Bisnes Yang Paling Bergaya Di Galaksi Bimasakti
[Kredit] |
Anda pernah berkecimpung dalam dunia perniagaan atau nama Melayu-Inggerisnya, bisnes? Kalau bukan anda, mungkin Inche Abah anda seorang usahawan tempatan yang berjaya..? Atau Puan Ibu anda merupakan seorang agen jualan langsung..?
Mungkin anda sendiri pernah berjinak-jinak dengan dunia bisnes? Tidak perlulah membayangkan perniagaan yang juta-juta itu; menjual nasi lemak di sekolah rendah juga merupakan satu perniagaan bukan? Senyum kenyit mata.
Saya memang mengimpikan untuk menjadi seorang peniaga/usahawan suatu hari nanti. Tarikan utama kepada angan-angan cita-cita ini adalah kebebasan kewangan (Baca: Financial freedom) kerana secara jujurnya sumpah saya tertekan makan gaji. Selain bebas daripada menjadi hamba majikan, dengan berniaga juga saya rasakan saya akan mempunyai jadual waktu yang lebih anjal; dapatlah saya pergi berbulatan gembira dan berkonferens riang bila-bila yang saya suka! Wah!
Selain itu, berniaga juga adalah salah satu daripada sunnah ar-Rasul SAW. Mesti besar ibrahnya bukan, mengapa Rasulullah SAW semenjak kecil hinggalah dewasa ditarbiyyah oleh Allah melalui alam bisnes..?? Dan saya mahu merasai sendiri kehebatan dan kelazatan ibrah dan pengalaman berguna melalui alam bisnes!
Pengalaman terawal saya mencuba dalam bidang bisnes ini, err, seingat saya adalah ketika di sekolah rendah. Barang niaga yang dipertaruhkan adalah ais krim bungkus. Ala, aiskrim silinder plastik itu, yang diperbuat daripada air buah atau air milo/teh susu/horlicks atau apa-apa yang seangkatan dengannya, diikat hujungnya kemudian dikejangkan dikeraskan di dalam peti ais. Ya, yang itulah.
Dan bisnes itu gagal teruk dek marjin keuntungan yang terlalu kecil, juga kerana si peniaga yang lebih banyak menikmati barang niaganya sendiri. Hohoho..
Ha, yang nilah! Nama dia asikrim Malaysia! Kool bukan..?? *terliur* [Kredit] |
Kemudian saya juga pernah mencuba-cuba untuk menjual jersey bola ketika di Sekolah Bintang dahulu. Seusai pulang mengikuti kursus kepemimpinan di Kelantan, saya membawa pulang sama beberapa helai jersey yang tampak ori tapi dibeli pada harga lanun Somali. Hohoho.. Bisnes ini juga gagal kerana seingat saya tiada siapa yang mahu membeli jersey-jersey tersebut (Nota: Ada seorang junior yang begitu berkenan dengan jersey England berlengan panjang. Masalahnya, saya juga minat pada jersey yang sama! Peluh besar) Akhirnya jersey-jersey tersebut diberikan secara percuma sahaja kepada beberapa orang.
Sewaktu di Kerajaan Bersatu dahulu, sekali lagi saya cuba untuk mengecimpungkan diri dalam bisnes. Kali ini bisnes saya lebih maju ke hadapan dan sofistikated. Saya membeli beberapa utas jam di eBay dengan niat untuk menjualnya kembali dengan harga yang lebih tinggi. Ketika ini saya betul-betul bersemangat untuk memastikan bisnes saya ini berjaya.
Tetapi bersemangat tidak bermaksud bijak. Peluh. Bersemangat yang tidak kena pada tempatnya boleh juga jadi tidak bijak. Peluh besar.
Akhirnya saya kerugian besar. Seingat saya, hanya seutas atau dua yang berjaya dijual. Selebihnya, sama ada saya sendiri yang memakainya (adeehhh..) atau saya berikan kepada orang lain sebagai hadiah.
Tetapi banyak juga pengalaman berguna yang saya perolehi daripada bisnes eBay tersebut. Dan antaranya ada saya ceritakan di sini, di mana saya hampir-hampir berjaya ditipu oleh pembeli palsu berbangsa Afrika.
Dan kini, sekali lagi saya cuba-cuba untuk berniaga. Kali ini modalnya lebih besar dan saya mempunyai seorang rakan kongsi yang bersama-sama menanggung risiko. Tidak perlulah saya bercerita di sini apa bisnes saya tersebut (Insha-Allah halal dan tayyibah). Tapi.. Err.. Sehingga kini bisnes tersebut masih belum kencang dan haiperaktif lagi. Sedikit bawah (Baca: Down) dengan perkembangan atau perjalanan bisnes ini, tapi doakan agar tak lama lagi saya akan bertemu dengan breakthrough saya, Insha-Allah. (nak terjemah dalam bahasa Melayu tak reti. Lalu patah mungkin? Wahahaha.. ^^")
Melihat kepada perjalanan saya mencuba-cuba dalam dunia bisnes ini, nampaknya lebih banyak kegagalan daripada kejayaan (ada juga pengalaman bisnes yang berjaya, tetapi tidak saya kongsikan di sini). Itu lumrah dunia bisnes. Mereka yang gagal lebih banyak daripada mereka yang berjaya. (Ayat cliche orang yang belum lagi berjaya.. Hohoho...)
Anda sering mendengar nama-nama seperti Steve Jobs, Mark Zuckenberg, Lakshmi Mittal, Tony Fernandez, Bill Gates dan sebagainya. Mengapa? Kerana mereka berjaya dan hanya orang yang berjaya yang menulis sejarah. Anda pernah mendengar nama-nama seperti Alfonso Suarez, Letchumi Nandappori, Ahmad Suhaimi dan Thomas Cheng..?? Tidak pernah bukan? Mengapa? Kerana saya pon tak pernah. Wahahaha..
Err..
Anda faham bukan point saya? Hanya mereka yang berjaya sahaja, bukan sahaja di alam bisnes, tetapi dalam bidang apa-apa pon, yang tercatat nama mereka di dalam sejarah.
Tetapi jangan khuatir, jangan gusar, kerana saya akan bocorkan satu rahsia besar yang tidak ramai yang sedar dan tahu. Dengan rahsia ini, sesiapa sahaja boleh berjaya dengan cukup cemerlang, gemilang dan terbilang! Ini adalah rahsia bisnes yang tidak akan membuatkan anda gagal! Sumpah tak tipu! Bisnes yang paling menguntungkan sekali di seluruh galaksi bimasakti ini!
Tapi ada syarat untuk anda mendengar pendedahan paling hangat dalam abad ini; selepas mendapat tahu tentang rahsia ini, anda WAJIB menyebar-nyebarkannya kepada seramai yang mungkin. Tahu...?? Anda zalim kalau anda tidak sebar-sebarkannya!
Baiklah. Sambung baca hanya sekiranya anda berjanji anda akan sebar-sebarkan rahsia besar ini.
...
...
...
...
...
Ha kantoi! Anda masih belum berjanji lagi! Takde takde! Baca HANYA apabila anda sudah berjanji anda akan sebar-sebarkannya! Faham..??
Baiklah, sekiranya anda melepasi tahap ini, anda adalah seorang budak yang baik mari saya usap kepala hey!
Begini. Anda mahu tahu satu bisnes yang tidak akan gagal bukan? Anda mahu belajar cara-cara berniaga yang buatkan anda untung besar bukan..?? Dan anda mahu kuasai teknik-teknik bisnes yang bakal membuatkan hidup anda senang sesenang-senangnya bukan...???
Jeng jeng jeng..! Anda bersedia...??
"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu, itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya,nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di surga 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar."
[as-Saff, 61:10-12]
Ha.. Bagaimana..?? Saya tak tipu bukan..?? Dengan bisnes ini, anda PASTI berjaya! Anda PASTI untung! Dan anda PASTI gembira..! Mengapa saya begitu PASTI yang anda PASTI akan berjaya..?? Kerana 'pelanggan' dan tukang bayarnya adalah Allah! Dan Allah tidak mungkin menipu..! Walawehhhh...!!
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."
[at-taubah, 9:111]
Nah! Sudah saya bocorkan satu rahsia bisnes yang paling menguntungkan di dalam sejarah manusia! Jika anda ceburkan diri anda di dalam bisnes ini, pulangan dan ganjarannya adalah seratus peratus dijamin! Mana ada bisnes di dalam dunia ini, mahu pon di planet Musytari sana, yang boleh menjamin pulangan seratus peratus! Jika ada, maka itu satu penipuan skim cepat kaya!
Dan rugilah besarlah anda, selepas saya membocorkan rahsia ini, anda tidak mahu merebut peluang yang lebih berharga dari emas ini!
Anda PASTI berjaya dengan bisnes ini. PASTI!!! Tahu..?? [Kredit] |
Buat masa ini, peluang ini dibuka kepada semua. Tiada kuota mahupon had penyertaan. Juga dibuka pada setiap masa. Jangan biarkan peluang bisnes ini berlalu di depan mata anda sambil mengucapkan oktengsbai! Anda pasti menyesal tidak terkira pakai kalkulator sekalipon sekiranya anda melepaskan peluang yang cukup fulamaweh dan bom bom kedabooommm ini!
Saya mahu menerima tawaran ini dan saya sudah pon berjinak-jinak di dalam bisnes yang cukup menguntungkan ini. Perjalanan saya, ya, masih terlalu amat jauh tetapi saya sudah pon melaburkan sen-sen (belum ringgit-ringgit lagi.. hoho..) saya yang pertama. Anda bila lagi..?? (Moga Allah menerima pelaburan saya yang tak seberapa ini)
Marilah kita melabur di dalam bisnes ini; kerana ganjarannya pasti dan terjamin! Anda pasti berpuas hati..!
Seperti firman Allah untuk mereka yang melabur di dalam bisnes ini:
'Fastabsyiru!' Bergembiralah..!
BERGEMBIRALAH...!!
-gabbana-
4 Caci Maki Puji Muji:
And don't ever be involved with the worst business ever!
Mereka itulah yang membeli kesesatan dengan petunjuk. Maka perdagangan mereka itu tidak beruntung dan mereka tidak mendapat petunjuk. (al-Baqarah:16)
Jazakallah Encik Gabbana.
eits,tersambung komen inche zulkifli pula...
sikit lari dr topik
biasanya bisnes ni utk member or org terdekat dgn kte kan...
kebetulan (ye,bukan kebetulan) td came across ayat 22:11-13.
reflected on prev bisnes dgn members, ajak shopping dvd, rekemen new songs, tuko2 downloaded vids, en d black list goes on...
dah rugi, sesat lagi...
macam ayat 12
syukur x termasuk golongan ayat13..semoga x termasuk,semoga tak kan penah termasuk...
zulkifli: terima kasih kepada anda! ni boleh masuk ayat2 chenta nih..! ;D
enonimus: TTT___TTT sungguh zaaasss ayat itu.
iAllah. semoga kita semua terpelihara daripada menjadi 'sejahat-jahat kawan'. hohoho..
jzkk!
Post a Comment