6 May 2011

Menjadi Super Saiya Pasti Dapat Menewaskan Raja Raksasa Syaitan Pikor

[Kredit]

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, ini adalah sambungan kepada post semalam sekian terima kasih.

*ehem ehem* Betulkan tali leher.

Beberapa hari lalu seorang pembaca (Puan sayatakpakaigucci) bertanyakan kepada saya, bagaimana mahu menjadi baik. Kurang lebih begitulah. Saya katakan kepadanya, soalannya sepatutnya bukan bagaimana tetapi mengapa.

Mengapa mahu dan perlu menjadi baik?

Dan Puan sayatakpakaigucci memberikan jawapan yang tepat sekali; kita perlu menjadi baik untuk mendapatkan keredhaan Allah yang hakiki. Syabas! Sila tepuk bahu diri sendiri.

Kini selepas meyakini dan mengakui bahawasanya kita perlu untuk menjadi baik untuk mendapat keredhaan Allah, maka mudahlah untuk mengambil langkah yang seterusnya; bagaiamana mahu menjadi baik pula.

(Nota: Takrifan baik amat subjektif. Saya tidak bercadang untuk membicangkannya di post ini harap maklum dan harap maaf sekiranya ada di antara anda yang kechiwa. Sila jangan terjun jambatan.)

Cerita yang saya kongsikan kepada anda tentang Thufail, Usaid dan Sa'ad sebenarnya mengandungi rahsia besar ke arah menjadi seorang yang baik. Saya harap ketika membaca cerita tersebut, anda sedang memakai kaca mata dakwah dan tarbiyyah yang sungguh kool dan bergaya, agar dapatlah anda melihat ibrah besar di sebalik kisah para sahabat tersebut.

Tetapi sekiranya anda tidak nampak atau terlupa memakai kaca mata dakwah dan tarbiyyah, jangan khuatir, kerana Inche gabbana ada di sini..! Wahahaha. Peluh kecil di petang Jumaat yang panas.

Jadi, menurut pandangan anda, apakah persamaan atau mutual characteristics yang ada pada Thufail, Usaid dan Sa'ad radhiallahu anhum? Apakah ciri-ciri yang ada pada mereka yang anda lihat sangat logam dan torbhaaaaikkk..?

Ya, ketiga-tiga mereka mempunyai anasir taghyir, yakni unsur-unsur mengubah. Maknanya, mereka mempunyai keistimewaan dan pengaruh yang besar pada masyarakat di sekililing mereka. Lihatlah Thufail. Sebagai salah seorang yang amat disegani oleh kaumnya, kaum Daus, pastinya mereka terkesan apabila melihat Thufail yang begitu gah dan hebat itu memeluk suatu agama yang cukup asing ketika itu. Dan thufail sendiri, sejurus dia menerima Islam, dia tidak duduk bersenang-lenang, berzikir beribadat sepanjang masa, tetapi dia bekerja untuk menyebarkannya!

Begitu juga dengan Usaid dan Sa'ad. Sa'ad terutamanya adalah seorang bangsawan Madinah, yang bukan sahaja disegani oleh kaumnya, malah seluruh penduduk Madinah. KeIslaman Sa'ad membawa sebahagian besar kaumnya ke dalam Islam. 

Pengajarannya..? Dakwah yang kita bawa sewajarnya mempunyai anasir taghyir yang kuat dan besar. Kita berdakwah untuk mengubah, untuk mengislah. Dan perubahan itu sewajarnya lahir dari diri kita dahulu, sebelum kita mengubah orang lain. Tetapi awas! Jangan tertipu dengan 'ideologi' bahawasanya kita kena jadi baik dahulu baru boleh berdakwah kepada orang lain! Kalau macam tu, alamatnya sampai matilah tak berdakwah. Sebab manusia itu lemah, manusia itu pelupa, sentiasa bergelumang dengan dosa..! (Sila baca post ini untuk huraian yang lebih lanjut sekian terima kasih hey!)

Thufail, Sa'ad dan usaid tidak pun menunggu sehingga mereka menjadi betul-betul baik untuk menyebarkan risalah Allah dan Rasulullah SAW. Mereka boleh sahaja menunggu menjadi betul-betul baik dan betul-betul bersedia (walaupon entah bila tu..), tetapi kerana mereka sudah menggenggam Islam, sesuatu yang mereka rasakan amat rugi sekiranya tidak dikongsikan dengan orang lain, maka mereka terus menyebarkannya! Subhanallah. Mereka memang Super Saiya peringkat ketiga..!

Tetapi saya melihat kisah ketiga-tiga sahabat ini punya pengajaran yang lebih besar dan cantik, dalam menunjukkan kepada kita bagaimana mahu menjadi baik. Bagaimana ketiga-ketiga mereka, walaupon mempunyai pengaruh, pangkat dan kedudukan yang besar dan tinggi, sanggup merendahkan ego mereka untuk mendengar risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Ya, merendahkan ego.

Cuba anda letakkan diri anda di dalam kasut Sa'ad bin Muadz. Anda merupakan seorang pembesar yang amat berpengaruh dan disegani di kalangan masyarakat setempat. Tiba-tiba datang seorang pemuda entah dari mana, mengaku dirinya sebagai utusan kepada utusan Allah, membawakan ajaran yang didakwanya sebagai ajaran yang terbaik dan sebenar.

Eh, suka hati je kan mamat ni? Sejak berkurun-kurun lamanya anda dan masyarakat telah menyembah berhala, sudah menjadi tradisi nenek-moyang anda berperang sesama sendiri. Tiba-tiba suatu ajaran entah dari mana sumbernya, mahu menghentikan semua itu! Walaweh..!

Ajaran ini bakal memecahbelahkan kaum anda. Ajaran ini bakal menjatuhkan anda sebagai pembesar. Dan ajaran ini menghina tuhan-tuhan anda, yang telah memberikan anda kekayaan dan pengaruh selama ini. Apa perasaan anda..??

Itulah agaknya yang difikirkan oleh Sa'ad seawal mengetahui kedatangan Mus'ab. Tidak hairanlah dia mengarahkan Usaid untuk pergi menghalau Mus'ab. Namun setelah melihat perubahan yang berlaku pada Usaid, dia tertarik untuk melihat dan mendengar sendiri ajaran yang dibawa oleh Mus'ab. 

Walaupon pada mulanya dia berang dan bengkek dengan Mus'ab, namun hatinya cair apabila mendengar ajakan Mus'ab:

"Tidakkah lebih baik anda dengar dulu maksud kedatangan kami. Jika anda suka, anda terima. Jika tidak, tiada suatu paksaan pun kepada anda."

Apakah jawapan Sa'ad kepada ajakan Mus'ab itu..?

"Ah..! Berambus kau dari sini...! Persetaaannn...!"

Atau..

Ptuihhh! (Meludah) "Apa kau hengat kau canteque..??"

Atau..

"Weeyy...!! Kau dahla masuk kawasan orang tak bagi salam, pastu memandai je kan nak bawak ajaran baru kat sini..! Dah dah, beraaaammmbosss!"

Eh itu ke yang dikatakan oleh Sa'ad? Tidak bukan? Apakah jawapannya?

"Baiklah, jelaskan kepada saya."

Subhanallah. Boleh je kan Sa'ad nak menolak ajakan Sa'ad tu dengan angkuh? Boleh je kan Sa'ad nak bantai Mus'ab dan halau dia terus dari kawasannya? Tapi apa yang Sa'ad buat? Apa yang membezakan Sa'ad (atau Thufail) dengan para pembesar Quraisy di Mekah..?

Sa'ad merendahkan egonya. Sa'ad membuang egonya jauh-jauh di saat dia ditawarkan dengan Islam.

Dengar dahulu. Suka ambil, tak suka tiada paksaan. Mudah bukan..? Sa'ad, Thufail dan Usaid yang bijak dan mempunyai hati yang bersih (saya kira) memahami hakikat ini. Kalau aku tak suka, aku tak payahlah ikut..! Subhanallah. Sifirnya semudah 1, 2 dan 3 bukan..??

Begitulah sekiranya kita benar-benar mahu berubah menjadi baik. Ego kita perlu direndahkan, lebih baik dibuang terus sekiranya kita bersungguh mahu berubah.

Anda berkata, eh, tapi aku mana ada ego! Ego tu bukan sinonim dengan lelaki je ke..?

Haha. Anda sudah terperangkap. Sekiranya terlintas monolog tersebut di dalam fikiran anda, ketahuilah, itu juga ego..!

Fikirkan kembali, kenapa anda begitu sukar untuk berubah..?

Segan, nanti apa cakap mak ayah, kawan-kawan tengok aku dah berubah. Ego.


Malaslah nak jadi baik ni. Nanti kena buat macam-macam. Banyak benda yang nak kena tinggal semua. Itu ego.

Buat apa nak jadi baik..? Tak kool la jadi baik. Sekarang ni aku dah ok apa. Itu juga ego!

Tanpa anda sedari atau tidak, diri anda sebenarnya sudah pun dikuasai oleh ego dan nafsu, sekiranya setiap kali terlintas di hati anda untuk berubah, tetapi kepentingan-kepentingan diri dan lain yang menghalang anda.

Kepentingan Allah atau kepentingan diri yang lebih utama..?
 
Jangan biarkan ego anda menjadi gemok! Nanti anda yang binasa dek ego yang obes dan berpenyakit! Hohoho.. [Kredit]


Benar, hendak berubah bukannya mudah. Susah. Saya sendiri pernah mengalami fasa perubahan itu. Malah saya masih sedang melaluinya. Tetapi perubahan itu perlu. Dan sebab itulah ia disebut 'fasa' perubahan. Kerana berubah ada fasa-fasanya, ada langkah-langkahnya. Kalau hari ini kita syaitonirojim dan esoknya kita berharap kita boleh berubah menjadi malaikat penjaga sorga, sila bangun daripada mimpi ngeri itu.

Islam itu mudah dan memudahkan. Yang menyukarkan perubahan pada diri tidak lain melainkan diri kita sendiri. Kitalah sebenarnya yang menjadikan sesuatu itu dirasakan cukup sukar dan berat. Hakikatnya ianya mudah. Kerana begitu ramai orang yang sudah dan telah melakukan perubahan, anjakan paradigma pada diri mereka. Mereka juga manusia normal seperti kita semua. Tiada apa yang istimewanya pada mereka.

Tetapi kena begitu sukar untuk kita berubah..? Mengapa dirasakan begitu berat untuk meninggalkan dan mengikis karat-karat jahiliyyah..?? Kerana kita tidak mahu berkorban. Kerana kita pentingkan diri sendiri. Kerana kita ego. Astaghfirullah...

Jangan biarkan ego kita menghalang diri kita daripada berubah! [Kredit]
Daripada kisah yang sama, dapat kita lihat bagaimana Thufail, Sa'ad dan Usaid menggenggam kuat-kuat hidayah dan Islam yang telah mereka peroleh. Ini juga langkah yang penting untuk berubah. Setelah dapat ketukan hidayah dan sentuhan tarbiyyah, peganglah mereka sekuat-kuatnya. Dan sebarkan.

Seperti yang saya katakan berkali-kali, hidayah yang bertamu di hati ibarat tetamu yang bertandang di rumah. Sekiranya kita melayannya dengan fulamaweh mak datuk, Insha-Allah tetamu itu akan terus dan terus bertandang lagi. Tetapi sekiranya kita buat dono tak layan, malah melayannya dengan kasar dan teruk, jangan hairan sekiranya ia pergi meninggalkan kita. Mungkin buat selama-lamanya.

Dan kenapa perlu kita sebarkan? Kerana kita tidak mahu masuk sorga sorang-sorang (Kalau dapat masuk sorga la.. Tee tee underscore underscore tee tee). Kita tak mahu syok sendiri dengan hidayah yang sudah kita peroleh. Kita tidak mahu tamak sorang-sorang, kedekut tidak mahu berkongsi benda baik yang ada pada kita. Dan percayalah, lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita berkongsi, lebih beerti dan bermakna hidup ini. Erti hidup pada memberi.

Kesimpulan yang boleh saya buat pada post tulisan sendiri (Eh boleh ke camtu..? Hohoho..), ada tiga langkah utama untuk menjadi baik:

  1. Cari benda baik. Maksudnya, untuk menjadi baik, kita kena berusaha dahulu mencari benda-benda yang boleh membaikkan kita. Dan bersungguhlah dalam mencarinya!
  2. Setelah berjumpa, rendahkan ego kita untuk mendengar dahulu apakah perkara tersebut benar-benar boleh mengubah kita menjadi baik. Ikhlaskan niat dan betulkan mentaliti; mengapa aku nak dan perlu jadi baik. Insha-Allah Dia akan permudahkan.
  3. Setelah yakin bahawasanya anda sudah pun berjumpa dengan anasir yang boleh mengubah anda, maka pegang ia sekuat-kuatnya, jangan biarkan ia terlepas daripada genggaman anda.

Sekiranya anda bermujahadah untuk melakukan tiga perkara ini, yakinlah, tiada apa yang dapat menghalang anda daripada menjadi seorang yang baik..!

Bagaimana..? Mudah bukan untuk menjadi baik..? Of kos la banyak lagi benda yang boleh membantu kita menjadi baik; antaranya berada alam bi'ah yang solehah, istiqamah dan sebagainya. Tetapi tiga langkah ini adalah pengajaran yang saya boleh sejat daripada kisah Thufail, Sa'ad dan Usaid.
 
Subhanallah..! Senyum lebar-lebar. [Kredit]

Cukuplah saya berkongsi setakat ini, sebagai pencuci hati di hari Jumaat yang suci. Ewah macam berpantun pulak dah. Besar harapan saya perkongsian ini dapat memberikan faedah kepada anda, tak banyak, sikit pon dah alhamdulillah.

Ingatlah, perubahan itu bermula daripada diri anda. Andalah yang berkuasa untuk memutuskan sama ada anda mahu berubah atau pon tidak. Tetapi anda TAHU yang anda MAHU dan PERLU untuk berubah. Kejutkan diri anda yang sedang lena dibuai mimpi dunia dan keasyikan noda.

Kerana sorga itu mahal harganya, dan hanya mereka yang Super Saiya sahaja yang layak mendiaminya.

-gabbana-

Kalau saya tak sempat nak tulis post khas sempena Hari Puan-Puan Mama sedunia, saya nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan 'Selamat Hari Puan Mama!' kepada semua kaum wanita  yang bergelar Puan Mama. Sungguh, jasa anda kepada umat manusia tidak ternilai harganya..! Tennngggssssomuch!

13 Caci Maki Puji Muji:

adik pakai kikilala la 06/05/2011, 18:30  

seronok melompat ke sesawang ini.rajin2 cerita lagi pasal sirah inche gabbana.sgt membantu budak-budak bawah umur untuk belajar wiwi~

semoga Allah rahmati kamu atas perkongsian semua ni.

Emma Watson 06/05/2011, 20:53  

anasir at-taghyir kot ejaan yg sebenar?

(sebab pernah dengar bahan mcm ni dulu)

tapi takpe, tak effect langsung pada post anda kali ini.
















saya suka

:)

Mar 07/05/2011, 03:01  

anasir taghyir = verb/kata sifat
anasir at-taghyir = noun

kalau x silap la, lama dah tinggal arab nih huhu


Teringat kata2 HAB ttg anasir taghyir,
"Antum ruhun jadidah tasri fi jasadil ummah."
Kamu adalah ruh baru yang mengalir di tubuh ummat

mesin basuh 07/05/2011, 07:37  

banyak betul ibrah dr 2 simpel stories
merendahkan ego,superb point to ponder
apart from at-taghyir (kredit to mar)- kelogaman hebat
jzkk atas perkongsian

sayatakpakaigucci 07/05/2011, 12:54  

mata terasa hangat lagi tiba2.. (inche la ni...TT_TT)
tapi saya bersyukur dgn titis2 keinsafan ini..

subhanallah..alhamdulillah..Allahu akbar..
saya minta sedikit..tapi Allah beri lebih..
saya cuma minta sedikit kata-kata.. tapi Allah beri satu post yang menyentap dan merobek-robek hati..(mode terharu dgn kasih sayang Allah)

Alhamdulillah..jzkk inche(walaupun saya tahu ucapan jzkk saje tidak cukup utk sumbangan yg inche dh beri..)

speechless..
cuma mampu mengangguk2 kan kepala
sambil dlm hati berkata-kata,
"betul2..tersangat setuju..uh..ohhh..uhm..insyaAllah..
doakan.."

saya yakin dah jumpa anasir yg boleh mengubah itu..tinggal utk menggengamnya dgn erat seerat eratnya..insyaAllah

kalau inche dan anda2 yang lain boleh buat, kenapa tidak saya kan?

insyaAllah kalau kita sentiasa menjaga hubungan dgn Allah, Dia akan membantu kita...
bak sabda Rasulullah
"Jagalah Allah, maka Dia akan menjagamu..." riwayat tirmidzi..

Jzkk inche..
teruskan menulis.. insyaAllah ada kredit dari Allah utk inche di situ..

err..sorry utk komen yg pjg..

p/s : cik Pokok Tebu..anda pun mesti baca post ni tau^^.. semestinya dgn hati yang terbuka disamping kaca mata DnT yang kool bergaya..

Zulkifli 08/05/2011, 14:34  

Wah! Sangat komprehensif.
Boleh jadi pengisian untuk satu sesi usrah. :)
Jazakallah!
I think that although they are high ranking people, all of them are not that arrogant as to assume themselves to know everything. That's why they are open to new information from others.

Inche gabbana 16/05/2011, 00:16  

adik pakai kikilala la: saya pon mmg suka sgt tulis pasal sirah, cuma jarang diberi kesempatan dan kelapangan. Sbb slalunya nak tulis pasal sirah, fakta kena tepat. so kena bwat research sket.

pape pon, mekasehlah kepada pembaca macam anda ni. ^^

Inche gabbana 16/05/2011, 00:17  

emma watson: ok noted. terima kasih. ;)

Inche gabbana 16/05/2011, 00:17  

mar: antum? Kenapa tidak kita..? ;)

Inche gabbana 16/05/2011, 00:18  

mesin basuh: membaca sirah para sahabat tidak pernha gagal memberikan kita semua ibrah yg sgt paling teramat berguna. aman.

barakallahu fik. ^^

Inche gabbana 16/05/2011, 00:20  

sayatakpakaigucci: wahaahaha. eh. alhamdulillah.

jgn terima kasih kepada saya, berterima kasihlah kepada allah. bukan kebetulankan Dia bagi peluang untuk anda berjumpa dgn belog marhaen ini..? dan bukan kebetulan juga Dia bagi saya peluang untuk bertemu dengan insan seperti anda.

jom kita sama2 berlumaba-lumba ke syurgaNya..! xD

Inche gabbana 16/05/2011, 00:22  

zulkifli: anda nak jadikan bahan usrah..? besarnya beban dan amanah saya... ^^"

btol2. Allah akan bagi kepada sesiapa yang nak. dan Allah akan bagi kepada sesiapa yang sanggup membuang egonya jauh2..!

Mar 16/05/2011, 23:25  

antum tu merujuk pd kita semua la, sy quote je H.A.B.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP