7 March 2009

Tipah tertipu bang!!!

Aku baru je nak cuba berjinak-jinak dengan perniagaan internet ni. Nak tambah pendapatan sikit la kononnya. So dalam banyak-banyak pilihan yang ada, aku memilih eBay sebagai platform bisnes aku. Entahla, aku trauma jugak sebenarnya dengan MLM atau pun wadah-wadah yang seangkatan dengannya! Bagi aku, eBay ni, macam berniaga betullah. Ada barang dia, walaupun tak boleh pegang, tapi at least kita nampak barang tu. Kira barang yang diniagakan solid ah. Bukan khayalan atau maya semata-mata.

Nak pendekkan cerita, aku pilih jam tangan sebagai produk jualan aku. Kenapa? Sebab aku minat jam.. Hehe... Dan ada signifikannya kenapa aku pilih jam. Antara sebab musabab yang utama, jam mengingatkan aku tentang begitu banyaknya masa aku yang telah terbuang. Kira muhasabah diri la jugak.. (Alamak! Poyo la pulak.. ;p). Aku pun mula la memasarkan jam-jam tangan aku, yang kebanyakannya diimport dari Amerika.. Ha, jangan main-main!

Rupa-rupanya, tak senang berniaga di eBay ni. Ku sangkakan panas sehingga ke petang, rupanya ada jugak buaya dalam air yang jernih! So setelah pusingan pertama berjual-beli, aku lebih banyak membeli daripada menjual! Hehehe.. *kaki menguis-nguis tanah* Kira tak untung ah. Ada la seutas jam tangan yang terjual. Tu pun yang lopek punya. Margin kecik sangat... =s



Pusingan kedua lebih menarik. Setelah agak yakin dengan keadaan pasaran di internet, di United Kingdom ini terutamaya, aku pun cuba strategi yang lebih agresif dan mencabar. Kepada mereka yang biasa dengan konsep eBay, korang mesti tahu dengan kaedah lelongannya, beserta dua lagi kaedah lain membeli iaitu 'Beli Sekarang' dan 'Tawaran Terbaik.' So untuk pusingan kedua ni, aku lebih banyak menggunakan kaedah gabungan lelongan dan 'Beli Sekarang.' Tak berani sangat nak guna kaedah lelong sahaja, takut rugi besar!

Nak dijadikan cerita, pada hari kedua jam-jam aku disenaraikan di bursa saham utama, seorang pembeli telah membeli kedua-dua jam tangan aku yang paling meletop dengan kaedah 'Beli Sekarang.' Ha, mau tak pengsan aku sekejap. Tapi entah kenapa, dalam keterujaan aku kerana berjaya menjual dua jam tangan dalam suatu masa, aku terasa macam ada something yang tak kena. Ala-ala udang di sebalik mi gitu..

Dan bila aku check profile si pembeli jam aku tu, syak wasangka aku bertambah-tambah. Waktu dia beli jam aku tu, dia baru sangat daftar dengan eBay. Feedback pun kosong. Hhhmmm.. Dodgy ni... So untuk sedapkan hati, aku pun bersangka baik la kat mamat/minah ni. Aku fikir, mungkin dia terjumpa tawaran hebat jam tangan aku tu dan kebetulan dia tidak berdaftar dengan eBay. Dan oleh sebab dia dah jatuh hati dengan jam aku tu, dia pun tanpa segan silu dan was-was terus mendaftar dan mem'Beli Sekarang' 2 jam aku tu.

Tapi, yang lebih mencurigakan, mamat/minah ni berdaftar di Cyprus. Lokasi yang dinyatakan dalam profile eBaynya adalah Cyprus. Tapi dia suruh hantar jam tu ke Afrika. Nampak sangat dia tak baca habis tawaran aku tu. Aku hanya menjual dan menghantar jam-jam aku tu ke kawasan benua Eropah sahaja. Bila pulak Afrika join European Union ni...? Haish... Tapi mungkin sebab aku terlebih uja (betul ke penggunaan perkataan ni....?), aku bersetuju menerima pembeliannya. Tapi aku hantar email kat dia, cakap aku tak boleh nak bagi diskaun penghantaran, sebab Afrika Selatan tu jauh. Tanpa menaruh lebih banyak curiga dan kesangsian, aku fikir, takpe, tunggu dia bayar je. Peduli la dia nak buat apa dengan jam tu, nak hantar kat mana, suka hati dia, duit dia. Asalkan da bayar, aku sebagai penjual akan jalankan tanggungjawab aku macam biasa...


Antara jam yang aku jual. Meletop kan..??

So malam tu bila aku bukak Hotmail aku, takde pun mesej yang cakap dia dah bayar. Tapi bila aku check junk mail aku, ada dua email, satu daripada PayPal and satu lagi mamat/minah tu yang hantar. Aih, camne email Paypal boleh masuk junk mail ni?? Email tu menyatakan yang si pembeli bertuah jam tangan aku sudah pun membuat bayaran. Malah, yang lebih memelikkan, dia bayar terlebih pulak. Pening sekejap aku. Ada jugak orang macam ni kat dunia yang materialistik ni. Dan email tu memang meyakinkan ah. Memang betul-betul macam Paypal yang hantar. Cuma, yang lebih pelik dan jelik, ada satu kenyataan dalam email tu yang buat aku bertambah curiga. Haih, madah berhelah betullah! PayPal cakap, duit tu takkan masuk dalam akaun aku selagi aku tak deliver jam-jam tu. PayPal cakap lagi, basically duit tu dah ditolak daripada akaun si pembeli, so aku tak payah nak risau la... Tapi macam aneh sangat sebab sebelum ni aku tak pernah pun mengalami pengalaman ngeri yang seangkatan dengannya.

Pastu aku baca pulak email yang dia sendiri hantar. Dia cakap, dia suruh aku deliver jam-jam tu secepat mungkin sebab untuk besday present anak dia kat Afrika Selatan tu. Menurutnya lagi, kalau boleh dia nak hantar sendiri, tapi sebab dia sibuk nak menghadiri suatu konferens AIDS/HIV. Wah, hebat pelanggan aku sorang ni...

Tapi entah kenapa, hati aku rasa tak sedap. Macam ada yang tak kena. Aku pun pergi la laman sesawang milik PayPal, nak periksa sikit maklumat-maklumat yang mungkin berguna untuk aku. Aku pergi bahagian 'Security, How We Protect Our Sellers.' Kebetulan ada satu bahagian ni yang memberi amaran tentang penipuan dalam jual-beli. PayPal (yang sebenarnya) cakap;

  1. Berhati-hati dengan orang yang membeli barangan terutamanya yang berharga mahal. (*pap* Tepuk dahi!)
  2. Berhati-hati dengan orang yang beli barang kita dari tempat yang lain, pastu suruh hantar tempat lain. (*pap*pap*)
  3. Berhati-hati dengan orang yang beli barang kita pastu suruh hantar secepat mungkin, Urgensi la kononnya... (*pap*pap*pap*)

Sangat bertepatan deskripsi PayPal dengan mamat/minah yang membeli jam aku tu. Keyakinan aku bertambah apabila aku muat turun satu software ni, yang boleh sahkan sama ada setiap email yang dihantar eBay dan PayPal tulen dan sahih atau pun tidak. Terang tang tang la email PayPal yang cakap mamat/minah tu dah bayar tak tulen rupa-rupanya. Haih... Sujud jugak la aku.

Aku pun tulis satu email kat mamat/minah tu. Apa kau ingat aku tak pandai nak bermadah berhelah jugak...?? Aku cakap kat dia, sorry, saya tak boleh nak hantar jam tu kalau awak tak bayar saya sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah transaksi keseluruhan. Yalah, apa awak fikir saya senang-senang nak hantar jam-jam mahal tu kalau takde jaminan?? Ayat last tu takdela aku cakap camtu. Hehehe... Tapi lebih kurang ah.

So aku pun tunggu la reply, dengan harapan mamat/minah tu terbuat silap dan dia bukanlah seorang penipu dan aku sebenarnya tidak tertipu. Esoknya tu, instead email daripada mamat/minah tu, eBay yang hantar email kat aku. eBay cakap, pembeli yang beli jam aku tu dah tak bedaftar. So segala urusan jual-beli dengannya telah dibatalkan. Kalau aku dah hantar barang yang telah dijual, sila hentikan penghantaran dengan menghubungi pihak kurier. Lebih kurang camtu la eBay cakap. Subhanallah...

Sah-sah aku tertipu.

Memang menarik pengalaman aku ni. Rasanya, kalau aku tak buat keputusan nak berniaga, mesti aku takkan jumpa pengalaman yang macam ni. Dan aku sangat bersyukur kepada Allah SWT sebab ilhamkan aku untuk lebih berhati-hati dan tidak terburu-buru. Alhamdulillah... Walau pun aku rugi sikit sebab lepas tu aku terpaksa senaraikan semula jam-jam aku tu and so eBay charge balik ah, rasanya tu jauh lebih baik daripada kalau aku gopoh dan tak sabar, terus hantar jam-jam aku tu kononlah nak jadi penjual yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Banyak betul yang boleh aku belajar daripada pengalaman aku ni. Dan semoga korang yang membaca luahan hati dan perasaan ini akan turut mendapat faedah daripadanya, Insha-Allah...

Moral daripada cerita ini: sebelum tidur basuh kaki dan gosok gigi dulu!

-gabbana-

6 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 09/03/2009, 07:59  

Shazli pon kene benda yg sama. Dia ada ceritakan dalam blog die.

Hazman Leeds

Anonymous 10/03/2009, 06:55  

hurm.. bnyk gak fraud yg based kat afrika ni kut. kalau tgk2 jualan2 dlm ebay, banyak seller yg warning awal dia xkan tolerate frauder dari Afrika. alhamdulillah terselamat dr agenda mrk.

-ebay-user-

Inche gabbana 10/03/2009, 09:29  

hazman: tuela, aku pon ada baca. nasib baik dia pon tak terkena.

anonymous: btol btol. kena lebih berhati-hati ngan diorang nih. semoga Allah sentiasa menunjukkan jalan, IAllah... ;)

Anonymous 13/03/2009, 22:40  

huhu..speechless, tak tahu nak cakap ape..
kire bukan senang la pun nak berniaga kat e-Bay ni kan gabbana. mencabar!!!
Tapi insyaallah semuanya ada hikmah..pengalaman tuh kan! Menarik sangat bila baca pasal jual beli online nih...trasa cuaks pun ada..huhu..
anyway, all the best..rasa lama sangat tak dengar citer pasal korang (gabbana+pemburu syurga)

goku 09/03/2012, 17:16  

hehe biase buyer yg tertipu,ade jgk kes eh seller tertipu hehe pengalaman2

kontraktor dakwah qowiy 22/08/2012, 22:33  

tu la,lain kali jual je kat ikhwah :) Takpun bagi kat mutarabbi IG yg x ada jam. Baru muntij pengurusan dakwah dia dgn jam tu.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP