28 February 2012

Ini Sungguh Kool? Ini Sumpah Kool...!!

Penangan ISK. [Kredit]

Alhamdulillah, dengan izinNya, saya diberi peluang untuk menyampaikan pengisian Ini Sungguh Kool (ISK) kepada beberapa orang kanak-kanak riang terpilih pada wiken yang lepas. Pengisian versi ala-ala ringkas tetapi padat dan manis lagi menyegarkan itu *koff koff masuk bakul koff koff* alhamdulillah berjaya disudahkan dalam masa satu malam dan satu hari.

Setiap kali saya diberi peluang untuk menyampai, espeseli pengisian seperti ISK, tidak boleh tidak, saya pasti akan terkesan sama. Bukan terkesan dengan pengisian sendiri (hohoho..), tetapi lebih kepada melihatkan respon dan maklumbalas yang diberikan oleh para peserta.  

Seronok dan bangga melihatkan syabab-syabab muda dan bertenaga yang seolah-olahnya baru tersedar daripada lena yang panjang. Lebih tersentuh apabila melihatkan ada juga yang mengalirkan air mata, sebak kerana baru terjaga daripada lamunan di siang hari. Semacho-macho dan sejantan-jantan mereka ini, tewas dan tersungkur juga pada ISK! Wahahaha. Eh.

Tapi benar, saya tidak hairan sebenarnya, mengapa ramai yang tersentuh, terkujat dan tersedar ibarat direnjat belut elktrik setiap kali seusai melalui pengembaraan ISK (Walaupon saya sendiri tidak tersentuh dengannya apabila pertama kali mendengarnya; memang dasar hati batu lagi konkrit! Hohoh..).  Struktur dan cara pengisian disusun memang cukup cantik dan berkesan untuk memberi pukulan separa maut kepada mereka yang mendengarnya.

Para peserta pada awalnya dibawa melalui pengembaraan mengenali diri mereka sendiri, dilambung tinggi dengan kelebihan dan kelogaman yang ada pada diri mereka dan dituntun untuk memahami apakah tujuan mereka dihidupkan di muka bumi ini.

Seterusnya mereka dibawa menelusuri seerah; dibawa menghayati perjuangan dakwah Nabi SAW dan para sahabat - pengorbanan, penderitaan dan semangat setiakawan yang tidak wujud lagi di zaman moden ini. Kepentingan Qaedah Sulbah (Baca: Core group) merupakan fokus utama di peringkat ini. Tanpa Qaedah Sulbah yang baginda tarbiyah dan bina di zaman Mekah selama tiga belas tahun itu, mustahil mungkin Islam akan tersebar sebegini luas marcapada ini. 

Kemudian mereka dibawa pula menelusuri sejarah kota Madinah, bukti bahawa Islam mampu dan lebih daripada itu, cukup berkelayakan untuk memerintah kerajaan sendiri. Bagaimana ketika ini, umat Islam sudah memasuki fasa dakwah yang baru. Ujian yang mereka hadapi tidak sama dengan mehnah dan tribulasi yang mereka harungi di Mekah dahulu. Tetapi berkat asuhan dan didikan ar-Rasul SAW, mereka tegap, kuat dan kekal berdiri bersama-sama panji-panji Islam tanpa tergugat sedikit pon keimanan dan keyakinan mereka.

Setelah itu, para peserta diceritakan pula dengan perkembangan Islam yang semakin pesat dan menggalakkan di zaman Khulafa' ar-Rasyidin. Bagaimana setiap khalifah yang empat itu mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing. Hatta mereka tidak dapat menghasilkan kamehameha, namun mereka tetap seorang Super Saiya yang tiada tolok bandingnya. Hohoho..

Kemudian, buat pertama kalinya untuk kebanyakan peserta, mereka diberi pencerahan agung tentang turun naiknya ketamadunan Islam di zaman Khilafah Umayyah, 'Abbasiyyah dan Uthmaniyyah sebelum akhirnya sistem khilafah dimansuhkan secara rasminya oleh Mustafa Kemal Attaturk pada tahun 1924. Pada mulanya mereka digahkan dengan kehebatan dan keagungan ketamadunan Islam yang menjadi rujukan sepelosok alam. Namun selepas itu mereka didedahkan pula dengan hakikat, bahawasanya akibat penyakit wahan yang meresap jauh ke dalam jiwa umat Islam, umat ini akhirnya dipijak dan diinjak dengan penuh riang gembiranya oleh musuh-musuh mereka. Ramai juga ketika ini yang terlopong mulut dan terangkat kening, kerana tidak pernah tahu-menahu atau dengar-mendengar dengan fakta-makta yang disuapkan ke dalam mulut mereka dengan penuh kasih-sayang.

Akhirnya, sebagai pukulan smash mengena dahi, mereka dihidangkan pula dengan realiti umat di zaman kini. Bagaimana sekiranya nama Islam disebut suatu ketika dahulu, pasti ramai orang-orang kafir yang menggeletar kepala lutut mereka ketakutan. Kini? Mereka tertawa mengejek dan mencebik penuh benci setiap kali kalimah agung itu dihamburkan. Ramai di kalangan mereka ketika ini tertunduk malu penuh keinsafan sambil air mata mengalir perlahan, kerana buat pertama kalinya, mereka yang sudah lama dibuai mimpi indah dan berangan-angan dalam dunia fantasi sendiri, dikejutkan dengan penuh rasa kesedaran dan paradigma perubahan.

Kerana itulah, tidak hairan ISK sering menjadi pilihan untuk mengejutkan gergasi-gergasi yang sedang nyenyak tidur di dalam jiwa-jiwa syabab dan rijal diluar sana. Kerana entah mengapa dan bagaimana, ISK seolah-olahnya punya magisnya yang tersendiri untuk menyentuh hati-hati yang sudah lama keras dan kering di luar sana.

Ya benar, ISK itu tidak sempurna. ISK itu hanya wadah dan platform dalam satu cubaan untuk menyedarkan kembali ramainya anak-anak muda di luar sana yang bisa untuk tidur lena dalam keadaan kapal kuat bergoncang yang hampir karam. Maka dalam cubaan-cubaan ini, pastilah ada kelemahan dan kekurangan yang wujud padanya.

Saya tahu, ramai di luar sana yang anti-ISK. Ramai yang tidak terkesan apa-apa pon dengan ISK. Yang lebih menakjubkan lagi, ada yang sanggup pergi lebih batu (Baca: Go extra mile) untuk mencari tapak kaki Achilles pada ISK. Allah.. Takkan sampai begitu sekali..??

Anda patut melihat betapa ramai yang mahu berubah setelah disentuh dengan ISK. Anda patut menyaksikan berapa ramainya anak-anak muda yang selama ini hanya kenal apa itu DOTA, Korea dan  Manga, kini sudah kembang-kempis hidungnya mahu melakukan sesuatu untuk ummah ini. Dan anda patut berasa malu dengan diri sendiri, anak-anak muda yang suatu ketika dahulu tidak kenal pon siapa itu Salahuddin al-Ayyubi, Saifuddin Qutuz dan Muhammad al-Fateh, kini sudah mampu mengalirkan air mata penuh keinsafan, yang benar-benar mahu bersama gelombang perubahan!

Saya sejujur-jujurnya amat cemburu tahap gaban dan cipan raksasa dengan mereka yang telah 'mencipta' dan mengadaptasikan ISK ini dengan kesesuaian jiwa anak-anak muda Malaysia. Allah.. Hanya Allah sahaja yang tahu sudah berapa tinggi dab banyaknya pahala yang telah mereka kumpulkan..! Setiap daripada hati-hati yang tersentuh dan dirasuk oleh perasaan mahu berubah, golongan awal yang menyebarluaskan ISK ini pasti akan mendapat sahamnya..! Saya sumpah cemburu tahu...?? 

Kepada anda di luar sana yang masih skeptikal dengan ISK, lihatlah ia dengan mata hati anda, yang bebas daripada perasaan hasad, ego mahupon takabbur; merasakan diri sendiri jauh lebih bagus dan semua yang lain salah dan tidak betul. Lihatlah ia dengan pandangan mata burung yang sedang terbang bebas di langit, melihat secara keseluruhan dan tidak pada juzuk-juzuk tertentu. Lihatlah ia dengan ikhlas dan benar-benar dengan jiwa yang mahu mencari kebenaran. Insha-Allah, anda akan dapat merasai keajaiban ISK. Senyum.

Saya..? Saya percaya ISK hanyalah alat untuk mencapai tujuan yang lebih besar dan utama. Dan mungkin suatu hari nanti, ISK tidak lagi relevan untuk digunapakai. Tetapi sehingga ke saat itu, saya akan tetap akan berpegang padanya kerana saya yakin, ISK adalah pemudahcara untuk saya menyentuh hati-hati yang dahagakan sesuatu yang dapat membasahkan jiwa mereka. Bunyinya seperti taksub bukan..? Wahahaha. Bukan taksub, tetapi hanya mereka yang benar-benar pernah merasai penangan ISK dapat memahami pendirian saya ini. Kerana sesungguhnya ISK - Ini Sungguh Kool!

Silap. Sungguh adalah bawah kenyataan (Baca: Understatement) buat ISK yang telah begitu banyak berjasa dalam menjerat ramai orang masuk ke dalam jalan yang sumpah panjang ini.

ISK - Ini Sumpah Kool..!

Senyum kenyit mata.

-gabbana-

Berada dalam keadaan sibuk tahap Suria Perkasa Hitam sekarang ini. Artikel ini sepatutnya diterbitkan pada malam Ahad yang lalu; sehingga kini baharulah saya berupaya untuk menyudahkannya.

Doakan agar saya dapat terus istiqamah berkarya dalam menyampaikan risalahNya, biidznillah.

20 Caci Maki Puji Muji:

Inspector Saahab 28/02/2012, 16:45  

Teramat kool

-mangsa ISK

Anonymous 28/02/2012, 17:35  

betul kata ince gabbana, isk mmg sangat kool, mmg ade kuasa magisnya yg tersendiri..ana dh 6x join ISK, tapi setiap kali join pun, masih jgak terkesan. dan sekali lagi terkesan baca entri yg sungguh kool ni. sampai ada kwn ana ckp, nak cari calon zauj, syarat dia, sekurng2nya mesti dh 3x ikut ISK..huahaha..

Anonymous 28/02/2012, 19:08  

ISK ni apa sebenarnye eh ? bila lagi diadakan ?

Anonymous 28/02/2012, 19:22  

isk-ini sejarah kita...

mangsa ISK 28/02/2012, 19:53  

isk, memang sungguh kool!

mampu menBANGUNkan jiwa2 yang tidur.
dan ana setuju yg ada sesetengah pihak begitu skeptikal dgn ISK. dulu ada hamba Allah melarang ana ke ISK. ditanya sebab, tak boleh jawab.

berkali2 pegi isk pun, setiap isk ada efeknya sendiri. *Senyum*

laskar pelangi 28/02/2012, 19:59  

terAMAT kool :)

cikbeah 28/02/2012, 20:50  

kepada hadek-hadek yang sudah menghadiri daurah ISK...

ahkak sangat jelez dengan kamu semua, tahu! huh! :'(

Anonymous 28/02/2012, 21:35  

rindu nak ber-ISK

Anonymous 28/02/2012, 22:11  

dulu lepas kali pertama saya pegi ISK, saya terkesan..tp saya cuba lari dari ISK... bila diajak berbulatan gembira, saya carik alasan... saya tersilap, antara keseronokan dunia dan keseronokan yg kekal ke akhirat iaitu dakwah dan tarbiyah lillahi taala... alhamdulillah, Allah takdirkan, satu hari saya ter'join' bulatan gembira secara tak sengaja akibat 'ditipu' rakan sebilik... alhamdulillah sejak hari itu, jiwa ini meronta-ronta ingin berbulatan gembira dan berdaurah stiap ketika... menyesal akibat tindakan saya yg lari dulu, harap Allah amunkan atas kejahiliyyahan saya...=)

xminatnaktausapaIG 29/02/2012, 00:17  

first time gi ISK memang kembang kempis idung *bak kata IG* bersemangat dan act baru tersedar dari lamunan yg panjang. dan seriyesly to say, ISK adalah pintu masuk saya ke dalam jalan yg sumpah panjang ni! (sebab tyme tu saya bukan budak dalam bulatan gembira mahupun jenis yg berana-enti, berukhti bagai) n the rest is history, so far baru 2x gi ISK smpi penah berangan nak jadi salah seorg penyampai ISK satu hari nanti, muahahaha..setiap ISK ada keunikan tersendiri,yep so true! sebab disampaikan oleh hakak2 super saiya.

Anonymous 29/02/2012, 05:33  

semoga istiqamah. semoga tsabat dan kuat.

kerehatan seorang mukmin adalah kerehatan bila matinya dia.

Agunci 29/02/2012, 13:34  

Eh, jgn la cari zaujah yg dah 3x ikut ISK. Tapi carilah zaujah yang betul-betul all out utk dakwh, lepas ikut ISK. Sebab ada je yang ikut ISk berpuluh kali, tp tetap x nak berubah. ^_^

superbeymen 29/02/2012, 16:13  

penangan ISK. :)

sumpah! saya kalau boleh nak lagi ada program macam ni. dan dan. saya tahu siapakah yang menangis itu. aha. saya terkesan dengan penerangan logam inche! :)

harap bertemu inche lagi.
kalau tidak, bertemu isk sekali lagi.

:D

kang_senpai 29/02/2012, 17:37  

yup...saya obese dengan isk..anda?wahahahaha

barbie 01/03/2012, 05:18  

*&^(^*(^(*Y^(* &)&)|
*^(*&)(&)_&_(&%(||^&%*

Anonymous 01/03/2012, 23:02  

Inche Gabbana, tanyer sket, katanya, Inche tdk tersentuh dgn ISK pada kali pertama mendengarnyer? then, bilnyer tersentuh tuh? sampai ala2 taksub yang ISK berkesan utk tajmik? mohon reply...seriously, konfem kena tahu...saya sedang berfikir dgn current situation di tempat saya...hmm

Inche gabbana 02/03/2012, 08:50  

enonimus: hahaha. setiap org ada titik tolak perubahan dia, dan saya bukan melalui ISK.

yg buat saya sgt yakin dgn ISK adalah apabila sy mula menampai. bila dah mula menyampai tu, baru btol2 faham point2 ISK.

dan yg buat btol2 terkesan adalah bila tgk feedback dan response adik2 yg btol2 terkesan dgn ISK. mcm jadi lebih bersemangat dan bertambah yakin dengan 'kemagikan' ISK. Hehe..

Harap menjelaskan. ;)

Anonymous 05/03/2012, 06:50  

kami suke ISK..penangan ISK memang power.. golongan "makan garam" di tempat kami tidak suke ISK... inche gabbana ada cdgn nak bagi diorang menerimanya? kami dihalang membuatnya.. tapi kami still buat..wah..wah..adik2 mengelupur nak usrah lepa dpt ISK...

cik.furas 25/04/2012, 13:15  

nk join jgk, ISK ni..

baru.nak.bangun 25/04/2012, 14:55  

sya bru join ISK skali. tp xfaham lg dgn hadith logam tu. harap IG bleh terangkan :D

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP