30 June 2011

Ayat-Ayat Chenta

[Kredit]

Saya sedang mengusahakan satu projek. Nanti akan ada satu tab baru (sebaris dengan 'Tentang', 'Himpunan Cerita Pendek' dan 'Pautan Mesra Alam') yang akan menempatkan beberapa ratus ayat-ayat chenta.

Ayat-ayat chenta...? Gulp. Inche gabbana sudah mahu berkecimpung di dalam dunia jiwang-miang kah..?

Ya, benar. Sudah lama pon saya berkecimpung di dalam bidang perchentaan ini. Tetapi bukan dengan manusia, tetapi dengan zat yang hakiki dan abadi di atas sana.

Maka 'Ayat-Ayat Cinta' nanti akan menempatkan ayat-ayat, sms-sms, dinding-dinding atau email-email dari Allah untuk hamba-hambaNya yang mudah lalai dan alpa seperti saya; ayat-ayat yang bakal memeluh-besarkan diri atau menitiskan air mata secara berjemaah.

Kebanyakannya adalah ayat-ayat yang menyentuh jiwa raga dan hati sanubari saya secara peribadinya. Tapi saya yakin ayat-ayat ini juga bakal memberi manfaat yang tidak terhingga kepada anda semua, Insha-Allah.

Akan saya kategorikan ayat-ayat ini mengikut tema atau 'sifat' yang paling relevan, mengikut pandangan saya yang marhaen ini. Teguran, kritikan dan pembetulan adalah terlalu amat dialu-alukan.

Anda juga dijemput dengan tangan terbuka tetapi kaki penuh rapat bersopan-santun untuk menyumbang kepada koleksi ayat-ayat chenta ini. Apa yang perlu anda lakukan amat mudah; tinggalkan ayat chenta anda pada ruangan komen dengan hanya menyebut nombor surah dan ayat keberapa, juga tema yang anda rasakan sesuai untuk ayat tersebut.

Oh sila jangan berkecil hati sekiranya ayat-ayat chenta anda tidak terpilih. Berkecil hati itu tidak matang dan sangat tidak bergaya. Hoh. Kerana saya mahu memastikan hanya ayat-ayat chenta agung dan abadi yang dimuatkan di dalam ruangan ini (berdasarkan pandangan saya yang lemah ini). Insha-Allah, saya amat yakin sekiranya ayat-ayat chenta anda tidak terpilih untuk ruangan itu nanti, ia tetap akan menjadi ayat-ayat chenta untuk anda secara peribadinya. Dan itu yang lebih utama. Bukan begitu? Senyum. 

Besar harapan saya projek dhaif yang tidak seberapa ini akan memberi manfaat, sekiranya tidak banyak, sedikit pon jadilah, untuk kita semua. Diharapkan projek ini akan lebih memudahkan anda untuk membuat rujukan, baik untuk kegunaan sendiri atau bulatan gembira anda di masa-masa hadapan.

Semoga Allah meredhai dan mempermudahkan usaha kerdil insan marhaen ini. Amin.

-gabbana-

Entah mengapa, semangat untuk menulis hilang entah ke mana baru-baru ini. Idea kering, dan tangan tidak selaju biasa untuk menulis. 

Semoga Allah tidak cabut terus kekuatan dan semangat untuk menulis. Tetapi sekiranya itulah perancanganNya, Insha-Allah saya redha. Pasti terlalu amat besar hikmah di sebaliknya. Aman.

12 Caci Maki Puji Muji:

arissa myana 30/06/2011, 12:46  

salam...

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan." (al Maidah 5:35)

category: ... something like 'galakkan (or perintah?)utk mencari DIA dan hidayahNYA'inshaALLAH

Allah huAlam :)

semoga terus kuat da tsabat krn Dia :)

Inche gabbana 30/06/2011, 15:01  

arissa: terima kasih, tapi lupa nak bgtahu, tinggalkan komen dekat tab tu nnt.

tp sini pon ok gak eceli. ;)

jzkk.

meowwmania 30/06/2011, 15:41  

hohh tak sabar nak tunggu!

cahayalembut 30/06/2011, 17:51  

saya like komen meowwmania! :)

Moga bermanfaat pada ummat~

a d i n 30/06/2011, 22:04  

u've always been an inspiration to me, thx bro.

Inche gabbana 01/07/2011, 09:15  

meowwmania: kena sabar sket. byk benda nak kena susun dulu.. huhuh..

Inche gabbana 01/07/2011, 09:16  

cahayalembut: iAllah. Doakan ye! ;)

Inche gabbana 01/07/2011, 09:16  

adin: err.. r u sure about that..?

too much of a flattery in one day is not very good for health you know..? Hehehe..

anyway, gi OBW tak..?

a d i n 04/07/2011, 22:54  

hahaha, isit too much, it's just a sentence, xD
x gi la bro, sorry, tgh practical ni cm bz sket.

Inche gabbana 06/07/2011, 11:49  

adin: patutla tak nampak.. ramai juga batch anda yg turun padang. tak sempat nak berborak ngn mereka sume.. =(

dah besar pjg semuanya.. hohoho..

Mar 11/07/2011, 18:08  

Wah, bagus ni. blog sekarang lebih kreatif & interaktif. moga bermanfaat pada semua

Inche gabbana 12/07/2011, 15:15  

Mar: iAllah.. jzkk! ;)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP