11 April 2011

Kadangkala Tarbiyyah Boleh Datang Dalam Bentuk Game Juga #2

Semalam saya ke Kolej Yang-Namanya-Dirahsiakan untuk sesi bulatan gembira buat sekian kalinya. Alhamdulillah, semakin berbulatan gembira bersama mereka, semakin produktif dan efektif dirasakan. Ukhuwwah yang dirasakan juga semakin rapat dan mantop. Itu tidak lain hanyalah kurniaan dan nikmat daripada Allah SWT. Jadi, terima kasih banyak-banyak Ya Allah..!

Percayalah, berbulatan gembira memang sungguh menggembirakan! [Kredit Gambar]

Tetapi ada satu perkara yang amat perlu saya muhasabahkan; post-post yang saya tulis di dalam belog ini. Rupa-rupanya, hadek-hadek Kolej Yang-Namanya-Dirahsiakan juga turut mengikuti perkembangan belog marhaen ini. Makanya, apabila saya ingin mengkuot kata-kata atau tulisan saya daripada belog ini, kebiasaannya mereka sudah dapat meneka atau mengagak apa yang bakal saya katakan. Sungguh hampagas dan anti-klimaks. Peluh.

Contohnya semalam, saya bawakan tadabur surah as-Saffaat, sebijik-sebijon macam yang saya tulis dalam post 'Kalau Tak Mampu Jadi Pembuat Minyak Wangi, Berkawanlah Dengan Pembuat Minyak Wangi!'. Belum apa-apa lagi beberapa orang hadek-hadek sudah tersenyum lebar, mengetahui apa yang bakal saya katakan. Hadohai. Tetapi mujurlah mereka ni hadek-hadek yang baik lagi bersopan-santun; sayugia tidak pula mereka menyampuk atau mengambil isi-isi penting saya. Wahahaha.. Bagus bagus. *usap rambut hadek-hadek* Jelir lidah sambil mengenyit mata.

Apa-apa jalan, semalam sebelum membentangkan tajuk kedua dalam bab Iman daripada himpunan khutbah Jumaat Abul 'Ala a;-Mawdudi (Dasar-Dasar Islam), saya telah menganjurkan temasya permainan bulatan gembira bagi meregangkan otak mereka yang mungkin sudah tepu akibat tadabur surah as-Saffaat yang zaaasss lagi membakar jiwa sehingga hangus dan rentung. *koff koff*

Anda yang mengikuti belog ini sejak zaman Paleolitik dahulu mungkin masih ingat post 'Kadangkala Tarbiyyah Boleh Datang Dalam Bentuk Game Juga' di mana saya berkongsi satu permainan lembut (Baca: Soft game) yang amat gembira untuk dimainkan di dalam bulatan gembira. Dan pengajaran daripada permainan tersebut saya tulis di dalam post 'Inche, Boleh Tunjukkan Arah Qiblat?' 

Alhamdulillah, respon daripada para pembaca amat mengujakan. Ada juga di kalangan anda yang cukup berani untuk mencuba permainan tersebut di dalam bulatan gembira masing-masing. Syabas, tahniah dan terima kasih diucapkan..!

Jadi saya rasa ada baiknya sekiranya saya berkongsi permainan yang kami mainkan di dalam bulatan gembira semalam, dengan harapan dapat membantu anda semua untuk menjadikan bulatan gembira anda lebih bermakna dan of kos, lebih gembira. Wah! Insha-Allah..

Tetapi sebelum saya kongsikan cara-cara dan pengajaran daripada permainan ini (kali ini saya tidak sekeji dahulu dengan menangguhkan pengajaran permainan), izinkan saya untuk memberi amaran separa keras tentang konsekuensi dan kemungkinan akibat daripada bermain permainan ini. Permainan ini sekiranya dimainkan untuk suka-suka sahaja dan bukannya diniatkan ikhlas untuk Allah, Islam dan dakwah (Hohoho..) pasti akan menjadi sangat lagho dan huhahuha. Kerana permainan ini memang amat seronok dan mengujakan untuk dimainkan dan amat mudah untuk larut dan hanyut di dalam permainan ini.

Dan ini amaran sangat keras pula. Permainan ini juga boleh menjadi kotor dan err, tidak berakhlak mulia apatah lagi menepati adab-adab ketimuran sekiranya para pemain bermain mengikut nafsu dan semata-mata untuk bersuka-suka jom henjoy dan gelak ketawa hey! Maka perlu diingatkan dengan tegas bahawa sekiranya anda sebagai habang-habang dan hakak-hakak ingin bermain permainan ini di dalam bulatan gembira anda, anda perlulah memainkan peranan anda dengan sebaiknya agar permainan ini tidak pergi atas papan (Baca: Go overboard) dan dipenuhi dengan dosa dan noda.

Dan sudah semestinya Inche gabbana tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kasualti mahu pon kemalangan jiwa dan emosi. Anda nak main, itu hak anda tapi apa-apa yang tidak diingini berlaku, sila tanggung sendiri sekian terima kasih. 

Amacam? Cuak tak..? Wahahaha..

Ok mungkin saya terlalu serius di situ. Jangan khuatir, sekiranya anda ikhlas mahu bermain untuk mendapat pengajarannya demi dakwah dan tarbiyyah, pasti semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, Insha-Allah.

Ok begini. Permainan ini boleh dimainkan oleh seberapa banyak orang pon. Yang anda perlukan hanyalah kertas dan pen. Cara-cara bermain permainan ini adalah seperti berikut:

  1. Duduk di dalam satu bulatan yang tak berapa bulat, mungkin berbentuk lonjong atau sfera juga boleh diterima. Hehe..
  2. Sediakan kepingan-kepingan kertas yang kecil; tidak terlalu kecil sampai tidak boleh ditulis apa-apa di atasnya dan tidak terlalu besar juga. Kalau nak mudah, kalau kertas A4 tu lipat empat kali. Kiranya ada enam belas kepingan kecillah.
  3. Berikan satu keping kertas tadi kepada setiap pemain. Setiap pemain memerlukan sebatang pen atau pensel atau pensel tekan atau bulu ayam yang dicelup dakwat. Wah!
  4. Arahan pertama: Tulis nama individu/watak/personaliti di bahagian atas sekali kepingan kertas tersebut. Posisi kertas adalah menegak. Jangan tulis terlalu besar kerana ada tiga lagi perkara yang hendak ditulis. Cukup sekadar dapat dibaca. Conoth nama yang boleh ditulis: Mahathir, Napoleon Bonaparte, Inche Kasim, Rafidah Aziz dan sebagainya.
  5. Arahan kedua: Lipat kertas tersebut cukup-cukup untuk menutup nama yang sudah ditulis. Jangan lipat besar-besar kerana masih ada perkara-perkara yang perlu ditulis di bawah lipatan tersebut. Seusai melipat, pass kan kepingan kertas tersebut kepada orang sebelah, tak kisahlah arah jam atau lawan jam.
  6. Arahan ketiga: Kini sepatutnya setiap pemain memegang kepingan kertas rakan sebelahnya tadi. JANGAN BUKA lipatan tadi dan biarkan sahaja lipatan tersebut. Sekarang tulis pula satu bentuk perbuatan yang dimulai dengan imbuhan 'me' di depan, DI BAWAH lipatan kertas tadi dan BUKAN DI ATASNYA. Contoh perbuatan: MEmukul, MEmbaca, MEncukur, MEngundi, MEmijak, MEngusrahkan dan sebagainya. (Nota: Di sinilah permainan ini boleh jadi sedikit kotor dan nakal. Amat penting untuk anda mengawal pemboleh ubah ini. Hoh.)
  7. Langkah yang sama; lipat bahagian yang tertulis perbuatan itu dan passkan pada orang sebelah anda. Sekiranya tadi anda pass mengikut arah jam, maka ikut arah jam sampai habis bermain dan begitu juga sebaliknya.
  8. Seperti sebelumnya, jangan buka lipatan (kini sepatutnya sudah ada dua lipatan) dan tulis pula satu anggota badan di bawah lipatan yang kedua. Tidak kiralah organ dalaman atau pon apa-apa sahaja asalkan ada kena-mengena dengan tubuh badan. Contoh: dagu, lesung pipit, rambut, bulu mata, pankreas, paru-paru, medula oblongata dan sebagainya. (Nota II: Sekali lagi, bahagian ini juga amat penting untuk dikawal agar permainan kekal bersih dan suci sepanjang masa)
  9. Lipat bahagian tersebut dan passkan lipatan tersebut. Akhir sekali, tulis satu lagi nama individu/watak/personaliti di bawah lipatan yang ketiga. Dan lipat dan passkan sekali lagi. 
  10. Walla! Permainan tamat.
Ya..! Begitulah permainannya..! Seronok kan...?? 

Permainan berasaskan kertas sememangnya mudah, murah dan simpel! Kool! [Kredit Gambar]
Err.

Err.

*krrikk kriiikkkk*

La, lepas tu kena buat apa Inche gabbana oii..??

Wahahaha.. Chill chill, jangan emo boleh tak..? Hihihi.. Selepas passing yang terakhir, buka lipatan dan baca ayat yang terhasil. Dan anda akan mendapati ayat-ayat yang super lucu dan mengarut dan ntahapehape dan ekele seperti ini:

  1. Najib Tun Razak membakar rambut Rosmah Mansor
  2. Pak Cik Semaun Osman menggaru usus besar Michael Jackson
  3. Barrack Obama melastik siku kiri Muammar Gaddafi
  4. Sharifah Aini menetak paru-paru Siti Nurhaliza
  5. Inche Buang Kasim memukul buku lali Benjamin Netanyahu
  6. dan sebagainya...

Mungkin tulisan saya tidaklah selucu yang sepatutnya. Tetapi tunggulah sehingga anda bermainnya nanti. Kompem menangis sampai keluar air mata bercucuran laju! Wahahaha..

Dan arahan dan prosedur permainan ini tampaknya seperti sedikit kompleks dan penuh dengan karenah birokrasi. Jangan risau, anda main dahulu dan biasakan diri anda dengannya, nanti alah bisa tegal biasalah tu. Hihihi.. 

Ok, berseronok-seronok juga, tapi apa pengajarannya Inche gabbana? Anda bertanya dengan rasa tidak puas hati kerana permainan ini yang akan menghasilkan terlalu banyak gelak tawa yang boleh membahayakan kesihatan manusia sejagat. Hoh. 

Sabar, sabar. Kan saya dah janji yang kali ini saya akan terangkan apakah pengajaran daripada permainan ini. Senyum sambil membuat isyarat 'peace.' Ok, sebelum saya bocorkan jawapan apakah pengajaran kepada permainan ini, cuba anda fikirkan dahulu apakah agak-agaknya pengajaran daripada permainan ini. Tak syoklah kalau saya suapkan terus pengajarannya kan..?? Saya bagi anda sepuluh saat untuk memikirkannya.. Mula dari... Sekarang..!

1...

2...

3...

4...

5...

6...

7...

8...

9...

Ok 10..!

Bagaimana..? Anda rasa-rasa apa pengajarannya? Inche pocong? Cucu Hj. Hassan? Bukan enonimus? SN..? Arissa Myana..? Payung kecil..? Cepat-cepat, siapa dapat jawab saya belanja gula-gula Fruit Plus sebijik..! Wahahaha.. 

Baiklah. Anda semua bersedia? Begini.

Dakwah dan tarbiyyah itu bersifat dinamik dan bukannya statik. Maka, secara fitrahnya, ia perlu dilakukan secara berjemaah, secara berkumpulan dan tidak boleh berseorangan. Setiap orang mempunyai keistimewaan, kelebihan dan kekuatan masing-masing. Dan sekiranya setiap kelebihan dan kekuatan ini dikumpulkan, digemblengkan dan dikerahkan dengan efektif dan efisien, pastinya satu pasukan dakwah yang hebat lagi mantop dapat diwujudkan.

Anda beritahu saya, ketika mula-mula bermain permainan ini, adakah anda dapat meneka yang bermula daripada satu nama individu sahaja, ia akhirnya berkembang menjadi sepotong ayat yang menarik dan lucu? Setiap daripada para pemain hanya menyumbangkan satu aspek sahaja, namun apabila setiap sumbangan ini dikumpulkan menjadi satu, sumbangan yang pada mulanya tampak seperti tiada apa-apa kini lebih bermakna.

Begitu juga dengan dakwah dan tarbiyyah. Ada yang berbulatan gembira, ada yang mendakwah fardhiah, ada yang menjadi penyampai, ada yang menyebarkan brochure dan pamphlet, ada yang mengumpulkan dana, ada yang pergi menuntut ilmu dan sebagainya. Sekiranya setiap aktiviti itu dilihat sebagai satu entiti, maka ia statik, tidak bergerak dan tiada signifikannya. Tetapi apabila setiap aktiviti itu dikumpulkan dan digerakkan di dalam satu organisasi, barulah setiap aktiviti itu kelihatan signifikan dan amat bermakna untuk menggerakkan dakwah dan tarbiyyah. 

Ada faham Inche-Inche dan Puan-Puan sekalian..?

Allah berfirman di dalam surah as-Saff,

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam saff-saff yang tersusun; mereka seakan-akan seperti sebuah bangunan yang kukuh."
[as-Saff, 61:4]


Eh, kita tak nak ke dicintai Allah..?? Ini Allah tahu..?? Kalau Allah cinta pada kita, pastinya itu suatu perkara yang sangat-sangat baik bukan..?? Lebih baik dan bagus daripada dunia dan seisinya..! Dan sudah semestinya jaaaauuuuhhhh lagi bermakna daripada janji-janji ahli politik ketika pilihan raya Sarawak ketika ini! Eh.


Berjemaah bukan di dalam solat sahaja, tapi di dalam dakwah dan tarbiyyah juga. Tapi kalau solat pon dah tak berjemaah... Zaaaaappp. [Kredit Gambar]

Ingat! No man is an island. Kita tidak mungkin dapat hidup berseorangan. Kita adalah manusia yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Sekiranya dalam organisasi biasa seperti di pejabat atau persatuan-persatuan lainnya kita mengakui kepentingan untuk bekerja sebagai satu pasukan, mengapa tidak di dalam dakwah..??

Sekiranya kita yakin bahawa di dalam menggerakkan negara mahu pon keluarga, setiap daripada ahli-ahlinya perlu memainkan peranan tersendiri kerana setiap peranan adalah signifikan, mengapa ketika berdakwah dan mentarbiyyah kita tidak menggunakan sifir yang sama..??

Uhm uhm, bagaimana..? 

Inilah pengajaran utama yang saya boleh kongsikan daripada permainan ini. Permainan ini tampaknya simpel dan seperti huhahuha sahaja bukan..? Tapi subhanallah, pengajarannya yang terkandung di dalamnya amat-amat bermakna.

Begitulah. Sekiranya setiap hari kita memakai kaca mata dakwah dan tarbiyyah, setiap apa yang kita lihat dan lakukan pastinya berpaksikan dakwah dan tarbiyyah juga. Neraca dan kiblat kita adalah Allah, Islam dan dakwah. Bukankah indah begitu..? Dan sekiranya hidup dan mati kita berneracakan dan berqiblatkan tiga perkara ini, Insha-Allah, nothing can go wrong.

Siapa tahu, mungkin selepas ini kita boleh mengutip buti-butir mutiara dakwah dan tarbiyyah yang cukup berharga daripada bermain guli, teng-teng dan zero point pula..?

Senyum sambil memakai cermin mata hitam yang kool lagi bergaya.

-gabbana-

28 Caci Maki Puji Muji:

cucu hasan 11/04/2011, 16:20  

assalamualaikum. haha. dah boleh agak tadi game apa. dah pernah main masa usrah dekat sekolah dulu. byk lg game yang lagi lagi lagi lucu dari ni tapi pengajarannya berunsurkan dakwah n tarbiyyah. tapi tak pandai nak cerita macam inche gabbana. ~,~

Zulkifli 11/04/2011, 18:04  

assalamualaikum.
aku silap dalam menjangka pengajarannya.
aku ingat pengajarannya ialah tarbiyyah dan dakwah tidak boleh dilakukan tanpa syura sebab akibatnya ialah kekeliruan dan ketidakefektifan sebagaimana yang ditunjukkan oleh kekosongan maksud pada ayat-ayat tersebut apabila kita tidak mengetahui dan tidak berbincang dengan rakan-rakan apakah yang akan ditulis terlebih dahulu.
bukankah pengajaran yang aku fikirkan ini agak bagus?
namun, encik ad, eh, encik gabbana punya pengajaran juga sangat baik.
sekian.

pocong 11/04/2011, 18:42  

ahhh...game jaman skola rendah dolu2...main ramai2,gelak kuat2 sambil lap hingus d baju...
mende2 cenggini banyak ibrah yg blh dpetik,tergantung dlihat dr kaca mata siapa,kaca mata hitam cool n bergaya inhe gab or lenses ori inche zul.sume pon btol n blh dtrime pakai.
s 4 me...lebih cenderung utk spendapat ngan inche zul d atas.D&T tidakk boleh jalan sendiri2 tanpa kerjasama anggota2nya,as in lipat kertas n tulis sendiri2 tanpa ada synergy dr section kertas yg lain.dats y ayat2 yg tbentuk jd lucu n x masuk akal.seandainya syura dlakukan,setiap perkataan tu akan berjalan seiringan dgn perkataan lain sehingga membentuk ayat yg logik n muantop choyy.rather,akan jadik 'najib mengusap rambut rosmah etc..
amacam?bergaya x?*menyerigai sambil pakai spek mata atok jaman 20an...*

SN 11/04/2011, 19:28  

salam

satu je nak ckp....sy suke spec mate dakwah n tarbiyyah sy :)

x nak buka speck mate special ni~~

p/S: sy x terfikir pon ibrah game adalh yg seperti inche gabbana explain dlm post ni....huhuhu

btw...tq

bukan enonimus 11/04/2011, 23:30  

salam alayk~

oleh kerana nama 'Bukan Enonimus' disebut dalam post kali ini, maka saya terpaksa guna kembali nickname ini utk comment post inche Gabbana yg terbaru. hehe :D

apabila membaca step2 utk game ini, saya boleh menjangka apa akan berlaku pada endingnya, kerana pernah bermain game yg lebih kurang seperti ini..

tapi untuk memikirkan ibrahnya, tak terjangkau dek otak saya seperti yg inche Gabbana nyatakan.

jazakAllah khair atas perkongsiannya inche Gabbana..

ps : rasanya sudah lama kita tidak chit chat.. hoho

Mohammad Aiman 12/04/2011, 00:33  

salam...

Wah inche gabbana.. agak terbaik ini game wahahaha ^_^

btw, nak tanya skit.
ape cadangan eh untuk sy join mana2 bulatan gembira..

duduk kat miat ni (ok fine. kadang2 sy berdiri jugak)
jarang bebenor nak dapat apa2 program yang mengisi jiwa dan raga serta basket2 badan ni..
terasa kosong. duduk kat miat just isi otak (skali lagi, kadang2 sy berjalan juga di miat)


ada cadangan? usrah kat sini xdo ler T_T
nak wujudkan tak pandai

Inche gabbana 12/04/2011, 08:58  

cucu hj. hassan: aaahhh.. kalau mcm tu share la ngan saya! nnt sy boleh tolong ceritakan ntok anda..! Hihihi.. ;)

Inche gabbana 12/04/2011, 09:09  

zulkifli: wah wah! saya sgt suka dgn anda...! pengajaran anda juga amat bergaya! it does make sense!

pasni kalau nak main game ni, boleh bg dua pengajran sekaligus! walaweh..! jzkk!

p/s: cis, ada cubaan untuk mendedahkan identiti inche gabbana di situ... -___-"

Inche gabbana 12/04/2011, 09:11  

pocong: ^__^" tak tau nak komen apa. tp sy rasa anda patut ada belog sendiri lah. sbb tulisan anda selamba dan boleh tahan bergaya (tetapi of kos la tak sebergaya Inche gabbana kan..?? Wahaha..)

ke anda dah ada dah..? boleh la lepas ni saya pulak yg komen byk2 di belog anda..! hohoho..

Inche gabbana 12/04/2011, 09:12  

SN: alhamdulillah.. tp jgn complacent tahu..? dan kena selalu lap cermin mata tu, supaya tak kotor dan ditutupi dengan debu dan habuk! ;)

sama-sama. my pelasure. ^^

Inche gabbana 12/04/2011, 09:13  

bukan enonimus: sbb nak tebus balik ari tu, waktu dedahkan identiti anda.. hohoh..

ok, kalau nak main dalam bulatan gembira anda, jgn lupa pengajaran yg Inche zulkifli dan Inche pochong kongsikan tu.

selamat mencuba! ;)

Inche gabbana 12/04/2011, 09:16  

aiman: :O eh bukan ada ke kt MIAT..? MIAT ada satu je kan..? Yg dkt ngan KTT tu kan..? Takde eh..?

cuba tanya abg anda bagaimana cara2 nya untuk berbulatan gembira. pasti dia ada kontek atau tahu cara2nya..! ;)

pada masa yg sama, IAllah saya akan cuba bantu mana yg mampu.. ^^

arissa myana 12/04/2011, 10:31  

assalamualaikum wbt...

wahhh ni dh kne mentioned ni, kena komen la juga, even initially nk simpn dlm hati je. err ok :)

sparuh jaln bace dh mula brcakap sndiri: sah2 ni mmg boleh melaghakan kalau tak terkawal keadaan ni... so ur amaran keras di atas mmg sgt3 make sense...

tpi bc smpi bwh.... hehh ^^ menarik2... MESTI mahu cuba! (inshaALLAH)
sbb x smpi 10 saat pn, x dpt nk figure out pengajaran utk game ni, inche pocong dn inche zulkifli mmg sgt produktif! eh.
wahhh... rasa smakin trbuka dn positif dgn yuyu-life ^^

JZKK dn smoga dpt trus memanfaatkn diri utk org lain dn diri sndri juga inshaALLAH ^^

Al-Mufakkir Hamidi 12/04/2011, 11:17  

Assalamu'alaikum.

ketika mana inche gabbana bagi 10 saat utk fikir ubrah, ana cuba perah otak, keluarkan apa yang patut. Dan bila dah dapat, ana keep dalam otak jap. Baca apa kata inche-inche dan puan-puan sekalian. Habis baca semua ibrah dari inche gabbana anda the geng. Tiba-tiba terlupa pula apa yang ana simpan tadi.

Duduk bertapa kejap. pikir. pikir. pikir. Maka Alhamdulillah. teringat balik.

*senyum.

-----

bagi ana, ibrah yang ana dapat ialah: manusia tu sangat sedikit ilmu dan sangat sempit pemikirannya dunianya. apabila dia bersama-sama dengan kawan@teman lain, barulah minda dan otak dia terbuka.

Dari situ, apabila kita bergabung dengan kawan@teman, kita akan melihat sesuatu yang lebih bersar (yang kita tak terjangkakan dek di akal).

Seperti mana yang kita tahu, orang hidup di bandar, akan melihat orang kampung tu kotor-kotor, plus jijik, tambah tak open-minded, serta buta IT.

Tapi orang kampung pula tengok orang-orang bandar ni penakut, sombong, tak boleh hidup susah, cakap besar, badan tak berotot, tak boleh makan kaki ayam, mandi perigi pun tak tahan sejuk, lemah dan macam-macam lagi.

Tapi, bila kita masuk bergabung dalam satu kumpulan atau bulatan gembira, kita akan lihat ada orang kaya plus orang miskin, orang kampung plus orang bandar, maka orang bandar akan melihat kehidupan orang kampung yang sebenarnya penuh dengan kenikmatan alam. Dan orang kampung melihat orang bandar ada nilai-nilai kemajuan.

Dari situ, otak orang kampung berkembang pesat dari kampung ke dunia semesta, dan otak orang bandar semakin sedar, bahawa dunia yang besar ini bermula dari kehidupan kampung yang menghijau yang cantik, dan disebabkan ada penternak ayam yang berasal dari kampung la, baru dia boleh menikmati hidangan Nasi Ayam!

phuih... panjangnya. Disingkatkan: bila kita berseorangan, kita akan rasa kita yang terbaik, dan menganggap orang lain bodoh. Tapi bila kita bersama yang lain, kita akan dapati kita yang bodoh sebenarnya.

*lebih kurang macam ibrah dari inche ad, eh inche gabbana. hehe. just eloboration from my kaca mata dakwah abang Hamidi. hehe sekali lagi.

ok lah.
selamat berbulatan gembira. ana rasa nak main game ni la, sebagai game penutup sebelum universiti kami tutup pintu untuk sem ni.

Syukran akhi.
Assalamu'alaikum.

pocong 12/04/2011, 18:00  

blog sendiri?terlalu leceh utk menten dan kurang kreatif utk menulis.jd lebih suke menyemak d blog org,esp yg sefikrah n menggunakan bahasa santai spt inche ad, err inche gabbana (nak tersyasyul macam org lain jugak)stlh penat bersyadid ria dgn mamalia yg syadid (barakallahu alaihum)
jd,d sini la ambo ber-mini-blog-ria.hoyeah!
(cubaan episod ke2 untuk menggulingkan inc gab dr blog beliau,muahaha)

bukan enonimus 12/04/2011, 20:18  

inshaAllah, saya tengah bercuti sekarang ni. tunggu dalam 3 minggu lebih lagi utk berjumpa dengan hadek2 saya di universiti-yg-dirahsiakan.

wah, ada cubaan utk menggulingkan inche Gabbana ke?

saya xnak laa balas dendam walaupun dah terbongkar id

Inche gabbana 13/04/2011, 09:29  

arissa: haha.. nnt dah cuba dalam yu-yu anda, sila kongsikan apakah responsnya ya..? ;)

barakallahu fik..

Inche gabbana 13/04/2011, 09:30  

hamidi: woah,pjgnya komen anda! boleh buat satu post lagi ni! Hehehe..

ok, tak kisahlah apa2 pengajaran pon, asalkan dapat ibrah yg berbentuk dakwah & tarbiyyah. barulah kool..!

ok, selamat mencuba! semoga taklagho sgt nnt..! Hehehe...

Inche gabbana 13/04/2011, 09:31  

pocong: -____-" anda ni sgt riang gembira kan..? sy sgt teringin berjumpa anda lantas menyekeh kepala anda dengan penuh sopan santun dan berakhlak mulia..!

hoyeeaaahhh...! xp

Inche gabbana 13/04/2011, 09:31  

bukan enonimus: hahaha.. aik, marah lagi ke..? ;p

oh lamanya cuti. takde prog2 tarbawiyy ke sepjg cuti ni..?

bukan enonimus 13/04/2011, 09:51  

hoho, xde nye nak marah.. x baik berdendam dgn ikhwah ni =P

cuti saya sekejap je kalau nak compare dgn student u laen. program? entahlah. kalau bulatan gembira tk de la kot, tp kalau daurah xtau laa. x dapat khabar berita lg. =(

pocong 13/04/2011, 17:20  

hahahahhh,terbaekkk...
satu hari nanti d padang mahsyar ins allah kte akan dketemukan (smg brada d haluan kanan bersama rasulullah)
beskan,sekeh menyekeh dgn penuh adab kesopanan budaya timur ^^ u rock bro!!!

Inche gabbana 13/04/2011, 17:26  

bukan enonimus: woah, kalau cmtu ngan bukan ikhwah boleh berdendam la eh..? hohoh..

wah! takkan anda nak tunggu daurah tu jatuh paaap atas paha anda..?? andalah yg kena cari sendiri..! jom jom jom..! xD

jgn biarkan kelalaian dan jahiliyyah menguasai diri di waktu cuti!

Inche gabbana 13/04/2011, 17:26  

pocong: err.. taknaklah jumpa di padang mahsyar. nak jumpa kt sorga terus. boleh tak..? ;) peace.

pocong 13/04/2011, 17:44  

syurga?amiiinnnn...
tp sy ni x sebaik alim ulama yg djamin syurga.kne tol d pdg mahsyar dlu.dosa btimbon bro...harap rahmat kasih sayang allah yg melimpah ruah,smg he spare some teeny weeny bit on me.amiin.

Inche gabbana 13/04/2011, 22:31  

hoyeaahhh...! ^^v hehe.. amiin ya rabbal a'lamin...!

taqabalallahu minkum!

just in time 07/05/2017, 18:08  

Nak tahu boleh tk

Anonymous 18/02/2020, 11:50  

izinkan saya utk pkai game ini...

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP