30 June 2011

Ayat-Ayat Chenta

[Kredit]

Saya sedang mengusahakan satu projek. Nanti akan ada satu tab baru (sebaris dengan 'Tentang', 'Himpunan Cerita Pendek' dan 'Pautan Mesra Alam') yang akan menempatkan beberapa ratus ayat-ayat chenta.

Ayat-ayat chenta...? Gulp. Inche gabbana sudah mahu berkecimpung di dalam dunia jiwang-miang kah..?

Ya, benar. Sudah lama pon saya berkecimpung di dalam bidang perchentaan ini. Tetapi bukan dengan manusia, tetapi dengan zat yang hakiki dan abadi di atas sana.

Maka 'Ayat-Ayat Cinta' nanti akan menempatkan ayat-ayat, sms-sms, dinding-dinding atau email-email dari Allah untuk hamba-hambaNya yang mudah lalai dan alpa seperti saya; ayat-ayat yang bakal memeluh-besarkan diri atau menitiskan air mata secara berjemaah.

Kebanyakannya adalah ayat-ayat yang menyentuh jiwa raga dan hati sanubari saya secara peribadinya. Tapi saya yakin ayat-ayat ini juga bakal memberi manfaat yang tidak terhingga kepada anda semua, Insha-Allah.

Akan saya kategorikan ayat-ayat ini mengikut tema atau 'sifat' yang paling relevan, mengikut pandangan saya yang marhaen ini. Teguran, kritikan dan pembetulan adalah terlalu amat dialu-alukan.

Anda juga dijemput dengan tangan terbuka tetapi kaki penuh rapat bersopan-santun untuk menyumbang kepada koleksi ayat-ayat chenta ini. Apa yang perlu anda lakukan amat mudah; tinggalkan ayat chenta anda pada ruangan komen dengan hanya menyebut nombor surah dan ayat keberapa, juga tema yang anda rasakan sesuai untuk ayat tersebut.

Oh sila jangan berkecil hati sekiranya ayat-ayat chenta anda tidak terpilih. Berkecil hati itu tidak matang dan sangat tidak bergaya. Hoh. Kerana saya mahu memastikan hanya ayat-ayat chenta agung dan abadi yang dimuatkan di dalam ruangan ini (berdasarkan pandangan saya yang lemah ini). Insha-Allah, saya amat yakin sekiranya ayat-ayat chenta anda tidak terpilih untuk ruangan itu nanti, ia tetap akan menjadi ayat-ayat chenta untuk anda secara peribadinya. Dan itu yang lebih utama. Bukan begitu? Senyum. 

Besar harapan saya projek dhaif yang tidak seberapa ini akan memberi manfaat, sekiranya tidak banyak, sedikit pon jadilah, untuk kita semua. Diharapkan projek ini akan lebih memudahkan anda untuk membuat rujukan, baik untuk kegunaan sendiri atau bulatan gembira anda di masa-masa hadapan.

Semoga Allah meredhai dan mempermudahkan usaha kerdil insan marhaen ini. Amin.

-gabbana-

Entah mengapa, semangat untuk menulis hilang entah ke mana baru-baru ini. Idea kering, dan tangan tidak selaju biasa untuk menulis. 

Semoga Allah tidak cabut terus kekuatan dan semangat untuk menulis. Tetapi sekiranya itulah perancanganNya, Insha-Allah saya redha. Pasti terlalu amat besar hikmah di sebaliknya. Aman.

28 June 2011

Bisnes Yang Paling Bergaya Di Galaksi Bimasakti

[Kredit]

Anda pernah berkecimpung dalam dunia perniagaan atau nama Melayu-Inggerisnya, bisnes? Kalau bukan anda, mungkin Inche Abah anda seorang usahawan tempatan yang berjaya..? Atau Puan Ibu anda merupakan seorang agen jualan langsung..?

Mungkin anda sendiri pernah berjinak-jinak dengan dunia bisnes? Tidak perlulah membayangkan perniagaan yang juta-juta itu; menjual nasi lemak di sekolah rendah juga merupakan satu perniagaan bukan? Senyum kenyit mata.

Saya memang mengimpikan untuk menjadi seorang peniaga/usahawan suatu hari nanti. Tarikan utama kepada angan-angan cita-cita ini adalah kebebasan kewangan (Baca: Financial freedom) kerana secara jujurnya sumpah saya tertekan makan gaji. Selain bebas daripada menjadi hamba majikan, dengan berniaga juga saya rasakan saya akan mempunyai jadual waktu yang lebih anjal; dapatlah saya pergi berbulatan gembira dan berkonferens riang bila-bila yang saya suka! Wah!

Selain itu, berniaga juga adalah salah satu daripada sunnah ar-Rasul SAW. Mesti besar ibrahnya bukan, mengapa Rasulullah SAW semenjak kecil hinggalah dewasa ditarbiyyah oleh Allah melalui alam bisnes..?? Dan saya mahu merasai sendiri kehebatan dan kelazatan ibrah dan pengalaman berguna melalui alam bisnes! 

Pengalaman terawal saya mencuba dalam bidang bisnes ini, err, seingat saya adalah ketika di sekolah rendah. Barang niaga yang dipertaruhkan adalah ais krim bungkus. Ala, aiskrim silinder plastik itu, yang diperbuat daripada air buah atau air milo/teh susu/horlicks atau apa-apa yang seangkatan dengannya, diikat hujungnya kemudian dikejangkan dikeraskan di dalam peti ais. Ya, yang itulah.

Dan bisnes itu gagal teruk dek marjin keuntungan yang terlalu kecil, juga kerana si peniaga yang lebih banyak menikmati barang niaganya sendiri. Hohoho.. 


Ha, yang nilah! Nama dia asikrim Malaysia! Kool bukan..?? *terliur* [Kredit]

Kemudian saya juga pernah mencuba-cuba untuk menjual jersey bola ketika di Sekolah Bintang dahulu. Seusai pulang mengikuti kursus kepemimpinan di Kelantan, saya membawa pulang sama beberapa helai jersey yang tampak ori tapi dibeli pada harga lanun Somali. Hohoho.. Bisnes ini juga gagal kerana seingat saya tiada siapa yang mahu membeli jersey-jersey tersebut (Nota: Ada seorang junior yang begitu berkenan dengan jersey England berlengan panjang. Masalahnya, saya juga minat pada jersey yang sama! Peluh besar) Akhirnya jersey-jersey tersebut diberikan secara percuma sahaja kepada beberapa orang.

Sewaktu di Kerajaan Bersatu dahulu, sekali lagi saya cuba untuk mengecimpungkan diri dalam bisnes. Kali ini bisnes saya lebih maju ke hadapan dan sofistikated. Saya membeli beberapa utas jam di eBay dengan niat untuk menjualnya kembali dengan harga yang lebih tinggi. Ketika ini saya betul-betul bersemangat untuk memastikan bisnes saya ini berjaya.

Tetapi bersemangat tidak bermaksud bijak. Peluh. Bersemangat yang tidak kena pada tempatnya boleh juga jadi tidak bijak. Peluh besar. 

Akhirnya saya kerugian besar. Seingat saya, hanya seutas atau dua yang berjaya dijual. Selebihnya, sama ada saya sendiri yang memakainya (adeehhh..) atau saya berikan kepada orang lain sebagai hadiah. 

Tetapi banyak juga pengalaman berguna yang saya perolehi daripada bisnes eBay tersebut. Dan antaranya ada saya ceritakan di sini, di mana saya hampir-hampir berjaya ditipu oleh pembeli palsu berbangsa Afrika. 

Dan kini, sekali lagi saya cuba-cuba untuk berniaga. Kali ini modalnya lebih besar dan saya mempunyai seorang rakan kongsi yang bersama-sama menanggung risiko. Tidak perlulah saya bercerita di sini apa bisnes saya tersebut (Insha-Allah halal dan tayyibah). Tapi.. Err.. Sehingga kini bisnes tersebut masih belum kencang dan haiperaktif lagi. Sedikit bawah (Baca: Down) dengan perkembangan atau perjalanan bisnes ini, tapi doakan agar tak lama lagi saya akan bertemu dengan breakthrough saya, Insha-Allah. (nak terjemah dalam bahasa Melayu tak reti. Lalu patah mungkin? Wahahaha.. ^^")

Melihat kepada perjalanan saya mencuba-cuba dalam dunia bisnes ini, nampaknya lebih banyak kegagalan daripada kejayaan (ada juga pengalaman bisnes yang berjaya, tetapi tidak saya kongsikan di sini). Itu lumrah dunia bisnes. Mereka yang gagal lebih banyak daripada mereka yang berjaya. (Ayat cliche orang yang belum lagi berjaya.. Hohoho...)

Anda sering mendengar nama-nama seperti Steve Jobs, Mark Zuckenberg, Lakshmi Mittal, Tony Fernandez, Bill Gates dan sebagainya. Mengapa? Kerana mereka berjaya dan hanya orang yang berjaya yang menulis sejarah. Anda pernah mendengar nama-nama seperti Alfonso Suarez, Letchumi Nandappori, Ahmad Suhaimi dan Thomas Cheng..?? Tidak pernah bukan? Mengapa? Kerana saya pon tak pernah. Wahahaha.. 

Err..

Anda faham bukan point saya? Hanya mereka yang berjaya sahaja, bukan sahaja di alam bisnes, tetapi dalam bidang apa-apa pon, yang tercatat nama mereka di dalam sejarah. 

Tetapi jangan khuatir, jangan gusar, kerana saya akan bocorkan satu rahsia besar yang tidak ramai yang sedar dan tahu. Dengan rahsia ini, sesiapa sahaja boleh berjaya dengan cukup cemerlang, gemilang dan terbilang! Ini adalah rahsia bisnes yang tidak akan membuatkan anda gagal! Sumpah tak tipu! Bisnes yang paling menguntungkan sekali di seluruh galaksi bimasakti ini!

Tapi ada syarat untuk anda mendengar pendedahan paling hangat dalam abad ini; selepas mendapat tahu tentang rahsia ini, anda WAJIB menyebar-nyebarkannya kepada seramai yang mungkin. Tahu...?? Anda zalim kalau anda tidak sebar-sebarkannya!

Baiklah. Sambung baca hanya sekiranya anda berjanji anda akan sebar-sebarkan rahsia besar ini. 





...



...



...






...





Ha kantoi! Anda masih belum berjanji lagi! Takde takde! Baca HANYA apabila anda sudah berjanji anda akan sebar-sebarkannya! Faham..??

Baiklah, sekiranya anda melepasi tahap ini, anda adalah seorang budak yang baik mari saya usap kepala hey!

Begini. Anda mahu tahu satu bisnes yang tidak akan gagal bukan? Anda mahu belajar cara-cara berniaga yang buatkan anda untung besar bukan..?? Dan anda mahu kuasai teknik-teknik bisnes yang bakal membuatkan hidup anda senang sesenang-senangnya bukan...???

Jeng jeng jeng..! Anda bersedia...??

"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?

(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu, itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya,

nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di surga 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar."
[as-Saff, 61:10-12]

Ha.. Bagaimana..?? Saya tak tipu bukan..?? Dengan bisnes ini, anda PASTI berjaya! Anda PASTI untung! Dan anda PASTI gembira..! Mengapa saya begitu PASTI yang anda PASTI akan berjaya..?? Kerana 'pelanggan' dan tukang bayarnya adalah Allah! Dan Allah tidak mungkin menipu..! Walawehhhh...!!

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."
[at-taubah, 9:111]


Nah! Sudah saya bocorkan satu rahsia bisnes yang paling menguntungkan di dalam sejarah manusia! Jika anda ceburkan diri anda di dalam bisnes ini, pulangan dan ganjarannya adalah seratus peratus dijamin! Mana ada bisnes di dalam dunia ini, mahu pon di planet Musytari sana, yang boleh menjamin pulangan seratus peratus! Jika ada, maka itu satu penipuan skim cepat kaya! 

Dan rugilah besarlah anda, selepas saya membocorkan rahsia ini, anda tidak mahu merebut peluang yang lebih berharga dari emas ini!


Anda PASTI berjaya dengan bisnes ini. PASTI!!! Tahu..?? [Kredit]

Buat masa ini, peluang ini dibuka kepada semua. Tiada kuota mahupon had penyertaan. Juga dibuka pada setiap masa. Jangan biarkan peluang bisnes ini berlalu di depan mata anda sambil mengucapkan oktengsbai! Anda pasti menyesal tidak terkira pakai kalkulator sekalipon sekiranya anda melepaskan peluang yang cukup fulamaweh dan bom bom kedabooommm ini!

Saya mahu menerima tawaran ini dan saya sudah pon berjinak-jinak di dalam bisnes yang cukup menguntungkan ini. Perjalanan saya, ya, masih terlalu amat jauh tetapi saya sudah pon melaburkan sen-sen (belum ringgit-ringgit lagi.. hoho..) saya yang pertama. Anda bila lagi..?? (Moga Allah menerima pelaburan saya yang tak seberapa ini)

Marilah kita melabur di dalam bisnes ini; kerana ganjarannya pasti dan terjamin! Anda pasti berpuas hati..!

Seperti firman Allah untuk mereka yang melabur di dalam bisnes ini:

'Fastabsyiru!' Bergembiralah..!

BERGEMBIRALAH...!!

-gabbana-

26 June 2011

Riadhah Otak Di Malam Ahad #2

Anda masih ingat pertama kali anda tersentuh, berpeluh-peluh besar selepas mendengar pengisian berapi-api Kamehameha 'Ini Sejarah Kita' atau apa-apalah yang sewaktu dengannya..?

Anda masih ingat perasaan seperti hendak melompat-lompat tinggi, atau sayap yang tumbuh di bahu, terasa seperti hendak terbang pantas laju ke hadapan, seusai dibakar dalam sesi Syahadatul Haq..?

Masih segarkah dalam ingatan anda nafas yang anda tarik dalam-dalam itu, dan benih-benih azam yang anda tanam untuk berubah dan mengubah, sebaik sahaja hati anda disentuh dengan sms-sms dan wall-wall Allah yang basah dan menghentak jiwa..?

Dan masih terbayang-bayangkah anda janji-janji yang anda laung dengan suara hati, bahawa anda mesti berubah dan perubahan itu mesti dilakukan dengan segera, setiap kali Inche/Puan Hidayah datang mengetuk pintu hati anda, sehingga menitik-nitik air mata..?

Apa jadi dengan semangat itu..?

Apa cerita dengan azam itu..?

Apa kesudahan janji-janji yang anda taburkan..?

Apa sudah jadi..??

Malas bincang kencang, tak larat nak borak panjang. Sila tengok dan terasa zaaass sekian terima kasih.




-gabbana- 

25 June 2011

Biar Penat Asal Selamat



Sejak kebelakangan ini saya sering kepenatan. Tubuh dan anggota badan terasa lenguh-lenguh dan kesengalan hampir sepanjang masa. Perasaan mengantuk oh seronoknya kalau dapat mendarat di katil yang empuk itu tak payah ceritalah. Selalu sahaja saya terlanjur; terlelap ketika sedang menghadap komputer di opis. Lebih parah lagi, kalau sudah tidak tertahan, saya baringkan sahaja kepala di atas meja...! Woah.

Kepenatan ini saya kira, adalah kepenatan terkumpul atau terbina. Maksudnya, setiap hari pon penat, dan penat yang terdahulu tidak sempat untuk pulih sebenarnya. Akibatnya, saki-baki penat yang tinggal menyumbang pula kepada penat yang baru. Hohoho.. Eh faham ke teori penatism ni..? Wahahaha..

Kalau ikutkan, sebagai manusia biasa yang marhaen dan tidak Super Saiya, apatah lagi Popeye yang boleh bertukar menjadi kudaku lari gagah berani apabila memakan bayam, memang logik juga mengapa saya sering kepenatan begini. Hampir setiap hari ada sahaja program dan aktiviti.

Mari saya kongsikan jadual mingguan saya bersama anda:

Isnin
Penat atas sebab-sebab tertentu yang tidak boleh dikongsikan di sini. Kadang-kadang ada bulatan gembira; kalau ada pukul dua belas tengah malam kurang lebih baru boleh beradu di kamar diraja. Eh.

Selasa
Petang selalunya beriadhah - amat penting bagi mencapai matlamat Qawwiyul Jism di samping menjaga ukur lilit perut yang tampaknya semakin mengganas. Peluh besar. Malamnya mungkin ada mesyuarat. Dan sekiranya ada, sama juga, akan masuk tidur agak lewat.

Rabu 
Memandangkan hadek-hadek Kolej Maha Busy sudah mula berkolej (Eh betul la kan..? Kalau budak-budak sekolah kita panggil bersekolah, kalau kolej berkolejlah..! Aman.), Rabu malam dikhaskan untuk mereka. Dan selalunya memang akan sampai lewat ke rumah kerana jarak Kolej Maha Busy yang agak jauh tapi masih tidak cukup jauh untuk saya mengqasarkan solat. Eh.

Khamis
Petang juga dikhaskan untuk riadhah. Selalunya malam tiada apa, dan kalau tiada apa memang peluang ini diambil untuk tidur awal (tapi Khamis yang lepas ada bulatan gembira, sayugia hampir pukul dua pagi juga baru dapat belayar ke alam mimpi).

Jumaat
Malam ada bulatan gembira. Jika tiada, kadang-kadang akan keluar bersama rakan-rakan Sekolah Bintang.

[8.30 pagi - 5.30 petang dari Isnin sampai Jumaat akan berada di opis]

Sabtu 
Dah tak ingat dah bilakah Sabtu terakhir yang saya tiada apa-apa. Hohoho.. Selalunya ada konferens riang. Jika tiada, akan diminta berkongsi pengalaman dan cerita-cerita dongeng di jalan dakwah ini.

Ahad
Kalau ada konferens riang, selalunya akan habis di tengah hari. Jika tiada, paginya akan ke Kolej Maha Busy/Kolej Yang-Namanya-Dirahsiakan. Bergantung kepada keadaan dan angin bertiup dari arah mana. Dan petang selalunya saya memang akan menjadi rata. Sungguh rata.

Begitulah lebih kurang jadual mingguan saya. Itu tak kira kalau hari tu saya sibuk di opis atau tidak. Kalau sibuk, selalunya bila pulang ke rumah, sudah ibarat hampas tebu yang diperah.

Juga saya ke opis agak awal setiap hari; pukul enam lima puluh pagi kurang lebih selalunya sudah keluar dari rumah dan tiba di opis sebelum pukul tujuh setengah pagi lagi. Jadi hampir setiap malam, sukar untuk saya tidur lebih daripada enam jam. Selalunya empat ke lima jam. Enam jam itu mewah dan tujuh jam itu walaweh mulut ternganga besar.

Pernah juga ditegur oleh Inche Papa dan Puan Mama yang saya perlu kurangkan aktiviti-aktiviti saya. Kata mereka, kerja dan profesion itu lebih utama. Aduhai, seandainya mereka faham. Air mata menitik-nitik.

Ok kalau dah kantoi tahap camni, sila terjun bangunan 88 tingkat. Wahaha.. [Kredit]

Kadang-kadang tidak sempat untuk makan malam kerana terkejar-kejar untuk segera sampai di tempat program/aktiviti. Selalunya menjamah seketul dua buah-buahan dan air kotak sebagai minuman. Bagus juga untuk kesihatan dan kebajikan Inche Perut. Wihihihi..

Dan masa-masa terluang yang ada pon selalunya dihabiskan bersama ahli keluarga, sebagai salah satu aktiviti berpolitik bersama mereka. Sungguh bergaya bukan..? 

Risau juga kalau kepenatan saya ini akan membawa kepada sesuatu yang lebih mudharat yang terus akan melambatkan dakwah saya. Lebih teruk kalau ia menghentikan terus dakwah ini. Contohnya..? Eksiden di jalan raya akibat terlelap ketika memandu. Nau'dzubillah.. (Terbaru cukup ramai ikhwah dan akhawat yang eksiden disebabkan hal ini. Pastikan anda lebih berhati-hati; kalau penat sila berehat!)

Bukan, saya bukan hendak berbangga diri. Tiada apa yang hendak dibanggakan. Sekiranya saya berbangga, saya minta tolong anda untuk cubit perut saya dan buang lemak-lemak yang ada. Wahahaha. Errr. Cuma hendak berkongsi dengan anda yang saya kepenatan. Terlalu amat penat. Dan saya yakin jadual saya tidak jauh bezanya dengan jadual kehidupan kebanyakan ikhwah dan akhawat di luar sana. Benar bukan..? Malah jadual saya itu jika hendak dibandingkan dengan para Super Saiya di luar sana, aduhai, malunya! Jadual mereka jauh lebih padat dengan aktiviti-aktiviti membina manusia!

Hakikatnya, saya lebih suka begitu keadaannya, jadual yang penuh dengan aktiviti yang berfaedah setiap masa dan ketika, daripada dihabiskan dengan perkara-perkara jahiliyyah yang mengundang dosa dan noda. Kadang-kadang tu seperti mati kutu dibuatnya apabila tiada aktiviti atau program di hujung minggu. Bosan! 

Tetapi ya, tidak dinafikan, badan saya sudah penat. Sungguh penat.

Berehatlah kalau begitu! Kata anda. 

"Rehat seorang dai'e hanya di syurga."

Eh, bau apa tu..? Macam bau hangit rentung terbakar. Hihihi..

Mana ada masa nak rehat cik abang, cik kak. Kalau ada masa untuk berehat, tu namanya futur. Tidak bekerja. Mengapa? Kerana umat sedang sakit. Tenat. Kalau bukan kita yang hendak merawatnya, takkanlah zirafah dan panda pula..?

Biarlah saya penat di dunia sekiranya dengan penatnya saya itu Allah redha.

Biarlah saya penat di dunia seandainya penat saya itu akan membawa saya ke syurga.

Dan biarlah saya penat di dunia asalkan ia bisa menyelamatkan saya daripada api neraka.

(Tiba-tiba sebak pula menulis tiga ayat yang terakhir ni)

Doakan saya agar terus diberi kekuatan olehNya. Terima kasih.

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan ataupun merasa berat, dan dan berjihadlah dengan harta dan jiwa pada jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
[at-Taubah, 9:41]

-gabbana-

Ini sebenarnya auto-post, yang ditulis semalam. Sekarang ini saya sedang berkoferens riang. Yeheeyyy, memang sungguh riang...! Ok bunyi macam sedikit sarkastik tapi sumpah riang! Senyum besar sambil memakai cermin mata hitam cap ayam.

24 June 2011

Parti Politik Mak Bapak



Salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada seorang dai'e di zaman moden ini adalah kemahiran berpolitik dengan keluarga. Atau lebih tepat lagi, dengan mak dan bapak.

Marcapada ini (sila berpeluh kecil sekarang juga), mak dan bapak kita sudah begitu terdedah dengan pelbagai jenis cerita dan berita. Contoh terbaru adalah apabila akhbar Utusan Malaysia Baik Takyah Baca melaporkan kegiatan sebuah sekolah agama di Negeri Sembilan yang melatih para pelajarnya menjadi pengganas. 

Dan apa yang apa yang senggama minda, dalam laporan tersebut dinyatakan bahawasanya 'usrah' digunakan sebegai alat untuk mencuci otak mereka supaya menjadi pengganas.  (Laporan ini kemudiannya dinafikan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan dan ada dimuatkan di dalam akhbat The Star. Dah kata dah, akhbar Utusan sesuai buat alas kaki je!)

Tak kisahlah sama ada laporan berita sebegitu benar atau tidak. Yang lebih utama adalah bagaimana cerita-cerita sebegitu mempengaruhi kedua orang tua kita. Telinga saya ni sudah siap dipasang dengan mode bersedia, menanti-nanti sahaja bilakah Inche Papa atau Puan Mama akan mula mengutarakan soalan-soalan atau komen-komen yang cukup provokatif.

Pernah suatu ketika, rakan-rakan ikhwah menumpang bermalam di rumah saya. Dan Inche Papa mengambil peluang ini untuk menyoal-siasat menemu-bual mereka tentang aktiviti-aktiviti yang sering kami lakukan ketika ketiadaan saya . Inche Papa secara berseloroh (agaknyalah..) bertanya dengan selamba adakah kami belajar cara-cara membuat bom di dalam siri-siri bulatan gembira kami. Cukup merembeskan peluh besar bukan..?

Dan jawapan Inche W, salah seorang akh di dalam peristiwa tersebut lebih memeluhkan lagi:

"Haah Pakcik. Kami memang belajar buat bom pon...!"

Batu besar enam puluh tiga tan menghempap kepala.

Teeennngggsss ah Inche W!  

Dan kebanyakan ibu bapa di zaman ini lebih terpelajar; mereka banyak membaca dan menonton berita di televisyen. Mereka peka dengan isu-isu semasa dan sekali lagi, kesahihan berita-berita tersebut bukanlah persoalannya.

Arakian teramatlah super penting untuk para dua't mempersiapkan kemahiran-kemahiran yang tertentu untuk berproganda, eh, berpolitik dengan kedua ibu bapa. 

Mengapa?

Kerana sekurang-kurangnya mereka adalah Muslim maka 'penentangan' mereka terhadap dakwah kita tidaklah sehebat orang tua Mus'ab dan Saad bin Abi Waqqas rasanya. Dan yang lebih utama, kerana mereka adalah ibu bapa kita, yang sewajibnya kita selamatkan dahulu daripada kancah api neraka.

Penting untuk kita pandai bersilat pulut dengan mereka ini, supaya tidak menghalang kelancaran dan kelangsungan dakwah kita. Daripada kedua-dua belah pihak kalah, atau satu menang dan satu kalah, bukankah lebih baik kedua-duanya menang..?

Maka di sini dikongsikan beberapa tips berguna (yang saya sendiri sedang cuba amalkan) Insha-Allah, yang harapnya dapat melembutkan hati kedua orang tua kita:

1) Kitalah yang menjadi qudwah di dalam keluarga. Sewajibnya, anda yang sedang mengikuti tarbiyyah ini, andalah yang menjadi contoh terbaik di dalam keluarga. Perangai anda yang paling senonoh. Akhlak anda yang paling baik. Andalah yang bangun paling awal untuk mengejutkan mereka solat (Ok yang ini belum berjaya lagi. *tik*tik* Bunyi air mata menitik). Anda jugalah yang paling penyabar dan rasional di dalam keluarga (Err... Yang ini pon. Hohoho..). 

Kiranya, andalah permata di dalam keluarga! Sampai berebut-rebut mak cik sekampung nak pinang anda dengan anak dara/teruna mereka..! Wahahaha.. Eh.

Jangan sampai terkeluar kata-kata dari mulut mak ayah, "Ini ke kata ikut bulatan gembira tu...?"

Tunduk keinsafan, air mata mengalir laju.

2) Habiskan masa-masa berkualiti dengan mereka. Memandangkan jadual anda selalunya padat dan ketat, selalu sahaja tidak berkesempatan untuk berada di rumah, maka terlalu amat super penting untuk anda mencari masa-masa yang berkualiti dengan mereka.

Penat macam mana pon, kena juga cari masa untuk berbual mesra dengan mereka. Macam saya, saya khaskan pagi Jumaat untuk bersarapan bersama Puan Mama. Ketika inilah saya mengambil peluang untuk berborak santai bersamanya. Sabtu pagi atau Ahad pagi pula masa berlepak makan roti canai bersama Inche Papa. Dan Ahad malam untuk makan malam riang-gembira bersama keluarga.

Masa yang berkualiti bersama mereka itu adalah jauh lebih bergaya daripada hari-hari jumpa tapi tidak pernah berbual mesra, tahu?

3) Masakkan untuk mereka. Ini lebih-lebih relevan untuk anda yang sedang pulang bercuti dari luar negara dan tidak bekerja. Saya pasti kemahiran memasak anda di luar negara sudah sampai tahap Gordon Ramsay pon boleh tersujud pembebasan. Maka tunjukkan kepakaran anda itu kepada mak dan ayah! Pasti sejuk kedua-dua perut mereka! (Perut mak sejuk sebab mengandungkan anda. Perut ayah pula... Err.. Wahahahaha..)

Bayangkan betapa seronoknya mak ayah yang baru pulang dari kerja, melihat sudah terhidang ikan kerapu goreng tiga rasa, sotong goreng tepung, kerabu mangga dan creme brulee di atas meja. Walaweh..!


Bayangkan perasaan ayah anda, yang penat seharian bekerja, melihat di atas meja makan sudah terhidang creme brulee yang cukup lazat...?? *terliur* [Kredit]

4) Sekiranya ada peluang, ajak mereka untuk bersolat bersama-sama. Ini seriyes akan cairkan hati mereka, terutamanya untuk mak. Juga boleh bertilawah dan bertadarus bersama-sama mereka.

Saya selalunya akan bersolat jemaah Isyak bersama Puan Mama. Pernah suatu ketika, ketika saya mahu berlepas pulang ke London setelah bercuti musim panas di Malaysia, Puan Mama berkata:

"Lepas ni [Puan Mama] rindulah nak solat jemaah bersama [Inche gabbana]..."

Ok sekejap. *berlari ke bilik air sambil menutup muka, sedikit sebak*

5) Jika ada peluang untuk cucuk mereka dengan fikrah kita, by all mean! Sama ada secara tidak sengaja...

"Eh mak! Cantiknyaaa baju kurung mak ni...? Bila mak buat ni..? Mak tau tak tujuan hidup kita pot pet pot pet.."

Atau juga perdebatan ilmiah secara matang dan bergaya. (Yang ini sering saya lakukan bersama Inche Papa, walaupon Inche matang selalunya lari menghilangkan diri ketika ini. Hohoho..)

Sememangnya menjadi tugas kita untuk memahamkan mereka dengan aktiviti-aktiviti kita. Malah, yang paling fulamaweh sekali sekiranya kita boleh menyebabkan mereka tertarik dan teruja untuk menyertai gerombolan dakwah kita ini...! Masha-Allah.. (Rasa nak menangis pon ada, apabila terfikirkan betapa bestnya kalau Inche Papa dan Puan Mama boleh bersama-sama saya di jalan ini...)

6) Ingat tarikh-tarikh penting dan istimewa yang ada kena-mengena dengan mereka. Contohnya, hari jadi mereka, Hari Ibu, Harai Bapa, ulangtahun perkahwinan mereka dan sebagainya. Thaipusam, Hari Gawai dan hari Natal tidak dikira.

Nak lagi masyuk? Buat sambutan yang seprais dan cukup istimewa untuk mereka. Boleh juga beli hadiah dan kad. Kalau nak sambutan yang tarbawiyy, buatlah doa selamat ke apa. Dan dalam kad boleh tulis kurang lebih begini:

"Selamat Hari Jadi Puan Mama..! Moga Allah berkati kehidupan Puan Mama dunia akhirat. Teringin nak bersama-sama dengan Puan Mama di syurga nanti! Saya sayang Puan Mama! Muah muah muah!"

Sebelum nak buat sambutan serprais, pastikan dahulu mak bapak anda bebas daripada penyakit-penyakit alahan kejutan. Takut nanti anda pula yang terseprais.. Hohoho.. [Kredit]

7) JANGAN sesekali menyakitkan hati mereka, apatah lagi membuatkan mereka rasa kechiwa seperti hendak terjun bangunan. Kalau perlu mengalah, mengalahlah. Tapi mengalah tak bermakna anda sudah tewas. Gunalah cara yang paling berdiplomasi untuk mememujuk dan menyenangkan hati mereka.

Apa guna ikut tarbiyyah tetapi tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi anak yang soleh? (Sila rujuk poin (1))

Ingat! Ini politik mak bapak tahu? Dan bukannya perang dunia ketiga. Bukankah syurga itu terletak di bawah telapak kaki seorang ibu..?

8) Sila rendahkan ego anda apabila bersama mereka. Ya, anda rasakan andalah manusia yang paling betul di dalam dunia ini kerana sudah 'faham' Islam yang sebenar. Tetapi ego adalah antara musuh terbesar manusia dan ego jugalah yang selalunya menyebabkan kita mudah berputus-asa dengan mak bapak.

Jangan berasa malu untuk meminta maaf sekiranya anda berbuat salah. Malah sekiranya anda rasa anda tidak salah sekali pon (egolah tu..!), pada masa-masa yang tegang bersama mereka, rendah ego dan minta maaflah daripada mereka.

9) Cium mak bapak. Sumpah tak tipu. Buanglah perasaan geli-geleman dan tak macho tu, esepeseli untuk kaum jantan. Kalau tak sanggup cium pipi, cium tangan pon jadi. Kompem cair mak bapak, walaupon kepada anda yang tiada biasa berbuat begini, akan terselit jugak di hati mak bapak "Buang tebiat ke apa anak aku ni" sambil menggaru kepala mereka yang tidak gatal. Wahahaha..

Jangan sampai ciuman pertama kali anda untuk mak bapak adalah ketika jasad mereka dilitupi dengan sehelai kain putih...

10) Doa. Bukankah doa itu senjata bagi seorang mukmin..? Jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka dunia dan akhirat. Yang lebih utama, doakan agar Allah buka dan lembutkan hati mereka, supaya mereka dapat menerima siapa kita dan apa yang kita lakukan. Doakan juga agar kitalah yang menjadi asbab kepada tersentuhnya hati mereka untuk bersama-sama di jalan ini.

Saya kongsikan doa ringkas saya sehari-hari untuk mereka:

"Ya Allah! Lembutkan hati kedua orang tuaku. Kurniakan aku kekuatan untuk menyentuh hati-hati mereka..."  

[Kredit]
"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila ia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo'a: "Ya Rabbku, tunjukilah aku untuk mensyukuri ni'mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri".
[al-Ahqaf, 46:15]

Kedua-orang tua kita adalah mangsa keadaan di zaman canggih-manggih ini. Mereka tidak sewajarnya dipersalahkan atas sebarang tindakan dan kata-kata mereka yang mungkin dilihat oleh sesetengah pihak sebagai liberal atau menjadi ancaman kepada dakwah.

Halangan buat kita para dua't bukanlah bagaimana mahu berhelah dengan mereka, atau melarikan diri daripada mereka. Tetapi bagaimana mahu memahamkan mereka dan lebih baik lagi, mengajak mereka untuk bersama-sama dengan gerabak dakwah ini.

Daripada melihat dan melayan mereka sebagai 'musuh,' bukankah lebih canthek dan mulia sekiranya kita menjadikan mereka sebagai mad'u kita..? Senyum kenyit mata.

Dan kepada anda yang tidak mengalami masalah seperti ini, bersyukurlah. Anda tidak mungkin akan faham betapa berat dan peritnya mahu menubuhkan parti politik mak bapak ini. Tetapi ingat! Allah itu Maha Adil! Itu juga satu ujian untuk anda..! Mungkin tandanya anda perlu bekerja lebih kuat dan hebat lagi, kerana anda tiada masalah dan halangan yang sebegitu rupa. Jika tidak, bersiap-sedialah dengan peguam bela di mahkamah Allah nanti..!

Kepada anda yang lain, yang menghadapi situasi politik mak bapak ini, jangan sesekali berputus-asa. Percayalah, ia satu tarbiyyah yang cukup berguna kepada anda! Dan nikmat apakah yang paling besar apabila melihat mak bapak sendiri yang mahu kepada Islam hasil usaha tangan dan keringat anak-anaknya..?? Ya Allahu Rabbi..

Selamat maju jaya dan marilah mengundi Parti Mak Bapak Sedunia Aman Sejahtera! Eh.

-gabbana-

23 June 2011

Nota Ringkas Yang Seriyes Di Petang Hari #1

[Kredit]


Duit.

Mengapa kita begitu berkira untuk membelanjakannya di jalan Allah?

Mengapa kita begitu risau yang kita tiada duit nanti untuk membeli itu dan ini, makanan itu dan minuman ini?

Mengapa kita begitu takut kita akan kehabisan duit nanti, lantas tiada lagi duit untuk dibelanjakan..?

Eh siapa yang bagi rezeki itu? Majikan? Mak? Ayah? Sponsor..? Bukankah Allah..?

Mengapa kita tidak pernah berkira atau risau tentang duit yang kita belanjakan untuk kepentingan diri sendiri? Ipad ini, Kindle itu. Iphone ini, laptop itu. Baju ini, seluar itu. Makanan ini dan minuman itu. Mengapa..??

"Perumpamaan mereka yang mendermakan harta bendanya di jalan Allah, ibarat menanam sebuah biji akan menumbuhkan tujuh pokok dan dari tiap-tiap pokok (membuahkan) seratus biji, dan Allah selalu melipat gandakan kepada siapa saja yang dikehendaki, dan Allah maha Luas (rahmatNya) lagi maha Mengetahui."
[al-Baqarah, 2:261]
"Dan di antara mereka ada orang yang berikrar kepada Allah: "Sesungguhnya jika Allah memberikan sebagian dari karunia-Nya kepada kami, pasti kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang-orang yang saleh.

Maka setelah Allah memberikan kepada mereka sebagian dari karunia-Nya, mereka kikir dengan karunia itu, dan berpaling, dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran). 

Maka Allah menimbulkan kemunafikan pada hati mereka sampai pada waktu mereka menemui Allah, karena mereka telah memungkiri terhadap Allah apa yang telah mereka ikrarkan kepada-Nya dan (juga) karena mereka selalu berdusta."
[at-Taubah, 9:75-77]

Allah... Air mata bercucuran tidak terhenti-henti.

-gabbana-

22 June 2011

Sketsa Kehidupan Berating 18PL



Peristiwa ini berlaku minggu lepas.

Puan Bos Wanita ada lima tiket untuk menyaksikan Teater Musikal 'Sound of Music.' Maka dia membuat tawaran kepada kami semua ada kami berminat untuk menyaksikannya.

Akhirnya tiket-tiket tersebut dapat kepada Inche A yang akan pergi bersama gelprennya dan juga Inche H yang akan menyaksikan teater tersebut bersama isterinya. Jadi ada satu lagi tiket lebih.

Peristiwa ini berlaku pada hari Isnin.

Inche A mengajak saya untuk pergi meyaksikan persembahan tersebut.

Inche A: Eh come la, you can sit beside me.

Errr.. 

Saya: Nah, it's ok. I've got plans already. Thanks!

Senyum.

Peristiwa ini berlaku semalam.

Inche H pula bertanya mengapa saya tidak mahu pergi. Saya katakan kepadanya saya mahu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk berjumpa kawan di sana.

Inche H: Kawan? Siapa..?

Saya: Oh, dia baru balik dari Kerajaan Bersatu. Cuti musim panas.

Inche H: Oh. Dia nak pergi Kerajaan Bersatu?

Saya: Bukan bukan. Dia baru balik dari Kerajaan Bersatu. Cuti musim panas kan..? Belajar Sekolah Ekonomi London sama-sama.

Inche H: Nak amik dia ke apa?

Saya: Eh takla. Jumpa-jumpa je.

Inche H: Peliknya nak jumpa kat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Saya: Haha.. Dulu rapat ngan dia.

Inche H: Oh. Perempuan..? (Senyum)

Saya: Hahaha.. Tak la. Lelaki.

Inche H: Lelaki? (Muka pelik) Pelik gile nak pergi jumpa kawan lelaki.

Saya: Oh bukan saya seorang sahaja. Ada ramai lagi kawan lain.

Inche H: Ooohh... (Masih bermuka pelik)

Saya: (Peluh kecil)

(Nota: Dialog di atas berformatkan dialog dunia fantasi Inche gabbana. Dialog di dunia sebenar adalah lebih sempoi. Juga malam semalam sebenarnya saya sudah pon membuat keputusan untuk berbulatan gembira di Shah Alam. Cuma memang pada pelan awalnya nak ke KLIA)

Peristiwa ini berlaku pagi tadi.

Saya: (Nampak kelibat Inche A) Hey so how was the show? Good..?

Inche A: (Memandang Inche M yang tidak jauh dari tempat kejadian) Hahah.. Inche M, he doens't know yet. (Memandang saya pula) Got kissing scene. (Sambil membuat isyarat potong) If it's shown in movie, sure got potong punya! But yesterday, got to watch it live! Rugi you didn't go! Hahaha..

Saya: Hahaha.. (Peluh besar)

Tamat sketsa ringkas.

Dunia oh dunia! Aku menginginkan dunia yang tunduk patuh pada Allah yang satu, tapi rupa-rupanya aku tidak berpijak pada dunia yang nyata..!

Dunia oh dunia! Aku mengimpikan manusia-manusia di sekelilingku menjadi hamba-hamba Tuhan yang taat dan 'abid, tapi rupanya-rupanya aku masih belum terjaga dari tidurku..!

Dunia oh dunia! Aku bercita-cita untuk menegakkan kembali Islam di muka bumi ini, sehingga Islam menjadi tujuan hidup buat semua, tapi rupa-rupanya perjalanan aku masih jauh dan panjang..!

Terlalu besarkah impianku..?

Dunia oh dunia!

-gabbana-

Kepada hadek-hadek Kerajaan Bersatu yang baru tiba, selamat kembali ke dunia nyata, medan anda yang sebenar. Habis sahaja sengga jet (Baca: Jet lag), sila bersedia untuk masuk ke gear lima..! Senyum nampak gigi sambil membuat tanda aman.

21 June 2011

Tips Untuk Tidak Sawan Ketika Di Belakang Stereng

[Kredit]

Saya adalah antara beberapa species di dunia ini yang boleh bertukar menjadi Ultraman Taro atau Raksasa Gorgon (mana-mana yang lebih anda gemari) ketika sedang memandu. Dan species ini nampaknya semakin membiak dengan cergas dan pesat di Malaysia terutamanya.

Puncanya..? Sikap para pemandu Malaysia yang amat suka menjual ikan. Dan bermacam-macam jenis ikan ada; ikan kerapu, ikan siakap, ikan kembung, ikan buntal, ikan bawal tiga rasa.. Semualah ada..! Dan memandangkan saya pernah memandu di Kerajaan Bersatu, sememangnya memandu di Malaysia memberi tekanan yang maha dahsyat kepada saya. Sikap pemandu kita adalah sikap pemandu negara kelas kelima!

Yang paling menguji keimanan dan kesabaran adalah satu jenis species yang seriyes langsung saya tak faham. Species ini amat gemar memandu di lorong belah kanan sekali di lebuh raya, dengan kelajuan seolah-olah baru balik dari Pasar Tani setiap pagi Ahad. Dan yang paling menyenggamakan minda saya adalah, selalunya kes yang berlaku lorong tengah tidak sibuk pon! Lebih teruk lagi, pernah juga berlaku di mana lorong tengah kosong, tapi mereka masih mahu memandu di lorong paling kanan...!! Eeeerrrggghhh....!!!

Tengok tengok. Cakap pasal tu pon dah buat hati saya membara. Belum lagi anda tengok saya pada hari kejadian. Pada hari kejadian, selalunya kulit saya akan bertukar menjadi hijau tua. Sumpah bengkek.

Golongan sebegini sebenarnya membahayakan nyawa pemandu lain. Sebabnya..? Dek tak tertahan dengan kedegilan dan kesengalan mereka ini, walaupun sudah dicium buntut kereta mereka dan sudah diberi panahan lampu sorot (Eh betul ke..?), mereka mengambil keputusan untuk memotong di lorong tengah atau lorong kiri sekali. Dan ini amat merbahaya kerana tiada siapa yang sepatutnya memotong di lorong selain lorong di sebelah kanan..! (Saya turut termasuk di dalam jenis pemandu ini. Peluh besar.)


Nau'dzubillah.. *urut dada* [Kredit]

Itu baru satu jenis spesies. Belum lagi spesies yang suka bermain Fesbuk dan Pengicau ketika memandu. Juga mereka yang tak sabar-sabar nak membalas khidmat pesanan ringkas, macamlah kalau tak balas mereka akan mati di situ dan ketika itu juga! Dan bermacam-macam spesies lain lagilah yang boleh menyebabkan jangka hayat saya berkurang dengan kadar yang amat menakutkan.

Yang lebih tidak bergaya, sedikit-sedikit saya juga sudah bertukar menjadi samseng jalanan. Sedikit-sedikit saya menjadi seorang pemandu yang saya sendiri benci. Di belakang stereng, saya bukan lagi seorang akh yang mengikuti dakwah dan tarbiyyah. Memandu dengan laju, mudah marah, membebel-bebel, mudah tertekan, tidak sabar.. Dan entah apa-apa sifat-sifat mazmumah yang lain. Keikhwahan saya hilang ketika memandu!

Antara tabiat tidak senonoh saya ketika memandu adalah menjeling pemandu lain yang saya cukup tidak puas hati dengan mereka. Ada sekali tu, dek terlalu geram dengan seorang pemandu yang cukup degil tidak mahu beranjak daripada lorong paling kanan walaupon memandu ibarat bersiar di tepi pantai, saya memecutnya di sebelah kiri kemudian memperlahankan kereta sebelum menghonnya sepuas hati! Nahhamekkau!

Puas hati memang puas. Tapi selepas itu timbul keinsafan dalam diri. Yalah, apa faedahnya saya berbuat demikian? (Walaupon selepas itu melalui cermin pandang belakang, saya lihat dia akhirnya mengubah posisi keretanya. Wahahaha! Eh.) Entahlah, kadang-kadang tu memang amat sedih dengan diri sendiri setiap kali memandu. Saya rasakan saya seolah-olah bertukar menjadi makhluk lain ketika memandu.

Saya rasalah setiap kali saya memandu, dosa kering mahu pon basah yang saya hasilkan tidak terkira banyaknya...! Astaghfirullahal adzim.. Air mata menitik-nitik. Dan risau juga silap haribulan, saya pula yang dibantai oleh samseng-samseng jalanan yang tulen dek kebiadapan saya. Hohoho...

Dan oleh kerana saya mahu berubah dan saya perlu berubah kerana qudwah itu perlu di setiap masa dan ketika, di sini saya nak kongsikan beberapa tips untuk mengelakkan diri daripada menjadi samseng jalanan, mahupon tak pasal-pasal mendapat sawan di belakang stereng. Moga saya juga akan berusaha denag nsegigihnya untuk cuba mengamalkannya.

Saya persembahkan...

TIPS-TIPS UNTUK MENJADI SEORANG PEMANDU BERHEMAH BERAKHLAK MULIA DAN BERSOPAN-SANTUN SETIAP MASA

1) Kalau tak puas hati dengan kereta depan, cuba bayangkan yang memandu adalah ikhwah/akhawat. Kompem seratus lapan puluh lapan persen tak jadi nak marah! Hohoho..

2) Sebelum memandu, siap-siap amik wudhu' dulu. Sediakan juga sebotol air mineral yang baru lepas disejukkan di sebelah anda. Kalau masa memandu masih nak bertukar menjadi Inkeredibel Hak juga, siram diri-sendiri dengan air mineral sejuk tadi.

3) Pasang bacaan ayat-ayat Quran ketika memandu. Nak lagi best, pilihlah surah yang menggambarkan kematian ke, nikmat Allah yang mana satu nak didustakan ke. Pasang kuat-kuat (Secara jujurnya teknik ini kurang berkesan buat saya. Pasang juga lagu-lagu nasyid, tapi bila dah bengkek tu, lupa semua benda! TT__TT)

4) Pastikan ketika anda memandu, ada orang di sebelah (kalau satu kereta penuh lagi bagus). Nak lagi best kalau orang di sebelah tu adalah orang yang anda hormati (atau mahu dihormati oleh dia). Contoh, murabbi anda ke, hadek bulatan gembira anda ke, syaikh besar ke. Dijamin berkesan. 


Uish kalau Syaikh Sudais yang duduk di sebelah saya ketika memandu, kompem saya jadi pemandu yang paling berakhlak ketika itu! Wihihihi.. [Kredit]

Cuma masalah dengan teknik ini, kebanyakan masa memang terpaksa memandu bersendirian pon. Adeh.

5) Anda bayangkan anda berada di tempat pemandu anda amat geram-geram itu. Yalah, kalau anda jadi dia, pasti anda tidak suka dicucuk buntut atau diberi panahan lampu sorot bukan..? Treat others as you like to be treated.

Dan cuba juga untuk berlapang dada. Reka atau ciptalah satu keadaan yang membayangkan pemandu di hadapan sedang menghadapi masalah; stereng rosak ke, dia pekak atau buta ke atau dia tidak biasa memandu di jalan raya di Malaysia.

6) Seriyes, nasihat 'Biar lambat asal selamat!' adalah nasihat yang paling masuk akal dan munasabah sekali. Buat apa nak pecut macam awan guling kalau nanti kita yang terpaksa berguling-guling...??

Dan laju macam mana pon, anda boleh jimat dua-tiga minit je pon! Saya pernah mencubanya dengan menggunakan bantuan Puan GPS dan sungguh benar, kalau pandu dengan kool dan bergaya tanpa perlu tergesa-gesa, masih dapat tiba ke destinasi dalam tempoh masa yang relevan.


Biar lambat, asal selamat! Hoyeeaahhh! [Kredit]

7) Ini adalah nasihat yang bakal mengoyakkan limpa dan buah pinggang diri sendiri. Kita memandu untuk apa sebenarnya? Untuk ke mana? Kalau benar kita seorang muslim yang ikhlas, yang buat setiap benda kerana Allah semata, pasti Allah juga sentiasa bersama-sama kita ketika memandu. Dan sekiranya Allah sentiasa bersama-sama kita di dalam setiap perbuatan kita, nescaya kita tidak akan tergamak melakukan perkara-perkara yang tidak disukainya.

"...Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan sekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya."
[Riwayat Imam Bukhari, Hadith ke-38 susunan Imam Nawawi]

[Tee][Tee][Underscore][Underscore][Tee][Tee]

Ok terima kasih kepada diri sendiri kerana baru sahaja berjaya mengoyakkan seluar jiwa raga diri sendiri.

Harapnya dapatlah amalkan mana-mana yang paling berkesan untuk mengelakkan sawan di jalanan.

Atau mungkin anda ada tips yang lebih menarik, kreatif dan berkesan..? Kalau ada silalah berkongsi di sini kerana sekiranya anda kedekut untuk berkongsi, anda adalah seorang yang amat zalim kerana sanggup melihat spesies seperti saya ini mempunyai jangka hayat yang pendek dek tekanan darah yang tinggi setiap kali memandu..! Fuh. 

Semoga selepas ini saya akan menjadi seorang pemandu yang lebih beriman dan bertaqwa. Dan pemanduan saya akan membawa saya lebih dekat ke syurgaNya dan bukannya memandu terus ke dalam neraka..! Hohoho.. Insha-Allah, doakan saya! Saya mahu berubah! Saya mahu menjadi seorang pemandu yang lebih bergaya..!

Aman.

-gabbana-

Malam ini akan memandu ke Shah Alam untuk berbulatan gembira. Harapnya ada penambahbaikan yang mulia dalam pemanduan saya pada malam ini, biidznillah..

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP