Baihaqi - Inikah Pengakhiran?
[Kredit] |
"Anda, kalau saya mati awal, mati dahulu daripada anda, macam mana..?"
Mariah terkejut. Dia menjeling tajam Syurahbil. Mencebik.
"Eh anda nak makan saya ke..? Ahahaha.. Eh tak, seriyes ni. Kalau saya mati syahid ke, apa ke, anda pernah fikir tak apa yang anda nak buat nanti..?"
Mariah menghadiahkan tenungan maut kepada Syurahbil. Diangkatnya kening sebelah kiri. Kelihatan bergetar-getar bibirnya, seolah-olahnya cuba menahan sesuatu keluar daripada mulutnya.
"Why..? Why did you ask that..?"
"Saja. Nak bagi anda prepare la for the unexpected. Sebab nyawa tu kan Allah yang pegang..? Saya ni pinjaman je kat dunia ni. Allah bagi pinjam saya pada anda. Bila-bila je dia boleh tarik balik.."
"Memanglah, tapi tak payahlah.."
Syurahbil segera memotong kata-kata Mariah.
"Tak payah apa..? Tak payah nak bincang..? Tak payah nak fikir..? Kenalah anda. Orang-orang mukmin sentiasa mempersiapkan dirinya untuk segala sesuatu. Expect or unexpected. Dan anda nak jadi orang mukmin kan..?"
Syurahbil tersenyum nipis. Dipandangnya isterinya itu dengan penuh perasaan belas dan sayang.
"Saya nak anda tahu sesuatu. It's really hard for me to say this. Tapi.."
Anak mata Mariah membesar. Hatinya berdegup kencang. Matanya mula bergenang.
"Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah... Orang tak cakap apa-apa lagi dia dah nangis..! Haihhh..
Mariah tergelak kecil. Dia segera mengelap matanya dengan hujung bajunya.
"What..?"
"Kalau.. Kalau saya.. Mati dulu daripada anda... Hmmm... As much as I want you to be my ketua bidadari kat sorga nanti, hmmmm..."
Syurahbil menghela nafasnya.
"As much as I love you... As much as I want to own you... Tapi.. Tapi.. Untuk tidak berlaku zalim pada anda.. Kalau saya mati dulu... Err.. Saya.. Nak.. Anda.. Kahwin.. Lain..."
Mariah tersentak. Seperti ada orang yang mencucuh senapang Tazer ke tubuh badannya. Kedua-dua keningnya terangkat tinggi. Matanya membesar dan mulutnya sedikit terlopong. Dia memandang Syurahbil dengan penuh perasaan tidak terpercaya.
Mariah bingkas bangun dan meluru ke kamar tidur di tingkat atas. Ketika pantas menaiki tangga, dia sempat menoleh ke arah Syurahbil yang tampak kaget dan terkesima. Dia mengetap kuat bibir bawahnya. Tampak jelas raut kecewa, marah, sedih dan geram pada wajah Mariah. Air mata bercucuran laju di pipinya.
"Sayang.."
Mariah pantas meneruskan perjalanannya.
Thhhaaaaammmm. Pintu bilik dihempas kuat.
***
Berpinar-pinar mata Mariah sesuai meletakkan gagang telefon. Loya. Dia segera meraba-raba kerusi untuk didudukinya dengan tangan kirinya, manakala tangan kanannya memicit-micit kepalanya.
Tendangan bertalu-talu makhluk kecil di dalam perutnya langsung tidak membantu keadaan.
Mariah seperti tidak percaya dengan panggilan yang baru diterimanya. Dia tidak mahu percaya. Air mata sudah mula membasahi pipinya. Terngiang-ngiang kata-kata Syurahbil beberapa bulan yang lalu:
"Kalau saya mati dahulu, macam mana..?"
Sejak identiti Syurahbil berjaya dibongkar Mariah, perhubungan suami isteri mereka tidak sama lagi.
Pada mulanya, agak sukar Mariah menyesuaikan diri. Malah dia menyimpan rasa dengan Syurahbil kerana merasakan tertipu dengan topeng yang dipakainya. Selama setahun hidup bersama, tidak pernah sekali pun Syurahbil memberitahu apa-apa tentang aktiviti gelapnya itu. Malah, memberi isyarat rahsia pun tidak pernah! Masakan seorang suami boleh begitu berahsia dengan isteri sendiri..?? Apatah rumah tangga yang dibina bukannya seperti rumah tangga biasa; tidak dibina atas dasar nafsu atau kepentingan diri, tetapi didirikan untuk kemaslahatan tarbiyah dan dakwah! Sukar untuk Mariah menerima hakikat, bagaimana seorang akh yang begitu cintakan agamanya, boleh berahsia dengan zaujahnya yang berada di dalam kapal sama.
Belum lagi diambil kira cemburunya sebagai seorang isteri, bersuamikan seorang selebriti! Walaupun tidak ramai yang mengetahui identiti sebenar Syurahbil, itu langsung tidak menenangkan jiwa Mariah yang bergelora. Setiap kali ada wanita yang memandang suaminya, terutamanya yang bertudung labuh, pasti Mariah akan panas punggung. Setiap kali Syurahbil dijemput menjadi penceramah memberikan pengisian, pasti Mariah akan menyiasat dan bertanya dahulu siapakah para hadirin yang akan menghadiri ceramah itu; risau benar dia kalau ada mana-mana akhawat yang jatuh hati dengan suaminya itu!
Timbul rasa sesal di dalam hatinya kerana mengetahui identiti sebenar Saudagar Sorga. Rupa-rupanya sukar juga bersuamikan seorang yang popular ini!
Namun lama-kelamaan, berdikit-dikit, Mariah semakin boleh menerima hakikat bahawa Syurahbil dan Saudagar Sorga adalah orang yang sama. Malah, dia semakin menghargai fakta itu. Sekiranya dahulu dia terlalu memuja penulis blog Dalam Hati Ada Bunga itu, merasakan dia adalah seorang jejaka yang sempurna dan tiada cacatnya, mengenali Syurahbil sebagai Saudagar Sora telah melenyapkan legenda urban itu.
Syurahbil adalah seorang manusia biasa. Begitu juga dengan Saudagar Sorga. Kadang-kadang dia terlajak juga menunaikan solat Subuhnya. Kadang-kadang pulang dari kerja, dia mencampakkan sahaja begnya merata-rata. Kasut dan selipar kadangkala dibiarkan bercampur aduk begitu sahaja. Selepas minum dan makan, kadangkala dia tinggalkan sahaja gelas dan pinggan yang tidak berbasuh di dalam sinki. Selepas mandi kadangkala tualanya tidak disidai dengan rapi. Tidurnya berdengkur dan keluar air liur basi. Gelaknya kuat dan kadangkala terkentut-kentut di dalam kereta.
Awalannya memang sukar Mariah untuk menerima semua itu. Disangkanya Saudagar Sorga adalah malaikat yang turun dari syurga. Dijangkanya Saudagar Sorga adalah manusia sempurna, seratus-peratus salinan dan manifestasi daripada tulisannya setiap hari. Mengenali Syurahbil sebagai Saudagar Sorga banyak memberi pengajaran yang berguna kepada Mariah tentang kehidupan seorang makhluk bernama manusia.
"Anda tahu tak sayang..?"
"Hmmm..?"
"Kenapa lepas setahun saya baru nak cerita pada anda pasal diri saya?"
"Uh oh. Kenapa..?"
"Hmmmm. Manusia."
"Manusia..?"
Syurahbil mengangguk.
"Haah, manusia. Walau hebat macam mana manusia tu sekali pun, sedar atau tidak, suka atau tidak, dia amat mudah menghakimi seseorang itu berdasarkan kulit luaran dia. Kita tak nak makan kacang yang kulitnya nampak buruk dan tak cantik, walaupun isinya lazat dan rangup. Kan..?"
Mariah memandang ke atas, sambil mulutnya sedikit herot. Konon-kononnya sedang berfikir. Syurahbil segera mencubit pipi isterinya sambil tertawa kecil.
"Yalah anda. Manusia! Sebab tu saya saya nak anda kenal saya sebagai siapa diri saya yang sebenar, sebelum anda kenal saya sebagai si saudagar yang memperdagangkan saham-saham sorga!"
Kedua-dua mereka tertawa bersama.
Sejak itu mereka semakin rapat dan semakin memahami. Bibit-bibit cinta mula mekar di dalam hati. Buat pertama kali Mariah dapat merasakan betapa indah dan manisnya cinta. Apatah lagi apabila ia didasari dengan cita-cita dan impian untuk memburu redha Allah bersama. Sudah terbayang-bayang dalam kepala Mariah, suatu hari nanti mereka akan berlari-lari gembira di dalam syurga. Saudagar Sorga dan Puan Saudagar Sorma. Bersama. Berdua.
Malah dia semakin hormat pada Syurahbil. Setiap kali Syurahbil menghasilkan penulisan yang baru, pasti Mariah akan tersenyum sendirian kerana dia kini amat mengenali suaminya itu. Luar dan dalam. Dia amat faham setiap bait kata yang diungkapkan putera jantung hatinya itu. Setiap kata yang berbaur semangat dan tekad yang tinggi, Mariah turut dapat merasakannya. Setiap kata yang menghamburkan kesedihan dan penyesalan, Mariah turut berkongsi penderitaannya.
Yang paling Mariah kagumi adalah sikap Syurahbil yang tidak suka membawa kisah rumah tangga mereka ke dalam alam maya. Kadang-kadang adalah Syurahbil selitkan sedikit kisah rumah tangga mereka di dalam penulisannya, namun jarang sekali asam garam rumah tangga mereka dijadikan sebagai topik utama. Apatah lagi ego seorang lelaki amat sukar untuk diduga. Boleh sahaja Syurahbil mahu menceritakan kisah rumah tangga mereka, terutamanya di hari-hari awan berarak mendung matahari malap sahaja sirnanya. Namun syukur, Syurahbil bukan begitu orangnya. Tidak pernah sekali pun Mariah diaibkan di dalam blog Dalam Hati Ada Bunga, meskipun tidak ramai yang tahu siapa Puan Saudagar Sorga.
Mariah lebih selesa begitu. Baginya, biarlah kisah suka duka mereka menjadi rahsia intim antara mereka berdua sahaja. Biarlah hikayat cinta lara mereka berdua diabdikan untuk buku cerita bacaan mereka sahaja.
Rumah tangga mereka bertambah seri dan bahagianya apabila Mariah mendapat tahu yang dia mengandungkan anak pertama mereka tidak lama selepas ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama. Gembiranya Syurahbil bukan kepalang. Mariah masih ingat betapa terujanya Syurahbil mendengar berita itu sewaktu dia memberitahu suaminya yang baharu pulang dari kerja, sehinggakan jiran-jiran sebelah bergegas ke rumah kerana menyangkakan ada kes pecah rumah.
Dan Syurahbil sering mengusik Mariah tentang kandungan anak pertama mereka itu.
"Ohhh anda. Macam nilah.. Dulu dengan Syurahbil anda tak mahu beranak. Dengan Saudagar Sorga baru anda nak ye..?? Ohhh..."
Setiap kali Syurahbil mengusik begitu, pasti dia akan dihadiahkan dengan cubitan di perut oleh Mariah. Cubitan manja. Cinta.
Kini Mariah tidak pasti lagi dengan masa hadapan mereka. Dengan masa hadapan anak yang akan dilahirkan nanti. Mariah betul-betul tidak tahu. Buntu. Panggilan telefon tadi benar-benar telah memusnahkan segalanya.
Mariah memandang ke atas, seolah-olah mengharapkan belas kasihan dan penjelasan daripada Allah. Dikejapnya kelopak matanya kuat-kuat. Air matanya bercucuran laju, habis membasahi pipi dan baju.
Betapa dia mengharapkan yang ini semua hanyalah mimpi ngeri. Betapa dia mengimpikan yang dia masih nyenyak dalam lena, hanya menanti Syurahbil mengejutkannya untuk bangkit solat tahajjud pada Yang Esa. Lantas dia membuka matanya semula. Bukan, ini bukan mimpi. Ketika itu Mariah merasakan hatinya sudah layu dihancur lumat. Inikah pengakhirannya?
Terketar-ketar dia mencapai gagang telefon. Perlahan-lahan dia mendail.
Kosong. Satu. Tiga. Sembilan. Kosong. Kosong. Empat. Tujuh. Lima. Tujuh.
Nombor yang didailnya berdering. Tidak lama selepas itu kedengaran suara seorang wanita separuh abad menjawabnya.
"Yes, honey..?"
"Ma..."
Kedengaran suara esakan Mariah memenuhi ruang udara.
"Mariah..? You ok sayang..?"
"Maa... Syu.. Syurahbil.. Syu...rahbil ma..."
"Syurahbil..? Kenapa dengan Syurahbil..?? What's wrong..?"
Diam. Sedu-sedan.
"Syurahbil... Ma... He's gone..."
Senyap.
"Go.. Gone..? Gone to where..?"
Mariah hanya mampu memejamkan matanya. Dicubanya untuk menarik nafas di tengah-tengah dadanya yang sedang berombak.
Kalau saya mati dahulu, macam mana..?
***
"B, you dah fikir belum, nak bagi nama apa untuk anak kita ni..?"
"Ada la terfikir."
"Yeah..? Apa dia?"
"Uhmmm. Kalau perempuan nak bagi nama... Darra. Darra Wajihah Ok tak..?"
"Wow.. Not bad. Apa maksudnya..? Canggih sangat tu!"
"Not bad je..?? Penat orang fikir tau! Haish.. Maksudnya..? Ahhh.. Mutiara yang terhormat. Lebih kurang lah. Darra Wajihah binti Syurahbil. Pergh!"
Mariah tersenyum. Jelas gigi putihnya yang tersusun rapi. Keningnya turut tersenyum, tanda suka dengan cadangan Syurahbil.
"Kalau lelaki..?"
***
KUALA LUMPUR, 25 Mac - Seorang lelaki ditembak mati dalam sebuah kejadian rompakan di sebuah bank di Taman Melewati lewat tengah hari semalam. Lelaki tersebut, Syurahbil Ismail, 27 tahun, baru sahaja selesai urusan di bank tersebut ketika sebuah Pajero berwarna hitam berhenti di depan bank dan sekumpulan lelaki bertopeng menyerbu bank tersebut bersenjatakan senapang dan...
bersambung lagi...
-gabbana-
Tak pasti sama ada saya mahu menghabiskan cerita ini atau tidak. Respon yang saya terima ada bermacam-macam.
Doakan sekiranya menghabiskan cerita ini adalah yang terbaik untuk Islam, maka Allah akan berikan saya kekuatan untuk menyudahinya. Biidznillah.
Moga bermanfaat dan dapat tidur malam. Eheh.
Hak cipta terpelihara (C) 2012.
>> Baihaqi: Bahagian I
>> Baihaqi: Bahagian II
>> Baihaqi: Bahagian IV
>> Baihaqi: Epilog
19 Caci Maki Puji Muji:
penulisan yg buat org tertanya-tanya..
nice :)
rsanya, mcm Inche Gabbana prepare awal2 utk gbtau bakal zaujah dia spya x pk mcm Mariah (soe kalo tafsiran yg ntah apa2..)
~~
teruskan menulis!
Perghhh!!mantop inche gabbana^^>
Nak lagi..nak lagi!!
jgn la x sambung tulis, satgi ada yang terjun bangunan kang..
InsyaAllah inche gabbana dah leh selit2kan cerita yg ada explain unsur yang perlu ada dlm rumahtangga duat..boleh juga selitkan skil manegemen masa husben n wife yg dituliskan sebagai org yg disatukan untuk kemaslahatan tarbiyah dan dakwah.
Jika tidak, risau juga semua pembaca akn angau dengan penulisan yg agk cintun ni tanpa dapat relatekan semula dgn anasir2 keIslamikan dan KeDnTan sepertimana penulisan inche gabbana sebelum ini.
Sekian, moga Allah limpahkan kebaikan yg banyak kepada penulis sebenar APC, keluarga dan ahli jamaahnya..
Allahualam
~jantung turun naik nak tau ending camne..fuhh!!~
pastilah perlu teruskan.jangan buat orang terseksa jiwa dan raga.moga setiap yg ditulis mndapat keberkatan.
dah okay sikit dr yg lepas, dulu punya sangat2 mengarut..
p/s : kita mmg manusia, yg sering lakukan silap, tpi, ye lah, kita ni makhluk paling mulia yg Allah ciptakan, makanya fikir.... janganlah kerana rasa malas/walaupun xselalu(ss dalam citer tu), jadi fitnah dekat agama.
Penulisan cerita yang menarik. Teruskan penulisan anda ya ; )
sambung ye.... :) bak kata orang orang tua, jangan buat keje separuh jalan je... so terus kan lah penulisan tu.. ramai yg nak tahu kisah seterusnya...
salam.. :)
nk tau kalo laki name apa
mariah kawen lagi ke tak
sape yg bunuh syurabil
selmat ke tak mariah bersalin atau masa bersalin mariah mati pastu anak tu jadi yatimpiatu
rupa anak diorang mirip bapak dia ke
atau sume mati
Bunga-bunga cinta... layu di pusara
ikhwah tulis cerpen mengalahkan mengalahkan novel!
ala-ala romantik, tapi saya suka. Cliche2 sikit. Oh... My Gucci. osem la cerita ni. gaya bahasa bagus dan menarik.... Herm, kalau panjangkan cerita ni jadi bentuk novel pun lagi osem. Tapi, tak suka la yang ada meninggal-ninggal ni walaupun hakikatnya kena terima. :) takpe, keep up good work. May Allah bless all you do it. "Learn it, Loves it, Master it,"
ok jalan ceritanya mcm typical malay story sikit.. tapi yang typical tulah yang org suka baca. :)
keep menulis dan semaikan ilmu2 yg ada sbb ramai yang nk dibajai dgn ilmu2 itu..
May be blessed
pujian mematikan hati,
kutukan melemahkan semangat.
maka kat sini,
inche gabbana mari dengar 'ibu' mahu titipkan kata..
teruskan usaha menulis dengan lebih baik :)
sayanglah ape yg kite syg sementara ia masih ade.. ^^
hrmmm...teruskan sambungannya....moga Allah redha akan apa yang anda buat...teruskan menyentuh perasaan orang...
Dear APG,
kamu wajib sambung.
agar org lain boleh mengambil ibrah disebalik kesudahannyaaa. wohaa :)
:) setiap kali entri sambungan cerita ni timbul di newsfeed, saya akan cepat2 baca. kemudian, disusuli dengan komen2 kat bawah entri.
sejujrnya, banyak yang saya dapat daripada cerita ni. some people might say that some part of the story is ridiculous, but for me it is good enough to reach people understanding. maksudnya, org mudah faham dengan apa yg IG cuba nak sampaikan. kalau terlalu serius, mungkin org x mo teruskan baca. mcm mana?
:D btw, saya suka cerita ni (",)
Post a Comment