26 October 2010

Konfesi Seorang Remaja Permaisuri Drama

Ok saya tahu tajuk post ni macam ntah pape ntah. Merepek dan kerepek. Tapi pernah ke saya tak ntah pape..? Selalunya memang saya gila-gilakan..? Wahahaha..

Ok tak lucu. ^^"

Saya dah lama terfikir pasal menatang ni. Eh, maksud saya, perkara ni.

Saya rasa hidup saya bosan. Macam robot. Hari-hari buat benda yang sama. Bangun pagi, solat subuh then bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Di opis, dari pukul 8.30 pagi sampai 5.30 petang saya terperap, kadang-kadang tu memang rasa macam ayam marinate BBQ. Kadang tu banyak kerja, tapi lebih daripada kadang-kadang memang takde kerja. Espeseli waktu pagi. Dah tu, kalau boleh pulak tulis post time-time camni, tandanya takde keja la tu ye tak..? Heh.

(Ok anda mungkin akan mengumpat dan mencaci saya dengan mengatakan kepada diri sendiri, leh, kalau dah takde kerja, pergi la cari kerja! Yang hang dok melangut bermimpi di siang hari tu buat apa..?? Kan..? Kan..?? Untuk mengelakkan anda berbuat dosa kering, biar saya jelaskan di sini. Selalu je saya pergi dan bertanya manusia-manusia yang berkenaan, kalau-kalau ada kerja yang boleh dibantu. Dan jawapan yang saya terima selalunya takde. Sekian terima kasih.) 

Kat opis pulak, kalau hari tak pose, pagi-pagi pergi bekfes. Kalau ada geng, bekfes ngan geng, Kalau takde, bekfes la sorang-sorang. Abes bekfes, masuk opis balik, gi pantry bancuh milo ke, neskepe ke, teh tarik ke. Jimat duit sket sebab free of charge. Kalau minum time bekfes tadi, dah kena bayar. Kenala kedekut. Ye la, kalau singgit lima posen sehari pon, kalau tiga puluh hari dah berapa..? Lepas la nak pi makan Chilli's ke, California Kitchen ke.

Then tunggu la sampai waktu lunch hour. Baru la rasa seronok sket. Dapat kuar gi makan luar ngan geng. Dapat rilek-rilek sket, regangkan otot-otot paha dan lutut yang dan lemah sebab dok lama-lama sangat. Abes lunch, gi surau sebab ada kuliah Zuhur setiap hari dibawakan kepada anda oleh AJK Surau. Eh. Selalunya saya terlelap je time kuliah. Tak tau la sebab kuliah tu boring bebenor atau saya yang terlalu penat. Tapi penat buat apa? Ish buruk betul perangai.  

Pas Zuhur masuk opis balik. Ha, time ni la selalunya baru ada kerja. Berlambak-lambak pulak tu. Kekadang tu tak paham dan tensen pon ada. Kenapa la tak bagi awal-awal pagi cik abang cik kak oi..? Pagi-pagi tu saya melangut tak buat apa, kan ke bagus dan enak kalau eksploit je saya habis-habisan..? Haish.. Tak produktif dan efisien la kalau macam ni.

Petang kalau saya berjaya siapkan kerja dengan cemerlang dan penuh bergaya, saya akan pastikan saya balik awal. Ye la, duduk lama-lama kalau takde kerja pon, nak buat apa? Setakat nak kipas punggung bos, tak payah la. By 5.45 tu selalunya saya tidak dapat lagi dikesan dalam lingkungan 1 kilometer radius. Tetapi pernah je balik pukul 8.30, 7.00, 6.00 dan sebagainya. Kira fair dan square la. Saya pon selalunya datang awal. Saya adalah seorang pekerja yang penuh berdedikasi dan komited. Wahahaha. Ptuih.

Malam pulak, kalau hari Selasa dan Khamis, dah ada date ngan Inche Nyamouq, rakan baik saya yang bekerja di Petronas Dagangan. Rabu dan Jumaat, ada bulatan riang gembira. Isnin malam je saya betul-betul percuma. Selalunya Sabtu dan Ahad malam pon dah ada pelan dan program. Oh orang glamor dan hot la katakan. *sila muntah darah* Semasa bulatan riang gembira sahaja saya rasa seperti bernyawa. Atau program-program hujung minggu yang segar dan menyegarkan. Wah!

Jadi begitulah kurang lebih rutin harian saya semenjak saya bergelar lelaki bekerjaya yang kacak dan tampan ini. Atau bak kata Inche Hamdan Paul Glitter, lelaki semasa yang bergaya (yang bergaya tu saya tambah sendiri).

Takkan saya nak terus menerus menjalani kehidupan yang bosan macam ni..? Tiada cabaran. Mandom. Statik. Tidak berkembang. Hampas. Macam robot. Kalau Robocop atau Cybercop takpe la juga. 

Jadi robot pon tidak sebosan ini. Et lis mereka tidak mempunyai perasaan. Haih...
Takkanla itu sahaja tujuan hidup saya di buka bumi galaksi bimasakti ini..?

Tiiiiiiidddddddddaaaaaaaaaaaakkkkkkkkk! Ok sila jangan over. Sekian terima kasih.


-gabbana-

12 Caci Maki Puji Muji:

hmdnzr 26/10/2010, 09:46  

owh puhlish-lah. bahaahhahaha
takde life pun tapi ada pendapatan. dari pelajar yang sedang bercuti sem. lagilah lifeless.

"Jadi begitulah kurang lebih rutin harian saya semenjak saya bergelar lelaki bekerjaya yang kacak dan tampan ini. Atau bak kata Inche Hamdan Paul Glitter, lelaki semasa yang bergaya (yang bergaya tu saya tambah sendiri)."

-owh tolonglah statement ada, rasanya mahu muntah hijau. sekius me bukan paul glitter. tetapi HAMDAN JEAN PAUL GLITTER-

N 26/10/2010, 10:48  

inche gabbana, memandangkan awak ni ada bakat dalam menulis. apa kata awak menulis buku. lepas tu dapat royalti duit juta-juta. boleh la pergi mengembara serata dunia, menambah ilmu dan pengalaman. mana tahu kalau ada rezeki boleh menang Anugerah Seni Negara :)

yeah, hidup macam robot memang tak best. harap2 berlaku lagi kejadian misteri, aneh dan magis dalam hidup anda

Mohammad Aiman 26/10/2010, 12:57  

jgn jadik robot1!

fill your life with something interesting. =)

Anonymous 26/10/2010, 13:10  

x nak...x nak jadi robot!!!
kene igt 2:30 slalu~~~
~SN~

Anonymous 26/10/2010, 14:27  

inche gabbaba..hurm..walaupun yang benar itu susah itu dikatakan..namun..hidup ana kat ofis mememang membosankan..owh..adakah saya juga akan begitu??harapnya tidak..ehehe..ape kate inche gabbana isi dengan bende2 yang berpekdah sket..mcm boleh solat dhuha ke...bace buku ke..(adakah seperti mencuri tulang??~weehee)atau anda boleh buat sesuatu yang menarik dengan komputer..berniaga secara online..etc2..(jadi anda akan nampak begitu rajin kerana khusyu' di depan komputer~~haha)..cubalah untk mewarnai hidup anda...all d best:D

Inche gabbana 26/10/2010, 14:38  

inche hamdan: tapi saya lagi suka dan rindu pada kehidupan seorang pelajar. sungguh nyaman dan fleksible. tak perlu pening2 kepala nak kena bgn awal dan sbgnya! haih..

oh saya tahu anda jeles sebenarnya. katakan sahajalah, saya tak marah.. wahahaha.. ;)

Inche gabbana 26/10/2010, 14:40  

N: Wah, betulkah anda berpendapat begitu..? tapi saya menulis untuk suka2 je N, mengurangkan tekanan minda dan santai2 je. Saya mmg suka menulis dan meluah perasaan!

Tetapi saya amat gembira mengetahui penulisan saya mendapat perhatian orang-orang seperti anda! ^^

p/s: N, terima kasih untuk harapan anda itu, tetapi kalau kejadian misteri dan magis itu bermaksud tahi burung dan lalat, saya kurang berminat.. -___-"

Inche gabbana 26/10/2010, 14:40  

aiman: betul betul. jgn biarkan diri kita jadi robot! kita adalah manusia yang punya tanggungjawab dan tujuan hidup! ;)

Inche gabbana 26/10/2010, 14:41  

SN: Saya pon tak nak! sebab tu sgt risau dan takut sekarang ini! haih...

Inche gabbana 26/10/2010, 14:42  

anonymous: sy sgt suka dgn cadangan dan pandangan anda itu! ;) dan alhamdulillah, mmg saya dah buat pun kebanyakan daripada cadangan anda itu.

tapi yelah, semuanya bergantung kepada diri saya sendiri sebenarnya, bagaimana saya mahu jadikan hidup saya lebih berwarna warni!

terima kasih! =)

buruh kasar 27/10/2010, 15:14  

slm en gabbana, selamat datang ke dunia berkerjaya yang selalunya hanya ada hitam putih.memang hitam putih sangat2 penting,kalau tidak xde bukti. sesaper nak beriye sgt nak kerja tu, ni nak bitau awal2, bersedia utk jadi mandom or robot x berjenama.nways, if dah byk sgt masa, i suggest u use the time utk update ur D&T- yg sebenarnya byk sgt yg kena fikir n kena buat. even abu darda' pesan suruh kita bertafakur selalu. n utk berfikir tue x perlukan apa2 kan, tetapi sgt memproduktifkan hidup anda.cubalah sebelum anda menjadi sibuk pagi dan petang.

-saya yang bekerja-

Inche gabbana 27/10/2010, 15:52  

inche anonymous, terima kasih atas nasihat anda yg sungguh mengoyakkan itu.

wuwuwuwu.. TT__TT

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP