Uswah Clothing

31 October 2010

Kucing Untuk Dijual

Ok bukan untuk dijual. Untuk diberi percuma. Anda berminat..?

Izinkan saya bercerita tentang latar belakang mereka. (Ya ada 4 ekor kesemuanya!)

Ibu mereka merupakan seekor vendor anak, di mana hampir setiap tahun pasti akan melahirkan beberapa dan beberapa dan beberapa ekor anak kucing yang comel. Seriyes comel tak tipu. Tetapi selalunya mereka tidak akan berjaya hidup sehingga akil baligh; sama ada mati lemas di sungai seberang rumah, atau mati dihanyutkan hujan lebat, atau dimakan biawak, atau dilanggar kereta. Ok mungkin sedikit gori dan over di situ.

Tetapi tahun ini si ibu telah berjaya melahirkan 5 ekor anak-anak yang soleh dan musleh berwarna putih semuanya. Seekor tidak berjaya meneruskan kehidupan; saya pun tidak tahu ke mana dia menghilang. Tak sempat nak buat majlis aqiqah pon. Sekarang tinggal 4 ekor anak kucing yang cergas dan ceria. Hobi mereka? Menunggu di depan pintu rumah untuk berlari masuk ke dalam rumah dengan penuh teruja dan bergaya apabila pintu dibuka. Comel bukan..?


Puan Mama dan Inche Papa telah mengambil keputusan untuk membela sahaja keempat-empat ekor anak kucing itu. Mereka sangat comel dan menghiburkan. Saya masih ingat ketika saya baru sahaja pulang dari London, ketibaan saya telah disambut oleh lima ekor anak kucing putih yang sangat adorable. Jalan pon terkedek-kedek lagi. Oh. Dan sehingga ke hari ini, setiap kali saya dan Puan Mama pulang dari tempat kerja, pasti anak-anak kucing itu akan menyambut kami dengan berlari dengan penuh semangat apabila melihat kelibat kami. 

Saya jamin sekarang ini anda sudah mula menggetus aaawwww sama ada di dalam hati atau secara terbuka dan agak kuat bunyinya.

Seriyes rasa nak gigit. Tapi ini bukanlah gambar anak kucing itu; mereka tidaklah seadorable ini. Jika anda berminat, saya boleh hantarkan wajah sebenar mereka. ;)
Namun kecomelan dan keadorable-an mereka tidak menjamin bahawa mereka akan disukai oleh semua orang. Ramai sahaja orang yang makan kucing. Ok mungkin tidak berapa relevan di sini. Cumanya nak cerita, pada hari ini, jiran sebelah rumah telah mengkomplen tentang kucing-kucing yang selalu datang ke rumah kami untuk makan. (Selain 4 ekor anak kucing itu, ramai lagi kucing-kucing yang selalu bertandang ke rumah untuk menikmati hidangan percuma yang lazat dan menyelerakan. Itulah tugas Puan Mama dan Inche Papa setiap hari, dilakukan dengan penuh dedikasi!)

Katanya, ramai jiran-jiran yang marah dengan kucing-kucing yang ada di kawasan perumahan ini. Mereka sehinggakan tidak berani untuk membuka pintu sebab takut kucing-kucing itu akan meluru masuk ke dalam rumah.  

Hhhmmmm...

Maka Puan Mama dan Inche Papa telah mengambil keputusan yang berat untuk membuang mereka ini semua. Perkataan buang agak kasar tetapi saya tidak menjumpai perkataan lain yang lebih lemah lembut dan berbudi bahasa. Tapi itulah hakikatnya. Suatu keputusan yang berat, tetapi terpaksa diambil bagi menjaga kepentingan bersama dan hubungan sesama jiran.

Kasihan pada Puan Mama dan Inche Papa kerena memang jelas mereka amat sedih dan sedikit depressed dengan situasi ini. Sehingga tadi, Puan Mama telah berusaha mengkontek rakan-rakannya, jika ada yang berminat untuk mengambil 4 ekor anak kucing putih yang comel sebagai anak angkat. Adik perempuan dan saya sendiri juga berusaha mana yang mampu. Adik perempuan espeseli, amat sedih dan tidak mahu melepaskan anak-anak kucing tersebut. Tetapi sehingga kini, tiada siapa yang berminat untuk mengambil mereka.

Jadi saya ingin bertanya kepada anda; adakah anda tahu cara yang terbaik untuk melepaskan mereka ini? Kami tidaklah terlalu kejam untuk meninggalkan mereka di mana-mana sahaja. Tak sampai jantung. Atau anda sendiri yang berminat mungkin..? Sila kontek saya melalui ruangan 'Caci Maki Puji Muji' sekiranya anda dapat membantu ya? Percayalah, saya amat menghargainya.

"Tolong kami, bantu kami, anak-anak terbuang yang tiada siapa sayang..." kata anak-anak kucing itu. T__T

-gabbana-

Selain 4 ekor kucing itu, kami juga membela seekor kucing gemok seriyes tak tipu bernama Snowy, yang sudah dibela sejak 5 tahun yang lalu. Oh kucing ini tidak mungkin dibuang atas statusnya yang bertaraf seleberiti.

29 October 2010

Wah! Anda Sangat Sukses Jika...


Dulu, sewaktu masih bersekolah dan tibanya musim Old Boys Weekend, di mana bekas murid-murid tua sekolah akan datang ke sekolah pada hujung minggu dan berkumpul sambil mengenang memori-memori lama, kami pelajar-pelajar yang masih bersekolah akan sentiasa membanding-bandingkan murid-murid tua yang datang. Antara mereka, siapa yang lebih berjaya dan sukses dalam kehidupan mereka.

Dan kriteria yang digunakan untuk menentukan kesuskesan seseorang murid tua itu adalah;
  1. Sama ada dia bergelar Tan Sri atau Datuk (Tun tinggi sangat darjat).
  2. Kereta apa yang dibawa. Semakin mewah dan bergaya, maka semakin berjaya. Jika seorang murid tua itu memandu Porsche Cayenne, wah! Dia memang sangat sukses!
  3. Pakaian dan gayanya. Sekiranya dia kelihatan seperti seorang yang kaya (oh amat mudah untuk anda mengenalpastinya), maka secara otomatiknya dia adalah seorang yang sangat berjaya.
  4. Pasangan/Isteri seorang murid tua. Sekiranya cun melecun dan cantik mantik, kami secara bersepakat akan mengecop label 'Sukses' pada dahi murid tua itu. Ok mungkin tidak. Tetapi lebih kurang lah. Sekiranya si murid tua mempunyai anak-anak gadis yang comel dan sebaya, maka lebih sukseslah dia! *ehem ehem* Wahahaha..
  5. Pekerjaannya. Kadang-kadang kami berkesempatan berborak-barok bersama murid-murid tua ini. Dan selalunya mereka yang bergelar usahawan, doktor, juruterbang, peguam dan yang seangkatan dengannya, akan dikira sebagai sukses selalu. 
Murid-murid tua yang lain, yang tidak memandu kereta yang besar lagi mewah, berpakaian selekeh ala-ala aku takde duit tunggu hujung bulan oi!, atau mereka yang memang kelihatan sempoi dan tidak ada apa-apa yang istimewa pada mereka, selalunya hanya akan menjadi watak pipih sahaja dalam cerita ini. Kami hanya pandang sebelah mata sahaja pada mereka! (Kadang-kadang tu dua-dua belah mata sudah ditempah untuk sekodeng anak-anak dara murid-murid tua yang ikut sekali ke majlis makan malam bersama bapa mereka yang sudah tua! Astaghfirullah..)

BMW X5: Antara ukuran kesusksesan seseorang..! Cantek woo..
Dan selalunya, murid-murid tua yang berkereta besar dan bekerjaya cemerlang inilah yang rajin datang ke sekolah. Dahulu ketika sekolah mungkin si dia di dalam kelas yang corot, tapi sekarang lihatlah aku sudah berjaya hahahaha, kata si murid tua yang bergaji besar dengan bangganya. Dahulu mungkin cikgu ini dan cikgu itu tak pernah pun hendak menegur si dia, tetapi kini jangankan tegur, puji-muji tahap selebriti hot dan sensasi setelah melihat kereta BMW 5 siri.

Saya yakin kriteria-kriteria ini tidak hanya diamalkan oleh kami budak-budak STAR sahaja. Saya pasti anda dan anda dan anda di luar sana juga turut menggunakan kayu ukur yang sama untuk mengagak, meneka dan menentukan kesuksesan seseorang itu. Betul tak..??

Buktinya, kalau makcik-makcik dan pakcik-pakcik nak kawenkan anak dara pingitan mereka, pastinya mereka nakkan bakal menantu yang ada pekerjaan yang semenggah. Lagi up kerjaya, lagi cerah peluang bakal mak mertua nak sayang anda. Kalau anda bekerja sebagai Ketua Pegawai Eksekutip sebuah syarikat swasta di metropolitan Kolompo, silap haribulan bakal mak mertua anda yang nak kawen dengan anda! Wahaha..

Uih susah jugak kalau dapat Mak Mertua camni. Moralnya, jangan jadi pemusik! Wahahaha.. Ok tak lucu.
Begitu juga kalau kita tengok iklan-iklan bisnes onlain yang terlalu banyak dan menyakitkan mata di internet ni. Selalunya dia orang tayang apa nak tarik perhatian anda..? Testimonial mereka yang telah sukses, bergaya dan bergambar bersama kereta Mesedis atau BMW mereka, atau gambar mereka memegang wang kertas lima puluh hinggit secara berjemaah  banyaknya. (Oh gambar sebegini sungguh menjengkelkan! Apa kau hengat aku ghairah sangat dengan wang kau itu..??)

Hakikatnya, itulah kita. Siapa kita didefinisikan oleh cara kita berpakaian, henpon jenis apa yang kita pakai, jam tangan cap apa, kasut kulit buatan mana, pekerjaan kita dan berapa pendapatan yang kita peroleh setiap masa. Semakin besar dan tinggi nilai harta dunia yang kita ada, lebih tinggi dan hebatlah status kita.

Itu fitrah manusia. Sejak dahulu lagi, sejak manusia mula mengumpul kekayaan dan mencari pengaruh, mereka yang memiliki harta yang banyak pasti akan dihormati dan seterusnya dilayan sebagai ketua. Begitu jugalah sejarah kepada tertubuhnya institusi beraja di mana-mana negara; mereka yang paling kaya adalah mereka yang paling berpengaruh. Maka secara otomatiknya merekalah raja kerana mereka yang paling bergaya.

Anda sudah nampak di mana masalahnya?

Kesuksesan seseorang itu diukur dan dinilai berdasarkan ciri-ciri luaran. Tidak salah, kerana itu adalah fitrah. Normal. Tetapi yang menjadi masalahnya adalah apabila kesuksesan seseorang itu diukur dan dinilai berdasarkan ciri-ciri luaran semata-mata. Manusia memuja dan mengagungkan mereka yang memiliki dunia ini. Tidak kisahlah kalau dunia itu dimiliki dengan cara Machiavelli; buatlah sesuka hati asalkan impian dikecapi. Tidak hairanlah betapa ramai orang yang kaya-raya-maya, akhlaknya lebih jijik daripada binatang. Bukan saya yang kata tetapi Allah yang kata (Sila rujuk Surah al-Aaraf, 7:179 kalau tak percaya).

Kasihan juga pada mereka yang sebenar-benarnya sangat hebat dan cemerlang (malah bergaya!), tetapi beriltizam untuk memilih perjalanan hidup yang lebih sederhana dan tidak huha. Saya secara peribadi mengenali beberapa individu yang memilih untuk menjadi pendakwah full-timer, sedangkan memiliki dan menggenggam ijazah kedoktoran. Atau mereka yang sangat genius dan berkebolehan, memilih untuk menjadi ustaz atau cikgu. Tidak kurang juga yang mengabdikan diri mereka untuk kerja-kerja sukarela; bersusah-payah ke sana ke sini, membantu orang-orang yang tidak dikenali, jauh daripada keluarga sendiri.

Jadi adakah golongan ini tidak berjaya? Adakah kerjaya seorang guru itu rendah martabatnya? (Ok, pasti anda mengatakan guru itu mulia dan sebagainya. Tapi cuba bayangkan anda ke perhimpunan bekas murid tua. Anda seorang cikgu sedangkan si Temah dah jadi doktor, si  Leman dah jadi peguam berjaya dan Eton pulak usahawanita yang sukses. Apa perasaan anda?) Adakah dengan menghabiskan sisa-sisa hidup untuk berbakti kepada masyarakat dan kerana itu tidak berpeluang memandu kereta besar dan memiliki rumah berkolam renang, dikira sebagai tidak kelas..?

Sedih bukan..?

Yang lebih menyedihkan adalah apabila kita mencemuh, mengejek dan mengadu domba mereka-mereka yang 'kurang berjaya' ini. Kita kata mereka tidak cool, tidak sehebat mereka yang memiliki rumah banglo atau kereta Nissan Fairlady. Kita kata mereka tidak berjaya; yalah siapa suruh dulu tak nak belajar pandai-pandai? Kita kata mereka malas, tidak pandai mencari peluang. Aduh. Ceteknya pemikiran kita ya?

Tetapi itulah realiti. Itulah kita. Itulah saya. Saya mengaku, kadang-kadang saya masih meletakkan hal-hal duniawai sebagai neraca kejayaan seseorang. Saya sedar itu tidak betul, tetapi kadang-kadang perasaan itu terus masuk ke dalam kepala tidak mengetuk pintu dan memberi salam tanpa saya menyedarinya. Bongok sungguh bukan? Adeh.

Ustaz Rahmat Abdullah. Seorang murabbi super. Mengabdikan dirinya hanya untuk Islam!
 Teringat beberapa ayat daripada surah al-Muthaffifin, antara surah peberet untuk dibaca.

"Dan orang-orang yang derhaka, mereka mentertawakan orang-orang yang beriman. Dan apabila orang-orang beriman lalu dekat dengan mereka, mereka mengerling dan mengerdip-ngerdip sesama sendiri (mencemuh). Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira. Dan apabila merek amelihat orang-orang yang beriman, mereka berkata, 'Sesungguhnya mereka adalah orang yang sesat!' Sedangkan orang-orang yang derhaka itu tidak diutus untuk menjaga orang-orang beriman.

Maka pada hari ini, orang-orang beriman pula yang mentertawakan orang-orang kafir itu. Sambil mereka berehat di atas pelamin-pelamin sambil memerhatikan (orang-orang kafir itu). 'Bukankah orang-orang kafir itu telah dibalas akan apa yang telah mereka kerjakan dahulu?' "
al-Muthaffifin, 83: 29-36

Koyak. TT__TT

Dan teringat pula ayat ini, daripada surah at-Taubah, 9:111:

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang Mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikianlah kemenangan yang agung.

Wah... Tak perasan pulak kalau Allah ada cakap yang orang-orang yang memiliki Volvo XC90 atau Bentley, atau duit berkepuk-kepuk di bawah bantal, atau gelang emas 4.5 karat sampai ke lengan, atau mahligai sebesar negeri Perlis, adalah kemenangan yang agung! Allah tak pandanglah apa yang kita miliki di dunia ini, melainkan segala apa yang kita miliki itu digunakan di jalanNya..!

So bagaimana sekarang? Adakah perspektif anda tentang maksud kejayaan dan sukses dalam ertikata yang sebenar sudah berubah? 

I surely hope so.

Jom kita ubah paradigma kita jom! ;)

Allahu 'alam.

-gabbana-

27 October 2010

Sepatu Hitam Itu Episod Dua

Episod ini ditujukan khas buat Usman Qureshi, sahabat baikku di Pakistan. Moga kita diketemukan di syurgaNya nanti, biidznilah. Amin. 

***
Qureshi tunduk dan mengikat tali kasutnya. Dia merenung lama kasut pemberian ibunya sempena hari lahirnya yang ke-23. Elegan. Bergaya. Dua perkataan yang sering digunakan oleh rakan-rakan sepejabatnya mahupun sesiapa sahaja yang terpandang kasutnya itu. Manakan tidak, kasut kulit berwarna hitam berpolka di tepi berjenama Hugo Boss itu dibeli ibunya ketika ibu dan ayahnya ke London untuk menghadiri konvokesyen Qureshi tidak lama dahulu. £1320; itulah tag harga kasut kulit hitam berpolka di tepi itu selepas diskaun. Lebih kurang 180,000 rupee mahalnya!

Kasut kuli hitam Hugo Boss milik Qureshi
Pada Qureshi, Hugo Boss, Kurt Greiger atau Paul Smith sama sahaja dengan mana-mana kasut kulit berjenama lain. Dia tidak peduli. Dia tidak kisah. Hatta kalau kasut kulit Cap Ayam sekalipun dia tidak kisah memakainya. Kalau bukan kerana hadiah hari lahirnya, sudah pasti Qureshi tidak akan memakai kasut Hugo Bossnya itu. Inilah yang membezakan Qureshi dengan adik-beradik mahupun rakan-rakannya yang lain.

Qureshi seorang yang sederhana. Amat sederhana. Kadang-kadang dia dimarahi ibunya atau ditegur rakan-rakannya kerana kesederhanaan dalam keterampilannya dilihat sebagai selekeh dan menyedihkan. Manakan tidak. Keluarga Qureshi, kelurga Mian, adalah keluarga yang amat dihormati di Lahore. Malah dikenali juga di hampir sebahagian besar Pakistan. Ayahnya, Mian Muhammad Firzani adalah seorang usahawan tekstil yang sangat berjaya dan disegani di negeri Punjab. Ayahnya juga adalah pemilik tunggal syarikat yang memiliki beberapa akhbar massa di Lahore; antaranya Pakistan Observer, The Pakistan Today dan Musawat. Ibunya pula adalah seorang doktor pakar bedah di Hospital Jinnah; salah seorang doktor pakar bedah yang terulung di Lahore dan Pakistan. Malah antara doktor wanita pertama yang berjaya sampai ke tahap itu. Pendek kata, keluarga Qureshi sememangnya adalah keluarga yang amat disegani dan dihormati.

Maka tidak hairanlah keluarga dan rakan-rakan Qureshi berasa pelik dan hairan dengan perangai dan sifat yang ada padanya. Tidak kurang juga yang jelik. Adik-beradiknya, baik abang sulungnya, adik lelaki dan dua orang adik perempuannya, semuanya jenis bergaya sakan yang tidak ingat dunia. Baju, jaket, tali pinggang, seluar, beg dan semua aksesori tambahan mesti berjenama, yang harganya mencecah ratusan ribu rupee setiap satu. Jika keluar rumah, mereka pasti berkaca mata hitam walaupun pada hari yang mendung. Sekali sekala mereka berjaket walaupun suhu Lahore pada hari itu mencecah 40 darjah Celcius. Tas tangan adalah satu kemestian, baik lelaki mahupun perempuan. Yang perempuan dengan Louis Vuitton atau Gucci mereka dan yang lelaki lebih gemar dengan Marc Jacobs atau Roberto Cavalli. Memang kelas!

Sedangkan Qureshi, pada waktu-waktu dia tidak bekerja, dia lebih selesa berbaju kemeja lengan pendek dan berseluar khaki atau jean sahaja ke mana-mana. Tiada jenama. Yang penting praktikal dan selesa. 

Ramai yang terkejut apabila mengetahui Qureshi yang berada di depan mata mereka adalah Mian Muhammad Qureshi. Bagaimana ahli keluarga Mian boleh berpakaian sebegini sederhana? Tidak kurang juga yang kagum dan hormat pada pendiriannya itu. 

Qureshi bangun daripada kerusi rotan di depan pangkin rumah banglo tiga tingkat di kawasan eksklusif Bandar Taman, lantas menuju ke pintu pagar. Hari ini dia terpaksa ke Delhi, India atas urusan perniagaan. Selepas pulang dari London dan lulus dengan cemerlangnya dalam jurusan Sains Aktuari, Qureshi bekerja dengan sebuah syarikat sederhana besarnya di bandar Lahore, sebagai Pegawai Eksekutif dan Analisis. Itu pilihan Qureshi sendiri. Ayahnya agak kecewa dengan pendirian anak keduanya itu. Dia menjangkakan Qureshi akan menyertai empayar tekstilnya. Pasti Qureshi akan diberikan kedudukan Ketua Pegawai Kewangan bagi menggantikan Mirza Aslam Usmani yang telah tua. Namun Qureshi menolak. Saya mahu mula dari bawah ayah, tegas Qureshi. Saya mahu belajar apa rasanya jadi orang bawahan, yang bekerja dengan ikhlas dan gigih untuk syarikatnya.

Ayahnya redha. Malah sedikit bangga dengan ketegasan dan pendirian anaknya itu. Sejak dahulu lagi Qureshi berbeza dengan adik-beradiknya yang lain. Dialah yang paling kurang memberikan masalah kepada orang tuanya. Amat jarang keluar rumah untuk bersosial, kecuali bersama teman-teman rapatnya. Ibarat langit dan bumi dengan adik-beradiknya yang lain, yang sentiasa mencari peluang untuk keluar dan bersuka ria, tidak kira masa dan cuaca. Yang penting, enjoy! Ayah dan ibu sudah habis cara dan pening kepala memikirkan bagaimana untuk mengawal tingkah laku anak-anak mereka. Tetapi dengan Qureshi, ayah dan ibunya boleh melepas tangan.

Qureshi juga merupakan seorang anak yang taat dan amat jarang membantah apa sahaja arahan atau permintaan kedua orang ibu bapanya. Kecuali sesuatu yang bertentangan dengan prinsip dirinya. Seperti soal berpakaian atau masa depannya. Dalam hal-hal sebegini, Qureshi lebih suka membuat keputusan sendiri. Degil. Dia malah lebih yakin dan percaya dengan pendiriannya. Qureshi amat bertanggungjawab dan tahu menguruskan diri sendiri dengan baik sekali. Amat bertentangan sekali dengan perangai dan sikap abang dan adik-adiknya. Sebab itu Encik dan Puan Mian amat menyayangi anak teruna mereka yang seorang ini.

Majikan Qureshi apabila mengetahui latar belakang keluarganya, terus menawarkan jawatan yang lebih tinggi untuknya. Tetapi Qureshi dengan tegas menolak. Dia mahu diadili dan dinilai berdasarkan kemampuan dan pencapaian dirinya sendiri, dan bukan siapa ayah atau ibunya. Lantas Qureshi diberi jawatan Pegawai Eksekutif dan Analisis, jawatan yang tidak kurang hebat statusnya. Itulah yang paling sesuai untukmu, tegas majikannya setelah melihatkan pencapaian cemerlang kelas pertama Qureshi sewaktu menuntut di University College London sewaktu ketika dahulu.  

Qureshi telah ditugaskan untuk berbincang dengan rakan perniagaan syarikatnya di Delhi. Syarikatnya menjalankan perniagaan dalam bidang pembinaan dan kejuruteraan. Baru-baru ini mereka telah berjaya mendapatkan kontrak sebuah projek yang tidak kurang hebatnya di Mumbai. Mereka telah diambil sebagai sub-kotraktor pembinaan bangunan pejabat setinggi 100 tingkat di Mumbai. Ini projek besar untuk Syarikat Qureshi. Maka Qureshi telah ditugaskan bersama-sama beberapa orang rakan sepejabatnya yang lain untuk ke Delhi untuk berbincang beberapa perkara penting berkaitan dengan projek itu.

Qureshi berjalan di tepi kolam air pancut di tengah-tengah taman rumahnya sebelum sampai ke pintu pagar. Dia memberi salam dan tersenyum kepada pegawai keselamatan rumahnya, Suleyman, sebelum membuka pintu kecil di sebelah kanan pagar kayu automatik setinggi 2 meter itu dengan cermat. Dia melangkah keluar dan berjalan 500 meter menuju jalan besar. Dia menoleh kiri dan kanan kalau-kalau ada tuk-tuk yang boleh ditahannya. Enjin Mini Cooper S yang dibelikan ayahnya untuk kegunaan sehariannya amat jarang dipanaskan. Qureshi lebih selesa menggunakan pengangkutan awam daripada memandu keretanya sendiri. Leceh.

Qureshi tiba di Stesen Keretapi Lahore tepat jam 9 pagi. Keretapi yang akan dinaikinya, Ekspres Samjhauta, satu-satunya perkhidmatan keretapi ke India dari Lahore, dijangka bertolak tepat pada pukul 10 pagi. Dia memilih untuk menaiki keretapi, kerana dia amat gemar melihat pemandangan perkampungan, gunung-ganang dan sungai yang mengalir jernih di pedalaman Pakistan dan India. Jika nasibnya baik, dia berpeluang menikmati pemandangan haiwan-haiwan liar yang berkeliaran mencari makanan di tanah lapang Rajashtan. Rakan-rakan sepejabatnya yang lain semuanya memilih untuk menaiki kapal terbang sahaja. Manakan tidak, perjalanan dari Lahore ke Delhi adalah sejauh 480 kilometer. Menaiki keretapi seperti Ekspres Samjhauta mungkin mengambil masa sehari lamanya! Sebab itulah Qureshi bertolak sehari lebih awal berbanding rakan-rakannya yang akan menaiki penerbangan Kingfisher

Ekspres Samjhauta
Tetapi Qureshi tidak kisah. Begitu juga dengan majikannya. Majikannya amat sayang akan Qureshi. Bukan disebabkan Mian Muhammad Firzani, tetapi kerana dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan oleh Qureshi tiada tandingan. Setiap tugas dan kerja yang diberikan kepadanya pasti diselesaikan dengan baik sekali. Dan Qureshi amat mudah mesra dengan semua orang. Cukup professional. Hal ini menjadikan para pelanggan syarikatnya amat senang dengan Qureshi. Kerana itu majikannya memberikannya fleksibiliti dalam menjalankan tugasnya kerana mereka tahu Qureshi pasti tidak akan menghampakan mereka.

Qureshi terus menuju ke pejabat tiket untuk mengambil tiketnya. Setibanya dia di kaunter, petugas yang sepatutnya melayannya sedang bercakap di telefon. Dia mengisyaratkan agar Qureshi menyerahkan maklumat perjalanannya. Qureshi melakukan seperti yang diarahkan dan menyerahkan sekeping kertas berwarna putih kekuningan kepada petugas itu. Sebaik sahaja petugas itu melihat maklumat perjalanan Qureshi, dia mengerutkan wajahnya. Kening kirinya yang agak tebal ternaik sedikit. Garisan di dahinya amat jelas kelihatan. Dia lantas mengisyaratkan kepada Qureshi untuk tunggu sebentar, sehingga dia selesai dengan urusannya di telefon. Qureshi hanya tersenyum. Sebaik sahaja petugas itu meletakkan telefonnya, dia membongkokkan badan gempalnya ke hadapan, seolah-olah seperti mahu berbisik kepada Qureshi. Belum sempat dia berkata-kata, kedengaran pengumuman dwi-bahasa, Urdu dan Inggeris dibuat melalui pembesar suara.

"Tuan-tuan dan puan-puan, hamēṁ khēda hai. Perjalanan Ekspres Samjhauta ke Delhi pada pukul 10 pagi terpaksa ditangguhkan kerana berlaku sedikit masalah teknikal di Attari. Kami mohon maaf atas segala kesulitan.

Ladies and Gentleman, we are sorry. The Express Samjhauta..."


***
bersambung...


-gabbana-

Pergi Nerakalah Kamu Samseng Netanyahu!

Huh. Memang tengah marah. Geram sangat. Dah lama tak tulis post label 'peduli Palestin.' Tiba-tiba pagi ni buka Star online, terjumpa pulak satu berita ni. Memang terus rasa panas. Terasa macam nak masukkan tangan dalam monitor PC ni then tampar-tampar si Yahudi Netanyahu tu. Persetan. Saya rasa kemarahan saya dan perasaan terasa-macam-nak-bagi-pelempang-seratus-kali ini sangat-sangatlah valid dan justified. 

Eeeerrrrrgggghhhhhh....!!

Apa? Anda ingat saya over? Baca dulu artikel ni baru anda tahu... Saya pasti anda juga nanti akan merengus kegeraman sambil menghentak-hentak meja di depan anda. Jangan hentak kepala adik atau rakan sepejabat anda ke dinding sudahlah. Saya tak bertanggungjawab.

***


Netanyahu "salutes" commandos who raided Gaza ship

By Dan Williams

ATLIT NAVAL BASE, Israel (Reuters) - Saying "I salute you," Prime Minister Benjamin Netanyahu visited the headquarters on Tuesday of Israeli naval commandos who killed nine pro-Palestinian Turks aboard a Gaza-bound aid ship in May.


Israel's Prime Minister Benjamin Netanyahu stands with naval commandos during his visit to the Atlit naval base near the northern city of Haifa October 26, 2010. (REUTERS/Dan Balilty/Pool)
It followed testimony on Sunday from Israel's military chief, who told a state-appointed  inquest into the operation that the commandos had come under pistol, knife and cudgel attacks while boarding and fired 308 live bullets in response.

Activists from the Mavi Marmara have confirmed they resisted the Israeli boarding party but denied provoking lethal violence.

Netanyahu said the May 31 raid on the Turkish-flagged vessel, one of six ships trying to run Israel's naval blockade of the Gaza Strip, had been "crucial, essential, important and legal".

"Gaza has turned into an Iranian terror base," he said, referring to the Palestinian territory controlled by Hamas Islamists, in a speech to around 200 members of the unit.

He heaped praise on the commandos, saying they had acted "courageously, morally and with restraint".

The night-time interception on Mediterranean high seas and the ensuing bloodshed strained Israel's once-close ties with Turkey, which has demanded an apology and compensation.

A United Nations probe last month condemned the attack as unlawful and said it resulted in violations of human rights and international humanitarian law. U.N. jurists also said the Gaza blockade had caused a humanitarian crisis and was unlawful.

"I SALUTE YOU"

Flotilla 13 commandos had been equipped with riot-dispersal gear but quickly switched to live fire during deck brawls with dozens of activists. The ship had ignored Israeli calls to stop.

Two commandos were shot and wounded and another five suffered other injuries, the navy said. In addition to the nine Turkish dead, 24 activists were hurt, many of them by gunfire.

"You acted against those who came to kill you and tried to kill you," said Netanyahu. "There is no one better than you. I salute you."

He then met some of the commandos who took part in the raid, shaking their hands on a prow-shaped veranda overlooking the craggy bay at their Atlit base. They were shadowed by bodyguards and, out to sea, a squad of commandos in a speed boat.

Bristling at Turkish and other foreign fury over the Mavi Marmara raid yet wary of international war crimes suits, Israel set up its own inquiry to help prepare its submission for a separate probe under U.N. Secretary-General Ban ki-Moon.

Interim findings from that inquest, under retired Supreme Court justice Jacob Turkel, are due out in mid-November and the final report by early 2011, a spokesman said. Another internal investigation by an Israeli ex-general is already complete.

Turkey withdrew its ambassador from Israel and cancelled joint military exercises in protest at the Mavi Marmara raid and has dismissed the Israeli inquiries as insufficient.

(Writing by Jeffrey Heller and Dan Williams, Editing by Paul Taylor)
Copyright © 2010 Reuters

Sumber di sini.

***
 Ha, tak ke terasa macam nak bagi pelempang percuma kat Benjamin Netanyahu tu?  

Doa je la banyak-banyak kat Allah untuk saudara-saudara kita di Palestin sana. Kita ni lemah, bapok, tak boleh nak buat apa-apa kan..? Et lis kita minta tolong pada Allah, yang memiliki segala sesuatu. Mereka membuat tipu-daya, dan Allah juga ada tipu-dayaNya yang tersendiri. Sedangkan Allahlah sebaik-baik pembuat tipu-daya..

Allahu musta'an!



-gabbana-

26 October 2010

Mari Menjadi Manusia Yang Sihat dan Bergaya!

Name: Inche gabbana
Age: XXX
Date: 26/10/2010
Height: 174.5 cm
Weight: 70.2 kg

***
Blood Pressure - 118/73
Body Mass Index - 23.1
Body Fat - 19.4
Visceral Fat - 7
Basal Metabolic Rate - 1617
Blood Glucose - 5.9
Blood Total Cholesterol - 6.0

***


Sebentar tadi saya telah berpeluang menjalani ujian darah dan kesihatan dan seperti tertera di atas, adalah hasil ujian tersebut. (Ujian tersebut berharga RM15. Nasib baik saya merupakan seorang lelaki bekerjaya maka bolehlah melakukan upacara claim! Wah!)

Secara keseluruhannya, saya adalah seorang pemuda yang sihat. Kalau dicampur dengan faktor kehenseman dan kekacakan, maka ia menjadikan saya seorang pemuda yang sihat lagi bergaya. (Maaf, saya tidak bertanggungjawab untuk muntah darah anda yang kedua.)

Cuma, lemak badan saya agak tinggi (19.4%) di mana kadar normal untuk lelaki adalah 10-19%. Walaupun kakak konsultan yang membuat analisa terhadap ujian kesihatan saya mengatakan 19.4% adalah angka yang normal dan enak (ok dia tak cakap enak pon..), saya tetap berazam untuk mengurangkannya. Lemak badan yang terlebih mesti dimusuhi!

Kerisauan saya adalah pada kadar kolesterol dalam badan; 6.0mmol/l, sedangkan kadar yang dianggap sihat dan mengagumkan adalah kurang daripada 5.2mmol/l. Aaarrrggghhh...! Semua ini salah roti canai Dharbar, nasi lemak telur mata ayam goreng berempah, Burger King, KFC, Dominos, siput masak lemak cili api, ayam masak merah ros (yummmeeeyyy!) dan pelbagai lagi juadah yang enak dan lazat tetapi menggemukkan dan membunuh! Adeh..

Anda beritahu saya. Adakah anda mampu menghadapi cabaran sebegini...??
Tetapi saya gembira kerana kandungan gula dalam darah saya adalah sangat normal. 5.9mmol/l. Terlalu normal. Saya amat risau sebenarnya dengan kandungan gula dalam darah ini. Tak mahulah menghidap kencing manis! Biarlah kencing saya tawar dan biasa-biasa sahaja. Maka aktiviti saya bersenam tiga kali seminggu nampaknya membuahkan hasil yang menceriakan hari-hari yang mendatang. 

Sekadar lawak di tepi.
Ok, sekian sahaja analisa kesihatan Inche gabbana untuk hari ini. Sekarang saya mahu pergi makan tengah hari! Wahahaha.. ;D


-gabbana-


Yang nak jadi sihat dan kuat untuk Islam! Qawwiyul Jism!

Konfesi Seorang Remaja Permaisuri Drama

Ok saya tahu tajuk post ni macam ntah pape ntah. Merepek dan kerepek. Tapi pernah ke saya tak ntah pape..? Selalunya memang saya gila-gilakan..? Wahahaha..

Ok tak lucu. ^^"

Saya dah lama terfikir pasal menatang ni. Eh, maksud saya, perkara ni.

Saya rasa hidup saya bosan. Macam robot. Hari-hari buat benda yang sama. Bangun pagi, solat subuh then bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Di opis, dari pukul 8.30 pagi sampai 5.30 petang saya terperap, kadang-kadang tu memang rasa macam ayam marinate BBQ. Kadang tu banyak kerja, tapi lebih daripada kadang-kadang memang takde kerja. Espeseli waktu pagi. Dah tu, kalau boleh pulak tulis post time-time camni, tandanya takde keja la tu ye tak..? Heh.

(Ok anda mungkin akan mengumpat dan mencaci saya dengan mengatakan kepada diri sendiri, leh, kalau dah takde kerja, pergi la cari kerja! Yang hang dok melangut bermimpi di siang hari tu buat apa..?? Kan..? Kan..?? Untuk mengelakkan anda berbuat dosa kering, biar saya jelaskan di sini. Selalu je saya pergi dan bertanya manusia-manusia yang berkenaan, kalau-kalau ada kerja yang boleh dibantu. Dan jawapan yang saya terima selalunya takde. Sekian terima kasih.) 

Kat opis pulak, kalau hari tak pose, pagi-pagi pergi bekfes. Kalau ada geng, bekfes ngan geng, Kalau takde, bekfes la sorang-sorang. Abes bekfes, masuk opis balik, gi pantry bancuh milo ke, neskepe ke, teh tarik ke. Jimat duit sket sebab free of charge. Kalau minum time bekfes tadi, dah kena bayar. Kenala kedekut. Ye la, kalau singgit lima posen sehari pon, kalau tiga puluh hari dah berapa..? Lepas la nak pi makan Chilli's ke, California Kitchen ke.

Then tunggu la sampai waktu lunch hour. Baru la rasa seronok sket. Dapat kuar gi makan luar ngan geng. Dapat rilek-rilek sket, regangkan otot-otot paha dan lutut yang dan lemah sebab dok lama-lama sangat. Abes lunch, gi surau sebab ada kuliah Zuhur setiap hari dibawakan kepada anda oleh AJK Surau. Eh. Selalunya saya terlelap je time kuliah. Tak tau la sebab kuliah tu boring bebenor atau saya yang terlalu penat. Tapi penat buat apa? Ish buruk betul perangai.  

Pas Zuhur masuk opis balik. Ha, time ni la selalunya baru ada kerja. Berlambak-lambak pulak tu. Kekadang tu tak paham dan tensen pon ada. Kenapa la tak bagi awal-awal pagi cik abang cik kak oi..? Pagi-pagi tu saya melangut tak buat apa, kan ke bagus dan enak kalau eksploit je saya habis-habisan..? Haish.. Tak produktif dan efisien la kalau macam ni.

Petang kalau saya berjaya siapkan kerja dengan cemerlang dan penuh bergaya, saya akan pastikan saya balik awal. Ye la, duduk lama-lama kalau takde kerja pon, nak buat apa? Setakat nak kipas punggung bos, tak payah la. By 5.45 tu selalunya saya tidak dapat lagi dikesan dalam lingkungan 1 kilometer radius. Tetapi pernah je balik pukul 8.30, 7.00, 6.00 dan sebagainya. Kira fair dan square la. Saya pon selalunya datang awal. Saya adalah seorang pekerja yang penuh berdedikasi dan komited. Wahahaha. Ptuih.

Malam pulak, kalau hari Selasa dan Khamis, dah ada date ngan Inche Nyamouq, rakan baik saya yang bekerja di Petronas Dagangan. Rabu dan Jumaat, ada bulatan riang gembira. Isnin malam je saya betul-betul percuma. Selalunya Sabtu dan Ahad malam pon dah ada pelan dan program. Oh orang glamor dan hot la katakan. *sila muntah darah* Semasa bulatan riang gembira sahaja saya rasa seperti bernyawa. Atau program-program hujung minggu yang segar dan menyegarkan. Wah!

Jadi begitulah kurang lebih rutin harian saya semenjak saya bergelar lelaki bekerjaya yang kacak dan tampan ini. Atau bak kata Inche Hamdan Paul Glitter, lelaki semasa yang bergaya (yang bergaya tu saya tambah sendiri).

Takkan saya nak terus menerus menjalani kehidupan yang bosan macam ni..? Tiada cabaran. Mandom. Statik. Tidak berkembang. Hampas. Macam robot. Kalau Robocop atau Cybercop takpe la juga. 

Jadi robot pon tidak sebosan ini. Et lis mereka tidak mempunyai perasaan. Haih...
Takkanla itu sahaja tujuan hidup saya di buka bumi galaksi bimasakti ini..?

Tiiiiiiidddddddddaaaaaaaaaaaakkkkkkkkk! Ok sila jangan over. Sekian terima kasih.


-gabbana-

25 October 2010

Sepatu Hitam Itu

Haseeb memberi sentuhan terakhir pada sepasang kasut di depan matanya itu. Dia menggosok sedikit agresif tetapi teliti, dengan kain kapas berwarna kuning yang disediakan khas untuk kilatan yang terakhir. Haseeb tersenyum. Puas. Dia memandang ke atas, mengharapkan senyuman yang sama daripada lelaki gempal berkumis itu, namun lelaki itu sedang leka membaca surat khabar, Musawat, antara akhbar berbahasa Urdu tertua di Lahore.

Haseeb memberikan isyarat yang dia sudah selesai dengan kerjanya. Lelaki gempal berkumis itu meletakkan surat khabarnya di atas paha, kemudian memandang sekilas pada kasut kulitnya. Dia mengangguk perlahan.

"Kitanā?"

"Dasa."

"Acchā."

Lelaki itu menyerahkan 10 rupee kepada Haseeb. Dia tersenyum, sambil mengusap-ngusap kepala Haseeb, lantas berjalan meninggalkan tempat itu.

Hari ini nasibku baik, getus Haseeb. Di hari lain Haseeb mungkin langsung tidak dipedulikan; pelanggannya berlagak seolah-olah Haseeb adalah hamba kasta pariya. Komunikasi dua hala adalah suatu yang mustahil. Ramai juga pelanggannya yang terus mencampakkan duit bayaran selesai Haseeb memberikan khidmatnya. Seolah-olah Haseeb bukanlah makhluk bernyawa tetapi mesin pengilat kasuk automatik lagaknya. Tidak kurang yang mencerca, malah memukul dirinya yang kecil itu lantaran tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Pelanggan seperti lelaki gempal berkumis itu amat jarang sekali didapati. Alhamdulillah, hati kecil Haseeb memuji Tuhan. Hari ini nasibku baik. Moga hari-hari yang mendatang lebih baik lagi, Insha-Allah.

Haseeb, budak pengilat kasut Lahore.
Haseeb adalah salah seorang daripada ratusan kanak-kanak pengilat kasut di Bandar Lahore, bandar kedua terbesar di Pakistan selepas Karachi itu. Umurnya masih terlalu muda untuk terjun dalam alam pekerjaan - kurang tiga bulan lagi umurnya akan menjangkau 12 tahun. Tetapi apakan daya, kedua orang tuanya maut dalam kemalangan keretapi Ghotki pada bulan Julai yang lalu. Mereka dalam perjalanan ke Karachi untuk menghadiri upacara pengebumian ibu saudara ayahnya, apabila keretapi yang mereka naiki melanggar keretapi yang sedang berhenti di Stesen Ghotki. 109 nyawa terkorban dalam kemalangan itu. Siapa sangka ayah dan ibunya pula yang terpaksa dikebumikan.

Mujurlah kakak perempuan ibunya sudi untuk mengambil Haseeb di bawah jagaannya. Namun Haseeb tidak mahu menyusahkan ibu saudaranya itu; lima orang sepupunya juga perlu diberikan perhatian oleh ibu mereka. Lantas Haseeb mengambil keputusan untuk bekerja sambilan. Pagi dia ke sekolah dan sepulangnya dari sekolah, dia akan terus bersiap membawa peralatan mengilatnya menuju ke Stesen Keretapi Lahore. Kemiskinan melarat yang menghantui begitu ramai manusia di Pakistan menjadikan kanak-kanak mentah seperti Haseeb yang terpaksa membanting tulang empat kerat bagi mencari sesuap nasi sebagai pemandangan bukan luar biasa di Lahore.

Sebelum menjadi pengilat kasut, telah bermacam-macam pekerjaan yang dicubanya. Dia pernah menjual makanan ringan yang didapatinya daripada kedai runcit berdekatan dengan rumah ibu saudaranya, namun upah yang diberikan terlalu sedikit. Dia juga pernah menjadi budak penjual dan penghantar surat khabar, tetapi pekerjaan itu terlalu memenatkan untuknya. Tambahan pula, dia sering lewat ke sekolah apabila menghantar surat khabar.  Akhirnya dia dimarahi gurunya dan sering didenda.

Setelah mencuba pelbagai lagi jenis pekerjaan, Haseeb mengambil keputusan untuk mengilat kasut sahaja. Upah yang diterimanya tidaklah seberapa. Malah ada hari-hari yang berus dan kainnya tersimpan rapi di dalam kotak peralatannya, tidak dapat digunakan, terutamanya hari-hari yang hujan. Namun Haseeb amat suka dan selesa dengan pekerjaannya itu. Fleksibel. Dia boleh bekerja bila-bila sahaja yang dia suka. Dia juga boleh memilih tempat operasinya sesuka hatinya. 

Dia akhirnya berpendapat yang Stesen Keretapi Lahore adalah tempat yang terbaik untuknya mencari rezeki. Dengan jumlah orang yang keluar masuk stesen yang ramai terutamanya pada waktu-waktu puncak, peluang Haseeb untuk memperoleh pelanggan adalah lebih cerah walaupun dia terpaksa bersaing dengan budak pengilat kasut yang lain. Apatah lagi apabila Ekspres Samjhauta tiba di stesen; para pelanggan kaya dari India merupakan lubuk emas buat budak-budak pengilat kasut seperti dirinya. 

Stesen Keretapi Lahore. Di sinilah tempat Haseeb mencari rezeki yang halal.
Namun faktor utama mengapa dia memilih untuk mengilat kasut bukanlah kerana wang. Tetapi kepelbagaian pelanggan yang mendapatkan perkhidmatannya. Haseeb amat gemar memerhatikan perangai dan tingkah laku pelanggan-pelanggannya. Bermacam ragam! Dan pada hari-hari Haseeb bernasib baik, ada pelanggannya yang cukup bermurah hati memberikan upah lebih kepada Haseeb. Ada juga yang memberikan nasihat-nasihat yang berguna untuk dirinya. Tidak kurang yang berborak, bertanyakan perihal dirinya dari awal dia mengilat kasut sehinggalah dia selesai menjalankan tugasnya. Dan selalunya pelanggan sebeginilah yang akan memberikan upah yang lebih, setelah mengetahui latar belakang diri Haseeb. Simpati.

Tetapi Haseeb tidak pernah mengambil kesempatan. Dia adalah seorang yang sangat jujur dan amanah. Apatah lagi dia dibesarkan dalam suasana yang penuh Islamik oleh mendiang ayahnya, seorang ahli aktif Jamaat-e-Islami cawangan Lahore. Dia dididik untuk menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh tauladannya. Maka tidak hairanlah Haseeb merupakan seorang kanak-kanak yang penuh dengan keperibadian mulia. Tidak hairanlah dia berusaha sebaiknya untuk mencari rezeki yang halal dan bersih, untuk membantu ibu saudaranya dan menanggung perbelanjaan dirinya sendiri. Dia tidak pernah merungut dengan nasib dirinya, apatah lagi mengeluh dan bermuram durja. Haseeb merupakan seorang kanak-kanak yang berjiwa besar; ramai pelanggannya yang terkejut dan kagum dengan kematangan yang ditonjolkan Haseeb apabila mereka berkesempatan berbual dengannya.

Cuma kadangkala apabila teringatkan kedua orang tuanya, dia akan mencari satu sudut yang jauh dan sunyi, bebas daripada hiruk pikuk kesibukan manusia. Dia lantas duduk di situ, kemudian membiarkan sahaja sebak menguasai dirinya.

Dia hanyalah seorang anak kecil, yang telah kehilangan dua orang insan yang paling rapat dengan dirinya.

bersambung...


-gabbana-

24 October 2010

Boleh Saya Tubuhkan Kelab Peminat Anda..??


Ok saya terpaksa juga menulis post ini, walaupun sudah pun menulis satu post pada pagi ini. Saya rasa saya mesti juga tulis tentang hal ini kerana saya terlalu teruja dan terkesan dengan peristiwa ini. Ini adalah Ahad kedua saya menulis dua post dalam hari yang sama. Sungguh magik.

Semalam saya berpeluang untuk menyertai suatu konferen di Serdang. Saya terpaksa menaiki pengangkutan awam ke sana memandangkan kereta keluarga tidak dapat saya gunakan. Setibanya saya di KL Sentral selepas menaiki Putra LRT dari stesen Wangsa Maju, saya mengambil keputusan untuk ke tandas dahulu memandangkan Inche Perut yang tetiba mengadakan protes mengejut, walaupun keretapi menghala ke Seremban dijangka tiba kurang daripada 10 minit. 

Di dalam tandas awam, saya berasa amat tensen dan tertekan kerana semua tandas penuh. Hati semakin berdebar kerana masa semakin suntuk. Pilihan saya ketika itu adalah sama ada memujuk Inche Perut dan kemudian akan melangsaikan hutang di Serdang nanti atau terus tunduk pada permintaan Inche Perut dan menunggu keretapi yang seterusnya. Saya tekad untuk mengambil pilihan yang pertama. Kebetulan Inche Perut tidak lagi agresif dan menjadi lebih tenang. Syukur.

Saya terus bergegas masuk ke dalam stesen komuter dan turun ke platform enam kerana di situlah keretapi ke Serdang akan berhenti. Saya berasa amat gembira kerana saya tiba beberapa minit sebelum keretapi dijangka tiba. Ini bermakna saya tidak perlu menunggu lama-lama nanti lama-lama dia diambil orang. Eh eh. Tetapi anda tahu apa yang berlaku? Tidak berapa lama selepas saya tiba di platform 6, kedengaran pengumuman dibuat melalui pembesar suara,

"Keretapi ke Seremban mengalami kelewatan dan dijangka tiba pada pukul 9.20 pagi. Train to Seremban..."

TT__TT Bukankah lebih bagus dan enak sekiranya saya pergi melaksanakan tanggungjawab saya pada Inche Perut tadi..? KTM memang hampagas. Saya amat berharap orang-orang KTM silalah mengimpruv perkhidmatan anda. Sesegera mungkin dan bukannya 50 tahun dari sekarang. Anda membuatkan rakyat Malaysia seperti saya terseksa. Oh 1Malaysia Rakyat Diutamakan Pencapaian Didahulukan!

Inche Komuter yang amat menensenkan!
Alhamdulillah, keretapi ke Seremban tiba juga pada pukul 9.20 pagi. Kalau yang itu pun lewat, saya rasa saya sudah pasti akan terjun ke atas landasan keretapi dan berjalan kaki sahaja ke Serdang. Saya tiba di Serdang lima belas minit sebelum pukul 10 pagi. Saya naik dahulu di tingkat atas tempat konferen sambil mengesms Inche Pian yang in-charge konferen tersebut. Saya berasa agak risau sebenarnya kerana saya sudah lambat dua jam. Konferen tersebut sepatutnya bermula pada pukul 8 pagi. Saya diberitahu pula bahawa Ustaz Syazalie, orang yang bertanggungjawab untuk mengendalikan konferen itu agak tegas dalam soal kehadiran tepat pada masanya. Katanya lebih kurang, kalau lambat baik tak payah datang. Sebab nanti tak faham flow konferen itu. Itu yang diberitahu kepada saya oleh seorang akh. Logik juga alasan itu. Jadi saya sudah lambat hampir dua jam. Bagaimana..?

Mujurlah jawapan yang saya terima daripada Inche Pian agak melegakan. Program tersebut sudah berlangsung selama 50 minit, bermakna ia bermula pada pukul sembilan pagi dan bukannya lapan. Sekurang-kurangnya tidak banyak yang saya tertinggal. Dan Inche Pian menyuruh saya masuk sahaja tanpa mempedulikan sensitiviti kaum mahupun cuaca di luar sana. Alhamdulillah, jawapan itu membuatkan saya tersenyum dari telinga kiri sehingga ke bawah sedikit bahagian kanan hidung.

Ketika saya masuk, tempat duduk semuanya telah pun dipenuhi. Maka terpaksalah saya duduk di atas lantai dan saya tidaklah berapa kisah malah lebih gembira kerana ini bermakna saya tidak perlu memandang muka-muka lain yang sudah berada di konferen itu kerana malu disebabkan kelewatan saya. Wahahaha.. ^^" Ketika saya masuk, pandangan saya terus jatuh pada Ustaz Syazalie kerana itulah kali pertama saya berjumpa dengannya. Orangnya agak gempal dan tinggi. Kulitnya putih bersih dan nipis sahaja janggut dan misainya. Dia memakai baju melayu berbutang lima sampai ke atas dan berseluar slack hitam. Secara kasar dan generalnya, dia adalah seorang makhluk Tuhan yang comel! Wahahaha.. Memang amat senang dan sejuk hati melihat perawakannya. 

Konferen hari itu berkisar pada Tauhid Zindani, sebuah buku karangan Syaikh Abdul Majid al-Zindani, seorang tokoh Ikhwan yang sangat berpengaruh dan mengagumkan di Yemen. Beliau amat terkenal dengan kehebatannya dalam soal aqidah dan tauhid, di mana beliau sering mengadakan kajian, syarahan dan perbincangan bersama-sama tokoh-tokoh sains termashsyur seantero dunia bagi membuktikan kebenaran, kesahihah dan keajaiban al-Quran. Anda boleh sahaja Google nama 'Abdul Majid Zindani' atau cari video tokoh ini di Tiub Anda. Anda pasti tidak keciwa dengan hasil carian yang keluar nanti. 

Syaikh Abdul Majid Zindani yang comel dan ceria. ;)
Kitab Tauhid Zindani karangan dan susunan Syaikh Abdul Majid al-Zindani yang ceria
Pada mulanya, saya agak pesimis dengan tajuk ini, kerana sekiranya anda pernah membaca buku tersebut, anda akan dapati sentuhan buku tersebut 'kering' dan tidak menyeronokkan untuk dibaca. Hal ini kemungkinan besar adalah disebabkan terjemahan Bahasa Melayu yang tidak begitu kemas dan tepat. Tapi alhamdulillah, sangkaan saya meleset 158%. Ustaz Syazalie berjaya menggarap Tauhi Zindani dengan begitu baik sekali. Dengan selorohnya yang selamba, gaya penyampaian yang jelas dan berkeyakinan serta flow penyampaian yang cantek, saya kini melihat Tauhid Zindani melalui perspektif yang berbeza. (Mungkin suatu hari nanti apabila saya berasa rajin dan otak saya tidak gila-gila seperti biasa, saya akan mengulas sedikit tentang buku ini!)
Bukanlah sesuatu yang menghairankan sebenarnya, kerana Ustaz Syazalie merupakan bekas pelajar Syaikh Abdul Majid Zindani di Universiti Iman, selama 9 tahun lamanya! Maka Ustaz Syazalie adalah orang yang tepat untuk mengupas topik tersebut, memandangan dia pernah mendapat first-hand experience menuntut dengan Syaikh Abdul Majid Zindani. Mengagumkan bukan..? Seriyes anda memang tidak mempunyai perasaan sekiranya anda tidak teruja dengan fakta ini. Saya kasihan pada anda. 

Banyak benda baru yang saya belajar daripada sesi yang berlangsung dari pagi sehingga malam itu. Daripada tidak tahu kepada tahu dan daripada tak berapa minat sudah jadi berapa minat. Saya amat kagum dengan pengetahuan yang dimiliki oleh Ustaz Syazalie. Beliau bukanlah seorang ahli saintis; bidang utamanya adalah Usul Fiqh. Tetapi beliau berjaya menerangkan sesuatu fakta sains itu dengan begitu jelas dan bergaya sekali. Oh lupa pula. Kitab Tauhid Zindani merupakan sebuah kajian aqidah melalui perspektif sains dan al-Quran. Maknanya, Syaikh Abdul Majid Zindani membuktikan kebenaran ayat-ayat Allah melalui fakta-fakta sains. Makanya, secara tidak langsung beliau juga telah membuktikan kewujudan Allah dan kebenaran Rasulullah SAW sebagai utusan Allah. 

Dan Ustaz Syazalie berjaya menggarap isu ini dengan begitu cemerlang sekali. Dan anda tahu apa yang lebih pom pom pom tentang Ustaz Syazalie?  Beliau tidak pernah pun membaca Kitab Tauhid Zindani itu! Semua pengetahuan yang beliau lontarkan kepada kami adalah berdasarkan pengalamannya dan pembelajarannya secara terus daripada Syaikh Abdul Majid al-Zindani. Dia memang bertuah. Kami juga bertuah. Amat bertuah. =)

Saya sempat bertaaruf dengan Ustaz Syazalie dan perkenalan yang singkat itu menjadikan saya amat respek dan kagum pada personaliti ini. Merupakan bekas pelajar KISAS (SPM '96), Ustaz Syazalie melanjutkan pelajarannya ke Yemen pada tahun 2000 sebelum pulang ke Malaysia pada tahun lepas. Kini beliau merupakan seorang dai'e full-timer di Pulau Pinang. Saya memang sangat cemburu buta pada rakan-rakan saya di Penang Medical School seperti Sirri, Puchong dan Irfan kerana kini mereka di bawah jagaan dan tunjuk ajar Ustaz Syazalie.  Anda semua sangat beruntung tahu...?? Banyak juga topik-topik lain yang dibincangkan, dan setiap saat dan minit yang dihabiskan bersama Ustaz Syazalie, hati saya makin terpaut padanya. Wah!

Pernah suatu ketika, Ustaz Syazalie memberitahu saya, Dr. Yiu Qiu Wai pernah memberitahunya yang dia terlalu memanjakan rakan-rakan saya di Pulau Pinang itu sehingga mereka kini taksub kepadanya. Anda tahu apa jawapan saya kepada kenyataan itu?

"Ustaz kalau saya pun jadi diorang, saya pun mesti dah taksub juga!"

Tetapi di dalam hatilah saya berkata-kata...! Wahahaha..

Saya tidak sempat meminta email, nombor telefon dan Inche Mukabuku beliau kerana saya terpaksa balik awal malam itu untuk mengejar Inche Komuter yang tidak boleh diharap itu. Tapi saya berasa sangat gembira kerana tengah hari tadi, sedang saya mengecek Inche Mukabuku, saya dapati Ustaz Syazalie sudah pun menambah saya! ;D

Kini apabila difikirkan kembali, saya amat bersyukur kerana telah memaksa diri sendiri untuk pergi juga ke konferen di Serdang tersebut. Pada mulanya agak malas dan mencari-cari alasan juga kerana agak penat pada pagi itu; saya balik lewat dari Kolej Yang-namanya-dirahsiakan pada malam sebelumnya dan berlaku suatu peristiwa yang menyebabkan saya susah hati di Kolej Yang-namanya-dirahsiakan itu.

Tetapi alhamdulillah, segala puji dan syukur pada Allah yang memiliki hati dan ruh saya, kerana telah memilih saya untuk pergi ke konferen itu. Saya betul-betul gembira dan semakin bersemangat untuk terus menyebarkan agama Allah ini..! Allahu Akbar wallahu Musta'an..!

Dan kepada Ustaz Syazalie, boleh saya tubuhkan Kelab Peminat anda...?? ;)

-gabbana-

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP