Ini Sungguh Kool? Ini Sumpah Kool...!!
Penangan ISK. [Kredit] |
Alhamdulillah, dengan izinNya, saya diberi peluang untuk menyampaikan pengisian Ini Sungguh Kool (ISK) kepada beberapa orang kanak-kanak riang terpilih pada wiken yang lepas. Pengisian versi ala-ala ringkas tetapi padat dan manis lagi menyegarkan itu *koff koff masuk bakul koff koff* alhamdulillah berjaya disudahkan dalam masa satu malam dan satu hari.
Setiap kali saya diberi peluang untuk menyampai, espeseli pengisian seperti ISK, tidak boleh tidak, saya pasti akan terkesan sama. Bukan terkesan dengan pengisian sendiri (hohoho..), tetapi lebih kepada melihatkan respon dan maklumbalas yang diberikan oleh para peserta.
Ya benar, ISK itu tidak sempurna. ISK itu hanya wadah dan platform dalam satu cubaan untuk menyedarkan kembali ramainya anak-anak muda di luar sana yang bisa untuk tidur lena dalam keadaan kapal kuat bergoncang yang hampir karam. Maka dalam cubaan-cubaan ini, pastilah ada kelemahan dan kekurangan yang wujud padanya.
Saya tahu, ramai di luar sana yang anti-ISK. Ramai yang tidak terkesan apa-apa pon dengan ISK. Yang lebih menakjubkan lagi, ada yang sanggup pergi lebih batu (Baca: Go extra mile) untuk mencari tapak kaki Achilles pada ISK. Allah.. Takkan sampai begitu sekali..??
Anda patut melihat betapa ramai yang mahu berubah setelah disentuh dengan ISK. Anda patut menyaksikan berapa ramainya anak-anak muda yang selama ini hanya kenal apa itu DOTA, Korea dan Manga, kini sudah kembang-kempis hidungnya mahu melakukan sesuatu untuk ummah ini. Dan anda patut berasa malu dengan diri sendiri, anak-anak muda yang suatu ketika dahulu tidak kenal pon siapa itu Salahuddin al-Ayyubi, Saifuddin Qutuz dan Muhammad al-Fateh, kini sudah mampu mengalirkan air mata penuh keinsafan, yang benar-benar mahu bersama gelombang perubahan!
Saya sejujur-jujurnya amat cemburu tahap gaban dan cipan raksasa dengan mereka yang telah 'mencipta' dan mengadaptasikan ISK ini dengan kesesuaian jiwa anak-anak muda Malaysia. Allah.. Hanya Allah sahaja yang tahu sudah berapa tinggi dab banyaknya pahala yang telah mereka kumpulkan..! Setiap daripada hati-hati yang tersentuh dan dirasuk oleh perasaan mahu berubah, golongan awal yang menyebarluaskan ISK ini pasti akan mendapat sahamnya..! Saya sumpah cemburu tahu...??
Kepada anda di luar sana yang masih skeptikal dengan ISK, lihatlah ia dengan mata hati anda, yang bebas daripada perasaan hasad, ego mahupon takabbur; merasakan diri sendiri jauh lebih bagus dan semua yang lain salah dan tidak betul. Lihatlah ia dengan pandangan mata burung yang sedang terbang bebas di langit, melihat secara keseluruhan dan tidak pada juzuk-juzuk tertentu. Lihatlah ia dengan ikhlas dan benar-benar dengan jiwa yang mahu mencari kebenaran. Insha-Allah, anda akan dapat merasai keajaiban ISK. Senyum.
Saya..? Saya percaya ISK hanyalah alat untuk mencapai tujuan yang lebih besar dan utama. Dan mungkin suatu hari nanti, ISK tidak lagi relevan untuk digunapakai. Tetapi sehingga ke saat itu, saya akan tetap akan berpegang padanya kerana saya yakin, ISK adalah pemudahcara untuk saya menyentuh hati-hati yang dahagakan sesuatu yang dapat membasahkan jiwa mereka. Bunyinya seperti taksub bukan..? Wahahaha. Bukan taksub, tetapi hanya mereka yang benar-benar pernah merasai penangan ISK dapat memahami pendirian saya ini. Kerana sesungguhnya ISK - Ini Sungguh Kool!
Silap. Sungguh adalah bawah kenyataan (Baca: Understatement) buat ISK yang telah begitu banyak berjasa dalam menjerat ramai orang masuk ke dalam jalan yang sumpah panjang ini.
ISK - Ini Sumpah Kool..!
Senyum kenyit mata.
Berada dalam keadaan sibuk tahap Suria Perkasa Hitam sekarang ini. Artikel ini sepatutnya diterbitkan pada malam Ahad yang lalu; sehingga kini baharulah saya berupaya untuk menyudahkannya.
Doakan agar saya dapat terus istiqamah berkarya dalam menyampaikan risalahNya, biidznillah.