22 June 2011

Sketsa Kehidupan Berating 18PL



Peristiwa ini berlaku minggu lepas.

Puan Bos Wanita ada lima tiket untuk menyaksikan Teater Musikal 'Sound of Music.' Maka dia membuat tawaran kepada kami semua ada kami berminat untuk menyaksikannya.

Akhirnya tiket-tiket tersebut dapat kepada Inche A yang akan pergi bersama gelprennya dan juga Inche H yang akan menyaksikan teater tersebut bersama isterinya. Jadi ada satu lagi tiket lebih.

Peristiwa ini berlaku pada hari Isnin.

Inche A mengajak saya untuk pergi meyaksikan persembahan tersebut.

Inche A: Eh come la, you can sit beside me.

Errr.. 

Saya: Nah, it's ok. I've got plans already. Thanks!

Senyum.

Peristiwa ini berlaku semalam.

Inche H pula bertanya mengapa saya tidak mahu pergi. Saya katakan kepadanya saya mahu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk berjumpa kawan di sana.

Inche H: Kawan? Siapa..?

Saya: Oh, dia baru balik dari Kerajaan Bersatu. Cuti musim panas.

Inche H: Oh. Dia nak pergi Kerajaan Bersatu?

Saya: Bukan bukan. Dia baru balik dari Kerajaan Bersatu. Cuti musim panas kan..? Belajar Sekolah Ekonomi London sama-sama.

Inche H: Nak amik dia ke apa?

Saya: Eh takla. Jumpa-jumpa je.

Inche H: Peliknya nak jumpa kat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Saya: Haha.. Dulu rapat ngan dia.

Inche H: Oh. Perempuan..? (Senyum)

Saya: Hahaha.. Tak la. Lelaki.

Inche H: Lelaki? (Muka pelik) Pelik gile nak pergi jumpa kawan lelaki.

Saya: Oh bukan saya seorang sahaja. Ada ramai lagi kawan lain.

Inche H: Ooohh... (Masih bermuka pelik)

Saya: (Peluh kecil)

(Nota: Dialog di atas berformatkan dialog dunia fantasi Inche gabbana. Dialog di dunia sebenar adalah lebih sempoi. Juga malam semalam sebenarnya saya sudah pon membuat keputusan untuk berbulatan gembira di Shah Alam. Cuma memang pada pelan awalnya nak ke KLIA)

Peristiwa ini berlaku pagi tadi.

Saya: (Nampak kelibat Inche A) Hey so how was the show? Good..?

Inche A: (Memandang Inche M yang tidak jauh dari tempat kejadian) Hahah.. Inche M, he doens't know yet. (Memandang saya pula) Got kissing scene. (Sambil membuat isyarat potong) If it's shown in movie, sure got potong punya! But yesterday, got to watch it live! Rugi you didn't go! Hahaha..

Saya: Hahaha.. (Peluh besar)

Tamat sketsa ringkas.

Dunia oh dunia! Aku menginginkan dunia yang tunduk patuh pada Allah yang satu, tapi rupa-rupanya aku tidak berpijak pada dunia yang nyata..!

Dunia oh dunia! Aku mengimpikan manusia-manusia di sekelilingku menjadi hamba-hamba Tuhan yang taat dan 'abid, tapi rupanya-rupanya aku masih belum terjaga dari tidurku..!

Dunia oh dunia! Aku bercita-cita untuk menegakkan kembali Islam di muka bumi ini, sehingga Islam menjadi tujuan hidup buat semua, tapi rupa-rupanya perjalanan aku masih jauh dan panjang..!

Terlalu besarkah impianku..?

Dunia oh dunia!

-gabbana-

Kepada hadek-hadek Kerajaan Bersatu yang baru tiba, selamat kembali ke dunia nyata, medan anda yang sebenar. Habis sahaja sengga jet (Baca: Jet lag), sila bersedia untuk masuk ke gear lima..! Senyum nampak gigi sambil membuat tanda aman.

7 Caci Maki Puji Muji:

incik neng 22/06/2011, 21:12  

aku sejak akhir akhir ni lambat pikap

sebab ape aku tak dapat tangkap ni isk

Anonymous 23/06/2011, 00:09  

inche gabbana: oh thanks.kami nak naik jet pejuang terus lepas balik dr kerajaan bersatu.huhu.:P

Anonymous 23/06/2011, 03:39  

Wah... Kira mmg berniat untuk ambik kitorang kat airport la awal2 nye?

Takpe2.. ada niat pun kitorang dah appreciate sangat2..
:P

Inche Gabbana(ergh.. tpaksa gune nama pena), jom kita lompat2 gembira sambil gegarkan bumi malaysia dengan skala ritcher tertinggi nak..?
:)

Lama sungguh tak jumpe..!

Inche gabbana 24/06/2011, 16:31  

neng: tu tandanya kau dah semakin bertukar menjadi ultraman daina tu. cepat2 sket balik mesia.. ;)

Inche gabbana 24/06/2011, 16:31  

enonimus I: hohoh.. semangat tu bagus, tp jgn gopoh sudehh.. ^^

Inche gabbana 24/06/2011, 16:32  

enonimus II: takde niat nak amik pon, sj dah lama tak gi KLIA nak jalan2... ;p

jom jom...! kita bagi gegar sampai runtuh 1Malaysia..! eh i mean satu Malaysia..! hehehe..

PendekarTanpaNama 20/09/2011, 18:21  

ceritera ofis..ceritera yg sama...haih...dunia!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP