Baihaqi
Tidak pernah langsung terlintas di hatinya, lelaki yang dikahwininya itu adalah seorang selebiriti terkenal. Selebriti di alam maya, sekurang-kurangnya.
Malah ketika proses taaruf dahulu, licik benar suaminya, Syurahbil berlakon dan menyembunyikan identitinya. Tampak seperti tiada apa-apa yang istimewa pada lelaki berkulit mulus, berambut ikal, hidung sedikit kembang dan sederhana tinggi itu.
Dia masih ingat kata-kata Syurahbil ketika bertaaruf dahulu.
"Saya ni tiada apa-apa. Biasa-biasa sahaja. Harap ukthi dapat menerima diri saya seadanya.."
Dan ya, itulah mentaliti yang ditanam dalam kepala Mariah; terima seadanya. Terima sahaja siapa yang mengetuk pintu hati ini, kerana itu pasti yang terbaik buat diriku. Amin.
Walhal suatu ketika dahulu Mariah merupakan seorang perempuan pujaan dan rebutan setiap jejaka yang mengenali dirinya. Berbekalkan pakej tinggi lampai, kulit putih, hidung mancung, lesung pipit dan dagu berlekuk, kemudian bertudung litup moden dan sentiasa mengikuti trend terkini, tiada siapa yang hairan sekiranya ada mana-mana penerbit filem yang datang untuk meminang Mariah.
Mariah pula mengambil kesempatan ini sepenuhnya untuk memuaskan nafsu dan kehendak diri. Yalah, siapa yang tidak teruja, kalau setiap masa ada sahaja lelaki kacak bergaya yang datang mahu mengoratnya..? Ciri-ciri lelaki pujaan hatinya mudah sahaja; tampan, bertubuh tegap, tidak berbulu lebat dan berduit. Wah.
Tiga orang lelaki jugalah yang pernah bersama-sama dengan Mariah. Ikmal, setahun dua bulan lamanya. Tampan, tinggi dan anak orang kaya. Tetapi kaki wanita. Tidak tahan Mariah dibuatnya! Zairul, paling sekejap, dua bulan setengah. Mulanya Mariah sangkakan dialah putera impian yang dinanti-nantikan, namun sifat Zairul yang pemarah dan mudah menggelabah menjadikan Mariah rimas dan bosan. Akhirnya, yang paling lama, Wafi, selama tiga tahun tiga bulan lamanya mereka bermadu kasih. Pada mulanya Mariah amat skeptikal dengan perhubungan itu. Wafi biasa-biasa sahaja orangnya. Kacak memang kacak, tetapi tidaklah menjadi kegilaan wanita lain. Simple sahaja orangnya. Lama-kelamaan Mariah jatuh hati dengan Wafi. Dia amat tertarik dengan kesederhanaan lelaki itu. Malah dia sudah pon berangan-angan untuk mendirikan rumah tangga dengan Wafi dan menjadi ibu kepada anak-anak Wafi.
Tetapi itu dahulu. Sebelum Mariah disentuh dengan tarbiyah. Dia masih ingat ketika dia memberitahu Wafi tentang keputusannya untuk memutuskan perhubungan mereka. Betapa luluhnya hati Wafi, terkedu dengan tekad Mariah. Mariah juga mengalami saat-saat yang sukar menghadapi hari-hari yang mendatang. Hampir seminggu jugalah dia terperosok di dalam bilik, mata lebam dan hingus meleleh.
Mujurlah ramai akhawat yang datang menenangkan hatinya, menjadi teman di saat-saat bahu amat diperlukan. Lama-kelamaan, Mariah sudah semakin yakin dengan keputusannya itu. Dia faham bahawa jahiliyyah yang berkarat dan melekat di hati akan menjadi fitnah kepada obor perjuangan yang dipegangnya. Dia juga tahu bahawa sekiranya dia masih berdegil untuk bersama Wafi, dia tidak akan boleh pergi jauh bersama gerabak tarbiyah dan dakwah ini.
Awalannya, ada juga usaha Mariah untuk mengusrahkan Wafi. Mariah meminta tolong naqibahnya untuk menghubungi mana-mana ikhwah yang berdekatan dengan Wafi untuk menariknya masuk bersama-sama menelusuri jalan sunnah ini. Harapannya, agar Wafi mengikuti usrah, lantas menjadi penggerak dakwah dan dapatlah mereka mendirikan baitul muslim bersama-sama. Namun akhirnya Mariah tersedar betapa naifnya dirinya, dan rupa-rupanya masih ada jahiliyyah yang bersisa di jiwa. Lantas dia teringatkan kisah hijrah Ummu Qais... Istighfar.
Yang paling lucu, Mariah pernah menghubungi Syurabil melalui emel, ketika itu sebagai seorang peminat kepada pemilik blog, agar diusrahkan Wafi. Dan Syurahbil, atau nama penanya, Saudagar Sorga, membalas emel tersebut dengan mengatakan dia akan berusaha sebaiknya untuk membantu. Mujurlah bantuan tersebut tidak pernah kunjung tiba.
Setiap kali mengingatkan peristiwa itu, Mariah pasti tersenyum sendiri, menggeleng-gelengkan kepalanya.
Namun hari ini pecah segala tembelang, terbongkar segala rahsia. Ketika penat bekerja setelah seharian meronda hospital sebagai Houseman Officer, Mariah melepaskan lelah di ruang legar khas yang disediakan untuk para doktor. Sambil duduk-duduk di sofa empuk di hujung penjuru paling kanan, dia mengeluarkan iPadnya dan mula memeriksa emel-emel yang sudah berlambak tersimpan di dalam inbox.
Habis dibaca satu-persatu emel yang kebanyakannya berkisarkan tarbiyah dan dakwah, dia membuka pula aplikasi Flipboard yang mengumpulkan laman-laman sesawang kegemarannya. Terlirih di matanya, ada artikel baru di blog Dalam Hati Ada Bunga, tulisan Saudagar Sorga. Terus dikliknya blog kegemarannya itu.
'Buat Zaujati.'
Entah mengapa, sebelum membaca post baru itu lagi, Mariah sudah berasa sedikit berdebar dan resah. Gelisah. Tidak senang duduk dibuatnya. Dan buat pertama kalinya, seingat Mariah, dia memulakan bacaannya itu dengan basmalah. Tidak pernah lagi dibuat sebelum ini!
Entah mengapa, sebelum membaca post baru itu lagi, Mariah sudah berasa sedikit berdebar dan resah. Gelisah. Tidak senang duduk dibuatnya. Dan buat pertama kalinya, seingat Mariah, dia memulakan bacaannya itu dengan basmalah. Tidak pernah lagi dibuat sebelum ini!
Satu persatu patah perkataan dalam post tersebut dibaca Mariah. Kalaulah bait-bait kata itu ibaratnya seperti biskut, seolah-olahnya Mariah sedang meratah dengan cermat tetapi lahap setiap daripada kepingan biskut itu. Beberapa kali juga air liurnya ditelan. Dan entah berapa kali pula anak matanya mengecil dan membesar. Mengecil dan membesar.
Seusai menghabiskan 'Buat Zaujati,' Mariah memejamkan matanya. Dalam nafas yang ditariknya. Terukir sedikit senyuman di bibirnya. Tanpa disedarinya, mengalir perlahan air mata membasahi pipinya.
Diambil telefon Samsung SII miliknya, hadiah hantaran Syurahbil di hari perkahwinan mereka. Ditekannya butang 'Favourite' dan ditekan pula nama 'My Love' yang tersenarai di tempat yang paling atas. Terpampang wajah Syurahbil yang memejam mata sambil menggelembungkan pipinya. Comel.
Kedengaran nada dering 'Ketika Cinta Bertasbih'. Lama juga Mariah menunggu, sehingga hampir-hampir mahu dibatalkan sahaja panggilan itu.
"Yesssss sayang...??"
Tersenyum.
"B..."
Senyap.
"Yes...?"
"Why didn't you tell me...?"
bersambung...
-gabbana-
Sila jangan muntah hijau. Sila jangan buat spekulasi sensasi. Dan sila jangan terjun gaung tak puas hati.
Nantikan sambungannya Insha-Allah. Aman.
Hak cipta terpelihara (C) 2012.
>> Baihaqi: Bahagian II
>> Baihaqi: Bahagian III
>> Baihaqi: Bahagian IV
>> Baihaqi: Epilog
Hak cipta terpelihara (C) 2012.
>> Baihaqi: Bahagian II
>> Baihaqi: Bahagian III
>> Baihaqi: Bahagian IV
>> Baihaqi: Epilog
20 Caci Maki Puji Muji:
aish, ini memang kisah benar inche gabbana nih...
kuciwa..kuciwa..
oh man... baru start nak duduk betul baca dah abis? huh.
aiseh. ni macam sama dengan inche gabbana je. :D
Inche gabbana!!!
Ini based on a true story eh? Baiklah,untuk tidak berdosa dengan membuat fitnah membabi buta, saya harap inche gabbana boleh update secepat mungkin dan clarify!!!
Nanti, beberapa lama lagi, ada post untuk zaujah inche gabbana pula kat blog ni (looking forward to that).
habis kelas. baca en3 ni dan.... waiting untuk yang seterusnya. thumbs up! moga Allah permudah.
#no wonder lah . if lepas ni .ada yang minta anda menjadi penulis novel.
masa 2008 cerpen akhi pasal sahabat gitu... skrg dah 2012 cerpen pasal kawen pulak. hehe
p/s: xsabo nak bace sambungannya :)
Nak sambungannnnn.
wanita yg berjaya memiliki hati inche gabbana adalah seorg doktor.. terbaik la..
kenapa 'baihaqi'?
haha bunyi mcm true story je ni..mabruk sheikh~ ^_^
walaupun x kenal gabana in-person tapi hati ni rasa dekat dgn awk..maybe kita takkan pernah bertemu di dunia ni..di dunia lain mungkin..
semoga awk terus menulis..semoga si dia yg berjaya memiliki hati awk secara hakikat adalah pelengkap awk sbg khalifah..
doakan sy...musafir yg masih berjalan belajar mencari...sesuatu..
semoga ketemu akhirnya..
hai bukan cinta biasa
ko jgn nak perasan sgt..
ntah2 kalo jumpa in-person gabana TAK HENGEN pun nk pandang muka ko...
-tak sabar nk baca sambungan citer ni-
Gelak je la bca kmen diats..(Y)
undeniable,it's a good story though and might provide a rough idea about what baitul muslim should be,but is this really necessary? Sorry,this is just my insignificant opinion. Peace.
mcm xptt tulis cerita ni..
best.tpi mcm mengarut.
sungguh.
baihaqi tu maksud die ape ?
why i feel so close with the setoghii? kekeh ;p
Bukan nak perasan ke ape..but i was 'mariah' once upon a time..i've gone thru what she had gone thru before n during the time she'd found tarbiyyah.but the only difference is,i havent met my 'saudagar sorga' yet..n sometimes jahiliyyah2 lama still menghantui diri..rasa mcm nak lari dlm dakapan d&t!wahai!
Am sure most of ikhwah/akhwat ade kisah silam msg2..dan sepatutnye apa yg da berlaku pd masa silam dijadikan pengajaran..dan ketahuilah setiap kali kita berada dlm bulatan gumbira mahupun konferens2 riang..itu yg menguatkan lg kita utk terus tsabat atas jln yg dpt menyelamatkan kita dr jurang neraka!mari berlari mengejar sorgaNya~
*pembaca tegar blog APG yg lebih selesa identity dirahsiakan..*
kenapa nama tajuk itu yang dipilih?
minta penjelasan. curious nak tahu.
osemmm~
Post a Comment