14 February 2012

Mari Membakar Diri Di Hari Valentino


Post ini ditujukan khas bukan buat mereka yang menyambut Hari Valentino Rossi Valentine, tapi buat mereka yang tidak menyambutnya.

Ya, andalah. Anda yang sedang membaca post ini. Kebanyakan daripada anda yang membaca belog ini saya yakin tidak menyambutnya. Yalah, anda semua kan baik-baik, soleh wal musleh, ikut bulatan gembira, buat dakwah... Takkanlah sambut Hari Valentine itu, bukan..? (Sniff sniff. Sarkasme.)

Maka post ini saya tujukan spesel, khas dan khusus untuk anda semua ini. Bukan, bukan untuk mengucapkan dengan riang gembiranya kepada anda semua 'Selamat Hari Valentine Kepada Semua Pembaca APG Yang Setia Heyyy!' Pengsan, mulut berbuih oren. Itu buang tebiat namanya.

Tetapi post ini ditulis khususnya kerana anda semua tidak menyambut Hari Valentine itu. Exactly because of that.

Mengapa..?

Kita selalu berang dengan mereka yang menyambut Hari Valentine ini. Kata kita, sambutan ini bertentangan dengan Islam. Kita berhujah lagi, ini adalah serangan pemikiran oleh puak-puak jahat kuffar yang mahu merosakkan minda dan akhlak anak-anak muda Islam. Ghazwul Fikr, kata kita, ala-ala nak tunjuk pandai boleh berbahasa Arablah sedikit. Tambah kita lagi, kita tidak perlukan satu hari yang khusus untuk memanifestasikan chenta kita kerana sewajarnya chenta tu berbunga di taman setiap hari, bukan pada hari-hari tertentu sahaja. Ewah!

Begitu juga dengan sambutan Maulidul Rasul baru-baru ini. Begitu banyak status-status MukaBuku dan Kicauan-kicauan yang berbuar kecaman (termasuk la seorang beloger *koff koff* bernama *koff koff* Inche gabbana itu..) yang menulis bahawa ingatan terhadap ar-Rasul SAW tidak sepatutnya untuk satu hari sahaja. Rasulullah SAW sewajarnya diingati setiap hari dan ketika, sejajar dengan kedudukannya sebagai khatimul anbiya'  dan kekasih Allah.

Saya tiada masalah dengan kedua-dua isu. Makna kata, saya bersetuju yang umat Islam dilarang daripada menyambut Hari Valentine. Saya setuju yang Islam itu agama Chenta, maka sewajarnya kechentaan pada Allah, pada Rasul, pada keluarga, pada rakan-rakan dan kucing gemok berbulu putih di rumah itu, diterjemahkan dalam setiap perkataan dan perbuatan sehari-hari. Saya juga setuju yang kita sewajarnya mengingati ar-Rasul SAW setiap hari, setiap saat dan masa, dan bukan pada satu hari sahaja. Saya tiada masalah dengan itu semua.

Tetapi masalah saya adalah, golongan yang menyambut Hari Valentine dan Maulidul Rasul ini, mereka sekurang-kurangnya istiqamah dan konsisten dengan sambutan mereka itu. Setiap tahun, tepat pada 12 Rabiul Awwal (untuk Maulid Nabi) dan 14 Februari, mereka tidak pernah gagal dalam memastikan hari istimewa bagi mereka itu disambut dengan meriahnya. Sudah ditandakan dalam kalendar mereka, baik kalendar di iPong atau telefon canggih mereka, mahupon di kalendar dinding yang ada gambar kuda Damacai itu, mereka akan pastikan mereka tidak terlepas daripada menyambutnya.

(Disklemer: Pendapat peribadi saya hasil bacaan dan rujukan, tidak salah menyambut Maulidul Rasul asalkan tidak berlebihan dan menghayati ruh sambutan itu. Jangan tuduh saya anti golongan yang menyambut pula!)

Malah, lebih daripada itu, mereka bersungguh-sungguh, all-out pula dalam memastikan hari-hari istimewa tersebut disambut dengan penuh keterujaan dan meriah sekali. Kalau yang menyambut Hari Valentine tu, sanggup berbelanja ratusan, malah mungkin ribuan ringgit untuk membeli hadiah, menempah makan malam berlilin di restoran mewah, rawatan spa lulur Jamu Mak Dara dan macam-macam lagi. Yang menyambut Maulidul Rasul secara besar-besaran pula, siap dengan baju Melayu yang ditempah khas untuk satu kontinjen, dengan kain rentang dan banner pula... Belum lagi dikira dengan belanja dewan, persiapan teknikal, persembahan dan sebagainya. Fulamaweh.

Nah, sekarang kita bandingkan mereka ini dengan kita. Ya kita, yang mengaku diri kita sebagai du'at, baik, soleh wal musleh, ikut bulatan gembira, tak buat maksiat tadi tu...

Pertamanya, kita kata Islam itu agama chenta. Maka tidak perlu Hari Valentine, kerana kechentaan yang tulus dan ikhlas itu sewajarnya dipamerkan setiap hari, tanpa perlu ada hari yang istimewa. Kita juga katakan chenta kita pada ar-Rasul SAW juga setiap hari dan ketika. Dua puluh empat palang tujuh. Fulsetop.

Benarkah begitu..? Istiqamahkah kita dalam menterjemahkan kechentaan kita padaNya, pada agama ini dan pada ar-Rasul SAW..? Atau kita pon sebenarnya dua kali lima juga dengan mereka yang kita dok sibuk kutuk-kutuk dan caci-maki itu..?

Sniff. Sniff. Saya ada terhidu sesuatu yang hangit. Anda ada hidu apa-apa tak..?

Bakar sahajalah chenta itu kalau tak ikhlas.. Air mata. [Kredit]
Keduanya, mereka bersungguh-sungguh dengan sambutan mereka itu. Ditambah pula kerana ia disambut setahun sekali, sayugia bertambah meriah dan gahlah sambutan yang diadakan. Mengapa? Kerana mereka benar-benar percaya dengan tindakan mereka itu. Mereka yakin dengan apa yang mereka lakukan.

Kita..? Bersungguh-sungguhkah kita dalam kerja-kerja dakwah dan tarbiyah kita..? Sudah all-out dan all-in kah kita..? Atau kita hanya pandai berkhayal dan berkata-kata sahaja..??

Adoyai mak Minah sayang, mak Minah kaki temberang rupa-rupanya!

Dan.. Dan.. Adakah kita benar-benar percaya dan yakin dengan perjuangan kita ini..?? Adakah kita sanggup bergolok-gadai jiwa, harta, masa, emosi dan diri kita, semata-mata untuk menegakkan kembali Islam yang terchenta ini..? Atau... Atau.. Atau kita hanya ibarat tin kosong, gah berbunyi tapi tiada isi..?? Manis mulut berkata-kata, tapi hati kita sendiri sangsi tidak percaya...?? Aduhai. Aduhai.

Tunduk malu.

Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekalian. Mereka yang kita tuduh sebagai jahil dan menentang hukum Allah ini, sekurang-kurangnya tindakan mereka berasaskan apa yang mereka faham dan tahu. Dengan kata lain, ya benar, mereka jahil. Mereka tidak tahu. Mereka tidak faham.

Sedangkan kita yang konon-kononnya faham dan tahu ini, sudahkah kita bersungguh-sungguh dan dengan sebenar-benarnya mengingatkan dan memahamkan mereka ini? Kalau bukan kita, siapa lagi..? Tanggungjawab untuk mengingatkan, memahamkan dan mencegah terletak di bahu kita dan bukannya mereka, kerana kita tahu. 

Maka cukuplah dengan caci-maki, kata-mengata dan umpat-ketupat kita. Don't let them have the last laugh later in the hereafter. Sudah tiba masanya untuk kita bekerja. It's time to share and spread the love. The true love.

Itulah kechentaan yang sebenar; berkongsi kasih-sayangNya dengan semua orang, tanpa ada prejudis mahupon diskriminasi. Tugas kita hanyalah menyebarkan chenta dan kasihNya, dan bukannya memaksa atau menyebabkan mereka jatuh chenta.

"Bukanlah kewajipanmu (Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allahlah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki..."
[al-Baqarah, 2:272]

Bagaimana..? Masih ada sisa-sia kulit dan daging yang belum terbakar..?

-gabbana-

Sudah tentunya ini peringatan untuk diri saya terlebih dahulu. Sayalah yang paling banyak berkata-kata, maka amanah dan tanggungjawabnya cukup besar buat saya. Allah.. Air mata mengalir deras.

Moga Allah ampunkan dosa-dosa dan kelemahan diri saya ini.

8 Caci Maki Puji Muji:

~cAhAyA kEmUL!aAn~ 14/02/2012, 16:38  

ramai yg dok maki org sambut valentine la hape..
tp pegang2 tgn ngn bf/gf..err~

Anonymous 14/02/2012, 16:41  

salam 'alaik

err..xtau nk stat mcm mne kerna api yg terbakar di tgn ni msih blum terpadam

tertarik dgn ayat inche G "berkongsi kasih-sayangNya dengan semua orang, tanpa ada prejudis mahupon diskriminasi."

xknlah seorg lelaki juga kne berdakwah kpd prmpn. adkh memadai dgn hnya menghrap golongan akhwat?

aman. soklan cepumas =)

MERAH 14/02/2012, 16:53  

Salam, oh pemberi peringatan ni besar amanah dan tggjwbnyee.semoga semua bsungguh2 dlm mnegakkan Islam dan bersungguh2 pbetulkan diri demi redhaNya! T__T

cipansakti 14/02/2012, 17:23  

oh! oh, dan oh! lagi.

selalu je pengsan-pengsan bila datang sini. warghh! mencik!

Anonymous 14/02/2012, 23:45  

Hari Valentine disambut bukan didalam halaqah. Didalam usrah. Atau pun didalam jamaah.Terlebih lagi didalam blog blog dakwah. Ianya disambut dihotel hotel, didataran merdeka, di hard rock cafe dan ditempat tempat istimewa yang jarang duat mengunjunginya!
Apa tunggu lagi? Mari kita kesana menziarahi mereka.Menasihati mereka, mengedarkan flyers, risalah dan sebagainya untuk menyedarkan mereka! Duat harus bergerak dan kreatif Kalau tak kreatif dan statik saja, bukan daie namanya ... tapi malaikat. Walaupun tak pakai gucci!

依之汉 15/02/2012, 12:40  

Hari Valentine bukanlah hari untuk orang Kristian berkasih-sayang. Ia adalah propaganda Barat. Betul tak?

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=169057399873348&set=p.169057399873348&type=1&ref=nf

Jadi kenapa banyak yang mempersalahkan orang Kristian dalam ini sama seperti Santa Klaus. Ia hanyalah budaya sambutan oleh masyarakat Barat.

nak termuntah tengok org jiwang sambut valentine 16/02/2012, 04:05  

apa pun sambutan dalam dunia ni biarlah sederhana kerana sederhana itu lebih baik.

Anonymous 19/02/2012, 08:54  

awal2 baca senyum2 gelak2...
tp lps tu mood tertukar...

kalau cinta x ikhlas x yah la...

konon faham tp x all out...

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP