25 June 2011

Biar Penat Asal Selamat



Sejak kebelakangan ini saya sering kepenatan. Tubuh dan anggota badan terasa lenguh-lenguh dan kesengalan hampir sepanjang masa. Perasaan mengantuk oh seronoknya kalau dapat mendarat di katil yang empuk itu tak payah ceritalah. Selalu sahaja saya terlanjur; terlelap ketika sedang menghadap komputer di opis. Lebih parah lagi, kalau sudah tidak tertahan, saya baringkan sahaja kepala di atas meja...! Woah.

Kepenatan ini saya kira, adalah kepenatan terkumpul atau terbina. Maksudnya, setiap hari pon penat, dan penat yang terdahulu tidak sempat untuk pulih sebenarnya. Akibatnya, saki-baki penat yang tinggal menyumbang pula kepada penat yang baru. Hohoho.. Eh faham ke teori penatism ni..? Wahahaha..

Kalau ikutkan, sebagai manusia biasa yang marhaen dan tidak Super Saiya, apatah lagi Popeye yang boleh bertukar menjadi kudaku lari gagah berani apabila memakan bayam, memang logik juga mengapa saya sering kepenatan begini. Hampir setiap hari ada sahaja program dan aktiviti.

Mari saya kongsikan jadual mingguan saya bersama anda:

Isnin
Penat atas sebab-sebab tertentu yang tidak boleh dikongsikan di sini. Kadang-kadang ada bulatan gembira; kalau ada pukul dua belas tengah malam kurang lebih baru boleh beradu di kamar diraja. Eh.

Selasa
Petang selalunya beriadhah - amat penting bagi mencapai matlamat Qawwiyul Jism di samping menjaga ukur lilit perut yang tampaknya semakin mengganas. Peluh besar. Malamnya mungkin ada mesyuarat. Dan sekiranya ada, sama juga, akan masuk tidur agak lewat.

Rabu 
Memandangkan hadek-hadek Kolej Maha Busy sudah mula berkolej (Eh betul la kan..? Kalau budak-budak sekolah kita panggil bersekolah, kalau kolej berkolejlah..! Aman.), Rabu malam dikhaskan untuk mereka. Dan selalunya memang akan sampai lewat ke rumah kerana jarak Kolej Maha Busy yang agak jauh tapi masih tidak cukup jauh untuk saya mengqasarkan solat. Eh.

Khamis
Petang juga dikhaskan untuk riadhah. Selalunya malam tiada apa, dan kalau tiada apa memang peluang ini diambil untuk tidur awal (tapi Khamis yang lepas ada bulatan gembira, sayugia hampir pukul dua pagi juga baru dapat belayar ke alam mimpi).

Jumaat
Malam ada bulatan gembira. Jika tiada, kadang-kadang akan keluar bersama rakan-rakan Sekolah Bintang.

[8.30 pagi - 5.30 petang dari Isnin sampai Jumaat akan berada di opis]

Sabtu 
Dah tak ingat dah bilakah Sabtu terakhir yang saya tiada apa-apa. Hohoho.. Selalunya ada konferens riang. Jika tiada, akan diminta berkongsi pengalaman dan cerita-cerita dongeng di jalan dakwah ini.

Ahad
Kalau ada konferens riang, selalunya akan habis di tengah hari. Jika tiada, paginya akan ke Kolej Maha Busy/Kolej Yang-Namanya-Dirahsiakan. Bergantung kepada keadaan dan angin bertiup dari arah mana. Dan petang selalunya saya memang akan menjadi rata. Sungguh rata.

Begitulah lebih kurang jadual mingguan saya. Itu tak kira kalau hari tu saya sibuk di opis atau tidak. Kalau sibuk, selalunya bila pulang ke rumah, sudah ibarat hampas tebu yang diperah.

Juga saya ke opis agak awal setiap hari; pukul enam lima puluh pagi kurang lebih selalunya sudah keluar dari rumah dan tiba di opis sebelum pukul tujuh setengah pagi lagi. Jadi hampir setiap malam, sukar untuk saya tidur lebih daripada enam jam. Selalunya empat ke lima jam. Enam jam itu mewah dan tujuh jam itu walaweh mulut ternganga besar.

Pernah juga ditegur oleh Inche Papa dan Puan Mama yang saya perlu kurangkan aktiviti-aktiviti saya. Kata mereka, kerja dan profesion itu lebih utama. Aduhai, seandainya mereka faham. Air mata menitik-nitik.

Ok kalau dah kantoi tahap camni, sila terjun bangunan 88 tingkat. Wahaha.. [Kredit]

Kadang-kadang tidak sempat untuk makan malam kerana terkejar-kejar untuk segera sampai di tempat program/aktiviti. Selalunya menjamah seketul dua buah-buahan dan air kotak sebagai minuman. Bagus juga untuk kesihatan dan kebajikan Inche Perut. Wihihihi..

Dan masa-masa terluang yang ada pon selalunya dihabiskan bersama ahli keluarga, sebagai salah satu aktiviti berpolitik bersama mereka. Sungguh bergaya bukan..? 

Risau juga kalau kepenatan saya ini akan membawa kepada sesuatu yang lebih mudharat yang terus akan melambatkan dakwah saya. Lebih teruk kalau ia menghentikan terus dakwah ini. Contohnya..? Eksiden di jalan raya akibat terlelap ketika memandu. Nau'dzubillah.. (Terbaru cukup ramai ikhwah dan akhawat yang eksiden disebabkan hal ini. Pastikan anda lebih berhati-hati; kalau penat sila berehat!)

Bukan, saya bukan hendak berbangga diri. Tiada apa yang hendak dibanggakan. Sekiranya saya berbangga, saya minta tolong anda untuk cubit perut saya dan buang lemak-lemak yang ada. Wahahaha. Errr. Cuma hendak berkongsi dengan anda yang saya kepenatan. Terlalu amat penat. Dan saya yakin jadual saya tidak jauh bezanya dengan jadual kehidupan kebanyakan ikhwah dan akhawat di luar sana. Benar bukan..? Malah jadual saya itu jika hendak dibandingkan dengan para Super Saiya di luar sana, aduhai, malunya! Jadual mereka jauh lebih padat dengan aktiviti-aktiviti membina manusia!

Hakikatnya, saya lebih suka begitu keadaannya, jadual yang penuh dengan aktiviti yang berfaedah setiap masa dan ketika, daripada dihabiskan dengan perkara-perkara jahiliyyah yang mengundang dosa dan noda. Kadang-kadang tu seperti mati kutu dibuatnya apabila tiada aktiviti atau program di hujung minggu. Bosan! 

Tetapi ya, tidak dinafikan, badan saya sudah penat. Sungguh penat.

Berehatlah kalau begitu! Kata anda. 

"Rehat seorang dai'e hanya di syurga."

Eh, bau apa tu..? Macam bau hangit rentung terbakar. Hihihi..

Mana ada masa nak rehat cik abang, cik kak. Kalau ada masa untuk berehat, tu namanya futur. Tidak bekerja. Mengapa? Kerana umat sedang sakit. Tenat. Kalau bukan kita yang hendak merawatnya, takkanlah zirafah dan panda pula..?

Biarlah saya penat di dunia sekiranya dengan penatnya saya itu Allah redha.

Biarlah saya penat di dunia seandainya penat saya itu akan membawa saya ke syurga.

Dan biarlah saya penat di dunia asalkan ia bisa menyelamatkan saya daripada api neraka.

(Tiba-tiba sebak pula menulis tiga ayat yang terakhir ni)

Doakan saya agar terus diberi kekuatan olehNya. Terima kasih.

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan ataupun merasa berat, dan dan berjihadlah dengan harta dan jiwa pada jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
[at-Taubah, 9:41]

-gabbana-

Ini sebenarnya auto-post, yang ditulis semalam. Sekarang ini saya sedang berkoferens riang. Yeheeyyy, memang sungguh riang...! Ok bunyi macam sedikit sarkastik tapi sumpah riang! Senyum besar sambil memakai cermin mata hitam cap ayam.

21 Caci Maki Puji Muji:

mutiara bd 25/06/2011, 13:51  

"cerita dongeng" dakwah??

Anonymous 25/06/2011, 14:17  

o inche gabbana slalu dtg kmb rupanya biar penat asal x mengeluh :)

Anonymous 25/06/2011, 15:33  

nothing much can be said..hanya berdoa dn terus berdoa moga Allah mmeberi kekuatan kepada anda...ikhlaskan hati..semoga Allah berkati hidupmu..

zulaikha 25/06/2011, 18:38  

Salam ziarah (;

setuju dengan inche gabbana. penat kerana ingin menjadi orang-yang-bermanfaat-kepada-orang-lain-sekaligus-kepada-agamanya-sekaligus-kerana-ALLAH sangat berbaloi. indeed, it's worth the efforts.

Alhamdulillah, Dia beri inche gabbana semangat dan kudrat untuk rasa teruja apabila buat kerja2 daie nih.

thanks for giving the impression that being a techno-daie actually isn't that bad. ( or is it "wasn't?" grammar pun dah tunggang terbalik. sorry)

peace yo.

Al-Mufakkir Hamidi 25/06/2011, 19:03  

salam.

macam mana dengan amalan Tasbih Fatimah sebelum tidur?

Semoga diberi kekuatan untuk terus bergerak.

*cadangan: perlukan teman hidup untuk meringankan bebanan hidup. Dan dengan keringanan itu, bukan bererti anda sudah boleh berehat, tapi bererti anda boleh mula fokus pada lebih banyak perkara. Insya-Allah.

*senyum
:)

salam.

Abe Am 26/06/2011, 01:36  

"Dan biarlah saya penat di dunia asalkan ia bisa menyelamatkan saya daripada apa neraka."

cam ader something wrong ayat tu, typo barangkali...

pasal ikhwah eksiden, aritu 'dotdotdot'-teens kelantan wat mabit. antara pesanan utama pihak penaja ialah jaga keselamatan diri. sbb sayugia ini ramai ikhwah yang eksiden,ade yg mati lemas...
sampai saye punya murabbi pun eksiden aritu kan?

menjaga keselamatan diri, kerna nafas dakwah masih panjang utk dinikmati...

^^-

Wan 26/06/2011, 05:00  

~RAbbuna yuqawwi akh..

...(70:18-35), (94:5-8)..kerna hidup ini hanya untuk Dia..

Zulkifli 26/06/2011, 13:10  

Encik Gabbana, boleh bagi nasihat sedikit? How to maintain our amalan-amalan sunat such as buat solat-solat rawatib, bangun qiamullail, baca mathurat, tadabbur al-Quran, hafal surah-surah hafazan, baca buku-buku tarbawi, etc in such a hectic schedule?

Teringat satu kisah yang mana seorang wanita Palestin bertanya kepada salah seorang ahli jemaah kita yang ke sana (if I'm not mistaken) adakah dia menghafal al-Quran. Dia menjawab 16 juzuk (again, not so sure). Wanita Palestin itu bertanya kembali dengan penuh kehairanan, kenapa dalam negara yang begitu aman tidak boleh hafal al-Quran? Apa yang anda buat dengan masa anda? Huhu.

Anonymous 26/06/2011, 18:33  

to inche zulkifli
sory nyebok lagi
reg wanita palestin bertanya kpd ahli jemaah, rasanya kisah ustzh yoyoh yusra bukan?
yg d sini http://kacamatate.blogspot.com/2011/05/hilangnya-satu-mutiara-kebaikan.html

Zulkifli 26/06/2011, 19:22  

To Anonymous: Yup, that's the one. Jazakallah!

Mar 26/06/2011, 20:40  

"kenapa dalam negara yang begitu aman tidak boleh hafal al-Quran? Apa yang anda buat dengan masa anda?"


adoiii, ini mmg menghempap batu besar atas kepala -_-"

mekasih2, tercabar nih, motivasi baru utk tambah hafazan! oh dan amalan juga ;)

Inche gabbana 27/06/2011, 16:08  

mutiara bd: ya. hahaha.. maksudnya cerita2 bersemangat ttg dakwah & tarbiyyah yg diselang-selikan dgn unsur2 tokok tambah. Hehehe..

Inche gabbana 27/06/2011, 16:08  

enonimus I: Ya, kmb itu sudah ibarat rumah saya yg satu setengah. hohoho..

IAllah. sedang cuba untuk mujahadah. ^^

Inche gabbana 27/06/2011, 16:09  

enonimus II: IAllah. doakan saya okeh..? ^^

Inche gabbana 27/06/2011, 16:10  

zulaikha: yes, mmg terlalu amat berbaloi. lagi berbaloi dari unta merah. hoh.

part mana yg technonya..? *garu kepala* 'is' rasanya, sebab masih sedang berlaku kan..?

peace.

Inche gabbana 27/06/2011, 16:11  

al-Fakir Hamidi: eh..? Pebenda tu..? Mcm pernah terbaca somewhere, tp tak tau apa bendanya (merujuk kepada tasbih Fatimah tu)

Err...

*gulp*

iAllah. Doakan agar dipermudahkan urusan. Hohoho..

Inche gabbana 27/06/2011, 16:13  

abe am: mekaseh, dah betolkan typo tu.

mcm salah je penggunaan sayugia dalam ayat tu. hehehe.

yes, sgt kena jaga diri. kalau mati sbb kecuaian diri, zalim kepada dakwah (yes, walaupon mati tu Allah yg tentukan..) hohoho..

dan nak ubah sket quote anda tu:

"jaga keselamatan diri, kerna umat sedang sesak nafas."

hihihi..

Inche gabbana 27/06/2011, 16:13  

Wan: jzkk. ;)

Inche gabbana 27/06/2011, 16:18  

zulkifli: haiyoh. terima kasih kerana bertanya soklan yg sgtlah zaaassss ntok diri saya juga.

i think the statement made by the Palestinian akhawat is the answer; they are able to memorise more because they have the urgency to do so. the environment, the situation that surrounds them push them harder to strive.

macam kita ni... manja. -___-" takde rasa terdesak atau perlu ntok bwat sume2 tu.

so I think, kena push diri la. kena bayangkan yg kita ni dalam keadaan yg sebegitu. Contoh, esok nak kiamat ke, esok lusa Malaysia kena serang ke (na'udzubillah), ajal dah nak datang menjemput ke dan sebagainya. kena ada rasa sense of urgency tu.

then only we have the motivation ntok strive.

allahu a'lam.

dan terima kasih sekali lagi ntok soklan yg sgt2 menyentap kalbu. TT__TT

Inche gabbana 27/06/2011, 16:19  

enonimus III( kan..?): terima kasih. ^^

Inche gabbana 27/06/2011, 16:19  

Mar: ya, sgt kool bukan..? (Font kecik: dan sgt menyentap jiwa. air mata mengalir laju)

Jom jom fastabiqul khairat!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP