10 January 2009

Pelik tetapi benar

Korang pernah tengok orang sembahyang sambil dukung anak? Pelik kan? Tapi rasanya tu tak cukup pelik, sebab dah selalu tengok...

Korang pernah tengok orang sembahyang, bila tahiyyat awal dan akhir, diorang gerak-gerakkan jari telunjuk. Kadang-kadang ke atas dan bawah. Kadang-kadang berpusing-pusing macam ferris wheel. Macam cacing kerawit pun ada. Pelik kan? Tapi rasanya tu pun takde la pelik mana, sebab dah ramai yang buat...

Tapi yang ni mesti korang tak pernah tengok. Memang sangat ajaib. Memang sangat pelik. Uish... Terbeliak biji mata bila tengok...

Korang pernah tengok orang bersembahyang sambil reply sms? Ok fine, tak tau la dia reply sms ke apa, tapi memang obvious la dia tengah tekan-tekan phone dia. Dan dia sedang bersembahyang. Aku pernah tengok. Baru je tadi... Pelik kan...?

-gabbana-

6 Caci Maki Puji Muji:

Muhammad Fazdhly bin Abdul Muttalib 10/01/2009, 04:56  

Ini bidaah.

gabbana 10/01/2009, 05:05  

hahahaha.. talk to the hand! ;p

elnino 10/01/2009, 05:09  

ak penah tgk gak dam,...org arab tuh selamba badak je reply sms time tgh tahiyyat..dahle ringtone lagu yale2 yang mengasyikkan, mmg x khusyuk daa..ak pun duk usha henset die...mmg alamat x khusyuk btolla...

gabbana 10/01/2009, 05:13  

kikiki.. menda la ko nih cha... ko sempat usha handset dia brand ape x? model? Hhehehe...

tp mmg pelik kan..? haish...

AlexAlabasta 10/01/2009, 12:39  

Se bek tak jadik depan aku, tak pasal2 ade pulak kejadian pelik seterusnye - henfon melayang time solat~!!!

Ps-Ko tak khusyuk ek solat tengok kiri kanan? Ishk2 Adam~

gabbana 10/01/2009, 18:30  

hahahaha nyamouq... ko jgn pitnah peah boleh x....?? time tue aku dh abes solat ok?? ;)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP