Baihaqi - Puan Saudagar Sorga
[Kredit] |
Sudah lama Mariah mengikuti blog suaminya. Malah, sebelum dia mengikuti usrah dan berasa selesa dengan tarbiyah lagi, dia sudah pernah mendengar tentang blog Dalam Hati Ada Bunga.
Tulisannya yang santai dan bersahaja, namun mempunyai mesej yang menyentuh jiwa, benar-benar mengesankan Mariah yang membacanya. Pada mulanya dia kurang gemar dengan cara penulisan Saudagar Sorga; dengan bahasa rojak caca-marba yang digunakan, juga terlalu banyak karut-marut yang diketengahkan, Mariah merasakan blog itu hanyalah sebuah blog marhaen picisan yang hanya memenuhkan ruang alam maya.
Pathetic. Itulah yang terlintas di kepala Mariah apabila memikirkan tentang Saudagar Sorga.
Namun segalanya berubah apabila seorang rakan menghantar satu capaian seusai Mariah memutuskan hubungannya dengan Wafi dahulu. Rakannya itu, juga sahabat seusrah, menghantar satu artikel yang ditulis oleh Saudagar Sorga, yang menyentuh tentang soal cinta. Ya, cinta. Pada mulanya, Mariah enggan membacanya. Sudahlah ditulis oleh Saudagar Sorga yang banyak mengarut itu, mahu dibaca ketika hati dan jiwanya sedang bergejolak dan terluka pula..? Haish.
Namun setelah dipujuk dan dipujuk oleh rakannya itu, dia mengalah. Itu pun nak tak nak sahaja dia menekan capaian yang dihantar itu.
"Cinta: Milik Siapa?" Ya, itulah tajuk artikel tersebut. Masih segar dalam ingatan Mariah, bagaimana air mata menitik tidak terhenti-henti sedang dia menatal ke bawah kata demi kata yang ditulis Saudagar Sorga. Allah.. Allah.. Itulah yang dizikirkan oleh hatinya tatkala bait-bait cinta tulisan Saudagar Sorga memukul dan menampar dirinya.
Paling dia terkesan dengan kata-kata ini:
"Cinta. Kita sangka kita pemilik cinta, walhal ia milik Yang Esa. Kita sangka cinta itu kita terjangka, rupa-rupanya ia sering mengejutkan kita. Kita sangka kuasa cinta itu di bawah kawalan kita, walhal ia sungguh luar biasa!
Cinta. Kita katakan kita faham apa itu cinta. Kita rasa kita cinta itu kita yang punya. Dan kita fikir cinta itu mudah sifirnya. Namun apabila kita diuji dengan cinta, kita tewas. Kita tersungkur. Kita terluka dengannya.
Cinta. Jika benar kita meraikan cinta, maka burulah cintaNya dahulu. Jika benar kita bercinta keranaNya, kita tidak akan kecewa apabila cinta manusia meninggalkan kita. Dan jika benar yang kita dambakan adalah cintaNya, ketahuilah, Dia tidak akan pernah mengecewakan kita."

Semenjak itu, Mariah tidak pernah terlepas walau sekali membaca tulisan-tulisan terbaru Saudagar Sorga. Malah artikel-artikel lama yang sudah bersawang di arkib juga dikoreknya. Dia berasa sedikit sesal dan bersalah kerana menuduh Saudagar Sorga dengan tuduhan yang bukan-bukan. Juga sedikit terkilan kerana tidak mengikuti penulisannya lebih awal.
Terasa segar dan hidup setiap kali dia membaca bait-bait yang diwarkahkan Saudagar Sorga. Kadang-kadang dia tertawa seperti orang gila, tidak kurang juga mengalirkan air mata seperti memotong bawang merah lagaknya. Kadang-kadang dia tersenyum, seringkali juga dia mengerutkan wajah tidak percaya. Semuanya hanya dengan membaca penulisan seorang penulis misteri yang tidak mahu mendedahkan identitinya.
Kemisterian inilah yang menjadikan penulisan Saudagar Sorga lebih berkesan. Menjadikan sesiapa sahaja yang mengikuti blognya kepingin benar berjumpa dengan si pemilik teratak Dalam Hati Ada Bunga. Dan bohonglah sekiranya Mariah bukan salah seorang daripada mereka.
"Why didn't you tell me, B..?"
Mariah menarik lagi nafas yang dalam. Masih tidak percaya.
"Told you what..? Eh, anda ok ke ni..?"
"Why...?"
Lesung pipit di pipi Mariah basah mengumpul air.
Pernah suatu tempoh itu Mariah tergila-gilakan Saudagar Sorga. Dirasakannya setiap penulisan Saudagar Sorga yang terbaru ditulis khas buat dirinya. Seolah-olahnya Saudagar Sorga sedang bercakap terus dan berdialog dengannya. Setiap hari jika tidak dibuka blog Dalam Hati Ada Bunga, pasti dirinya akan jadi resah gelisah. Terasa seperti tidak lengkap hidupnya. Malah apabila Mariah berdepan dengan sebarang masalah, selain daripada merujuk kepada al-Quran, pasti blog itu yang akan menjadi penasihat utamanya. Kronik.
Ah kepingin benar Mariah mahu berjumpa dan menatap wajah Saudagar Sorga yang sebenar! Dan dia mula memasang angan-angan untuk berimamkan Saudara Sorga...
Mujurlah naqibahnya, Kak Suhailah dan rakan-rakan seusrahnya yang menyedari ketagihan Mariah ini segera membimbingnya.
"Mariah, istighfar. Syaitan sedang menyerang enti dengan hebat sekarang ni. Kita ni perempuan, memang amat mudah terpedaya dengan mainan hati ni. Syaitan memang pakar benar dengan selok-belok untuk pesongkan kita. Enti masih ingatkan tazkirah akak tempoh hari, bagaimana syaitan memperalatkan Hawa untuk sama-sama menarik Adam melanggar perintah Allah..?
Ya, SS tu memang menjadi pujaan ramai akhawat, bukan enti seorang sahaja. Tapi dia hanyalah manusia biasa. Yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Dan ramai lagi ikhwah di luar sana yang akak yakin jauh lebih hebat, jauh lebih faham. Bezanya, mereka tidak sepopular SS. Kita bukan mengejar kepopularitian kan..? Tapi kita kejar keredhaanNya..
Dan kalau enti gagal memperoleh cintanya, adakah enti akan lari daripada tarbiyah dan dakwah ni..? Adakah tujuan enti bersama-sama dengan gerabak ni hanya mahu mencari imam penyejuk hati..? Ingat balik apa tujuan kita hidup di muka bumi. Kenang balik mengapa kita bersama-sama dengan perjuangan ni.. Istighfar Mariah, perbanyakkan istighfar. "
Mariah tersentak. Terasa seperti ditampar kuat di muka. Ada benarnya nasihat Kak Suhailah dan rakan-rakannya yang lain. Lama juga dia bermuhasabah tentang hal ini. Sehinggakan pernah suatu ketika, dia tekad untuk berpuasa daripada membuka blog Dalam Hati Ada Bunga untuk satu bulan lamanya.
Syukur, akhirnya dia dapat membuang ketagihannya yang kronik itu. Ketika tamat tempoh puasanya daripada membaca artikel-artikel terbaru tulisan Saudagar Sorga, berdebar-debar juga rasa hati untuk membuka blog itu semula. Teragak-agak juga tangannya mahu menekan tetikus ke capaian blog tersebut. Namun alhamdulillah, Allah kuatkan hatinya. Dia tidak lagi punya perasaan seperti dahulu. Dia masih terhibur dan terkesan dengan tulisan-tulisan Saudagar Sorga, tetapi dia tidak lagi perasan dan menaruh harapan. Malah tidak lagi membuka blog itu seperti orang yang tidak makan, kelaparan.
"Saudagar. Sorga. That's... That's you right..?"
Senyap.
"B...?"
Senyap.
Kemudian tiba-tiba kedengaran hilai tawa Syurahbil yang boleh tahan kuatnya.
"Saudagar Sorga..?? Hahahaha.. Anda rasa..?"
Mengetahui bahawa orang yang pernah amat diminati dan digilai rupa-rupanya adalah suami sendiri, amat sukar diterima oleh Mariah. Tidak terpercaya. Seolah-olahnya baharu mengetahui diri adalah seorang anak angkat setelah berpuluh tahun tinggal bersama keluarga. Ibaratnya baru membongkar misteri jiran sebelah rumah adalah seorang perompak dan penjenayah yang amat digeruni. Perasaan Mariah ketika itu seperti baru terjumpa anak kucing yang disangkakan hilang dan hilang arahnya, walhal anak kucing itu tidak ke mana-mana.
Kecewa. Gembira. Tertipu. Teruja. Keliru. Semua perasaan bercampur-baur sekaligus. Seperti pelangi.
"What made you think, saya ni Saudagar Sorga..?? Uishhh seleb popular tuuuu!"
Kedengaran sedikit sinis pada lirih lenggok suara Syurahbil.
"Buat Zaujati. It's too obvious. Tapi kenapa sekarang, B..? Why... Why only now..?"
Senyap.
"B.. Don't do this to me. Talk. Please talk."
"Ok ok. Eh.. Anda menangis ke..? Lailahaillallah! Kenapa menangis..? Buruklah! Patut anda tertawa gembira sekarang ni, sebab zauj anda seorang seleb! Hahaha.. Dah dah, gi lap hingus tu!"
Terukir senyuman spontan pada bibir Mariah.
"So betullah..?"
Mariah menarik nafas. Jika boleh dia tidak mahu menghembusnya keluar, selagi Syurahbil tidak mengesahkan fakta itu.
"Hhhhhmmmm. Kalau saya cakap tak betul, macam mana..?"
"B..."
"Ok ok. Betul betul betul. Hehe.."
"Tapi kenapa baru sekarang..?"
"Kenapa tidak sekarang..? Oh, anda lupa eh hari ni hari apa..?"
Mariah tersentak. Dilihatnya tarikh pada jam tangannya. Lailahaillallah. 9 September. Ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.
"Gosh.. I'm sorry B. I'm so sorry.. Memang betul-betul terlupa..!"
"It's ok. Saya tahu awak sibuk. Sebab tu saya tulis artikel tu. Sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan kita yang pertama. I think you deserve to know. After one year. After all this while, saya menyorok dalam almari. Hihihi.. I think it's time."
Air mata Mariah mengalir lagi. Aduh, murahnya air mataku ini!
"Terima kasih B.."
"Untuk..?"
"Entah. Just feel like saying it. But yes, thank you. Thank you so much."
"Kasih diterima. So dengan rasminya, sekarang ini anda sudah bergelar Puan Saudagar Sorga! Wah! Bolehlah anda ikut saya ke hulu ke hilir berniaga saham-saham sorga lepas ni..! Haha.."
Mariah tersenyum lagi.
"Dinner malam ni..? Dinner spesel. Lepas usrah la tapi. Saya belanja! Anda abis HO kol brapa hari ni..?"
Mariah hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Seolah-olahnya Syurahbil bisa melihat reaksinya. Dia terkedu. Terkesima. Masih tidak percaya dengan apa yang berlaku pada dirinya hari itu.
9 September.
Tidak percaya.
bersambung...
-gabbana-
Uish idea mencurah-curah ni. Kalau boleh nak siapkan hari ni juga..! Tapi tak saspen la baii... Hihihi..
Selamat menanti dengan penuh seksa! Jelir lidah.
Hakcipta terpelihara (C) 2012.
>> Baihaqi: Bahagian I
>> Baihaqi: Bahagian III
>> Baihaqi: Bahagian IV
>> Baihaqi: Epilog

30 Caci Maki Puji Muji:
sgt best ini cerita pendek lorh...can't wait for the next entry.btw,sometimes,when i read this, i felt like this's ur true story...tp xbleh buat spekulasi y sebarangan kan,..pa2 pun ,sgt best!
menarik.
haha..
HO and seleb..
next~
Tiba-tiba rasa segan pulak baca entry ni. Sebab penulisnya lelaki, tetapi tulis jiwang-jiwang. Hmm... Saya ini double standard ya.
apg sangat psiko and aneh and pelik!
cerite yg sgt psiko!
sile jgn amek hati... huhu
nice...
like bugsbunny said, this story seem 2 b ur real story la Inche Gabbana :)
btw, keep writing.. w' r waiting 4 it..
mayb, got people thnk d sme lke Mariah when read diz blog 2... :D
wht do u thnk Inche Gabbana..??? hmmm...
en gabbana
anda mmg kejam...kejam sgt!!!
plus perasan... perasan bagus...
sheikh,ana rs kurg sesuai juga kot letak dialog2 suami isteri kt post anta.walaupun ia menyedapkan cerita.tp ia juga membuai perasaan wanita.
maybe boleh ubh dialog jd "keras" sket.huhuh
Sorry bro, had to delete your comment. ;(
Enonimus yg kata saya perasan bagus: Terima kasih atas ingatan. Tapi saya harap dapat habiskan pembacaan siri Baihaqi ini dahulu.
Enonimus yang kata saya psiko: Err.. Part mana yang psikonya..? :O
Enonimus terakhir: Jzkk ntok teguran dan cadangan. Will take note IAllah..
jgn down plak utk teguran ana tu.(anon yg terakhir).nk try something new mmg byk sikit la dugaan nya.semoga Allah kuatkan enta!
selalunya 'gadis' yang menulis jiwang2... ^^
mr.gabbana... sy tggu siri baihaqi yang seterusnya. :)
sure. will wait...
tho terasa anda ni sgt perasan bagus, still wanna read ur blog. haih, manusia apa anda ni...
aish, kalau jadi novel ni. best kot.
kalau buat novel, habaq, ana nak jadi org pertama..haha, tertunggu..dan serius best..
papapun, selagi mana post ni x melanggar syara' x aibkan sapa2, buat donow je kt pengcondemn2..itu gaya penulisan anda..kalau kritik membina, ok la, ni condemn..
oh, lagi kelakar baca kata2 anda kat ayat paling last..terbayang, org jelir lidah..haha
Cepat2 siapkan, dada berdebar2,
suspens @__2
Erk,.chaiyok!
Hati yang memandu kita nak baca macam mana.. Apa2 pun entry y ada kena 0sem dan kena bawa kita semua kepada Allah..
sgt suspen
n sgt menarik
pandai seleb tu menyorok:P
x sabar nak baca sambungan :)
lil' bit klise there, tapi dengan bahasa rojak caca-marba yang digunakan, it's kool..
as usuall..
misteri itu satu yg menyeronokkan..
love u gabana.muah
menanti next entri ^^
keep waiting ^^
haha..citer org perasaaaaannn..hak3...
bro,, best lahhh
betul ckp kak su
salam bro. dah macam novel le plak.mcm dalam khayalan pon ade. saya rasa anda seorg yg ingin membimbing manusia kepada Allah,kan? dan saya percaya niat anda menulis blog ini pun kerana Allah...jika penulisan ini mmg kerana Allah...teruskan bro..dan penulisan anda sering selitkan dnt di dlmnya tp kali ni msh xnmpak lg ape yg cuba bro selitkan...smoga berjaya dan diberkati...
En gabbana
Janji harus ditepati...
X aci la kena tunggu lama camni.habiskan cerita k....
Pls...
sambung2!! xcited nk bace.. besh3x.. =)
EG explicit + psycho + romance. Entry ni a lot of ibrah. Entry ni saya repeat order dah byk kali. Tapi saya ada sindrown malu bila baca hhaha. Entry terlampau jujur atau saya ni kaki pukul lelaki; lasak. Jazakallahu khair.
Post a Comment