20 January 2012

Puan Mama, Saya Nak Jadi Jurutera Boleh..??

[Kredit]

Puan Mama, saya nak jadi jurutera. Tapi bukan jurutera yang bina bangunan atau jambatan itu. Bukan juga jurutera yang duduk di opis menguruskan projek-projek mega, meneliti pelan projek dan memakai topi kuning yang bergaya itu. Bukan. Tapi jurutera yang melakar pelan dakwah dan tarbiyah. Jurutera yang membina hati-hati manusia yang dahagakan sentuhan ajaibnya. Jurutera macho yang sanggup berpanas berpeluh kerana bekerja keras untuk memastikan terbinanya qaedah sulbah dan individu-individu Muslim untuk ummah ini.

Puan Mama, saya nak jadi doktor. Tapi bukan doktor di hospital atau klinik-klinik swasta itu. Bukan juga doktor peribadi kepada mana-mana raja atau menteri yang tugasnya cukup mudah tapi gajinya sudah boleh membeliakkan mata. Ya, taraf doktor di mata masyarakat cukup tinggi, tapi bukan doktor itu yang saya maksudkan. Saya mahu menjadi doktor kepada hati-hati manusia, yang berkorban masa, jiwa dan tenaga untuk merawat umat dan masyarakat yang sedang sakit tenat. Doktor yang walaupon terpaska menahan mual merawat nanah dan luka yang cukup dahsyat di kalangan masyarakat, tapi masih cekal semangat dan utuh azamnya untuk terus merawat dan merawat dan merawat.

Puan Mama, saya nak jadi cikgu. Tapi bukan cikgu di sekolah tadika penuh dengan kanak-kanak comel-comel tembam eeyyy geramnyaaaa itu! Walaupon saya amat suka pada kanak-kanak. Apatah lagi menjadi cikgu di sekolah rendah atau menengah, yang pastinya akan tertekan melayan karenah anak-anak yang bermacam ragam dan garam. Belum lagi dihitung tugas-tugas sampingan yang bertimbun-timbun itu. Ish tak ingin lah saya. Tapi cikgu kepada manusia, yang menjadi pusat rujukan mereka tatkala mereka merasakan hati-hati mereka kering dan keras. Cikgu yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah dalam memberikan tunjuk ajar dan kasih-sayang dalam mencari redhaNya.

Puan Mama, saya nak jadi arkitek. Tapi bukan arkitek yang terkenal seperti Hijaz Kasturi itu. Bukan arkitek yang cukup pandai dan genius melukis pelan-pelan bangunan dan monumen yang cukup mengagumkan itu. Tapi arkitek kepada dakwah dan tarbiyah; yang merangka gerak kerja dan strategi dakwah demi memastikan kesinambungan dan kelestarian dakwah dan tarbiyah. Juga arkitek kepada manusia, yang melukis dan merancang hala tuju mereka yang memerlukan bimbingan dan panduan yang berterusan. Saya mahu lukis dan reka monumen kemanusiaan yang bakal menjadi saksi kepada perjuangan ini!

Puan Mama, saya nak jadi askar. Tapi bukan askar yang gagah perkasa macho bergaya memakai baju celoreng itu. Bukan askar yang setia mempertahankan keselamatan negara setiap masa dan ketika, walaupon kadang-kadang jasa mereka tidak pernah dihargai. Bukan. Saya nak jadi askar yang mempertahankan kedaulatan Islam dan ummat. Yang lantas menyahut semboyan jihad bila-bila masa sahaja ia dibunyikan. Yang tidak gentar pada musuh, baik yang nampak atau tidak. Yang akan melakukan apa sahaja demi memastikan Islam terus terjaga dan terpelihara.

Puan Mama, saya nak jadi polis. Tapi bukan polis yang memakai uniform biru tua itu. Bukan polis yang tugasnya menangkap penjenayah dan menjaga keselamatan dan keharmonian awam, apatah lagi yang mengejar dan menangkap para perusuh BERSIH 2.0 sewaktu ketika dahulu. Eh. Tapi polis yang mengajak ke arah kebaikan dan mencegah maksiat di mana-mana sahaja ia berlaku, tanpa ragu-ragu atau menjaga kepentingan pihak tertentu. Bukan polis agama seperti JAIS itu, bukan! Tapi polis kepada dakwah dan tarbiyah, yang sanggup mengorbankan jiwa dan nyawa demi kemaslahatan dan penerusan perjuangan ini. Polis yang berkasar dan tegas pada musuh dan jahiliyyah, tapi lembut dan mulia pada mereka yang cintakan Islam..!

Puan Mama, saya nak jadi peguam. Tapi bukan peguam yang lantang berkata-kata seperti Karpal Singh atau Datuk Shafiee Abdullah itu. Walaupon saya suka berdebat dan berbahas, tapi bukan impian saya untuk masuk mahkamah dan berbicara sama ada untuk membela atau menjadi peguam cara. Bukan. Tapi saya mahu menjadi peguam yang lantang berkata-kata demi menegakkan agama yang terchenta. Peguam yang akan mewakili sesiapa sahaja yang memerlukan khidmatnya untuk melawan arus deras jahiliyyah dan caci-maki musuh-musuh Islam. Peguam yang manis berkata-kata menyampaikan fikrah, pada masa yang sama istiqamah dengan amalannya. Senang kata, peguam dakwah yang tidak hipokrit!

Puan Mama, err, saya juga mahu jadi bomoh. Eh sabar sabar. Bukan bomoh atau pawang yang khurafat, meminta pengeras, memakai celak dan menyarung tangkal itu! Bukan juga bomoh ilmu hitam seperti Mona Fendi atau sesiapa sahajalah yang menggunakan ilmu bukan-bukan untuk kepentingan diri. Bukan juga ahli sihir kool ala-ala Harry Potter atau Albus Dumbledore! Ish tak mahulah saya mati sebagai seorang yang kafir lagi sesat! Tapi bomoh dalam dakwah dan tarbiyah, yang punya kuasa ajaib untuk memulihkan hati yang telah mati. Yang punya sentuhan magik untuk mengembalikan semangat yang telah hilang. Yang punya mantera sakti untuk memberi kefahaman asli dalam fikrah dakwah!

Gulp. Tak teringinlah jadi tok dukun yang hodoh sebegini..! [Kredit]

 Puan Mama, sila jangan pengsan, tapi saya nak jadi pelakon. Mulut ternganga. Jangan risau, bukan pelakon seperti para pelakon terkenal yang sedang hangat di pasaran seperti Aaron Aziz, Remy Ishak atau Shaheizy Sam itu. Lagi la tak hingin nak jadi para pelakon yang tak tahu malu, bergaul tanpa batasan antara lelaki perempuan sesama mereka dan memlih gaya hidup yang rosak lagi menjijikkan. Eerrgghhh. Tapi pelakon yang taat kepadaNya, yang berlakon di pentas dunia ini mengikuti dengan patuh skrip yang disediakanNya. Pelakon kacak bergaya yang beraksi di hadapan kamera Allah dengan seikhlas hati dan sejujur rasa!

Dan Puan Mama, saya teringin untuk menjadi seorang penulis. Ya, mungkin seperti penulis-penulis osem buku-buku dan belog-belog yang popular seperti Kang Habib, Salim A. Fillah, A. Samad Said dan err, Inche g itu. Wahahaha. Eh. Pandang kiri, pandang kanan. Sila jangan perasan. Yang mana saya dapat menyentuh hati-hati manusia dengan penulisan saya. Tapi Puan Mama, yang lebih utama daripada itu, saya mahu menjadi penulis jiwa dan hati manusia. Mencoretkan kata-kata suci pada pemikiran dan jiwa mereka yang dahagakan bimbingan Ilahi. Mewarkahkan bait-bait agung yang bakal merubah minda dan membina manusia, lantas mencentus revolusi kebangkitan Islam yang sudah lama dinanti-nantikan...!

Bagaimana..? Bolehkah Puan Mama..?

-gabbana-

Agak-agaknya kalau anda bertanya sebegini kepada Puan Mama atau Inche Papa anda, diorang akan pengsan sambil berbuih mulut tak..? Wahahaha...

Selamat berhujung minggu yang panjang! Ada kemungkinan saya tidak dapat hendak menghapdet belog sepanjang cuti ini atas pelbagai urusan dan aktiviti. Maka selamat bergembira membaca post-post lama! Adios amigos wassalamu a'laikum warah matullah!

19 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 20/01/2012, 14:57  

akhi, topi putih lah jurutera ^^

Dear bella 20/01/2012, 15:07  

Apa yang boleh dikatakan, terbaik...
Nice entry... Selamat meneruskan perjuangan anda...

neko 20/01/2012, 15:48  

Assalammualaikum...
Saya share entry nie di blog saye..
Thanks =D

http://myarduousjourney.blogspot.com/2012/01/blog-dia-saya-suka-d.html

Anonymous 20/01/2012, 15:54  

sumpah...jalan dakwah adalah sgat panjangggggg...

~cAhAyA kEmUL!aAn~ 20/01/2012, 15:57  

klau tanya begitu pada mak n bapak saya..
mereka akn suruh jadik kedua2 nya..
cth : instead of jdik Dr merawat hati, mereka akn suruh jadik Dr merawat penyakit n menginsafkan pesakit.. =)

akubersamaCahya 20/01/2012, 16:17  

sy akan jadik cikgu kpd adik2 besar yang banyak garam itu. tapi sy juga mahu jadi tempat rujukan setiap prgkat manusia, bg mengubati hati2 mereka. insyaAllah.

yui 20/01/2012, 16:32  

jadilah apa2 pun... selamat berjaya =p

Inche gabbana 20/01/2012, 17:09  

Cahaya kemuliaan: beruntunglah anda dapat ibu bapa sebegitu. ;)

Hargailah sebaik-baiknya!

Anonymous 20/01/2012, 17:51  

Hai Inche Gabbana yg osem..

Cecite ckit pengalaman inche gabbana mula2 terjebak ke dlm dunia bulatan gembira anda..

ke da ade, saye je yg ketinggalan kapal terbang ni..*wink*

Sang Kacha Matta 20/01/2012, 18:24  

Ya akhi, asif jika ana komen x kena tempat.

Ana ingin suarakan perasaan tentang OsemnyaJumaat. Memandangkan hari ini hari jumaat, ana telah cuba berkicau, namun, ana sangat x selesa memberitahu hal peribadi kpd org lain tentang apa yang ana buat hari ni.

Asif Jidan, ana nak sahut cabaran anta, namun hati x sanggup menahan belaian syaiton.

Nanti jika ada cabaran2 yang sesuai, ana join ya. Jangan ambil hati.

Jazakallah Khairan Kathira

nini 20/01/2012, 20:51  

wow.....suka baca entry ni...=D

Tun Teja 20/01/2012, 23:31  

Puan Mama pasti gembira punya anak yg osem lg bergaya ni jika semua cita2 di atas dapat direalisasikan...

Aida Ludin 20/01/2012, 23:45  

OSEM !

susu 21/01/2012, 04:27  

osem..haha
sy pernah nk jd cikgu tadika time kat tadika..namun begitu x dnafikan knk2 gemok comel mmg comel dan gemok.

nadz 21/01/2012, 08:47  

nak syare boleh?

Anonymous 21/01/2012, 15:20  

moga ALLAH kuatkan hati inche g utk terus menjentik hati2 manusia untuk mengingatiNYA..

Anonymous 23/01/2012, 22:23  

akhi, xnak jadi chef?macam ni...http://www.youtube.com/user/chefyusufshow?feature=watch#p/c/FE2401EBD024DA0E/0/V0ucxPR-Scw

Ummi Rai 29/08/2012, 18:18  

inche banana yg kuat perasan ,entri anda sgt best.Maaf gelaran banana diberi kerana perkataan G itu alergik disebut.Muahaha.
Keep it up mr.ohsemnyeerrr :D

Cikya 27/09/2012, 22:43  

Last comment.

I promise, for tonite,
before indulging into world of study-ing aka student dying? heh.

btw,

addition as I detected you've missed a profession.

Dear all,

Me wanne be a superstar, *Jamelia*, *scracthed*,
I wanne be a pharmacist.
For I to be the remedy, not for physical illness, but a touche to thee thou our heart,
real alchemist, real apothecary, compounding a healer for liver(heart?) cholestiasis or liver cirrhosis.

I, *acting like holding a Hippocratic Oath*,

promise to hold this oath or *Ittaqullah* and *LaIlahaIllaAllah* (stamped on forehead)
till me last breath.

Aye kill all the rusted Jahiliyyah in the liver(anatomically).

hoho.

sorry for the long comment again *duhh*

and My muchos gracias for reading Mr Gabbana.

and another apology for teasing you bout Miss Dolce. LOL.

BarakAllahulakuma. *when will I utter this?* (get married fast Mister)

ciao wa wassalam.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP