28 February 2012

Ini Sungguh Kool? Ini Sumpah Kool...!!

Penangan ISK. [Kredit]

Alhamdulillah, dengan izinNya, saya diberi peluang untuk menyampaikan pengisian Ini Sungguh Kool (ISK) kepada beberapa orang kanak-kanak riang terpilih pada wiken yang lepas. Pengisian versi ala-ala ringkas tetapi padat dan manis lagi menyegarkan itu *koff koff masuk bakul koff koff* alhamdulillah berjaya disudahkan dalam masa satu malam dan satu hari.

Setiap kali saya diberi peluang untuk menyampai, espeseli pengisian seperti ISK, tidak boleh tidak, saya pasti akan terkesan sama. Bukan terkesan dengan pengisian sendiri (hohoho..), tetapi lebih kepada melihatkan respon dan maklumbalas yang diberikan oleh para peserta.  

Seronok dan bangga melihatkan syabab-syabab muda dan bertenaga yang seolah-olahnya baru tersedar daripada lena yang panjang. Lebih tersentuh apabila melihatkan ada juga yang mengalirkan air mata, sebak kerana baru terjaga daripada lamunan di siang hari. Semacho-macho dan sejantan-jantan mereka ini, tewas dan tersungkur juga pada ISK! Wahahaha. Eh.

Tapi benar, saya tidak hairan sebenarnya, mengapa ramai yang tersentuh, terkujat dan tersedar ibarat direnjat belut elktrik setiap kali seusai melalui pengembaraan ISK (Walaupon saya sendiri tidak tersentuh dengannya apabila pertama kali mendengarnya; memang dasar hati batu lagi konkrit! Hohoh..).  Struktur dan cara pengisian disusun memang cukup cantik dan berkesan untuk memberi pukulan separa maut kepada mereka yang mendengarnya.

Para peserta pada awalnya dibawa melalui pengembaraan mengenali diri mereka sendiri, dilambung tinggi dengan kelebihan dan kelogaman yang ada pada diri mereka dan dituntun untuk memahami apakah tujuan mereka dihidupkan di muka bumi ini.

Seterusnya mereka dibawa menelusuri seerah; dibawa menghayati perjuangan dakwah Nabi SAW dan para sahabat - pengorbanan, penderitaan dan semangat setiakawan yang tidak wujud lagi di zaman moden ini. Kepentingan Qaedah Sulbah (Baca: Core group) merupakan fokus utama di peringkat ini. Tanpa Qaedah Sulbah yang baginda tarbiyah dan bina di zaman Mekah selama tiga belas tahun itu, mustahil mungkin Islam akan tersebar sebegini luas marcapada ini. 

Kemudian mereka dibawa pula menelusuri sejarah kota Madinah, bukti bahawa Islam mampu dan lebih daripada itu, cukup berkelayakan untuk memerintah kerajaan sendiri. Bagaimana ketika ini, umat Islam sudah memasuki fasa dakwah yang baru. Ujian yang mereka hadapi tidak sama dengan mehnah dan tribulasi yang mereka harungi di Mekah dahulu. Tetapi berkat asuhan dan didikan ar-Rasul SAW, mereka tegap, kuat dan kekal berdiri bersama-sama panji-panji Islam tanpa tergugat sedikit pon keimanan dan keyakinan mereka.

Setelah itu, para peserta diceritakan pula dengan perkembangan Islam yang semakin pesat dan menggalakkan di zaman Khulafa' ar-Rasyidin. Bagaimana setiap khalifah yang empat itu mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing. Hatta mereka tidak dapat menghasilkan kamehameha, namun mereka tetap seorang Super Saiya yang tiada tolok bandingnya. Hohoho..

Kemudian, buat pertama kalinya untuk kebanyakan peserta, mereka diberi pencerahan agung tentang turun naiknya ketamadunan Islam di zaman Khilafah Umayyah, 'Abbasiyyah dan Uthmaniyyah sebelum akhirnya sistem khilafah dimansuhkan secara rasminya oleh Mustafa Kemal Attaturk pada tahun 1924. Pada mulanya mereka digahkan dengan kehebatan dan keagungan ketamadunan Islam yang menjadi rujukan sepelosok alam. Namun selepas itu mereka didedahkan pula dengan hakikat, bahawasanya akibat penyakit wahan yang meresap jauh ke dalam jiwa umat Islam, umat ini akhirnya dipijak dan diinjak dengan penuh riang gembiranya oleh musuh-musuh mereka. Ramai juga ketika ini yang terlopong mulut dan terangkat kening, kerana tidak pernah tahu-menahu atau dengar-mendengar dengan fakta-makta yang disuapkan ke dalam mulut mereka dengan penuh kasih-sayang.

Akhirnya, sebagai pukulan smash mengena dahi, mereka dihidangkan pula dengan realiti umat di zaman kini. Bagaimana sekiranya nama Islam disebut suatu ketika dahulu, pasti ramai orang-orang kafir yang menggeletar kepala lutut mereka ketakutan. Kini? Mereka tertawa mengejek dan mencebik penuh benci setiap kali kalimah agung itu dihamburkan. Ramai di kalangan mereka ketika ini tertunduk malu penuh keinsafan sambil air mata mengalir perlahan, kerana buat pertama kalinya, mereka yang sudah lama dibuai mimpi indah dan berangan-angan dalam dunia fantasi sendiri, dikejutkan dengan penuh rasa kesedaran dan paradigma perubahan.

Kerana itulah, tidak hairan ISK sering menjadi pilihan untuk mengejutkan gergasi-gergasi yang sedang nyenyak tidur di dalam jiwa-jiwa syabab dan rijal diluar sana. Kerana entah mengapa dan bagaimana, ISK seolah-olahnya punya magisnya yang tersendiri untuk menyentuh hati-hati yang sudah lama keras dan kering di luar sana.

Ya benar, ISK itu tidak sempurna. ISK itu hanya wadah dan platform dalam satu cubaan untuk menyedarkan kembali ramainya anak-anak muda di luar sana yang bisa untuk tidur lena dalam keadaan kapal kuat bergoncang yang hampir karam. Maka dalam cubaan-cubaan ini, pastilah ada kelemahan dan kekurangan yang wujud padanya.

Saya tahu, ramai di luar sana yang anti-ISK. Ramai yang tidak terkesan apa-apa pon dengan ISK. Yang lebih menakjubkan lagi, ada yang sanggup pergi lebih batu (Baca: Go extra mile) untuk mencari tapak kaki Achilles pada ISK. Allah.. Takkan sampai begitu sekali..??

Anda patut melihat betapa ramai yang mahu berubah setelah disentuh dengan ISK. Anda patut menyaksikan berapa ramainya anak-anak muda yang selama ini hanya kenal apa itu DOTA, Korea dan  Manga, kini sudah kembang-kempis hidungnya mahu melakukan sesuatu untuk ummah ini. Dan anda patut berasa malu dengan diri sendiri, anak-anak muda yang suatu ketika dahulu tidak kenal pon siapa itu Salahuddin al-Ayyubi, Saifuddin Qutuz dan Muhammad al-Fateh, kini sudah mampu mengalirkan air mata penuh keinsafan, yang benar-benar mahu bersama gelombang perubahan!

Saya sejujur-jujurnya amat cemburu tahap gaban dan cipan raksasa dengan mereka yang telah 'mencipta' dan mengadaptasikan ISK ini dengan kesesuaian jiwa anak-anak muda Malaysia. Allah.. Hanya Allah sahaja yang tahu sudah berapa tinggi dab banyaknya pahala yang telah mereka kumpulkan..! Setiap daripada hati-hati yang tersentuh dan dirasuk oleh perasaan mahu berubah, golongan awal yang menyebarluaskan ISK ini pasti akan mendapat sahamnya..! Saya sumpah cemburu tahu...?? 

Kepada anda di luar sana yang masih skeptikal dengan ISK, lihatlah ia dengan mata hati anda, yang bebas daripada perasaan hasad, ego mahupon takabbur; merasakan diri sendiri jauh lebih bagus dan semua yang lain salah dan tidak betul. Lihatlah ia dengan pandangan mata burung yang sedang terbang bebas di langit, melihat secara keseluruhan dan tidak pada juzuk-juzuk tertentu. Lihatlah ia dengan ikhlas dan benar-benar dengan jiwa yang mahu mencari kebenaran. Insha-Allah, anda akan dapat merasai keajaiban ISK. Senyum.

Saya..? Saya percaya ISK hanyalah alat untuk mencapai tujuan yang lebih besar dan utama. Dan mungkin suatu hari nanti, ISK tidak lagi relevan untuk digunapakai. Tetapi sehingga ke saat itu, saya akan tetap akan berpegang padanya kerana saya yakin, ISK adalah pemudahcara untuk saya menyentuh hati-hati yang dahagakan sesuatu yang dapat membasahkan jiwa mereka. Bunyinya seperti taksub bukan..? Wahahaha. Bukan taksub, tetapi hanya mereka yang benar-benar pernah merasai penangan ISK dapat memahami pendirian saya ini. Kerana sesungguhnya ISK - Ini Sungguh Kool!

Silap. Sungguh adalah bawah kenyataan (Baca: Understatement) buat ISK yang telah begitu banyak berjasa dalam menjerat ramai orang masuk ke dalam jalan yang sumpah panjang ini.

ISK - Ini Sumpah Kool..!

Senyum kenyit mata.

-gabbana-

Berada dalam keadaan sibuk tahap Suria Perkasa Hitam sekarang ini. Artikel ini sepatutnya diterbitkan pada malam Ahad yang lalu; sehingga kini baharulah saya berupaya untuk menyudahkannya.

Doakan agar saya dapat terus istiqamah berkarya dalam menyampaikan risalahNya, biidznillah.

24 February 2012

Gendang Gendut Tali Kecapi, Badan Gendut Lupa Diri. Eh?

[Kredit]

Bukan, ini bukan artikel kesihatan. Dan bukan, ini bukan juga tips-tips untuk menguruskan badan.

Baru-baru ini saya sedikit terkejut apabila berjumpa dengan seorang rakan baik. Kita namakan dia Inche N. Mengapa saya terkejut? Adakah kerana tumbuh ekor di belakang punggungnya? Atau dia kini sudah bertukar menjadi seekor arnab putih gebu-gebu yang sungguh comel..? Atau dia boleh berjalan di atas air dan udara lantas mengeluarkan hikmat silat matahari..?

Err. Sila abaikan. 

Inche N kelihatan begitu gorjes sekali. Dia kelihatan sungguh sihat dan sungguh (secara relatif) kurus berbanding dengan dirinya sebelum ini. Walaupon badannya masih besar dan err, besar, tapi amat jelas perbezaan dirinya kini dengan dirinya di waktu kali terakhir saya bertemu dengannya. Dan apa yang lebih mengejutkan adalah, tempoh antara kali terakhir saya bertemu dengannya dan pertemuan baru-baru ini, tidaklah begitu lama heyy!

Saya dan Inche N sama-sama bersekolah di Sekolah Bintang dahulu. Ketika itu, memanglah hampir semua orang pon kurus keding dan keping. Manakan tidak. Makanan sehari-hari yang dijamu kepada kami, rasanya tak sampai pon sepuluh peratus daripada piramid makanan Malaysia atau Garis Panduan Harian pengambilan makanan yang terdiri daripada bijirin, roti, nasi, jumlah sayur-sayuran berkhasiat yang mencukupi, buah-buahan segar, keju Perancis dan susu bebiri Australia, daging lembu terbaik New Zealand dan ikan salmon yang ditangkap dengan tangan di anak sungai kawasan Skandinavia. Eh.

Bayangkan, satu hari dalam setiap minggu, akan ada hidangan makan tengah hari yang majoriti daripada kami telah pon senaraihitamkan. Kami namakan hidangan tersebut sebagai ' Kari Ikan Keramat.' Baunya sahaja boleh menusuk hidung tiga ke empat kilometer radius jauhnya. Sungguh. Hari itu, selalunya tauke kantin sekolah akan tersenyum lebar sehingga ke telinga kerana habisnya lauk-pauk diserbu oleh kami yang tidak ada selera nak menjejakkan kaki ke dalam dewan makan sekolah. 

Bukan, bukan tidak bersyukur. Tetapi itulah hakikatnya. Kalau diberikan ikan keramat itu kepada kucheng peliharaan anda pon, silap haribulan pandang pon tak mahu. Tu baru ikan keramat, belum lagi saya namakan satu-persatu hidangan eksotik lain yang pasti akan membuatkan anda terlopong mulut dan mengangkat kening belah kanan anda itu.

Maka oleh sebab diet yang begitu berkhasiat lagi membuatkan kami teruja, ramailah antara kami yang kehilangan berat badan secara mendadak. Termasuklah Inche N. Melihatkan gambar-gambar lama kami bersama, tidak boleh tidak, pasti akan tertawa besar penuh ketidakpercayaan melihatkan kesliman kami semua. 

Melangkah sahaja keluar dari Sekolah Bintang... Err.. Lap peluh besar di dahi. Masing-masing menjadi peladang dan peternak lemak dengan jayanya. Malah ada juga antara kami, yang dahulunya seorang jejaka kachak tampan bergaya ala-ala jejaka panas abad keduapuluhdua, keluar sahaja daripada Sekolah Bintang, bertukar menjadi cipan raksasa..! Wahahaha.. Tapi of kos lah, Inche gabbana terus kekal slim, tampan dan bergaya! *koff koff* Eh eh, kalau nak muntah hijau, segeralah ke bilik air tu..! Wahahaha..

Antara yang tergolong dalam golongan yang membesar dengan penuh sihat dan gembira adalah Inche N. Malah pernah suatu ketika, saya merasakan saiz tubuh badannya cukup besar. Seriyes ketika itu saya tak berani nak cari pasal dengan dia; takut-takut dia hempap saya dengan tubuh badannya yang bersaiz triple quadruple XL itu..! (Matilaaaa kalau dia baca ni.. Hihihihi sambil berpeluh besar.)

Pernah suatu ketika dia berazam untuk menurunkan berat badannya itu. Sayugia saya diajaknya untuk menemaninya ke jim, untuk bereksesais menguatkan otot dan menguruskan badan bersama-sama. Tapi err.. Tak bertahan lama. Dia akhirnya berhenti akibat tidak dapat mencurahkan sepenuh komitmen. Kemudian beratnya bertambah lagi. Dan lagi. Dan lagi. Sehinggakan dia dan hipopotamus tidak dapat dibezakan lagi. Hihihi.. (Ok saya rasa saya kena bersedia dengan seorang peguam sekarang ini. Heh.)

Sehinggalah dia mengamalkan diet baru yang dijumpainya di internet. Ketika awal-awal dia mengamalkan diet tersebut, takut juga saya mendengarnya. Begitu tegas dan tidak berperikemanusiaan..! Bayangkan, dalam seminggu tu, ada satu hari yang anda hanya boleh makan sayur, sayur dan sayur! Sayur untuk sarapan pagi, sayur untuk makan tengahari dan sayur untuk makan malam..! Mahu muntah darah dibuatnya tu! Hohoho.. Tetapi alhamdulillah, Inche N komited dan bersungguh dengan dietnya itu. Dan dalam masa seminggu sahaja, dia telah berjaya membuang lemak di badan seberat sembilan kilo! Walaweh.

Dan dia mendaftarkan dirinya semula ke jim beberapa minggu yang lepas. Yang paling mengagumkan adalah komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Inche N. Walaupon pernah tersungkur suatu ketika dahulu, kini dia bangkit semula, dan berazam untuk berlari membawa obor perubahan menuju garisan penamat! (Ala-ala tagline iklan motivasi).

Maka anda boleh bayangkan sekarang ini, betapa terkujatnya (teruja + terkejut) saya melihatkan perubahan pada Inche N. Mungkin pada orang lain tiada apa yang mahu dikecohkan. Tetapi pada pandangan seorang rakan yang rapat dengannya, sudah tentulah saya amat berbangga dan kagum dengan transformasinya itu! Syabas Inche N! Hasil kegigihan, kesabaran dan keyakinan anda pada diri sendiri, anda akhirnya berjaya membuktikan yang sebenarnya Dragon Ball ada tujuh biji..! Eh. Teruskan usaha anda dan semoga suatu hari nanti anda akan menjadi sehensem dan sebergaya saya! Wahahahaha..

Debekkkk. Bunyi seseorang kena silambam.

Saya suka untuk kaitkan apa yang berlaku kepada Inche N dengan kita yang menggelarkan diri kita sebagai du'at di luar sana. 

Eh..? Bagaimana tu Inche gabbana..? Amboi amboi amboi, Inche gabbana nak tuduh saya ni gemok gedempol la ya..? Kurang hasam betolla Inche gabbana ni!

Err. Ada ke saya cakap begitu..? Tidak bukan..? Apa-apa jalan, pernah dengar tak peribahasa, "Siapa makan wasabi dengan sushi, pastilah akan berasap lubang hidungnya"..? Wahahaha.. (Ok terlalu banyak gelak hari ni. Lagha betol! Astaghfirullah..)

Sabar. Izinkan saya membuat penjelasan. Begini.

Ramai antara kita yang ketika awal-awal menyertai tarbiyah dahulu, begitu dahagakan dan laparkan sentuhan tarbawi yang membasahkan hati. Arakian kita sumpah teruja dan sentiasa memandang ke hadapan untuk menghadiri konferens-konferens riang, kerana di situlah kita berpeluang untuk mendapat taujihat yang osem daripada pak-pak dan mak-mak syaikh yang hebat-hebat belaka. Ibaratnya, kita seorang yang kurus keding dan tak cukup zat mineral, dek mentahnya kita di atas jalan dakwah ini, yang laparkan makanan lazat dan berkhasiat.

Tidak lama selepas itu, kita mula menjadi tepu. Pelbagai jenis tok nenek bahan pengisian yang telah kita perolehi. Ini Sungguh Kool, Saya Hosem, Babai Jahiliyyah, Itu Pon Kool, Saya Unggul dan entah-entah apa-apa lagi pengisian. Kita disuap, disuap dan disuap dengan pelbagai bahan tarbiyah yang dahulunya kita benar-benar dan sungguh-sungguh mahukan. 

Malang sekali, bahan-bahan itu kita simpan di dalam kepala. Kita tidak kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Kita tidak sebarkan kepada madu-madu lebah dan ikan-ikan sepat yang bertaburan banyaknya di luar sana. Paling mengerikan, kita tidak beramal dan praktikkan ilmu-ilmu baru yang telah kita perolehi. Akibatnya? Jadilah ibaratnya jalan satu hala yang penuh dengan kereta; kereta tidak berhenti-henti masuk, tapi tiada yang keluar. Sesak!

Akhirnya kita menjadi gemok sendiri. Gemok dengan pelbagai bahan-bahan tarbawi yang tersimpan rapi di dalam otak dan jiwa kita. Dan kita syok sendiri; kita terus-menerus menyuapkan lebih banyak bahan bacaan fikrah dan ruhiyy ke dalam kepala hotak kita. Kita rasakan itu yang terbaik untuk kita. Kita yakin yang ia tidak membahayakan kesihatan dakwah dan tarbiyah kita. Duduk seronok di rumah membaca dan menelaah bahan-bahan fikrah, tetapi tidak diaplikasikan melalui kerja-kerja dakwah. Sehinggalah kita menjadi obes, benar-benar gendut dan gedempol, sehinggakan kita tidak boleh lagi bergerak. Aduhai..!

Ibaratnya makan, makan dan makan tanpa henti, tidak diimbangi dengan senaman dan gaya hidup yang sihat. Sehinggalah bertan-tan lemak mula memenuhi setiap inci dan penjuru tubuh badan dengan riang gembira sekali. Altimetnya apabila lemak mula membaluti jantung dan ketika disedari, kita sudah terlambat untuk berbuat apa-apa lagi. Akhirnya jantung kita berhenti dek lemak yang menyumbat saluran kapilari. Dan kita pon mati. 

Errr.. Kalau dah gemok macam ni dalam dakwah dan tarbiyah... Peluh besar. [Kredit]

Tanyalah diri kita dengan penuh keikhlasan dan kejujuran; mahukah berlaku benda yang sama pada hayat dakwah dan tarbiyah kita..?

Kerana itu, dakwah dan tarbiyah tidak mungkin sama sekali dipisahkan. Dakwah, dakwah dan dakwah tanpa pengisian dan pembinaan diri yang benar-benar berkesan, pastilah akan menyebabkan jiwa menjadi lelah dan lemau. Yang lebih marabahaya adalah apabila ruh menjadi kekeringan. Akhirnya berlakulah inhiraf (terpesong) dalam dakwah; dakwah yang tidak dipandu oleh cahaya rabbani. Kita pandai-pandai dan syok sendiri! Astaghfirullah..

Begitu juga dengan tarbiyah. Tarbiyah, tarbiyah dan tarbiyah sahaja, yang tidak dijelmakan dalam bentuk gerak kerja yang tersusun dan dakwah yang bersinergi, ibaratnya Nobita yang meminta pelbagai alatan canggih dan moden daripada Doraemon, tapi tidak tahu menggunakannya pon, malah tersalah guna hingga membawa bencana..! Err.. Boleh ke begitu..? Hihihi..

Apa guna kita terkesan dengan pengisian Saya Hosem, tapi kemudian pulang ke rumah, masuk dalam selimut bermain Burung-Burung Yang Amarah dan esoknya terus lupa dengan apa yang telah kita perolehi..? Apa baiknya, hidung kita kembang-kempis penuh bersemangat setelah mendengar jatuh naiknya umat Islam dalam Ini Sungguh Kool, tapi kemudiannya langsung tidak memasang azam dan niat untuk mengajak rakan-rakan kita dan berkongsi dengan mereka apa yang telah kita dapati..? Dan sungguh hampagas cap Ayam apabila kita menangis bercucuran mendengar pengisian Babai Jahiliyyah, tapi beberapa hari selepas itu, kitalah yang paling hero sekali bermain permainan atas talian, menonton movie-movie secara marathon tanpa henti dan mentadabbur Manga dengan bersungguh dan penuh riang gembira sekali.

Tikk tikk tikk. Eh kenapa baju anda basah tu..?

Begitulah.

Err.. Jadi bagaimana Inche gabbana..? Apakah solusinya..? Bagaimana mahu menguruskan kemalasan dan kefuturan yang telah gemok gedempol ini...??

Solusinya..? Aha! Jadilah seperti Inche N, yang tidak berputus-asa dengan perjuangan menurunkan berat badannya. Sama seperti Inche N, dalam dakwah dan tarbiyah ini, kita mesti istiqamah, berdisiplin dan berstrategi. Dan Insha-Allah, jika kita ikhlas, bersemangat dan yakin dengan apa yang kita perjuangkan ini, sama seperti Inche N juga, suatu hari nanti, saksikanlah 'lemak-lemak' yang menggemukkan diri kita sehingga kita menjadi berat dan lembab dalam dakwah dan tarbiyah ini, akan terbakar dengan sendirinya..!

Senyum kenyit mata.

Biarlah gemok tubuh badan dan fizikal, jangan gemok jiwa dan hati yang memalaskan, sehinggakan kita menjadi fitnah dan beban pada perjuangan ini! Biarlah kita debab dan gedempol sekalipon di alam nyata ini, asalkan jangan kita gemok dengan kelalaian dan kefuturan yang menjahanamkan..!

Ayuh kita bakar lemak-lemak jahiliyah ini sekarang juga! Aiwah!

-gabbana-

Diskelemer: Artikel ini langsung tidak berniat untuk menghina mana-mana golongan bertubuh besar, gemok atau obes di luar sana. Sumpah. Hanya mengambil contoh daripada kisah Inche N, yang ditakdirkan kaya dengan lemak-lemak bernutrien tinggi! Hihihi.. Kalau ada yang berkecil hati atau terasa, sila maafkan saya dengan penuh bergaya. Boleh kan..? Buat tanda pis. 

22 February 2012

Super Dai'e, Inkredibel Murabbi dan Otrohamba

It's a bird! It's a plane! No..! It's Super Muslim! ;D [Kredit]

Nama Permainan: Super Dai'e, Inkredibel Murabbi & Otrohamba

Pembangun/Pengeluar: Syarikat Pendidikan Sampai Mati Bersaudara Sendirian Berhad

Tahun Dikeluarkan: Sejak zaman Nabi Adam a.s.

Harga Pasaran: Percuma. Apa..? Tak percayakah..?

Klasifikasi: Sesuai untuk dimainkan oleh semua lapisan umur dan latar belakang, walaupon tidak pernah menyertai bulatan gembira atau konferens riang sebelum ini. Sungguh.

Sinopsis
Permainan ini menonjolkan tiga watak adiwira utama; Super Dai'e, Inkredibel Murabbi dan Otrohamba, yang sedang dalam pengembaraan mencari keredhaan Ilahi. Misi mereka adalah untuk sampai ke destinasi terakhir membawa bekalan pahala dan amalan soleh untuk dihakimi oleh Tuan pemilik mereka.

Sepanjang perjalanan, mereka akan melalui pelbagai mehnah dan halangan, juga bermacam-macam ujian dan tribulasi. Watak-watak jahat, keji lagi kejam seperti Jeneral Syaitonirojim, Bomoh Jahiliyyah dan Raksasa Nafsu akan sentiasa menggangu gugat perjalanan dan pengembaraan mereka ini.

Kadang-kadang, salah satu watak akan lupa diri dek tipu daya Jeneral Syatonirojim dan rakan-rakan. Kadang-kadang salah satu watak akan berasa letih dan lelah dengan perjalanan dan pengembaraan yang sangat panjang. Dan kadang-kadang juga, salah satu watak tertipu dengan fatamorgana yang merentangi perjalanan mereka, merasakan mereka sudah berjaya sampai ke destinasi.

Ketika inilah, watak-watak lain yang akan memainkan peranan mereka untuk memastikan pengembaraan diteruskan. Mereka saling menguatkan ketika ada yang lemah, saling mengingatkan ketika ada yang lupa dan saling menceriakan ketika ada yang berduka. Perjalanan dan pengembaraan mereka sumpah panjang. Berbagai-bagai jenis makhluk mereka temui sepanjang perjalanan dan bermacam jenis pengalaman berguna mereka timba.

Menggunakan kelebihan dan kekuatan masing-masing, mereka pastikan kelebihan mereka itu digunakan dan dimanfaatkan dengan sebaiknya. Super Dai'e mempunyai hikmat untuk mengajak, mempengaruhi dan meyakinkan makhluk-makhluk yang mereka jumpa di sepanjang perjalanan untuk menyokong dan menyertai perjalanan mereka. Inkredibel Murabbi pula berperanan untuk membimbing dan mendidik bukan sahaja makhluk-makhluk tadi, malah sesama mereka dan diri sendiri juga. Manakala Otrohamba mempunyai kelebihan merendah diri tahap moksya dan berperanan untuk sentiasa mengingatkan rakan-rakan yang lain akan matlamat pengembaraan mereka.

Ketiga-tiga mereka berkongsi sifat dan perwatakan yang sama; jelas dan yakin dengan matlamat perjalanan mereka, bersemangat, ikhlas dan telus sepanjang perjalanan dan mereka tidak mudah berputus-asa.

Dek kecekalan dan ketabahan setiap watak, di samping kelebihan yang ada pada diri masing-masing, mereka saling membantu untuk mengharungi setiap kesusahan dan kesengsaraan yang ada. Berkat panduan dan cahaya Ilahi, mereka akhirnya berjaya! 

Cara-cara Bermain

1) Pilih satu watak untuk dimainkan; anda boleh bertukar-tukar watak sepanjang pengembaraan. Ketika anda memilih satu watak, contohnya Inkredibel Murabbi, watak Super Dai'e dan Otrohamba akan dimainkan secara otomatik.

2) Sepanjang pengembaraan, kutip pahala dan ilmu sebanyak mungkin. Ia mungkin datang dalam bentuk duri di tengah jalan, anjing yang kehausan atau seorang kanak-kanak yang amat membutuhkan bulatan gembira. Eh. Ilmu pula boleh diperolehi apabila anda menyertai bulatan gembira, duduk-duduk beriman sejenak atau berjumpa dengan mana-mana tok guru berjanggut putih untuk menyedut ilmu pengetahuannya. Pendek kata, macam-macam ada!

3) Jauhi jahiliyyah dan dosa-dosa yang berlambak-lambak di sepanjang pengembaraan. Jangan tertipu dengan rupa bentuk dan wajah luaran kekejian ini. Ia boleh jadi dalam bentuk wanita cantik, kereta Posye, anak-anak kecil tembam-tembam gebu-gebu, ayam goreng berempah daun kari dan bermacam-macam lagi. Di sini anda akan diuji sama ada boleh membezakan yang mana dosa dan yang mana pahala.

4) Ada beberapa tangga yang perlu anda lepasi. Di setiap tangga, ada ujian dan cabaran yang tersendiri. Ketika ini, anda perlu menggunakan kemahiran dan kelebihan ketiga-tiga watak untuk mengharungi mehnah dan tribulasi dengan jayanya. Semakin tinggi anak-anak tangga yang anda daki, semakin hebat dan mencabar ujiannya. Maka amat penting untuk anda memastikan anda benar-benar mempersiapkan diri anda di anak tangga yang pertama lagi.

5) Markah akan diberikan untuk setiap perbuatan baik dan amalan soleh sepanjang perjalanan. Markah bonus ekstravaganza akan diberikan sekiranya anda berjaya mengajak orang lain pula untuk menyertai anda (Ketika ini peranan Super Dai'e amat penting). 

6) Bekalan untuk menguatkan anda bukan sahaja terdiri daripada makanan dan minuman yang boleh anda perolehi sepanjang perjalanan, tetapi juga dengan bacaan al-Quran, hafazan doa-doa ma'thur, bangun malam untuk bermunajat, zikrullah dan berpuasa sunat.

7) Untuk menjadi juara, tidak semestinya anda perlu melepasi setiap anak tangga. Tidak juga bermakna anda mesti mengalahkan dan menewaskan setiap musuh. Boleh jadi anda gugur dan mati di tengah jalan (Permainan ini tiada konsep hidup semula atau nyawa tambahan, harap maklum), tetapi sekiranya anda mati menjadi saksi kepada kebenaran, Insha-Allah anda akan dinobatkan sebagai pemenang agung permainan ini.

Tips-tips Untuk Bermain Dengan Osem

1) Ikhlas ketika memainkan permainan ini

2) Tidak mudah berputus-asa

3) Redha dengan sebarang ketentuan dan malapetaka

4) Sentiasa berdoa meminta pertolongan

5) Rendah diri, tidak ego dan bersedia belajar daripada kesilapan

Trivia

1) Permainan ini hanya boleh dimainkan sekali sahaja. Jika mati, anda tidak boleh bermain sekali lagi.

2) Sekiranya satu watak lemah, watak-watak lain akan menjadi lemah juga. Jadi amat penting untuk anda memastikan setiap watak sentiasa kekal segar dan bertenaga.

3) Cara untuk menang dengan mudah adalah dengan mati syahid. Aman.

Komen-komen Mereka Yang Sudah Pon Bermain Permainan Ini

"Ini.. Ini.. Ini sumpah osemmmmmm!" - Pak Cik Subari Wigoyono, pemilik warung bakso, Kampung Sungai Tiram.

"Hakak bukan apa, tapi hakak rasalah, permainan ni memang sangat-sangat sesuai untuk dimainkan oleh semua orang! Sungguh! Tak kiralah bos besar ke, penyapu sampah ke, drebar lori ke.. Semua ponn bolehhh!" - Puan Hajjah Zabedah Bunyamin, pengusaha kerepek pisang besar-besaran, Temerloh.

"Perumpamaannya begini.. Anda pernah dengar pasal watak Son Goku Super Saiya itu bukan..? Ya, sekiranya anda mahu menjadi sepertinya, rambut berwarna perang keemas-emasan, boleh terbang di udara dan boleh pula mengeluarkan kamehameha, tidak boleh tidak, anda wajib bermain permainan ini!" - Misuzo Ajinomoto, pemilik kilang serbuk perasa segera, Osaka Utara.

"Xang xing *klik* zhubawe xasha *klik klik* syuhuwa zsxuru uihuxu *klik*... Osheeemmm!!" - Zulu Mandele, ketua puak suku Suxuke, Barat Laut Uganda. 

"Mung maingla! Memang bagus mainang ni! Sungguh! Untuk mat-mat minah-minah rempit, memang digalakkang!" - Ustaz Azhar Idris, penceramah tak berapa nak bebas, Kuala Berang, Terengganu. 

Stok tidak terhad! Bila-bila pon ada bekalan! Cumanya, tak tahu la kan bila ajal nak datang menziarahi anda. Jadi apa yang ada duduk tercokoh tunggu la tu..?? Dapatkannya segera sebelum terlambat!

-gabbana-

"Dan kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui. "
[al-Ankabut, 29:64] 

21 February 2012

Raksasa Gorgon Bernama Ego

Gaaaahhhh makan budaaakk! [Kredit]

Wiken lepas berlaku sesuatu yang cukup signifikan dan bersejarah, walaupon kemungkinan besar tidak akan mendapat satu slot khas dalam rancangan 'Hari Ini dalam Sejarah.'  Eh.

Sepulangnya saya dari konferens riang hadek-hadek kawasan selatan dan kawasan-kawasan yang seangkatan dengannya, saya telah mencolek beberapa orang hadek-hadek terchenta untuk bermuayasyah (Baca: Bergaul kasih mesra) dengan mereka. Pada mulanya sesi tersebut berlangsung di dalam kereta sahaja. Tetapi memandangkan sesi menjadi semakin hangit hangat dan tampaknya masih banyak perkara yang perlu diceritakan, sesi tersebut telah disambung pula di sebuah kedai makan untuk menikmati teh o' ais limau yang sungguh dingin dan menyegarkan itu heyy! 

Pada mulanya sesi tersebut lebih berkisarkan kepada masalah-masalah dalaman bulatan gembira mereka dan apa solusi terbaik untuk menanganinya. Kemudian, entah bagaimana, sesi tersebut bertukar ala-ala Suria Perkasa Hitam dan Gaban Rangers menjadi sesi muhasabah tegur-menegur sesama kami. 

Of kos la, sesi tersebut dimulakan oleh mereka dahulu. Mereka saling memberikan pendapat tentang diri masing-masing dan kemudiannya, mereka bertanya kepada saya sama ada saya mempunyai sebarang teguran penambahbaikan untuk diri mereka. Boleh tahan merembeskan peluh kecil jugalah sesi tersebut. Meremang bulu roma. 

Akhirnya, untuk berlaku adil kepada semua, saya juga meminta mereka untuk membakar dan mengoyakkan hati saya. Mereka pada mulanya tampak menelan air liur; resah dan tidak pasti bagaimana untuk memenuhi permintaan saya itu. Tapi saya berikan jaminan yang saya kool, kachak dan bergaya. Wahahahaha. Lap peluh. Kata saya:

"Tentulah, dalam nak menegur murabbi, ada adab-adab dan akhlaknya. Tapi saya ok dan kool je nak tegur macam mana pon. Saya open-minded. Saya tak nak disebabkan tu nanti, anda segan dan malas nak tegur. Sedangkan Nabi SAW pon boleh ditegur, inikan pula saya. Dan saya pernah ada pengalaman dengan murabbi yang pantang ditegur ni. Saya tak nak benda yang sama jadi pada saya. So kalau ada apa-apa, tegur je lah. Ok..?

Sambil memberikan mereka senyuman yang berharga tiga puluh lapan ringgit lima pulosen.  

Arakian sesi membakar murabbi sendiri dimulakan oleh Hadek Tak-Makan-Sayur. Menurut Hadek TMS, saya perlu menvariasikan cara saya mendekati semua hadek-hadek yang ada dalam bulatan gembira saya. Katanya, tak semestinya saya seorang yang jenis riang gembira, maka saya menjangkakan semua hadek-hadek pon begitu. Kadang-kadang, katanya lagi, dia berasa seram sejuk dan setiap bulu roma yang ada pada badannya meremang (ok ini tokok-tambah..) apabila mendapat mesej kanak-kanak Ribena yang melimpah-ruah dengan kasih-sayang daripada saya. Peluh.

Dengan kata lain, saya perlulah melayani setiap hadek-hadek dengan cara yang berbeza, menggunakan anak kunci yang sesuai dengan bentuk lubang kunci hati mereka. Hadek yang seriyes dan tegar, perlulah dilayan dengan lebih macho dan seriyes juga. Hadek yang sejak azali lagi sudah riang gembira tak hengat dunia *koff koff*, bolehlah dilayan dengan penuh semangat pesta sukan tadika lumba lari dalam guni. 

Terbakar hangus. Terima kasih Hadek TMS.

(Saya terlupa pula teguran seorang lagi hadek, hadek Riang Gembira Ribena. Muka sedih. Bukan saya tidak menghargai teguran anda itu tahu..?? Muka sedih lagi.)

Terakhir, giliran Hadek Blur Malu Kucheng untuk berkata-kata.

Ketika ini hati saya sedikit berdebar-debar. Tertanya-tanya apakah yang tersirat dalam pemikiran Hadek BMK ketika itu. Tambahan pula, saya agak rapat dengannya. Maka bertambah dup dap dup dap la jantung saya.

"Err.. Boleh cakap ke ni..?" 

"Eh cakaplah. Ok je." 

Walhal peluh dingin mula menitis.

"Err.. Macam ni. Kadang-kadang rasa tak tsiqah sket.." 

Tak tsiqah..?? Berdebar-debar. Cuba berlagak kool padahal sedang resah gelisah.

"Bukan apa. Selalu masa [bulatan gembira], [Inche gabbana] mesti ada jawapan untuk setiap soalan. Uhm.. Pusing macam mana pon, mesti ada jawapan. Tak pernah.. Bukan tak pernah ah, tapi jarang dengar [Inche gabbana] cakap tak tahu. Semua benda pon tahu. Huhu.."  (Huhu adalah tambahan sendiri bagi menyedapkan lagi perbualan ini.)

Gulp. Ketika ini saya terkedu. Tak tahu nak cakap apa. Kelihatan wajah Hadek BMK yang serba-salah, tapi jujur dan hanif pada masa yang sama.

"Betul ke camtu..? Betul ke memang [Inche gabbana] memang ada jawapan untuk semua persoalan..?"

"Err.. Aaahh.. Saya rasalah, kebanyakan masanya, kalau saya jawab tu, maknanya saya memang ada jawapan. Cuma kadang-kadang tu, tak reti nak susun ayat. Uhhmm.. Seingat sayalah, kalau saya tak tahu, memang saya akan cakap tak tahu. Tapi.. Uuhhmm.. Mungkin jugaklah, kadang-kadang tu saya jawab sebab ego..."

Jawab saya. Jujur. Saya tersenyum. Senyuman seorang yang sedang segan. Hadek-hadek lain mendengar dengan penuh khusyu' sambil mengangguk-angguk. 

"So macam mana eh..? Betul ke kalau buat macam tu..?"

"Well, kalau memang betul-betul ada jawapan dan jawapan tu menjawab persoalan yang ditanya, oklah. Tapi kalau menjawab sebab ego, maksudnya taknak orang tahu yang kita tak tahu, dah salah dah tu."

Zaaasssss. Eh, ni upacara mengoyakkan hati diri sendirikah..?

Saya tersenyum lagi. Kelat.

Tidak lama selepas itu, selepas beberapa lagi soalan dan gelak tawa, kami menghabiskan sesi kami dan saya pon menghantar mereka pulang ke kolej. Seusai solat 'Asr bersama-sama mereka, saya bergegas pulang kerana sudah agak lewat juga. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, otak saya ligat memikirkan teguran hadek-hadek kepada saya, espeseli teguran Hadek BMK yang berjaya menghabiskan pembakaran jiwa dan hati saya menjadi abu. 

Hakikatnya, menjadi seorang murabbi sememangnya adalah suatu tanggungjawab dan kerjaya yang sukar lagi mencabar. Selain daripada perlu untuk menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran asas, seorang murabbi juga perlu menjadi qudwah mata bersinar-sinar kepada hadek-hadek di bawah jagaan mereka.

Sayugia kadang-kadang akibat terlalu cuak dan risau yang hadek-hadek tidak respek dengan kita, risau benar kita tidak dapat menjadi qudwah pada pandangan mata mereka, kita menjadi sedikit paranoid. Akibatnya, muncullah seeokor raksasa gorgon yang begitu hodoh rupanya, menggerutu tubuh badannya dan ganas lagi rakus perilakunya - namanya ego. Ya, raksasa ego. Semata-mata hanya kerana tidak mahu dipandang lemah dan tidak berupaya oleh hadek-hadek kita..! Allah...

Kadang-kadang kita dengan sengaja dan secara sedar menggunakan ego kita untuk menangkis 'serangan' daripada hadek-hadek kita. Dan kadang-kadang juga, tanpa sedar kita secara otomatik menjadikan ego kita sebagai perisai untuk menyelamatkan diri kita. Tindakan reaktif. Yang ini lebih merbahaya, kerana dikhuatiri lama-lama ia akan menjadi sebati dalam diri kita. Bila mana kita 'diserang' dan kita merasakan yang kita perlu mempertahankan diri kita, maka kita akan terus menggunakan ego yang ada dalam diri kita sebagai senjata. Adeh. 


Kadang-kadang ego nampak 'comel' di mata kita; maka kita sering mahu menggunakannya. Hakikatnya, ego itu tetap seekor raksasa. [Kredit]


Dahulu, saya pernah menulis tentang ego di dalam post 'Menjadi Super Saiya Pasti Dapat Menewaskan Raja Raksasa Syaitan Pikor'. Bagaimana saya berhujah bahawa antara sebab Thufail bin Amr ad-Dausi boleh berubah daripada menjadi seorang yang begitu jauh dengan Islam kepada salah seorang sahabat yang begitu hebat dalam perjuangannya membawa panji-panji Allah, adalah kerana kebolehan dan keupayaannya untuk merendahkan ego dirinya.

Saya kira kita sewajarnya (saya espeseli!) mengambil ibrah yang sama daripada cerita ini, dalam menjadi seorang Super Dai'e, Inkredibel Murabbi dan Otrohamba. 'Tak tahu' tidak menjadikan kita lebih lemah. 'Tak tahu' tidak menyebabkan hadek-hadek kita hilang tsiqah pada kita. Dan 'tak tahu' juga tidak menjadikan mereka semakin kurangnya sayang dan hormat pada kita.

Sedangkan ego.. Tanpa kita sedari atau pon tidak, menjadikan diri kita tampak angkuh dan sombong. Cukup ironi; ego yang kita gunakan sebagai perisai untuk melindungi ketsiqahan hadek-hadek pada kita, menyebabkan mereka hilang tsiqah pada kita! Aduhai..

Marilah kita sama-sama mencontohi kekasih buah hati kita, ar-Rasul SAW dalam hal ini. Bagaimana baginda SAW telah menunjukkan jalan kepada kita, tatkala Jibril a.s. bertanyakan kepada baginda perihal hari Kiamat. Apakah jawapan baginda..?

"Orang yang ditanya tidak lebih tahu daripada orang yang bertanya.."

Lihatlah! Adakah dengan memberi jawapan sebegitu menjadikan baginda lebih lemah pada pandangan kita..? Adakah dengan menjawab 'Tidak tahu' menyebabkan para sahabat hilang respek dan kasih pada baginda..? Dan adakah dengan mengakui kelemahan sendiri menyebabkan kata-kata baginda tidak boleh lagi dipercayai..?? Anda sudah pon mengetahui jawapannya.

Arakian marilah kita semuanya bersungguh-sungguh, berjihad melawan ego kita. Kerana sesungguhnya, bodohlah kita seandainya kita terus mahu mempertahankan diri kita bilamana tindakan kita menyebabkan orang bertambah menyampah dengan kita. Rugilah kita disebabkan ego kita yang segemok ikan paus biru itu menjadikan orang bertambah jauh dengan dakwah, lari daripada tarbiyah. Dan alangkah sombong dan angkuhnya kita, apabila kita terus mahu menegakkan benang yang basah, sedangkan kebenaran yang dicari.

Jangan disebabkan ego kita itu, kita menjadi fitnah kepada dakwah! Disebabkan kita hanya tidak mahu dilihat jahil dan tidak tahu oleh hadek-hadek kita, kita telah mengambil tindakan yang merugikan perjuangan ini! Alangkah!

Bukankah ego itu sifat Iblis laknatullah..? Bukankah disebabkan ego dia dihalau daripada sorga..?? Dan bukankah disebabkan oleh ego juga, dia berjanji setia untuk menyesatkan cucu cicit Adam a.s...?

Maka pilihan di tangan kita. Sama ada kita mahu mencontohi ar-Rasul SAW kechentaan kita, atau kita mahu mengikut jejak langkah musuh nombor satu manusia itu. Sama ada kita mahu menjadi seorang Otrohamba yang bersungguh-sungguh membawa panji-panji agama ini, ikhlas dan telus mencari keredhaanNya. Atau.. Kita mahu menjadi raksasa gorgon yang begitu hodoh sifatnya..?

Ya, pilihan di tangan kita!

-gabbana-

Amat-amat bersyukur Allah beri saya peluang untuk bermuayasyah bersama hadek-hadek saya. Allah.. Hanya Dia sahaja yang tahu betapa berterima kasihnya diri ini. Saya kira, kesudian saya untuk menerima teguran daripada hadek-hadek sendiri, adalah usaha dan langkah marhaen saya dalam merendahkan lantas meruntuhkan ego saya. Insha-Allah. Doa-doakan agar saya terus istiqamah dalam pengembaraan mencari redhaNya ini.

Dan anda. Yalah, andalah, siapa lagi? Jangan segan-segan dan teragak-agak untuk menegur saya tahu..?? Espeseli apabila sudah jelas saya sudah tersasar dan tergelincir daripada landasan yang benar. Bantu saya okayh..?? Bukankah ad-deen itu suatu nasihat..? Senyum.

20 February 2012

Surat Dari Pembaca #2: Ini Sungguh Mengujakan!

[Kredit]
Salam Enche Gabbana,

Saya antara jutaan pembaca yang baru menjumpai dan mengfollow blog enche. Alhamdulillah, saya sgt tertarik dgn segala input dan perkongsian yang ada dalam blog kamu.

Blog kamu antara blog yang akan saya buka seawal pagi di ofis. Saya sendiri menantikan pencerahan dan perkongsian daripada kamu.

Terus terang saya katakan saya teringin sungguh untuk menjoinkan diri ini dalam dakwah dan tarbiyah yang mana saya penah terjebak masa zaman belajar dulu (Tapi masa tu agak janggal dan hanya pergi join sekali dua saja).

Tapi jauh di sudut hati ni saya nak sgt join semula bulatan gembira sbb saya tau manisnya berbulatan gembira (pengalaman berbulatan gembira sekali dua tdi). Saya menyatakan niat ni sbb saya ingin sekali mengenali  dan join bulatan gembira kamu. Ingin sekali!!!

FYI, sekarang saya berkerja di Dubai dan akan pulang somewhere in April for 2 weeks. Saya skrg diattachedkan ke sini utk sethun n habis somewhere in Oct 2012.

Ingin sekali bersuai kenal dan bergaul ringkas sekiranya saya pulang ke Msia dalam bulan April 2012. InsyaAllah.

Ur Sincerely,
[Inche M]

***

Dah lama tak hapdet belog. Basah idea, tapi entah, mungkin tangan dan hati yang kering. Wuwuwuwu.. Bunyi tangisan yang hodoh di tengah hari yang hening lagi mengantuk. Jadi untuk memudahkan urusan dan tidak mengecewakan anda yang sudah lama menantikan hapdet terbaru daripada saya, saya kongsikan surat ini dengan izin Inche M sendiri.

Sangat gembira dan teruja membaca surat Inche M ini. Apatah lagi amat jarang menerima surat sebegini dari golongan lelaki. *koff koff*

Jujurnya, saya memandang ke hadapan untuk bersua muka dan bertemu mesra dengan Inche M pada bulan April ini, Insha-Allah. Tertanya-tanya, bagaimanalah agaknya rupa Inche M; gendang-gendut tali kecapi? Bertanduk dua..? Hensem kachak bergaya? Bercermin mata Harry Potter..? Aish, macam nak pergi bertemu-janjilah pula! Wahahaha.. Err.

Doakan pertemuan kami nanti akan melahirkan sesuatu yang diredhaiNya! Doakan juga, pertemuan kami nanti bakal melayakkan kami menjadi salah satu daripada tujuh golongan yang dijanjikan perlindungan 'ArasyNya di Mahsyar nanti!

Senyum, mata bersinar-sinar.

-gabbana- 

15 February 2012

Dalam Dakwah Perlukan Kerbau Merah Juga

[Kredit]

Seorang ustaz yang amat saya hormati lagi kasihi pernah memberi suatu nasihat yang amat membasahkan jiwa (dan mata). Suatu nasihat yang saya pegang sampai sekarang. Suatu nasihat yang menjadi bekalan ketika iman sedang merudum jatuh, ketika diri terasa jauh denganNya dan ketika hati terasa begitu kering kontang.

Nasihatnya mudah dan simpel sahaja, tapi cukup berkuasa. Katanya:

"Dalam antum sibuk berdakwah dan tarbiyah, ke [bulatan gembira], ke [konferens riang], antum jadi penat. Antum jadi tak larat. Penat. Qiamnya ke mana. Qurannya ke mana. Mutabaahnya ke mana...

Ketika ini antum memerlukan sesuatu untuk menguatkan jiwa antum. Antum kena ada satu ibadah khas, yang antum sorang je tahu, yang mana dengan ibadah tu, antum rasa antum dapat berhubung terus dengan Allah. Bila antum buat ibadah tu, antum rasa dekat dengan Dia. Kalau Maathurat, tu tak kira sebab semua orang pon buat. Antum kena ada satu ibadah spesel yang bila antum buat, antum rasa segar dan kuat kembali. Antum kena cari ibadah tu..." 

(Of kos la saya dah tokok tambah tolak daripada ayat sebenar ustaz tu dengan sesuka-suki hati. Mana nak ingat dengan ketepatan dan kejituan seratus peratus; saya dapat nasihat ni hampir dua tahun yang lepas. Holoi.)

Saya amat terkesan dengan nasihat ini. Lantas saya segera mencari kalau-kalau ada ibadah khusus yang boleh saya lakukan, yang dapat menjadi talian hayat di saat-saat genting saya memerlukannya.

Dan alhamdulillah, saya telah berjumpa dengannya. Dalam bentuk ayat-ayat chentaNya, yang apabila saya baca, terus terasa tenang hati ini. Subhanallah. (Ok at this precise moment, tiba-tiba mata macam berair. Err.. Habuk. Kot?). 

Apabila jiwa terasa gundah dan gulana, dan dibacakan ayat ini, seolah-olahnya ada seorang kanak-kanak tembam pipi comel tak hengat, datang terkedek-kedek memeluk kita sambil menawarkan sebiji gula-gula. Aaaahhh! Bagaimana hati tidak terhibur dan ceria kembali dengan sesuatu sebegitu..??

Apabila diri terasakan begitu penat, lelah dan letih kerana tidak cukup tidur dan terlalu sering berkejaran ke sana dan ke sini, dan dibacakan ayat ini, ibaratnya datang seorang ibu yang penuh kasih-sayang, berwajah ceria penuh rindu, membelai kita dan menyuapkan pula sup ayam panas yang sumpah menyegarkan. 

Apabila hati berbolak-balik, menggeletar kerana dihimpit dengan begitu banyak masalah yang membotakkan kepala, dan dibacakan ayat ini, masha-Allah, masalah-masalah itu hilang ibarat tikus-tikus lari menyelamatkan diri apabila para pegawai Majlis Perbandaran datang dengan perangkap dan racun tikus.

Ok mungkin saya sedikit hiperbola di situ.

Tetapi sungguh, dengan beberapa potong ayat sahaja, ia ibarat mantera ajaib yang dapat menenangkan hati yang gundah, membasahkan jiwa yang bergejolak dan menteteramkan akal yang berkecamuk. Dengan ibadah yang tampak simpel dan ringkas itu sahaja, secara tuntas saya terasa lebih dekat denganNya. Subhanallah, walhamdulillah, wallahu akbar...!

"Hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.."
[al-Ra'd, 13:28]

Malah kerana keberkesanan dan keosemannya itu, saya tidak lagi hanya mengamalkannya bila lemau dan nyawa-nyawa ikan sahaja. Malah setiap masa ketika saya rasa saya memerlukan sentuhan jiwa (Err.. Itu macam setiap masa dan ketika! Wahahaha). Espeseli dijadikan amalan setiap kali selepas solat. Senyum.

Ayat apa tu Inche gabbana..? Marilah berkongsi dengan kami semua!

Haha. Maafkan saya. Kalau saya kongsikan dengan anda semua, maka ia bukan lagi ibadah spesel yang hanya saya sahaja tahu. Senyum keji.

Kedekut. Dengus anda sambil mencebik muka. Buruk tahu..?

Biar saya kongsikan satu rahsia dengan anda. Jika anda sudilah.

Selain daripada ibadah yang spesel itu, saya juga punya cara lain untuk menenangkan diri, menteteramkan jiwa dan berlari dekat kepadaNya. Agak-agak andalah, apa agaknya yang saya buat..?

Hhhhhmmm. Berbasikal? Berenang..? Menggoreng cekodok pisang..? Aaaahh, tak tahulah Inche gabbana! Usahlah berteka-teki lagi..!

Err.. Masih marahkah..? Tidak perlulah emo sebegitu. Hodoh tahu..? Wahahaha..

Manulis. Ya, dengan menulis. Saya jumpa dengan ketenangan apabila menulis. Saya berasa gembira, hati melompat riang gembira apabila saya dapat meluahkan apa terbuku di hati. Saya berasa puas apabila dapat berkongsikan apa yang saya fikirkan. Sumpah. 

Malah kadang-kadang rasa tak sedap punggung kalau tak dapat menulis walau sehari. Resah. Rasa bersalah. jari-jemari terketar-ketar apabila tidak dapat menaip laju dan gembira pada papan kekunci. Ekstrem bukan..? Tetapi itulah saya. Itulah Inche gabbana. Maka sila jangan muntah darah atau mati keras apabila membaca tulisan-tulisan saya yang berjela-jela panjangnya. Atau belog yang dihapdet setiap hari. Kerana itulah saya. Saya mengekspresikan diri saya dengan lebih baik melalui penulisan. 

Saya suka menulis. Silap. Saya obses dan chenta pada penulisan. Saya jumpa ketenangan dan kepuasan dengannya. Saya berasa lebih dekat kepadaNya melaui bait-bait chenta saya kepadaNya. 

Dan yang membuatkan ia lebih berkesan, hoeyaaah, walaweehh dan (Sila masukkan kata sifat yang lain, yang menggambarkan keoseman) lagi apabila penulisan saya yang marhaen ini rupa-rupanya, ada juga menyentuh hati-hati dan jiwa-jiwa di luar sana. Ajaib. Kerana itu, saya amat menghargai maklum balas dan komen-komen anda yang positif dan membina. Kerana ketahuilah, sungguh ia menyentuh hati saya pada sudut yang paling jauh. Ketahuilah, ia membuatkan saya semakin chenta pada dakwah dan tarbiyah ini. Ketahuilah, ia jaaaauuuhhh lebih berharga daripada unta merah dan dunia dan seisinya...!

Senyum nipis, air mata menitik perlahan.

Anda..? Bagaimana..? Sudahkah anda berjumpa dengan kerbau merah anda..?

-gabbana- 

Sedikit disklemer tentang ibadah istimewa yang disebut di awalan post ini. Tidaklah bermakna hanya dengan melaksanakan ibadah tersebut, anda tidak perlu lagi bertilawah al-Quran, bangun solat malam, membaca doa-doa ma'athur, berzikir dan sebagainya. Itu masih perlu dilakukan sebagai bekalan tambahan yang menguatkan jiwa buat anda yang bergelar dai'e.

Cumanya, ia sebagai pengganti di saat-saat kita benar-benar terhimpit dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab, sehingga badan dan tubuh kita benar-benar letih dan tidak bermaya. Ibaratnya kita memakan biskut kering cap ping pong cicah teh o' panas di waktu petang yang hening ketika kita sedang lapar. Sungguh enak dan sumpah menyegarkan bukan..? Tapi ia tetap tidak dapat menggantikan hidangan nasi panas yang dijamah bersama kuah masak lemak udang harimau cili api, ikan bilis goreng cili kering yang rangup, telur masin dan sayur kailan goreng bawang putih! Meleleh air liur.

Aman. 

14 February 2012

Mari Membakar Diri Di Hari Valentino


Post ini ditujukan khas bukan buat mereka yang menyambut Hari Valentino Rossi Valentine, tapi buat mereka yang tidak menyambutnya.

Ya, andalah. Anda yang sedang membaca post ini. Kebanyakan daripada anda yang membaca belog ini saya yakin tidak menyambutnya. Yalah, anda semua kan baik-baik, soleh wal musleh, ikut bulatan gembira, buat dakwah... Takkanlah sambut Hari Valentine itu, bukan..? (Sniff sniff. Sarkasme.)

Maka post ini saya tujukan spesel, khas dan khusus untuk anda semua ini. Bukan, bukan untuk mengucapkan dengan riang gembiranya kepada anda semua 'Selamat Hari Valentine Kepada Semua Pembaca APG Yang Setia Heyyy!' Pengsan, mulut berbuih oren. Itu buang tebiat namanya.

Tetapi post ini ditulis khususnya kerana anda semua tidak menyambut Hari Valentine itu. Exactly because of that.

Mengapa..?

Kita selalu berang dengan mereka yang menyambut Hari Valentine ini. Kata kita, sambutan ini bertentangan dengan Islam. Kita berhujah lagi, ini adalah serangan pemikiran oleh puak-puak jahat kuffar yang mahu merosakkan minda dan akhlak anak-anak muda Islam. Ghazwul Fikr, kata kita, ala-ala nak tunjuk pandai boleh berbahasa Arablah sedikit. Tambah kita lagi, kita tidak perlukan satu hari yang khusus untuk memanifestasikan chenta kita kerana sewajarnya chenta tu berbunga di taman setiap hari, bukan pada hari-hari tertentu sahaja. Ewah!

Begitu juga dengan sambutan Maulidul Rasul baru-baru ini. Begitu banyak status-status MukaBuku dan Kicauan-kicauan yang berbuar kecaman (termasuk la seorang beloger *koff koff* bernama *koff koff* Inche gabbana itu..) yang menulis bahawa ingatan terhadap ar-Rasul SAW tidak sepatutnya untuk satu hari sahaja. Rasulullah SAW sewajarnya diingati setiap hari dan ketika, sejajar dengan kedudukannya sebagai khatimul anbiya'  dan kekasih Allah.

Saya tiada masalah dengan kedua-dua isu. Makna kata, saya bersetuju yang umat Islam dilarang daripada menyambut Hari Valentine. Saya setuju yang Islam itu agama Chenta, maka sewajarnya kechentaan pada Allah, pada Rasul, pada keluarga, pada rakan-rakan dan kucing gemok berbulu putih di rumah itu, diterjemahkan dalam setiap perkataan dan perbuatan sehari-hari. Saya juga setuju yang kita sewajarnya mengingati ar-Rasul SAW setiap hari, setiap saat dan masa, dan bukan pada satu hari sahaja. Saya tiada masalah dengan itu semua.

Tetapi masalah saya adalah, golongan yang menyambut Hari Valentine dan Maulidul Rasul ini, mereka sekurang-kurangnya istiqamah dan konsisten dengan sambutan mereka itu. Setiap tahun, tepat pada 12 Rabiul Awwal (untuk Maulid Nabi) dan 14 Februari, mereka tidak pernah gagal dalam memastikan hari istimewa bagi mereka itu disambut dengan meriahnya. Sudah ditandakan dalam kalendar mereka, baik kalendar di iPong atau telefon canggih mereka, mahupon di kalendar dinding yang ada gambar kuda Damacai itu, mereka akan pastikan mereka tidak terlepas daripada menyambutnya.

(Disklemer: Pendapat peribadi saya hasil bacaan dan rujukan, tidak salah menyambut Maulidul Rasul asalkan tidak berlebihan dan menghayati ruh sambutan itu. Jangan tuduh saya anti golongan yang menyambut pula!)

Malah, lebih daripada itu, mereka bersungguh-sungguh, all-out pula dalam memastikan hari-hari istimewa tersebut disambut dengan penuh keterujaan dan meriah sekali. Kalau yang menyambut Hari Valentine tu, sanggup berbelanja ratusan, malah mungkin ribuan ringgit untuk membeli hadiah, menempah makan malam berlilin di restoran mewah, rawatan spa lulur Jamu Mak Dara dan macam-macam lagi. Yang menyambut Maulidul Rasul secara besar-besaran pula, siap dengan baju Melayu yang ditempah khas untuk satu kontinjen, dengan kain rentang dan banner pula... Belum lagi dikira dengan belanja dewan, persiapan teknikal, persembahan dan sebagainya. Fulamaweh.

Nah, sekarang kita bandingkan mereka ini dengan kita. Ya kita, yang mengaku diri kita sebagai du'at, baik, soleh wal musleh, ikut bulatan gembira, tak buat maksiat tadi tu...

Pertamanya, kita kata Islam itu agama chenta. Maka tidak perlu Hari Valentine, kerana kechentaan yang tulus dan ikhlas itu sewajarnya dipamerkan setiap hari, tanpa perlu ada hari yang istimewa. Kita juga katakan chenta kita pada ar-Rasul SAW juga setiap hari dan ketika. Dua puluh empat palang tujuh. Fulsetop.

Benarkah begitu..? Istiqamahkah kita dalam menterjemahkan kechentaan kita padaNya, pada agama ini dan pada ar-Rasul SAW..? Atau kita pon sebenarnya dua kali lima juga dengan mereka yang kita dok sibuk kutuk-kutuk dan caci-maki itu..?

Sniff. Sniff. Saya ada terhidu sesuatu yang hangit. Anda ada hidu apa-apa tak..?

Bakar sahajalah chenta itu kalau tak ikhlas.. Air mata. [Kredit]
Keduanya, mereka bersungguh-sungguh dengan sambutan mereka itu. Ditambah pula kerana ia disambut setahun sekali, sayugia bertambah meriah dan gahlah sambutan yang diadakan. Mengapa? Kerana mereka benar-benar percaya dengan tindakan mereka itu. Mereka yakin dengan apa yang mereka lakukan.

Kita..? Bersungguh-sungguhkah kita dalam kerja-kerja dakwah dan tarbiyah kita..? Sudah all-out dan all-in kah kita..? Atau kita hanya pandai berkhayal dan berkata-kata sahaja..??

Adoyai mak Minah sayang, mak Minah kaki temberang rupa-rupanya!

Dan.. Dan.. Adakah kita benar-benar percaya dan yakin dengan perjuangan kita ini..?? Adakah kita sanggup bergolok-gadai jiwa, harta, masa, emosi dan diri kita, semata-mata untuk menegakkan kembali Islam yang terchenta ini..? Atau... Atau.. Atau kita hanya ibarat tin kosong, gah berbunyi tapi tiada isi..?? Manis mulut berkata-kata, tapi hati kita sendiri sangsi tidak percaya...?? Aduhai. Aduhai.

Tunduk malu.

Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekalian. Mereka yang kita tuduh sebagai jahil dan menentang hukum Allah ini, sekurang-kurangnya tindakan mereka berasaskan apa yang mereka faham dan tahu. Dengan kata lain, ya benar, mereka jahil. Mereka tidak tahu. Mereka tidak faham.

Sedangkan kita yang konon-kononnya faham dan tahu ini, sudahkah kita bersungguh-sungguh dan dengan sebenar-benarnya mengingatkan dan memahamkan mereka ini? Kalau bukan kita, siapa lagi..? Tanggungjawab untuk mengingatkan, memahamkan dan mencegah terletak di bahu kita dan bukannya mereka, kerana kita tahu. 

Maka cukuplah dengan caci-maki, kata-mengata dan umpat-ketupat kita. Don't let them have the last laugh later in the hereafter. Sudah tiba masanya untuk kita bekerja. It's time to share and spread the love. The true love.

Itulah kechentaan yang sebenar; berkongsi kasih-sayangNya dengan semua orang, tanpa ada prejudis mahupon diskriminasi. Tugas kita hanyalah menyebarkan chenta dan kasihNya, dan bukannya memaksa atau menyebabkan mereka jatuh chenta.

"Bukanlah kewajipanmu (Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allahlah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki..."
[al-Baqarah, 2:272]

Bagaimana..? Masih ada sisa-sia kulit dan daging yang belum terbakar..?

-gabbana-

Sudah tentunya ini peringatan untuk diri saya terlebih dahulu. Sayalah yang paling banyak berkata-kata, maka amanah dan tanggungjawabnya cukup besar buat saya. Allah.. Air mata mengalir deras.

Moga Allah ampunkan dosa-dosa dan kelemahan diri saya ini.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP