16 November 2011

Burung-Burung Yang Amarah

[Kredit]

[Amaran lembut lagi penuh kasih-sayang: Post ini panjang. Lagi panjang daripada usus besar anda. Wahahaha.. Jangan salahkan saya sekiranya rambut anda gugur secara berjemaah seusai membaca post ini. Vavavum!]

Baru-baru ini kecoh dan gempar dunia dakwah dan tarbiyyah apabila sebuah artikel yang mengupas ibrah dan pengajaran yang boleh diperoleh daripada permainan digital yang cukup mahsyur lagi gah, Angry Birds ditulis. Pelbagai komen, kritikan dan pandangan dilontarkan. Tidak kurang perbincangan dalam milis-milis yang begitu rancak memperkatakan tentang artikel tersebut.

Terbaru sebuah poster yang meringkaskan ibrah dan pengajaran daripada permainan tersebut pula dihasilkan. Nampaknya dunia telah diambil oleh halilintar (Baca: Taken by storm) dengan penulisan tersebut!

Tuan punya artikel sendiri terkejut dengan rancaknya maklumbalas yang diterimanya. Dia sendiri tidak menyangkakan, penulisan yang dianggapnya hanyalah sebagai 'yet another writing' boleh jadi begitu begitu popular dalam masa yang begitu singkat.

Tujuan saya menulis post ini bukanlah untuk menumpang keglamoran topik yang sedang hangat diperkatakan tersebut. Malah secara jujurnya, tidak terlintas pon untuk mengomen tentang artikel tersebut. Sehinggalah malam semalam, apabila beberapa orang ikhwah dan seorang ustaz (gulp) meminta saya untuk bercakap tentangnya. Dan bak kata omputih, selebihnya adalah sejarah.

Kerisauan utama mereka ini (termasuk saya) adalah apabila ramai orang yang akan menyalah erti penulisan artikel ini. Dan saya percaya, puak-puak yang selama ini degil mempertahankan 'keharusan' bermain permainan digital seperti Angry Birds, bertepuk-tangan, bersorak kegembiraan dengan penulisan artikel tersebut.

Saya yakin dan percaya, penulis artikel tersebut mempunyai niat yang ikhlas ketika menulisnya. Penulis sendiri menyatakan yang dia tidak punya niat untuk mempromosikan permainan tersebut. Saya membelinya. Saya percaya dia hanya mahu memanifestasikan ibrah yang dilihatnya relevan untuk dikongsikan bersama para pembacanya. Apatah lagi Angry Birds adalah permainan yang cukup popular dasawarsa ini. Malah saya mengakui pendekatan yang digunakannya amat menarik; melihat Angry Birds daripada kaca mata dakwah dan tarbiyyah. Syabas!

Jangan salah faham; saya cubit pipi nanti!
Masalah besar timbul apabila mereka yang masih belum benar-benar faham dengan hala tuju dakwah ini melihat artikel tersebut sebagai lampu hijau untuk mereka tidak meninggalkan jahiliyyah mereka. Malah daripada komen-komen yang ditinggalkan oleh para pembaca, jelas mereka amat menyokong penulisan artikel tersebut. Mengapa? Kerana artikel tersebut memberikan justifikasi yang positif kepada mereka yang bermain permainan tersebut!

Penjelasannya mudah; permainan ini begitu popular dan sungguh ramai yang et list pernah memainkannya sekali seumur hidup. Saya tidak hairan sekiranya ramai juga ikhwah dan akhawat yang mempunyai aplikasi permainan ini di dalam henpon mereka. Angry Birds cukup dekat di hati mereka. Maka pastinya sebarang pujian atau sokongan terhadap permainan ini akan disambut dengan karpet merah, walhal sebarang kutukan atau kritikan akan diberi cebikan dan cemuhan! Jangan dicabar Angry Birds, nanti akan ku hunus keris sakti ke langit! Err.. Peluh besar sedikit.

Malah saya yakin, ramai antara anda selepas ini akan cepat bangkit memprotes setelah membaca saya mengaitkan Angry Birds dengan jahiliyyah! Wahai, bersabarlah dahulu. Beri saya peluang untuk menjelaskan pendirian saya (dan saya yakin ramai ikhwah dan akhawat di luar sana yang turut risau dengan perkembangan ini), sepertimana anda memberi peluang kepada diri anda untuk mencuba keseronokan permainan Angry Birds itu. *koff koff*

Apa masalah anda sebenarnya, Inche gabbana?
Perlu diterangkan di sini, mengapa golongan seperti saya tidak bersetuju dengan pendekatan sebegini.

Saya melihat, permainan sebegini adalah salah bentuk jahiliyyah yang perlu dijauhi, terutamanya untuk mereka yang mahu bergerak aktif dan laju di dalam dakwah dan tarbiyyah. Karat-karat sebegini perlu dikikis bersih, perlu disembur dengan WD40, malah jika perlu, dibuang terus jauh ke dasar lautan nun di dalam sana. 


Mengapa? Kerana jahiliyyah adalah musuh dalaman bagi seorang dai'e, yang perlu ditentang habis-habisan. Jahiliyyah ini bukan sahaja akan berdikit-dikit merosakkan kefahaman dan fikrah yang sudah dan cuba dibentuk, malah akan melambatkan dan mungkin juga membantutkan terus perjalanan dakwah seseorang dai'e itu. Tiada dua jalan padanya. Jahiliyyah dan kebenaran tidak mungkin bersatu!

Analoginya begini. Bayangkan jahiliyyah itu ibaratnya gula-gula getah yang kita kunyah. Satu hari kita membuat keputusan untuk membuangnya. Kita ludahkannya keluar, tapi terlekat pada kasut kita. Melekat kuat pada tanah. Akibatnya? Kita yang mahu bergerak ke hadapan dihalang, dilambatkan oleh kaki kita yang melekat itu. Semuanya gara-gara kita tidak membuang gula-gula getah dengan betul.

Satu lagi analogi. Kita sedang mendaki bukit yang tinggi, memikul beg berat berisi pelbagai barang. Kita punya pilihan, sama ada mahu membuang barang-barang yang tidak perlu untuk meringankan beban kita, atau kita berdegil tetap mahu mendaki dengan segala bebanan yang ada. Jika kita berkeras, begitu sayangkan dengan 'jahiliyyah-jahiliyyah' yang kita bahu sepanjang perjalanan kehidupan ini, maka sakitlah kita. Menjadi lambatlah kita dalam perjalanan kita menuju puncak. 

Yang lebih mengerikan dan merisaukan adalah, selalunya kita tidak sedar pon yang kita sedang memikul jahiliyyah-jahiliyyah ini bersama. Malah kita tidak perasaan pon yang jahiliyyah-jahiliyyah ini sebenarnya telah membantutkan usaha-usaha dakwah kita! Astaghfirullah...

Allah berfirman:

"Wahai orang-orang yang berselimut! Bangunlah, lalu berikan peringatan! Dan Rabbmu, agungkanlah! Dan pakaianmu, bersihkanlah! Dan perbuatan dosa, tinggalkanlah..!"
[al-Muddatsir, 74:1-5]


Nah, jelas bukan? Kita disuruh bangun untuk memberi peringatan, dan pada masa yang sama kita juga diarahkan untuk membersihkan segala kekotoran, dosa dan noda yang ada pada diri kita! Aslih nafsak, wad'u ghairak! Cuci pinggan dan tangan pada masa yang sama..! Bukankah lebih bergaya sebegitu..?

Arakian langkah yang pertama adalah untuk mengakui bahawa bermain game itu satu bentuk jahiliyyah. Ya, kebenaran itu pahit, tapi anda tidak mungkin lari dan menyorok daripadanya. Dari situ baharulah kita boleh melangkah ke peringkat yang seterusnya.

Saya tahu ini akan jadi kontroversi. Dan saya sudah bersedia. Bring it on!

Harus bermain Angry Birds?
Antara hujah yang digunapakai untuk 'menghalalkan' permainan ini adalah selagi tiada dalil jelas untuk mengharamkannya dan selagi ia tidak mendatangkan mudharat yang besar, maka harus untuk memainkannya. Ya, saya akui, ini adalah antara pendekatan fiqah yang digunapakai oleh ramai alim ulama'.

Tetapi saya melihat, hujah ini amat marabahaya untuk digunakapai di dalam konteks semasa. Hujah ini seolah-olahnya bakal menghalalkan lebih banyak perkara-perkara lain yang kurang jelas halal-haramnya. Selepas ini jangan terkejut sekiranya ada yang mengatakan harus untuk menDF adik-adik dengan game atau movie. Atau harus bergaul lelaki perempuan untuk menyampaikan mesej dakwah. Malah alasan yang sama iniah digunakan oleh para perokok tegar untuk terus merokok, walaupon sudah trang tang tang Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkannya!

Anda terlupa; bukankah hukum fiqah juga mengatakan, mengurangkan yang mudharat itu lebih awla' (utama) daripada menyebarkan kebaikan..? Di sini, saya melihat hadith keenam daripada kumpulan hadith Imam Nawawi cukup cantik dan jelas untuk menerangkan hakikat ini:

Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : "Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : 'Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubhah (tidak terang halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubhah itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubhah itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati."
[Mutafaqun 'Alaih]

Nah! Bukankah syubhah pada Angry Birds itu lebih besar daripada yang unsur-unsur yang jelas halal, hatta harusnya permainan tersebut..? Mengapa perlu berani mencuba-cuba untuk mendekati kawasan larangan Allah; tidak takutkah kita suatu hari nanti kita akan terjatuh ke dalamnya..? Bukankah ciri-ciri kewarakan seseorang adalah dengan dia meninggalkan perkara-perkara yang syubhah..?

Lah, apa yang syubhahnya dengan Angry Birds, Inche gabbana oii..? Apa anda dah lama hidup..?? Ugut anda yang mula tidak senang duduk, sambil menyinsing lengan baju.

Dah takde benda lain nak buat ke Dik Non oii..?
Untuk menjawab persoalan 'kesyubhahan' anda itu, mari saya tanya anda beberapa persoalan.

Secara jujurnya, sila angkat tangan sekiranya sepanjang anda bermain dengan permainan ini, anda berasa lebih dekat dan lebih khusyu' mengingati Allah..?

Siapa yang merasakan gerak kerja dakwahnya akan bertambah laju dengan bermain permainan ini..?

Siapa yang merasakan dengan bermain permainan ini, dia dapat mengusai fikrah Islam dan dakwah dengan lebih berkesan dan efektif..??

Cepat cepat, sila angkat tangan sekiranya anda bersetuju dengan salah satu, salah dua atau kesemua soalan di atas!

Bagaimana agaknya ya, kalau masa-masa terluang yang kita ada banyaknya dihabiskan untuk bermain Angry Birds ini..?
Lah Inche gabbana, tak valid la persoalan anda tu..! Tak professional langsung anda ni! Kalau macam tu, samalah dengan MukaBuku, Blogger, Pengicau semua-semua tu! Ha, amacam..? Terdiam dia..! Anda berhujah lagi sambil tersenyum keji. 

Haih. Begini. Fungsi MukaBuku, Pengicau dan Blogger (saya ambil tiga contoh yang paling popular) adalah lebih meluas. Cakupannya lebih relevan dan prospek untuk mendatangkan hasil yang positif adalah lebih besar.

Maknanya, dengan MukaBuku contohnya, adalah boleh berhubungan dengan ikhwah atau hadek-hadek bulatan gembira. Anda boleh kongsikan video-video atau artikel-artikel tarbiyyah dan Islami. Anda juga boleh secara langsung atau tidak, menegur mana-mana rakan anda yang anda lihat secara terang-terangan menempel gambar-gambar mereka yang penuh noda dan dosa.

Tapi dengan Angry Birds, err, saya tidak nampak di manakah relevannya Angry Birds dari sudut dakwah dan tarbiyyah. Bermain Angry Birds bersifat individu, sedangkan menggunakan aplikasi seperti MukaBuku dan Blogger, itu bersifat lebih komuniti; anda dapat menjalinkan hubungan dengan orang di sekitar, dan hubungan ini seterusnya dieksploitasi untuk kepentingan dakwah dan tarbiyyah. 

Hujah yang sama sewajarnya juga digunakan kepada segala tok nenek keturunan games dan movies yang lain; adakah mereka ini lebih banyak melalaikan kita daripada mengingatiNya atau mereka lebih mendekatkan diri kita kepadaNya..?

Sabda Nabi SAW:

"Sebahagian daripada kesempurnaan seorang mukmin adalah dengan dia meninggalkan apa-apa yang tidak berfaedah baginya."
[Hadith Keduabelas Himpunan Hadith Imam Nawawi. Hadith Hassan, diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dan lain-lain]

Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz atau para penceramah yang mengambil contoh dan ibrah daripada movie seperti Kungfu Panda, Up, A Bug's Life, Bhagad Singh dan sebagainya? Tak salah ke tu? Tak menggalakkan orang ke arah jahiliyyah ke tu..?

Secara jujurnya, saya tidak punya jawapan untuk persoalan anda yang itu. Tapi saya percaya dan yakin, mereka ini meletakkan kepentingan dakwah dan tarbiyyah dahulu sebelum yang lainnya, ketika mengambil contoh-contoh daripada cerita-cerita tersebut. Berbeza dengan Angry Birds, seolah-olahnya, anda perlu main dahulu baharulah akan dapat ibrahnya! Itu pon kalau anda bermain benar-benar kerana mahu mendapat ibrah dakwah dan tarbiyyah daripadanya..! Zraaaapppp.

Dan yang lebih utama, walau apa pon hujah atau alasannya, ia tetap tidak memberikan dalil yang jelas lagi kuat untuk 'menghalalkan' Angry Birds. Dengan memberi alasan bahawa ustaz-ustaz ini mengambil contoh daripada movies, anda sebenarnya sedang melarikan diri daripada menjawab persoalan yang lebih penting; boleh atau tidak berdakwah dengan Angry Birds?

Seorang akh telah mendatangkan satu contoh yang sangat mudah untuk difikirkan dan logik untuk diterima akal.

Bayangkan sekiranya seorang akh atau ukht itu bermain Angry Birds untuk sekurang-kurangnya sepuluh minit sehari (ni dah habis koman dah ni!). Tu baru seorang. Ok kita bayangkan ada seratus orang ikhwah dan akhawat yang bermain permainan ini secara komited setiap hari. Hal ini bolehlah diterjemahkan kepada 1 jam 40 minit sehari, 11 jam 40 minit seminggu dan 50 jam sebulan, dihabiskan untuk bermain permainan itu! Tu baru 100 orang! Saya percaya ramai lagi yang sebenarnya sudah ketagih dengan permainan itu!

Bayangkan, 50 jam sebulan; berapa ramai hadek-hadek baru yang boleh ditajmik? Berapa banyak pengisian yang boleh kita sampaikan? Berapa banyak yang boleh kita dedikasikan untuk bermuayasyah bersama hadek-hadek tersayang atau ikhwah/akhawat terchenta..??

Saya rasa kena buat juga statistik sebegini untuk dakwah dan tarbiyyah.. Hohoho.. [Kredit]

Belum lagi dilihat dari aspek Ghazwul Fikr (serangan pemikiran) pula. Saya boleh bayangkan orang-raong kafir dan musuh-musuh Islam bersorak riang siap dengan pom-pomnya sekali melihatkan umat Islam disibukkan dengan permainan-permainan seperti ini. Lebih riang gembira dan tertawa besar mereka apabila mengetahui, para penggerak dakwah juga terjerumus sama menyibukkan diri dengan permainan sebegitu rupa, hanya kerana mahu mencari ibrah dan pengajaran di dalamnya! La hawla wa quwwata illa billah..

Benarlah, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian!

Promosi Jualan Karnival Mega
Walaupon penulis menyatakan tiada langsung niat di hatinya untuk mempromosikan permainan tersebut, hanya untuk berkongsikan beberapa pengajaran, kita sendiri amat faham dengan hakikat makhluk bernama manusia. Pastinya akan ada kelompok-kelompok yang melihat artikel itu sebagai promosi tidak langsung untuk menggalakkan  bermain permainan itu. Tidak mustahil kalau ada di kalangan hadek-hadek, selepas membaca artikel itu akan berkata,

"Wah! Lepas ni akan lagi selalulah aku main Angry Birds! Sebab sambil main, sambil dapat ibrah!"

Atau..

"Alhamdulillah.. Aku dah agak dah, tak salah main Angry Birds ni! Siap boleh tarbiyyah lagi. Memang kool...! Pandai-pandai je cakap jahiliyyah.. Haish!"

Atau juga...

"Hehe.. Tak payahlah aku tinggalkan main game lepas ni. Sebab setiap game mesti ada ibrah dan pengajaran dakwah dan tarbiyyah dia!"

Pengsan.

Di situlah syubhahnya; bila mana kita mula meringan-ringankan sesuatu, hanya kerana hati kita dekat dan suka kepadanya. Sebab itu dalam hadith yang sama, Nabi SAW juga menyebut tentang soal hati; kerana hati yang tidak kuat dan mudah meringan-ringankan sesuatu perkara yang sewajarnya dielakkan, akan mempengaruhi seluruh tindakan badan dan anggotanya! 

Fitrah manusia sememangnya begitu; bersusah-payah mencari dalil dan hujah untuk 'menghalalkan' perbuatannya, sanggup mencari fatwa Imam Besar Zimbabwe atau Hujjatul Islam Nicaragua semata-mata mahu memberi kelegaan pada hati anda. Sedangkan hujah dan dalil yang lebih kukuh, jelas, terang-benderang sudah sekonyong-konyong berada di depan mata..!  

[Kredit]

Mungkin anda yang sudah qawiyy Super Saiya peringkat kesembilan tiada masalah untuk bermain dengannya. Tapi bagaimana dengan hadek-hadek yang masih mentah, hingusan dan setahun jagung di atas jalan ini..? Yet again, tak pernah pula kita dengar Rasulullah SAW atau para sahabat menari gelek, berlumba unta atau bermain muzik, walaupon mereka mungkin tidak melarangnya!

Sungguh menjadi kerisauan di hati, apabila akan ada hadek-hadek, malah ikhwah akhawat sendiri yang akan melonjak kegembiraan, bertepuk-tampar menyambut meriah penulisan ini (sudah ada kes pon.. hohoho..). Malah menjadikan ia hujah untuk menghalalkan 'jahiliyyah' yang sudah berkarat di dalam diri. Lebih besar kerisauan untuk abang-abang dan hakak-hakak yang sedang berusaha gigih mentakwin hadek-hadek mereka, tiba-tiba 'diserang' pula dengan artikel ini. Mahu berbuih mulut mereka, mencari jalan bagaimana mahu mententeramkan keterujaan maksima hadek-hadek mereka itu! Geleng kepala.

Lebih pening dan garu kepala melihat poster Angry Birds, siap dengan logo sebuah badan bukan kerajaan yang tertera padanya. Apa mesej yang cuba hendak disampaikan di situ..? Apa pandangan orang awam apabila melihat dan membacanya..? Di mana prioriti kita? Apa perasaan hadek-hadek melihat poster tersebut, espeseli mereka yang pernah mendengar pengisian 'Haihai baibai Jahiliyyah'..?? Urut dada, ramas kepala.  

Selepas ini jangan pengsan berkali-kali sekiranya muncul pula 'Ibrah Dari Dik Cerdas!' atau 'Pengajaran Dakwah Dari Kaca Mata Naruto' dan boleh jadi 'Mari Mentarbiyyah Berdasarkan Pengajaran Daripada Lagu-Lagu Michael Learns to Rock', mungkin juga 'A-Z Dakwah dan Tarbiyyah Dari Perspektif Lord of The Rings' dan sebagainya. Kerana sekali kita membuka ruang untuk perkara sebegini, akan terbukalah lebih banyak pintu-pintu syubhah yang lainnya. Nau'dzubillah...

Mari menyimpulkan tali
Sekali saya tekankan di sini, saya tidak berniat untuk menghentam penulis artikel itu. Malah seperti yang saya katakan di awal penulisan ini, pujian patut diberikan kepadanya kerana berjaya 'mengislahkan' permainan yang sungguh popular itu. Bukan mudah mahu melihat permainan dari Barat sebegitu dari perspektif dakwah yang cukup bergaya.

Tetapi saya melihat, mudharat yang lebih besar akan berlaku sekiranya artikel tersebut disalahertikan. Malah telah pon berlaku. Peluh besar. Kini ramai orang yang bercakap-cakap tentangnya, dan nada percakapan mereka lebih berbunyi seakan-akan mereka gembira akhirnya sudah ada dalil buat mereka untuk tidak meninggalkan permainan tersebut.

Ini bukan artikel reaktif. Ini bukan artikel mencapub. Dan ini bukan artikel penuh hasad, ditulis untuk mengkondem atau menjatuhkan sesiapa. Tetapi saya menulis ini kerana saya amat sayangkan dakwah dan tarbiyyah. Panggillah saya jumud. Labellah saya sebagai syadid yang over. Atau kenalilah saya sebagai emo. Yang saya tahu, saya tidak mahu ramai di antara anda di luar sana yang akan menjadi mangsa kepada mudharat dakwah yang lebih besar! Bak kata Aiman, "Ada Aiman kisah...?"

Saya tidak hairan sekiranya selepas ini saya akan dihentam pula akibat penulisan ini. Atau pon, 'ditegur' secara baik kerana anda melihat tiada salahnya penulisan artikel tersebut. Kerana saya yakin dan percaya, buatlah macam mana pon, berilah hujah bagaimana sekalipon, pasti tetap akan ada percanggahan dan perbezaan pendapat. Dan hal ini tidak semestinya sesuatu yang buruk bukan..?

Terpulanglah. Saya tidak menghalang hak anda untuk bersuara dan menyampaikan pendapat anda. Malah saya tidak boleh memaksa anda untuk menerima pendangan saya sepenuhnya.

Cumanya, besar harapan saya, sekiranya benar dan telus teguran dan pandangan saya, cubalah untuk menerimanya tanpa sebarang sangkaan dan prejudis. Mari sama-sama kita kawal dan rendahkan ego kita, dan utamakan apa-apa yang terbaik demi dakwah dan tarbiyyah. Dan sekiranya saya silap, ada mana-mana pandangan saya yang anda rasakan tidak tepat, tegurlah saya dengan penuh kasih-sayang. Insha-Allah, saya amat berbesar hati untuk menerima teguran anda. 

Jika benar hidup dan mati kita, segala amalan sehari-harian kita hanya untuk Allah, Islam dan dakwah, maka insha-Allah kita akan bijak, waras dan rasional dalam membuat keputusan. Tanyalah hati anda; nescaya ia akan memberitahu anda apa yang terbaik untuk anda. Hati yang suci dan telus tidak akan pernah berbohong! 

Hidup di dunia ini hanyalah alat untuk menuju negeri akhirat yang hakiki; maka gunakan setiap detik dan ketika sebaiknya! [Kredit]

Untuk penulis belog seperti saya di luar sana, berhati-hati dan bertanggungjawablah ketika menulis. Ya, kita mungkin suka-suka sahaja dalam menulis. Tetapi siapa tahu penulisan kita mungkin akan dijadikan hujah atau contoh untuk melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan. Walaupon itu bukan niat kita yang sebenar, mencegah itu sentiasa lebih baik dan osem daripada mengubati? Ini sudah tentunya peringatan untuk diri saya sendiri terlebih dahulu, espeseli selepas peristiwa yang berlaku semalam. 

Ketahuilah, sememangnya kita punya hak untuk menulis, melontarkan pandangan dan menyampaikan pendapat. Tetapi hak tersebut datang dengan tanggungjawab; maka bersedialah untuk bertanggungjawab seandainya pertanggungjawaban kita diminta. Ok pening.

Moga Allah bimbing para penggerak dakwah, pemegang obor dan panji agamaNya dan pejuang yang chentakan sorga sekaliannya untuk memelihara assolah perjuangan ini. Dan moga Allah ampunkan dosa-dosa kita semua, sewajarnya selayaknya sebagai hambaNya yang hina lagi dina.

Allahu a'lam, Dialah Yang Membimbing, dan segala perbendaharaan pengetahuan di dunia ini hanya ada padaNya.

Saya rehatkan kes saya.

"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
[Mutafaqun 'Alaih]

 -gabbana-

Teragak-agak juga untuk menulis artikel ini pada mulanya. Tetapi Insha-Allah, saya yakin ini yang terbaik untuk dakwah dan tarbiyyah. Doa-doakan ya..?

Allahu musta'an!

36 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 16/11/2011, 17:31  

sgt bersetuju dengan anda! malah anda merungkaikan dengan baik sekali. boleh bygkan gaya anda bercakap...post yang panjang tetapi sangat2 penting utk dibaca keseluruhannya dengan hati yang terbuka. Jzkk en gabbana!

mmg benar en jahilliyah itu berubah bentuk dan rupanya.tetapi ia tetap encik J!

owh ya, actually semua benda boleh dpt ibrah. Even pengajaran dr Naruto itu telah ade pun ditulis sebelum ini. Dan sy adalah antara org yg tertipu dengan pengajaran dan meneruskan menonton sehingga sampai satu masa, diri berkata, "hoi, masa dah xde, sempat lg nak tgk Naruto?"

Rafie Izwan 16/11/2011, 17:31  

syukran jazeelan khayran jaza...

Anonymous 16/11/2011, 22:05  

alhamdulillah, akhirnya keluar gak artikel kau pasal angry birds ni, gabbana. mabruk atas keberanian! moga allah beri ganti yg lebih baik kepada kita.

salam dari pinggiran sg golok

Anonymous 16/11/2011, 22:35  

Askm wrh wbt..

masyaAllah..semoga ada keberkatan dariNya.

Yup. Allah menjadikan manusia itu sebagai khalifah dimuka bumi, dimana ilmu, tenaga, masa, harta dan lain-lain adalah amanah dan pinjaman dari Allah semata-mata.

maka, dalam usaha menjadi khalifah yang beramanah keranaNya hendaklah kita berusaha meletakkan amanah-amanah dariNya pada tempatnya.

memberikan harta kepada yang lebih berhak,
menyampaikan ilmu kepada yang kurang berilmu,
memberikan pertolongan kepada yang memerlukan,
dan memanfaatkan masa kepada perkara yang lebih membawa manfaat.

dan diri kita juga adalah amanah Allah,
maka diri kita juga memerlukan harta, ilmu, tenaga, dan masa untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi.

dan segala-galanya bermula dengan NIAT.

peringatan buat diri ini juga.
wasalam...

Watak Sampingan 16/11/2011, 23:04  

sangat bersetuju dgn inche gabbana...
fitnah akhir zaman,sgt-sgt menekan umat islam...naudzubillah

yui 16/11/2011, 23:51  

main xpa.. jgn sampai ghalit sgt sudah..

Watak Tambahan 17/11/2011, 00:21  

Hmm..ironinya, inche gabbana juga yang menggunakan istilah-istilah jahiliyah seperti "super saiya yang bergaya". Tajuk blog ini juga, gucci, err mungkin bagi inche gabbana ada elemen dakwah dalam gucci ek?

Kalau orang lain ambil fatwa imam besar zimbabwe atau mufti nicaragua inche hentam, tapi inche punya fatwa ini dari mana pula ya. Orang lain cari hujah nak halalkan, inche pun apa kurangnya cari hujah nak haramkan. After all it's a matter of perspective.

Teringat kata-kata Saidina Umar - "Di tempat mana aku berdiri di zaman jahiliyah, di situ aku berdiri di zaman Islamku". Hadis yang selalu sebut dalam ISK pun sama, Manusia bagaikan logam.

Jangan la jadikan diri inche sebagai benchmark. Nak semua orang macam inche dakwah guna blog guna ayat arab gempak2 sumer. Nabi pun raikan dakwah Abu Bakar dan Umar. Nabi pun bermain2 dgn Aishah. Tiba-tiba mai kat inche, suruh org mesti ikut cara inche. Camne nak raikan dakwah, kalu gini.

Hidayah Allah bagi kat kita, inche sdiri tak pernah expect inche akan dapat mcm inche dpt dulu, dan inche sdiri tak boleh jamin adakah akan kekal hidayah. Takkan inche nk halang kalau ditakdirkn Allah dgn memerhati ibrah dari bnde2 dunia ni, hidayah smpai kpd seseorg. Jgn smpai Allah tegur inche mcm Allah tegur Nabi dalam surah Abasa, inche.

Kelakar bila org kuat agama perasan dirinya jadi benchmark org lain, sedangkan diorg sdiri xleh jamin esok lusa diorg camne. "Woi korang, korang semua kena jadi macam aku - tinggalkan semua anime, tinggalkan semua games - baru korang boleh masuk syurga mcm aku." Whatthefish. Syurga bukan manusia yg tentukan!

Watak Tambahan 17/11/2011, 00:30  

Haha! Dan ironinya, suggested article dari blog ini:

"Kadangkala Tarbiyyah Boleh Datang Dalam Bentuk Game Juga"

Inche Gucci sdiri yg tulis. Tak lama, baru tengah tahun haritu.

Betul la aku da agak. Hanya game yang korang buat syok sendiri je yang lulus untuk tarbiyyah. Kalau game org kafir buat - JAHILIYAHHHHH! HARAMMMM! GHAZWUL FIKRRRR!!!

Nonsense. I rest my case. Muahahaha.

Izyana Hariffin 17/11/2011, 01:01  

trend fatwa shopping

Anonymous 17/11/2011, 02:00  

Askm wrht wbt Watak Tambahan...

masyaAllah, Allah kurniakan hambaNya dengan akal yang cerdik. renung-renungkanlah dan selamat beramal.

Yup, Syurga bukanlah manusia yang tentukan.

Ilmu itu bukanlah dengan alif, ba, ta,
Ilmu itu juga bukanlah DIBACA SEPINTAS lalu.

Yup, After all it's a matter of perspective. tapi AFTER "After all it's a matter of perspective" is " After all it's a matter of NAWAITU".

Innamal a'malu binniat. (rujuk hadith)
dan NIAT tidak menghalalkan cara. (sila rujuk huraian hadith)

masya Allah, seorang manusia yang kenal Allah itu Tuhannya,
berusahalah dia mengabdikan diri untuk Tuhannya.
dalam setiap urusannya dia mengabdikan diri kepada Tuhannya,
dan kemuncak pengabdian itulah memperhambakan diri dalam menyembah Tuhannya.
menyediakan diri sepenuh kesungguhan mendapatkan jaminan Tuhannya.
cukup baginya Allah - Dia lah Rabb,
Dia lah Ilah yang tiada ilah selainNya,
dengan segala kebesaran sifat&zatNya,
maka jadilah dia seorang hamba Allah SWT...

***
copy (HIGHLIGHT):

"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : "Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : 'Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubhah (tidak terang halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubhah itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubhah itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram."

sila rujuk huraian hadith.

***

turunnya islam dalam bahasa ARAB dan awalnya disampaikan kepada bangsa ARAB,

bukanlah bermakna islam itu hanya kepada mereka yang bertutur ARAB,
bukanlah bermakna islam itu kepada mereka yang berbangsa ARAB.
Islam itu agama yang menyeluruh agar membawa manusia yang jahiliyyah (jahil) kepada manusia yang mengenal islam (Islam is the way).

sila google:
jahiliyyah,
gucci,
super,
sayya.

sila Ctrl+F:
" saya(inche gabbana) haramkan ANGRY BIRD"

jumpa??

***

RECOMMENT:
Allah menjadikan manusia itu sebagai khalifah dimuka bumi, dimana ilmu, tenaga, masa, harta dan lain-lain adalah amanah dan pinjaman dari Allah semata-mata.

maka, dalam usaha menjadi khalifah yang beramanah keranaNya hendaklah kita berusaha meletakkan amanah-amanah dariNya pada tempatnya.

memberikan harta kepada yang lebih berhak,
menyampaikan ilmu kepada yang kurang berilmu,
memberikan pertolongan kepada yang memerlukan,
dan memanfaatkan masa kepada perkara yang lebih membawa manfaat.

dan diri kita juga adalah amanah Allah,
maka diri kita juga memerlukan harta, ilmu, tenaga, dan masa untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi.

dan segala-galanya bermula dengan NIAT.

****
berpesan-pesanlah dengan kebenaran,
berpesan-pesanlah dengan kesabaran.

***

saya budak baru belajar,
jika salah minta diperbetulkan,

semoga ada keberkatan dariNYa. Ins Allah..

wasalam ^_^

Anonymous 17/11/2011, 02:26  

herm, inche lebih berani dr saya yg meski kurg setuju dgn (efek/kesan) yg dibawa oleh artikel angry bird ikhwah X, tetapi tetap tidak mampu bersuara. apakandaya, korang semua ikhwah yg jauhhhhh lg power dr saya.

Watak Tambahan 17/11/2011, 02:33  

Wah, baru pegi kedai kejap dah ada orang reply. Woah. Anon cakap pasal niat. Macam expert je bab niat ni kan anon. Niat usolli ke niat puasa ke? Hee.

Gi tengok balik huraian hadis niat tu. Huraian ulama', bukan huraian naqib/ah yg memandai2. Niat tak menghalalkan cara - ni qaedah fiqh. Tau tak qaedah fiqh tu apa? Gi tanya naqib/ah. Again, cari naqib/ah yg x memandai2.

Korg ni, cakap mcm expert bab dakwah. Mesti dah habis baca muntalaq kan? Gi tengok bab 10 kata apa. Gi tengok apa yg dia kata pasal sifat isti'la. Gi tengok apa yg dia kata pasal dakwah yang mutakamilah (betul ke aku eja, aku x reti bab2 bahasa arab ni, bukan macam inche gucci.)

Tiap2 manusia ada achilles point dia. Camtu gak dalam dakwah. Ada manusia dapat hidayah via music. Ada manusia dapat hidayah lepas buat dosa. Ada manusia dapat hidayah sbb dtg oversea. Ada manusia dapat hidayah sbb itu dan ini. Pasai tu la org tulis pasal tarbiyyah Angry Birds. Itu peluang nak dakwah, nk lorongkan hidayah.

Jahiliyah attack kita dari segenap arah. Kita lak, promosi islam ikut cara kita saja. Cmni kita expect nk lwn jahiliah? Muahahaha.

Niat bab tuhan. Kalau setakat nak cakap pasal niat, aku pun boleh. Tanya inche gucci, apa niat dia tulis article ni. Tanya dia, dia ada contact personally tak dengan penulis artikel Angry Birds tu? Tak ke inche Gucci rasa dengan menulis artikel ini, menyebabkan air muka penulis tarbiyah angry birds tu jatuh? Mungkin ke kefahaman inche Gucci dengan kefahaman penulis angry birds tu berbeza?

Kalau stakat tulis nk hentam, sape2 pun boleh. Tgk aku, hentam artikel ni depan2 direct je kat sini. Heheh.

Buat malu mad'u je tgk dua org da'ie gaduh. Sorg kata jgn dakwah guna angry birds. sorg lagi tgk angry birds satu peluang utk dakwah.

boring ah. baik aku blah gi maen dota dgn naqib aku. nasib baek naqib aku cool je, tak bermuka2. mesti korg jeles kan x dpt naqib sporting n mantap mcm naqib aku. hahahaha.

adios! opps, jahiliah. wassalamualaikum! ^_^

Watak Tambahan 17/11/2011, 02:35  

woopps. silap. niat tak menghalalkan cara - ni bukan kaedah fiqh. huahuahua. see aku pun boleh silap. heheh.

nah baca sini nk tengok, betul ke "niat tak menghalalkan cara" tu ada dalam islam

http://zaharuddin.net/politik-&-dakwah/55/835-mogok-lapar-a-benarkah-matlamat-tidak-halalkan-cara-.html

tata~ wassalam

dinamik 17/11/2011, 03:51  

huh bahasa anda watak tambahan...

Anonymous 17/11/2011, 06:55  

assalamualaikum. erk.

daei2 sekalian, janganlah sebab angry bird yang satu nih, daei2 nak hentam menghentam?

ker cane?

bukan ke berlapang dada tu lebih baik?

T_T menangis.

Anonymous 17/11/2011, 07:09  

salam, sorry mcm mencelah plak..
watak tambahan pun apa kurangnya dalam menghentam penulis xgitu?

menasihati untuk menambah baikan kan lebih baik..

kpd penulis IG,
saya rase artikel pasal ibrah bermain angry bird bukan lah bertujuan untuk mengajak untuk bermain hingga melupakan tajmik & taqwin.. tapi ibrah tuh dari segi analogi terhadap permainan angry bird..

wallahualam

Anonymous 17/11/2011, 07:34  

saya setuju dengan Inche Gabbana!

kalau sume orang open minded and tak berprasanka mesti takkan ada comment2 yang me'laga2'kan ni.wallahualam

Unknown 17/11/2011, 08:50  

bru sya nampak. selama ni sya hanya bermain saje game angry bird tanpa mengambil kira aspek lain. Jazakallah kerana berkongsi..

Anonymous 17/11/2011, 09:02  

Inche Gabbana just tuju artikel ni utk DAIE yg bace artikel dakwah dlm angry birds dan terus mengharuskan hukum maen angry birds tu...

ibrah nya x salah pun...

just that jgn disebabkan artikel tu buat DAIE ni lalai maen games tu jer

Abang 17/11/2011, 09:49  

Bismillah.

Well said akhi =) Ana pon dah lama rasa yg sama, cuma x pandai nak express..astaghfirullah.

Watak Tambahan:
Anda ade letak link ke website ust Zaharuddin kan. sy pasti anda dah baca isu Seksualiti Merdeka yg dikupas di situ, sebagai respon kepada artikel Ust Hazrizal. Tp 'ala kullihal, setelah baca dua2 artikel beserta komennye, kita nampak betapa kedua-dua ust ni bukanlah bergaduh, tp sekadar menyatakan pendapat masing2 dgn rendah hati dan kasih sayang.

Dan itu jugalah yg sy nampak drp post kali ni. MashaAllah, rasanya dah byk kali penulis blog ckp dia menghargai akh yg menulis artikel popular tu, dia juga faham niat akh itu, cuma concernnya adalah kepada kita yg membaca ni..org awam yg nak belajar Islam..

Sama-samalah kita ambil isi post kali ni sbg muhasabah amal kita. Kalo x setuju sekali pon, at least kita tgok blk amalan kita so far. Sekadar utk jadi lebih baik insyaAllah =)

Sy setuju bab metod dakwah yg pelbagai. Dan salah satunya adalah melalui apa yg penulis blog kemukakan berdasarkan kefahamannya terhadap bahan fikrah yg telah dilalui. Mungkin kefahaman anda berbeza sedikit, tp x bermakna kefahaman org lain salah dan anda betul, begitu juga sebaliknya. Ada ruang ijtihad di situ. InsyaAllah ada ganjaran Allah atas usaha yg kita lakukan, yg penting kita berusaha x? Sy juga tidak nampak di mana-mana, penulis blog 'mengarahkan' org ikut cakap dia. Ia hanya saranan yg dirasakan baik, dan terserah la kpd pembaca menilainya.

Wallahua'lam. Sy berlapang dada dgn pendapat-pendapat yg ada dgn pandangan ia perlu untuk saling muhasabah antara satu sama lain. Moga allah ampun yg silap, dan ganjari yg tepat.

JZKKK =)

aku bukan dia 17/11/2011, 10:17  

alhamdulillah satu lagi komen berkenaan burung2 yang amarah.

dakwah itu seni.dinamik.

dari awal isu ini bukan yes or no.
kedua2nya bertujuankan yang sama, fikrah yang sama, cara yang sama hebat.
cumanya masing2 empunya merit demerit yang berbeza.

istilah yang diguna pakai mungkin sama dengan istilah2 jahiliah.tapi sekadar mendekatkan diri, bukan menjerumuskan diri.

WA

aku bukan dia 17/11/2011, 10:31  

penulis ibrah angry bird menggunakan kaca mata berbeza.
inche ghabba-nantoka- juga menggunakan kaca mata berbeza.
keduanya menggunakan kaca mata pendakwah yang mempunyai tujuan dan fikrah yang sama, cuma mad'u yang berbeza.
begitu bukan?

watak tambahan juga mempunyai kaca mata berbeza, juga naqib kepada watak tambahan yang memiliki kaca mata yang mungkin lebih bergaya dari naqib2 seluruh dunia merangkumi dunia bunian.

yang pentingnya, bukan mempertikaikan apa yang kita lihat. kerana hakikatnya objek itu tidak akan berubah sama sekali!
yang berubah hanya spek mata raybean atau petaling-street-mali.

ya, bagaimana anda melihat seekor kambing memakan rumput dikandangnya.
inche ghabba-nantoka- mungkin melihat dari sudut banyaknya rumput wow-enak-skali-join-pon-baik-juga.
inche penulis ibrah burung amuk mungkin melihat dari atas wah-kambing-berkaki-sedang-memakan-rumput-rampai-yang-tidak-kurang-enaknya-jika-dibuat-eskem.
inche watak tambahan juga melihat objek yang sama tapi mungkin dari bahagian punggung kambing tersebut.

jadi pertikaian adalah dari sudut kita melihatnya!bukan aduh mengapa kambing ini memakan rumput?tidak makan nasi goreng kampung kurang pedas?

WA

Anonymous 17/11/2011, 10:34  

zaharuddin.net:-

" Tetapi barang siapa dalam KEADAAN TERPAKSA (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Al-Baqarah : 173)


Ayat ini jelas menunjukkan bagi mencapai matlamat ‘TERUS HIDUP' iaitu maslahat nyawa, dibenarkan bagi seseorang Islam itu untuk melakukan satu cara yang tidak halal, iaitu memakan makanan yang haram, bagi mencapai matlamatnya iaitu terus hidup. Ini kerana kepentingan nyawa adalah lebih besar berbanding memakan yang haram, justeru dalam keadaan TERPAKSA sahaja, cara yang asalnya HARAM itu menjadi harus buat sementara waktu."

agree! ilmu bukan sekadar alif ba ta & ilmu bukan dibaca sepintasa lalu...

Anonymous 17/11/2011, 11:14  

Askm wrh wbt

alhmdllh, segala puji bg Allah SWT (sesungguhnya laa hawla walaa quwwata illa billah) & selawat serta salam buat junjungan kita Rasulullah SAW. masya Allah,stlh baca komen2 terdetik di hati rupa2nya ilmu itu sangat flexible.
subhanallah...semoga ianya mbawa kerahmatan yg lebih besar utk diri sdri juga...
maha luas kasih sayang Allah, tidak Dia biarkan hambaNya tersasar jauh...mungkin saya terlepas pandang mengenai huraian niat. saya budak beru belajar. kalau silap minta diajarkan. terima kasih atas teguran watak tambahan. ^_^
yup, hidayah datang dari pelbagai arah. ada kualiti dalam diri hambaNya yang Allah suka maka Dia mahu tingkatkan darjat hambaNya. ini tanda cinta Allah pada hambaNya...
tapi kalau sedikit demi sedikit kebaikan hilang dari diri kita dan kita lebih cenderung mengikut apa yang nafsu kita suka, itulah tanda Allah melepaskan "taliNya".
sebenarnya, bila hidayah nak masuk ke hati kita, ia menunggu2 samada kita mahu menyambut kedatangannya atau sebaliknya. ia takkan terus masuk, kerana tidak akan berkumpul 2 perkara dalam satu hati, iaitu dunia(perkara lagha) dan akhirat(bukan perkara lagha).dan akhirat itu bersifat pemalu.
ia takkan merebut tempat dalam hati melainkan pemilik hati itu menerimanya. sedangkan dunia itu sifatnya amat bertentangan.
kalau dunia sudah menduduki hati, dia mahu menguasai. kalau akhirat sudah menduduki hati, dunia akan terus berusaha mendapatkan tempatnya tanpa malu.
dan bila dunia dah dapat merebut masuk ke hati, akhirat akan keluar dari hati itu kerana sifat malunya dan tidak akan pernah ada projek usahasama antara dunia dan akhirat.
sebab tu, bilamana hidayah Allah sudah mengetuk2 pintu hati seseorang, dia akan kegelisahan. macam2 perasaan menghantui ketika saat itu.
dan dunia berusaha keras agar pemilik hati itu sama sekali tidak membuka pintu hatinya untuk akhirat. maka wujudlah perasaan2 tidak suka/memandang serong/membenci terhadap kebaikan atau orang yang memelihara kebaikan.
Allah letakkan pilihan di tangan manusia itu sendiri. bilamana manusia itu memilih untuk buat tak tahu, lama-kelamaan kegelisahannya akan hilang. ini kerana hidayah yang mengetuk pintu hatinya sudah berlalu pergi tak bersambut. maka kekallah manusia itu tenggelam dalam permainan dunia.
tetapi bilamana dia menerima ketukan hidayah, itulah nikmat yang besar dari Allah. maknanya manusia itu sudah membuat satu pilihan yang bijak. Dimana meninggalkan perkara yang lagha dengan menuju kejalan mencari keredhaan Allah..=)
tapi manusia itu perlu faham dan bersedia kerana dunia akan terus berusaha merebut tempatnya. maka itu nak memelihara hidayah yang Allah dah bagi merupakan sesuatu yang perlukan kesungguhan. sebab itu kadangkala kita lihat, orang yang menegakkan kebaikan pun berbuat perkara2 yang tak baik sebab dunia terus-menerus dengan strateginya nak bertakhta di hati. so, selalu2 kena istighfar sebab walau dalam hidayah pun masih berbuat keburukan, kefasikan...='(
[manusia memang tidak terlepas dari melakukan dosa walau sebaik mana pun dia...hanya para anbiya & rasul yang maksum...]
susah nak lawan serangan dunia melainkan kita kembali kpd Allah...huhu. sesungguhnya hanya dengan mengingat Allah hati akan menjadi tenang. sentiasa mohon supaya Allah kekalkan kita dalam hidayahNya...

wallahu'alam...
saya budak baru belajar. kalau silap minta diajarkan.
semoga ada keberkatan dariNya. Ins Allah...

Bukan Enonimus 17/11/2011, 11:52  

Salam wbt,
saya sangat yakin bahawa inche Gabbana dan penulis yg amik ibrah dari Angry Birds saling kenal antara satu sama lain.

Saya tak nampak kedua-duanya condemn idea yg laen, tp sebenarnya complement each other.

Sy setuju amik ibrah dari jahiliyyah, tp tk bermaksud kita boleh melayan atau menghalalkan jahiliyyah tersebut.

Saya pernah tertipu dgn analogi naruto, tp saya sedar bahawa benda tu semua hanyalah alat untuk menarik mad'u kita. Bukan bermaksud saya boleh menonton naruto sewenang-wenangnya.

Wallahu'alam

Anonymous 17/11/2011, 12:21  

tenang2 aja ya. Usah ribut-ribut

Anonymous 17/11/2011, 12:59  

aku melihat semua sedang berusaha menuju Allah dengan hidangan amal masing2..

yg terbaik di antara amalan2 mereka adalah yang kerana Allah..

moga dalam percakapan, pemikiran dan perbuatan kita juga kerana Allah :)

ghb 17/11/2011, 13:19  

Adohai... Topik panas!

Sye percaye IG tulis bukan utk menghentam sesiapa. Tapi utk kita sama2 ambil ibrah dari sudut pandang yg lain... Memang IG pernah tulis Tarbiyyah boleh dtg dlm bentuk game... Tapi time main angry bird adakah kita mengingat Allah SWT? game ibrah yg IG sebutkan, dan yg akh dan ukh buat kat luar tu bertujuan untuk membuat analogi dll... Mbuatkan kiya berfikir...

Kalo utk memancing mad'u melalui angry bird; tidak lah salah pd pndpt sye... Bila dh dpt tu; bole je kan tinggalkan??

Jgn lah kerana berbeza wadah perjuangan kita bertelagah... Sedang matlamat kita sama... Bukan niat IG utk mdpt nama, bukan niat dia utk mghentam... Kami masih hamba marhaen, bukan malaikat...

Bacalah dgn mata hati; baalah dgn kasih sayang.

# teringin nak duduk dgn kalian sume di syurga.. Peace:)

Anonymous 17/11/2011, 18:50  

http://www.izzuddinyussof.com/2011/11/ini-halal-ini-pula-haram.html

Anonymous 17/11/2011, 22:48  

saya yakin Watak Tambahan adalah penulis asal artikel ibrah dari angry birds. lihat sahaja pada lenggok bahasa kedua2nya. 'sopan' sekali. apa pun, nasihat saya, sudah2 lah masa kita dibuang dan terbuang dengan hujah dan debat yg selalu nak menangkan diri sendiri, nak bagi org cakap kita ni kononnya kritikal dan sebagainya. akhir sekali kita semua akan mengadap Allah, dan dinilai berdasarkan amalan nafsi2, kerana itu medan cakap sangat luas, tapi bila sampai part amal, berapa kerat sangat dai'e yg beramal muntij. wallahua'alam.

Izzuddin Yussof 18/11/2011, 05:08  

maka di sini saya berjanji watak tambahan bukanlah saya :)

sekian

(x baik tuduh haha)

A2 18/11/2011, 15:53  

@Anonymous:: Jgnlah cepat menuding jari. Tidak semestinya Watak Tambahan ialah penulis asal post tersebut. Kesian penulis tu, tiba2 nama dia naik ^_^

by the way, saya sokong dan faham apa yang cuba disampaikan oleh IG dimana dia cuba memberitahu kita bahawa betapa ruginya membazirkan masa untuk bermain *secara konsisten hari demi hari* permainan seperti angry bird ini. Maka dengan sebab itulah IG tidak menggalakkan untuk mengupas tentaang Angry Bird ini secara public kerana dikhuatiri akan menimbulkan salah faham kepada pembacanya.

Niat penulis asal sememangnya mulia. Allah memberikan kelebihan kepadanya untuk melihat terdapat unsur2 tarbawi dalam game tersebut. Yang mana ibrah tersebut harus kita ambil dan aplikasikan ke dalam kehidupan harian kita sebagai muslim mahupun da'ie. Bukannya untuk kita menjadikannya sebagai asbab kepada kekonsistenan kita dalam bermain permainan tersebut hari demi hari. Penulis tersebut juga dua kali (di awal post dan di akhir post) mengulangi bahawa dia tidak menyuruh kita bermain permainan ni dan membazir masa kita. Bahkan tegasnya "bermain game boleh membazir masa anda dan masa kehidupa anda" ! Jelas bukan!

Saya juga mengerti apa yang disampaikan watak Tambahan iaitu da'wah tidak semestinya hanya di surau dan memberi tazkirah. Tetapi da'wah itu luas. Banyak cara untuk kita berdakwah.

Tetapi bermain permainan angry bird ini semestinya tidak banyak mendekatkan diri kita kepada Allah (itupun kalaulah mendekatkan!) berbanding melakukan ibadah2 khusus dan membaca buku2 fikrah.

Betul bukan!

Imam Hassan Al Banna juga pernah menegur dan menghukum anaknya yang membaca komik. Kerana apa ya..? Tidak lain tidak bukan kerana ia membazir masa. Dan mudarat yang dibawanya lebih besar dari kebaikannya.

Konteknya sama seperti bermain game (walaupun 15 minit saja untuk sehari!)

Semoga Allah merahmati kita semua dan mencucuri rahmatNya kepada kita sepanjang masa. salaam a'alikum. (^_^)

Bro 18/11/2011, 17:11  

dua2 sy setuju, dua2 penulisan betul..=)
tapi yg tak betul adalah org yg membaca tulisan tersebut, lantas membuat tafsiran sendiri bagi membenarkan diri melakukan sesuatu yg dia sukai.

1. benar ibrah2 tersebut boleh diperolehi dari permainan angry bird. namun, dah dapat ibrah terus la praktikkan dan ingat sampai bila2..xkan la tiap2 kali nk ingt ibrah, kena main..main baru ingt ibrah. contoh simple mcm nk bgtahu betapa teruknya impak kemalangan dsbbkn bawa laju, kali pertama mungkin boleh la buat eksperimen kereta BMW bawa laju2, langgar dinding dan hancur..so, dpt ibrah-ok. abis, xkn la tiap2 kali nk tunjuk yg bawa laju tu merbahaya, kena korbankan BMW sebiji? bengkrap ke cmnie.cukup la sekali dh dpt ibrah ingt la.
2. yg jadi mslhnya ialah main smpai melalaikan tu. klau betul la main sbb nk kaitkan dgn dakwah, berpada2 udah le yop. sama je mcm game lain pon,PES dan sebagainya. kalau betol utk dkwah, berkesan btol ke?ni tiap2 kali main bg alasan yg sama, hasilnye xnmpk pon.
3. risau benda2 kecil cmnie la, yg kita anggap ringan, tp rupa2nya menjadi penyebab Allah tak mudahkan jalan dkwah ni. sbb tu adik2 ssh nk DF, dkwah muram, dll.
4. soalan mudah,kalau Rasulullah ada lah dgn kita sekarang ni, tgk kita tgh syok main angry bird, agak2 apa Baginda akan kata ekk?

pandangan seposen dua.
wallahualam.

Sayap Pejuang 23/11/2011, 23:23  

salam... sy stju ngan saudara inchee gabbana.. sy percaya saudara xde niat nk bajet bgus atau seumpamanya.. x spttnya Watak Tambahan komen sbgtu dgn bhsa yg ckup "indah" itu.. saudara inchee gabbana xde nk kutuk2 penulis angry bird tu, bliau juga xde pn ajak org jd mcm dia, eh? ada ke? huhu... kta sma2 umat Islam, kta bersaudara, xyah laa nk bertekak ngan bnda sbgni... lau Watak Tambahan x stju sbrg post tu, xprlu laaa nk serang cm ni.. saudara inchee gabbana pn menegur scara baik terhadap pnulisan pnulis angry bird tu... cmni ke sikap yg naqib Watak Tambahan ajar utk jd sorg da'ie? huh! Islam for all.. wallahua'lam..

al-fateh 28/12/2011, 03:54  

utk org yg benar2 beriman, membaca post angry birds itu pun, sudah tau apa ibrah yg patut diambil dan kesempatan mana yg tidak patut diambil. guna fatwa hati, jika hati itu benar bersih. tepuk dada tanya iman.

wallahua'lam

Anonymous 26/01/2012, 20:54  

"Barang siapa yang hendak Allah berikan kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan beri kefahaman (dalam ilmu) agama." (HR. Bukhari Muslim)

moga Allah rahmati kalian anak2 muda yg masih berpegang dengan agama Allah ! moga Allah lindungi kita daripada bisikan2 syaitan dan penghampirannya.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP