Mari Menjadi Manusia Yang Sihat dan Bergaya!
Name: Inche gabbana
Age: XXX
Date: 26/10/2010
Height: 174.5 cm
Weight: 70.2 kg
***
Blood Pressure - 118/73
Body Mass Index - 23.1
Body Fat - 19.4
Visceral Fat - 7
Basal Metabolic Rate - 1617
Blood Glucose - 5.9
Blood Total Cholesterol - 6.0
***
Sebentar tadi saya telah berpeluang menjalani ujian darah dan kesihatan dan seperti tertera di atas, adalah hasil ujian tersebut. (Ujian tersebut berharga RM15. Nasib baik saya merupakan seorang lelaki bekerjaya maka bolehlah melakukan upacara claim! Wah!)
Secara keseluruhannya, saya adalah seorang pemuda yang sihat. Kalau dicampur dengan faktor kehenseman dan kekacakan, maka ia menjadikan saya seorang pemuda yang sihat lagi bergaya. (Maaf, saya tidak bertanggungjawab untuk muntah darah anda yang kedua.)
Cuma, lemak badan saya agak tinggi (19.4%) di mana kadar normal untuk lelaki adalah 10-19%. Walaupun kakak konsultan yang membuat analisa terhadap ujian kesihatan saya mengatakan 19.4% adalah angka yang normal dan enak (ok dia tak cakap enak pon..), saya tetap berazam untuk mengurangkannya. Lemak badan yang terlebih mesti dimusuhi!
Kerisauan saya adalah pada kadar kolesterol dalam badan; 6.0mmol/l, sedangkan kadar yang dianggap sihat dan mengagumkan adalah kurang daripada 5.2mmol/l. Aaarrrggghhh...! Semua ini salah roti canai Dharbar, nasi lemak telur mata ayam goreng berempah, Burger King, KFC, Dominos, siput masak lemak cili api, ayam masak merah ros (yummmeeeyyy!) dan pelbagai lagi juadah yang enak dan lazat tetapi menggemukkan dan membunuh! Adeh..
Tetapi saya gembira kerana kandungan gula dalam darah saya adalah sangat normal. 5.9mmol/l. Terlalu normal. Saya amat risau sebenarnya dengan kandungan gula dalam darah ini. Tak mahulah menghidap kencing manis! Biarlah kencing saya tawar dan biasa-biasa sahaja. Maka aktiviti saya bersenam tiga kali seminggu nampaknya membuahkan hasil yang menceriakan hari-hari yang mendatang.
Ok, sekian sahaja analisa kesihatan Inche gabbana untuk hari ini. Sekarang saya mahu pergi makan tengah hari! Wahahaha.. ;D
Anda beritahu saya. Adakah anda mampu menghadapi cabaran sebegini...?? |
Sekadar lawak di tepi. |
-gabbana-
Yang nak jadi sihat dan kuat untuk Islam! Qawwiyul Jism!
9 Caci Maki Puji Muji:
kalau dekat sekolah pbsm buat free je. samalah dekat kampus. lepas derma darah siap dapat milo dan biskut tiger. ha.
tidak mahu terima realiti. dah tua nanti baruk. cek!
muahahahha
tapi saya tak derma darah la. hanya mengecek darah. Hihihi..
haah tp btol, bg biskut tiger. saya pon dah derma darah, 3x dah rasanya. apa brg biskut tiger. bagila ferrero rocher ke, kinder buenos ke.. wahahaha.. ;p
saya tak faham ayat anda yg terakhir tu, tp saya nak tumpang gelak juga..! wahahaha.. ;D
tanak check bmi semua. tidak mahu. kolesterol mahu lemak uols. dah tua nanti baru nak check. masih belum kuat untuk menerima realiti. BAHAHAHHAHA
oh hahahahaha.. *angguk angguk* baru faham.
tapi jgn sampai nasik dah jadi bubur ayam McD sudeh... ;)
gemuk~
HAHA
bagus2, menjaga kesihatan seawal usia 20 an...kalau dah tua macam pakcik ni kan macam2 penyakit datang..angau la, sakit tulang la..apa lah...ahah
oyy oyy.. jaga sket mulut tu. dah amik insurans nyawa ke blom..?
wahahaha, pakcik la sgt kan.. bila nak kawen..??
itu dia soklan cepu emas yang mungkin minta penampar. ;p
serius,ini bukan perkara main2 atau cobaan...
qawiyul jismy hear i come!!!
Post a Comment