24 October 2010

Sungguh Misteri Di Pagi Ahad


Cerita ini tidak layak untuk dikategorikan sebagai cerita seram, mahupun cerita 18SG apatah lagi 18PL. Namun saya amat berkeyakinan yang seusai anda membaca cerita ini, anda akan bersetuju dengan saya sambil mengangguk kepala dan berbisik 'uh-huh' kerana cerita ini sememangnya misteri dan tiada penjelasan logik untuknya.

Begini. Pagi tadi saya ke mamak kegemaran saya sepanjang zaman, Dharbar yang terletak di Taman Melewati. Setiap hujung minggu saya akan ke sini untuk menikmati roti canai hazab sedapnya itu. Sehinggakan setiap kali makan, saya akan lupa dunia dan selalunya akan memakan dua keping roti canai ya saya tahu memang saya gemuk. Tetapi sejak kebelakangan ini, kuah dalnya tidak lagi semlatop dahulu; kini lebih cair dan kurang berlemak. Namun karinya kekal terbhaaaa...! ;) Kena pula dengan teh tarik atau milo tarik kurang manis (yang tak pernahnya kurang.. -___-"), huh, memang hidangan sarapan yang cukup membahagiakan.

Roti canai Dharbar tidaklah sechanteque ini, tetapi sungguh lazat seriyes tidak bohong!
Kembali kepada topik asal perbincangan. Selepas selesai memakan roti canai yang pertama, saya memesan pula roti canai yang kedua. Hari itu saya menukar rutin yang biasa dengan memesan juga sambal untuk dimakan bersama kuah dalnya. Dan selalunya saya memesan roti canai garing, walaupun saya tak pasti sama ada mamak yang mengambil pesanan saya itu faham atau tidak apa maksud garing.

Roti canai yang kedua dihidangkan kepada saya tidak sampai 1 minit selepas saya memesannya. Memang cekap. Sebab itu Dharbar sehingga kini menjadi pojaan hatiku. Saya pun mengambil sudu dan garpu dan mula mencarik-carik roti canai yang kedua itu. Saya mencicah kepingan kecil roti canai yang pertama dengan kuah dal dahulu.

Saya terus menikmati roti canai Dharbar seperti biasa; fikiran melayang entah ke mana. Dan di sinilah bermulanya misteri yang penuh misteri itu....

Saya sudah pun separuh jalan menikmati roti canai saya yang kedua. Dan perut saya sudah pun mula berasa puas dan kenyang. Saya baru sahaja hendak mencicah kepingan roti canai yang ke berapa entah saya pun tak tahu ke dalam kuah dal, apabila tiba-tiba sahaja, tiada angin, tiada ribut, tiada gempa bumi mahupun tsunami, tiga ekor lalat, saya ulangi dengan penuh sopan santun dan berbudi pekerti, TIGA ekor lalat tercampak ke dalam kuah dal saya itu.

Saya terkedu. Seriyes saya rasa seperti masa tiba-tiba berhenti. Saya memandang kejadian itu dengan penuh perasaan tidak percaya. Unbelivable. Ripley's Believe It Or Not

Yang lebih ajaib, lalat-lalat itu seperti dihukum, dicampak ke dalam 'neraka' dal berwarna kuning keorenan itu. Mereka kelihatan amat terseksa, lemas di dalam lautan kuah berempah yang sudah tinggal separuh. Tidak lama selepas mereka meronta-ronta meminta pertolongan, satu daripadanya berjaya keluar daripada mangkuk dal itu. Namun umurnya tidak panjang; dia tidak berjaya bertahan lama dan menghembuskan nafasnya yang terakhir tidak lama selepas itu. Dan rakan-rakan seperjuangannya turut mengikuti jejak langkahnya, mati di dalam mangkuk dal dengan penuh sadis dan menyeksakan.

Innalillah wa inna ilaihi roji'un...

Mayat 3 ekor lalat sekawan yang sedia untuk menjalani autopsi
Sepanjang tempoh itu (tak lama pun, mungkin seminit dua) saya hanya mampu memerhatikan kejadian sekali seumur hidup itu berlaku di depan dua biji mata saya. Mungkin kerana terlalu terkejut. Masih tidak dapat menerima hakikat yang sedang berlaku di depan mata. Selepas episod hitam itu tamat, saya terus memanggil seorang mamak, menyuruhnya mengangkat sahaja roti canai yang tidak sempat dihabiskan kerana saya tidak lagi berselera untuk meneruskan proses pemakanan itu. Mungkin juga masih trauma dengan apa yang telah saya saksikan.

Saya hanya mampu meneguk teh tarik sehingga habis, setiap saat didedikasikan untuk tiga ekor lalat yang telah terkorban dalam peristiwa tanpa darah sebentar tadi, sebagai tanda simpati saya. Juga dibelenggu kehairanan yang teramat; dari manakah datangnya tiga ekor lalat yang malang itu..? Mungkinkah juga suatu isyarat kepada saya untuk berhenti makan kerana jumlah kolestrol di dalam badan yang terlampau tinggi? Atau suatu petanda lain...?

Sungguh misteri bukan..?  

*lagu X-Files kedengaran di belakang* 

-gabbana-

Mengapa agaknya banyak kejadian pelik dan misteri berlaku kepada saya kebelakangan ini ya..? Hhhhm...

8 Caci Maki Puji Muji:

hmdnzr 24/10/2010, 12:06  

kalau dah nampak lalat kena makan sekaligus. since bak kata wan saya dan mak
"kalau kiri racun, kanan penawarnya dan sebaliknya."

masa plkn lagi best! ada lipas dalam kari uols. haha

*tetiba mengidam nan cheese haji hasan di p16 dan nasmir di sungai petani. gulp gulp*

Mohammad Aiman 24/10/2010, 12:08  

maybe tu petunjuk, bahawa manusia ni, bile2 nyawa leh dicabut,,,

Inche gabbana 24/10/2010, 12:10  

betulla la kata wan dan mak awak tu. tu hadith nabi SAW tu. ;)

masalahnya lalu ke nak makan cik kak oi, kalau dah 3 ekor dalam tu sekaligus...?? -___-"

oh anda dulu plkn..? di mana tu..?

Inche gabbana 24/10/2010, 12:10  

betul tu aiman. terfikir gak tadi.. jzkk! ;)

tazkirah di pagi ahad.

IMANSHAH 24/10/2010, 17:45  

dey macha..cuba lah makan lalat2 tu, kot2 tahap kelazatan dal tadi kembali kepada asal??haha

memang sah kau orang terpilih ni sebab 3 ekor sekali..haha

afala ta'qilun??

hmdnzr 24/10/2010, 18:43  

ahahaha. di kem titian bitanggor rembau
dan. enaknya tak habis pun. mencukupi syarat dapat sijil. hahahaha.

Inche gabbana 24/10/2010, 19:50  

*gulp* takpela cikgu, time kasih... cikgu makanla, sy dah kenyang... wahahaa..

fa aina tadzhabun...?

TT__TT

Inche gabbana 24/10/2010, 19:51  

wah! Saya dahulu di kem milenium branang! saya cuba rahsiakan fakta ini kerana mahu lupakan pengalaman tak best di sana! ^^"

tetapi persahabatan yg dijalinkan dengan beberapa org di sana tak mungkin akan dapat saya lupakan..! ;)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP