24 October 2010

Boleh Saya Tubuhkan Kelab Peminat Anda..??


Ok saya terpaksa juga menulis post ini, walaupun sudah pun menulis satu post pada pagi ini. Saya rasa saya mesti juga tulis tentang hal ini kerana saya terlalu teruja dan terkesan dengan peristiwa ini. Ini adalah Ahad kedua saya menulis dua post dalam hari yang sama. Sungguh magik.

Semalam saya berpeluang untuk menyertai suatu konferen di Serdang. Saya terpaksa menaiki pengangkutan awam ke sana memandangkan kereta keluarga tidak dapat saya gunakan. Setibanya saya di KL Sentral selepas menaiki Putra LRT dari stesen Wangsa Maju, saya mengambil keputusan untuk ke tandas dahulu memandangkan Inche Perut yang tetiba mengadakan protes mengejut, walaupun keretapi menghala ke Seremban dijangka tiba kurang daripada 10 minit. 

Di dalam tandas awam, saya berasa amat tensen dan tertekan kerana semua tandas penuh. Hati semakin berdebar kerana masa semakin suntuk. Pilihan saya ketika itu adalah sama ada memujuk Inche Perut dan kemudian akan melangsaikan hutang di Serdang nanti atau terus tunduk pada permintaan Inche Perut dan menunggu keretapi yang seterusnya. Saya tekad untuk mengambil pilihan yang pertama. Kebetulan Inche Perut tidak lagi agresif dan menjadi lebih tenang. Syukur.

Saya terus bergegas masuk ke dalam stesen komuter dan turun ke platform enam kerana di situlah keretapi ke Serdang akan berhenti. Saya berasa amat gembira kerana saya tiba beberapa minit sebelum keretapi dijangka tiba. Ini bermakna saya tidak perlu menunggu lama-lama nanti lama-lama dia diambil orang. Eh eh. Tetapi anda tahu apa yang berlaku? Tidak berapa lama selepas saya tiba di platform 6, kedengaran pengumuman dibuat melalui pembesar suara,

"Keretapi ke Seremban mengalami kelewatan dan dijangka tiba pada pukul 9.20 pagi. Train to Seremban..."

TT__TT Bukankah lebih bagus dan enak sekiranya saya pergi melaksanakan tanggungjawab saya pada Inche Perut tadi..? KTM memang hampagas. Saya amat berharap orang-orang KTM silalah mengimpruv perkhidmatan anda. Sesegera mungkin dan bukannya 50 tahun dari sekarang. Anda membuatkan rakyat Malaysia seperti saya terseksa. Oh 1Malaysia Rakyat Diutamakan Pencapaian Didahulukan!

Inche Komuter yang amat menensenkan!
Alhamdulillah, keretapi ke Seremban tiba juga pada pukul 9.20 pagi. Kalau yang itu pun lewat, saya rasa saya sudah pasti akan terjun ke atas landasan keretapi dan berjalan kaki sahaja ke Serdang. Saya tiba di Serdang lima belas minit sebelum pukul 10 pagi. Saya naik dahulu di tingkat atas tempat konferen sambil mengesms Inche Pian yang in-charge konferen tersebut. Saya berasa agak risau sebenarnya kerana saya sudah lambat dua jam. Konferen tersebut sepatutnya bermula pada pukul 8 pagi. Saya diberitahu pula bahawa Ustaz Syazalie, orang yang bertanggungjawab untuk mengendalikan konferen itu agak tegas dalam soal kehadiran tepat pada masanya. Katanya lebih kurang, kalau lambat baik tak payah datang. Sebab nanti tak faham flow konferen itu. Itu yang diberitahu kepada saya oleh seorang akh. Logik juga alasan itu. Jadi saya sudah lambat hampir dua jam. Bagaimana..?

Mujurlah jawapan yang saya terima daripada Inche Pian agak melegakan. Program tersebut sudah berlangsung selama 50 minit, bermakna ia bermula pada pukul sembilan pagi dan bukannya lapan. Sekurang-kurangnya tidak banyak yang saya tertinggal. Dan Inche Pian menyuruh saya masuk sahaja tanpa mempedulikan sensitiviti kaum mahupun cuaca di luar sana. Alhamdulillah, jawapan itu membuatkan saya tersenyum dari telinga kiri sehingga ke bawah sedikit bahagian kanan hidung.

Ketika saya masuk, tempat duduk semuanya telah pun dipenuhi. Maka terpaksalah saya duduk di atas lantai dan saya tidaklah berapa kisah malah lebih gembira kerana ini bermakna saya tidak perlu memandang muka-muka lain yang sudah berada di konferen itu kerana malu disebabkan kelewatan saya. Wahahaha.. ^^" Ketika saya masuk, pandangan saya terus jatuh pada Ustaz Syazalie kerana itulah kali pertama saya berjumpa dengannya. Orangnya agak gempal dan tinggi. Kulitnya putih bersih dan nipis sahaja janggut dan misainya. Dia memakai baju melayu berbutang lima sampai ke atas dan berseluar slack hitam. Secara kasar dan generalnya, dia adalah seorang makhluk Tuhan yang comel! Wahahaha.. Memang amat senang dan sejuk hati melihat perawakannya. 

Konferen hari itu berkisar pada Tauhid Zindani, sebuah buku karangan Syaikh Abdul Majid al-Zindani, seorang tokoh Ikhwan yang sangat berpengaruh dan mengagumkan di Yemen. Beliau amat terkenal dengan kehebatannya dalam soal aqidah dan tauhid, di mana beliau sering mengadakan kajian, syarahan dan perbincangan bersama-sama tokoh-tokoh sains termashsyur seantero dunia bagi membuktikan kebenaran, kesahihah dan keajaiban al-Quran. Anda boleh sahaja Google nama 'Abdul Majid Zindani' atau cari video tokoh ini di Tiub Anda. Anda pasti tidak keciwa dengan hasil carian yang keluar nanti. 

Syaikh Abdul Majid Zindani yang comel dan ceria. ;)
Kitab Tauhid Zindani karangan dan susunan Syaikh Abdul Majid al-Zindani yang ceria
Pada mulanya, saya agak pesimis dengan tajuk ini, kerana sekiranya anda pernah membaca buku tersebut, anda akan dapati sentuhan buku tersebut 'kering' dan tidak menyeronokkan untuk dibaca. Hal ini kemungkinan besar adalah disebabkan terjemahan Bahasa Melayu yang tidak begitu kemas dan tepat. Tapi alhamdulillah, sangkaan saya meleset 158%. Ustaz Syazalie berjaya menggarap Tauhi Zindani dengan begitu baik sekali. Dengan selorohnya yang selamba, gaya penyampaian yang jelas dan berkeyakinan serta flow penyampaian yang cantek, saya kini melihat Tauhid Zindani melalui perspektif yang berbeza. (Mungkin suatu hari nanti apabila saya berasa rajin dan otak saya tidak gila-gila seperti biasa, saya akan mengulas sedikit tentang buku ini!)
Bukanlah sesuatu yang menghairankan sebenarnya, kerana Ustaz Syazalie merupakan bekas pelajar Syaikh Abdul Majid Zindani di Universiti Iman, selama 9 tahun lamanya! Maka Ustaz Syazalie adalah orang yang tepat untuk mengupas topik tersebut, memandangan dia pernah mendapat first-hand experience menuntut dengan Syaikh Abdul Majid Zindani. Mengagumkan bukan..? Seriyes anda memang tidak mempunyai perasaan sekiranya anda tidak teruja dengan fakta ini. Saya kasihan pada anda. 

Banyak benda baru yang saya belajar daripada sesi yang berlangsung dari pagi sehingga malam itu. Daripada tidak tahu kepada tahu dan daripada tak berapa minat sudah jadi berapa minat. Saya amat kagum dengan pengetahuan yang dimiliki oleh Ustaz Syazalie. Beliau bukanlah seorang ahli saintis; bidang utamanya adalah Usul Fiqh. Tetapi beliau berjaya menerangkan sesuatu fakta sains itu dengan begitu jelas dan bergaya sekali. Oh lupa pula. Kitab Tauhid Zindani merupakan sebuah kajian aqidah melalui perspektif sains dan al-Quran. Maknanya, Syaikh Abdul Majid Zindani membuktikan kebenaran ayat-ayat Allah melalui fakta-fakta sains. Makanya, secara tidak langsung beliau juga telah membuktikan kewujudan Allah dan kebenaran Rasulullah SAW sebagai utusan Allah. 

Dan Ustaz Syazalie berjaya menggarap isu ini dengan begitu cemerlang sekali. Dan anda tahu apa yang lebih pom pom pom tentang Ustaz Syazalie?  Beliau tidak pernah pun membaca Kitab Tauhid Zindani itu! Semua pengetahuan yang beliau lontarkan kepada kami adalah berdasarkan pengalamannya dan pembelajarannya secara terus daripada Syaikh Abdul Majid al-Zindani. Dia memang bertuah. Kami juga bertuah. Amat bertuah. =)

Saya sempat bertaaruf dengan Ustaz Syazalie dan perkenalan yang singkat itu menjadikan saya amat respek dan kagum pada personaliti ini. Merupakan bekas pelajar KISAS (SPM '96), Ustaz Syazalie melanjutkan pelajarannya ke Yemen pada tahun 2000 sebelum pulang ke Malaysia pada tahun lepas. Kini beliau merupakan seorang dai'e full-timer di Pulau Pinang. Saya memang sangat cemburu buta pada rakan-rakan saya di Penang Medical School seperti Sirri, Puchong dan Irfan kerana kini mereka di bawah jagaan dan tunjuk ajar Ustaz Syazalie.  Anda semua sangat beruntung tahu...?? Banyak juga topik-topik lain yang dibincangkan, dan setiap saat dan minit yang dihabiskan bersama Ustaz Syazalie, hati saya makin terpaut padanya. Wah!

Pernah suatu ketika, Ustaz Syazalie memberitahu saya, Dr. Yiu Qiu Wai pernah memberitahunya yang dia terlalu memanjakan rakan-rakan saya di Pulau Pinang itu sehingga mereka kini taksub kepadanya. Anda tahu apa jawapan saya kepada kenyataan itu?

"Ustaz kalau saya pun jadi diorang, saya pun mesti dah taksub juga!"

Tetapi di dalam hatilah saya berkata-kata...! Wahahaha..

Saya tidak sempat meminta email, nombor telefon dan Inche Mukabuku beliau kerana saya terpaksa balik awal malam itu untuk mengejar Inche Komuter yang tidak boleh diharap itu. Tapi saya berasa sangat gembira kerana tengah hari tadi, sedang saya mengecek Inche Mukabuku, saya dapati Ustaz Syazalie sudah pun menambah saya! ;D

Kini apabila difikirkan kembali, saya amat bersyukur kerana telah memaksa diri sendiri untuk pergi juga ke konferen di Serdang tersebut. Pada mulanya agak malas dan mencari-cari alasan juga kerana agak penat pada pagi itu; saya balik lewat dari Kolej Yang-namanya-dirahsiakan pada malam sebelumnya dan berlaku suatu peristiwa yang menyebabkan saya susah hati di Kolej Yang-namanya-dirahsiakan itu.

Tetapi alhamdulillah, segala puji dan syukur pada Allah yang memiliki hati dan ruh saya, kerana telah memilih saya untuk pergi ke konferen itu. Saya betul-betul gembira dan semakin bersemangat untuk terus menyebarkan agama Allah ini..! Allahu Akbar wallahu Musta'an..!

Dan kepada Ustaz Syazalie, boleh saya tubuhkan Kelab Peminat anda...?? ;)

-gabbana-

8 Caci Maki Puji Muji:

Mohammad Aiman 25/10/2010, 11:31  

post semua best2.. hahaha

Inche gabbana 25/10/2010, 14:21  

best ke..? hohoho.. mekaseh aiman. ;)

Anonymous 27/10/2010, 06:43  

syazalie79 (ym) ustaz.

Inche gabbana 27/10/2010, 09:01  

eh ni ustaz yg comment ke sapa ni..??

kalau ustaz, segan ah bc blog saya ni.... *merah pipi*

jzkk!

lampu-meja 03/11/2010, 00:34  

eh inche gabbana...
inche KTM baik la..hihihi
dia bleh berhenti walaupun dh brgrak utk mgmbil sy seorg shj...
baik kn? :)

tmpt kejadian ; serdang

P lagi 04/05/2011, 21:58  

bro,boleh kongsikan kebasahan tauhid zindani tu?sbb time kupas ngan adik2 trase kekeringan kekontangan pula.jzkk.

Inche gabbana 05/05/2011, 09:17  

lampu meja: biar btol.. itu kejadian pelik bin ajaib, hanya berlaku sekali dalam 10,000 tahun..! hehehe..

Inche gabbana 05/05/2011, 09:18  

p lagi: err.. secara jujurnya, saya pon tak brapa nak reti. anda kena bertalaqi ngan ustaz syazalie sendiri..! hihhi.. sorry ye!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP