Baihaqi - Epilog
[Kredit] |
Seorang kanak-kanak lelaki, lebat rambutnya, putih kulitnya dan merah bibirnya berlari-lari tidak jauh dari tempat Mariah berdiri. Sebatang sungai yang mengalirkan air yang cukup jernih dan indah memisahkan antara Mariah dan kanak-kanak itu.
Mariah memandang sekeliling. Dia tidak pasti dia berada di mana. Belum pernah lagi dia merasai nyaman sebegitu rupa. Belum pernah lagi dia melihat suatu tempat secantik itu. Ini bukan dunia biasa. Langitnya biru menila. Pokok-pokoknya hijau bersih. Ini benar-benar bukan dunia yang Mariah kenali.
Hanya Mariah seorang di situ, memerhatikan kanak-kanak itu dengan penuh perasaan ingin tahu. Entah mengapa, timbul rasa kasih mendalam pada kanak-kanak itu.
Tiba-tiba, kelihatan pula kelibat seorang lelaki yang keluar dari pintu gerbang besar tinggi melangit yang cukup indah ukirannya. Belum pernah Mariah menyaksikan ukiran sehebat itu. Mariah cuba mengamati wajah lelaki itu. Lelaki itu berpakaian putih bersih dengan pakaian yang juga tidak pernah Mariah lihat dan ketahui sebelum itu. Putihnya juga luar biasa; bersinar-sinar mengeluarkan cahaya. Wajah lelaki itu juga cerah, bersirna cemerlang ibarat bintang di tengah malam yang pekat.
Dia bagai tidak percaya. Dia cuba memfokuskan pandangannya pada lelaki tersebut. Dia tidak mungkin tersilap.
Dia bagai tidak percaya. Dia cuba memfokuskan pandangannya pada lelaki tersebut. Dia tidak mungkin tersilap.
Syurahbil.
Kanak-kanak tadi berlari ke arah Syurahbil. Syurahbil menyambutnya dengan penuh rasa kasih dan cinta. Diangkatnya kanak-kanak itu tinggi-tinggi dan dilambungnya ke udara. Kedua-dua mereka tertawa gembira.
Alangkah! Alangkah bahagianya!
Betapa Mariah amat ingin menyertai mereka berdua. Betapa hati Mariah melonjak-lonjak ingin tertawa bersama mereka. Betapa kaki Mariah sudah gatal-gatal mahu berlari ke arah mereka. Betapa..!
"Syurahbil...! Syurahbil...!"
Syurahbil dan kanak-kanak itu berhenti sebentar, mencari-cari punca suara itu.
"Syurahbil...!"
Akhirnya Syurahbil mengesan arah suara itu. Dia berdiri tegak. Dia memandang tepat ke arah Mariah. Dia tersenyum. Penuh bahagia.
Mariah terjaga dari tidurnya. Berpeluh-peluh dahi dan tubuhnya. Lencun. Mariah beristighfar panjang.
Dia memandang kepada sekujur tubuh di sebelahnya. Farish nyenyak dibuai mimpi, tidak sedar dengan apa yang berlaku.
Mariah mengusap-ngusap perutnya. Tendangan perlahan dirasakannya, seolah-olah membalas sapaan Mariah.
***
Kelihatan dua orang lelaki dan tiga orang perempuan sedang mengambil tempat di sebuah ruang tamu di sebuah banglo besar di atas bukit di tengah ibu kota.
Syurahbil mengambil tempatnya. Mariah juga duduk di atas kerusi tidak jauh daripada di mana Syurahbil berada. Bersama-sama mereka adalah ibu Mariah, naqibahnya dan naqib kepada Syurahbil.
Taaruf.
Buat pertama kalinya, Mariah dipertemukan dengan Syurahbil, setelah masing-masing bersetuju untuk dipertemukan setelah melalui proses awalannya.
Buat pertama kalinya, Mariah dipertemukan dengan Syurahbil, setelah masing-masing bersetuju untuk dipertemukan setelah melalui proses awalannya.
Mereka berbual-bual biasa, bertanyakan perihal diri masing-masing. Kadang-kadang ibu Mariah mencelah, bertanyakan beberapa perkara kepada Syurahbil. Kelihatannya masing-masing selesa dengan proses itu.
Cuma Syurahbil sering tertunduk malu. Dirasakannya, tidak layak untuk dia memerhatikan wajah seorang wanita yang belum lagi menjadi miliknya. Sabar Syurahbil, sabar...
"Saya ni, tiada apa-apa. Biasa-biasa sahaja. Harap ukhti dapat menerima saya seadanya.."
Terpacul kata-kata itu dari mulut Syurahbil. Ah, sudahlah, lelaki. Getus Mariah. Cuma entah mengapa, dia sememangnya sudah tertarik dengan Syurahbil, hatta ketika pertama kali membaca borang milik lelaki itu. Dan hatinya semakin kuat mengatakan, "Inilah orangnya..", selepas bertemu dua mata dengan Syurahbil. Cinta pandang pertama mungkin?
Istighfar.
Istighfar.
"Oh, saya ada satu soalan."
Syurahbil mengangkat wajahnya, dan sekilas memandang Mariah. Ditundukkan kembali pandangannya. Merah mukanya.
"Silakan."
"Uhm. Dalam borang akhi, akhi ada tulis.. Aahh.. Apa tu, lain-lain maklumat tentang akhi, sebagai seorang perindu tegar. Err.. Kenapa eh..? Macam...pelik je. Care to explain..?"
Sudah.
Syurahbil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Kelihatan dia berbisik-bisik dengan naqibnya. Mukanya bertambah merah.
"Err. Ada.. Ada kesilapan di situ. Benda tu tak sepatutnya ada...dalam borang tu.."
"Oh. Tapi.. Mesti ada sebab kan kenapa ia ada di situ..?"
Mariah mendesak. Dia benar-benar ingin tahu.
Syurahbil menghela nafasnya.
"Ok ok. Err.. Begini. Saya ni.. Uhmm.. Kalau rapat dan sayang dengan seseorang tu, susah untuk saya lepaskannya."
Mariah membuat muka pelik. Ngeri.
"Aaahhh.. Jangan salah faham. Bukan maksudnya saya kongkong hidup dia ke, stalk ke apa, tak tak. Tapi kalau saya betul-betul menghargai seseorang tu, fillah, saya... Akan sangat-sangat sayang pada dia. Dan.. Dan saya akan merinduinya setiap masa dan ketika, sampai bila-bila. Ya.. Sampai bila-bila. Sebab tu lah perindu tegar..."
Sepanjang itu, Syurahbil hanya tertunduk. Ini benar-benar gila.
"Oh."
Dan Mariah tersenyum. Jika tidak di wajah sekali pun, tetapi hatinya tersenyum gembira.
***
Mariah menunggu di dalam kereta Volkswagen Polo berwarna biru tua yang dibelikan Farish sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga. Kedengaran loceng sekolah berbunyi. Tidak lama selepas itu, kelibat seorang kanak-kanak perempuan berbaju kurung dan bertudung kelihatan di pagar besi sekolah. Dia memandang ke kiri dan ke kanan, seperti mencari-cari sesuatu. Kemudian dia tersenyum. Comel.
Dia berlari-lari anak ke arah Polo Mariah. Mariah tersenyum apabila melihat Darra yang semakin mendekatinya. Perlahan-lahan pintu sebelah penumpang dibuka kanak-kanak kecil yang kini berusia tujuh tahun itu.
"Ummi!"
Dihadiahkan Mariah dengan rangkulan mesra beserta kucupan sayang di pipi.
"Ummi tak kerja ke hari ni?"
"Kerja sayang. Tapi ummi rindu kat Darra. Takpe, Auntie Suryati ada kat klinik tu."
Darra hanya tersenyum mendengarkan penjelasan Mariah. Dia amat gembira sekali Mariah datang mengambilnya. Tidak selalu dia punya peluang sebegitu.
"Qi mana, Ummi..? Dengan Tok Ma ke..?"
"Haah, dengan Tok Ma. We are going there now. Nak amik Qi, then kita pergi dinner dengan Abbi. How's that?"
"Awesome!"
Mariah hanya tersenyum. Diusapnya kepala anak kesayangannya itu. Bismillah. Disarungkan cermin mata hitam Oakleynya dan keretanya dipandu pergi.
***
Di lereng bukit di pinggir ibu kota, sebuah kereta Fiesta putih diparkir di tepi jalan. Kelihatan sepasang merpati dua sejoli sedang duduk-duduk menikmati sinaran bintang bersinar cemerlang, di bawah sebuah pohon rendang. Pemandangan indah seluruh kota metropolitan Kuala Lumpur terbentang di hadapan mata mereka.
Di situlah tempat Syurahbil sering pergi untuk merehatkan fikiran atau melepaskan tekanan. Sama ada masalah kerja atau musykilah tarbiyah dan dakwah, tempat itu jarang sekali gagal daripada memberikan ketenangan yang ketenteraman pada dirinya. Dan pada malam itu, dia ditemani oleh isterinya yang tercinta, Mariah.
Lama mereka duduk-duduk diam begitu sahaja, menikmati pemandangan yang jarang-jarang mereka dapati. Sehinggalah Mariah memecahkan keheningan suasana.
"B, you dah fikir belum, nak bagi nama apa untuk anak kita ni..?"
Mariah mengusap-ngusap perutnya, penuh kasih.
Syurahbil tersenyum. Dia turut menyertai Mariah mengusap penuh sayang perutnya yang membuncit itu.
"Ada la terfikir."
"Yeah..? Apa dia?"
"Uhmmm. Kalau perempuan nak bagi nama... Darra. Darra Wajihah. Ok tak..?"
"Wow.. Not bad. Apa maksudnya..? Canggih sangat tu!"
"Not bad je..?? Penat orang fikir tau! Haish.. Maksudnya..? Ahhh.. Mutiara yang terhormat. Lebih kurang lah. Darra Wajihah binti Syurahbil. Pergh!"
Mariah tersenyum. Jelas gigi putihnya yang tersusun rapi. Keningnya turut tersenyum, tanda suka dengan cadangan Syurahbil.
"Kalau lelaki..?"
"Kalau lelaki..? Haaa, ada banyak! Qatadah ada, Mikail ada, al-Bara' ada.. Pilih, pilih yang mana suka. Macam-macam adaaaa...!"
Mariah tertawa kecil melihat keletah suaminya. Dihulurkan penyepit jarinya untuk mencubit Syurahbil, tetapi sempat dielak Syurahbil.
"Tapi.. Dalam banyak-banyak tu.. Ada satu yang paaaaliiinng saya suka."
"Uh oh. Apa dia..?"
Mariah memandang tepat wajah Syurahbil. Teruja.
Syurahbil diam seketika. Dia memandang ke hadapan, menikmati pemandangan indah Menara Berkembar KLCC yang menghunus gumpalan awan.
"B...?"
Kemudian Syurahbil tersenyum penuh makna. Jelas matanya bersinar-sinar, penuh dengan pengharapan. Dipandangnya wajah Mariah dengan penuh rasa cinta dan diusapnya sekali lagi perut Mariah, bidadarinya di dunia. Bahagia.
"Baihaqi."
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, akhirnya berjaya juga saya menyudahi karya cerita pendek 'Baihaqi' ini. Jujur saya katakan, pertama kali saya menulis siri cerita pendek dengan begitu teruja dan semangat sekali, dalam tempoh waktu yang boleh tahan pendeknya. Idea datang mencurah-curah. Sehinggakan saya terpaksa memilih dan lebih berhati-hati dalam memilih idea mana yang mahu dimanfaatkan sebaiknya.
Pelbagai respon yang telah saya terima menerusi karya ini. Ada yang memujinya, ada yang tidak sabar-sabar menunggu kesudahannya dan tidak kurangnya yang kurang senang dengan pendekatan yang saya ambil kali ini.
Saya akui, karya 'Baihaqi' ini tampil lebih berani dan lain daripada yang lain, berbanding dengan karya-karya sebelum ini. Malah jujurnya, saya sendiri sedikit terkejut dengan kemampuan dan kemahuan saya menulis karya berunsur cinta sebegini. Mungkin juga kerana 'Baihaqi' agak dekat dan rapat dengan diri saya. Benar, ia sedikit peribadi untuk diri saya.
Tetapi Insha-Allah, penulisan 'Baihaqi' ini tidak lari dalam rangka saya mengenengahkan tarbiyah dan dakwah sebagai menu dan resipi yang utama, seperti biasa. Ada mesej-mesej yang ingin saya bawakan dan bumikan. Terpulang kepada anda semua untuk menafsirnya.
Bagi anda yang terlepas dan tidak tahu-menahu dengan apa yang sedang saya merepekkan ini, bolehlah baca siri 'Baihaqi' mengikut susunan seperti yang berikut:
>> Baihaqi Bahagian I
>> Baihaqi Bahagian II
>> Baihaqi Bahagian III
>> Baihaqi Bahagian IV
Tinggi harapan saya agar 'Baihaqi' membawa manfaat yang baik dan besar kepada anda yang membacanya, biidznillahi ta'ala. Jika tidak, doakan agar Allah mengampunkan dosa-dosa saya yang bertimbun-timbun ini.
Moga Allah redha dengan usaha kecil yang marhaen ini.
Senyum kenyit mata. Penuh makna.
-gabbana-
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya 'Idil Adha 1433H kepada semua umat Islam, walau di mana anda berada.
Semoga ruh pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh kekasih kita, Ibrahim AS menjadi pedoman dan panduan untuk kita sepanjang zaman, biidznillah.

33 Caci Maki Puji Muji:
alhamdulillah3, selesai suda. selesa dengan pengakhirannya, ringkas,tp meyeluruh.
happy eid inche gabbana,
taqabballah minna wa minkum.
asiahtun naim,
kk
ALHAMDULILLAH...
Akhirnya, tamat jua..
makbruk akhi atas penulisan yg mantop!!!
seyes, begitu byk manfaat yg diperoleh , insha Allah akan memberi kebaikan kepada setiap pembaca:)
Selamat Hari Raya Aidiladha..:D
Moga sentiasa berbahagia di samping keluarg tersayang & sentiasa dalam redha ILLAHI.
Awesome! Tahan sengih je baca epilog ni. Ta'aruf memang begitu ya. Babak2 muka menjadi merah. Teringat scene ta'aruf ayat2 cinta. Subhanallah. Keep it up bro. Lepas ni boleh kembangkan lagi bakat. Ramai peminat novel menanti novel dakwah nafas baru.
Mabruk akhi..n i wonder why this story is a bit personal to u.he3.tapi kan..ending die mcm sedikit tergantung la..x feel.i think it would be nice if u can write the full story down in a novel or anything..without ignoring the message on DnT as a whole.keep it up!!
hehe...sudah expect penghabisannya :)
gud job IG!!!
semoga ALLAH tetap redha dengan perjuangan anda dan kita semua.
InsyaAllah :)
Such an awesome piece of writing inche gabbana. The hidden message is understood; the ultimate love is specially reserved for Allah, The Almighty. May en.gabbana be blessed & salam eiduladha ^__^
Alamak... Ermm... Sejujurnya saya x faham sangat. Huhu. N nampak mcm saya seorang yg x fhm. Kbye.
macam ada unsur2 LOTR di awal episod akhir ni..haha
budak kecil berlari ke arah ayahnya, dan dipandang oleh ibunya...huhu~
Alhamdulillah..the end jugak..
fuhhh~~peluh ana nak bca cerita ni smpi habis.
Penyiksaan penantian yg anta beri pd ana udah selesai..
hehe
Mabrook~~
Kalau dipanjangkan dalam bentuk novel, tak nak Faris boleh???? heehehe. Kalau novel yang kedua baru boleh terima. ^^, maaf3.
^^,
Semoga ada crt terbaru.sila lah dtg ke blog sy .http://ajax85.blogspot.com
jujurnya sy suka cerita yg mcm ini ;)
awesome!!
jika dihayati cerita ini sgt menyentuh jiwa dan membahagiakan.
jujur, sy dpt rasakannya. indah
perkahwinan berdasarkn dakwah..:)
cinta perlu pengorbanan
biarlah rahsia itu hanya tuhan yg tahu
biarlah mereka terus bermain api kerna akhirnya mereka terbakar
cinta abadi kekal dgn-NYA
Inche gabbana, endingnya terlalu terburu buru. maaf. satu teguran ikhlas.
baihaqi jugak fehmes. hehe. menarik, walau kena putar3 masa sket.
nak faham Baihaqi kene baca part by part sebab bnyk flashback..
but its awesome,seriously
asif akhi andai sy suuldzon pd part 1, sebab Baihaqi bukan sekadar cerita tentang BM but beyond thn tht..
cerita cinta agung kita hambanya kepada Allah s.w.t..tht's the message tht i got from Baihaqi.
syukran akhi. moga Allah redha, biiznillah..
ana tak faham cerita ni..
seriously..T.T
ada sesiapa mahu terangkan?
Akhi, pasni wat cite dakwah qowiyyun skit. Ala-ala Salim A. Fillah. Hehe. *Mood demanding
tak dpt bygkan akhwat pkai shades Oakley. lol
*lari jauh2*
emm, nk bg masukan..
maybe u shud do an episode discussing ibrah dr cerita ni? ke naluri sbg penulis anda mengatakan "we shud leave it to the reader to decide it" kinda thing?
suggestion..because many people from my social circle saying there is too much questions yg u have to clear up...
barakallahufikum
may Allah cleanse your intentions on writing this story
Aish.. entri Baihaqi sebelum ni, en.syurahbil kne tembak..
pahtu entri ni terus dia nk dpt anak ke-3?
Urm, ada lompong maklumat d situ.. hehe..
anyway, jazakallah khairan utk penulisan mantop sebegini..
moga terus sukses..
fuh~
mantap.
rasa macam betul2 masuk dalam cerita ni.
wondering jugak ni. kalau dijadikan drama, mesti lebih mantap.
part flashback, paling terkesan.
terutama part ta'aruf..
fuh~
subhanAllah..cerita yg padat tidak meleret.. xnak buku kan ke??buat novel?? :)
assalam :)
just to say well done
Inche Gabbana^^
Assalammualaikum, first of oL, cHe Gabbana, en32 kmu mmg osem(thumb up)��..sungguh 'Basah' kepada pembaca..ana x kira org nak kata apa,apayg pnting,kata yg baik kita contohi,kata yg buruk kita perbaiki. Dsebalik teguran buruk tu,selalunya,ada Baiknya:)(base on comment2 yg ana baca)..btw,sblm ni,naqibah n sahabat2 ana selalu juga bg ayat2 or kata2 yg mst dakhir kata mereka, '..dpetik dr belog Inche Gabbana..'..so,skrg baru ana trjumpa khazanah ni...since2008..agak la khazanah...ok,ana dah mula merepek..actually ana nak komen pasal en3 pasal 'Baihaqi' ni..ana ni mmg jenis lambat sikit kot..sdy sungguh sbb x pham jalan cerita..thats why myb ana x seexcited yg len..tp,apa yg ana happy,alhamdulillah,sedikit sebanyak..ana dpt sesuatu drpd entri ni..iaitu,- '.. ikut tarbiyah bukan utk menjejak imam penyejuk hati semata-mata..',,-BM tu bukan just kita nak meraih cinta kita utk pasangan kt jak,,tp atas dasar cinta kita kepada Allah baru la hidup BM tu..-kalau cinta pd manusia tu kita lebih kan drpd cinta kita pada Yang Maha Esa,,begitu la jadinya..-.syaitan mmg suka memperdayakan kita..-mengangan2kn kita kehidupan dunia,,padahal yg kekal kehidupan akhirat..-walaupun dah berumah tangga,,bulatan osem jangan dtinggal kan:),,-kadang suatu benda tu kelihatan baik dmata kita,,tp sebenarnya,,x semua bnda yg kita rasa baik tu,baik utk kita......apapun,,ana yakin,niat anda utk mengepost en3 ni insyaallah yg baik punya,,smga anda mendapat kebaikan sama seperti kebaikan niat yg baik...n smga pembaca yg len pun mndapat kebaikan drpd en3 anda ni..
Farish. da dekat da tu ngan name saya..huhu..~
kenapa dia tak kahwin je dengan wafi? kenapa perlu berpisah? Inche gabbana tolong jawab yaa.
sob sob bestnyaa :'/
Entah kenapa..walaupun ini kali pertama saya baca tulisan EG dan blog APG iaitu Baihaqi. Terasa-rasa bahawa cerita ini agak personal dan memberi sentimental value pada EG kerana sedikit sebanyak Baihaqi adalah sebenarnya cerita mengenai diri EG sendiri. Entah mengapa naluri hati saya kuat mengatakan itu. Apa pun...sungguh terkesan di hati. Saya dapat memahaminya dari mula sampai akhir. Especialy part hadiah ulang tahun (wasiat dr Syurahbil)dengan kata2 dr blog Saudagar Sorga... Sungguh cinta kpd manusia melebihi cinta kepada-Nya..mampukah saya mnerima kenyataannya nanti walaupun tahu pengakhiran itu pasti. Apa pun semoga "Buat Zaujati 2.0" dapat bg semangat pd saya if one day saya dalam situasi yg sama~~ Baihaqi...
inche gabbana,
moga berkat Allah melimpahimu dan keluargamu..
jazakallah buat kisah ini..
keep on writing lillah!
assalamu alaikum, bagus ceritanya subhan'Allah, tapi kenapa perlu kahwin lagi? *sedih* saya ni suka cerita ending happily ever after, meninggal tu xpa, tapi kenapa kahwin lagi kerana D&T? maaf ilmu kurang :( jazakallahu khairan pada sapa yang boleh tolong explain kan.
kasihanlah nanti kalau di syurga mariah dgn syurahbil & farish bagaimana? kalau pula de dgn farish, syurahbil bagaimana? siapalah saya untuk question benda saya x tau lagi.. hmm anyway,love the point of the story; cinta hanya milikNya dan kerana Nya dan attachment should be pada Nya saja bukan pada creations-Nya. jazakallahu khayran fr the reminder. moga Allah jadikan kita kuat kerana Nya!
subhanallah..penulisan yg hebat.
teruskan :)
Kali kedua baca Baihaqi. Sungguh, before this baca tak rasa pape pun. Tapi bila dah experienced sendiri macam mana sakitnya jatuh sebab cinta manusia yang fana - sungguh cerpen ni dekat dengan diri.
Cinta. Kita sangka cinta itu kita yang punya.
3 perenggan yang kasi kesan kat Mariah tu turut kasi kesan kat saya. Senyum je bila baca, ingat balik benda jahil pernah buat dulu.
Semoga kita terus mencari redhaNya dahulu lebih dari apa pun. Sama sama raih cintaNya dan berpimpinan tangan menuju syurganya.
Terima Kasih tuhan atas belasnihsanMu
Ngeee~~~ =D
Assalamualaikum. Jazakallahu khairan kathira for sharing this short-story & recommending reading it.
Post a Comment