Raksasa Gorgon Bernama Ego
Gaaaahhhh makan budaaakk! [Kredit] |
Wiken lepas berlaku sesuatu yang cukup signifikan dan bersejarah, walaupon kemungkinan besar tidak akan mendapat satu slot khas dalam rancangan 'Hari Ini dalam Sejarah.' Eh.
Sepulangnya saya dari konferens riang hadek-hadek kawasan selatan dan kawasan-kawasan yang seangkatan dengannya, saya telah mencolek beberapa orang hadek-hadek terchenta untuk bermuayasyah (Baca: Bergaul kasih mesra) dengan mereka. Pada mulanya sesi tersebut berlangsung di dalam kereta sahaja. Tetapi memandangkan sesi menjadi semakin hangit hangat dan tampaknya masih banyak perkara yang perlu diceritakan, sesi tersebut telah disambung pula di sebuah kedai makan untuk menikmati teh o' ais limau yang sungguh dingin dan menyegarkan itu heyy!
Pada mulanya sesi tersebut lebih berkisarkan kepada masalah-masalah dalaman bulatan gembira mereka dan apa solusi terbaik untuk menanganinya. Kemudian, entah bagaimana, sesi tersebut bertukar ala-ala Suria Perkasa Hitam dan Gaban Rangers menjadi sesi muhasabah tegur-menegur sesama kami.
Of kos la, sesi tersebut dimulakan oleh mereka dahulu. Mereka saling memberikan pendapat tentang diri masing-masing dan kemudiannya, mereka bertanya kepada saya sama ada saya mempunyai sebarang teguran penambahbaikan untuk diri mereka. Boleh tahan merembeskan peluh kecil jugalah sesi tersebut. Meremang bulu roma.
Akhirnya, untuk berlaku adil kepada semua, saya juga meminta mereka untuk membakar dan mengoyakkan hati saya. Mereka pada mulanya tampak menelan air liur; resah dan tidak pasti bagaimana untuk memenuhi permintaan saya itu. Tapi saya berikan jaminan yang saya kool, kachak dan bergaya. Wahahahaha. Lap peluh. Kata saya:
"Tentulah, dalam nak menegur murabbi, ada adab-adab dan akhlaknya. Tapi saya ok dan kool je nak tegur macam mana pon. Saya open-minded. Saya tak nak disebabkan tu nanti, anda segan dan malas nak tegur. Sedangkan Nabi SAW pon boleh ditegur, inikan pula saya. Dan saya pernah ada pengalaman dengan murabbi yang pantang ditegur ni. Saya tak nak benda yang sama jadi pada saya. So kalau ada apa-apa, tegur je lah. Ok..?
Sambil memberikan mereka senyuman yang berharga tiga puluh lapan ringgit lima pulosen.
Arakian sesi membakar murabbi sendiri dimulakan oleh Hadek Tak-Makan-Sayur. Menurut Hadek TMS, saya perlu menvariasikan cara saya mendekati semua hadek-hadek yang ada dalam bulatan gembira saya. Katanya, tak semestinya saya seorang yang jenis riang gembira, maka saya menjangkakan semua hadek-hadek pon begitu. Kadang-kadang, katanya lagi, dia berasa seram sejuk dan setiap bulu roma yang ada pada badannya meremang (ok ini tokok-tambah..) apabila mendapat mesej kanak-kanak Ribena yang melimpah-ruah dengan kasih-sayang daripada saya. Peluh.
Dengan kata lain, saya perlulah melayani setiap hadek-hadek dengan cara yang berbeza, menggunakan anak kunci yang sesuai dengan bentuk lubang kunci hati mereka. Hadek yang seriyes dan tegar, perlulah dilayan dengan lebih macho dan seriyes juga. Hadek yang sejak azali lagi sudah riang gembira tak hengat dunia *koff koff*, bolehlah dilayan dengan penuh semangat pesta sukan tadika lumba lari dalam guni.
Terbakar hangus. Terima kasih Hadek TMS.
(Saya terlupa pula teguran seorang lagi hadek, hadek Riang Gembira Ribena. Muka sedih. Bukan saya tidak menghargai teguran anda itu tahu..?? Muka sedih lagi.)
Terakhir, giliran Hadek Blur Malu Kucheng untuk berkata-kata.
Ketika ini hati saya sedikit berdebar-debar. Tertanya-tanya apakah yang tersirat dalam pemikiran Hadek BMK ketika itu. Tambahan pula, saya agak rapat dengannya. Maka bertambah dup dap dup dap la jantung saya.
"Err.. Boleh cakap ke ni..?"
"Eh cakaplah. Ok je."
Walhal peluh dingin mula menitis.
"Err.. Macam ni. Kadang-kadang rasa tak tsiqah sket.."
Tak tsiqah..?? Berdebar-debar. Cuba berlagak kool padahal sedang resah gelisah.
"Bukan apa. Selalu masa [bulatan gembira], [Inche gabbana] mesti ada jawapan untuk setiap soalan. Uhm.. Pusing macam mana pon, mesti ada jawapan. Tak pernah.. Bukan tak pernah ah, tapi jarang dengar [Inche gabbana] cakap tak tahu. Semua benda pon tahu. Huhu.." (Huhu adalah tambahan sendiri bagi menyedapkan lagi perbualan ini.)
Gulp. Ketika ini saya terkedu. Tak tahu nak cakap apa. Kelihatan wajah Hadek BMK yang serba-salah, tapi jujur dan hanif pada masa yang sama.
"Betul ke camtu..? Betul ke memang [Inche gabbana] memang ada jawapan untuk semua persoalan..?"
"Err.. Aaahh.. Saya rasalah, kebanyakan masanya, kalau saya jawab tu, maknanya saya memang ada jawapan. Cuma kadang-kadang tu, tak reti nak susun ayat. Uhhmm.. Seingat sayalah, kalau saya tak tahu, memang saya akan cakap tak tahu. Tapi.. Uuhhmm.. Mungkin jugaklah, kadang-kadang tu saya jawab sebab ego..."
Jawab saya. Jujur. Saya tersenyum. Senyuman seorang yang sedang segan. Hadek-hadek lain mendengar dengan penuh khusyu' sambil mengangguk-angguk.
"So macam mana eh..? Betul ke kalau buat macam tu..?"
"Well, kalau memang betul-betul ada jawapan dan jawapan tu menjawab persoalan yang ditanya, oklah. Tapi kalau menjawab sebab ego, maksudnya taknak orang tahu yang kita tak tahu, dah salah dah tu."
Zaaasssss. Eh, ni upacara mengoyakkan hati diri sendirikah..?
Saya tersenyum lagi. Kelat.
Tidak lama selepas itu, selepas beberapa lagi soalan dan gelak tawa, kami menghabiskan sesi kami dan saya pon menghantar mereka pulang ke kolej. Seusai solat 'Asr bersama-sama mereka, saya bergegas pulang kerana sudah agak lewat juga. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, otak saya ligat memikirkan teguran hadek-hadek kepada saya, espeseli teguran Hadek BMK yang berjaya menghabiskan pembakaran jiwa dan hati saya menjadi abu.
Hakikatnya, menjadi seorang murabbi sememangnya adalah suatu tanggungjawab dan kerjaya yang sukar lagi mencabar. Selain daripada perlu untuk menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran asas, seorang murabbi juga perlu menjadi qudwah mata bersinar-sinar kepada hadek-hadek di bawah jagaan mereka.
Sayugia kadang-kadang akibat terlalu cuak dan risau yang hadek-hadek tidak respek dengan kita, risau benar kita tidak dapat menjadi qudwah pada pandangan mata mereka, kita menjadi sedikit paranoid. Akibatnya, muncullah seeokor raksasa gorgon yang begitu hodoh rupanya, menggerutu tubuh badannya dan ganas lagi rakus perilakunya - namanya ego. Ya, raksasa ego. Semata-mata hanya kerana tidak mahu dipandang lemah dan tidak berupaya oleh hadek-hadek kita..! Allah...
Kadang-kadang kita dengan sengaja dan secara sedar menggunakan ego kita untuk menangkis 'serangan' daripada hadek-hadek kita. Dan kadang-kadang juga, tanpa sedar kita secara otomatik menjadikan ego kita sebagai perisai untuk menyelamatkan diri kita. Tindakan reaktif. Yang ini lebih merbahaya, kerana dikhuatiri lama-lama ia akan menjadi sebati dalam diri kita. Bila mana kita 'diserang' dan kita merasakan yang kita perlu mempertahankan diri kita, maka kita akan terus menggunakan ego yang ada dalam diri kita sebagai senjata. Adeh.
Kadang-kadang ego nampak 'comel' di mata kita; maka kita sering mahu menggunakannya. Hakikatnya, ego itu tetap seekor raksasa. [Kredit] |
Dahulu, saya pernah menulis tentang ego di dalam post 'Menjadi Super Saiya Pasti Dapat Menewaskan Raja Raksasa Syaitan Pikor'. Bagaimana saya berhujah bahawa antara sebab Thufail bin Amr ad-Dausi boleh berubah daripada menjadi seorang yang begitu jauh dengan Islam kepada salah seorang sahabat yang begitu hebat dalam perjuangannya membawa panji-panji Allah, adalah kerana kebolehan dan keupayaannya untuk merendahkan ego dirinya.
Saya kira kita sewajarnya (saya espeseli!) mengambil ibrah yang sama daripada cerita ini, dalam menjadi seorang Super Dai'e, Inkredibel Murabbi dan Otrohamba. 'Tak tahu' tidak menjadikan kita lebih lemah. 'Tak tahu' tidak menyebabkan hadek-hadek kita hilang tsiqah pada kita. Dan 'tak tahu' juga tidak menjadikan mereka semakin kurangnya sayang dan hormat pada kita.
Sedangkan ego.. Tanpa kita sedari atau pon tidak, menjadikan diri kita tampak angkuh dan sombong. Cukup ironi; ego yang kita gunakan sebagai perisai untuk melindungi ketsiqahan hadek-hadek pada kita, menyebabkan mereka hilang tsiqah pada kita! Aduhai..
Marilah kita sama-sama mencontohi kekasih buah hati kita, ar-Rasul SAW dalam hal ini. Bagaimana baginda SAW telah menunjukkan jalan kepada kita, tatkala Jibril a.s. bertanyakan kepada baginda perihal hari Kiamat. Apakah jawapan baginda..?
"Orang yang ditanya tidak lebih tahu daripada orang yang bertanya.."
Lihatlah! Adakah dengan memberi jawapan sebegitu menjadikan baginda lebih lemah pada pandangan kita..? Adakah dengan menjawab 'Tidak tahu' menyebabkan para sahabat hilang respek dan kasih pada baginda..? Dan adakah dengan mengakui kelemahan sendiri menyebabkan kata-kata baginda tidak boleh lagi dipercayai..?? Anda sudah pon mengetahui jawapannya.
Arakian marilah kita semuanya bersungguh-sungguh, berjihad melawan ego kita. Kerana sesungguhnya, bodohlah kita seandainya kita terus mahu mempertahankan diri kita bilamana tindakan kita menyebabkan orang bertambah menyampah dengan kita. Rugilah kita disebabkan ego kita yang segemok ikan paus biru itu menjadikan orang bertambah jauh dengan dakwah, lari daripada tarbiyah. Dan alangkah sombong dan angkuhnya kita, apabila kita terus mahu menegakkan benang yang basah, sedangkan kebenaran yang dicari.
Jangan disebabkan ego kita itu, kita menjadi fitnah kepada dakwah! Disebabkan kita hanya tidak mahu dilihat jahil dan tidak tahu oleh hadek-hadek kita, kita telah mengambil tindakan yang merugikan perjuangan ini! Alangkah!
Bukankah ego itu sifat Iblis laknatullah..? Bukankah disebabkan ego dia dihalau daripada sorga..?? Dan bukankah disebabkan oleh ego juga, dia berjanji setia untuk menyesatkan cucu cicit Adam a.s...?
Maka pilihan di tangan kita. Sama ada kita mahu mencontohi ar-Rasul SAW kechentaan kita, atau kita mahu mengikut jejak langkah musuh nombor satu manusia itu. Sama ada kita mahu menjadi seorang Otrohamba yang bersungguh-sungguh membawa panji-panji agama ini, ikhlas dan telus mencari keredhaanNya. Atau.. Kita mahu menjadi raksasa gorgon yang begitu hodoh sifatnya..?
Ya, pilihan di tangan kita!
-gabbana-
Amat-amat bersyukur Allah beri saya peluang untuk bermuayasyah bersama hadek-hadek saya. Allah.. Hanya Dia sahaja yang tahu betapa berterima kasihnya diri ini. Saya kira, kesudian saya untuk menerima teguran daripada hadek-hadek sendiri, adalah usaha dan langkah marhaen saya dalam merendahkan lantas meruntuhkan ego saya. Insha-Allah. Doa-doakan agar saya terus istiqamah dalam pengembaraan mencari redhaNya ini.
Dan anda. Yalah, andalah, siapa lagi? Jangan segan-segan dan teragak-agak untuk menegur saya tahu..?? Espeseli apabila sudah jelas saya sudah tersasar dan tergelincir daripada landasan yang benar. Bantu saya okayh..?? Bukankah ad-deen itu suatu nasihat..? Senyum.
9 Caci Maki Puji Muji:
gulp gulp
INCHE, ana hilang sikit tsiqah kerana qudwah yang pada ana sangat kontra dengan ciri2 murabbi
hilang tsiqah pada naqib/murabbi**
adeh. terbakor lagi! :'(
jzkk!
senyum (^^,)
super like ^^
Dulu waktu saya mintak feedback mutarabbi2 saya, dpt lah jugak satu dua komen tak berapa nak positif. Tapi time tu rasa berkobar2 nak bela diri. Tapi bila sekarang ni kena bw bulatan baru, saya sedar yg komen2 tu yg bantu saya improve diri. Itu lah dulu ego~ x nak terima kelemahan diri.. haish~ o(>< )o o( ><)o
Sebenarnya bila fikir balik, patut rasa bersyukur ada yg nak bg honest & constructive feedback mcm tu.. x ramai org yg sanggup bg tau d truth pada kwn sendiri sbb takut tu lah masalah hati/ ukhuwah padahal ada je cara berhikmah.
Tnx for d post bro, indeed a good reflection~ ^__^
jantung terhenti sebentar,,=,=
Telah masyhur di dalam sejarah Islam, terutamanya sejarah para Khulafaur Rasyiddin bahawa Saidina Umar al-Khattab ada berkata ketika perlantikannya sebagai Khalifah menggantikan Abu Bakar as Siddiq radhiallahu anhu, sekira-kira beginilah maksudnya: “Jika aku betul, ikutlah aku. Jika aku salah, perbetulkanlah aku…”
Lantas ada sahabat yang menjawab; “Wahai Umar, jika engkau tidak betul nescaya aku akan betulkan engkau dengan pedang-pedang ku!”
Lalu Umar pula menjawab: “Alhamdulillah kerana ada dikalangan umat Muhammad yang hendak membetulkan kesalahan Umar dengan pedang-pedangnya…”
boleh berlatih dialog berikut depan cermin supaya dapat kata depan hadeq2 atau bffS dengan macho bergaya n humble jiddan lillahita'ala nya:
'maaf, saya tak tahu lah.boleh tanya ince [letak sendiri nama] insyaAllah dia tahu'
atau
'maaf sangat2 tak tahu la jawapan untuk soalan awak.(sambil muka berkerut dan tangan garu kepala).jom (sama-sama)buka buku [yg berkaitan] atau buka blog [link letak sendiri] insyaAllah jumpa jawapan'
wallahua'alam
siyes setuju. hati nak bercakap tidak tahu namun disebab ego dah tersebati dalam diri maka lidah kuca kelana selambanya mengundang kata kata ego. syukran anonymous(5)-ana mahu berlatih depan cermin
Post a Comment