuk orang-orang yang terpilih sahaja. Tapi anda fikir, siapa yang terpilih menjadi ahli kelab, adakah mereka akan bergembira, bersuka ria bergoyang kaki sahaja..?

Tidak! Malah merekalah orang-orang yang paling besar dan banyak pengorbanannya bagi memastikan Islam naik semula. Dan selepas pengorbanan dan perjuangan mereka menjadi batu asas dan tulang belakang kepada Islam itu sendiri, barulah keahlian kelab ini dapat dibuka kepada umum. 

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman,” sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
 [al-Ankabut, 29:2-3]


Oh tetapi sebagai bukti dan hujah yang teknik amat berkesan, lihat sahaja pada sirah Rasulullah SAW. Baginda SAW di peringkat awal dakwahnya amat memilih, kepada siapakah dakwahnya perlu disampaikan. Maka baginda memilih Abu Bakr r.a., sebagai antara orang yang terawal untuk membantu baginda menyebarkan dakwah. Kemudian giliran Abu Bakr pula memilih; beliau membawa enam orang lagi memeluk Islam keesokan harinya. Terbukti pilihan Nabi SAW itu sangat tepat. Terbukti juga pilihan Abu Bakr juga hebat; keenam-enam sahabat yang didakwahnya itu semuanya adalah di kalangan 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga oleh Allah! Walaweh...!

Anda pernah dengar doa Nabi SAW, meminta agar Allah menguatkan saf umat Islam dengan dua orang Umar (Umar al-Khattab dan Abu Jahal)..? Di situ juga jelas elemen pemilihan. Ada kualiti-kualiti tertentu yang ada pada mereka, yang pastinya dilihat oleh Nabi SAW sebagai perlu dan ideal untuk membantu perkembangan dakwah Islam.

"Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam"

[al-Baqarah, 2:132]


Nah! Allah juga memilih bukan..? Haha..

Ok sudah cukup saya membebel. Nanti pening pula anda yang membacanya! Haha.. Sebenarnya topik ini amat panjang untuk dihuraikan. Cukuplah sekadar saya memberikan trailernya dahulu. Hihihih.. Anda tak faham..? Tak mengapa, anda masih punya banyak masa untuk memahaminya Insha-Allah.. ;)

Oh tapi ada satu lagi point yang amat best! Sekiranya pasukan kita betul-betul kuat dan hebat, pastinya sokongan yang diberikan oleh para penyokong juga amat menggalakkan! Lihat sahaja perlawanan akhir semalam; mereka yang selama ini tidak pernah peduli tentang perkembangan bola sepak Malaysia juga tiba-tiba menjadi penyokong tegar..!

Begitu juga dengan dakwah dan pasukan pemuda-pemudi yang membawa panji-panji dakwah. Sekiranya pasukan ini hebat dan benar-benar menjalankan tugas mereka, pastinya suatu hari nanti berbondong-bondong orang yang akan datang menyokong Islam.

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk ke dalam deen Allah, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
[an-Nasr, 110:1-3]

Maka dalam membentuk pasukan yang kuat dan hebat, kita hendaklah memilih rakan sepasukan yang benar-benar serius dan gigih tahap Son Goku hendak mengalahkan Fliza untuk bersama-sama kita dalam dakwah ini! Dan kemenangan dari Allah itu pasti akan datang apabila kita telah berjaya membentuk pasukan yang benar-benar sabar, taat dan penuh disiplin.

Pilihlah aku Ya Rabb! Pilihlah aku! [Kredit Gambar]

Ayuh! Apa tunggu lagi..? Anda tidak mahu sertai pasukan saya...?? ;)

-gabbana-

Terima kasih sekali lagi kepada pasukan Harimau Malaya! Kerana andalah saya cuti esok hari! Terima kasih Pak Najib! Terima kasih 1Malaysia! Wahahaha.. ;D

12 Caci Maki Puji Muji:

Mohammad Aiman 30/12/2010, 17:54  

cuti seronok aja...
haha

IMANSHAH 30/12/2010, 20:47  

kenapa budak2 sekolah kamu degil bangat..suh pakai tight pun tak nak??

Anonymous 31/12/2010, 10:09  

anda cuti saya tidak

Inche gabbana 31/12/2010, 15:24  

aiman: sgt sgt saanngggaaatt seronottt...! ;D

Inche gabbana 31/12/2010, 15:25  

cikgu: hahaha.. dia tak boleh paksa cikgu. dia kena guna kasih syg, pujuk leklok, sentuh hati dia.. ;)

semoga berjaya! hihihi..

Inche gabbana 31/12/2010, 15:25  

enonimus: saya cuti daripada bekerja tetapi tidak dalam berdakwah! iAllah.. ;)

faisalzulkifli 03/01/2011, 06:29  

adam seronok baca tulisan2 ko..makin hari makin aktif..

anyway, kita boleh sokong team malaysia, tapi kenapa dalam dakwah kita tidak sokong dan dokong parti islam?..jika benar untuk kuatkan saf, kenapa tidak kuatkan saf yang telah sedia ada?

ak reserve komen ak pasal ekslusif dsb dulu..

Inche gabbana 03/01/2011, 08:15  

hahaha.. cha cha.. i can't believe after so long, u still got the same set of mentality.. hehe..

bila ko kata saf yg sedia ada, apa maksud ko..? perjuangan dakwah kat Malaysia ni dah bermula lama sebelum Pas ditubuhkan. Then kena sokong persatuan/badan yg mula2 ditubuhkan tu dulu la dak..?

tak boleh la nak berfikiran single party je cha. sama la mcm EPL pon. ada MU, ada chelsea, ada liverpool.. ko tak boleh nak cakap kt supporters chelsea ntok sokong arsenal! naya nnt.. heheh..

tp dalam byk2 player yg ada, mereka akan diserap, dipilih ntok mewakili negara bila Piala Dunia. samalah cha. tak kisahlah kita bergerak mengikut mana2 pasukan bola pon, tapi bila time nak menentang musuh Islam, kita semua WAJIb bersatu. kalau tak, macam aku cakap ah, kita memberi kemenangan percuma kepada musuh2 Islam.

kalau ko nak argue byk2 parti Islam ni akan memecahbelahkan umat Islam, haha, then I think u shud start looking at our neighbour, Indon. tgk berapa byk parti islam yg ada kat sana; Nahdatul Ulama', Muhammadiyyah, PKS dan byk lagi..

Tapi sapa yg tgh bangkit dan dijangka menang pilihanraya 2014? PKS, sebuah parti Islam yang kalau nak ikutkan umur dia ditubuhkan, sgtlah hingusan nak dibandingkan ngan parti2 Islam yg lain..

pengajarannya..? org nak kan perubahan, reformasi. nafas baru. kalau parti islam yg ada tak boleh nak bawak perubahan spt yg dijanjikan, org dah mula bosan..

hahaha.. tak guna ah cakap pjg2 cha oii, sbb aku tau pendirian ko, dan ko pon tau pendirian aku.

tp best gak perbincangan ilmiah mcm ni. moga kita dan sesapa yg baca mendapat manfaat, biidznillah.. ;)

allahu musta'an..!

lady P 04/05/2011, 21:09  

salam.
dh baca,superb article.
klo ade lg tlg info
n komen panjang d atas ni pon mnarik n informative juga.
jzkk
barakallahualaik

Inche gabbana 05/05/2011, 09:19  

lady P: iAllah nnt sy check lagi.

barakallau fik. ballighuni walau ayah. sebar2kanlah memana yg baik ye..? ;)

lady P 05/05/2011, 15:46  

ins allah,bukan setakat sebarkan quote2 best, dengan blog2 ni skali kami sebarkan.
demi menubuhkan angkatan daie yg casual,cool dan bergaya.
hope u dun mind us sharing things from here wif others ek.
JZKK
moga allah membalas dgn sebaik2 ganjaran (quote u again)
pis

Inche gabbana 06/05/2011, 17:28  

i DON'T mind at all...!! xD

sila sebar2kan ntok perbanyakkan saham sorga saya..! hehehe..

jzkk!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP