18 February 2014

Apa Yang Melayu Takutkan?

[Kredit]

Dalam kehidupan kita, ada banyak perkara-perkara yang kita takutkan atau risaukan. 

Boleh jadi perkara-perkara tersebut adalah benda-benda yang fizikal dan hidup seperti labah-labah berbulu sebesar tapak tangan, lipas yang menyusup masuk ke dalam telinga, kemalangan jalan raya dan terputus kepala, sedang berjalan untuk ke kantor tiba-tiba ada cermin tingkap terjatuh dan memotong otak kita atau seorang pembunuh bersiri yang gila tiba-tiba mengetuk pintu rumah kita.

Gasp. 

Dan boleh jadi juga perkara-perkara yang kita gerunkan/khuatirkan itu adalah sesuatu yang abstrak dan halus, seperti risau dibuang kerja, harga barang naik dan terpaksa menjual kereta Vios yang baru dibeli itu, gerun akan turunnya Dajjal sedangkan kita masih tidak bersedia dan prospek diserang penyakit-penyakit merbahaya seperti kanser, H1N1 dan sebagainya.

Jika difikirkan satu-persatu perkara-perkara yang menakutkan dan merisaukan kita, sudah pastilah kehidupan kita akan jadi sangat tertekan sehingga membuatkan rambut kita beruban dan memaksa kita untuk terjun banji ke dalam gaung. Begitu banyak dan mengerikan bukan..?

Lebih menarik sekiranya kita mengkaji dan membuat deduksi, apakah yang ditakuti oleh kebanyakan daripada rakyat Malaysia? Malah untuk lebih fokus dan menjadikan kajian kita lebih praktikal dan bermanfaat, kita kecilkan taburan subjek eksperimen khusus kepada masyarakat Melayu Muslim sahaja.  

Nah, apakah yang paling ditakuti dan digeruni oleh masyarakat Muslim Malaysia sehingga membuatkan mereka menggigil kepala lutut dan terkencing-kencing di dalam seluar? Mari kita lihat!

1. Babi
Entah mengapa, orang Melayu Muslim di negara kita begitu takutkan makhluk Allah yang satu ini. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan lembu pendek ini dikira sebagai tabu dan haram totok. Sekiranya mak atau kakak saudara kita terbeli kasut yang tapaknya diperbuat daripada kulit babi, itu adalah hari kiamat untuk mereka. 

Dan begitu mudah untuk membangkitkan kemarahan dan mengganggu jiwa masyarakat Melayu Muslim di negara ini, anda hanya perlu mencampakkan secebis/sepotong daging babi ke dalam masjid/surau yang berdekatan. Mahu lagi ekstrem silakan bawa kepala babi sekali. 

Arak? Tadehal. Zina? Biasalah tu. Judi? Eh, trend semasa kan..? Babi? HAAARAAAAMMMM!

Peluh besar.

2. Cina
Satu lagi perkara yang amat ditakuti dan menyebabkan fobia/trauma tahap gaban bagi masyarakat Melayu Muslim adalah kaum Cina. Kaum India ok, tapi kalau kalum Cina, kena hunus keris! Eh. 

Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kaum ini. Perompak harta negara la. Tak kenang budi la. Pendatang haram la. Semuanya tuduhan-tuduhan tidak berasas yang mampu mengganggu-gugat keaman dan kestabilan negara.  

Walhal kalaulah orang Melayu Muslim ini belajar sejarah dan mengkaji susur-galur Tanah Melayu dengan adil dan saksama, mereka akan mendapati keberadaan kaum Cina di negara ini adalah seawal penubuhan Kerajaan Melayu Melaka lagi. Malah antara teori kemasukan Islam ke negara ini adalah menerusi para pedagang Cina yang sudah pon memeluk Islam ketika itu. 

Mungkinlah ini sebabnya orang Cina begitu fedap dan fobia untuk mengenali dan mempelejari Islam. Sampaikan kalau mahu masuk Islam, mereka terpaksa masuk 'Melayu' dengan menukar nama mereka dan belajar memakai kain pelikat.

Yang membezakan antara kita hanyalah taqwa, kan..? [Kredit]

3. Hantu dan segala bagai makhluk halus
Ha, ini juga merupakan antara benda/perkara yang amat ditakuti oleh masyarakat Melayu Muslim di negara ini. Sikit-sikit, akan dikaitkan dengan hantu. Sikit-sikit, akan dikaitkan dengan rasukan jin. Ternampak kain putih yang berterbangan di luar tingkap, terus dituduhnya sebagai pontianak busuk sundal malam, walhal Puan Isteri terlupa nak angkat kain jemuran di siang hari.  

Masyarakat Melayu Muslim kita rupa-rupanya masih lagi begitu mudah terpedaya dengan perkara-perkara khurafat sebegitu. Bukan mahu menafikan kewujudan jin, namun tidak perlulah berlebih-lebihan dalam berbicara dan bertindak terhadap kewujudan mereka ini.

Ironinya, di dalam ketakutan masyarakat terhadap hantu, topik ini jugalah yang paling hangat dan seronok untuk dibincangkan di kedai-kedai kopi atau forum-forum di alam maya. Setiap tahun, pasti lebih daripada sepuluh filem yang berkisarkan hantu dan jin akan dihasilkan.

4. Wahhabi
Pandang kiri, pandang kanan.

Ini adalah fenomena sedikit baru (dalam 4-5 tahun kebelakangan ini) di mana masyarakat Melayu Muslim di negara ini begitu takutkan sekelompok manusia lain yang berfahaman dengan fahaman Wahhabi. Jujur saya tidak mampu untuk komen panjang lebar pada ruangan yang terhad ini.

Namun cukuplah saya simpulkan, terlalu banyak salah faham tentang Wahhabi ini. Benar, memang ada segelintir daripada mereka yang berfahaman dengan fahaman yang ekstrem dan kita menolak kefahaman yang ghuluww (berlebih-lebihan) sebegitu. Namun untuk menuduh semua orang yang tegas dan syadid dalam pendirian mereka dalam melaksanakan hukum dan syariat Islam, itu tidak tepat sama sekali. Dan memburuk-burukkan Syaikh Muhammad Wahab (dituduh sebagai pengasas Wahhabi, walhal di zamannya dia tidak pon menggelarkan ajarannya sebagai Wahhabi) tanpa fakta dan dalil yang sahih dan kukuh, adalah perbuatan yang terkutuk dan dilaknat. 

Hanya kerana seseorang itu berbeza pendapat dengan kita, kita terus tuduhnya sebagai Wahhabi. Hanya kerana dia tidak bersetuju dengan kita, pantas kita labelnya sebagai Wahhabi! 

Tidak membaca Qunut ketika solat Subuh? Wahhabi! Tidak membaca doa secara berjemaah selepas solat? Wahhabi! Pakai kopiah senget sikit? Wahhabi! Pppffftt.

5. Agenda Freemason dan Yahudi
Semua benda pon adalah salah Freemason. Semua benda pon adalah disebabkan agenda si Yahudi yang jahat dan keji itu.

Ekonomi negara terjejas teruk? Itu rancangan Yahudi! Pelancong takut nak datang Malaysia? Itu agenda Freemason! Kalah dalam pemilihan Jawatankuasa Keceriaan dan Kebersihan Kampung? Yahudi punya kerjalah ni! Kereta rosak di tengah jalan? Ah ini semua propaganda Freemason!

Walhal ekonomi teruk sebab rasuah dan pecah amanah. Walhal pelancong tak datang sebab jenayah yang semakin menakutkan. Walhal tak terpilih dalam pemilihan sebab rumah sendiri tunggang langgang. Walhal kereta rosak sebab air enjin dah habis!

Aduhai.  


Ok ini memang buat gue gelak guling-guling. [Kredit]

6. Tiada air
Uisshh kalau yang ini, saya pon takut! 

Agak menarik apabila difikirkan, bagaimana rakyat Malaysia boleh untuk berasa risau dan takut dengan kebarangkalian ketiadaan air di rumah, di dalam sebuah negara yang terletak di atas garisan Khatulistiwa. Dalam banyak-banyak negara di dunia ini, Malaysia sepatutnya menjadi antara negara yang tidak perlu risau akan berlakunya krisis kekurangan air!
 

Saya boleh faham mengapa rakyat Malaysia begitu fobia dan trauma dengan kejadian tiada air ini. Sekali air dicatu, bagaimana mahu mandi tiga kali sehari? Bagaimana mahu mandi wajib? Ambil wudhu'? Buang air besar? Mencuci kereta? Menyiram pokok? Memandi kucing? Parah parah.

7. Tak dapat menunaikan umrah dan haji
Hal ini mungkin lebih relevan kepada golongan yang sudah berusia. 

Sejak azali kita sudah diajar bahawa mengerjakan haji dan umrah itu wajib bagi mereka yang berkemampuan, dan definisi berkemampuan adalah mempunyai wang dan dana yang mencukupi. Maka wang hasil titik peluh akan disimpan di bawah bantal atau di atas almari untuk tujuan perbelanjaan mengerjakan haji/umrah. 

Tidak dapat mengerjakan haji itu merupakan suatu ketakutan yang amat dahsyat bagi pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang masih belum berpeluang mengerjakannya. 

Pada masa yang sama, ada pula segelintir manusia yang hampir setiap tahun mengerjakan umrah dan tiga empat tahun sekali, mengerjakan haji. Alangkah bagusnya andai wang yang dibelanjakan itu disedekahkan untuk membiayai mereka yang masih berpeluang ke Tanah Haram..? Atau diinfaqkan untuk tujuan amal-amal fi sabilillah..?

Saham-saham sorganya berterusan dan bercucu-cicit hatta kita telah lama meninggalkan dunia yang fana ini! Pergh. 

8. Anak tak dapat sambung belajar
Ini juga merupakan antara faktor ketakutan yang menyebabkan ramai ibu ayah dan mak abah tak tidur malam; anak mereka tidak dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Meski faktor ini ada relevannya, namun tidaklah wajar andai ia begitu ditakuti sehingga seolah-olahnya tiada lagi hari esok atau anak itu wajar ditolak masuk gaung sahaja. Eh.  Ditambah pula dengan faktor (2) seperti di atas, mak ayah kita terlalu amat fobia andai ada dalam kalangan anak-anak mereka yang gagal melanjutkan pelajaran.

Kadangkala saya merasakan ibu bapa di Malaysia ini terlalu jumud fikirannya. Dan terima kasihlah kepada sistem pendidikan negara yang sedia ada, yang jarang sekali meraikan dan memperkasakan minat dan kesukaan seseorang itu.

Dengan sistem pendidikan yang semakin mengarut dan entah apa-apa, kasihan juga pada mak ayah dan anak-anak zaman moden ni. Bersyukurlah Malaysia masih aman. Eh.

9. Anak-beranak / saudara-mara / sepupu-sepapat masuk usrah
Usrah itu ekstrem. Dalam usrah belajar buat bom. Antara yang diajar dalam usrah adalah bagaimana mahu kumpul duit untuk pergi ke Afghanistan. 

Hallo?? Ini zaman MukaBuku dan Pengicau kot..? Wardina Safiyyah pon sertai usrah tahu...?

10. Tak kahwin-kahwin
Err. Err. maaf tak boleh nak huraikan panjang lebar, tak sesuai untuk bacaan bawah umur.

Wahahaha. Lari laju-laju.

Ehem. 

Di sebalik perkara-perkara yang paling ditakuti oleh masyarakat Melayu Muslim seperti yang disenaraikan di atas, menarik juga sekiranya kita melihat pula apakah perkara-perkara yang paling tidak ditakuti dan dirisaukan oleh mereka. 

Menurut kajian yang dilakukan oleh para penyelidik di Universiti Hang Li Poh beberapa bulan yang lalu, mereka mendapati, sepuluh perkara berikut merupakan perkara-perkara yang jarang sekali menjadi kerisauan atau igauan ngeri masyarakat Melayu Muslim di negara ini.
  1. Rasuah yang bermaharajalela 
  2. Kebejatan sosial yang melibatkan segenap lapisan masyarakat, baik tua atau muda, selekeh atau bergaya
  3. Ahli politik yang zalim dan pecah amanah
  4. Budaya hedonisme (berjimba dan berhuha-huha) yang melampau-lampau
  5. Remaja berusia lima belas tahun tapi masih tidak reti mengucap syahadah apatah lagi bacaan tahiyat akhir
  6. Anak umur doblas dah ada gelpren/boipren
  7. Orang Melayu Muslim main judi, minum arak dan hisap dadah
  8. Negara porak-peranda dan kacau-bilau sebab ada orang yang sengaja suka untuk menyebarkan fitnah dan mengadu-domba
  9. Orang bukan Islam yang semakin jauh dengan Islam dek perangai dan akhlak orang Islam sendiri
  10. Bala Allah yang mungkin turun akibat semua perkara di atas
Begitulah sedikit-sebanyak faktor-faktor ketakutan (dan faktor-faktor yang tidak ditakuti) oleh kebanyakan daripada masyarakat Melayu Muslim di Malaysia. Ada antaranya adalah faktor yang evergreen, laku dan benar sepanjang zaman. Ada pula faktor-faktor yang berevolusi mengikut keadaan dan perkembangan semasa.

Nah, anda bagaimana..? Apa pula faktor-faktor yang menakutkan anda..?

-gabbana-

Pernah dengar perkataan sarkasme tak...? 

55 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 18/02/2014, 15:24  

Salam. Well done inche gabbana.

Yg paling ana takuti ialah tak dapat rahmat Allah dunia dan akhirat.

Unknown 18/02/2014, 15:25  

Orang melayu takut untuk hantar anak ke sekolah tahfiz. Takde masa depan katanya. Orang melayu takut nak pakai tudung labuh. Takmo orang panggil dia khemah bergerak. Orang melayu takut nak beri peluang ulama' memimpin. Takut negara tak aman. Adakah melayu takut nak bergantung harap hanya pada Allah? Erkk

Anonymous 18/02/2014, 16:15  

Typical malay.... hahahah

Anonymous 18/02/2014, 16:31  

salam,

jangan generalizekan semua melayu macam tu.

tak adil.

sepatutnya, kena tulis:
'sesetengah orang melayu'

Anonymous 18/02/2014, 18:36  

bagi saya ini salah tanggapan daripada org melayu terhadap bangsanya sendiri...Berhati-hati terhadap sesuatu perkara tidak lah bermaksud menjadi paranoid terhadap perkara tersebut. Contohnya, isu Freemason, Kristianisasi... Kalau isu2 babi, takde air dll tu saya setuju sama Enche Gabana.

Anonymous 18/02/2014, 20:05  

Tadella takot mane pon,tapi berwaspada. Musuh2 Islam ade dlm pelbagai bentuk dan rupa. Jangan terleka, Cina ke, Yahudi ke, perlu waspada.
Cina pon ade berpuak2, antara dieorg pon sentiasa tk aman, di tanah besar dari dulu hg skrang mereka bergaduh sesama mrk. Ade yg dihalau dr tanah besar sbb bangsa die saja yg leh memahami bangsa die seniri, buruk baiknye.
Cina ka, Melayu ka, Nasrani ka, ada baik ada yg kurang baik.Tu ade yg Muallaf, disisihkan bangsa seniri.
Tk perlu la memperlekehkan Melayu atau mne2 bangsa. Awak bukan Melayu ke? Sama2 kita perbaikki apa termampu. Saya simpati org Melayu dan cuba lakukan terbaik bg anak bangsa saya. Mulakan dgn yg hampir. Jgn sampai melabel bangs seniri, tapi tk membantu apa sesuatu. Klau dikata anak melayu tk pandai, bimbing la die, jgn kutuk je. InsyaAllah jk ikhlas, usaha akan berhasil.
Lagi pon semuanye bertauhidkan Allah yg satu. Basisnye sudah ade, kita yg kononnye telah celik ni, bantu lah. Jgn kutuk jer, apa sumbangan kite? Saya baik dgn ras lain, tapi always alert, sbb nilai dieorg tk same dgn kite. At least Melayu, banyak values based on Islam..Pimpin lah kami, bimbing la la mrk.Psti ada jalannye.
Sedey org dok kutuk bangsa dan agama saya.

Sidratul Muntaha 18/02/2014, 20:05  

Nak tambah.sex is taboo.rapist can be forgiven if he married the victim.seriously melayu ni mmg sakit.

Anonymous 18/02/2014, 20:21  

Muntah..ha..
What is your suggestion to overcome the matter?
You hv concluded/diagnosed malay is sakit, what is yr prescription? Setakat nk komen sapa sakit, sape tak, everyone knows how to.

Anonymous 18/02/2014, 20:39  

setuju dgn anon 20:05

Unknown 18/02/2014, 20:44  

ekekekeke... at least ada risau n takut means THE MALAY CARES!!!!

Anonymous 18/02/2014, 22:13  

Tapi perlu juga kesah agenda yahudi & musuh islam. Their schemes to bring down Islam are real deals. Bina keperibadian muslim pada akar dan pada masa yang sama tangkis serangan musuh.

Anonymous 18/02/2014, 22:26  

Bro gaban
Memang sentap dan sensetip but
I got your points .
Bukan niat bro nak ckp buruk pasal bangsa sendiri . Ada maksud yg sgt dalam dari cerita ni . Thanks : )

Anonymous 18/02/2014, 22:31  

Come on guys, inche gabbana do this because he knows Melayu dah sakit, kalau dia tak buat sindiran macam ni, mula la yg lain 'pijak' sana sini, im a malay also, i do knows not all malays do this kind of thing, ade je yg okay, tak paranoid sgt bab tu bab ni yet still waspada, but gabbana said this is to the people yg mmg ekstrem gila bab ni, tapi bab Islam tak nak di perthankan, masjid tak di imarahkan, habis nak salah siapa? Mmg faham kita kena jaga bab2 mcm ni, tapi kalau diri sendiri tu tak jaga, nak jaga hak islam mcm mana? No offence to people yg mmg belajar dua2 hal ini. Let we be open minded, sbb majoritynya masyarakat Melayu mmg mcm ni, hal agama di biarkan hal mcm ni dipebesarkan yg melebihi hadnya. Bukan inche gabbana tak tau yg some people ade yg sensitif bab mcm ni, but if you guys tak boleh tgk the effect of this then korg kena lah bnyk bermuhassabah, dia spesifikkan msyrkt melayu sbb majoritynya islam tapi hanya di IC sahaja. Ni oppinion aku, aku sokong gabbana, walaupun skrg ni wahabi ni agak merbahaya tapi kita yg masih berada di bawah peliharaan-Nya kena la tolong org2 mcm ni, jgn la dok kutuk, doa kan lagi bagus. Apa2 pun this entry mmg aku sokong. Akhirnya ade blogger yg buat pasal ni, biar kasi sedar sikit kat mereka yg di luar tu. Assalamualaikum.

Anonymous 18/02/2014, 22:35  

How about suggesting some solutions? post it on your next blog. setiap masalah ada penyelesaiannya kan? sbb ramai je dah sedar (although some still tak lagi sedar2), jaranglah artikel ke mende2 tntg nk selesaikan semua masalah yg mlanda ummah.

strategi. kita perlukan ini.

yes, some of ur postings have some solutions.tarbiyah is the main solution here. other whats and hows?

Anonymous 18/02/2014, 23:33  

My simple conclusion, the person who wrote this 'know nothing'.

Jangan tulis apa-apa yang anda tidak tahu dengan lebih mendalam kerana anda sedang 'menyesatkan' orang ramai yang membaca blog anda dengan pengetahuan anda yang tidak seberapa itu... (*Ramai yang tulis blog sebab nak popular dan tak kisah pun maklumat yang diorang bagi itu betul ke tak asalkan statistik blog diorang naik*)

Lebih-lebih lagi berkaitan dengan 'Agenda Freemason dan Yahudi'

Please study the topic first before you can easily conclude it.

Anonymous 18/02/2014, 23:55  

Takut neraka Allah...
Takut azab Allah...
Takut tidak lulus hisab Allah...
Takut tertulis perkara yang sia-sia...

Anda terlupa memasukkan perkara utama dalam senarai.

al~ 19/02/2014, 00:00  

The person with simple conclusion...I know So Much Better. Pls can I ask if by chance u know sarcasm

Inche Gabbana this was good reading. Da lama xde peringatan bout real every'daymares' ^_^

Anonymous 19/02/2014, 02:23  

Melayu bertuah memperoleh Islam
Tapi
Bertuahkah Islam memperoleh melayu??
Baca lebih lanjut di

http://saifulislam.com/2014/01/bertuahkah-islam-mendapat-melayu/

Anom 01

Anonymous 19/02/2014, 04:37  

Talk about solutions.
1. Ari tu ade dlm tv3 group yg buat program ke mesjid2 buat aktiviti mcm main bola kt compound masjid, etc.
2. Buat konvoi every weekend. Ok jgk promote dlm tv mane2. Jgn melompat plk dgr tv3, any tv, as long as dihebahkan benda baik. Bukan mksud menunjuk tp mmotivasi.
3. Ini mase korang masuk dlm masyarakat, not just stick to yr daawa groups. Blh gak masuk uni or colleges, jgn nyorok2 dlm daawa group, mcm ade konspirasi. Go mainstream, jumpe admin die, through proper channel. Ini pergi masuk kolej, sorok2, ade dpt permission ke?
4. And don't just target the high flyers, dieorg mak bapak dieorg dh set elok dah.
5. Mcmane dgn those rempit etc kt luar sane. Ade bijak pandai yg boleh tackle dieorg ni? Mereka sdg menunggu utk ditarbiyahkan (bayangkan). Tapi tiada yg peduli. (Malu ahh, daei mingle dgn dieorg nih, nnt dituduh skali.)

Ni puak2 yg bijak pandai kat sini (nampak dr komen2 kt sini la), apa lagi, gerakkan langkah anda.
En. gaban, where are you going this weekend with yr team?
6. Pergi la Sunway ke mane2, picnic kt sane. Pastu ajak pengunjung kt situ join aktiviti korang, eg main game yg religous based cam treasure hunt ke. Banyakkk nyer solusi.
Sape yg ade bakat, buat la free show yg religous based, cam nyanyi ke/tk semesti nasyid(nnt ade kata poyo) tapi ade lirik daawa, lukis katun ke(ug ade mesej) depan khalayak..hehe.
7. Organise daawa treasure hunt aktiviti 1 malaysia, go from town to town. Promote dlm mass media/ on-line. Baru gempak..daawa.

Silap2 nnt pakjib pon nk join. Kan baguss,jgn pinggirkan sesiapa! Jgn asyik kutuk jer, cuba dekati mereka, mereka pon manusia yg blh berubah. Ade org kite tk blh go headlong dgn dieorg, tapi get along.
Kalau org lain tk nk buat, korang la start kan. Sbb korang bnyk idea dan komen kan? Talk abt sarcasm..
Sape kate daawa tu jumud? slow, lemah, lemau...Hihihi! Ampooonsih!

Joe Fazhal 19/02/2014, 08:03  

I got your point, walaupun kenyataan ni x tepat tp cukuplah sekadar peringatan.. Org yg bijak x kan tolak kenyataan ni mentah2, simple je siapa yg makan cili dia terasa pedasnya.. Kalau baca pada fizikalnya mmg leh wat gelak je, tp kalau baca pada yg tersirat it was a good reading material..

Anonymous 19/02/2014, 08:50  

I'm a muslim, tp bukan melayu. So tak sentap. Because this is so effin' true! Good job sir!

Inche gabbana 19/02/2014, 09:11  

Enonimus 18022014 23:33

Terima kasih atas teguran dan nasihat.

Alhamdulillah, disebabkan kejahilan saya nilah, ada orang seperti anda untuk ingatkan. Kalau saya terlalu pandai dan tahu semua, mesti anda tak komen kan...? Hehehe.

Cuma nak tahu jugak, part mana dalam tulisan saya ni yang 'menyesatkan' tu...? Nau'dzubillah, semoga saya tak termasuk dalam golongan orang yang menulis semata-mata untuk dapatkan populariti dan dan stats belog saya naik. Berat tuduhan anda tu.

Saya rasa, saya rasalah sebab saya ni tak pandai mana, komen anda ni ditulis di luar konteks. Mungkin anda tak habis baca kot artikel ni. Mungkin juga anda tak tengok artikel ni saya letakkan dalam 'tag' yang mana.

Apa-apa pon, jzkk sekali lagi atas teguran dan nasihat, meski saya kita sedikit kasar cara anda mengeur. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan melapangkan dada-dada kita dalam saling menasihati dengan kebenaran dan kesabaran.

Allahu a'lam.

Aman, tanpa perang.

Inche gabbana 19/02/2014, 09:13  

Untuk semua pengomen, terima kasih atas komennya.

Nak tahu solusi? Kena baca kesemua post dalam belog ni kot. Heheh. Sebab belog ni belog tarbiyah dan dakwah iAllah. Maka mesej-mesejnya berkesinambungan dan berterusan.

Dah banyak kali sebut solusi-solusinya dalam post-post yang sebelum ni, dan akan datang iAllah.

Moga bermanfaat. Moga Allah redha.

Anonymous 19/02/2014, 09:26  

Satu lagi pasal melayu yang mungkin tak dinyatakan di sini. Melayu suka menampakkan kelemahan Melayu lain supaya Melayu dapat memperlihatkan kematangan dan intelektualnya lebih tinggi. Dengan erti kata lain, Melayu suka jatuhkan melayu dan melayu susah nak usaha untuk jadi lebih baik. Sebab Melayu takut nampak lemah dan ketagih autoriti. Bukti? Dalam banyak peribahasa kita banyak buktinya. Sebab yang kat atas takut yang bawah, yang terdahulu takut yang baru. Allahua lam. Assalam.

Anonymous 19/02/2014, 09:48  

Lepas main kat luar masjid, cuci tandas masjid. Kalau betul le ade daawa groups kat Malaysia ni, tentu tandas kt masjid shining clean sume. Tandas 1M tu biarlah org majlis yg jaga.
Ttetiba ckp fsl tandas, sbb satu sbb org tk pergi mesjid, sbb gelii..Tok2 siak tu mmg laa, tak larat, dh berusia. Sape sebenanye yg incharge kebersihan masjid, hmmm?

Anonymous 19/02/2014, 10:15  

Sentapp, 9.26.
Ramai species maleis macam yg anda sebutkan nihh. Especially among groups yg satu nihh. Dieorg panggil Malay lain maleis, tapi sbb dieorg la ramai jadi mcm maleis. Sorry, guna word maleis ni, contoh la.
Memperlekehkan bangsa seniri, serupa mcm mengutuk keturunan seniri. Pdahal Allah dh rurunkan hidayah pada Mlays ni dr awal lagi. Hayati perjuangan tok nenek terdahulu. Kita ni penyambung garapan, kalau ade yg tk lrus,its our turn to uphold the religion. Kalau ade yg terbabas, ade yg menunjuk jalan. Drai dulu pon, Mlays ni tk perfect, tapi ade penambahbaikan. Jgn saling menyalahkan..

Fatihah Zulkifli 19/02/2014, 15:04  

Ada benarnya kata2 inche gabbana di atas.

Tapi, Saya juga bersetuju dengan anon 20:05, 20:39, 22:13 dan 22:35

Allah menciptakan manusia berbangsa-bangsa dan bersuku-suku (hujurat:13). Mesti ada hikmahnya kan? Hikmah itu mesti sangat besar kerana datang daripada Allah.

Kita juga sentiasa diperingatkan oleh Allah azzawajalla tentang musuh Islam, dalam surah 2:120 misalnya.
Surah al-Imran pun ada. Dan lain-lain surah tentang yahudi dan nasrani. (kes khutbah Jakim...)

Moga kita mengambil iktibar darinya yakni alQuran dan sunnah serta mengamalkannya..amiinn

Anonymous 18022014 23:33 19/02/2014, 18:42  

@al~ Sarcasm??? I don't know whether you are more sarcastic than me or not.

What I was trying to say was just a simple statement that Jewish and Freemasonry (one of their tools) are group of people again and again reminded by our Mightiest Allah of their evil and satanic intentions towards all mankind especially Muslim.

Don't be a snob... please search and read The Protocols of the Elders of Zion.
It would be very awkward if by any chance you have never heard of the above protocols???

We don't need nice reading but we need factual reading.

taufiq hamidi 19/02/2014, 20:10  

Saya rasa ok je post ni. Bukan untuk melabel. Tp untuk menyedarkan. Kita melayu dan kita sedar kelemahan general bangsa kita. Apg bukan hanya tahu bash etc, dia juga usaha utk perbaiki bangsa dan agama kita. Saya x sedih malah gembira kalau orang kritik untuk menyedarkan. This is quite balance post between bashing and constructing. Nice

Anonymous 19/02/2014, 21:35  

Enche Gabbana, saya ingin menegur bukan kerana keseluruhan content penulisan ini salah. Bahkan tulisan ini banyak menyedarkan kita juga sbg orang Melayu. Tapi, apa yg saya nak tegur adalah KESAN daripada penulisan saudara. Cuba saudara fikirkan, disebabkan tulisan saudara ni, nanti akan lahirnya pemikiran di mana bila ada org bercakap ttg freemason/kristianisasi dll, masyarakat akan teringat tulisan saudara dan berkata "alaa...ni mesti paranoid tak tentu hala ni..",,,so, itu yg kita risaukan. tak boleh buat simplistic conclusion and over geneneralization macam tu terhadap isu2 yg real...wallahu alam.

Anonymous 19/02/2014, 21:45  

Saya tidak merasakan yang Apg hanya tahu 'bash'. Hendak mencari solusi kepada sesuatu masalah, mestilah tahu dahulu apa punca masalah tersebut.
Dan saya rasa Apg dah pun mulakan dan memperhebatkan usaha menyelesaikan masalah ini, iaitu melalui Dakwah dan Tarbiyah kepada masyarakat. Sikit2 lama2 jadi bukit.
Saya dan anda bila lagi nak mula?:-) Peace

Anonymous 20/02/2014, 00:19  

bash ini code dalam programming

amr 20/02/2014, 01:01  

Salam. Aseef brotha/sista , rasanya sgt x patut u label inche gabbana as 'know nothing' . Berhati2 dlm melontarkn pndpt ye. Jgn buat tuduhan melulu. Peace.

Anonymous 18022014 23:33 20/02/2014, 02:04  

Inche Gabbana secara amnya blog anda ini ingin menyentuh tentang satu bangsa yang dipanggil Melayu…

Mungkin niat anda itu bagus sekiranya, ianya adalah niat untuk membaiki dan menambahkan lagi kewarasan atau keimananan bangsa yang kita sama-sama sayangi ini.

Penulisan anda ini diselitkan dengan ‘lawak-lawak’ yang pada amnya bagus untuk membuatkan pembaca-pembaca kurang berasa ‘mual’ dengan blog anda.

Saya bermaksud dengan istillah ‘menyesatkan’ itu kepada Bhg 5 dalam penulisan betapa takutnya orang Melayu kepada Agenda Freemason dan Yahudi… disinilah ‘lawak’ saudara tidak kena pada tempatnya.

Secara sengaja atau tidak anda telah menwar-warkan satu kenyataan pertahankan Freemason atau Yahudi. Saya terkilan sekiranya pembaca-pembaca blog saudara akan memahami bahawa cerita tentang Freemason dan Yahudi ini adalah suatu kisah dongeng seperti cerita hantu saudara itu.

Sekiranya itulah akibatnya maka Inche Gabbana telah menyesatkan pembaca-pembaca dengan menyatakan bahawasanya Freemason dan Yahudi itu hanyalah cerita rekaan semata-mata.

Nauzubillah, sedangkan Allah Yang Maha Esa dengan jelas-sejelasnya melaknati kaum Yahudi ini. Kenapa Allah SWT selalu menyebut didalam Al-Qur’an Nur Karim tentang umat ini sedangakan Allah SWT adalah Maha Pemurah dan Maha Pengampun?

Kalau dikatakan saya terkeluar dari konteks dan maksud blog saudara ini... saya kurang setuju sebab Inche Gabbana dengan jelas menyatakan bahawa takutnya orang Melayu kepada Freemason dan Yahudi adalah satu kebodohan. Macamana boleh dikatakan saya terkeluar daripada topik sedangkan Agenda Freemason dan Yahudi ini adalah tajuk utama dalam penulisan saudara ini di BHG 5 dan bukannya tentang hal-hal Pemilihan Jawatankuasa Keceriaan dan Kebersihan Kampung, Pelancongan atau Kereta Rosak. Agenda Freemason dan Yahudi ini adalah tajuk utama.

Jangan sentuh tajuk ini kerana para pembaca akan terkeliru dan mengamalkan apa yang saudara tulis.

Cubalah fahami The Protocols of the Elders of Zion sebelum membuat lawak tidak bertempat!

Saya juga agak risau dengan penulisan saudara tentang fahaman Wahhabi ini… lebih elok kalau jangan disentuh disini.

Komik diblog saudara itu juga dengan jelasnya mengambarkan bahawasanya hanya kaki-kaki mabuk atau disco sahaja yang mengatakan bahayanya Israel, Illumunati, Freemason dan Israel – Amerika (AIPAC)! Naunzubillah…

Saya merasakan penulisan saudara adalah sesuatu yang ‘disengajakan’. Ia adalah satu permainan minda yang amat halus. Mengarutlah BLOG tarbiyyah ini!!!

Anonymous 20/02/2014, 11:46  

Salam, boleh saya tahu kefahaman Wahabbi itu macam mana ?

Anonymous 20/02/2014, 15:00  

maka article inilah yang melayu takutkan.

Anonymous 20/02/2014, 17:43  

Terbaik..saya suka ^^

Ibnu Rie 20/02/2014, 18:26  

Terbaik Inche Gabbana... serious sentap beb... lawak pun ada... salah satu dakwah yang mengikut citarasa dan isu semasa... SYABAS... bukan Syarikat Bekalan Air Selangor... ^_^

Anonymous 22/02/2014, 10:10  

he know nothing??? dia jst state benda yg mmg slalu (sesetengah) org melayu takut/ haramkan yg x la serious mana.. like 'sekiranya mak atau kakak saudara kita terbeli kasut yang tapaknya diperbuat daripada kulit babi, itu adalah hari kiamat untuk mereka.' but zina, arak, rasuah judi xde masalah pula..

Avi 23/02/2014, 10:09  

Salam. Saya sampai kesini sbb ada seorang prof yang kongsikan post ni di FB. Beliau share, sbb mungkin beliau setuju dengan post ni dan saya kesini utk menilai pandangan beliau tersebut.

Tapi malangnya, sesetngh post ni hanyalah pendapat saudara sahaja dan sstghnya macam meperbodohkan org lain sedangkan saudara tidak paham topik tersebut.

Contoh:
"Walhal ekonomi teruk sebab rasuah dan pecah amanah."

Kenapa sebenarnya ekonomi teruk? Mohon tonton: http://www.youtube.com/watch?v=iFDe5kUUyT0

Video ni, omputih yang buat. Ada juga video tntng topik yg sama oleh seorang sheikh.

Harap lepas ni berhati-hati dalam menulis.

Anonymous 23/02/2014, 11:59  

Thumbs up inche gabbana ;)

Unknown 24/02/2014, 09:06  

Assalamualaikum.

Sebuah post yang bermanfaat dan akan memanfaatkan orang yang mengambil manfaatnya, insyaAllah.

Setelah membaca komen-komen yang ada, agak terkilan juga rasanya masih ada yang belum betul-betul memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Masih banyak kerja yang belum dibuat.

Terasa seperti ada segelintir pihak yang sengaja menimbulkan huru-hara dengan memberi komen yang tak berasas, tapi apakan daya, itu hanyalah pendapat saya yang lemah.

Wallahualam.

Anonymous 24/02/2014, 10:44  

suatu fakta yg memang berlaku dlm masyarakat melayu...
dan ada juga yg sentap bila membacanyer...
apa pun memang terbaik...

Anonymous 24/02/2014, 19:01  

Setiap individu mempunyai kefahaman dan pendapat masing-masing, apa yang penting kita saling menghormati buah fikiran satu sama lain.

Anonymous 26/02/2014, 11:04  

enche gabana buat entry nih untuk sentapkan orang2 yang x reti2 sentap... itu je... don't judge people k... mane korang tahu he know nothing... dia amik sikit2 jer untuk diberi cntoh... n point dia just for kesedaran kita supaya x terlalu ekstrem menerima sesuatu perkara... n for me what enche gabana wrote are the truth of malaysian.. pikirkan... jgn ikut hati yg sntap je... cari positive nya penulisan ni

Anonymous 28/02/2014, 07:51  

Baca komen2 kat post ni.. Bagi pendapat sya... Mungkin.. Masih ada lagi mngsa sekularism.. mcm ig tulis about ekonomi.. Dri sekecil2 rasuah.. Mmg boleh berlaku pun kejatuhan ekonomi.. Sebabnya x mengamalkan cara yg betul dlm pengurusan ekonomi tu.. Riba yg banyk.. Penipuan.. Mmg sdg berlaku.. Tetapi kita terlalu ambil konteks yg paling besar.. X pernah nk melihat akar disebalik masalah.. Sdgkn ayat yg terpanjang dlm al-quran ayat tntg hutang..Islam tu syumul kn.. So dlm semua aspek islam sgt menyentuh.sebab itu ada org kata.. Jgn melihat org yg menganut agama islam tu.. Tetap lihat lah islam tu.. Cukup sempurna.. . Jdi take a positive part.. Bykkn lah berfikir..

Anonymous 28/02/2014, 08:13  

Komik tu menunjukkan org tu asyik takut tntg yahudi n freemenson.. Tpi.. Diri sndiri x kisah nk beribadah ngan Allah.. Dn buat pulak perkara yg Allah lrg.. Itu maksud komik tu.. Bgi pndpt saya lh.

islam for everyone 01/03/2014, 00:57  

salam..pada sya inche xda la xmenitik beratkan isu yahudi/freemason tu..mksud inche org yg terlalu obses ngn 1 bnda tu ja..apa kata utamakn hub. ngn Allah dulu..law dkt ngn Allah,faham agama in sha Allah agenda2 tu xkn berjaya serang kita..dgn iman yg kuat kita ble sedar la kita diserang atau x..apa guna Allah kurniakan akal..rilek la,sekurg2 nya inche brani kuarkan pdngan dy..better kena band rmai org sbb berkata benar dari diam baik sorg2..syurga tu luas..peace yoo :-)

Anonymous 02/03/2014, 00:29  

Agreed! Yet another brilliant post APG ;) btw, mane ade APG kutuk agama Islam. Bace post dgn hati yg terbuka bro, this is the reality

Anonymous 03/03/2014, 20:28  

Pasal yg freemason n yahudi tu, apa yg IG mksdkn ialah kita duk takut kt dorg, tp tindakan x de. Bknnya nk kata dorg ni hanya teori konspirasi.Agenda dorg mmg dh diplan sejak zaman dulu lg, so apa yg kita blh buat ialah memperbaiki diri menjadi muslim yg sbnr, kemudian memperbaiki keluarga & masyarakat.

Anonymous 07/03/2014, 01:01  

Bergantung pada niat tuan. Tapi niat tk semesti menghalal cara. Sesuatu tatapan umum dilayari oleh berbagai golongn. Adakah tuan hanya menyampaikan hujahan kpd yg memahami sj? (tuan...tanah)
Bagaimana mrk yg trus ambil dan angkat sj info dsini?Dimnakah pertanggungjawaban tuan? Krn bukan semua pembaca mampu menghadam sprt yg direncanakan. Adakah kesalahan pembaca jk terkeliru dgn maksud hujahan? Mungkin blh buat disklemer ttg isi bahan dan golonga yg disasarkan.
wlbgpon, bagi setiap kepingan ada 2 sisinye. Bukan kedua2 belah sisi adalah samada putih atau hitam semata. Setiap aspek perlu diperhalusi dan diperincikan.
Maaf ckp, ade unsur2 jarum halus, harapnye tk disengajakan. Ikhlas lah keranaNye kita semua. Adakah Allah redha dgn pembetangan saudara ini? Wallahuaklam..no matter how vehement you insist your intention to be.
Renungan semua.

Anonymous 14/07/2014, 15:20  

Assalammualaikum, IG, apa pandangan syeikh dengan isu negaraku sekarang?Bukan negaraku lagu negaraku tp negaraku versi ambiga.Nak tahu juga sebab dalam tu banyak persatuan Cina.Ada rancang sesuatu ke yang mampu dakwah cina-cina tu ke islam?atau lagi parahkan Malaysia ni sebab bakal menggugat perlembagaan negara?

Kauthar 08/01/2015, 06:06  

salam,IG

tadabbur:"wa yassirli amri wahlul uqdatan min lisani yafqahu qauli"

:).wak lek.
Lain kali jangan lupa baca doa keyh?.
:)

Anonymous 15/07/2015, 12:02  

Yep.setuju.tiada isu kutuk.tp sememangnya ini tamparan realiti yg perlu dihadam dgn mata hati.kalo hny menjalani hidup tanpa 'tamparan' mcm ni,kita selalu lupa apa yg sepatutnya kita igt~

Anonymous 15/07/2015, 12:34  

Copy pasted dari salah satu entry blog APG :

Dan tentang generalisasi, juga sudah saya terangkan dalam sebuah status berasingan. Betapa generalisasi itu malah adalah uslub yang digunakan di dalam al-Quran!

Apabila Allah menyebut wahai sekalian manusia atau wahai sekalian orang-orang beriman contohnya, dengan sifat-sifat dan perilaku yang tertentu, adakah Allah menyifatkan semua manusia atau semua orang-orang beriman dengan sifat begitu?

Dalam surah as-Saff ayat dua misalnya, Allah berfirman:

“Wahai orang-orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?”
[as-Saff, 61:2]

Nah, adakah semua orang-orang beriman bercakap tidak serupa bikin? Tidak bukan?

Apa hikmahnya Allah membuat generalisasi sedemikian rupa? Agar yang sudah berbuat sedemikian segera bertaubat; dan agar mereka yang belum berbuat atau ada memasang niat, segera membatalkan hasrat!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP