Bengkel Saya Hosem
Saya kongsikan beberapa soalan bengkel yang dikeutarakan kepada para peserta 'Saya Hosem' (SH) tempoh hari.
Soalan-soalan ini direka mengikut situasi semasa yang paling relevan dengan waqi' (persekitaran, situasi) tempatan. Juga soalan-soalan yang paling mencarik-carik dan membakar separa hangus hati para peserta. Senyum keji.

Tidak syak lagi ini adalah bukan sebarang konferens. Ini.. Ini.. Ini adalah konferens riang..! Wahahaha.. Ok.
Baiklah, berikut merupakan soalan-soalan yang dimaksudkan; satu soalan skema ala-ala nak puaskan hati Lembaga Peperiksaan Negara dan lima lagi soalan berbentuk kefahaman yang menguji kecekapan anda membaca situasi dan menyelesaikan masalah dengan kritis lagi kreatif. Dengan kata lain, soalan-soalan yang sungguh luar biasa, osem dan bergaya... Gagaga..
SIla jawab hekzem ini dengan penuh kejujuran dan bersopan-santun sekian terima kasih. [Kredit] |
***
Soalan Cepu Gangsa
Berikan beberapa dalil wajib berdakwah. Adakah anda benar-benar yakin bahawasanya dakwah itu wajib dan kool..?
Situasi 1
Kenji Nakamura dahulunya adalah seorang yang hura hura dan nakal orangnya. Rakan-rakan yang berkawan dengannya juga sekepala dengannya. Namun, setelah mendengar pengisian ISK dan kemudiannya SH di sebuah surau di Bangi, Kenji Nakamura begitu tersentuh dan sangat bersemangat untuk membuat dakwah. Namun begitu, dia risau apakah persepsi rakan-rakannya yang tidak tersentuh sepertinya. Dia amat khuatir sekiranya dilabel sebagai poyo, ekstrem dan menggelabah la weyy..! Dia sering hilang semangat apabila memikirkannya. Namun pada masa yang sama, dia amat sayangkan rakan-rakannya itu dan mahu melihat mereka juga berubah sepertinya. Apa nasihat anda untuk Kenji…?

Situasi 2
Mikail Sulaiman begitu teruja untuk mula melaksanakan tugas Syahadatul Haqnya. Sekiranya boleh, dia mahu menjadi seperti Abu Dzar al-Ghifari; keluar ke tengah KLCC dan menjerit sekuat hati “La ila hailallah…!!!” Dan jika boleh, dia mahu ke setiap rumah, berjumpa dengan setiap orang yang dijumpainya dan menelefon setiap nama yang ada di dalam henponnya untuk menyatakan tentang Islam. Pada masa yang sama, dia merasakan stadi itu tidak lagi penting kerana mengganggu perjuangan dakwahnya. Prestasi pelajarannya mula merosot kerana dia tidak lagi mahu belajar; dia hanya mahu berdakwah sepanjang masa dan ketika. Apa pendapat anda tentang sikap Mikail Sulaiman ini..?

Situasi 3
Joseph Syurabil berasa amat serba salah. Dia sudah tersentuh dan amat bersemangat untuk membuat dakwah, espeseli setelah mendengar pengisian SH. Namun pada masa yang sama, dia risau sekiranya dia aktif dalam berdakwah nanti, perkara itu akan mengganggu pelajarannya. Dia sukar untuk melepaskan impiannya untuk menjadi pelajar terbaik seluruh planet Zuhrah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Tinggi Memasak (STPM) dan dia teringin benar untuk ke universiti terbaik dalam bidang masakan di dunia, University of Ratatouille. Setelah berfikir panjang, dia mengambil keputusan untuk fokus kepada pelajarannya dahulu. Selepas dia sudah stabil dan bekerja nanti, barulah dia merancang untuk aktif dalam berdakwah. Tambahan pula, baginya, belajar itu juga dakwah. Bagaimana..? Apa pendapat anda dengan dilema yang dihadapi oleh Joseph Syurabil ini?

Situasi 4
Abuya al-Serdangi begitu sibuk dengan tugas-tugas SHnya. Dia tidak pernah lupa mengajak rakan-rakannya untuk solat berjemaah atau ke program-program berbentuk keagamaan yang ada. Setiap peluang yang ada untuk menyampaikan Islam, dia pasti tidak akan melepaskannya. Tetapi dek kerana terlalu sibuk berdakwah, subuhnya selalu Subuh Badak Air. Qurannya sudah lama tidak disentuh. Bacaan ma’athuratnya sudah tidak lagi basah di bibir. Mutabaah amalnya tidak lagi terjaga. Apa saranan anda untuk Abuya?
Situasi 5
Hasil daripada mendengar dengan penuh khusyu’ lagi tawadhu’ pengisian-pengisian seperti ISK dan SH, Halim Gonzalez tidak syak lagi bahawa dakwah itu wajib dan dia memang wajib menyampaikan Islam kepada orang ramai. Namun Halim Gonzalez merasakan dirinya masih belum lagi bersedia untuk berdakwah. Dirasakan bahawa dia perlu memperbaiki dan memantapkan dirinya terlebih dahulu. Dia tidak yakin dia dapat menyampaikan mesej Islam dengan baik kerana dia merasakan ilmu di dada masih lagi cetek dan defisit. Apa akibatnya sekiranya Halim terus berpendirian sebegitu? Apa nasihat anda untuknya?
***
Selamat menjawab..! Oh, anda dilarang meniru, buat-buat menggeliat padahal nak tengok jawapan orang belakang mahupun menyimpan jawapan di dalam tangki air jamban..! Hoyeeaaahhh.
Anda ada.... Satu jam tujuh belas minit dari sekarang...!
-gabbana-
9 Caci Maki Puji Muji:
sume aspek hidup pun leh jadi dakwah jika kita buat atas nama islam
salam.. saya mengalami situasi no.5.. cammane ni??T_T
Enonimus I: yezzaa... kena pakai kaca mata dakwah dan tarbiyyah yg bergaya setiap masa dan ketika.. ;)
Enonimus II: cuba baca post ni:
http://angelwearsgucci.blogspot.com/2011/02/welcome-to-club-kata-malaikat.html
harap membantu. ;)
ada jawapan bakal menyusul x?
sbb sy sndiri alami beberapa situasi, wuwuuu
mcm mana nak cakap kat org terdekat yg dakwah tu wajib?
ada tak ayat2 yg rilek2 jer tp zasss sampai kesitu?
Soalan Bonus:
andaikata anda telah mengikut jalan Osem ini, kemudian telah berumah-tangga dengan super-saiya tarbiyah, akan tetapi, selang beberapa tahun, pembantu-peribadi anda ini telah melarang anda berdakwah-tarbiyah, bagaimana anda mengekalkan ke"osem"an itu?
ade guideline jawapan kpd persoalan2 ni x..mungkin boleh digunakan utk berhujah or beri pemahaman kpd sahabat2 yg ada persoalan spt ni..dah cuba jawb..juz nak compare:)
IG, saya ada simptom nom.2 mcm mane nih?
Post a Comment