20 October 2014

Purdah

[Kredit]

"Kau tahu tak Yah, tadi si Suri dok jeling-jeling aku lagi. Lepas tu tersengih-sengih macam dubuk busuk. Eeerrgghh geram betul akuuu!"

Basirah membebel-bebel sambil menanggalkan purdahnya, menampakkan wajahnya yang ayu di sebalik purdah itu.

Basirah bukanlah seorang yang lawa, cun meletup, yang jika lelaki terpandang wajahnya, akan tak berkedip mata dan mahu melihatnya berkali-kali sentiasa. Tetapi cukup ayu untuk membuatkan sesiapa sahaja yang menatapnya berasa senang.

Kulit wajahnya mulus. Hidungnya tidak mancung, tetapi kecil dan comel. Bulu matanya melentik; aset terbesar pada wajahnya. Selain itu, yang lain-lain adalah biasa-biasa sahaja. 

Sumayyah hanya tersenyum kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Dia mai daaahh...

"Aku tak faham la spesis macam Suri tu. Apa masalahnya aku nak pakai purdah? Sekurang-kurangnya aku tutup aurat, dan cuba yang terbaik untuk jaga kehormatan aku! Dia tu..?? Dah la rambut menggerbang macam pontianak! Pakai baju asek nak ketat je memanjang. Kalau badan lawa macam model takpelah jugak! Ini tak, macam... Ish, buat dosa kering je aku ni!"

"Dah la tu Yong. Apa sangatlah yang nak marah tu."

Sumayyah dan Basirah adalah rakan sebilik sejak enam bulan yang lalu. Mereka sama-sama mengambil jurusan ekonomi dan pengurusan di Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Sewaktu mula-mula mendapat tawaran penempatan di dalam kampus, gelisah juga Sumayyah dibuatnya. Takut-takut dia tak boleh nak 'masuk' dengan rakan sebiliknya nanti.

Namun dia lega apabila pertama kali melihat Basirah; bertudung labuh dan berpurdah. Tidak disangkanya nasibnya akan sebertuah itu, mendapat teman sebilik yang jauh lebih baik dari dirinya. Dia sendiri masih lagi mahu berjinak-jinak mahu memakai tudung labuh.

Maka dia sangat respek pada perempuan seperti Basirah. Kagum. Baginya, ia memerlukan keberanian yang cukup besar untuk memakai purdah. Sumayyah sendiri pernah berangan untuk memakainya suatu hari nanti, tetapi tidaklah dalam masa yang terdekat ini. 

Namun kini dia tidak berapa pasti lagi, sama ada sebilik dengan Basirah adalah suatu kurniaan atau cubaan. Suatu nikmat dariNya atau bala bencana!

"Mahunya tak marah?! Suri tu sengaja nak cari gaduh dengan aku! Daripada dulu dia tak puas hati dengan aku! Aku rasa dia marah dekat aku sebab di Faisal tu minat kat aku! Ha, mesti sebab tu! 

Eleh dia boleh amiklah Faisal tu! Ramai lagi laki kat luar sana yang tergila-gilakan aku! Sekali aku kenyit mata, hah, berpuluh, beratus lelaki datang menyembah aku tahu tak??"

Astaghfirullah. 

Sumayyah memejamkan matanya. Dadanya terasa sedikit sesak. Sebak. Dia mengetapkan bibirnya, mengumpul kekuatan sebelum berkata-kata. 

"Yong, apa ni? Sudah-sudahlah tu. Bawakkan beristighfar. Kalau ye pon kau marah sangat kat Suri tu, jagalah kata-kata kau tu. Tak perlulah nak hamburkan semuanya. Ya rabbi..."

Basirah menjeling tajam. 

"Itulah kau. Sikit-sikit istighfar. Sikit-sikit istighfar. Tak sapot aku langsung!" 

Basirah mencebik. Dia menanggalkan tudungnya dan menyidainya pada penyidai aluminium yang diletakkan di tepi meja belajarnya. Dia kemudian menghempaskan badannya pada katil. Wajahnya masih macam mencuka. 

Sumayyah memerhatikan keletah Basirah buat seketika, sebelum menyambung kerja-kerjanya. Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya. 

Lama mereka menyepi, masing-masing dengan kerja sendiri. Sumayyah sibuk mahu menyiapkan esainmennya yang perlu dihantar esok. Basirah pula sejak dari tadi asyik menggaru telefon pintarnya.

Tidak semena-mena suasana kembali menjadi hingar. 

"Eyyyy Yah aku tengok nii! Gambar aku dapat seratus lebih like kat Insta ni! 

Sumayyah sempat memandang siling sebelum beralih pandangannya kepada Basirah. Sepertinya ada Tuhan di siling itu untuk menjawab doanya.

Mungkin ada sedikit rasa bersalah pada Basirah, Sumayyah melayan sahaja karenah rakannya itu. 

"Gambar yang mana?"

"Ni gambar yang aku pakai tudung kaler velvet, matching dengan purdah tu. Yang aku tulis quote, 

'Diriku berserah pada Ilahi,
Menanti hari berganti hari,
Menunggu sesiapa yang sudi,
Diriku melengkapkan rusuk kiri.'

Tengoklah ni!"

Hampir-hampir Sumayyah mahu tersembur ketawa. Bersungguh dia menahannya. Hampir mengalir air mata dibuatnya. 

Diambilnya telefon Lenovi milik Basirah dan dipandangnya skrin telefon itu sekilas lalu. 

"Baguslah."

Tidak perasan dengan ketidakpedulian Sumayyah agaknya, Basirah mengambil semula telefonnya dengan wajah yang penuh bercahaya dan keterujaan.  

"Kau tengok ni! Faisal pon like jugak gambar aku ni! Ahahaha padan muka si Suri tu! Perempuan tak tahu malu!" 

"Yong, aku nak tanya sikit boleh tak. Tapi kau jangan marah pulak."

"Hmmm..?" 

Sumayyah merenung tepat wajah Basirah. Basirah masih lagi tersengih-sengih memerhatikan skrin telefonnya, macam budak kecik yang baharu dapat lolipop.   

"Yong."

Mendengarkan keseriusan pada nada Sumayyah, Basirah akhirnya memberikan Sumayyah perhatian seperti yang dipinta.

"Apa dia?"

"Aku dah lama nak tanya kau ni. Tapi aku takut kau kecik hati."

"Alah kau ni. Macam la kau tak kenal aku. Aku kan happy-go-lucky? Takde masalah aku nak kecik-kecik hati ni!"

Sekali lagi Sumayyah terasa seperti mahu gelak besar. Tetapi dia hanya mengembangkan sedikit hidungnya.

Sebab aku kenal kau lah Basirah oii...

"Ok. Hmm. Sebab apa kau pakai purdah eh sebenarnya?"

Kening Basirah terangkat sebelah, tanda dia terkejut dengan soalan Sumayyah. Dia membetukan duduknya.

"Mestilah sebab nak jaga aurat! Nak jaga kehormatan aku sebagai perempuan Islam! Haihh kau ni, takkan tu pon tak tahu?" 

"Betul ke kau pakai purdah untuk jaga kehormatan?"

Terbeliak mata Basirah mendengarnya.  

"Kau ni dah kenapa? Nak cari gaduh ke apa? Elok-elok mood aku dah nak ok, kau pulak nak cari pasal dengan aku en?"

Sumayyah tersengih. Menyesal pula dia bertanyakan soalan itu kepada Basirah. Namun nasi sudah menjadi bubur. Alang-alang tu, nikmati sahajalah bubur itu dengan lauk-pauk yang ada!

"Bukan apa Yong. Masuk bulan ni, dah nak dekat 6 bulan aku kenal kau. Setengah tahun. Bukan sekejap tu. Tapi semenjak aku kenal kau, kau hampir-hampir ubah persepsi aku pasal orang yang berpurdah ni."

Sekali lagi Basirah membetulkan duduknya. Kali ini dia duduk tegak. Hampir sepenuh perhatiannya kini diberikan kepada Sumayyah.

"Err.. Kenapa pulak?"

"Aku respek tau kat orang macam kau ni, yang pakai purdah ni. Sebab bagi aku, kau orang berani. Bukan semua orang yang berani macam kau orang. Ye lah, walaupon pakai purdah tu tak wajib, tapi aku sendiri memang pernah terasa nak pakai purdah. Sebab pada aku, ia lambang emansipasi wanita. Kebebasan! Bukan calang-calang orang yang mampu untuk berpurdah!"

Hidung Basirah sedikit kembang. Bangga. 

"Tapi... Lepas kenal kau, entahlah. Hari-hari dengan kau, yang aku dengar caci dan maki. Caci dan maki. Gossip sana, gossip sini. Lepas tu asyik berselfie, nak tunjuk satu dunia yang kau tu berpurdah. Kau tu berpurdah, sebab Allah atau makhluk Allah? 

Kalau kita beramal untuk dilihat manusia, apa lagi yang tinggal untuk dilihat olehNya..?"

Tersentap Basirah dibuatnya. Kalau ketika itu Basirah boleh menghapdet status MukaBuku atau Instagramnya, sudah pasti "Sentap kau maaakk!" yang akan ditulisnya. 

"Kau kata kau pakai purdah untuk jaga kehormatan. Tapi apa definisi kehormatan bagi kau? Kehormatan tu jauh lebih besar dari sekadar menutup anggota badan yang telah disyariatkan. Kehormatan tu akhlak. Kehormatan tu integriti. Kehormatan tu adab! Dan sorry to say Yong, semua tu aku tak nampak pada kau."

Merah padam muka Basirah. Dia mahu memprotes, tapi Sumayyah pantas mencelah.

"Aku rasa, orang macam kau ni lah yang selalu buat orang salah faham pasal perempuan yang bertudung, pasal Islam in a bigger context. Aku selalu dengar orang kata, 'Eleh buat apa bertudung bagai kalau perangai macam jin sungai!' Sebab apa? 

Sebab orang macam kita ni gagal jadi duta Islam dengan baik. Orang macam kita ni tak pakejkan sekali akhlak dengan tudung yang kita pakai. Alih-alih keluar statement, 'Alah, daripada pakai tudung tapi asek nak mengata orang, mencaci dan mengeji, lebih baik tak pakai tudung tapi jaga mulut dan hati! Lagi bagus!' Alahai sedihnya."

Wajah Basirah berubah. Kurang tegangnya. Ada bibit-bibit keinsafan pada raut mukanya.

"Kau jangan salah faham Yong. Aku bukan tak suka kau pakai purdah. Aku suka malah aku galakkan kau terus pakai. Sebab aku sayang kau lah aku cakap benda ni.

Tapi sebelum kau nak pakai purdah untuk tutup muka, aku rasa baik kau pakai purdah pada hati dan jiwa, untuk protect dari sebarang bisikan syaitan dan kejahatan. Kalau kau pakai purdah demi sebuah kehormatan, lebih baik kau bersihkan dulu hati dan jiwa kau demi sebuah ketaqwaan!"

Mengalir air mata Basirah. Dadanya berombak.

"Kau... Kau dah abes?"

Sumayyah sedikit jengkel dengan soalan Basirah itu. 

Dia ni dengar tak apa yang aku cakap tadi..?

"Dah."

"To...Tolong bagi aku...purdah aku tu."

Tersekat-sekat suara Basirah dalam sedunya.

"Nak buat apa?"

"Nak buat lap air mata."

Kekeke. [Kredit]

-gabbana-  
 

26 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 20/10/2014, 11:13  

setakat ini belum pernah lagi jumpa orang yg berpudah betul2 menjaga.. pakai purdah tapi tak jaga ikhtilat semua lelaki nak layan .. just menarik perhatian orang .. sy bukan nak mengata tapi realiti . sebab dia kawan saya . saya sangat kenal dengan dia . dah tegur pon still x berubah.. moga dy dapat hidayah

Rusukx 20/10/2014, 11:21  

hmm :3

qleopatra 20/10/2014, 12:14  

Purdahkan hati.

Anonymous 20/10/2014, 12:45  

Saya adalah antara orang mengagumi mereka yang berpurdah. Pernah berada dalam kelompok mereka, merasa memakai seperti mereka pakai, berkongsi kehidupan dengan mereka, membuatkan saya sedar, mereka adalah WANITA, punya sisi kebaikan dan keburukan seperti kita. Yang buruk, insyaAllah masih punya ruang untuk sama2 memperbaiki diri dan sama2 mengukuhkan kebaikan yang ada didalam diri. Benar, aurat bagi wanita bukan semata menutup seluruh tubuh yang zahir, tetapi tarikan yang sebenar pada wanita ada dalam diri sendiri, dan itulah yang lebih perlu dijaga

Anonymous 20/10/2014, 13:39  

ermmm... *sembunyi belakang pintu*

Anonymous 20/10/2014, 14:39  

Saya ada banyak kwn yg x pakai purdah (hanya bertudung labuh) tapi perangai mereka lagi mulia drpd SESETENGAH wanita yg berpurdah. Harap golongan wanita yg berpurdah hanya utk menunjuk-nunjuk taubat dan perbetulkan niat supaya x ada lgi pandangan negatif dkt golongan berpurdah. Kesian org yg berpurdah & betul-betul jaga kehormatan diri & akhlak, diorang pun kena tempias..

Sarah Zulkifli 20/10/2014, 14:41  

bila nak keluar buku kedua ? cerpen anda awesome !

Brader Kopi Pekat 20/10/2014, 15:38  

Cerpen ni gila. Sentap juga. Terima kasih Inche Gabbana.

Anonymous 20/10/2014, 15:43  

Yang berpurdah pada zaman sekarang lebih menarik perhatian ajnabi. Ajnabi sekarang lebih suka cuci mata dengan melihat wanita niqabis purdahbis. Just my two cents

AHDA WARDATUL 20/10/2014, 16:13  

"Perosak Amalan, RIAK"
Best kisah ni! Pengajaran diambil, keruhan air dicurahkan.

Anonymous 20/10/2014, 18:59  

Sy pernah ada kawan yg perangai dia agak jengkel bg sy..yelah x solat 5 wktu..asyik uzur syarie setiap mggu..sape x pelik..puas dh dibagi nasihat oleh para asatizah dn dikenakan plbagai hukuman..namun x nmpk perubahan..pernah kntoi coulpe n sbgainya..lama x dgr crta psl dia..tup2 tgok kat fb..masuk ipt islam..dah berpurdah..sy x percaya..sy cuba selidik dr kawan2 yg se ipt dgnnya..tanya betol ke dia mmg dah berubah..dan benar telahan sy..berpurdah tnpa ilmu hancur!!..sekadar ikutan kawan sbb nmpk cantik..kegilaan apakah ini wahai muslimah..berpurdah tp still x berubah perangai lama? Adakah berpurdah sbb menunjuk? Upload sini sana nak kata hey aku skrg dh berpurdah..jgn sbb kitalah yg berpurdah..habis yg pakai purdah mmg sbb ikut syariat terkena tempiasnya..sedarlah muslimah berniqob di luar sana..cuba cari ilmu dahulu tntg niqob..niqob ni bkn tutup hidung n mulut shja..tp dahi juga..sbb ape? Carilah ilmu itu wahai niqabis sekelian..maaf andai tersalah kata

Anonymous 20/10/2014, 19:17  

Sy berpengalaman berkawan dgn niqabis. Kesimpulan yg sy blh buat, wanita berpurdah lagi dipandang drpd yg tidak berpurdah. Keluar je mane2, org stare kwn sy tu.. Bkn 'look' tp 'stare'.. Hmm..

Anonymous 20/10/2014, 21:40  

One more vital thing, yg berpurdah tlg2 la berhenti selfie. Nak tunjuk kat siapa gambar2 selfie tu? And sorry to say kebanyakannya sibuk bercakap tentang percintaan dan perkahwinan islamik, nak suami soleh sana sini. Berhenti menjadi fitnah bagi agama sendiri.

Adinda Baizura Mazlan 21/10/2014, 09:25  

"Berhenti menjadi fitnah bagi agama sendiri"

Deep.

ABM sendiri satu ketika dahulu pernah hilang kepercayaan pada orang berpurdah kerana dia menuduh orang lain menghamilkannya! Dan ramai juga orang yang berpurdah yang lebih banyak selfienya berbanding dengan orang yang tidak berpurdah, sampai satu tahap ABM tanya "Korang ni takde kerja ke?"

Hahahaha

Anonymous 21/10/2014, 14:07  

Ade pulak lelaki yg renung2 n main teka2 perempuan tu cantik ke tak. Kwn saya yg pakai purdah pernah kena. Lelaki tu dtg dkt2 smbil renung mata (sbb mata je yg nmpk kn) pastu hebohkan kt geng dia, "Pompuan tu cantik weh!" Mungkin lelaki tu yg bermasalah n tak tau malu la kan. Sbb ade je lelaki yg hormat perempuan berpurdah.

Unknown 23/10/2014, 10:38  

Ya. tak dinafikan, wanita yang berpurdah lebih dipandang (menjadi perhatian) bila berada di tempat umum berbanding wanita yang tidak berpurdah (merujuk pada tempat di Malaysia).

Tak dinafikan, persepsi masyarakat kita, kalau pakai purdah je mesti orang fikir dia ni lawa.

typical.

Anonymous 24/10/2014, 12:24  

You should make a novel y'know? I don't prefer malay novel personally, but yeah, i think you can a make a good one yourself. :)

Rose 29/10/2014, 13:52  

Hahaha.. mula baca suspen je..at the end..lawak kot... hahaha..tp bermakna..
jujur saya katakan saya tak pernah terniat utk berpurdah (bkn maksud nak tunjuk kejahilan diri) tp sebab untuk menutup aurat yg wajib pun saya masih lagi gagal (dan bkn bermakna saya tidak menutup aurat). Bertudung bknlah satu syarat wajib. yg wajibnya adalah menutup aurat iaitu rambut. Betulkan? Tp mana th Inshaa Allah saya akan berourdah suatu hari nanti.
Aamiin.



Anonymous 29/10/2014, 17:13  

Takut cerpen ini memberi tanggapan yg salah kpd orang yg berpurdah. Jgn salahkan purdah mereka. Ramai je yg berpurdah dan jauh lebih baik. N bab selfie. Tak kisah lah purdah ataupun tidak kalau dah upload gambo selfie yg bole getarkan jiwa lelaki tetap salah. Akhlak dan akidah perlu diperbetul.
Sy x berpurdah

" Seindah Pandang Pertama " 01/11/2014, 10:54  

entry yg baik!!! purdah hati lebih utama dari purdah yg sebenar..namun tak dinafikan ade yg berpurdah punya akhlak yg baik..balik kpd individu itu..purdah tu tak salah...

Anonymous 07/11/2014, 22:51  

İ'm crying reading this and all the comments. Sangat menyentuh. Saya baru belajar nak pakai purdah. N then tak tahulah maybe Allah nak uji. Bila saya pakai all my friends cakap cantikla n ramai yg nak selfie sama2. Maybe niat dah agak terpesong sebab asyik dipuji. N then i met someone in FB. Niqabis n betul ape yg korang cakap. Name je niqabis tapi ikhtilat dgn lelaki bukan main lagi. Selfie punyelah lawa gambar. N mostly post pasal kahwin n cinta n so on la. So i pon tegur die . Tapi i think it doesnt work. But rase macam saye pulak yg salah. İ'm just so sad and rase nak buang purdah n out from anything call dakwah ni. Alhamdulillah jumpa blog ni and it just make me feel better. Thank God. :)

bookanmalaikat 10/12/2014, 21:55  

pernah berniat nak pakai purdah. tapi sayangnya, saya batalkan niat tu sebab takut saya tak dapat nak purdahkan hati dan takut jugak sebab sekarang dah banyak "ustaz" kasanova kan... insya Allah satu hari nanti saya akan pakai. doakan saya!

Anonymous 12/12/2014, 09:37  

Allahu rabbi. Penyampaian amat bagus ! Teruskan Inche Gabbana :)

sna85 22/12/2014, 20:13  

Saya juga turut kagum dgn org yg berpurdah dan berniqab.Serius saya akan mcm terpesona bile terserempak dgn golongan ini.Kagummmm!!!!Tp bila ada kenalan yg berpurdah ni dok berselpie bagai n post kat instagram n fb...saya jd konpius.Sbb saya pon x selpie dgn mcm2 gaya then post utk bg org tgk...

Anonymous 23/08/2015, 12:02  

Allahurobbi..
purdahkan jiwa...
bukan salah nk pakai purdah..tapi nowadays ppl could think negatively with"purdah"sbb apa??
sebb kita belum cukup mengenal Allah.then,selalulah memperbaharui niat..
Wahai kaum hawa!apa pun yg dipakai selalu tanya diri aku buat kerna apa ya?

Anonymous 11/11/2015, 23:07  

Pernah kenal, orang yg berubah (pakaian je kot) setelah menjadi tukang fitnah yang menghancurkan 3 rumahtangga. Siap pakai niqob. Siap Promot diri untuk org belajar quran dan agama dengan dia pula. Ayat dari mulut menghina orang je bunyinya..
Dan..dia langsung tak lawa malah jauhhh dari lawa. Macam takde sebab untuk dia pakai purdah he he

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP