21 June 2011

Tips Untuk Tidak Sawan Ketika Di Belakang Stereng

[Kredit]

Saya adalah antara beberapa species di dunia ini yang boleh bertukar menjadi Ultraman Taro atau Raksasa Gorgon (mana-mana yang lebih anda gemari) ketika sedang memandu. Dan species ini nampaknya semakin membiak dengan cergas dan pesat di Malaysia terutamanya.

Puncanya..? Sikap para pemandu Malaysia yang amat suka menjual ikan. Dan bermacam-macam jenis ikan ada; ikan kerapu, ikan siakap, ikan kembung, ikan buntal, ikan bawal tiga rasa.. Semualah ada..! Dan memandangkan saya pernah memandu di Kerajaan Bersatu, sememangnya memandu di Malaysia memberi tekanan yang maha dahsyat kepada saya. Sikap pemandu kita adalah sikap pemandu negara kelas kelima!

Yang paling menguji keimanan dan kesabaran adalah satu jenis species yang seriyes langsung saya tak faham. Species ini amat gemar memandu di lorong belah kanan sekali di lebuh raya, dengan kelajuan seolah-olah baru balik dari Pasar Tani setiap pagi Ahad. Dan yang paling menyenggamakan minda saya adalah, selalunya kes yang berlaku lorong tengah tidak sibuk pon! Lebih teruk lagi, pernah juga berlaku di mana lorong tengah kosong, tapi mereka masih mahu memandu di lorong paling kanan...!! Eeeerrrggghhh....!!!

Tengok tengok. Cakap pasal tu pon dah buat hati saya membara. Belum lagi anda tengok saya pada hari kejadian. Pada hari kejadian, selalunya kulit saya akan bertukar menjadi hijau tua. Sumpah bengkek.

Golongan sebegini sebenarnya membahayakan nyawa pemandu lain. Sebabnya..? Dek tak tertahan dengan kedegilan dan kesengalan mereka ini, walaupun sudah dicium buntut kereta mereka dan sudah diberi panahan lampu sorot (Eh betul ke..?), mereka mengambil keputusan untuk memotong di lorong tengah atau lorong kiri sekali. Dan ini amat merbahaya kerana tiada siapa yang sepatutnya memotong di lorong selain lorong di sebelah kanan..! (Saya turut termasuk di dalam jenis pemandu ini. Peluh besar.)


Nau'dzubillah.. *urut dada* [Kredit]

Itu baru satu jenis spesies. Belum lagi spesies yang suka bermain Fesbuk dan Pengicau ketika memandu. Juga mereka yang tak sabar-sabar nak membalas khidmat pesanan ringkas, macamlah kalau tak balas mereka akan mati di situ dan ketika itu juga! Dan bermacam-macam spesies lain lagilah yang boleh menyebabkan jangka hayat saya berkurang dengan kadar yang amat menakutkan.

Yang lebih tidak bergaya, sedikit-sedikit saya juga sudah bertukar menjadi samseng jalanan. Sedikit-sedikit saya menjadi seorang pemandu yang saya sendiri benci. Di belakang stereng, saya bukan lagi seorang akh yang mengikuti dakwah dan tarbiyyah. Memandu dengan laju, mudah marah, membebel-bebel, mudah tertekan, tidak sabar.. Dan entah apa-apa sifat-sifat mazmumah yang lain. Keikhwahan saya hilang ketika memandu!

Antara tabiat tidak senonoh saya ketika memandu adalah menjeling pemandu lain yang saya cukup tidak puas hati dengan mereka. Ada sekali tu, dek terlalu geram dengan seorang pemandu yang cukup degil tidak mahu beranjak daripada lorong paling kanan walaupon memandu ibarat bersiar di tepi pantai, saya memecutnya di sebelah kiri kemudian memperlahankan kereta sebelum menghonnya sepuas hati! Nahhamekkau!

Puas hati memang puas. Tapi selepas itu timbul keinsafan dalam diri. Yalah, apa faedahnya saya berbuat demikian? (Walaupon selepas itu melalui cermin pandang belakang, saya lihat dia akhirnya mengubah posisi keretanya. Wahahaha! Eh.) Entahlah, kadang-kadang tu memang amat sedih dengan diri sendiri setiap kali memandu. Saya rasakan saya seolah-olah bertukar menjadi makhluk lain ketika memandu.

Saya rasalah setiap kali saya memandu, dosa kering mahu pon basah yang saya hasilkan tidak terkira banyaknya...! Astaghfirullahal adzim.. Air mata menitik-nitik. Dan risau juga silap haribulan, saya pula yang dibantai oleh samseng-samseng jalanan yang tulen dek kebiadapan saya. Hohoho...

Dan oleh kerana saya mahu berubah dan saya perlu berubah kerana qudwah itu perlu di setiap masa dan ketika, di sini saya nak kongsikan beberapa tips untuk mengelakkan diri daripada menjadi samseng jalanan, mahupon tak pasal-pasal mendapat sawan di belakang stereng. Moga saya juga akan berusaha denag nsegigihnya untuk cuba mengamalkannya.

Saya persembahkan...

TIPS-TIPS UNTUK MENJADI SEORANG PEMANDU BERHEMAH BERAKHLAK MULIA DAN BERSOPAN-SANTUN SETIAP MASA

1) Kalau tak puas hati dengan kereta depan, cuba bayangkan yang memandu adalah ikhwah/akhawat. Kompem seratus lapan puluh lapan persen tak jadi nak marah! Hohoho..

2) Sebelum memandu, siap-siap amik wudhu' dulu. Sediakan juga sebotol air mineral yang baru lepas disejukkan di sebelah anda. Kalau masa memandu masih nak bertukar menjadi Inkeredibel Hak juga, siram diri-sendiri dengan air mineral sejuk tadi.

3) Pasang bacaan ayat-ayat Quran ketika memandu. Nak lagi best, pilihlah surah yang menggambarkan kematian ke, nikmat Allah yang mana satu nak didustakan ke. Pasang kuat-kuat (Secara jujurnya teknik ini kurang berkesan buat saya. Pasang juga lagu-lagu nasyid, tapi bila dah bengkek tu, lupa semua benda! TT__TT)

4) Pastikan ketika anda memandu, ada orang di sebelah (kalau satu kereta penuh lagi bagus). Nak lagi best kalau orang di sebelah tu adalah orang yang anda hormati (atau mahu dihormati oleh dia). Contoh, murabbi anda ke, hadek bulatan gembira anda ke, syaikh besar ke. Dijamin berkesan. 


Uish kalau Syaikh Sudais yang duduk di sebelah saya ketika memandu, kompem saya jadi pemandu yang paling berakhlak ketika itu! Wihihihi.. [Kredit]

Cuma masalah dengan teknik ini, kebanyakan masa memang terpaksa memandu bersendirian pon. Adeh.

5) Anda bayangkan anda berada di tempat pemandu anda amat geram-geram itu. Yalah, kalau anda jadi dia, pasti anda tidak suka dicucuk buntut atau diberi panahan lampu sorot bukan..? Treat others as you like to be treated.

Dan cuba juga untuk berlapang dada. Reka atau ciptalah satu keadaan yang membayangkan pemandu di hadapan sedang menghadapi masalah; stereng rosak ke, dia pekak atau buta ke atau dia tidak biasa memandu di jalan raya di Malaysia.

6) Seriyes, nasihat 'Biar lambat asal selamat!' adalah nasihat yang paling masuk akal dan munasabah sekali. Buat apa nak pecut macam awan guling kalau nanti kita yang terpaksa berguling-guling...??

Dan laju macam mana pon, anda boleh jimat dua-tiga minit je pon! Saya pernah mencubanya dengan menggunakan bantuan Puan GPS dan sungguh benar, kalau pandu dengan kool dan bergaya tanpa perlu tergesa-gesa, masih dapat tiba ke destinasi dalam tempoh masa yang relevan.


Biar lambat, asal selamat! Hoyeeaahhh! [Kredit]

7) Ini adalah nasihat yang bakal mengoyakkan limpa dan buah pinggang diri sendiri. Kita memandu untuk apa sebenarnya? Untuk ke mana? Kalau benar kita seorang muslim yang ikhlas, yang buat setiap benda kerana Allah semata, pasti Allah juga sentiasa bersama-sama kita ketika memandu. Dan sekiranya Allah sentiasa bersama-sama kita di dalam setiap perbuatan kita, nescaya kita tidak akan tergamak melakukan perkara-perkara yang tidak disukainya.

"...Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan sekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya."
[Riwayat Imam Bukhari, Hadith ke-38 susunan Imam Nawawi]

[Tee][Tee][Underscore][Underscore][Tee][Tee]

Ok terima kasih kepada diri sendiri kerana baru sahaja berjaya mengoyakkan seluar jiwa raga diri sendiri.

Harapnya dapatlah amalkan mana-mana yang paling berkesan untuk mengelakkan sawan di jalanan.

Atau mungkin anda ada tips yang lebih menarik, kreatif dan berkesan..? Kalau ada silalah berkongsi di sini kerana sekiranya anda kedekut untuk berkongsi, anda adalah seorang yang amat zalim kerana sanggup melihat spesies seperti saya ini mempunyai jangka hayat yang pendek dek tekanan darah yang tinggi setiap kali memandu..! Fuh. 

Semoga selepas ini saya akan menjadi seorang pemandu yang lebih beriman dan bertaqwa. Dan pemanduan saya akan membawa saya lebih dekat ke syurgaNya dan bukannya memandu terus ke dalam neraka..! Hohoho.. Insha-Allah, doakan saya! Saya mahu berubah! Saya mahu menjadi seorang pemandu yang lebih bergaya..!

Aman.

-gabbana-

Malam ini akan memandu ke Shah Alam untuk berbulatan gembira. Harapnya ada penambahbaikan yang mulia dalam pemanduan saya pada malam ini, biidznillah..

25 Caci Maki Puji Muji:

Levitra 21/06/2011, 21:00  

Barangsiapa yang dicucuk dan dipanah lampu sorot itu maka sendirilah yang salah.

Inilah perangai orang Malaysia. Sudah gaharu cendana pula, sudah perlahan di kanan pula.

Potong sahaja disebelah kiri. Atau pun hon sehingga mereka ke tepi.

Unknown 21/06/2011, 21:47  

no! i don't think so.if u TON TON... 'people',the 'people' life on that day will misery and in a geat revenged.dia akan balas pula pada pemandu lain,dan pemandu lain pula akan balas pada pemandu lain dan berlarutan sampai kesudah.

there's no tips but i think keep smiling and rajin-rajin lah angkat tangan,so that people baru nak bengang terus tak jadi.PEACE :)

mylittlepencil 21/06/2011, 21:53  

Assalamualaikum.

Bila baca entri ini, nampaknya tarbiyyah pemandu memang diuji bila dia memandu.

Cukuplah ana simpulkan di sini sebenarnya tidak puas bila kita cuba memenuhkan tuntutan diri kita sendiri. Mula2 rasa macam wajar untuk bertukar menjadi incredible hulk atau apa jua, tapi akhirnya terpalit kekesalan.

Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu ALLAH SWT.

Hakikatnya cuma satu, jadilah pemandu yang profesional dan faham undang2. Tidak kiralah anda ada tarbiyyah atau tak. Kerana di atas jalan raya, bukan kenderaan anda seorang, ada juga kenderaan2 lain. Dan di atas jalan raya, bukan sahaja nyawa anda seorang, ada juga nyawa2 yang lain untuk anda jaga.

Akan terasa puasnya bila kita usaha untuk memandu dgn hemat sekali di bawah pemerhatian Allah sendiri.

Anonymous 21/06/2011, 23:20  

memang tak puas hati kadang2.

esp kalau tu jalan kita, tapi dia nak jugak masuk, pastu tetibe nak kasi lampu sorot tinggi/jeling atau pandang marah2 bila kita tak kasi jalan. apakah? selalunye bas/kenderaan besar lah yg gini.

dan esp bila ingat kat negara tumpangan dulu, sangat best je drive tak pernah tension semua orang berhemah!

tapi, kadang2 orang tatau jalan. or takut terbabas masuk exit-ok kurang logik. or next simpang kena belok kanan. so dia stay je kanan walaupun slow.

hu kasihanilah golongan2 yg tak suka dan tak reti dan tak berani drive disebabkan golongan yang suka hon/kasi lampu tinggi, tapi terpaksa drive demi D&T. akhawat lah selalunya. they are learning. kalau tak bg can lgsg, bila nak pandai? hu

wallahua'lam.

Unknown 21/06/2011, 23:48  

ok, siyes setuju dengan sesegar. saya pun alami sindrom ni ketika awal2 usia pemanduan..alhamdulillah ia tidak berlarutan..-mungkin terenjal first time dapat lesen-

tips:rancang perjalanan,(berapa minit perjalanan)
-bertolak lebih awal dari yg sepatutnya.masa extra tu blh buat baca buku atau quran.org jepun pasti respek anda jika terus istiqamah seperti ini.~_^
-pilih jalan berdasarkan waktu. kalau boleh elakkan memandu time peak hours. if terpaksa memandu pada waktu tu, pilih jalan yg x sesak, highway contohnya. apalah sangat tol yg xsampai RM2 berbanding kelak iman kita yg nak di cagarkan.-buat org marah kn mengurangkn iman n tmbah saham dosa- lagipun, daripada redah jem, lebih jimat ikut highway.jimat minyak dan masa.

wallahua'alam (^_^)v

budak cuti2 lagi 22/06/2011, 00:40  

Alhamdulillah, dlm cuti ni je, saya dpt buat perbandingan cara pemanduan di 3 negara. Bila landing je kat Msia, saya terus rasa, I don't think I have the confidence to drive in Malaysia. mmg lah sgt jual ikan most of the drivers here. x bleh nak elak keep comparing dgn OZ. Tapi bila fikir balik, patutnya kita ni lah yg patut lg berhemah. value kita pgg Islam tp bila duduk dlm kereta, asek dgr diver menyumpah seranah je. Rakyat Msia klu x mampu nak drive skema sgt, kena follow cara korea. saya perhatikan pakcik taxi tadi, fuh~ mmg suka hati lah pakcik ni bw tapi sgtlah cekap. dan xde lah membahayakan org lain dan driver lain xde lah keje nak main hon je. Klu rasa drive x cekap, bawalah cara skema supaya x membunuh nyawa lain. elakkan diri jd pembunuh.
Bila mak saya atau adik saya dok menyumpah2 time drive, saya akan terfikir klu yg 'faham' pun drive dgn mulut terkumat-kamit, so, x bleh nak expek lebih2 lah dari mereka. sorry lah tiada cadangan membina, tp bila blk msia mmg ni lah concern terbesar saya. Peace >)

zulaikha 22/06/2011, 05:07  

salam ziarah...

sangat tak suka sebenarnya dengan sikap sesetengah pemandu yg suka2 ati asyik nak sebut perkataan2 yg x elok setiap kali pemandu2 lain wat silap atau sengaja wat2 x faham undang2 jalan raya di msia nih.

apa yg penting? ke-sabaran. benda sekecik-kecik inilah pown, Tuhan nak uji.

sy setuju, malah selalu ingatkan diri, cuba bayangkan kita di tempat orang yg wat kita marah. cuba faham org lain, baru diri minta difahami. mungkin susah, tp insyaALLAH, Allah amek kira setiap titik peluh besar kita yg turun dek kerana sedang menahan kemarahan.

*org yg paling gagah ialah org yg paling kuat menahan kemarahan*

menjadi inkredebel halk setiap kali marah, adalah sangat x cool, kan?

inche gabbana = inkredebel halk = x cool = ???

p/s : anyways, thanks 4 d sharing, bagus untuk pengalaman di waktu akan datang ^^

Levitra 22/06/2011, 12:57  

Sebab itulah perlunya belajar memandu dengan cara yang betul. yang tidak diajar pun kadang-kadang di sekolah-sekolah memandu.

Jika anda perlahan, memandulah di sebelah kiri. Tetapi bagaimana anda tahu yang anda ini perlahan?

Mudah sahaja. Pertama, jika anda memang perlahan. Kedua, jika kedudukan anda jauh dari kereta di hadapan anda dan kereta di belakang anda rapat dengan anda. Ketiga, jika anda tidak tahu jalan. Perkara-perkara ini tidak diajar disekolah memandu.

Bagi wanita-wanita yang masih kurang keyakinan untuk memandu, pandulah di sebelah kiri. Bukankah senang? Kalau tidak tahu jalan, Google Maps kan ada?

Perlu kita menegur pemandu-pemandu yang perlahan tadi di sebelah kanan ini. Jika tidak, mungkin di belakang kita ada 10 atau 100 lagi pemandu yang tidak puas hati dengan pemandu tadi. Sudahnya, 10 atau 100 pemandu tadi pula yang akan berasa marah.

Anonymous 22/06/2011, 13:56  

tips cuba jaya, kalo gagal cuba lagi tahun depan:

1)pasang cd zikir2 riang dan alunkan mulut mengikut rentaknya (lebih kuat efek apabila berzikir2 riang sambil menggerakkan kepala dengan lemah gemalai)- Minda akan lebih terfokus pada penzikiran suci dan boleh mengelakkan mulut berzikir keji dot dot apabila pemandu lain di keliling anda melakonkan gaya jalanraya itu beliau yang punya

2)sila tonton video2 ngeri akibat tidak berhemah di jalan raya yang boleh didapati secara percuma di youtube - akan memberi efek trauma utk speed 160 km/hour, paling kurang seminggu akan insaf

3)print atau rompak leaflet2 yang memaparkan gambar2 ngeri berdarah2 seram mangsa2 kemalangan jalanraya dan TAMPAL di dashboard anda- setiap kali nafsu nak drift menggila, sila pandang dashboard tersebut lalu beristighfarlah semoga niat keji itu padam serta merta

4)cuba berbulatan gembira atau membulatkan gembira pakcik2 polis trafik, semoga cara pemanduan berhemah mereka meresap ke jiwa anda- takkanlah murabbi polis trafik mahu melanggar undang2 jalanraya, heyy

makcik dah cuba cara no 1 dan 2, terbukti berkesan. Kalo masih degil liat cuba try test cara no 3 dan 4. Sebarang hasil analisis kejayaan boleh hapdet pada semua. Semoga berjaya

Pesanan penaja:- Kadar statistik kemalangan samada melibatkan kenderaan persendirian atau kuda2 dakwah amatlah tinggi di kalangan ikh/akh di Malaysia. KENAPA?? Renung2kanlah (x sanggup mendengar lagi ada musibah jalan raya menimpa saudara kita).Sekian,terima kasih.

123 22/06/2011, 15:07  

akhir2 ni byk akhawat ditimpa kemalangan jalan raya.
Adakah kerana ikhwah inkredibel hak?

Zulkifli 22/06/2011, 20:10  

Isn't it weird that when we are walking and someone in front of us is walking slowly or someone from behind us is saying "excuse me" to let him pass as he is in a hurry or someone terlanggar kita, we are able to tolerate it and berlapang dada, but when we are in a car, we tend to lose our temper easily?
Do we forget that those drivers are also human beings with feelings?
Do we leave behind our humanity once we are in a car?

I think you have written once about membuat alasan untuk orang lain supaya kita bersangka baik dengan mereka. Maybe we can try that. :)

Thanks for the reminder.

Zulkifli 22/06/2011, 20:14  

Just a thought. If we drive 110 km/hr on a highway with a 110 km/hr speed limit, we can drive on the fast lane, right? Because no one should be faster than that. :P

Inche gabbana 24/06/2011, 16:33  

levitra: anda ini sungguh seriyes... ^__^"

saya setuju kita perlu tegur pemandu2 yg biadap ni. tp kena fikir apakah cara terbaik ntok DIDIK masyarakat Malaysia dan bukan setakat menegur mereka.

bagaimana..? ada idea..?

Inche gabbana 24/06/2011, 16:34  

sesegar: anda pula sgt optimis orangnya.. ^__^"

sorry, saya tak rasa org Msia ni makan saman kalau setakat senyum dan angkat2 tgn. yes bagus, tp tak memberi kesedaran.

kena bagi something yg high dose. huhuhu..

Inche gabbana 24/06/2011, 16:36  

mylittlepencil: "Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu ALLAH SWT."

suka. tapi zaaaasssss.

sy kurang setuju memandu dgn professional ikut undang2. sbb undang2 ni ciptaan manusia dan byk kelemahan. contohnya, kalau kita langgar org depan, kalau ikut undang2 sapa salah..? mesti org belakang kan, sbb sapa soh rapat sgt..?

tp kalau mmg org depan yg salah cmne..? org belakang gak yg kena..?

pendapat saya, pandulah dengan ihsan; seolah-olah kita nampak Allah, tak pon yakin yg Allah sedang melihat kita. nasihat ntok diri sendiri. TT__TT

pape pon mekaseh ntok komen anda.

Inche gabbana 24/06/2011, 16:40  

enonimus I: amik jalan tgh, kan senang..? fulsetop. ;p

bukan masalah tak bagi can. ada je can as long as pandulah dgn berhemah dan fikir org lain. kalau nak drive slow, silalah ke tepi dan benda2 camtu ah.

kalau sume org boleh bertimbangrasa dan tak pentingkan diri, IAllah sume masalah boleh setel ngan mudah..

Inche gabbana 24/06/2011, 16:41  

GMS: sy suka komen anda. sgt2 praktikal.

cuma ada masa2 susah nak plan, because a lot of external factors yg tak boleh nak kawal.

setuju guna highway. masalahnya, yg byk berlaku kt saya ni kat highway la.. huhuuh.. -____-"

Inche gabbana 24/06/2011, 16:43  

budak cuti2 lagi: syoknya dapat bercuti ke korea... TT___TT

saya rasa masalahnya jauh lagi tu. semuanya tarbiyyah. apa yg kita bawak time driving sebenarnya mencerminkan jugak siapa diri kita yg sebenar. tak gitu..?

so kena bermula ngan individu, ngan diri. kalau semua org boleh respek org lain, tak pentingkan diri sendiri bla bla bla, iAllah semua org pon boleh jadi pemandu yang bergaya.

tak gitu..? ;)

Inche gabbana 24/06/2011, 16:44  

zulaikha: setuju. tapi easier said than done, eh..?

bila tgh marah tu, mmg susah la nak control. huhuhu..

salah satu taktik yg saya buat dan agak berkesan adalah bykkna istighfar, esepeseli time kemarahan tgh memuncak. alhamdulillah..

terima kasih ntok komen ada juga.

Inche gabbana 24/06/2011, 16:46  

enonimus II: cadangan 1) sedikit berbahaya sebab takut terlalu fokus pada lagu sampai tak boleh fokus pada jalan raya. huhuh..

cadangan 2) dan 3), takut meninggalkan kesan emosi yg berpanjangan, esepeseli ntok org2 yg lemah smangat macam saya.

cadangan 4) errr.....

hehehe.. pape pon mekaseh atas cadangan2 yg menarik.

ya, mmg sgt concern skang ni. bukan akhawat je, ikhwah pon. uhm jgn sebab ni dakwah kita terganggu nnt!

Inche gabbana 24/06/2011, 16:47  

123: ikhwah pon ramai je. maybe berita tak sampai kepada anda.

sedih dan risau juga. kena buat something. and fast!

Inche gabbana 24/06/2011, 16:49  

zulkifli: saya dah cakap, kita (et lis sayalah..) bertukar menjadi spesis lain bila berada di dalam kereta. bukan lagi seorang manusia biasa. hohoho..

hahaha.. sepatutnya mmg camtu ah. by right mmg boleh je nak drive the right most lane all the way. tp kalau sanggup kena jeling ngan flash sepuluh ribu kali, anda dipersilakan.. hehehe..

Anonymous 25/06/2011, 19:33  

Sangat berminat dgn cadangan2 enonimus II, tetapi hbs ditangkis oleh inche.
Meh sy oter sket.
-klo x leh tgk gmbr2 yg mengerikan tuh, sile tampal gambar org tersayang d dashbod-femili, murobbi,mtrbi,kucing kesayangan, sesuai dgn seruan kerajaan; hati-hati di jalan raya, ingatlah orang2 tersayang
-penuhkan kereta inche dgn soft toys ato gambar2 kartun comel spt hello kitty (inche kan suke kucing), jadi bile nak menggila, tgk gambar kartun atau peluk kuat2 teddy bear d tepi anda.
-anggapkan skrin kaca seperti layar wayang. bile ade yg nk menaikkan semangat utk flash 10000 kali tu, ketawa kuat2 terbahak2 macam tgk mr bean,'hahaha,110km/j je tak rereti ketepi...'
atau, cube menangis simpati'isk,ade jugak maknusia macamni'
kompem x sempat bertukar warna jadik hijau.
-tukar warna kereta (klo warna kete inche jenis yg glering) menjadi warna yg lembut spy sblm drive dh berbunga perasaan penuh kelembutan
-bear in mind, etlis inche memandu d blkg org dgn klajuan 110 d lebuhraya, berbanding sy yg jugak kaki drift memandu d kaw kampong d blkg pokcik2 dgn kelajuan 20-40km/j, atau d blkg sekumpulan lembu dgn kelajuan 2km/j, atau d jalanan yg penuh tahi lembu...sy sering juga menjadi ibu kepada inkredibel hak.
sesungguhnya anda lebih beruntung...
Selamat

Anonymous 25/06/2011, 19:35  

oye, satu lg cara, kawin cepat,dan bawa wife anda kemana2.bile ada peneman dalam kereta, tak sempat nak berubah kaler.
selamat

Levitra 27/06/2011, 16:18  

Saya hanya akan memberi komen di blog-blog yang mengutarakan hal-hal serius sahaja. Masa saya terlalu berharga untuk sembang-sembang yang tidak produktif. Jika tuan punya blog mempunyai masa lebih, berkunjunglah ke http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/ dan bersedialah untuk berhujah. Dan itu bukan blog saya.

Tentang cara untuk mendidik rakyat Malaysia berkenaan pemanduan berhemah, pertama sekali kita perlu ingat bahawa sebaik mana pun sesuatu undang-undang, kita adalah manusia, maka kita akan sentiasa melakukan kesilapan. Jadi kita tidak perlu meletakkan kesilapan itu pada undang-undang manusia sepenuhnya, sebaiknya muhasabah diri dahulu dan cuba untuk memberi cadangan membina bagi menambahbaik undang-undang tersebut bagi kebaikan semua. Jika kita melanggar kereta orang dari belakang, memang menjadi salah kita kerana telah diajar di sekolah memandu untuk memberi ruang paling kurang 1 kereta dihadapan kita. Ruang ini adalah 'buffer zone' jika kita perlu membrek kecemasan. Tetapi acap kali kita lupa akan peraturan ini dan kita memandu amat rapat dengan kereta hadapan kerana takut dipotong.

Dari segi didikan, banyak perkara yang boleh kita tambahbaik dalam sistem sekolah memandu di negara kita. Terlalu banyak sebenarnya. Sistem saman setiap kali kita melakukan kesalahan adalah sistem yang lapuk. Ini kerana sistem ini hanya menakutkan orang-orang yang tidak mampu membayar saman. Manakala orang-orang kaya yang mempunyai kereta berkuasa tinggi dengan mudah sahaja membayar saman. Pernah sekali saya menyaksikan sebuah kereta Mercedes CLS dipandu laju dihadapan sebuah sekolah di kampung ketika murid-muridnya sedang pulang. Penjaga lalulintas di situ yang marah dengan pemandu tersebut membaling 'stop sign' yang dipegangnya ke kereta tersebut tetapi sudah tentu kereta tersebut tidak akan berhenti.

Terlalu banyak kurangnya sistem kita, tetapi terlalu kurang orang yang sanggup membawa perkara-perkara penting sebegini ke tengah. Jadi bawalah perubahan, bermula hari ini.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP