21 March 2011

Kenapa Tak Ramai Ikhwah Yang Ensem?

(Nota satu: Artikel ini hanya sesuai dibaca oleh mereka yang pernah dan sedang menyertai bulatan gembira. Tetapi kepada anda yang berdegil untuk membacanya, ok jah. Cuma jangan paksa saya untuk memberikan penjelasan lanjut. Hohoho..

Nota dua: Artikel ini mungkin sedikit kontroversi. Pastikan anda baca sehingga habis dan hadam poin-poin yang cuba saya sampaikan sebelum anda mula mencaci-maki memuji-muji. Wah!)
[Kredit Gambar]

Saya tak tahu dengan akhawat, tapi anda perasan tak di kalangan ikhwah yang menyertai gerombolan dakwah ni, sedikit sahaja yang ensem, kacak dan bergaya..? Bukan, saya bukan sedang bercakap tentang ensem perangai atau ensem budi bicara. Tetapi ensem dalam erti kata yang sebenar; ensem rupa paras dan tubuh badan.

Mungkin anda mahu memberi izin laluan dan berkata pula yang ensem tu subjektif, bergantung kepada citarasa dan pandangan masing-masing. Mungkin ada juga yang akan menempelak dan mengatakan yang tak penting ensem rupa paras, yang penting hati ensem dan akhlak bergaya. Kan..?

Tapi tu bukan poin saya di sini. Poin saya, kenapa tak ramai di kalangan para dua't lelaki yang boleh dikategorikan sebagai ensem? Ensem dalam definisi yang konservatif dan arus perdana. Maknanya, kulitnya bersih dan licin, tiada jerawat, ada lesung pipit, hidung seludang mancung, bibir merah, rambut kena dengan bentuk muka, muka yang simetri, dagu lekuk, tubuh badan yang cantik... Dan seterusnya. Kiranya pakej penuh la..! Sempurna!

Kebanyakan ikhwah yang saya jumpa, biasa-biasa sahaja. Yang tak ensem pon ramai. Yang betul-betul ensem, kacak dan bergaya.. Err. Rasanya tiada. Yang rupanya boleh tahan dan sedap dipandang mata, mungkin boleh dikira dengan tangan campur jari-jari kaki yang ada. 

Hish Inche gabbana ni, anda mendengus. Jangan merepek boleh tak..? Allah tidak melihat pada rupa paras! Bukan siapa yang lebih canteque dan ensem yang akan melangkah masuk ke syurga, tetapi mereka yang diredhai Allah..! Pffftt..!

Sabar, sabar, jangan cepat melompat. Saya setuju dengan poin itu, yang yang menentukan keredhaan Allah ke atas kita bukanlah rupa paras, harta, pangkat, keturunan, anak-beranak dan siapa kita di dunia ni. Saya setuju sangat dan tiada bantahan mahupun izin laluan.

Tapi anda, anda masih tidak dapat menangkap maksud saya manulis artikel ini bukan..? Adakah orang yang ensem dan canteque tidak mahu masuk syurga seperti kita semua..? (Eh, seolah-olah saya membuat kesimpulan semua yang membaca belog ini tidak ensem dan canteque..! Wahahaha.. xp) Pastinya mereka juga menginginkan keredhaan Allah yang hakiki bukan..?

Jadi kembali kepada persoalan saya yang utama; mengapa tidak ramai di kalangan mereka yang dikurniakan Allah dengan wajah yang hampir sempurna menyertai pasukan dakwah ini..? Atau dengan kata mudahnya, mengapa tak ramai ikhwah yang kacak bergaya..? Hoh. 

Saya tiada jawapan yang pasti. Tetapi saya ada satu teori dan saya menjangkakan yang teori ini bakal menimbulkan kontroversi yang panas lagi sensasi. Anda bersedia..?

Begini. Pada pandangan dan pemerhatian peribadi saya, mereka yang kacak, ensem dan tampan ini, ujian yang mereka lalui adalah lebih getir dan besar. Hanya dengan rupa paras mereka yang hampir sempurna itu, mereka telah pun diuji oleh Allah dengan pelbagai bentuk ujian dari pelbagai arah. Maka kebarangkalian untuk mereka tewas kepada ujian-ujian tersebut adalah lebih tinggi daripada lelaki-lelaki yang tidaklah sekacak mereka.



Apakah bentuk ujian-ujian tersebut..? Baaaannyaaaakk. Antaranya, apabila mereka memiliki rupa paras yang menawan, menarik tertarik kau memang debomm!, pastinya ramai anak-anak gadis yang memuja mereka, yang merelakan diri mereka untuk 'dikapelkan' atau yang lebih ekstrem lagi, menyerahkan tubuh badan mereka untuk diratah secara percuma dek tertawan dengan rupa paras si jejaka yang ditawan. Arakian bagi lelaki yang tidak cukup kuat imannya, ini adalah promosi jualan runtuh yang amat sukar untuk mereka tolak mahupun pandang dengan sebelah mata.

Antara ujian lain termasuklah tawaran-tawaran berlakon, sama ada di dalam filem atau drama, atau pon dalam iklan-iklan komersial yang lain. Lagi ensem diri seorang lelaki itu, maka lagi hebatlah tawaran yang diterimanya. Kemudian mulalah cucukan-cucukan syaitonirojim yang maha hebatnya, dan ini termasuklah berlakon bersama perempuan menggiurkan yang bukan mahramnya, membuka aurat sini sana tanpa batasan dan memakai aksesori-aksesori yang diharamkan bagi seorang lelaki. Dapat pulak tawaran berlakon dengan firma antarabangsa. Ala, setakat berbogel sekali-sekala, takkan sanggup nak tolak wang dan harta berjuta ringgit dan wanita cantik sekeliling pinggang..?? Fulamaweh. 

Salman Khan, Sharukh Khan dan Aamir Khan. Pelakon 'Muslim' yang gah di arena Bollywood. Mereka amat kacak bukan..?? [Kredit Gambar]

Belum lagi dikira ujian hati. Anda rasalah, apa agaknya yang lelaki-lelaki ensem dan kacak ini rasa setiap kali mereka dipuji dan dipuja atas kecantikan rupa paras mereka? Hatta lelaki yang kuat iman sekali pon boleh jadi akan tewas dengan pujian-pujian yang datang bertalu-talu, lebih-lebih lagi sekiranya pujian tersebut datangnya daripada makluk bernama hawa. Cair cair. Kalau hati pon dah susah nak jaga, apatah lagi anggota badan yang lain kan..? Uhm uhm.

Makanya, tidak hairanlah sekiranya ramai di kalangan jejaka-jejaka kacak yang memilih kehidupan berhuha-huha, penuh dengan noda dan maksiat kerana tewasnya mereka dengan pelbagai jenis ujian yang melanda. Ya, mereka lahir dengan rupa paras sedemikian rupa dan bukan mereka yang meminta untuk lahir ke dunia dengan rupa yang menawan dan tampan (walaupun saya sangat yakin yang mereka suka dan gembira dilahirkan sedemikian rupa); itulah ujian buat mereka. Saya amat yakin sekiranya mereka berjaya melepasi ujian ini, ganjaran yang menanti mereka juga amat besar dan lumayan.

Mujahadah mereka untuk berhadapan dengan ujian-ujian ini lebih besar dan hebat daripada lelaki-lelaki yang biasa-biasa sahaja dan tidak berketerampilan menarik seperti mereka. Tidak ramai yang sanggup untuk terus bermujahadah kerana terpaksa mengorbankan perlbagai kepentingan diri dan nafsu di hati. Maka ramai antara mereka yang memilih jalan yang lebih mudah dan kelihatannya seronok dan menguntungkan; kehidupan dunia yang indah dan mengasyikkan, tetapi malangnya penuh dengan dosa dan noda. Astaghfirullahal adzim..

Maka tidak hairanlah, Nabi Yusuf a.s., salah seorang daripada Nabi dan Rasul yang ditugaskan untuk menyampaikan risalah Allah dan terkenal dengan rupa parasnya yang hampir sempurna berdoa untuk dijauhkan daripada godaan-godaan dunia yang menggugah keimanannya:

"Yusuf berkata: 'Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan dari padaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh.'"
[Yusuf, 12:33]

Sebab itulah saya amat kagum apabila melihat adanya ikhwah yang berupa paras cantik dan menarik, kerana saya tahu bukan mudah untuk mereka terus berada di atas jalan dakwah dan tarbiyyah. Benar, banyak lagi bentuk ujian lain yang menimpa seseorang manusia itu; seorang akh yang tidak semat rupa parasnya mungkin ditimpa dengan pelbagai jenis ujian lain yang juga mencabar (rupa paras yang tidak cantik itu juga sebenarnya satu bentuk ujian). Tetapi pada pendapat saya, ujian yang dihadapi oleh seorang lelaki yang ensem dan kacak bergaya adalah lebih besar dan menyusahkan, kerana cabaran-cabaran yang datang bersama dengannya adalah lebih dekat dengan hati dan nafsunya. Bukankah begitu..?

Menelusuri sirah para sahabat Nabi SAW, anda akan mendapati ramai antara mereka yang kacak, ensem dan tampan rupa parasnya. Dan sebelum Islam masuk dan mengetuk pintu hati mereka, merekalah pujaan wanita-wanita di zaman itu. Merekalah Justin Bieber, Brad Pitt dan James Franco di era itu. Nama-nama seperti Mus'ab, Hamzah, Saad bin Abi Waqas dan Zubair al-Awwam meniti di bibir-bibir anak-anak gadis Mekah. Hatta Nabi Muhammad SAW sendiri adalah seorang yang amat kacak dan ensem orangnya. Namun selepas Islam menjadi cara dan tujuan hidup mereka, pengorbanan untuk mereka meninggalkan jahiliyyah yang lampau adalah amat besar kerana mereka tahu hanya dengan rupa paras yang cantik, mereka tidak mungkin dapat membeli tiket ke sorga.

Kerana itu jugalah saya amat suka merenung dan mahu bertaaruf dengan ikhwah yang kacak dan tampan (Err...), kerana saya tahu perjalanan mereka untuk berada di atas jalan dakwah dan tarbiyyah bukanlah jalan yang mudah dan dihamparkan dengan karpet merah. Uh tidak bermakna saya meminggirkan ikhwah yang kurang kacak dan ensem tahu..?? Bunyinya seperti amat salah dan sesuatu, tetapi jagan khuatir, saya tahu batas-batasnya. *koff koff*

Begitulah. Kini anda tahu mengapa saya katakan tidak ramai ikhwah yang ensem dan tampan bukan..? Et lis di Malaysialah. Ni Arab sana nun mungkin ramai jah yang kacak bergaya. Senyum sedikit nakal. Atau mungkin juga saya belum berkesempatan bertemu dengan ikhwah yang ensem dan bergaya. Hihihi..

Oh ini teori saya sahaja tahu..? Ada kemungkinan teori ini sesat baghat dan tidak ada asas-asasnya. Tetapi ini berdasarkan pemerhatian saya yang lemah ini dan tidak dapat tidak, saya sering memikirkannya. Agak pelik mengapa lelaki-lelaki yang ensem kebanyakan berada di dada-dada akhbar dan majalah hiburan, juga di kelab-kelab malam serta iklan-iklan komersial, tetapi amat kurang yang berada bersama gerombolan dakwah dan tarbiyyah.

Mujurlah Inche gabbana tidak ensem orangnya. Cuma kool dan bergaya sahaja..! Wahahaha.. (Baiklah! Sila muntah hijau sekarang juga..!) 

Peluh berpeluh-peluh.

-gabbana-

Kebetulan ketika sedang menulis artikel ini, terbaca tentang kisah seorang sahabat Nabi SAW yang hodoh di sini. Uhm.. Tiada konsep kebetulan kan..? :O

99 Caci Maki Puji Muji:

bukan enonimus 21/03/2011, 16:22  

Eh, saya pun baru baca blog Ustazah Maznah..

(ok, tiada konsep kebetulan) =.="

Hurm, ada jugak terpikir pasal tu..

Terima kasih inche Gabbana kerana memudahkan keje saya fikir dalam2 sampai pening kepala.. hehe =D

meowwmania 21/03/2011, 17:00  

mujur saya tak handsome fuhhh!!

berpeluh-peluh ngeeee....

nice post ;)

daribilikkomputerlse 21/03/2011, 23:53  

teori yg jarang dibincangkan dalam silibus universitas D&T. makin menjadi-jadi inche gabbana ni. wahahaha

Anonymous 22/03/2011, 00:46  

Eh, apa ni inche Gabbana??
Segan laa saya.
*wink*

Mohammad Aiman 22/03/2011, 02:02  

Inche gabbana ensem ape.. hha..
berspecky, berkulit putih licin haha

Merentas Horizon 22/03/2011, 09:47  

oh. dulu sy pun ada terfikir tentang ini. skrg da dpt jwpn. terima kasih inche gabbana utk penjelasan.

Inche gabbana 22/03/2011, 10:20  

bukan enonimus: btol btol. tiada konsep kebetulan. nnt iAllah saya tulis pasal tu, sbb anda dh byk kali bg hint dah ni..! hehe.. doakan saya diberi kekuatan..!

hahaha.. sama2. kata sefikrah kan.. ^^

Inche gabbana 22/03/2011, 10:20  

meowwmania: Tapi.. err.. tapi.. anda pompuan mcm mana nak ensem...?? :O

Inche gabbana 22/03/2011, 10:21  

ikmal: kadang2 kita kena keluar daripada kotak untuk melihat apa yg ada di dalam kotak itu.. peace.

Inche gabbana 22/03/2011, 10:21  

enonimus: errr.... *pandang kiri, pandang kanan* err... *pandang atas, pandang bawah* err...

Inche gabbana 22/03/2011, 10:22  

aiman: terima kasih atas sarcasm itu, sy amat faham. TT__TT

Inche gabbana 22/03/2011, 10:23  

merentas horizon: sama-sama. eh tapi tak semestinya penjelasan saya tu btol tahu? itu hanyalah teori saya sahaja. blom pernah dibuktikan oleh sesapa..!

Merentas Horizon 22/03/2011, 10:32  

tak kata betul. tapi rasa macam menjawablah persoalan sy sejak sekian lama tu.

Al-Mufakkir Hamidi 22/03/2011, 13:00  

Salam.

izinkan ana bagi pandangan pula, kenapa ramai ikhwah yang x encem.

(p/s: ana igt apa yang ana pikirkan ini anta tulis, xsangka pula lain pula teori anta. he)

- bagi ana, ramai ikhwah yg tak ensem sbb mereka sibuk dgn urusan D&T, tiada masa utk melayan kecerahan wajah kulitnya, dan tak sempat nak sapu krim-krim penghilang jerawat dek kesuntukan masa. Disebabkan terkesan dgn kata2 Hasan Al-Banna: Kewajiban lebih banyak dari waktu.

- adapun, mrk yg non-ikhwah (insyaAllah akan sama2 dgn ikhwah) sibuk dgn urusan penjagaan badan dan muka, sbb byak masa yg terluang. (bukan semua non-ikhwah la)

Hanya teori ana sahaja. :)

Salam

SN 22/03/2011, 14:54  

salam,

hemm....btol gak teori ni..

teori inche al-fakir pon btol gak~~
(berfikr sambil gosok2 dagu n kening berkerut2)~~~

bukan enonimus 22/03/2011, 15:14  

eh, eh . . .

haha, bukan macam tu maksud saya,
tapi banyak sangat benda kebetulan ni.. hehe =D

oh, kita sefikrah ke?
(buat-buat tak faham)

:)

Inche gabbana 22/03/2011, 16:18  

merentas horizon: oooh. kalau mcm tu okaylah..! ;)

Inche gabbana 22/03/2011, 16:21  

hamidi: menarik teori tu akhi.

tp ada sedikit masalah ngan teori tu.

bagaimana dengan mereka yg lahir semulajadi dah ensem? Ni bukan soal ada jerawat atau tak, atau kulit cerah atau tidak. yg ini kira dikurniakan Allah dengan nikmat/ujian wajah yg hampir sempurna sejak azali lagi. ;)

dan ini bukan soal ada masa atau tidak. persoalannya, kenapa tak ramai orang yang ensem join D&T. eh. faham ke..? hehehe..

dahla, seperti kata anda, seorang dai'e sepatutnya tidak punya masa untuk benda2 yg tidak berfaedah. hihi..

jom kita kuatkan lagi usaha kita..! ayuh..!

Inche gabbana 22/03/2011, 16:22  

SN: hahaha.. tak penting pon sama ada btol atau tak.

unless kita boleh datang dgn solusi dan penyelesaian, mcm mana nak tarik org2 kacak bergaya ni join D&T..! Hihihi.. ;)

org melaya 22/03/2011, 16:26  

cabaran ikhwah tak encem ialah
kena reject ngan akhwat lawa yg try dikhitbah.. maka diri dan jiwa diserang persoalan.. ape hina sgt ke mnjadi tak encem? salahkah ikhwah tak encem nakkan zaujah lawa tapi bertaqwa? salah kahhh?

haha ana tak tergolong dalam golongan tak encem, sebab ana bukan ikhwah.. tapi jez rasa tercuit hati
dengan fenomena-fenomena du'at muda-mudi jaman ni..

niat ikhwah nak ber-BM pasal ape
dan akhwat pulak pasal ape...

eh, melencong ke citer BM pulak yek.

Inche gabbana 22/03/2011, 16:34  

bukan enonimus: tiada kebetulanlah dalam hidup ini.. -___-"

haha, yezza, KITA sefikrah..! ;)

Inche gabbana 22/03/2011, 16:36  

org melaya: erk. agak ah, jauh gak melencong tu..

erk kedua.. sbb tak penah lagi dgr kes akhawat tolak ikhwah sbb takde paras rupa. yg sebaliknya tu adalah sy pernah dgr. Baanyaaak kes. hohoho..

walaupon ideally mmg kita berkahwin sbb Allah, sbb dakwah, tak boleh nak tolak jugak fitrah manusia tu. nak yg cantik, nak yg pandai, nak yg camni, nak yg camtu..

terpulanglah pada kemampuan dan mujahadah diri masing2. Allahu a'lam.

Anonymous 22/03/2011, 17:57  

macam2 teori muncul dlm isu ni...x terbaca smua...
mmg benar x smua dlahirkan dgn paras rupa yg menarik.its not somethng we ask for...
it is an aspect dat always overlooked by many,terlalu sibuk(or sumtime x ambil pot pun) hingga muka berminyak2,berjerawat,baju x iron,gabungan warna yg kontra n x menarik,n kadang2 ada bau yg kurang menyenangkan,realitinye...
but there is somethng that we can change about...is self grooming.x perlu hensm jelita,yg penting penampilan kemas,bersih,brgaya,n sejuk mata memandang(menurut cara islam,of kos).klo nk sampaikan sesuatu pada mutarobbi or mad'u pon senang drang nk terima.bcoz in every meeting wif new people theres always 1st impression...n d imprssion usually comes from d eyesof surrounding bholders.
kepentingan self grooming ni sangat diambil berat oleh ikhwah akhwat d indonesia,sehingga banyak timbulnya fesyen busana muslim,muslim spa,n even books on islamic self grooming, n distributed all around indonesia,even kampung2.
it may b nothing 2 us,but actually reflects on d eye of everyone around us.

Anonymous 23/03/2011, 09:54  

Bismillah.Assalamu`alaikum.Alhamdulillah saya sudah baca penulisan ini. Komen saya: Kita kena kembali pd petunjuk wahyu Allah SWT.Semak Surah Al-Insan ayat 2: Perkataan 'nabtaliihi' (..Kami mengujinya..). Jelas samada kita kacak/hodoh/cacat/sempurna/etc. bila lahir,celik mata & bernafas sudah mula diuji.Makin mendewasa, makin byk ujian.Persoalannya bila kena ujian, kepada siapa kita mengadu/kembali? Itulah tugas para Rasul & mereka yg ikuti perjalanan ar-Rasul SAW kasi bilang pd manusia arah yg benar bila menghadapi ujian tersebut.Allahu `alam.Wassalam.- Anonymous1969

Inche gabbana 23/03/2011, 12:33  

fati2411: saya sulka dgn komen anda. ;)

dan saya tak setuju bila org cakap takde masa ntok jadi kemas dan sbgnya. pada pandangan peribadi saya, benda tu boleh dilatih supaya jadi natural. kiranya, bila dah jadi habit, secara otomatiknya kita akan sentiasa kemas dan sedap dipandang mata. tak gitu..?

dah siapakah qudwah yg terbaik dalam hal ni kalau bukan Rasulullah SAW? pakaiannya tidaklah mahal dan mewah, namun baginda amat mementingkan soal kebersihan dan kekemasan.

dan seperti yg anda cakap, pastinya org sekitar akan lebih selesa utk terima dai'e yg kemas dan bersih. kan..? =)

jzkk atas perkongsian.

Inche gabbana 23/03/2011, 12:35  

enonimus: btol2. mcm yg saya cakaplah, mnjadi kacak dan cantik itu sebenarnya satu ujian.

dan teori saya mengatakan bahawa cabaran/dugaan org yg hensem dan kacak ni lebih besar dalam situasi masyarakat yg sgt2 mementingkan rupa paras dan materialistik ni. sbb tu tak ramai daripada mereka yg join D&T ni.

wallahu a'lam. pandangan seorang hamba Allah yg kerdil lg dhaif.

yg tumpang kereta gi kedai jus buah 23/03/2011, 23:34  

uhuk uhuk.. koff koff..

pendapat la kan, rupa paras itu anugerah allah. tak kurang juga selera para hakim kehenseman juga berbeza

bagi aku la kan, semua org ada kecantikan dan kehenseman masing-masing

cuma bab serlah tak serlah tu, basically org kata faktor pemakaian, bentuk badan, etc etc..

tapi kan, kalau ikut betul² sunnah nabi, keterampilan pasti menyerlah, contoh bab sikat rambut, minyak wangi.. pakaian yg bersih dan senang mata memandang..

so basically sebenarnyer, semua ikhwah adalah hensem, kacak lagi tampan bergaya.

kalau bab dugaan tuh.. takkan yg tak hensem tak digoda? (al-aaraf:17)

peace~

Inche gabbana 24/03/2011, 16:27  

yg tumpang kereta gi kedai jus buah: ni sorang lagi yg salah konsep nih.. -___-" hehe..

dah kata dah awal2 tu, ni hensem dalam erti kata yg sebenar. kita kalau skali tgk, mmg ramai2 secara berjemaah cakap dia hensem..! unanimously! hohoho..

ni bukan kira hensem hati atau hensem perwatakan. ni mmg hensem HENSEM. Rupa paras. Fizikal. Hoh. ;p

tp mmg setuju pon pasal keterampilan tu. tak nafikan.

dan mmg sume ikhwah 'kacak' dan 'hensem' sbb sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk dakwah. hensem ah tu..! ;)

cumanya, artikel yg saya tulis ni mmg fokus kepada ikhwah yg hensem dari segi rupa paras dan fizikalnya. taht's it. fulsetop. takde udang di sebalik batu ke, hidden agenda ke..

ada paham..? hehehe..

cik mus'ab 25/03/2011, 12:44  

salam.


"Saya tah tahu dengan akhawat, tapi anda perasan tak di kalangan ikhwah yang menyertai gerombolan dakwah ni, sedikit sahaja yang ensem, kacak dan bergaya..? Bukan, saya bukan sedang bercakap tentang ensem perangai atau ensem budi bicara. Tetapi ensem dalam erti kata yang sebenar; ensem rupa paras dan tubuh badan."




chup! ada ke akhwat usha korang? maaf.. kitorang x prasan pun..

hahahaha wakakakaka~


*sorry 4 dis comment. i love to maki caci puji muji. hehe*

Inche gabbana 25/03/2011, 15:03  

cik mus'ab: peluh besar.

err... err... anda salah faham ni. yg saya maksudkan, saya tak pasti di kalangan akhawat ada tak fenomena yg sama. maksudnya, di kalangan akhawat pon tak ramai jugak ke yg cantik mantik..? hohoho..

BUKAN saya tak pasti sama ada akhawat perasan atau tak di kalangan ikhwah ramai yg tak ensem.. ^__^"

harap jelas.. hihihi..

cik mus'ab 26/03/2011, 05:57  

hahaha..

hahahaa..

astaghfirullah hal 'azim.

malu suda!

neway, thanks 4 a well xplaination.

Inche gabbana 27/03/2011, 22:44  

cik mus'ab: fuuuhhh.. seb baik anda dah faham. ;)

sama2, mmg tanggungjawab saya nak kena jelaskan pon..! ^^

merahsaga 28/03/2011, 00:10  

ikhwah?? akhawat??

hurm..peluh besar

Inche gabbana 29/03/2011, 09:16  

meraksaga: err.. kenapa kena berpeluh pulak..?

apa yg peliknya...? uuhhhmmm..

guruguru 02/04/2011, 14:19  

Jzkk atas insight yg diberikan... boleh buat untuk pihak akhowat pula? hehe salam dari bumi seberang

En iLHAM 03/04/2011, 13:21  

salam ukhuwah inche gabbana,
pertama kali sampai disini dan pertama kali juga membaca artikel di dalam blog ini. sedikit sebanyak saya bersetuju dengan apa yang tuan cuba sampaikan. memang betul susah nak jumpa mereka yang kacak bergaya dalam erti kata sebenar didalam jalan mujahadah ini.saya kira sekiranya, mereka ini ramai di dalam jalan indah ini sudah tentunya lebih ramai yang lebih tertarik untuk menuruti jalan yang sama. mungkin niat itu sudah tersalah, namun saya kira niat boleh diubah sekiranya kita cuba sebaik mungkin untuk mengikhlaskan hati

semoga terus berjaya menitipkan unsur dakwah di dalam entri tuan yang saya kira boleh menarik perhatian sahabat-sahabat seagama kita untuk terus membaca. wallahualam

Inche gabbana 06/04/2011, 08:41  

guruguru: errrr... sy takde pengalaman akhawat, jd tak brani nak komen pape... hohoho..

Inche gabbana 06/04/2011, 08:42  

en. Ilham: menarik pandangan anda tu. kira pull-factor jugak la kan..? so pasni kena gi dakwah kt org2 ensem je la kan..? hehehe..

terima kasih. selalu2 dtg singgah ye..? ^^

Anonymous 17/04/2011, 08:12  

ermm..betul juge...1st time melihat wajah sheikh assyahid hassan al banna & sayyid qutb..hati terdetik..'tak handsome'..tapi mujahadah mrk..SubhanaAllah! kagumnya..

Inche gabbana 17/04/2011, 14:53  

hoho.. btol btol.

walaupon mereka mungkin tak ensem, tapi hati mereka, ya allah, terlalu amat tersangatlah paling hensem....!!! fulamaweh.

;)

Si Helang Merah 19/04/2011, 12:18  

kebanyakan mad'u ana, hensem2...byk masalah yg diowg x setel...ana setuju ngn Inche gabbana..org hensem byk dugaan,,murabbi kpd yg hensem,,lg byk dugaan..huhu..jzk

Inche gabbana 20/04/2011, 08:43  

Fauzan: murabbi yg hensem..? lagi lagi lagi la byk dugaan kan..?? hehehe..

ok gurau je. tu mujahadha ntok anda. juga satu bentuk tarbiyyah bukan..? IAllah besar hikmahnya tu..!

Selamat maju jaya..! ;)

Anonymous 03/05/2011, 17:33  

salam.
first time tahu pasal blog ni,
bila waktu daurah, akhi yang sampaikan tu suruh tengok blog ni ttg isu ikhwah tak hensem ni..

ramai la serbu sini.
Alhamdulillah, menarik cara penyampaian. even mutarabbi ana pun suka,bila ana promote pada diorang.

interesting.
next time tulis pula, kenapa ikhwah tak ramai memilih akhawat sebagai zaujah.
haha jgn salah faham. ana ikhwah ok.

Inche gabbana 04/05/2011, 09:53  

enonimus: uik, ada org promote kat daurah..? ini.. ini... sgt MARABAHAYA..!

haha.. err, itu satu topik yg berat tu. tgklah bagaimana ye..? mungkin suatu hari nanti, kalau ada kekuatan, saya akan menulisnya iAllah.. ^^

safiyyah 11/05/2011, 14:42  

salam

sy ade jgk terfikir psl ni. tp bukan ikhwah la, ni tentang akhawat.

ramai perempuan cantik2 kat luar sana tu, tp banyak jugak ujian mereka. sbb tu sy rse sangat2 kagum kt akhawat yang cntik2, sebab dorang kuat utk hadapi ujian tu, kuat utk tutup aurat. mashaAllah

nice post btw (baru org share link ni kat fb tadi. rse cam trlmbt nak komen -__-)

Inche gabbana 16/05/2011, 00:29  

safiyyah: wah, so benda ni applicable to akhawat jugak..?

uhm. pastinya paras rupa yg cantik Allah bagi tu, nikmat dan ujian pada masa yg sama kan..?

oh haha. takde terlambat. sapa2 pon sentiasa dialu-alukan ntok komen kat belog marhaen ini. ^^

Ann Huda (Ate) 23/05/2011, 18:27  

Ate hanya tersenyum membaca N3 ini.. Patutlah golongan muda suka membaca N3 Inche Gabbana.

puding karamel 23/05/2011, 22:03  

ate~aik??
bukan ate pon mude ke?haha
Peace ^^

Anonymous 07/06/2011, 17:57  

inche gabbana dah habis siapkan diri ke nk berdepan manusia2 amrod ni?

Para Pencari Tuhan 07/06/2011, 19:41  

Salam.... kalu mcm tu ... Biarlah saya join dakwah dan tarbiah... Muga bertambah peratusan y ensem kacak bergaya.... =P

InsyaAllah... Di taman syurga nanti... Kalian para ikhwan akn kelihatan cantik dan ensem bangat.... ^^

Inche gabbana 07/06/2011, 21:28  

ate: golongan tua pon dialu-alukan je ntok baca. seperti anda. hihihi.. xp

Inche gabbana 07/06/2011, 21:29  

puding karamel: anda berdua memang saling mengenali..? sungguh belog ini memang telah merapatkan ukhuwwah... ^^

(masuk lif tekan butang dan naik dgn sendirinya..)

Inche gabbana 07/06/2011, 21:29  

enonimus: itulah masalahnya..... haih... -_____-" mmg sungguh mencabar.

Inche gabbana 07/06/2011, 21:30  

para pencari tuhan: errrr... kepala anda masuk air ke petang tadi..? hohoho..

iAllah. kalaulah masuk syurga.. TT__TT doakan saya dapat masuk syurga iAllah. anda dan lain2 juga...

نور توفيقة ادريس 09/06/2011, 09:11  

Handsome2 kan lah diri..

Good looking da'ie do add extra points in da'wah=)

Rasulullah ada rupa yang sangat handsome and ciri2 yang semuanya handsome.. There are times orang tertarik nak dengar penyampaian baginda just by first looking at him..

And for para isteri either=)

"...Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang ma'ruf." (Al Abqarah, 228)

Inche gabbana 09/06/2011, 16:17  

nur taufiqah idirs (kot): mana yg boleh hensemkan, iAllah akan dihensemkan. Tapi yg mana sejak azali dah mcm tu, dah tak boleh nak buat apa, redha dan bersyukur sahajalah. ;)

jzkk atas perkongsian anda.

zulaikha 14/06/2011, 00:15  

salam,

sama jugak kes nya dgn bahagian akhwat rasanya.

bukan senang rasanya utk seorang perempuan yg cantik, dan meninggalkan 'dunia cantik' ciptaan manusia. utk menjadi yg tidak dipandang setelah sebelumnya menjadi perhatian. dan sebagainya lah..

kupasan yg menarik.

cuma kekadang saya kesian tgok akhwat saya yg comel2 ni.
yelah, manusia ni Allah uji berbeza2 kan

diuji dan terus diuji dengan lelaki. macam2 kategori.
1. lelaki belum ditarbiah
2. lelaki sedang ditarbiyah, cuma berbeza jalannya
3. lelaki sedang ditarbiyah, sama jalannya

akhwat tu penah kata,
'sedih ye kak, org lain diuji dgn dakwah, tapi saya diuji dgn lelaki..'

dan sanggat2 baru2 ini, dia diuji lagi dgn situasi yg lebih mencabar

takpelah, buat akhwat ku, moga keimanan mu bertambah setiap kali diuji. dan ujian itu yg sebenarnya mendekatkan diri kamu pada Allah :)

Anonymous 27/06/2011, 12:13  

knp ikhwah x approach mad'u yg ensem???

Inche gabbana 27/06/2011, 17:25  

zulaikha: lain org lain ujiannya. dan lebih besar ujian ntok seseorg tu, iAllah tu tandanya dia lagi dekat ngan allah.

jadi.. "fastabsyiru!" Bergembiralah..!

Kerana itu tandanya Allah syg.

aman.

Inche gabbana 27/06/2011, 17:29  

enonimus: approach je. masalahnya, sampai satu tahap dah nak kna fokus. so slalunya jejaka2 yg ensem ni byk sgt cabarannya, so lambat la sket nak catch-up.

akhirnya, suka atau tak, disebabkan keperluan ntok dakwah yg muntij dan fokus, mereka ni terpaksa ditinggalkan.

sedih mmg sedih. tp tula hakikatnya.. hohoho..

1453 13/07/2011, 20:07  

tetiba teringat sahabiyah ni bagitau how this poor akhawat tak jumpe jodoh sampai final year, ONLY because para ikhwah membelek & meninjau rupa paras.

*perasaan geram yg x hilang2, hingga perspective terhadap BM sdikit meleset disebabkan perangai & priority para ikhwah sendiri*

kadang2 kagum dgn org yg tak menyembah Allah skalipon (tp conventionally-handsome), tp still able to look at his wife yg conventionally-tak-cantik, dgn penuh kasih sayang *mata bulat bersinar-sinar

Inche gabbana 15/07/2011, 11:42  

1453: uuhhmmm... tapi ikhwah juga seorang manusia, lelaki pulak tu. sehabat mana dan seqawwiyy mana pon seseorang akh tu, tak boleh nak expect yg dia tak terpengaruh ngan rupa paras dan kecantikan. Nabi SAW pon bila suruh pilih bakal isteri, disebut jugak rupa paras kan..? maknanya, Nabi SAW mengaku fitrah seseorang lelaki tu.

ada je di kalangan ikhwah seperti org yg tak menyembah Allah tu, cuma maybe tak ramai lah.. hohoho..

Anonymous 16/07/2011, 00:53  

alahai ko ni pon satu.takde rencana lain ke.awek2 yg dakwah pon bkn cntik sgt pon.ke ko rase ko cun sgt?tkpon ko prasan pakwe ko hensem sgt.ap brg wei cite psl cntik ke hnsm ke.tu sume sbjektif la dey!pnah ko dgr ostad2 ko cite bnde 3rd class nih?mlainkn ostad2 ko pon 3rd class gak ar.ke da syok sgt tulih blog.ko kire pahale ke kire hit counter?

Inche gabbana 19/07/2011, 09:08  

enonimus: hahahah. dah lama tak dapat hate komen camni! terima kasih! ;)

pertamanya, saya tak tau mcm mana anda boleh igt saya ni seorang pompuan. err, tak obviyes ke yg saya ni sebaliknya..? ^^"

dan anda pastinya tak baca post ni sampai abes kan. tgk tajuk je tak..? hehehe.. tu la, jangan dicurah air tempayan bila mendengar guruh di langit! hohoho..

dan sungguh tidak berlapang dada dan bersangka baik anda ni. sepatutnya anda doakanlah saya supaya Allah ampunkan segala dosa2 dan kehilafan saya daripada menulis post ini. dan iAllah kalau anda berbuat begitu, anda juga akan mendapat ganjarannya! kool bukan..?? ^^

apa2 pon terima kasih ntok komen anda! sy sgt menghargainya! ;D

Cahaya hidupku 22/07/2011, 14:27  

huh, pedas sungguh komen anonymous. xpe, another insight. sbg pencerahan dan menjadi ujian utk berlapang dada.. menarik entry Inche Gabbanna yg ni. pastinye yg ni yg plg byk org komen,kan,kan?

sy rasa ade btul jgk teori Inche Gabbanna. Yg hensem memang jarang kite nk jmpe... generally, yang hensem slalunye yg nakal2.

speaking on behalf of akhawat, rata-rata majoriti tak kisah psl paras rupa bila nak pilih pasangan utk ber BM. maka, saya kagum dgn akhawat, jadi,ikhwah pun kena la mem 'prioritize' kan pilihan mereka kepada akhawat yg mcm ni... tak gitu?

I 22/07/2011, 17:13  

aha,menarik. ada juga org yg menyangka anda ni lady anna^^

berlapang dada menerima perbezaan.tabik spring!

Cahaya hidupku 22/07/2011, 17:18  

ape mksudnya lady anna??

حكيمه خانئ 23/07/2011, 15:04  

mashaAllah, banyak nya caci maki puji, tak larat nak baca semua *peluh besar*

nampak sangat isu ensem ni hangat. Wahaha!!! (tiru gaya inche gabbana)

tapi apa-apa pun, ikhwah ke, akhawat ke, bak kata Inche Salim A. Fillah dalam buku beliau Saksikan Bahwa Aku Seorang Muslim,
"penampilan bukan yang utama, TAPI ITU YANG PERTAMA"

mungkin theory ni takde dalam buku-buku fiqh dakwah, tapi nak kata yang;- kalau ada penampilan yang ensem (walaupun muka biasa-biasa je), bukan ke lebih mudah nak DF hadek-hadek?

dari satu sisi, kalau tak ensem (cun melecun untuk akhawat) pun, kena jaga gaya mutu dan keunggulan. tak gitu?

muhd91 26/08/2011, 11:58  

ana x pasti mcm mane,, tp pada pndangan ana setakat ni, ramai lg ikhwah yg kacak dr yg non-ikhwah... hehe.. mgkn juga kebetulan..

Sayap Pejuang 16/09/2011, 01:10  

salam... asalnya sy tngah bt research psl ikhtilat, tp terjumpa plak post lama ni.. just nk komen skit... skit je, x bnyk pn..
sbnarnya, rmai je ikhwah yg hnsem kacak bergaya ni, malah sy rsa yg sy prnah jmpa @ nmpk, rmai yg hnsem dr yg kurg hnsem.... hnsem d sni sma dgn hnsem yg dmksudkn saudara blogger, yakni putih, kulit licin, hdung mncung, etc.. so, sy rsa mcm plik jgk psl saudara kuarkn tjuk mcm ni... apa2pn, sy fhm yg saudara nk mnyampaikn bhw mrka yg hnsem dan swktu dgnnya ni lebih besar ujian da cabaran. ya, sy stju... wallahua'lam.. =)

Abdullah Sobri 21/09/2011, 12:22  

teruskan berdakwah...sempurnakan dakwahmu walau ia sekecil perkara ...salam ukhuwah dari bumi shams ...=)

khuza hasan 23/09/2011, 16:00  

same dgn konsep istidrajkah?

luqman 24/09/2011, 16:07  

Mujurlah Inche gabbana tidak ensem orangnya. Cuma kool dan bergaya sahaja..! Wahahaha.. (Baiklah! Sila muntah hijau sekarang juga..!)

(~^.^)~ ha3~

najwa 12/10/2011, 13:01  

"Kebetulan ketika sedang menulis artikel ini,..... "

baru nak cakap takde kebetulan...kebetulan plak inche dah betulkan dulu..eh..bukan kebetulan..memang suratan.... ^^

Noddy 17/10/2011, 12:56  

Salam,

Sometimes kan.... Kalau ikhwah tu berpakaian kemas dan bersih, rambut bersikat rapi, itulah yang paling handsome.

Kenapa hanya orang yg handsome menjaga keterampilan diri, lalu ikhwah yang merasakan dirinya tak handsome berpakaian compang camping? Serabut serabai?

Dah melalui situasi ni terlalu banyak kali. Sampai Ada yg mengata, mengapa ikhwah tak handsome?

Ikhwah. Silalah menjadi handsome demi dakwah.
Pakai lah T3 dan segala bagai demi dakwah.

Manusia tu memang fikrahnya suka pada kecantikan.

Zahid Naser 02/12/2011, 03:33  

Ikhwah Mesir, hensem-hensem.. Boleh kalau sesiapa nak bekenalan.. Hehehe

Salam kenal akhi.

Zahid Naser
Cairo

Ummu Khalyf 06/12/2011, 23:24  

wah baru terfikir. =)

cikLah 08/12/2011, 18:33  

salam alaik.. this entry was made on my birthdate.. osem!!!
heheh

saya pnye circlegroup (CG) bila berkumpul ramai2 giler (ikhwan+akhawat) baru nampak ade y encem n biase2.. y xencem xde.. sbb sume muke disinari cahaya.. heheh..
tp pada sy.. y agak2 encem agak low profile kot.. y biase2 tp muke disinari cahye sgt bsungguh.. huhuhu ^^

diri ini masih belajar untuk menjaga mata dan pandangan... maafkan saya yang masih suka melilau2kan mata =(

Aisyah 11/12/2011, 18:18  

Fisrt time jejak blog ni. MENARIK.
Speechlessss bila baca entri2-nya. Kagum. SubhanaAllah! Keep it up! ^___^

-budak sekolah menengah-

Saya Hensem 17/12/2011, 23:10  

Saya tak setuju post ini kerana saya juga terlibat dalam dakwah dan pada masa yg sama saya tetap hensem.kwn2 saya juga hensem walaupun tak la sampai tahap macam saya

hoshizora 27/12/2011, 10:29  

salam,
tp bg sye...ikhwah yg ikut dakwah ni xhensem pun, akn tetap ade seri imannye kat muke, dan itu dah cukup utk menjernihkan wajah yg xhensem, xgitu?
tp tipulah kalau perempuan xpndg sikit pun pd rupe bile tgok lelaki,...sme la juge sebaliknye dgn lelaki kan?

Unknown 02/01/2012, 09:20  

Salam,

I agree that semua Nabi itu kacak dan hensem, kerana kacak dan hensem itu adalah salah satu ciri-ciri kesempurnaan. Namun, ianya adalah kurniaan Allah s.w.t. Bukan perkara untuk direbuti dan disayangi. Jika hendakkan kacak dan hensem, nanti perkahwinan itu akan menjadi hanya duniawi. Nawaitu seorang wanita utk berkahwin itu penting. Sama juga kepada lelaki. Jika mahu berkahwin semata-mata kerana nafsu, maka nafsu sahajalah yang anda akan dapat. Jika mahu berkahwin kerana keredhaan Allah s.w.t., pasti lebih dari itu lagi akan diperolehi.

Ingat kepada qada dan qadar. Jodoh adalah sesuatu yang hanya berada dalam kuasa Allah s.w.t. Mempersoalkan soal jodoh dan takdir, besar masalahnya.

Mohon muhasabah.

Ahmad Zahier Bin Arbi 02/01/2012, 10:19  

just nak tanya; bukankah ujian seseorang itu berdasarkan ketaqwaannya..semakin tinggi ketaqwaannya semakin berat dugaan dari ALLAH :D ..tPI X BOLEH DINAFIKAN LELAKI ENSEM mmg dugaan terhadap fitnah dunia lebih meluas.. :D

Anonymous 02/01/2012, 11:05  

tahniah penulis krn berjaya timbulkan satu yg hot ana rase. cume ana xsetuju. ana rase ramai ikhwah yg kacak. serius ramai! btw, ok la tajuk "kenape xramai ikhwah hensem" daripada ayat yg lebih menyakitkan "kenape ramai ikhwah xhensem" hihi. wsslm..

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken 02/01/2012, 13:56  

artikel yang sangat menarik saya kira! tahniah!

Anonymous 03/01/2012, 14:04  

hensem xk hensem ramai ikhwah2 sekarang ni xk fit

slalu kata nak berjihad di jalan Allah tapi masing2 xkde persediaan fitness asas malahan berlari bermain bola di padangpn tidak larat

so..masing2 muhasabah diri sebab Allah sukakan mereka yang kuat dan xkde org yang lahir2 kuat tapi dierg sendiri yang berusaha menjadi kuat. Malulah nak df orang2 luar kalau diri sendiri lembut.

Toksah terasa dan mari berusaha. (Nasihat utk diri sendiri juga)

bintuhanafi 14/01/2012, 01:37  

nice post..alhamdulillah...

hihi..xle bla..."justin bieber, brad pitt, etc..."

nabi Allah jauh lebih kacak kot..agaknye, kalau pompuan2 skg tengok, ta pandang da depa2 tuh...

Anonymous 23/01/2012, 14:37  

owsem dan hansem seperti power ranger hijau

✿ SitiZubaidah.S ✿ 25/01/2012, 21:58  

setuju...
tapi bukan 100%..hihihi

....
moga-moga, iman itu tetap kukuh terpahat dalam hati...

model majalah x 26/01/2012, 02:56  

ada hikmah tuhan x bagi IG rupa kacak arus perdana tu..kalo IG dpt agaknya perangai tu lagi teruk dari kaki clubbing rupa kacak arus perdana..hahaha
yela kita x kenal hati budi jgn nk tuduh yg jahat..maknyah lorong pon kalo pakai tudung baju kurung lagi muslimah dan ayu dari ustazah..yg penting hati mesti bersih..bye

Anonymous 22/02/2012, 12:23  

ana rasela kan, memang x ramai ikhwah yg Allah jadikan hensem..*huhu,jujur sangat ni..*
tapi, ape yg menjadikan ikhwah nampak hensem adalah ke'hensem'an perangai ikhwah tu..
otometik,akhawat akan tertukar psikologi mereka dengan mengatakan "ikhwah ini hensem!"

Anonymous 16/08/2012, 08:21  

kalo akhwat pulak,,,

apa yg sy lihat,, mmg banyak yang cantik2,, lebih cantik dr artis pon ada,,lebih putih dr cina pon banyak,, jgn xtau plak.. Alhamdulillah...

byknye yg dolu2 mekap pekap,, bju bling2,,kasut tap-tap(bnyi tumit tggi) tp pas dpt tarbiyah,, hanya baju gelap dan suram je mnyarung tubuh,,Allahuakbar..

tp,InsyaAllah jgn risau kitorang xtolak punye ikhwah yang mgkhitbah walau pon korang x brape ensem,, hehe

Asalkan bahagia,,InsyaAllah

Cikya 27/09/2012, 21:36  

Hola Eh Assalam.

Dear Mr Gabbana.

your pic in this entry.

eh eh, sama lar macam pic in my this entry..

http://cikyalah.blogspot.com/2011/04/aku-kacak-bergaya-kau-ada-apa.html

Okai.
*sengih kerang wangi*

*genetik oo genetik*

Anonymous 08/12/2013, 23:59  

erm erm, tapikan inche gabbana,

saya perasan ramai je ikhwah kita yang hensem2. (erk, saya bukan usha, cuma tertengok masa pandangan pertama.)

Plus, pandangan seorang perempuan tentang maksud "hensem" berbeza-beza.

Okay cop. Takut kena penyakit hati pulak. Maaf ye, tengah struggle untuk follow the rule ghaudul Basr.......

Anonymous 09/12/2013, 00:12  

salam alaik..x sangka ade jugak di klgn ikhwah mencurahkan pndn ttg topik nie...penah jugak terlintas ttg pkr nie tapi setakat terlintas saje dn xmau memikirkan ianya secara terlalu kritikal sebab rupa paras tue sgt subjektif dan hanya Allah je tau hikmah knp si ikhwah dn akhwat tue diciptkan sedemikian...teringat pada Bilal bin Rabah bagaimana digambarkan rupa parasnya xcantik tapi ianya sgt hebat kan...bagaimana rupa paras kita bersyukurlah...rasenye pd pandgn ana untuk memilih pasangan pun xperlu terlalu cantik yang penting andai ianya sedap mata memandang,membawa ketenangan dan sanggup berkorban hidup bersama dalam menyelusuri jalan dakwah nie hanya Allah je tau betapa bersyukurnya..

Anonymous 09/12/2013, 06:10  

Cereta kt hadek2..betapa hebatnya muaz b jabal.diutuskan rasulullah utk smpaikn dkwah dmadinah.smpi xda 1 umh pon y xdeketuk beliau..sorg adik jwb: tp muaZ hensem..bile die jln..semue gadis2 tngok die.kite?....ngee cmna tu..x tau nk jwp apa

budak sekolah 11/12/2013, 17:33  

XDDD,cakap tak nak jelaskan balik.tapi tgk2,tertongeng2 penjelasan dia bagi.tapikan sebenarnya,bila komen2 tu dibalas tu ,saya rasa macam tgh join usrah .siyes.usrah online.tuu...dioh.sebab ada perbincanngan.yg plg macho sekali,IG kna jadi perempuan melayu...XDDD.tak menahan.
saja nak kongsi,sya budak sekolah,badan dakwah dan prs kat sekolah saya kena konker dek gergirls yg meletup.cun habis.sampai ada tu kna syor pakai purdah.dan memang ramai yang pakai purdah.dan kitorang bukan sekolah tahfiz.

shuhada sidik 22/03/2014, 19:17  

cantik itu penyakit>
ye dak?
muahaha

Anonymous 09/08/2017, 03:00  

Salman khan tu macam muka aku! Aku handsome dari kechik lagi!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP