23 October 2012

Borak-Borak Qadhaya

[Kredit]

Di sebuah perkampungan di tengah banjaran Himalaya nun di Tibet sana, tinggallah seekor panda gemok yang hobinya hanyalah makan, makan, tidur dan makan. Panda gemok itu mempunyai seekor rakan karib, si musang bukit. Si musang bukit selalu menemankan panda gemok itu ke mana-mana sahaja seleranya membawanya pergi. Suatu hari, kampung mereka digegarkan dengan serangan seekor raksasa bertanduk tiga, berbibir tebal dan berekor lintang yang keluar daripada tasik di atas gunung. Raksasa itu telah..

Ehem.

Maafkan saya.

Ini bukanlah apa sebenarnya yang mahu saya kongsikan. Ceritanya yang sebenar dan lebih sahih berbunyi begini. Pada hujung minggu yang lepas, Allah dengan sifatnya yang Maha Pemurah lagi Maha Kaya telah mengijinkan saya dan beberapa orang ikhwah untuk berBBQ (Baca: Barbeku dan bukannya borak-borak qadhaya. Eheh.). Ok, sebenarnya berbarbeku sambil borak-borak qadhaya jugalah. Senyum puas hati sambil membuat tanda aman.

Dalam kami sibuk menyediakan arang untuk memanggang menu kami pada malam itu, tidak kami sangkakan banyak ibrah dan pengajaran yang boleh kami kutip dan sedut daripada aktiviti yang sedang kami lakukan itu. Benarlah tarbiyah itu boleh sahaja datang dari beraneka sumber, selagi mana kita membuka hati kita seluasnya untuk menerima.

Seorang akh sibuk mengipas ketulan arang yang ada. Gigih jugalah dia mengipas, dengan harapan bara arang akan menyala dengan lebih terang dan bersemangat. Entah mengapa, bara arang tidak mahu juga keluar.

Lantas seorang akh lain yang boleh tahan macho dan bergaya (Akhi, nanti belanja ana minum teh tarik deh..? Wahahaha..) menyarankan agar ketulan-ketulan arang itu diketuk-ketuk dan dihempaskan pada tapak/bekas barbeku untuk mengeluarkan debu-debu arang yang menutupi bara yang ada. Yang lebih osemnya, dia tidak hanya menyarankan sahaja, malah dia sendiri yang mengambil pengepit, menyepit ketulan-ketulan arang yang ada lantas mengetuk-ngetuknya pada dasar tempat barbeku itu. Ok akhi, tambah capati satu. Hihihi.. 

Benarlah seperti yang dikata, sebaik sahaja dia mengetuk-ngetuk arang tersebut, bara yang ada terus menyala terang dan mula mengeluarkan haba pembakaran seperti yang dikehendaki. Saya seperti tidak terpercaya ketika mula-mula menglihatnya. Yalah, orang bandarlah katakan. Mana biasa sangat dengan arang mengarang ini. Batuk batuk.    

Lantas timbul idea untuk menganalogikan kejadian yang baharu sahaja berlaku di depan mata kami sebentar tadi.

Betapa untuk menyemarakkan semangat berjuang di kalangan para dua't Islam, kadangkala kita perlu berkasar dan memalu gendang peperangan dengan penuh kuat dan semangat. Yalah, asyik kipas mengipas, tiup-meniup dan belai-membelai, tetapi bara semangat untuk menegakkan Islam dan mengubah ummah ini tidak mahu-mahu juga keluar, sayugia sudah tiba masanya untuk kita menggunakan cara yang lebih keras dan tegas.

Yang lebih tepat ialah, dakwah ini memerlukan keseimbangan antara kasih-sayang, berlembut dan baring-baring di paha dengan berlaku tegas, disiplin dan pelempang sampai pusing seratus lapan puluh darjah kalau masih degil murakkab. Eh. Tetapi meskipon ada masa-masanya kita perlu bertegas dan menunjukkan sedikit taring sambil rambut shiuu shiiuu ditiup angin semangat, ia masih di dalam rangka kasih-sayang. Ia masih dalam perjalanan memburu redhaNya. Dan ia masih dengan tujuan yang jelas yakni untuk menyentuh dan membina hati-hati manusia.   

Itulah yang telah diajar oleh Allah SWT menerusi ayat-ayat chentaNya. Di mana, di samping kita digembirakan dengan pemandangan-pemandangan sorga yang menenangkan jiwa, kita juga diingatkan dengan seksaan neraka yang tidak terperi sakitnya. Selain air-air sungai yang mengalir di bawah kaki ahli-ahli sorga, kita juga diberi amaran tentang air panas dan nanah menjijikkan yang memenuhi tekak ahli neraka. Meskipon kita dijanjikan dengan sorga buat kita yang sanggup menjual harta dan jiwa demi Islam yang terchenta, kita juga dijanjikan dengan neraka untuk kita yang ingkar dan derhaka.

Dan di dalam Quran, begitu banyak ayat-ayat chenta yang berupa kerahan, arahan dan perintah daripada Allah. Nadanya tegas dan mesejnya keras. Tiada kompromi dan sangsi lagi tentang perkara tersebut. 

"Berangkatlah...!"

"Bersegeralah..!"

"Dan perangilah..!"

"Janganlah..!"

"Rasakanlah..!"   

Gulp.

Begitu juga qudwah dan contoh tauladan yang telah ditunjukkan oleh ar-Rasul kekasih kita. Ada masa-masanya baginda bersabar, berlembut dan menunjukkan sepenuh kasih-sayangnya kepada para sahabat. Seorang sahabat pernah berkata, dia tidak pernah bertemu dengan orang lain yang lebih murah senyumannya berbanding baginda SAW. Dan ada masanya juga baginda bertegas dengan para sahabat. Contohnya di dalam kes pertelingkahan antara Abu Dzar dengan Bilal. 

Pokoknya, kalau kita sudah merasakan lemau dan hilang semangat untuk terus bekerja dan bekerja dan bekerja di atas jalan yang sumpah panjang ini, mungkin sudah tiba masanya untuk mengubah cara dan pendekatan kita.

Atau sekiranya kita melihat hadek-hadek atau ikhwah rakan seperjuangan yang sudah mula menunjukkan tanda-tanda kefuturan, lemah semangat dan muka biskut kering cap ping pong, mungkin sudah tiba masanya kita berhenti mengusap-usap rambut, manja-manja cubit-mencubit dan cakap berlapis macam kek lapis Sarawak. Mungkin sudah tiba masanya untuk kita menarik-narik rambut mereka, cubit perut mereka sampai lebam dan bercakap terus-terang sambil memotong bawang.

"Wahai Nabi! Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang! Jika ada dua puluh orang yang sabar di kalangan kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh! Dan sekiranya ada seratus orang (yang sabar) di kalangan kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang kafir, kerana oranng-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti.

Sekarang Allah telah meringankan kamu kerana Dia mengetahui ada kelemahan padamu. Maka jika di antara kamu ada seratus orang yang sabar, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus (orang musuh); dan jika di antara kamu ada seribu orang (yang sabar), nescaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan izin Allah. Allah beserta orang-orang yang sabar."
[al-Anfal, 8:65-66]

Tengok tu! Orang yang bersemangat, yang berkobar-kobar, yang hidup dan matinya hanya untuk Allah, ar-Rasul dan agama ini, cukup haibat dan gaban sehingga setiap orang daripada mereka boleh mengalahkan sepuluh orang! 

Sedangkan kita, yang lemau, lemah, tidak bersemangat, banyak memberikan alasan, manja-manja, malas, gemok dan berlemak ini, hanya mampu untuk mengalahkan dua orang musuh. Itupon kalau kita layak dan berupaya! Itu pon kalau kita sabar dan masih percaya dengan halatuju dan matlamat yang ingin dicapai oleh perjuangan ini..! Aduh duh duh. Kesat air mata di pipi sebab tiada lesung pipit macam Mariah. Eh.   

Ya, sama seperti arang yang liat mahu mengeluarkan baranya, sudah tiba masanya kita diketuk-ketuk dan dihempas-hempas kepada dasar, yakni perkara-perkara asas dalam tarbiyah dan dakwah ini, untuk mengembalikan semula rasa izzah dan semangat yang semakin pudar dan hilang..!

 "Wahai Nabi! Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang!

Bagaimana..? Anda sudah bersedia untuk diketuk-ketuk, dibakar-bakar dan dicarik-carik..?

Senyum penuh makna.

-gabbana-  

Merindui keranaNya. Adakah si dia merindui diri ini..? Hmmmm. 

8 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 23/10/2012, 16:13  

err qaddaya tu ape eh?
wahai ,memang ringas tapi mesej sampai.mcm Eleventh Hour ^^

Inche gabbana 23/10/2012, 16:14  

qadhaya tu isu atau masalah. mudahnya, borak2 utk menyelesaikan isu dan masalah. ;)

Anonymous 23/10/2012, 18:42  

en gabbana ni lain macam jer...

merindu sapa plak ni... ish,ish,ish...

Anonymous 23/10/2012, 22:14  

tau takpe.. inche gabbana ni mcm ada paper je kan.. haha
biarlah dia.. sebok pulak..
tapi, seriyes sy ckp.. nmpk perubahan dr segi penulisan dan post2 terbaru di facebook mahupun di blog.. nmpk ke arah alam p e r k a h w i n a n.. haha..ok sori menyebok.. hmm..btw, nice entry.

Assalamualaikum.

panda dangdut 24/10/2012, 01:24  

walau apa terjadi hidup mesti diteruskan

Anonymous 24/10/2012, 01:36  

Rasanya rindu Rasulullah.

Wallahu a'lam.

Tak rindukah kita?

tahajjud cinta 24/10/2012, 02:00  

sepi mlm mengajar erti rindu pada-NYA

oh tuhan aku rindu kedamaian dulu

saat haruman itu melengkapi aku sbg hamba yg hina

orgkuantang 27/10/2012, 20:46  

"cakap berlapis macam kek lapis Sarawak..." -ini sumpah lawak~

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP