31 October 2010

Kucing Untuk Dijual

Ok bukan untuk dijual. Untuk diberi percuma. Anda berminat..?

Izinkan saya bercerita tentang latar belakang mereka. (Ya ada 4 ekor kesemuanya!)

Ibu mereka merupakan seekor vendor anak, di mana hampir setiap tahun pasti akan melahirkan beberapa dan beberapa dan beberapa ekor anak kucing yang comel. Seriyes comel tak tipu. Tetapi selalunya mereka tidak akan berjaya hidup sehingga akil baligh; sama ada mati lemas di sungai seberang rumah, atau mati dihanyutkan hujan lebat, atau dimakan biawak, atau dilanggar kereta. Ok mungkin sedikit gori dan over di situ.

Tetapi tahun ini si ibu telah berjaya melahirkan 5 ekor anak-anak yang soleh dan musleh berwarna putih semuanya. Seekor tidak berjaya meneruskan kehidupan; saya pun tidak tahu ke mana dia menghilang. Tak sempat nak buat majlis aqiqah pon. Sekarang tinggal 4 ekor anak kucing yang cergas dan ceria. Hobi mereka? Menunggu di depan pintu rumah untuk berlari masuk ke dalam rumah dengan penuh teruja dan bergaya apabila pintu dibuka. Comel bukan..?


Puan Mama dan Inche Papa telah mengambil keputusan untuk membela sahaja keempat-empat ekor anak kucing itu. Mereka sangat comel dan menghiburkan. Saya masih ingat ketika saya baru sahaja pulang dari London, ketibaan saya telah disambut oleh lima ekor anak kucing putih yang sangat adorable. Jalan pon terkedek-kedek lagi. Oh. Dan sehingga ke hari ini, setiap kali saya dan Puan Mama pulang dari tempat kerja, pasti anak-anak kucing itu akan menyambut kami dengan berlari dengan penuh semangat apabila melihat kelibat kami. 

Saya jamin sekarang ini anda sudah mula menggetus aaawwww sama ada di dalam hati atau secara terbuka dan agak kuat bunyinya.

Seriyes rasa nak gigit. Tapi ini bukanlah gambar anak kucing itu; mereka tidaklah seadorable ini. Jika anda berminat, saya boleh hantarkan wajah sebenar mereka. ;)
Namun kecomelan dan keadorable-an mereka tidak menjamin bahawa mereka akan disukai oleh semua orang. Ramai sahaja orang yang makan kucing. Ok mungkin tidak berapa relevan di sini. Cumanya nak cerita, pada hari ini, jiran sebelah rumah telah mengkomplen tentang kucing-kucing yang selalu datang ke rumah kami untuk makan. (Selain 4 ekor anak kucing itu, ramai lagi kucing-kucing yang selalu bertandang ke rumah untuk menikmati hidangan percuma yang lazat dan menyelerakan. Itulah tugas Puan Mama dan Inche Papa setiap hari, dilakukan dengan penuh dedikasi!)

Katanya, ramai jiran-jiran yang marah dengan kucing-kucing yang ada di kawasan perumahan ini. Mereka sehinggakan tidak berani untuk membuka pintu sebab takut kucing-kucing itu akan meluru masuk ke dalam rumah.  

Hhhmmmm...

Maka Puan Mama dan Inche Papa telah mengambil keputusan yang berat untuk membuang mereka ini semua. Perkataan buang agak kasar tetapi saya tidak menjumpai perkataan lain yang lebih lemah lembut dan berbudi bahasa. Tapi itulah hakikatnya. Suatu keputusan yang berat, tetapi terpaksa diambil bagi menjaga kepentingan bersama dan hubungan sesama jiran.

Kasihan pada Puan Mama dan Inche Papa kerena memang jelas mereka amat sedih dan sedikit depressed dengan situasi ini. Sehingga tadi, Puan Mama telah berusaha mengkontek rakan-rakannya, jika ada yang berminat untuk mengambil 4 ekor anak kucing putih yang comel sebagai anak angkat. Adik perempuan dan saya sendiri juga berusaha mana yang mampu. Adik perempuan espeseli, amat sedih dan tidak mahu melepaskan anak-anak kucing tersebut. Tetapi sehingga kini, tiada siapa yang berminat untuk mengambil mereka.

Jadi saya ingin bertanya kepada anda; adakah anda tahu cara yang terbaik untuk melepaskan mereka ini? Kami tidaklah terlalu kejam untuk meninggalkan mereka di mana-mana sahaja. Tak sampai jantung. Atau anda sendiri yang berminat mungkin..? Sila kontek saya melalui ruangan 'Caci Maki Puji Muji' sekiranya anda dapat membantu ya? Percayalah, saya amat menghargainya.

"Tolong kami, bantu kami, anak-anak terbuang yang tiada siapa sayang..." kata anak-anak kucing itu. T__T

-gabbana-

Selain 4 ekor kucing itu, kami juga membela seekor kucing gemok seriyes tak tipu bernama Snowy, yang sudah dibela sejak 5 tahun yang lalu. Oh kucing ini tidak mungkin dibuang atas statusnya yang bertaraf seleberiti.

32 Caci Maki Puji Muji:

Mashe 31/10/2010, 23:33  

nak kucin yg dlm gambar tuh!~! toooooooooomey gila!~

Inche gabbana 31/10/2010, 23:34  

-___-" kalau kucing dalam gambar tu, saya pon taknak bagi.. hehehe..

IMANSHAH 31/10/2010, 23:46  

saya tak suka bela kucheng


bela nyamuk je bang

najiya~~ 01/11/2010, 02:51  

kalau duduk dekat2 dah amek anak2 kucing tu....
adek sy sgt sukeeeeee kucing~~
maaf la..x dpt nak tolong~~
~SN~

Mohammad Aiman 01/11/2010, 11:34  

adik 10 tahun sy suke gile dgn binatang....

kalau kasik die, konfem meloncat2 kegembiraan

Inche gabbana 01/11/2010, 12:33  

cikgu, nyamouq orang ke nyamuk nyamuk..? hehehe..

Inche gabbana 01/11/2010, 12:34  

SN duduk di mana..? tgk2 sebelah rumah je kan? Eh SN ke jiran tu..?? wahahaha.. ;p

Inche gabbana 01/11/2010, 12:34  

so aiman..? nak ke tak..? Haih..

Abby Bee 03/11/2010, 10:46  

Me seriously nak..boleh hantar gambar2 personal kucong2 tu tak?hantar kat FACEBOOK inbox i...Abby Bee.

Email:-lady_guntomou@yahoo.com

Inche gabbana 03/11/2010, 10:57  

if only u told me yesterday... smalam dah bagi kucing2 tu away, to this pet shelter organisation thingy. we had to pay RM50 per cat. we cud have just given them away for free... ='(

but thanx, appreciate to know that there is somebody out there who could love the cats as much as we did.

we'll keep u in touch in the future.. ;)

L 05/11/2010, 22:08  

keluarga saya saynag pada kucing yg amat sampaikan saya dan adik yg benci kucing sekarang suka. kucing2 pun x pernah dibeli. sekadar beri makan kucing2 yg bertandang rumah. kerana jiran juga, kami buat keputusan yg agak berat hingga ibu merajuk. tapi ayah setuju alhamdulillah.

kerana ayah dan ibu x sanggup biarkan kucnig kelaparan dan dipukul org, kami tinggalkan kucing2 tu di satu kawasan yg agak lapang berdekatan pasar. tapi, hampir setiap pagi selepas beli groceries, ayah akan beri makan dan minum pada kesemua mereka. makan frieskies tu...

kadang2 kami adik beradik pergi tempat tu. kami beri makan dan minum serta bermanja dgn kucing2 ni.

sajak pulang, saya baru sekali join adik beradik buat keje2 ni dan barulah saya tahu sebenarnya ramai lagi org lain yg beri makan kepada kucing2 kami ni...

ramai lagi org yg masih ada hati dan perasaan rupa2nya...

mungkin ini boleh jadi pilihan terakhir anda lepas ini?

(sorry sharing yg pjg pule)

Inche gabbana 06/11/2010, 00:52  

L, menarik perkongsian anda itu. seronok kan bela kucing ni? saya pon dulu tak suka pada kucing juga. tp bila dah bela, perasaan syg tu makin lama makin timbul.

dan saya rasalah, Allah mmg ciptakan kucing ni utk menghiburkan manusia! mereka mmg pandai mengambil hati! sgt..!

terima kasih L! ;)

Anonymous 12/12/2010, 00:42  

kalau masih ada boleh bagitahu saya dan MMS kan gambarnya. Berapa bulan dah eh?

shamsbangi@gmail.com

Inche gabbana 13/12/2010, 21:53  

shams: =( Ya ampuun... dah lama dah bagi kt org. cuba baca komen saya pada L tu.

pape pon mekaseh byk2 kerana berminat. sy sgt2 menghargainya.. terima kasih ya!

bob 21/02/2011, 22:19  

salam smua.......kucing adalah binatang kesayangan nabi....dulu saya x brape suka bela kucing....sehingga satu hari saya mendengar teriakan anak kucing dari dlm longkang depan rumah....isteri saya pergi meninjau....ade sekor anak kucing yg kkesejukan, kotor serta kelaparan....diberi kucing tu minum susu...tak semenamena kucing tu trus tertidur dlm dakapan saya....lena sungguh... bila dia tersedar pasti menjerit.....yg hairan dgn org lain dia x mau...mersti dtg celah ketiak atau landing atas kepala saya masa saya baring atau tidur......perasaan sayang mula timbul....diberi gelaran boboy kerana jantinanye jantan....hingga kehari ini kucing itu masih bersama saya...awal pagi pasti akan kejutkan kami suami insteri dengan ciuman dan jilatan kemuka kami.... gerak untuk solat suboh n nak mintak makan.....

hafiz 02/11/2011, 14:19  

sya nk kucing tu au nnti saya amek kt mner rmh awk ,,,,,,,,,,,,,,,,jngn kt kuala lumpur sdh nnti sye tk bley nk ambik kucing tu

hafiz 02/11/2011, 14:22  

nme kucing tu pew?

umo bpew?

Qasdi 26/11/2011, 15:44  

salam,ade lagi ke anak kucing puteh,, sye nak seekor.. nak beli.. rumah sy area skudai,jb. kalu ade bleh contact sy 017-7531474. urgent.

Qasdi 26/11/2011, 15:44  

salam,ade lagi ke anak kucing puteh,, sye nak seekor.. nak beli.. rumah sy area skudai,jb. kalu ade bleh contact sy 017-7531474. urgent.

Anonymous 12/01/2012, 10:31  

bro..ank kucing tu ade lg x??seyes nk bg free ni??bro duk area mane??klu kl or s.alm sy boleh pi amik...sy seyes ni..

Anonymous 29/01/2012, 14:34  

ank kucing tu ade y wrne putih x?? full white?? klu ade tlg la emel :)
impreza_wrx_91@yahoo.com

Anonymous 04/02/2012, 16:56  

salam.sy berminat.jika di area selangor@KL,sy sedia pick up.tq..
hazardz_7@yahoo.com

mera 24/03/2012, 14:21  

sedih,,
kalau lah tak dibuang agy,boleyla sye amik...
sye punya kucing nga bg beranak sekang.6 ekor!tp x de sekor pon hidup.sumerr kuar songsang...mak sye da rancang mcm mcm utk ank ank kucing tuu...na beli sangkar besarlah,na beli tempat tido kucinglah,na beli pakaian kucing la...huhuhu...sedih..sedih..frust sgt!!!

bidadari 04/04/2012, 17:00  

kalo nak tahu cara yng lebih baikk...
maih sni nk habaq....

It's very simple..
mule2...
x yah la buang...
Pagi:kasi die mkn n kurung
Tengah Hari: kasi mkn je x yah kurng...
Petng: Lepaskn die bermain di persekitaran rumah...
malm:ajk die masuk rumah n kasi die makn

kalau cara ni x bejaye...
emmmmm....

itu je lah care sy yng selalu sy buat
n jirn sy x penah komen ape2 pon tentang kucing2 saye :D
semoge bejaye...

Anonymous 18/06/2012, 21:53  

salam..saya nak amik kucing2 tu..kalo ade lagi la..hehehhe nicntct num sy 0127152393

Anonymous 09/10/2012, 12:40  

salam....sy ber minat nak amik kucing tuh...nih email sy : anees_itf@yahoo.com

Anonymous 03/05/2014, 18:47  

Saya berminat kucing dalam gambar tu

Anonymous 03/05/2014, 18:59  

Ahmad hafizan
Sayw berminat nak ambil kucing ru

Anonymous 04/05/2014, 16:53  

Boleh tak kalau hantar kat rumah saya hari ini di
Lot8830kg nahada kiri batu caves selangor

Anonymous 18/06/2014, 15:00  

Salam..
Tolong emailkan photo semua kitten ke address warda.makfol@hotmail.my

Anonymous 18/06/2014, 15:01  

Tolong emailkan gambar kitten tu ke address ni yea..
warda.makfol@hotmail.my
Saya memeang sedang mencari kucing utk anak2..

Pn Iza 16/11/2016, 23:54  

Nombor pon

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP